Anda di halaman 1dari 31

Sinopsis bagi Novel Sejambak Bakti

Bab 1 Kisah di Kedai Koperasi


Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah ditubuhkan
kira-kira lima tahun yang lalu. Pada pagi itu, terdapat seorang pembantu kedai dan
tiga orang ahli lembaga pengarah sedang sibuk melayani pembeli-pembeli dengan
sabar dan baik. Sebagai ahli lembaga pengarah yang bertugas sebagai jurujual
telah menegur seorang pelajar lelaki yang cuba mencuri sebatang pen. Cikgu
Zulkifli masuk ke kedai itu dan memberitahu ahli lembaga pengarah bahawa pada
petang, mesyuarat lembaga pengarah kali pertama tahun itu akan diadakan.
Norlela sebagai pembantu kedai juga dijemput hadir dalam mesyuarat itu.
Bab 2 Mesyuarat Melaksanakan Harapan
Di bilik mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan, mesyuarat
Lembaga Pengarah telah diadakan. Sebanyak 11 orang murid dan empat orang
guru yang dilantik sebagai ahli Lembaga pengarah dengan empat orang guru
manakala pengetua sekolah, Cikgu Syamsudin telah menjadi Pengerusi Koperasi
sekolah itu. Encik Sulaiman selaku Pegawai Pembangunan Koperasi turut hadir
dalam mesyuarat itu. Pengetua mengucap tahniah kepada Razali kerana dipilih
sebagai penolong setiausaha. Menurut pengetua, penubuhan koperasi sekolah
bertujuan untuk menggalakkan sikap berjimat cermat dan menolong diri sendiri dan
antara ahli. Beliau menyeru supaya semua ahli lembaga pengarah dapat
menjalankan tugas dengan penuh amanah.
Seterusnya Cikgu Zulkifli membentangkan usul mesyuarat yang lalu, iaitu pertama,
koperasi hendak berusaha menternak ayam telur. Kedua, koperasi akan menjual
barang-barang makanan dan keperluan lain selain alat tulis, pakaian sukan dan
buku-buku. Ketiga, koperasi hendak menubuhkan sebuah bilik bacaan. Ketiga-tiga
usul itu diterima oleh ahli lembaga pengarah dengan sebulat suara.
Bab 3 Perjanjian Membalas Dendam
Munir berasa kesal kerana tidak dipilih sebagai penolong setiausaha lembaga
pengarah koperasi sekolah. Dia merungut kepada kawannya Leong dan Silvam.
Sebagai ahli lembaga pengarah, mereka berasa tidak puas hati atas kemenangan
Razali dipilih sebagai penolong setiausaha. Apabila ternampak Ramlah sedang
membantu Razali untuk menyiapkan minit mesyuarat, Munir cemburu dan
menyindir Razali sengaja mendekati Ramlah.
Bab 4 Persiapan Kedai Operasi
Pada pagi itu, Norlela dan beberapa orang ahli lembaga pengarah sibuk melayani
pelajar di kedai koperasi. Razali mendapati bahawa Munir, Silvam dan Leong tidak
datang untuk bertugas di kedai koperasi itu. Swee Lan, Ramlah, Harun, Saridevi dan
Razali terpaksa menggantikan tugas mereka. Cikgu Zulkifli berasa kesal atas sikap
Munir dan kawannya. Razali menyenaraikan barangan yang hendak dijual di kedai
koperasi. Mereka juga hendak menyediakan bilik bacaan dan akhbar dan majalah.
Ayah Swee Lan, Encik Aik Hong telah memberikan potongan harga untuk kedai

koperasi atas barangan yang akan dijual di koperasi itu. Mereka juga mendapat
bantuan daripada Encik Aziz selaku tauke kedai buku dengan potongan harga buku
sebagai 20% kepada koperasi sekolah itu.
Bab 5 Cita-cita dan Harapan
Sebelum pulang, Munir, Leong dan Silvam sedang menunggu Ramlah, Swee Lan
dan Saridevi untuk mengajak mereka menonton tayangan gambar. Bagaimanapun
Ramlah dan kawan-kawannya menolak ajakan itu. Munir berasa marah dan
menganggap bahawa Razalilah yang menyebabkan Ramlah tidak suka akannya. Dia
ingin mengajar Razali.
Keesokan hari, Munir cuba mendekati Ramlah yang sdang menyusun rak buku di
kedai koperasi, lalu memberi Ramlah sepucuk surat kepadanya. Ramlah menolak
dan meminta bantuan daripada Razali. Razali menegur Munir. Munir, Leong dan
Silvam meninggalkan kedai koperasi itu. Ramlah juga memberitahukan hal itu
kepada Cikgu Zulkifli.
Bab 6 Persiapan
Razali, Cikgu Zulkifli, Cikgu Hassan, Swee Lan, Saridevi dan beberapa orang ahli
lembaga pengarah sibuk membersihkan reban-reban ayam . Sebaliknya Ramlah,
Cikgu Robeah, Rozita, Harun, Sivam dan Leong sibuk mengemaskan bilik bacaan
kerana minggu depan Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi Bahagain Sekolah
akan melawat ke koperasi mereka. Koperasi sekolah telah memperuntukkan RMm
30 untuk membeli akhbar dan majalah dalam bilik baca itu. Ketika mereka sibuk
menjalankan tugas pembersihan, Munir bermain bola di padang. Cikgu Zulkifli pergi
ke padang dan mendapati Munir telah dihalau keluar dari padang kerana bermain
bola dengan kasar. Cikgu Zulkifli menasihati Munir agar melaksanakan tugasnya
sebagai ahli lembaga pengarah koperasi sekolah. Munir berjanji bahawa dia tidak
ponteng tugas lagi. Cikgu Zulkifli juga memberikan amaran kepada Munir supaya
tidak tulis surat kepada Ramlah lagi. Munir berjanji bahawa dia tidak melakukan hal
itu lagi.
Bab 7 Semangat
Encik Mansur selaku Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi , Bahagian Fungsi
Sekolah-sekolah telah melawat ke Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik
Pertanian Seri, reban ayam telur dan bilik baca. Beliau memberikan pujian atas
usaha dan kerjasama semua ahli lembaga pengarah koperasi sekolah itu. Dalam
ucapan, beliau berharap agar koperasi sekolah dapat menyemaikan minat berniaga,
semangat bekerjasama, bersatu padu dalam kalangan generasi muda.
Bab 8. Mempelajari Ilmu Perdagangan
Di Tingkatan 5C1, Cikgu Saiful, guru mata pelajaran Perdagangan telah
membincangkan kepentingan prinsip akaun kepada ahli perniagaan, tetapi Munir
asyik mengganggu pelajar lain. Akhirnya Cikgu Saiful menahan Munir di dalam kelas
untuk menyalin semua catat sebelum pulang. Ramlah, Swee Lan, Saridevi, dan
Rozita hendak pergi ke rumah Razali untuk mengulang kaji tentang prinsip akaun.

Ketika Munir turut dari tangga, dia ternampak Ramlah dan kawan-kawannya
bersama dengan Razali dengan muka yang masam.

Bab 9 Kerja Rumah


Rumah Razali di pinggir sawah. Kedatangan Ramlah dan kawan-kawannya disambut
oleh ibu Razali , Mak Sopiah dengan mesra. Mak Sopiah menjemput mereka masuk
ke dalam rumah. Bagaimanapun Razali mengajak mereka mengulang kaji di pondok
yang terletak di tengah sawah. Ternyata di situ sungguh nyaman dan sunyi. Mak
Sopiah turut menghidangkan minuman dan pisang goreng untuk mereka di pondok
itu.

Bab 10 Pengakuan
Munir dipanggil ke bilik kerjaya. Cikgu Zulkifli dan Cikgu Muniam selaku guru
kaunseling dan guru kerjaya sekolah telah meminta Munir memberikan penjelasan
tentang sikapnya yang suka mengganggu pelajar lain di dalam kelas dan selalu
ponteng ketika menjalankan tugas di kedai koperasi. Munir tidak mengakui tuduhan
itu. Setelah diberi nasihat, Munir mengaku tidak akan berbuat demikian lagi. Cikgu
Zulkifli berharap agar Munir akan sedar akan kesalahannya.
11. Melepaskan Dendam
Pada petang itu, Munir, Leong dan Silvam menunggang motosikal lalu singgah di
tepi jalan yang menuju ke arah rumah Razali. Mereka menunggu kedatangan Razali.
Ketika ternampak Razali, mereka terus memukul Razali sehingga Razali tersungkur
dan mukanya berdarah. Setelah mereka meninggalkan tempat itu, Ramlah, Swee
Lan dan Saridevi menunggang basikal ke situ. Setelah mengetahui perlakuan Munir,
mereka ingin melaporkan perkara itu kepada Cikgu Zulkifli, tetapi Razali enggan
berbuat demikian kerana takut kalau berita itu sampai pada ayah tirinya.
12. Kasih Seorang Ibu
Ketika Razali sampai di rumah, Mak Sopiah amat terkejut melihat keadaan anaknya.
Razali pun menyatakan perlakuan Munir terhadapnya. Kebetulan ayah tiri Razali,
Pak Zakaria telah pulang. Apabila ternampak keadaan Razali, Pak Zakaria terus
menyalahkan Razali sebagai anak yang sombong dan angkuh sehingga bergaduh
dengan orang lain. Mak Sopiah terus mempertahankan anaknya. Pada petang itu,
setelah makan, Razali membaca di pondok yang terletak di sawah itu. Dia kecewa
atas layanan ayah tirinya. Razali terus bertanya kepada ibunya siapa ayahnya yang
sebenarnya. Bagaimanapun, Mak Sopiah enggan memberitahu Razali tentang
ayahnya kerana tidak mahu mengingat kembali kenangan pahit itu.
13. Dendam Membawa Padah
Keesokan hari, Munir, Leong dan Silvam disuruh ke bilik pengetua kerana terdapat
aduan bahawa mereka dituduh memikul Razali. Setelah disoal siasat, Cikgu

Syamsudin mengambil keputusan untuk merotan Munir, Leong dan Silvam di dalam
bilik pengetua.
14. Berita Gembira
Cikgu Zulkifli mengumumkan bahawa Razali telah dipilih untuk menyertai kursus
koperasi di Petaling Jaya. Ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain telah
memberikan ucapan tahniah kepada Razali. Pada suatu petang, Cikgu Zulkifli, Mak
Sopiah, Harun, Swee Lan dan Ramlah telah tiba di stesen bas untuk menghantar
Razali yang akan menaiki bas ke Petaling Jaya.
15 . Budi Baik Dikenang juga.
Razali bersama-sama dengan peserta kursus seluruh koperasi sekolah Malaysia
telah menghadiri kursus di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya selama satu minggu.
Penceramah itu telah menyatakan bahawa generasi muda harus menyedari
peranan koperasi dan dapat menjadi pemimpin koperasi yang berjaya di negara
kiga. Selepas kursus, para peserta dibawa melawat ke Jabatan Pembangunan
Koperasi Malaysia di Kuala Lumpur dan tempat-tempat di sekitar Kuala Lumpur.
Razali berasa amat terhutang budi kepada Jabatan pembangunan Koperasi Malaysia
kerana memilih mereka untuk menghadiri kursus tersebut.

16. Kesan Kunjungan


Setelah seminggu kemudian, Razali balik ke sekolah semula. Dalam mesyuarat
koperasi sekolah, Razali telah memberikan laporan ringkas tentang pengetahuan
yang diperoleh daripada kursus itu. Cikgu Syamsudin juga mengemukakan usul,
iaitu sama ada mereka akan menyertai pertandingan untuk memilih koperasi yang
maju, berjaya dan baik pentadbirannya yang dianjurkan oleh Angkatan Koperasi
Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Swee Lan memberikan cadangan supaya mereka
masuk pertandingan itu. Akhirnya semua ahli lembaga pengarah bersetuju atas
cadangan itu. Cikgu Hassan mengharapkan semua ahli lembaga pengarah berusaha
dan menunjukkan semangat untuk memajukan koperasi mereka pada tahun itu.
17. Semakin Jauh Terbang Burung
Untuk membuat persediaan tentang pertandingan itu, semua ahli lembaga
pengarah bergilir-gilir mengurus projek mereka. Bangsal ternakan ayam dan bilik
bacaan mereka sentiasa dijaga rapi. Baik guru penasihat mahupun pelajar sebagai
ahli lembaga pengarah telah sibuk mengemaskan kedai koperasi mereka.
Sebaliknya Munir, Leong dan Silvam ada di padang untuk bermain bola tanpa
menjalankan tugas mereka. Atas arahan pengetua, Munir, Leong dan Silvam balik
ke kedai koperasi. Ketika Munir berada di meja setiausaha, dia terlihat anak kunci
terletak di situ lalu diambil dan ditelitinya anak kunci itu. Setelah itu, mereka
bertiga tidak berpuas hati terhadap Razali kerana Razali menjadi tumpuan pelajar
perempuan, terutama Ramlah. Munir ingin membuat sesuatu terhadap Razali lagi.

18. Malang Tidak Diduga


Pada malam itu , ada lembaga hitam membuka pintu dan menceroboh kedai
koperasi itu. Keesokan hari, apabila Razali membuka pintu kedai koperasi itu
dengan kuncinya, dia dan kawan-kawannya terkejut kerana semua barangan jualan
mereka bertaburan di lantai dan wang sebanyak RM200 juga dicuri orang. Mereka
segera melaporkan hal itu kepada Cikgu Zulkifli . Cikgu Zulkifli mengambil
keputusan untuk melaporkan kejadian itu kepada pengetua dan pihak polis.

19. Misteri Kedai Koperasi


Dua orang anggota polis telah datang ke kedai koperasi sekolah untuk membuat
siasatan. Mereka mendapati pintu kedai itu tidak ada kesan dikopak orang. Mereka
mendapati bahawa hanya Razali dan pengetua memiliki kunci koperasi itu. Oleh itu
Razali dan Cikgu Zulkifli telah dibawa ke balai polis untuk membuat siasatan lanjut.
Semua guru dan ahli lembaga pengarah tidak percaya bahawa Razali terlibat dalam
kes itu. Munir, Leong dan Silvam telah membuat sindiran bahawa Razali yang
terlibat dalam kes itu. Cikgu Zulkifli, Cikgu Robeah, dan Cikgu Hassan telah
berbincang dengan pengetua tentang kes itu. Cikgu Hassan bercadang supaya
mereka cuba merangkap pencuri itu. Mereka bimbang bahawa kes itu akan
mengganggu persiapan mereka untuk masuk pertandingan.
20 Tindakan Ayah Tiri
Ketika Pak Zakaria hendak pulang ke rumah, Munir dan dan Leong menunggung
motosikal ke arahnya. Mereka memberitahu Pak Zakaria bahawa Razali terlibat
dalam kes kecurian kedai koperasi sekolah sehingga disiasat oleh pihak polis. Pak
Zakaria amat marah akan peristiwa . Apabila ternampak kepulangan Razali, Pak
Zakaria yang berada di beranda terus memarahi Razali sebagai pencuri yang
memalukannya. Dia hendak menghalau Razali keluar dari rumahnya. Mak Sopiah
segera keluar dan membela Razali. Dia percaya kata-kata Razali lalu mengatakan
bahawa jika Razali dihalau, dia akan mengikut Razali keluar dari rumah itu juga.
Dengan geram, pak Zakaria mencapai basikalnya lalu menunggangnya dengan
tergesa-gesa.
21. hidup yang Dirundung Malang
Razali berlegar-legar di tengah sawah. Dia cuba mencari ketenangan di pondok
sawah itu. Dia berasa sedih atas nasib yang malang. Dia tidak tahu di mana
ayahnya. Dia asyik termenung tenang fitnah yang dilemparkan terhadapnya. Mak
Sopiah cuba menenangkan jiwa Razali. Sekali lagi, Razali meminta ibunya supaya
memberitahu keadaan ayahnya. Mak Sopiah menangis dan merayu Razali supaya
tidak meninggalkannya. Mak Sopiah tetap enggan memberitahu Razali siapa
ayahnya kerana tidak mahu membangkit peristiwa pahit pada masa dahulu. Razali
memeluk ibunya dan berjanji bahawa dia tiak akan menyakiti hati ibunya lagi.
22. Misteri Berakhir

Cikgu Zulkifli bergegas ke kedai koperasi kerana diberitahu oleh SweeLan


danMarzuki bahawa kedai koperasi dicerobohi lagi. Pengetua , Cikgu Syamsudin
sangat marah atas kejadian itu dan mengambil keputusan untuk memeriksa beg
dan pakaian murid satu demi satu. Akhirnya Cikgu Hassan berjaya mengesan murid
yang menceroboh kedai koperasi itu, iaitu Munir. Dari beg sekolah Munir, Hassan
telah mendapat kunci yang sama dengan nombor kunci kedai koperasi mereka dan
sehelai wang kertas RM10.00 yang terdapat huruf K seperti yang ditulis oleh Cikgu
Hassan. Cikgu Zulkifli sangat kesal atas perlakuan Munir. Ketika ditanya oleh Cikgu
Syamsudin, Munir mengakui bahawa dialah menceroboh kedai koperasi untuk
memfitnah Razali kerana tidak suka Ramlah yang sering mendekati Razali. Cikgu
Syamsudin mengambil keputusan untuk menghukum Munir. Beliau akan
mengadakan mesyuarat dengan guru-guru disiplin untuk menentukan hukuman
yang sepatutnya.
23. Hukuman
Mengikut keputusan mesyuarat guru disiplin sekolah itu, Munir akan dirotan di
hadapan perhimpunan sebanyak 3 kali. Kedua-dua ibu bapa Munir juga diberitahu
dahulu dan mendapat kebenaran dengan harapan disiplin Munir akan berubah.
Cikgu Muniam telah mengumumkan kesalahan yang dilakukan oleh Munir. Munir
akan dirotan oleh Pengetua sendiri dan digantung persekolahannya selama
seminggu. Ketika tampil ke depan, tiba-tiba Munir menghulurkan tangan dan
meminta maaf kepada Razali. Razali mengangguk-angguk lalu memeluk tubuh
Munir. Mereka berpelukan. Air mata Razali berderaian. Semua warga sekolah
terharu. Cikgu Syamsudin mengingatkan semua pelajar supaya peristiwa itu
sebagai pengajaran.
24. Memasuki Dunia Baharu
Ketika selesai menunaikan solat, Munir tiba di halaman rumah Razali. Munir datang
untuk meminta maaf kepada Pak Zakaria dan Mak Sopiah. Dia mengakui
kesalahannya dan membuat fitnah sehingga menjejaskan nama baik keluarga
Razali. Pak Zakaria memaafkan Munir yang telah insaf akan kesalahannya. Selain
itu, Munir juga datang untuk meminta Razali supaya boleh mengajarnya
memandangkan peperiksaan SPM semakin menjelang. Razali tidak keberatan untuk
membantu Munir dalam pelajaran. Munir terharu atas budi Razali dan merasai
dirinya menjadi orang baharu dalam hidupnya. Dia telah mendapat seorang
sahabat baharu.
25. Harapan Berbunga Indah
Pada suatu hari, tiga orang hakim Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari
ANGSAKA datang untuk menghakimi Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian
Seri Kayangan. Mereka meneliti barang jualan, buku-buku akaun dan sebagainya di
kedai koperasi. Kemudian mereka juga meninjau projek ternakan ayam telur dan
bilik bacaan yang disediakan oleh koperasi sekolah itu.
Pada pagi itu, mua murid Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
berbaris dalam perhimpunan. Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri

hadir bersama, termasuk beberapa orang ibu bapa yang dijemput khas. Jabatan
Pembangunan Koperasi Negeri Perlis dijemput untuk berucap dan seterusnya
menyampaikan hadiah. Beliau mengumumkan bahawa Koperasi Sekolah Menengah
Teknik Pertanian Seri Kayangan berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Koperasi
Sekolah-sekolah pada tahun itu. Razali dipilih untuk menerima piala daripada
pengarah itu. Semua guru dan pelajar bertepuk tangan dengan gembira. Razali juga
dijulang oleh empat orang ahli lembaga pengarah dan diarak mengelilingi
perhimpunan itu.
Setelah perhimpunan tamat, Mak Sopiah dan Pak Zakaria ternampak seorang lelaki
tua dan dapat mengesan lelaki itu ialah Ramli. Mereka bersalaman. Cikgu
Syamsudin berasa ada sesuatu rahsia dalam pertemuan itu. Beliau segera
menjemput mereka ke bilik pejabatnya, termasuk pengarah.
26. Terbuka Rahsia
Encik Ramli mula membuka rahsia antara mereka. Menurut Ramli , dia tinggal di
Melaka, anaknya Ramlah tinggal bersama dengan abangnya seorang polis di
kampung. Ramli mengatakan bahawa Mak Sopiah ialah bekas isterinya. Kira-kira 16
tahun yang lalu, dia telah bercerai dengan Mak Sopiah dan meninggalkan anak
lelaki . Ketika itu, dia sebagai tentera di Seremban. Selepas itu, Pak Zakaria telah
mengambil Mak Sopiah sebagai isteri. Setelah tamat tempoh perkhidmatan sebagai
tentera, Pak Zakaria telah membawa Mak Sopiah dan Razali tinggal di situ.
Sebaliknya Ramli balik ke Melaka dan berkahwin dengan seorang janda beranak
tiga di Melaka. Selama ini, Pak Ramli tidak tahu tempat Razali dan ibunya berada.
Mak Sopiah mengatakan bahawa dia tidak mahu memberitahu Razali tempat
ayahnya berada kerana takut Razali akan meninggalkannya.
Razali dan Ramlah dipanggil ke pejabat Pengetua, Razali diberitahu bahawa ayah
yang dicarinya selama ini ialah ayah kepada Ramlah yang berada di bilik itu.
Setelah mendengar penjelasan ayah tirinya, Razali segera menerpa dan mencium
tangan Pak Ramli. Ramlah terkejut kerana Razali ialah saudaranya. Mereka
tersenyum riang melihat pertemuan itu. Encik Ali, Pengarah Jabatan Pembangunan
Koperasi Negeri mengatakan bahawa sungguh besar jasa koperasi sekolah kerana
dapat mempertemukan anak dengan ayahnya. Rupa-rupanya bersempena dengan
kejayaan koperasi, Razali dapat bertemu dengan ayahnya yang dicari-carinya
selama ini. Mereka bersama-sama ketawa dengan riang.
Perwatakan bagi watak-watak dalam novel Sejambak Bakti
Razali
Razali merupakan watak utama dalam novel Sejambak Bakti. Razali ialah anak
kepada Mak Sopiah dan anak tiri kepada Pak Zakaria. Sebagai penolong setiausaha
lembaga pengarah Koperasi sekolah, Razali sentiasa menjalankan tugasnya dengan
amanah. Sebagai pelajar, Razali sangat rajin dan belajar bersungguh-sungguh. Dia
sering mengulang di pondok yang terletak di tengah sawah.
Dia juga bersikap suka membantu. Contohnya dia telah membantu Ramlah, Swee
Lan, dan Saridevi dalam pelajaran. Selain itu, Razali juga sayang dan hormat

kepada ibunya. Contohnya walaupun sangat ingin mengetahui keadaan ayah


kandungnya, Razali tidak sanggup menyakiti hati ibunya semasa ibunya enggan
memberitahukan ayahnya.
Razali juga bersikap sedia memaafkan. Misalnya ketika Munir meminta maaf
kepadanya, Razali segera bersalam dengannya dan memeluk badan Munir sebagai
tanda memaafkan segala kesalahan Munir terhadapnya. Razali juga bersikap ikhlas.
Dia sanggup menerima Munir sebagai sahabat walaupun Munir pernah memukulnya
dan membuat fitnah terhadapnya, malahan sanggup membantu Munir dalam
pelajaran setelah Munir insaf akan kesalahannya.
Munir
Munir berasal daripada keluarga yang berada. Dia juga merupakan salah seorang
ahli lembaga pengarah koperasi sekolah. Munir bersikap sombong dan angkuh. Dia
suka memacu motosikal di jalan raya. Munir merupakan ahli lembaga pengarah
yang tidak bertanggungjawab. Contohnya dia sanggup ponteng dalam tugas di
kedai koperasi sekolah dan bermain bola di padang. Munir juga bersikap
pendendam dan iri hati. Contohnya dia cemburu apabila melihat Ramlah sering
bersama dengan Razali. Dia sanggup memukul Razali di tengah jalan ke rumah. Dia
juga membuat fitnah bahawa Razali telah mencerobohi kedai koperasi.
Bagaimanapun Munir telah insaf akan kesalahan dirinya setelah dirotan di depan
perhimpunan. Dia telah meminta maaf kepada Razali dan keluarga Razali.
Mak Sopiah
Ibu kepada Razali dan isteri kepada Pak Zakaria. Dia juga bekas isteri kepada Pak
Ramli. Dia telah bercerai dengan Pak Ramli 16 tahun yang lalu, iaitu Razali baru
berumur satu tahun. Mak Sopiah bersikap penyayang. Dia sangat sayang akan
anaknya Razali. Sebagai contoh, dia sangat membela Razali malah mengikut Razali
keluar dari rumah jika suaminya hendak menghalau Razali keluar dari rumah itu.
Dia tidak mahu memberitahu keadaan ayah kandung Razali kepada Razali kerana
tidak mahu Razali meninggalkannya. Mak Sopiah juga seorang yang mesra.
Contohnya dia melayani kawan-kawan Razali dengan ramah-tamah dan
menghilangkan minuman dan pisang goreng untuk mereka.

Cikgu Zulkifli
Cikgu Zulkifli ialah guru yang bertanggungjawab terhadap Koperasi Sekolah.
Sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah, Cikgu Zulkifli sentiasa memberikan
perhatian dan bantuan untuk memajukan kegiatan koperasi sekolah. Beliau seorang
guru yang dedikasi dan bertanggungjawab. Beliau sanggup mengorbankan masa
dan tenaga untuk menguruskan perniagaan kedai koperasi dan projek ternakan
ayam telur di sekolah itu. Cikgu Zulkifli juga seorang guru yang mengambil berat
terhadap pelajaran dan tingkah laku pelajar. Contohnya dia sentiasa memberikan
nasihat kepada Munir supaya bersikap positif terhadap pelajar dan tugas dalam
koperasi sekolah.

Cikgu Syamsudin
Cikgu Syamsudin merupakan pengetua Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri
Kayangan. Cikgu Syamsudin bersikap tegas dan sentiasa mengambil berat akan
disiplin pelajar. Oleh itu beliau sanggup mengambil keputusan untuk merotan dan
merotan di hadapan perhimpunan pelajar terhadap Munir yang sering melanggar
peraturan sekolah. Beliau berbuat demikian demi meningkatkan disiplin pelajar.
Beliau sentiasa prihatin terhadap kokurikulum pelajar. Contohnya, beliau
memberikan sokongan yang sepenuh terhadap kegiatan koperasi sekolah dan
penyertaan Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.
Pak Zakaria
Pak Zakaria ialah bapa tiri kepada Razali dan suami kepada Mak Sopiah. Dia
bersikap prejudis. Contohnya, dia sering menganggap bahawa anak tirinya bersikap
sombong dan angkuh. Semasa melihat keadaan Razali yang telah dipukul, dia terus
mendakwa bahawa Razali suka bergaduh dengan orang lain. Apabila diberitahu oleh
Munir dan Leong, Pak Zakaria terus mempercayai kata-kata mereka, iaitu Razali
telah mencerobohi kedai koperasi dan mencuri wang di dalam kedai koperasi itu.
Tanpa usul periksa, Pak Zakaria hendak menghalau Razali keluar dari rumah.
Bagaimanapun dia juga bersikap sedia memaafkan, iaitu dia terus memaafkan
Munir apabila Munir meminta maaf atas kesalahannya yang memfitnah Razali
sehingga nama keluarga merekaterjejas.
Ramlah
Ramlah seorang gadis yang bersikap sopan dan lemah lembut. Keayuannya telah
memikat hati Munir. Sebagai ahli lembaga pengarah koperasi sekolah, Ramlah aktif
menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab. Dia seorang pelajar yang
suka membantu orang. Contohnya dia telah membantu Razali untuk membuat minit
mesyuarat lembaga pengarah koperasi sekolah. Selain itu, Ramlah seorang pelajar
yang tekun dalam pelajaran. Oleh itu, dia dan Swee Lan serta Saridevi meminta
Razali supaya dapat berulang kaji tentang pelajaran yang tidak difahami. Dia juga
bersikap setia kawan. Contohnya dia percaya sepenuhnya terhadap Razali bahawa
Razali tidak terlibat dalam kes kecurian dalam kedai koperasi sekolah.
Selain itu terdapat watak-watak samping yang lain seperti
Swee Lan , Saridevi, Harun, Norlela, Cikgu Robeah, Cikgu Hassan, Leong, Silvam,
Cikgu Saiful, Pak Ramli, Encik Ali dan sebagainya.

Latar Tempat Novel Sejambak Bakti karyag Rejab F.I Sekolah Menengah Teknik
Pertanian Seri Kayangan, Perlis Sebuah sekolah yang terdapat empat buah
bangunan yang bercat kuning tersergam indah. Pengetua sekolah ialah Cikgu
Syamsudin. Sekolah itu mementingkan disiplin dan semangat kerjasama dalam
kalangan pelajar. Sekolah itu terdapat kedai koperasi, bangsal ternakan ayam telur
dan sebagainya. Kebanyakan pelajar daripada keluarga petani. Salah satu peristiwa

yang penting yang berlaku di sekolah itu ialah Munir dirotan oleh pengetua di
hadapan perhimpunan kerana melanggar pelbagai masalah disiplin. Selain itu,
Koperasi Sekolah itu telah berjaya memenangi johan dalam Pertandingan Koperasi
Sekolah-sekolah pada tahun itu. Razali telah mewakili sekolah untuk menerima piala
itu. Tambahan lagi, terdapat peristiwa tenang pertemuan antara Razali dengan bapa
kandungnya, iaitu Pak Ramli. Kedai koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian
Seri Kayang Kedai koperasi itu diuruskan oleh seorang pembantu kedai, 12 orang
pelajar dan empat orang guru yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah
koperasi. Kedai koperasi itu menjual pelbagai bahan keperluan pelajar, seperti alatalat tulis, baju sukan, buku dan sebagainya. Salah satu peristiwa yang berlaku di
kedai koperasi itu ialah Munir telah mencerobahi kedai itu dan mencuri wang
sebanyak RM200 serta sengaja menjadikan semua barangan jualan bertaburan di
lantai. Bukan itu sahaja, dua orang polis telah datang ke kedai koperasi itu untuk
membuat siasatan. Mereka mendapati bahawa pintu kedai tidak dikopak orang.
Oleh itu, mereka mengesyaki penceroboh itu ialah pemilik kunci kedai koperasi.
Akibatnya Razali telah dibawa ke balai polis untuk mendapat siasatan lanjut. Selain
itu, terdapat peristiwa tentang semua ahli lembaga pengarah bekerjasama untuk
mengemaskan bilik kedai koperasi itu sebagai persediaan untuk menghadapi
Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah tetapi Munir tidak hadir dan bermain bola di
padang. Rumah Razali Ramah Razali terdapat di kawasan sawah. Razali tinggal
bersama dengan ibunya Mak Sopiah dan ayah tirinya, Pak Zakaria . Salah satu
peristiwa yang berlaku di rumah itu ialah Pak Zakaria hendak menghalau Razali
keluar dari rumah itu setelah mendengar fitnah daripada Munir bahawa Razali telah
mencerobohi kedai koperasi dan mencuri wang. Peristiwa lain yang menarik ialah
Munir datang ke rumah Razali dan meminta maaf kepada Mak Sopiah dan Pak
Zakaria atas fitnahnya terhadap Razali sehingga nama keluarga mereka terjejas.
Selain itu terdapat peristiwa ialah Razali meminta ibunya supaya memberitahu
nama bapanya dan kedudukan bapanya ketika itu tetapi Mak Sopiah enggan
memberitahu keadaan bapanya kepada Razali Pondok di tengah Sawah Pondok itu
tidak jauh dari rumah Razali. Tempat itu sunyi dan lapang. Oleh itu saban hari,
Razali akan mengulang kaji pelajar di pondok itu. Selain itu, dia juga mengajak
Ramlah, Swee Lan dan Saridevi untuk mengulang kaji di situ. Ketika menghadapi
fitnah dan dimarahi oleh bapa tirinya, Razali akan berada di pondok itu untuk
menenangkan jiwanya. Di samping itu, Razali juga membantu Munir dalam
pelajaran di pondok itu setelah Munir insaf akan kesalahan. Maktab Kerjasama,
Petaling Jaya Razali dan wakil-wakil sekolah lain telah dipilih untuk menyertai kursus
seluruah koperasi sekolah Malaysia di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya. Razali telah
mendapat banyak ilmu pengetahuan tenang koperasi dalam kursus itu. Latar Masa
Latar masa bagi novel ini ialah pada zaman sekarang. Terdapat latar masa pagi,
petang dan malam. Latar masa pagi Peristiwa yang berlaku pada waktu pagi ialah
ketika Razali dan beberapa orang kawan membuka pintu kedai koperasi, mereka
terkejut kerana kedai koperasi mereka telah dicerobohi orang. Semua barangan jual
bertaburan di lantai. RM200 yang disimpan di dalam laci meja juga dicuri orang.
Mereka segera melaporkan peristiwa itu kepada Cikgu Zulkifli. Peristiwa yang
menarik yang lain ialah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
telah menenangi johan dalam Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah pada tahun
itu. Razali telah mewakili sekolah untuk menerima piala itu. Selain itu, peristiwa

yang menarik ialah Razali dapat bertemu dengan bapa kandungnya, Pak Ramli pada
waktu pagi juga. Latar masa petang Peristiwa yang berlaku pada waktu petang ialah
Razali telah dipukul oleh Munir, Leong dan Silvam di tengah jalan setelah pulang
dari sekolah. Razali tersungkur dan mukanya berdarah. Peristiwa lain yang berlaku
pada waktu petang ialah Pak Zakaria hendak menghalau Razali keluar dari rumah
setelah mendengar fitnah daripada Munir dan Leong. Latar masa malam Peristiwa
menarik yang berlaku pada waktu malam ialah satu lembaga hitam telah membuka
pintu Kedai Koperasi Sekolah lalu masuk ke dalam kedai itu. Lembaga hitam
sanggup memunggah kedai itu sehingga barang-barang di kedai itu besepah dan
tunggang-langgang

Nilai-Nilai dalam Novel Sejambak Bakti


Nilai amanah
Ahli-ahli lembaga pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri
Kayangan dapat menjalankan tugas masing-masing dengan penuh
bertanggungjawab. Mereka sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk
meningkatkan pendapatan kedai koperasi dan berusaha untuk memberikan
sumbangan kepada pembangunan sekolah, seperti membina bilik bacaan.
Nilai tolong-menolong
Razali mempunyai nilai tolong-menolong. Ketika kawan-kawan menghadapi masalah
dalam pelajaran, dia tidak keberatan untuk memberikan bantuan. Contohnya dia
membantu Ramlah, Swee Lan, Saridevi dan Munir yang menghadapi masalah dalam
pelajaran. Ramlah juga mengamalkan nilai tolong-menolong. Contohnya dia
membantu Razali untuk melengkapkan minit mesyuarat.
Nilai kerjasama
Ahli lembaga pengarah koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
sentiasa mengamalkan nilai kerjasama. Contohnya, mereka bekerjasama dan
bergotong-royong untuk membersihkan reban ayam, bilik bacaan dan kedai
koperasi mereka sebagai persediaan untuk menyertai Pertandingan Koperasi
Sekolah-sekolah.
Nilai kasih sayang
Mak Sopiah mengamalkan nilai kasih sayang. Dia bersikap penyayang. Dia sayang
akan anak tunggalnya dan mengambil berat akan pelajaran dan perasaanya. Dia
sanggup keluar dari rumah ketika suaminya hendak menghalau Razali dari rumah.
Dia juga enggan memberitahu Razali tentang bapa kandungnya kerana tidak
sanggup berpisah dengan Razali . Selain itu, Razali juga berpegang teguh terhadap
nilai kasih sayang. Dia sayang akan emak dan tidak mahu menyakiti hati ibunya.
Walaupun sangat ingin mengetahui bapa kandungnya, tetapi dia tidak mahu
memaksa ibunya untuk memberitahu keadaan bapa kandungnya.
Nilai jujur dan ikhlas

Razali mengamalkan nilai jujur dan ikhlas. Dia ikhlas menerima Munir sebagai
kawan setelah Munir insaf akan kesalahannya walaupun Munir pernah membulinya
malah membuat fitnah terhadapnya. Dia juga bersikap jujur dan ikhlas untuk
membantu pelajar lain yang menghadapi masalah dalam pelajaran.
Tabah
Sebagai anak tiri, Razali tabah menghadapi layanan Pak Zakaria yang agak teruk.
Dia sentiasa sabar walaupun ditegur oleh Pak Zakaria sebagai pencuri, sombong
dan suka berlagak. Dia sentiasa tabah walaupun rindu akan bapa kandungnya.
Setelah balik dari balai polis, Razali tetap tabah untuk berhadapan dengan khabar
angin yang mendakwa dia sebagai pencerobah kedai koperasi dan pencuri. Selain
itu, Mak Sopiah juga mengamalkan nilai tabah. Dia tabah menghadapi pengalaman
yang pahit, iatu dia diceraikan oleh bekas suaminya Ramli pada 16 tahun yang lalu.
Nilai tanggungjawab
Sebagai pengetua, Cikgu Syamsudin mengamalkan nilai tanggungjawab. Beliau
menjalankan tugasnya sebagai pengetua dengan penuh tanggungjawab. Beliau
sentiasa menjaga disiplin sekolah itu dan menggalakkan pelajar menyertai
pertandingan untuk mengharumkan nama sekolah. Selain itu, ahli-ahli lembaga
pengarah juga menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh
tanggungjawab, seperti Razali, Cikgu Zulkifli, Ramlah, Swee Lan dan Saridevi.

SINOPSIS
Novel Sejambak Bakti ini mengisahkan usaha sekumpulan murid dan
guru Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
membangunkan
koperasi
sekolah.
Dalam
usaha
mereka
membangunkan
koperasi sekolah, terselit pelbagai kisah suka dan duka dan konflik
sesama sendiri. Nilai-nilai murni dalam novel ini dipaparkan dengan
jelas oleh penulis, antaranya sikap amanah, bertanggungjawab dan
jujur dalam sesuatu pekerjaan, terutama sekali apabila murid
menguruskan koperasi sekolah. Peranan guru sebagai pendorong dan
pemberi nasihat kepada murid dalam novel Sejambak Bakti dipaparkan
sebagai panduan kepada murid supaya dapat memilih nilai positif
dalam kehidupan seharian.
Kisah bermula dengan situasi yang digambarkan di koperasi sekolah
sewaktu Harun, Swee Lan dan Saridevi bertugas sebagai Ahli Lembaga
Pengarah koperasi. Kedai koperasi itu dikendalikan oleh Lembaga
Pengarah dan ditubuhkan kira-kira lima tahun yang lalu. Seorang

pembantu kedai tersebut bersama-sama tiga orang ahli lembaga


pengarah
begitu
sibuk
melayani
pembeli-pembeli
yang
berkehendakkan layanan segera. Mereka melayani pembeli-pembeli
dengan sabar dan baik. Meskipun didesak dan disindir, senyuman
masih juga terukir di bibir. Semasa pembeli sedang sibuk membeli
barang keperluan sekolah, seorang daripada murid yang berasak-asak
di situ cuba mengambil sebatang pen dan terus memasukkan pen
tersebut ke dalam saku seluarnya. Harun menegur perbuatan tersebut
dan murid itu tersengih selamba dan segera mengeluarkan wang
untuk membayar harga pen yang diambilnya. Saridevi mengingatkan
rakan-rakan yang bertugas agar betul-betul mengawasi tindak tanduk
pembeli.
Tidak lama kemudian, Mesyuarat Lembaga Pengarah diadakan untuk
memilih jawatankuasa. Dalam mesyuarat ini Razali terpilih sebagai
Naib Setiausaha. Pemilihan Razali sebagai Naib Setiausaha ini telah
menimbulkan perasaan cemburu dan dendam dalam hati Munir. Dia
turut disokong oleh dua orang kawannya iaitu Leong dan Silvam.
Mereka merancang untuk membalas dendam terhadap Razali. Mereka
jengkel melihat Razali yang mesra dengan Ramlah, Swee Lan dan
Saridevi. Cita-cita dan harapan seseorang itu terpendam di lubuk hati.
Dia akan berusaha dengan pelbagai cara untuk mencapai cita-citanya
itu. Demikian juga Munir, Silvam, dan Leong. Sebenarnya mereka
mempunyai cita-cita dan harapan yang sama. Disebabkan itulah tiga
serangkai itu begitu baik perhubungannya seperti isi dengan kuku. Jika
sungai, seperti aur dengan tebingnya. Sewaktu pulang dari sekolah
hari itu, tiga serangkai tadi menunggu Ramlah, Swee Lan, dan Saridevi
keluar dari kedai koperasi. Ketika gadis-gadis itu sampai di tempat
mereka menunggu, Munir memberanikan diri menegur Ramlah dan
mengajaknya menonton filem. Ramlah menolak dengan baik. Tetapi
Munir sakit hati dengan sikap Ramlah yang tidak menerima ajakannya.
Kedai Koperasi ini membuat perancangan untuk memajukan
perniagaan tidak terhad kepada jualan sahaja . Dengan kerjasama
PIBG sekolah, mereka membina bangsal ternakan ayam telur itu
terletak di hujung kawasan Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri
Kayangan. Bangsal itu diperbuat daripada kayu, beratapkan daun

nipah. Panjangnya kira-kira 50 meter dan lebar 20 meter. Bangsal itu


dibina oleh PIBG sekolah tersebut secara gotong-royong. Ahli Lembaga
Pengarah Koperasi sekolah itu amat berbangga dan berterima kasih
terhadap sokongan tersebut. Ibu bapa pula menyedari sokongan itu
patut diberikan untuk menanam semangat berkoperasi dan berniaga
kepada anak-anak mereka. Zaman sekarang, berniaga dan berkoperasi
merupakan sumber kehidupan yang lumayan, tidaklah mengharapkan
jawatan-jawatan kerajaan semata-mata. Razali, Cikgu Zulkifli, Cikgu
Hassan, Swee Lan, Saridevi, dan beberapa orang ahli lembaga
pengarah yang lain, begitu sibuk menjalankan tugas masing-masing.
Pada waktu yang sama, di suatu tempat lain pula, Ramlah, Cikgu
Robeah, Rozita, Harun, Silvam, dan Leong serta beberapa orang Ahli
Lembaga Pengarah Koperasi sekolah itu sedang mengemaskan bahan
bacaan di dalam sebuah bilik. Bilik itu telah dikhaskan oleh pengetua
sebagai tempat membaca bahan-bahan bacaan ringan seperti akhbar,
majalah, dan risalah. Bilik itu dinamakan bilik bacaan. Murid-murid
sekolah itu sama ada pada waktu rehat atau pada waktu petang dapat
membaca
bahan-bahan
tersebut
untuk
menambahkan
ilmu
pengetahuan. Bilik tersebut dikelolakan oleh ahli koperasi sekolah.
Cikgu Zulkifli bertanyakan tentang Munir yang tiada di situ. Silvam
memberitahu cikgu, Munir berada di padang bermain bola. Cikgu
Zulkifli menggelengkan kepala.
Cikgu Zulkifli ke padang mencari Munir. Munir berjalan longlai keluar
dari padang. Dia berhenti berteduh di bawah pokok ru sambil
mengelap peluhnya. Dari arah bangunan sekolah kelihatan Cikgu
Zulkifli berjalan menuju ke tempat Munir berehat. Cikgu Zulkifli
memberikan nasihat kepada Munir. Sepatutnya dia menolong
menjalankan kegiatan koperasi sekolah kita. Munir telah dilantik
sebagai ahli lembaga pengarah. Munir berjanji tak ponteng lagi.
Munir bukan sahaja tidak menjalankan tugas di koperasi, malahan dia
juga selalu mengacau rakannya di dalam kelas sewaktu cikgu sedang
mengajar. Kisah kelemahan disiplin Munir bukan sahaja diketahui oleh
Cikgu Zulkifli dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah itu, malah
guru-guru yang lain termasuk juga Cikgu Saiful. Akan tetapi Cikgu

Zulkiflilah yang begitu kecewa kerana Munir merupakan ahli lembaga


pengarah koperasi. Cikgu Zulkifli khuatir sekiranya disiplin Munir tidak
dibaiki mungkin banyak ahli koperasi dan murid yang lain akan
bersungut. Disebabkan itulah Cikgu Zulkifli berunding dengan guru
kaunseling atau guru kerjaya sekolah itu, Cikgu Muniam supaya
menyiasat dan membimbing Munir. Hari itu Munir dipanggil oleh Cikgu
Muniam ke bilik kerjaya. Dia bersama-sama Cikgu Zulkifli menunggu
Munir di situ.
Munir tidak puas hati kerana dia telah dipanggil untuk sesi kaunseling.
Dia beranggapan Razali yang telah membuat aduan kepada cikgu
kaunseling. Petang itu mereka bertigamembuat rancangan untuk
memukul Razali. Mereka melihat Razali sedang mengayuh basikal
melalui jalan itu menuju ke arah mereka. Jalan itu ialah jalan menuju ke
rumah Razali. Razali menggunakan basikal untuk berulang-alik ke
sekolah. Mereka menunggu kedatangan Razali dengan reaksi yang
penuh dendam untuk bersemuka dengannya. Sesaat mereka rasakan
sehari kerana Razali mengayuh basikalnya dengan perlahan. Dia
mengayuh dengan tenang seperti hari-hari biasa. Akhirnya sampailah
Razali di tempat yang ditunggu oleh Munir dan rakan-rakannya. Razali
kehairanan melihat anak-anak muda itu menahannya. Dia turun dari
basikalnya. Dia melihat wajah- wajah itu seperti hendak memukulnya.
Petang itu Razali telah dipukul dengan teruk . Kejadian itu
menimbulkan kemarahan kepada Pak Zakarian, ayah tiri Razali yang
memang tidak suka akan Razali. Dia mengatakan Razali memang suka
bergaduh. Mak Sopiah, ibu Razali memenangkan anaknya.
Di sekolah, Pengetua telah mendapat aduan tentang perbuatan Munir
yang memukul Razali. Cikgu Syamsudin ( Pengetua ) telah memanggil
mereka bertiga ke Bilik Pengetua. Cikgu Syamsudin merotan punggung
Muniir sebanyak dua kali. Pukulannya agak kuat menyebabkan muka
Munir berkerut menahan kesakitan. Kemudian, rotan itu singgah di
punggung Leong dan Silvam pula. Masing-masing dikenakan rotan
sekali. Cikgu Syamsudin memberikan amaran, jika mereka bersalah
lagi, jawatan sebagai ahli lembaga pengarah koperasi sekolah ini akan
dilucutkan.

Pada masa yang sama Cikgu Zulkifli membawa berita gembira buat
Razali. Cikgu membaca surat yang ditujukan kepada Razali. Razali
telah terpilih mengikuti kursus koperasi bersama-sama dengan wakil
koperasi-koperasi sekolah seluruh Malaysia. Kursus ini akan diadakan
pada 24 Julai yang akan datang, bertempat di bangunan Maktab
Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya, Selangor. Semua ahli lembaga
koperasi mengucapkan tahniah kepada Razali.
Sekembalinya dari kursus, Razali telah diminta untuk melaporkan hasil
kursus di dalam mesyuarat koperasi. Razali bangun dan terus berucap,
menyampaikan pengetahuan yang diperoleh tentang koperasi ketika
menghadiri kursus itu. Koperasi merupakan suatu badan yang boleh
menggembleng penyatuan ahli dalam sesuatu institusi atau golongan
tertentu untuk meningkatkan daya usaha dan pendapatan. Sesebuah
koperasi merupakan tunjang bagi sesuatu kelompok masyarakat yang
ingin membangunkan institusinya.
Pengetua mengumumkan koperasi sekolah akan bertanding dalam
Pertandingan Koperasi Terbaik anjuran ANGKASA. Persetujuan untuk
turut bersama-sama dalam pertandingan koperasi sekolah-sekolah itu
amat menggembirakan mereka. Setiap pertandingan mesti ada
persediaannya. Kalah atau menang bukanlah sesuatu yang menjadi
matlamat sehingga menimbulkan kekecohan. Yang penting usaha
bersungguh-sungguh untuk memajukan koperasi itu, seperti pendapat
Swee Lan dalam mesyuarat yang lalu. Di samping membuat
persediaan pertandingan tersebut secara tidak langsung koperasi
mereka juga akan lebih teratur dan kemas. Demikianlah juga matlamat
pertandingan yang diadakan oleh pihak ANGKASA terhadap koperasikoperasi sekolah itu. Setiap petang, ahli lembaga pengarah bergilir-gilir
mengurus projek yang telah dilaksanakan oleh mereka. Bangsal
ternakan ayam mereka sentiasa dijaga rapi. Begitu juga dengan bilik
bacaan.

Dalam diam Munir merancang untuk membuat kacau. Dia mencuri


kunci bilik koperasi ketika semua orang sibuk bergotong royong. Pada
malamnya dia menceroboh masuk ke dalam koperasi dan menyepahnyepahkan barang. Pada esoknya, semua ahli lembaga koperasi yang
bertugas terkejut. Alat tulis seperti pensel, pen, pembaris, dan getah
pemadam berselerak memenuhi lantai. Pakaian sukan pula seperti baju
dan seluar berlonggok dan terperonyok di atas meja dan di atas lantai.
Mereka hanya mampu menggelengkan kepala. Perasaan kesal dan
kecewa menyelubungi diri mereka. Mengapa tidak? Dua minggu lagi
koperasi mereka akan diadili. Para hakim akan datang untuk melihat
pengurusan koperasi itu.
Dua orang anggota polis yang berpakaian kemas masuk ke kedai
koperasi. Mereka mengambil tindakan segera setelah dilaporkan oleh
Cikgu Zulkifli mengenai perkara tersebut. Kedua-dua orang anggota
polis itu terus memeriksa bangunan kedai koperasi seperti pintu,
dinding, tingkap, atap, dan sebagainya. Ternyata tidak terdapat tempat
yang rosak atau lubang yang boleh dimasuki. Setelah mereka puas hati
memeriksa bangunan itu, lantas mereka keluar menemui Cikgu Zulkifli
dan Razali yang menunggu di luar bangunan.
Munir membuat fitnah dengan mengatakan Razali yang menceroboh
koperasi. Munir juga memberitahu Pak Zakaria. Razali dimarah dengan
teruk dan dihalau dari rumah. Mak Sopiah membela Razali. Berlaku
ketegangan dalam keluarga Razali. Razali sangat berdukacita dengan
nasibnya yang malang. Dia mengenang nasibnya yang tidak
mengenalinya bapa kandungnya.
Cikgu Zulkifli dan Cikgu Syamsudin menyusun strategi untuk
menangkap penceroboh koperasi. Selepas itu, Cikgu Zulkifli bergegas
ke pejabat untuk membuat pengumuman. Cikgu Zulkifli memegang
pembesar suara itu. Suaranya bergema ke seluruh bangunan. Semua
guru diminta memeriksa beg dan pakaian murid seorang demi
seorang. Guru lelaki memeriksa murid lelaki. Guru perempuan pula
memeriksa murid perempuan.

Akhirnya penceroboh sebenar dapat ditangkap. Munir didapati


bersalah dan dikenakan hukuman rotan di perhimpunan sekolah.
Mengikut keputusan mesyuarat guru disiplin sekolah itu, Munir akan
dirotan di hadapan perhimpunan sebanyak tiga kali. Hukuman itu
terpaksa dilakukan demi menjaga disiplin sekolah itu. Diharapkan
dengan hukuman itu akan menginsafkan Munir daripada melakukan
lagi perkara-perkara yang tidak baik. Diharapkan tindakan itu menjadi
peringatan kepada murid yang lain. Sebelum hukuman itu dijalankan,
kedua-dua ibu bapa Munir diberitahu terlebih dahulu. Mereka
memberikan keizinan dengan harapan disiplin Munir akan berubah
kerana ternyata di rumah juga kelakuannya tidak terkawal, meskipun
ayahnya cuba membentuk perangainya.
Selepas itu Munir berubah sikap. Tiba-tiba dalam suasana yang amat
memilukan itu, Munir menghampiri Razali dan menghulurkan
tangannya. Razali menyambut tangan itu. Mereka bersalaman. Munir
memohon maaf kepada Razali. Razali mengangguk-angguk. Ketika itu
juga tidak tertahan rasa pilu di hatinya, segera pula dia memeluk
tubuh Munir. Mereka berpelukan. Air mata Razali juga berderaian di
pipinya. Semua murid dan guru yang menyaksikan peristiwa itu turut
terharu. Setelah sekian lama mereka berpelukan, lalu kedua-duanya
berjalan masuk ke dalam barisan semula.
Dia menyesal akan kenakalan sikapnya terhadap Razali. Dia telah
dikenakan hukuman gantung persekolahan. Peperiksaan sudah hampir
menjelang tetapi dia digantung persekolahan. Razali menawarkan diri
untuk membantu mengajar Munir pada sebelah petang.
Munir telah kembali ke sekolah setelah menjalani hukuman. Selama itu
pula dia dapat mengikuti pelajaran di sekolah melalui Razali, anak
muda yang kehilangan ayah itu. Budi dan bakti Razali tidak akan
dilupakan oleh Munir buat selama-lamanya. Pada hari itu juga tiga
orang hakim Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari ANGKASA
datang menghakimi Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri
Kayangan. Mereka disambut oleh pengetua, Cikgu Zulkifli, dan Razali.
Ketiga-tiga orang hakim itu masuk ke kedai koperasi. Mereka meneliti

barang jualan, buku-buku akaun, baucar, resit, dan sebagainya. Pada


hari itu, saat yang sungguh bermakna apabila Koperasi Sekolah
Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan dinobatkan sebagai Johan
Pertandingan Koperasi Terbaik. Ibu bapa turut hadir pada hari itu
untuk menyaksikan penyampaian hadiah.
Tidak disangka-sangka, pada hari itu juga Razali akan dapat bertemu
ayah kandungnya yang telah lama dicari-carinya. Ayah kandungnya
juga merupakan ayah Ramlah. Suasana yang cukup mengharukan itu
disebut oleh Cikgu Syamsudin sebagai jasa koperasi yang sangat besar
dalam mempertemukan dua orang insan yang terpisah selama 16
tahun.

SINOPSIS MENGIKUT BAB


BAB 1 : KISAH DI KEDAI KOPERASI
Murid berduyun-duyun menuju ke sekolah. Mereka masing-masing
dengan azam dan cita-cita untuk mengaut ilmu dan pengetahuan
sebagai bekalan hidup dalam zaman yang serba mencabar ini.
Beberapa orang penuntut sedang melangkah masuk ke dalam sebuah
bangunan satu tingkat yang terletak berhampiran dengan padang.
Pada bahagian hadapan dinding bangunan tersebut terdapat papan
tanda yang bertulis KEDAI KOPERASI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
PERTANIAN SERI KAYANGAN. Seorang pembantu kedai tersebut
bersama-sama tiga orang ahli lembaga pengarah begitu sibuk
melayani pembeli-pembeli yang berkehendakkan layanan segera.
Mereka melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Meskipun
didesak dan disindir, senyuman masih juga terukir di bibir. Semasa
pembeli sedang sibuk membeli barang keperluan sekolah, seorang
daripada murid yang berasak-asak di situ cuba mengambil sebatang
pen dan terus memasukkan pen tersebut ke dalam saku seluarnya.
Harun selaku salah seorang ahli lembaga pengarah yang bertugas
sebagai jurujual pada hari itu bersama-sama dengan
Swee Lan dan Saridevi menegur budak itu.

BAB 2 : MESYUARAT MELAKSANAKAN IMPIAN


Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
telah dipenuhi oleh Ahli Lembaga Pengarah Koperasi sekolah tersebut.
Petang itu, seperti yang telah ditetapkan, mereka mengadakan
Mesyuarat Lembaga Pengarah kali pertama setelah diadakan
mesyuarat agung seminggu yang lalu. Sebelas orang murid telah
dilantik menjadi ahli lembaga pengarah bersama-sama dengan empat
orang guru. Tuan Pengetua sekolah, Cikgu Syamsudin dengan
sendirinya menjadi Pengerusi Koperasi sekolahnya. Mereka sedang
menunggu pegawai daripada Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri
yang diundang hadir bersama dalam mesyuarat tersebut. Cikgu
Syamsudin
bimbang
sekiranya
pegawai
daripada
Jabatan
Pembangunan Koperasi itu tidak dapat hadir.
BAB 3 : PERJANJIAN MEMBALAS DENDAM
Hari itu, di bawah pokok ru yang rendang dalam kawasan Sekolah
Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan, kelihatan tiga orang murid
sedang berehat di situ. Pihak sekolah memang menyediakan bangkubangku simen di bawah pokok-pokok yang rendang dan merimbun
daunnya untuk dijadikan tempat membaca buku atau tempat berehat
kepada murid-murid yang ingin menenteramkan fikiran. Angin dari
sawah yang terdapat di sekitar kawasan sekolah itu bertiup sepoi-sepoi
bahasa. Tiupan angin ini menyegarkan tubuh mereka. Namun, hati dan
perasaan ialah seorang daripada tiga orang murid itu tidaklah sesegar
tiupan angin. Perasaannya membungkam dan kecewa. Munir, Silvam
dan Leong sedang membincangkan kekecewaan mereka kerana Razali
dilantik sebagai Naib Setiausaha Koperasi. Mereka berjanji untuk
mengenakan Razali.

BAB 4 : PERSIAPAN KEDAI OPERASI


Pagi itu, banyak sekali murid yang keluar masuk di Kedai koperasi
Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Pembantu kedai
tersebut, Norlela dengan beberapa orang ahli lembaga pengarah sibuk

melayani mereka. Munir, Silvam, dan Leong tidak datang. Sepatutnya,


pada pagi itu giliran mereka bertugas di kedai koperasi. Razali telah
menyiapkan senarai barang yang perlu dibeli. Dia menghulurkan
sehelai kertas yang tertulis senarai nama barang yang perlu dibeli
kepada Cikgu Zulkifli. Swee Lan memberitahu yang koperasi boleh
membeli barangan tersebut di kedai bapanya dengan harga yang
istimewa. Petang itu mereka membeli barang dengan menaiki van
sekolah. Mereka turut membeli majalah dan buku rujukan untuk
diletakkan di Bilik Bacaan.

BAB 5 : CITA-CITA DAN HARAPAN


Munir, Silvam dan Leong mempunyai cita-cita dan harapan yang sama.
Disebabkan itulah tiga serangkai itu begitu baik perhubungannya
seperti isi dengan kuku. Jika sungai, seperti aur dengan tebingnya.
Sewaktu pulang dari sekolah hari itu, tiga serangkai itu menunggu
Ramlah, Swee Lan, dan Saridevi keluar dari kedai koperasi. Ketika
gadis-gadis itu sampai di tempat mereka menunggu, Munir
memberanikan diri menegur Ramlah.dan mengajaknya menonton.
Tetapi Ramlah menolak. Begitu juga Swee Lan dan Saridevi. Tiga
serangkai menjadi marah dan semakin kuat cita-cita untuk mengajar
Razali.

BAB 6 : PERSIAPAN
Bangsal ternakan ayam telur itu yang diperbuat daripada kayu,
beratapkan daun nipah itu dibina oleh PIBG sekolah tersebut secara
gotong-royong. Ahli Lembaga Pengarah Koperasi sekolah itu amat
berbangga dan berterima kasih terhadap sokongan tersebut. Ibu bapa
pula menyedari sokongan itu patut diberikan untuk menanam
semangat berkoperasi dan berniaga kepada anak-anak mereka. Pada
waktu yang sama, Ramlah, Cikgu Robeah, Rozita, Harun, Silvam, dan
Leong serta beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah Koperasi sekolah
itu sedang mengemaskan bahan bacaan di dalam sebuah bilik. Bilik itu
dinamakan bilik bacaan. Murid-murid sekolah itu sama ada pada waktu

rehat atau pada waktu petang dapat membaca bahan-bahan tersebut


untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Akhbar dan majalah disusun
dan diletakkan di rak yang disediakan. Habuk-habuk yang melekat di
tingkap dan di dinding dibersihkan.

BAB 7 : SEMANGAT
Hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Sebuah kereta berwarna
biru, sederhana besarnya, masuk ke pekarangan Sekolah Menengah
Teknik Pertanian Seri Kayangan. Cikgu Syamsudin mempelawa
Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi, Bahagian Fungsi Sekolahsekolah melawat ke kedai koperasi. Mereka menuju ke kedai koperasi
diikuti oleh semua ahli lembaga pengarah. Beliau memuji koperasi
yang maju dan berjaya. Barang banyak, tersusun kemas pula. En
Mansur turut dibawa ke Bilik Bacaan dan tempat ternakan ayam telur.
Cikgu Zulkifli memberikan penerangan tentang jumlah ternakan dan
hasilnya. En Mansur melahirkan kekaguman atas kesungguhan para
pelajar dan guru mengusahakan koperasi sekolah yang telah banyak
memberi faedah kepada warga sekolah. Walau bagaimanapun beliau
menyeru agar ahli lembaga pengarah koperasi tidak mengabaikan
pelajaran mereka.
BAB 8 : MEMPELAJARI ILMU PERDAGANGAN
Pagi itu Cikgu Saiful, guru mata pelajaran Perdagangan, sedang
menghabiskan pengajarannya tentang Prinsip Akaun. Pada papan tulis
terdapat catatan tentang kaedah Prinsip Akaun yang telah
diajarkannya. Murid-murid tingkatan 5C1 itu merupakan murid-murid
yang mengikuti pelajaran Perdagangan termasuklah Razali, Ramlah,
Saridevi, dan Munir yang menjadi ahli lembaga pengarah koperasi
sekolah. Semua murid dalam kelas menyalin nota tetapi Munir tidak
habis-habis mengganggu kawannya. Akhirnya dia didenda tidak boleh
pulang awal selagi tidak menyiapkan notanya.
BAB 9 : KERJA RUMAH

Ramlah, Saridevi dan Rozita mengunjungi rumah Razali yang berada di


pinggir sawah. Suasana amat tenang dan menenteramkan perasaan.
Kunjungan mereka bertujuan untuk belajar bersama-sama Razali.
Razali mengajak mereka belajar di pondok di tengah sawah kerana di
situ lebih lapang dan sunyi. Sesuai untuk belajar. Mak Sopiah
menghidangkan minuman dan kuih. Begitulah rutin Mak Sopiah setiap
kali Razali mengulang kaji di pondok tengah sawah itu. Sesi
perbincangan 4 orang sahabat itu berjaya merungkai kekusutan tajuk
Penyata Wang Tunai yang baru sahaja diajar oleh Cikgu Saiful di kelas
tadi.
BAB 10 : PENGAKUAN
Kisah kelemahan disiplin Munir bukan sahaja diketahui oIeh Cikgu
Zulkifli dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah itu, malah guruguru yang lain termasuk juga Cikgu Saiful. Akan tetapi Cikgu Zulkiflilah
yang begitu kecewa kerana Munir merupakan ahli lembaga pengarah
koperasi. Disebabkan itulah Cikgu Zulkifli berunding dengan guru
kaunseling atau guru kerjaya sekolah itu, Cikgu Muniam supaya
menyiasat dan membimbing Munir. Hari itu Munir dipanggil oleh Cikgu
Muniam ke bilik kerjaya. Munir berjanji dengan Cikgu Zulkifli dan Cikgu
Muniam untuk berubah dan tidak mengulangi kesalahan disiplin lagi.
BAB 11 : MELEPASKAN DENDAM
Bab ini menceritakan perancangan Munir, Silvam dan Leong untuk
membalas dendam kepada Razali. Munir menyangka Razali telah
membuat aduan kepada Cikgu Muniam sehingga dia dipanggil untuk
sesi kaunseling. Munir berasa marah dan kecewa. Mereka menunggu
Razali di laluan yang biasa digunakan oleh Razali untuk pulang ke
rumah. Mereka menahan Razali dan menyerang Razali sehingga
tersungkur ke tanah. Kebetulan pula Ramlah dan rakan-rakannya lalu
di situ, mereka membantu mengumpulkan buku-buku yang bertaburan.
Mereka menasihatkan Razali untuk melaporkan kepada Cikgu Zulkifli
tetapi Razali menolak.

BAB 12 : KASIH SEORANG IBU


Mak Sopiah berasa sangat terkejut melihat kepulangan Razali dengan
pakaian yang kotor dan mulut berdarah. Razali menerangkan yang dia
telah dipukul oleh kawan-kawannya. Ketika itu Pak zakaria, ayah tiri
Razali baru pulang dari sawah. Dia terus menyalahkan Razali dengan
mengatakannya bahawa Razali suka bergaduh, sombong dan angkuh.
Pak Zakaria sangat membenci Razali tanpa diketahui puncanya. Razali
berasa sangat sedih dengan apa yang baru sahaja berlaku antara ibu
dan ayah tirinya. Dia membawa diri duduk di pondok di tengah sawah.
Mak Sopiah membawakan minuman seperti biasa. Kasih seorang ibu
sangat jelas dalam diri Mak Sopiah. Razali bertanya tentang ayah
kandungnya tetapi Mak Sopiah tak mahu perkara itu dibangkitkan
kerana tidak mahu mengenang kisah pahit itu.
BAB 13 : DENDAM MEMBAWA PADAH
Pagi esoknya, Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
mengikut jadual persekolahannya seperti biasa. Loceng pertama telah
dibunyikan. Semua murid dan guru telah masuk ke kelas masingmasing. Terdapat juga murid dan guru-guru menuju ke padang
melakukan kegiatan Pendidikan Jasmani. "Rakyat Sihat, Negara Maju".
Akan tetapi seorang guru bersama-sama beberapa orang murid
sekolah tersebut tidak pula masuk ke kelas dan tidak juga menuju ke
padang. Mereka menuju ke bilik pengetua. Guru dan murid-murid itu
ialah Cikgu Zulkifli, Razali, Munir, Leong, dan Silvam. Cikgu Zulkifli
mendapat aduan mereka telah bergaduh dan memukul Razali.
Pengetua berasa marah dan kesal atas apa yang berlaku. Sebagai
akibatnya, masing-masing telah menerima sebatan di punggung oleh
Pengetua.

BAB 14 : BERITA GEMBIRA


Sebuah van berhenti di halaman kedai koperasi sekolah itu. Pada van
tersebut tertulis KOPERASI NASIONAL SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA.

Pekerjanya menurunkan buku-buku rampaian lalu membawanya ke


dalam kedai koperasi. Razali, Ramlah, dan Swee Lan menerima bukubuku tersebut. Mereka meletakkannya di atas meja dan menyusun
buku itu sebaik-baiknya. Pekerja van itu menyerahkan bil kepada Cikgu
Robeah yang sedang menulis di meja tulis koperasi itu. Cikgu Robeah
meminta Swee Lan menulis baucar, manakala dia sendiri menulis cek
untuk membayar harga buku-buku tersebut. Tiba-tiba Cikgu Zulkifli
datang dan mencari Razali. Cikgu Zulkifli membacakan surat yang
menyatakan Razali telah terpilih mengikuti kursus koperasi bersamasama dengan wakil koperasi-sekolah seluruh Malaysia. Kursus ini akan
diadakan bertempat di bangunan Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya,
Selangor. Semua mengucapkan tahniah kepada razali.
BAB 15 : BUDI BAIK DIKENANG JUA
Razali mengikuti Kursus Koperasi dengan perasaan yang berkobarkobar untuk mengetahui dunia perniagaan koperasi secara lebih
mendalam. Pelbagai acara yang telah disusun bersempena dengan
kursus ini, para peserta dibawa melawat ke Jabatan Pembangunan
Koperasi Malaysia di Kuala Lumpur untuk melihat fungsi dan
peranannya. Mereka juga akan dibawa melawat ke bangunan Koperasi
Polis, Koperasi Guru, Koperasi Bekas Perajurit dan di sekitar ibu kota
Kuala Lumpur untuk melihat keindahan dan perkembangannya.
Setelah berpenat lelah mengikuti ceramah sepanjang hari, kadangkadang
hingga
malam,
memperoleh
pengetahuan
tentang
pembangunan koperasi, tentulah mereka berharap dapat merehatkan
fikiran dengan melihat segala keindahan dan keagungan bandar raya
Kuala Lumpur.
Setelah mengikuti ceramah di Maktab Kerjasama Malaysia itu, seperti
yang dijadualkan, mereka dibawa
melawat ke Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia. Mereka dibawa
melawat ke pejabat-pejabat yang
mengendalikan seluruh koperasi di negara ini. Mereka kagum melihat
koperasi-koperasi tersebut begitu berjaya hingga dapat mendirikan
bangunannya sendiri.
BAB 16 : KESAN KUNJUNGAN

Razali pulang ke sekolah dengan semangat yang berkobar-kobar.


Banyak ilmu dan pengalaman hendak dikongsikan bersama rakanrakannya. Begitu juga Swee Lan, Ramlah dan rakan-rakan yang lain.
Mereka sangat teruja untuk mengetahui pengalaman Razali berkursus
di Kuala Lumpur. Petang itu dalam Mesyauarat Lembaga Pengarah
Koperasi, razali telah diberikan peluang untuk menyampaikan laporan
ringkas pengalamannya menghadiri kursus. Razali bangun dan
menyampaikan laporannya. Koperasi merupakan tunjang yang boleh
membangunkan komuniti dan ekonomi negara. Begitu bersemangat
Razali menyampaikan laporannya. Cikgu Syamsudin menyampaikan
maklumat tentang pertandingan koperasi yang dianjurkan oleh
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Cadangan Cikgu
Syamsudin disambut baik oleh semua kecuali Munir.
BAB 17 : SEMAKIN JAUH TERBANG BURUNG
Persetujuan untuk turut bersama-sama dalam pertandingan koperasi
sekolah-sekolah
itu
amat
menggembirakan
mereka.
Setiap
pertandingan mesti ada persediaannya. Kalah atau menang bukanlah
sesuatu yang menjadi matlamat sehingga menimbulkan kekecohan.
Yang penting usaha bersungguh- sungguh untuk memajukan koperasi
itu, seperti pendapat Swee Lan dalam mesyuarat yang lalu. Di samping
membuat persediaan pertandingan tersebut secara tidak langsung
koperasi mereka juga akan lebih teratur dan kemas. Demikianlah juga
matlamat pertandingan yang diadakan oleh pihak ANGKASA terhadap
koperasi-kopcrasi sekolah itu. Setiap petang, ahli lembaga pengarah
bergilir-gilir mengurus projek yang telah dilaksanakan oleh mereka.
Bangsal ternakan ayam mereka sentiasa dijaga rapi. Begitu
juga dengan bilik bacaan. Munir dan rakan-rakannya semakin tidak
senang dengan perkembangan koperasi sekolah mereka.
BAB 18 : MALANG TIDAK DIDUGA
Pagi itu, suasana kecoh di koperasi. Barangan bersepah-sepah.
Koperasi telah dipecah masuk. berlonggok di atas lantai. Alat tulis

seperti pensel, pen, pembaris, dan getah pemadam berselerak


memenuhi lantai. Pakaian sukan pula seperti baju dan seluar
berlonggok dan terperonyok di atas meja dan di atas lantai. Mereka
hanya mampu menggelengkan kepala. Perasaan kesal dan kecewa
menyelubungi diri mereka. Mengapa tidak? Dua minggu lagi koperasi
mereka akan diadili. Para hakim akan datang untuk melihat
pengurusan koperasi itu. Cikgu Zulkifli berasa kesal atas apa yang
berlaku lantas segera membuat laporan polis. Seribu tanda tanya
menghantui fikiran mereka. Siapakah yang telah memecah masuk
koperas
BAB 19 : MISTERI KEDAI KOPERASI
Dua orang anggota polis yang berpakaian kemas masuk ke kedai
koperasi. Mereka mengambil tindakan segera setelah dilaporkan oleh
Cikgu Zulkifli mengenai perkara tersebut. Kedua-dua orang anggota
polis itu terus memeriksa bangunan kedai koperasi seperti pintu,
dinding, tingkap, atap, dan sebagainya. Ternyata tidak terdapat tempat
yang rosak atau lubang yang boleh dimasuki. Setelah mereka puas hati
memeriksa bangunan itu, lantas mereka keluar menemui Cikgu Zulkifli
dan Razali yang menunggu di luar bangunan. Munir mula menyebarkan
cerita konon-kononnya Razali yang telah memecah masuk koperasi
kerana hanya Razali yang memegang kunci koperasi.
BAB 20 : TINDAKAN AYAH TIRI
Munir bertindak untuk memberitahu ayah tiri Razali berita yang
melanda koperasi sekolah. Munir mengatakan Razali telah memecah
masuk koperasi dan memalukan keluarga. Pak Zakaria sangat marah
dan bertindak menghalau Razali dari rumah tetapi dihalang oleh
ibunya. Razali berasa sangat sedih dengan tindakan bapa tirinya.
BAB 21 : HIDUP YANG DIRUNDUNG MALANG
Sepanjang hidup Razali, dia tidak pernah mengalami peristiwa yang
begitu pahit. Dia dihalau tanpa kesalahan yang nyata. Tentulah tidak

wajar. Di mana pula maruahnya hendak diletakkan sehingga begitu


sekali tindakan ayah tirinya itu. Dia rasa dirinya seperti sehelai daun
kering yang melayang-layang ke sana ke mari tanpa berharga. Akan
tetapi ibunya .... Ya, ibunya itulah penawar kepahitan yang dialaminya
kini. Jika tidak kerana ibunya sudah tentu saat itu jua dia akan
meninggalkan rumah tersebut. Dia akan pergi ke mana-mana sahaja
membawa diri. Mentari petang berwajah lembut, menyebarkan
cahayanya di permukaan sawah. Padi menghijau subur, daunnya
melambai-lambai ditiup angin. Burung-burung berterbangan bebas di
udara. Sebenarnya dunia ini sungguh indah dan bahagia. Razali
mengeluh akan nasib dirinya yang malang. Dia masih tidak tahu
bapanya yang sebenar.
BAB 22 : MISTERI BERAKHIR
Koperasi dipecah lagi. Cikgu Zulkifli terperanjat apabila menjenguk ke
dalam koperasi. Barang-barang digeledah dan diceroboh orang. Cikgu
Zulkifli meminta kebenaran Pengetua untuk membuat pemeriksaan
mengejut kepada murid-murid. Dengan cara ini mungkin penceroboh
dapat ditangkap. Guru disiplin sekolah itu dan menerangkan
rancangannya. Mereka tidak membantah, malahan bersetuju
memberikan kerjasama kepada Cikgu Zulkifli. Selepas itu, Cikgu Zulkifli
bergegas ke pejabat sekolah untuk membuat pengumuman meminta
semua guru memeriksa beg dan pakaian murid. Jika menjumpai
pemulas skru, kunci dan wang kertas RM10 perlu diserah ke pejabat.
Semua guru melaksanakan arahan tadi. Mereka percaya arahan
pemeriksaan mengejut itu dilakukan tentu ada suatu perkara yang
mustahak. Oleh sebab itu, mereka terus memeriksa seorang demi
seorang murid di dalam kelas masing-masing. Akhirnya penceroboh
berjaya ditangkap kerana Cikgu Zulkifli telah memasang perangkap
melalui duit RM10 yang telah diletakkan dalam laci koperasi.
BAB 23 : HUKUMAN
Mengikut keputusan mesyuarat guru disiplin sekolah Munir akan
dirotan di hadapan perhimpunan sebanyak tiga kali. Hukuman itu

terpaksa dilakukan demi menjaga disiplin sekolah itu. Diharapkan


dengan hukuman itu akan menginsafkan Munir daripada melakukan
lagi perkara-perkara yang tidak baik. Diharapkan tindakan itu menjadi
peringatan kepada murid yang lain. Sebelum hukuman itu dijalankan,
kedua-dua ibu bapa Munir diberitahu terlebih dahulu. Mereka
memberikan keizinan dengan harapan disiplin Munir akan berubah
kerana ternyata di rumah juga kelakuannya tidak terkawal, meskipun
ayahnya cuba membentuk perangainya. Pagi itu, setelah murid-murid
berhimpun di tapak perhimpunan sekolah Cikgu Muniam membuat
pengumuman. Pengetua menjatuhkan hukuman sebat kepada Munir
atas kesalahan menceroboh koperasi.

BAB 24 : MEMASUKI DUNIA BAHARU


Munir datang ke rumah Razali untuk meminta maaf kepada Razali
sekeluarga dan menjelaskan kebenaran. Munir juga melahirkan
kebimbangannya sebab telah digantung persekolahan. Razali
menawarkan diri untuk mengajar Munir setiap petang di pondok di
tengah sawah. Munir menuruti Razali menuju ke pondok sawah. Hari
itu sebenarnya Munir merasai dirirnya menjadi orang baharu dalam
hidupnya. Dia telahmendapat seorang sahabat baharu. Jiwa dan azam
juga yang baharu. Dia ingin melemparkan jauh-jauh segala kebiadapan
dan keangkuhan hidupnya selama ini.
BAB 25 : HARAPAN BERBUNGA INDAH
Munir telah kembali ke sekolah setelah menjalani hukuman. Selama itu
pula dia dapat mengikuti pelajaran di sekolah melalui Razali, anak
muda yang kehilangan ayah itu. Budi dan bakti Razali tidak akan
dilupakan oleh Munir buat selama-lamanya. Pada hari itu juga tiga
orang hakim Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari ANGKASA
datang menghakimi Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri
Kayangan. Mereka disambut oleh pengetua, Cikgu Zulkifli, dan Razali.
Ketiga-tiga orang hakim itu masuk ke kedai koperasi. Mereka meneliti

barang jualan, buku-buku akaun, baucar, resit, dan sebagainya. Semua


persediaan tersebut termasuk dalan1
perkiraan markah pertandingan. Kemudian, mereka meninjau aktiviti
koperasi itu termasuk projek ternakan ayam telur. Saat yang paling
indah apabila Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri
Kayangan telah dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan
koperasi terbaik. Betapa bangganya ibu bapa tersebut melihat usaha
anak-anak mereka menubuhkan dan mengusahakan kedai koperasi itu.
Masing-masing berharap suatu hari nanti anak-anak mereka dapat pula
menubuhkan koperasi setelah berjaya menuntut ilmu di situ. Ketika ibu
bapa sedang berlegar-legar di dalamkoperasi itu, tiba-tiba dua pasang
mata berpandangan.
BAB 26 : TERBUKA RAHSIA
Mak Sopiah amat tidak menyangka akan bertemu semula dengan
bekas suaminya, Ramli di sekolah anaknya. Dengan bantuan Cikgu
Syamsudin, mereka dipertemukan dengan anak kandung mereka,
Razali. Razali sangat terkejut dan terharu. Akhirnya dia dapat
mengenali dan bertemu dengan bapa kandungnya. Mereka berpelukan
dan melepaskan rindu yang lama tersimpan. Rupa-rupanya Razali dan
Ramlah adalah bersaudara kerana Ramli juga merupakan bapa
Ramlah.
TEMA

Novel Sejambak Bakti ialah kisah usaha murid dan guru


membangunkan koperasi sekolah. Terselit pelbagai kisah suka dan
duka dan konflik sesama sendiri. Peranan guru sebagai pendorong dan
pemberi nasihat kepada murid dalam novel Sejambak Bakti dipaparkan
sebagai panduan kepada murid supaya dapat memilih nilai positif
dalam kehidupan seharian.

Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan


dibangunkan dengan kerjasama beberapa muridnya yang menjadi ahli
lembaga pengarah dan dibantu oleh seorang guru yang sangat
komited iaitu Cikgu Zulkifli. Dengan bimbingan Cikgu Zulkifli, Razali
dan rakan-rakannya berganding bahu memajukan kedai koperasi
sekolah sehingga menjadi Johan Pertandingan Koperasi Terbaik.

Kedai koperasi maju dengan barang yang banyak, tersusun kemas


pula. Terdapat juga Bilik Bacaan dan tempat ternakan ayam telur.
Pegawai dari ANGKASA, En Mansur melahirkan kekaguman atas
kesungguhan para pelajar dan guru mengusahakan koperasi sekolah
yang telah banyak memberi faedah kepada warga sekolah.

Anda mungkin juga menyukai