Anda di halaman 1dari 31

JEJAK MONPUS

TINGKATAN 2
 Kegigihan seorang mahasiswa dalam membuat penyelidikan untuk
menyelamatkan nyawa manusia yang diancam oleh serangan ulat
bulu
 Kepentingan ilmu sains dalam kehidupan
 Hubungan kasih saying dalam keluarga
 Sikap dendam yang memudaratkan diri
 Kepercayaan tahayul dalam kalangan masyarakat
 Ketabahan dan keberanian untuk Berjaya
 Pencemaran alam sekitar yang membawa kesan negative kepada
masyarakat
 Gejala social dalam kalangan anak muda di kamppung
ZAHAR  Anak tunggal dalam keluarga
 Berumur 22 tahun
 Amat menyayangi ibunya yang hidup tanpa suami
 Mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap
serangga sejak kecil lagi
 Mengambil jurusan Biologi di Fakulti Sains Hayat,
Universiti Teknologi Malaysia.
 Seorang yang gigih, rajin, dan tabah dalam
menjalankan penyelidikan sains berkaitan dengan
kehidupan serangga.
 Berani
 Suka membantu orang lain
 Bijak
QISTINA

 Ibu kepada Zahar


 Seorang yang cantik dan bergaya walaupun
umurnya telah mencecah 40-an
 Bekerja sebagai guru Bahasa Melayu di Sekolah
Menengah Sri Yasin
 Guru yang berdedikasi, rajin, dan komited terhadap
kerjaya
 Penyayang
 Pemaaf
Profesor Dr.
Baharuddin

 Ayah kepada Zahar dan bekas suami Qistina


 Seorang saintis yang terkenal di Universiti Oxford
London
 Berhijrah dari Malaysia selepas berpisah dengan
Qistina
 Kurang bertanggungjawab terhadap keluarga
 Insaf atas kesalahannya
Mawar

 Rakan sekuliah Zahar

 Merupakan anak sulung daripada lima beradik

 Seorang gadis yang cantic,lemah lembut, tertib dan


sopan

 Penyayang

 Bijak
Munirah

 Rakan sekuliah Zahar

 Kuat cemburu

 Menyimpan perasaan terhadap Zahar


Fikri

 Rakan sekuliah Zahar

 Sahabat baik Zahar

 Baik hati

 Menghormati orang tua


Malcom Tan

 Rakan sekuliah Zahar

 Sahabat baik Zahar

 Baik hati

 Menghormati orang tua


Ripin

 Pendendam

 Kuat cemburu

 Busuk hati
Faridah
 Salah seorang murid cikgu Qistina

 Suka membantu guru

 Anak tunggal dalam keluarganya

 Bertubuh kecil, berwajah bujur sirih, dan bermata


galak

 Bijak dan cerdas

 Anak saudara kepada Profesor Dr. Baharuddin


PERMULAAN

Watak Zahar diperkenalkan sebagai seorang penuntut Universiti Teknologi Malaysia yang suka
akan binatang. Dia suka mengumpulkan ulat bulu di makmal mini di rumahnya. Zahar
menghada[I delima apabila ulat bulu sepsis Pus Pus kesayangannya semakin lemah dan tidak
bermaya. Oleh itu, Zahar perlu segera menyelamatkan Pus Pus
PERKEMBANGAN

Zahar, Fikri dan Malcom ke Pulau Pisang untuk mencari spesis ulat bulu yang baharu. Di sana,
Zahar menemukan sepsis ulat bulu yang baharu. Apabila pulang ke makmalnya, Zahar telah
mencantumkan sepsis ulat bulu baharu itu dengan Monarch dan dinamakan Morgan. Sebulan
selepas itu, penduduk Kampung Maju Jaya telah dilanda wabak gatal-gatal akibat diserang
oleh ulat bulu berbintik hitam. Selain itu, binatang ternakan dan tumbuh-tumbuhan turut menjadi
mangsa serangan ulat bulu tersebut. Penduduk kampong menuduh Zahar sebagai
penyebabnya kerana minat Zahar memelihara ulat bulu.
Ripin pula sentiasa menghasut penduduk kampong supaya membenci dan menghalau Zahar
kerana dendamnya terhadap Zahar. Setelah melakukan siasatan, Zahar mendapati bahawa
Morgan telah menjadi perangsang kepada ulat-ulat bulu berbintik hitam untuk menyerang
penduduk kampng, tanaman dan haiwan ternakan mereka. Ripin menyalahkan Zahar dan
terjadi pergelutan antara mereka sehingga Zahar dimasukkan ke hospital akibat terkena libasan
pisau lipat Ripin.
KLIMAKS

Hasil daripada kajian yang dilakukan oleh Zahar, dia mendapati cecair dalam badan Morgan
boleh dijadikan penawar serangan ulat bulu tersebut. Setelah Zahar mengambil cecair penawar
itu, dia telah menghapuskan Morgan. Kemudian, usaha untuk menghapuskan serangan ulat
bulu itu dilakukan oleh pelbagai pihak dengan menggunakan penawar tersebut. Sejak dari hari
itu, penduduk Kampung Maju Jaya tidak menghadapi masalah serangan ulat lagi.
PELERAIAN

Produk hasil kajian Zahar, iaitu MONPUS mendapat sambutan dan berjaya dipasarkan dengan
jayanya. Zahar menerima Anugerah Biasiswa Kerusi Canselor daripada Profesor Dr. Baharuddin,
iaitu ayahnya sendiri. Hubungan antara ayahnya dengan ibunya terjalin kembali kerana
ayahnya ingin hidup bersama ibunya semula.
TEKNIK
PEMERIAN

Contohnya, pengarang memerihalkan sikap Zahar yang sangat suka bermain dengan serangga
sejak kecil lagi.

TEKNIK DIALOG

Contohnya, Zahar berbual dengan Malcom tentang sumbangan pokok bakau sewaktu mereka
ke Taman Paya Bakau di Tanjung Piai.
TEKNIK IMBAS
KEMBALI

Contohnya, Zahar teringat akan saat perkenalannya dengan Mawar seminggu selepas mereka
memulakan kuliah di Universiti Teknologi Malaysia.

TEKNIK SASPEN

Contohnya, pembaca tertanya-tanya tentang keadaan Zahar setelah dia terkena pisau lipat
yang dilibaskan oleh Ripin ke badan Zahar.
TEKNIK KEJUTAN

Contohnya, pembaca terkejut apabila mengetahui orang yang menyampaikan Anugerah


Biasiswa Kerusi Canselor kepada Zahar ialah ayahnya sendiri.
LATAR TEMPAT

 Makmal kecil di sebelah rumah Zahar


 Rumah Zahar di Kampung Maju Jaya
 Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Yasin
 Kem Kaizen
 Pulau Pisang
 Balai Raya
 Kedai kopi Pak Mail
LATAR MASA

 Waktu pagi
 Waktu petang
 Waktu malam
 Waktu subuh
LATAR
MASYARAKAT

 Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan


 Masyarakat kampung yang menjalankan kerja pertanian dan perladangan
 Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa
 Masyarakat yang terdiri daripada pelajar dan guru
 Masyarakat yang suka berdendam
 Masyarakat yang terdiri daripada penuntut university
 Masyarakat yang percaya kepada bomoh dan perkara tahayul
 Masyarakat yang pemaaf
PERSONAFIKASI

Contohnya, Bahang yang mula menggigit membuatkan penghuni yang


berada di dalam bangunan yang berupa makmal kecil itu mulai resah;
Burung-burung berkicauan menyambut kedatangan pagi
METAFORA

Contohnya, lautan masa; kotak ingatan; tirai kehidupan

SIMILE

Contohnya, Tiba-tiba perasaan Fikri seperti dihempap beban yang berat


PERIBAHASA

Contohnya, ke mana tumpahnya kuah kalu tidak ke nasi; seperti mencurah


air ke daun keladi

INVERSI

Contohnya, Beberapa minit kemudian, mereka sudah memasuki


perkarangan sekolah
 Kasih sayang :- Contohnya, Zahar amat menyayangi ibunya dan sanggup berulang-alik
dari rumah ke kampus kerana tidak mahu tinggal sendirian di rumah.
 Keberanian :- Contohnya, Zahar dan rakan-rakannya berani menjelajah Pulau Pisang
yang terlalu banyak kisah seramnya semata-mata untuk membuat kajian tentang ulat
buku.
 Kesabaran :- Contohnya, Zahar begitu sabar mencari formula untuk menyelamatkan
penduduk kampungnya daripada serangan ulat bulu.
 Berhemah tinggi :- Contohnya, Qistina tidak pernah menyimpan perasaan dendam
terhadap Baharuddin malah memaafkan bekas suaminya itu.
 Kebijaksanaan :- Contohnya, Zahar sentiasa melakukan kajian dan inovasi untuk
membantu masyarakat.
 Kita mestilah menyayangi ibu yang telah banyak berjasa kepada kita. Contohnya,
Zahar amat menyayangi ibunya, Qistina yang telah mengasuhnya sejak dia
ditinggalkan oleh ayahnya.

 Kita haruslah bersabar dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya, Zahar begitu
sabar mencari formula

 Kita tidak seharusnya menyimpan dendam terhadap orang lain. Contohnya, Ripin
berdendam terhadap Zahar yang telah membelasahnya sehingga sanggup mencuri
formula ciptaan Zahar.
 Kita janganlah membuat tuduhan melulu tanpa bukti. Contohnya, penduduk
kampong yang dihasut oleh Ripin menuduh Zahar sebagai punca serangan ulat bulu

 Kita hendaklah insaf atas kesalahan yang kita lakukan. Contohnya Dr. Baharuddin
meminta maaf atas kesalahannya kepada bekas isterinya, Qistina.
PASTIKAN KAMU BACA NOVEL JEJAK MONPUS YE…..

SILA LENGKAPKAN NOTA ANDA

CIKGU SALINA

Anda mungkin juga menyukai