Anda di halaman 1dari 11

KOMSAS NOVEL TINGKATAN 2:

DI SEBALIK WAJAH

Soalan 1 (Watak utama : Persoalan) Novel Di Sebalik Wajah Tingkatan 2

Jawapan anda hendaklah berdasarkan daripada novel yang telah anda kaji di tingkatan 2.

i)

Di Sebalik Wajah oleh Abang Saifuddin Abang Bohari

Persoalan merupakan mesej yang ingin disampaikan oleh penulis untuk mengukuhkan tema
dalam sesebuah novel. Persoalan dapat disampaikan melalui pelbagai cara terutama menerusi
watak utama.

Berdasarkan novel di atas, nyatakan tiga persoalan yang dapat dikaitkan dengan watak utama.
Bagi setiap persoalan, anda perlu mengemukakan contoh peristiwa yang sesuai.

134

Skema Jawapan
Soalan 1 (Watak utama : Persoalan) Novel Di Sebalik Wajah Tingkatan 2

Watak utama
Doktor Fikri

Persoalan

Peristiwa

Persoalan menghargai
persahabatan

Doktor Fikri bersahabat baik dengan


Josy, Dayang Mahani, Aziz dan Sanin.
Mereka dapat menerima Doktor Fikri
dengan baik walaupun Doktor Fikri
menghidap penyakit balar.

Persoalan kasih sayang antara ahli


keluarga

Cikgu Saiful dan Puan Halipah


memberikan sepenuh kasih sayang
kepada Doktor Fikri. Semua kemahuan
Doktor Fikri dipenuhi oleh mereka.

Persoalan aplikasi ilmu

Doktor
Fikri
mengaplikasi
ilmu
pengetahuan menanam sayur-sayuran
memelihara ayam dan menjualnya di
Pasar Tamu daripada mata pelajaran
Kemahiran Hidup yang dipelajarinya.

Persoalan berdikari dalam


kehidupan

Doktor Fikri berusaha sendiri untuk


mencapai cita-cita yang diinginkannya
walaupun mendapat tentangan awal
daripada ayahnya. Doktor Fikri Berjaya
mengusahakan kebun sayur dan
membela ayam.

Persoalan kepentingan menuntut


ilmu pengetahuan melalui amalan
membaca

Doktor Fikri sentiasa mengisi masa


lapangnya dengan membaca dan kerap
pergi ke perpustakaan untuk meminjam
buku.

Terima jawapan-jawapan lain yang relevan

135

Soalan 2 ( Watak utama : Nilai ) Novel Di Sebalik Wajah Tingkatan 2

Jawapan anda hendaklah berdasarkan daripada novel yang telah anda kaji di tingkatan 2.

i)

Di Sebalik Wajah oleh Abang Saifuddin Abang Bohari

Watak utama merupakan watak penting dalam perkembangan cerita. Dalam perwatakan watak
utama terdapat banyak nilai yang dapat kita contohi.

Berdasarkan novel di atas, nyatakan tiga nilai yang dapat dicontohi daripada perwatakan watak
utama. Anda perlu memberikan contoh peristiwa yang sesuai untuk setiap nilai yang
dinyatakan.

136

Skema Jawapan
Soalan 2 (Watak utama : Nilai) Novel Di Sebalik Wajah Tingkatan 2

Watak utama

Nilai
Keberanian

Peristiwa
Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang
meminta wang kononnya sebagai cukai keselamatan
terhadap murid SMK Menggatal

Ketabahan

Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah


yang dilemparkan kepadanya.

Kerajinan

Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun


sayur-sayuran serta ternakan ayamnya.

Kasih sayang

Doktor Fikri sayang akan kawan-kawan sekolahnya seperti


Josy, Dayang Mahani, Aziz dan Sanin.

Kesyukuran

Doktor Fikri sentiasa bersyukur dan menerima kekurangan


dirinya tanpa rasa menyesal kerana dilahirkan berpenyakit
balar.

Berdikari

Doktor Fikri banyak berdikari daripada menyusahkan ibu


bapanya dengan menanam sayur-sayuran dan menternak
ayam. Hasil pendapatannya disimpan di bank dan dia
berjaya membeli sebuah basikal hasil wang tabungannya.

Simpati

Doktor Fikri meminta ayahnya menjamin Narius yang


ditahan polis kerana disyaki memecahkan cermin sebuah
kereta. Doktor Fikri simpati akan nasib Narius dan bapanya
yang sudah uzur.

Doktor Fikri

Terima jawapan-jawapan lain yang relevan

137

Soalan 3 ( Watak utama : Pengajaran ) Novel Di Sebalik Wajah Tingkatan 2

Jawapan anda hendaklah berdasarkan daripada novel yang telah anda kaji di tingkatan 2.

i)

Di Sebalik Wajah oleh Abang Saifuddin Abang Bohari

Watak utama merupakan watak penting dalam perkembangan cerita. Banyak pengajaranyang
dapat kita dapat kita peroleh melalui watak utama.

Berdasarkan novel di atas, nyatakan tiga pengajaran yang dapat dikaitkan dengan watak
utama. Bagi setiap pengajaran yang diberikan, mestilah disokong dengan contoh peristiwa
yang sesuai.

138

Skema Jawapan
Soalan 3 (Watak utama : Pengajaran)
Novel Di Sebalik Wajah Tingkatan 2

Watak
utama
Doktor Fikri

Pengajaran

Peristiwa

Kita haruslah berani


mempertahankan
hak kita

Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang


meminta wang kononnya sebagai cukai keselamatan
terhadap muurid SMK Menggatal

Kita mestilah tabah


dalam kehidupan
seharian

Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah


yang dilemparkan kepadanya.

Kita hendaklah
mengamalkan sikap
rajin untuk mencapai
kejayaan.

Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan


kebun sayur-sayuran serta ternakan ayamnya.

Kita perlu sayang


menyayangi antara
satu sama lain.

Doktor Fikri sayang akan kawan-kawan sekolahnya seperti


Josy, Dayang Mahani, Aziz dan Sanin.

Kita hendaklah
bersyukur dalam
kehidupan

Doktor Fikri sentiasa bersyukur dan menerima kekurangan


dirinya tanpa rasa menyesal kerana dilahirkan berpenyakit
balar.

Kita mestilah hidup


berdikari

Doktor Fikri banyak berdikari daripada menyusahkan ibu


bapanya dengan menanam sayur-sayuran dan menternak
ayam. Hasil pendapatannya disimpan di bank dan dia
berjaya membeli sebuah basikal hasil wang tabungannya.

Kita haruslah
mempunyai
perasaan simpati

Doktor Fikri meminta ayahnya menjamin Narius yang


ditahan polis kerana disyaki memecahkan cermin sebuah
kereta. Doktor Fikri simpati akan nasib Narius dan
139

terhadap orang yang


dalam kesusahan

bapanya yang sudah uzur.

Terima jawapan-jawapan lain yang relevan

Soalan 4 (Latar masa) Novel Di Sebalik Wajah Tingkatan 2

Jawapan anda hendaklah berdasarkan daripada novel yang telah anda kaji di tingkatan 2.

i)

Di Sebalik Wajah oleh Abang Saifuddin Abang Bohari

Latar masa penting merupakan dalam perkembangan cerita. Banyak latar masa yang dapat kita
dapat kita peroleh dalam perkembangan cerita sesebuah novel.

Berdasarkan novel di atas, nyatakan tiga latar masa yang dapat dikaitkan dengan watak
utama. Bagi setiap latar masa yang diberikan, mestilah disokong dengan contoh peristiwa yang
sesuai.

140

Skema jawapan Soalan 4 (Latar masa) Novel Di Sebalik Wajah Tingkatan 2

Latar masa

Peristiwa

Waktu pagi

Doktor Fikri telah membawa basikal baharunya ke sekolah pada waktu pagi.
Dia lewat datang ke sekolah dan telah ditegur oleh guru disiplin iaitu Cikgu
Wahab.

Waktu
tengah hari

Doktor Fikri tidak berselera untuk makan tengah hari kerana memikirkan pasti
dia akan dituduh melaporkan perbuatan Narius meminta wang perlindungan
kepada guru disiplin.

Waktu
petang

Doktor Fikri membawa rakan-rakannya ke kawasan belakang rumah untuk


melihat kebun sayur-sayuran dan ternakan ayamnya. Sebelum pulang pada jam
6.00 petang, Doktor Fikri telah memberikan sedikit sayur-sayuran kepada
rakan-rakannya.
Doktor Fikri telah tiba di balai polis pada jam 3.00 petang untuk mendapatkan
semula basikalnya yang telah dicuri oleh Narius dan rakan-rakannya.

Waktu
malam

Doktor Fikri memberitahu bapanya untuk mendaki Gunung Kinabalu ketika


mereka makan malam di sebuah restoran di pantai Tanjung Aru.
Doktor Fikri dan ibu bapanya bermalam di sebuah calet di kaki Gunung
Kinabalu sebelum memulakan pendakian keesokan harinya. Suasana pada
malam itu begitu dingin.
Doktor Fikri dan ibu bapanya bermalam di rumah rehat Panabalan kerana
141

mereka akan mula mendaki Gunung Kinabalu pada jam 3.00 pagi. Doktor Fikri
bermimpi dikejar naga lalu terjatuh dari dari katil dua tingkat.

Waktu subuh

Doktor Fikri dan kawan-kawannya pergi ke Pasar Tamu untuk menjual hasil
tanaman sayur-sayuran Doktor Fikri
Doktor Fikri kembali tidur selepas solat Subuh ketika berada di sebuah calet di
kaki Gunung Kinabalu.

Terima jawapan-jawapan lain yang relevan

Soalan 5 ( Sinopsis ) Novel Di Sebalik Wajah Tingkatan 2

Jawapan anda hendaklah berdasarkan daripada novel yang telah anda kaji di tingkatan 2.

i)

Di Sebalik Wajah oleh Abang Saifuddin Abang Bohari

Berdasarkan novel di atas, tulis sinopsis yang berkaitan dengan watak utama dan watakwatak sampingan yang lain.

142

Skema jawapan Soalan 5 ( Sinopsis ) Novel Di Sebalik Wajah Tingkatan 2


Cerita Di Sebalik Wajah mengisahkan seorang remaja iaitu Doktor Fikri yang cacat kuitnya iaitu
balar. Nama Doktor Fikri diberikan oleh bapanya sempena nama seorang doktor yang telah
mendoakan keselamatan ibunya sewaktu melahirkannya. Disebabkan nama dan kecacatan
kulitnya yang balar, Doktor Fikri sering diejek dan diketawakan. Namun begitu, dia tabah
menerima segala dugaan yang menimpa dirinya. Pertukaran ke sekolah Menengah
Kebangsaan Menggatal banyak memberikan pengalaman baru kepadanya. Josy, Dayang
Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz dapat menerima kehadirannya di sekolah itu. Mereka
berkawan baik sehinggalah Doktor Fikri dianiaya oleh tiga orang murid iaitu Narius, Jais dan
Jamadi yang sering mengganggu murid lain.

Satu laporan salah laku mereka telah dibuat kepada guru disiplin iaitu Cikgu Wahab. Hal ini
menyebabkan mereka berdendam kepada Doktor Fikri. Narius dan kawan-kawannya
meletakkan buku-buku perpustakan dan beberapa dompet ke dalam beg sekolah Doktor Fikri.
Guru disiplin telah membuat pemeriksan mengejut ke setiap kelas. Doktor Fikri telah dipanggil
dan disoal siasat namun dia hanya mendiamkan diri. Selepas kejadian tersebut kawankawannya mula menjauhkan diri kecuali Josy yang masih setia memberikan perangsang dan
semangat serta memintanya bersabar dengan dugaan yang menimpa.

Semasa sukan tahunan sekolah, Doktor Fikri gagal menamatkan larian 1500 meter dan
pengsan. Dia juga kehilangan basikal yang baru dibelinya dengan duit simpannnya sendiri.
Pada suatu hari seorang murid mengadu kepada Cikgu Wahab bahawa dia ternampak Narius
143

dan rakan-rakannya mencuri basikal Doktor Fikri. Hal ini dilaporkan ke balai polis. Narius dan
rakan-rakannya ditangkap atas pelbagai kesalahan yang dilakukan. Mereka ditahan di lokap.
Jais dan Jamadi dijamin oleh keluarga masing-masing. Narius tidak dapat dibebaskan kerana
keluarganya miskin. Doktor Fikri dan bapanya dipanggil untuk mengambil semula basikalnya.
Semasa di balai polis, Doktor Fikri ternampak Narius sedang menangis di samping bapanya
yang sudah uzur. Doktor Fikri meminta ayahnya menjamin Narius.

Semenjak hari itu, Narius, Jais dan Jamadi insaf dan berubah menjadi baik. Mereka mengaku
kepada murid lain bahawa merekalah yang menganiaya Doktor Fikri. Namun, pada masa yang
sama, Doktor Fikri berhijrah ke Jepun kerana bapanya bertugas di sana. Setelah setahun,
Doktor Fikri dan keluarganya balik bercuti di Malaysia. Kepulangan Doktor Fikri disambut
dengan gembira oleh rakan-rakannya. Keluarga Doktor Fikri mengisi cuti mereka dengan
bersama-sama mendaki puncak Gunung Kinabalu seperrti yang dihasratkan oleh Doktor Fikri.

144

Anda mungkin juga menyukai