Anda di halaman 1dari 18

PROSA MODEN:

CERPEN LEGASI TAPAI UBI


Syafeeyah Daniya | Nur Nabihan
SINOPSIS
Sejak kecil Parjo membatu ayahnya, Wak Salikon mengusaha tapai ubi secara kecil-kecilan. Penduduk
kampung dan rakan sekolah tahu tentang perniagaan keluarganya. Dia ditugaskan untuk menghantar tapai
ubi ke pasar, warung, kedai kampung, dan kantin sekolah. Aktiviti yang dilakukannya ini menyebabkan
rakan-rakan sekolah menggelarnya 'Parjo Tapai'. Pada mulanya, Parjo berasa hati terhadap panggilan
tersebut. Lama-kelamaan dia sudah lali dengan ejekan rakan-rakannya. Tambahan pula, dia hanya
membantu ibu dan ayahnya mencari rezeki. Bapa dan ibunya tidak pernah jemu mengusahakan tapai ubi.
Pada awal pagi, bapanya akan mencabut ubi dan ubi itu akan dikopek oleh ibunya sebelum dipotong. Kerja
memotang ubi biasanya dilakukan Parjo. Kemudian, ubi itu dijerang dan dituskan lalu kerja - kerja membuat
tapai dilakukan. Menurut ibunya, ada banyak pantang larang untuk membuat tapai ubi seperti tidak boleh
memberitahu orang lain, jangan terkena kotoran, dan tidak boleh bising - bising. Sekiranya pantang larang
itu dilanggar, tapai ubi tidak akan manis. Oleh itu, tapai itu tidak akan dibeli orang. Namun begitu, selama
ini tapai ubi Wak Salikon tetap laris.
Tapai ubi merupakan mata pencarian bapa Parjo dan kelangsungan hidup keluarganya. Hasil jualan tapai
ubi menyebabkan Parjo dan adik beradiknya berjaya ke universiti untuk melanjutkan pelajaran mereka.
Parjo yang mengikuti kursus perubatan terkejut apabila pensyarahnya Profesor Haidar mahu membuat
projek tentang tapai ubi. Menurut pensyarahnya tapai ubi mampu mengurangkan serangan kanser. Setelah
melakukan beberapa kajian, Parjo menemukan kebenaran tentang tapai ubi dalam mencegah penyakit
kanser. Penemuan ini telah mendapat pengiktirafan dan menjadi tesis kedoktorannya. Hasil kajiannya juga
dibawa ke peringkat antarabangsa. Jika sebelum ini Parjo agak muak makan tapai ubi, tetapi kini dia
menjadi pelanggan tetap tapai ubi Wak Salikon. Semasa majlis konvokesyen, bapa dan ibu Parjo turut
hadir. Parjo dengan bangga telah memperkenalkan ibu dan bapanya yang merupakan pengusaha tapai ubi
yang terkenal di kampung mereka kepada pensyarah dan rakan - rakannya. Liputan yang meluas mengenai
hasil kajiannya tentang tapai ubi telah menyebabkan permintaan terhadap tapai ubi semakin meningkat.
Tapai ubi kini diusahakan secara komersial dan turut dihidangkan di hotel-hotel besar di seluruh negara.
Perusahaan tapai ubi Wak Salikon semakin berkembang. Sebuah kilang didirikan dan
bapa dan ibu Parjo kini menjadi pengurus Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon. Jumlah
pekerja juga semakin bertambah. Parjo yang bertugas sebagai pensyarah perubatan di
universiti terus membuat kajian tentang khasiat tapai ubi terhadap pelbagai jenis
penyakit terutamanya kanser. Parjo berasa sangat bangga hidup dalam legasi tapai ubi.
TEMA
Tema Cerpen Legasi Tapai Ubi ialah kegigihan seorang anak kepada peniaga tapai ubi yang
ingin membuktikan bahawa makanan tradisional tersebut mampu menjadi penawar penyakit
berbahaya seperti kanser.
PERSOALAN
1. Ketaatan seorang anak kepada ibu bapa.
Contoh Peristiwa: Setiap hari Parjo terpaksa menjinjit karung yang berisi tapai ubi untuk dibawa ke sekolah.
Pada masa yang sama, dia juga membawa tapai ubi itu ke pasar, warung-warung, kedai kampung, dan ke
mana-mana sahaja jika ada tempahan.
2. Ketelitian semasa melakukan sesuatu.
Contoh Peristiwa: Emak dan bapa Parjo amat teliti semasa membuat tapai. Terdapat beberapa pantang larang
yang perlu dipatuhi seperti tidak boleh memberitahu orang lain semasa membuat tapai, tidak boleh terkena
kotoran atau minyak, dan tidak boleh membuat bising semasa membuat tapai.
3. Tanggungjawab ibubapa untuk menghantar anak melanjutkan pengajiannya.
Contoh peristiwa: Parjo dan adik – beradiknya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading dengan
hasil usaha emak dan bapanya menjual tapai ubi.
GAYA BAHASA
• Anafora (Perulangan kata dalam ayat berturutan)
Contoh: Aku akur dengan petua emak.
Aku hanya diam.
• Sinkope
Contoh: "Buat tapai ubi tak boleh bagitahu orang tahu!“
• Diksi
Pengarang telah menggunakan laras bahasa Sains. Contohnya, bakteriosin; manihot esculanta;
metastasis.
BINAAN PLOT
PERMULAAN PERKEMBANGAN
• Sejak kecil lagi, Parjo membantu emak • Proses membuat tapai ubi agak rumit. Bermula
dan bapanya menjual tapai ubi sehingga dengan proses mencabut ubi, mengopek kulit,
dipanggil "Parjo Tapai". Walaupun dia memotong pendek, menjerang air, merebus
berasa muak dengan panggilan itu, namun sehinggalah proses memeram sebelum ubi
lama kelamaan dia sudah terbiasa dengan matang untuk dimakan. Banyak pantang larang
gelaran tersebut kerana dia ingin yang perlu dipatuhi semasa membuat tapai ubi.
membantu emak dan bapanya mencari Melalui hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan
rezeki. adik-adiknya berjaya menjejakkan kaki ke
menara gading
PERUMITAN KLIMAKS
• Profesor Haidar mengarahkan Parjo • Parjo berjaya membuktika bahawa tapai
membuat kajian tentang tapai ubi yang ubi dapat mengurangkan risiko penyakit
dikatakan dapat membantu kanser. Kajian Parjo telah diiktiraf oleh
mengurangkan serangan kanser. Proses pihak universiti dan dibawa pada
kajian dilakukan dengan mengenal pasti peringkat antarabangsa. Parjo berjaya
jenis kanser,cara kanser merebak,dan memperoleh ijazah kedoktoran sekali gus
langkah mngesan kanser sehingglah mendapat gelaran Dr. Parjo
kepada proses membuat uji kaji tindak
balas tapai ubi terhadap sel kanser.
PELERAIAN
• Dr. Parjo bertugas sebagai pensyarah. Dia masih
meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi
sebagai pencegah alternatif kepada pelbagai jenis
penyakit yang lain, terutamanya penyakit kanser.
Perniagaan tapai ubi bapanya di kampung semakin
berkembang sehinggalah terbinanya kilang
Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon.
TEKNIK PLOT
1. Dialog
Contoh: "Parjo, jangan lupa nanti hantar tapai ke pasar!" jerit bapa dengan loghat
Jawanya yang pekat.
2. Monolog
Contoh: Ah, betapanya penyakit kanser! Getus hati kecilku.
WATAK DAN PERWATAKAN
• Watak utama – Parjo • Watak Sampingan – Wak Salikon
:Anak sulung kepada Wak Salikon :Bapa kepada Parjo
:Penerima ijazah kedoktoran dari universiti ▪︎Seorang yang gigih melakukan
tempatan pekerjaan
▪︎Taat akan emak dan bapanya
▪︎Seorang ayah yang bertanggungjawab
▪︎Bersungguh – sungguh melakukan
sesuatu ▪︎Bercita – cita tinggi
▪︎seorang yang teliti
• Watak sampingan – Emak • Watak sampingan - Profesor
:Emak kepada Parjo dan isteri kepada Haidar
Wak Salikon :Pensyarah Parjo semasa di universiti
▪︎Seorang yang gigih membantu suami. ▪︎Seorang yang berpandangan jauh
▪︎Seorang yang teliti melakukan kerja. ▪︎Seorang yang baik hati
▪︎Prihatin terhadap anaknya
LATAR TEMPAT
Rumah Wak Salikon Amerika Syarikat
• Tempat emak dan bapa Parjo • Tempat yag menunjukkan bahawa kajian
membuat tapai yang memerlukan kadar kanser payudara di negara itu
proses pembuatan yang teliti. adalah berbeza antara kaum, iaitu kes
paling tinggi berlaku dalam kalangan
wanita berkulit putih berbanding dengan
wanita berkulit hitam atau berketurunan
Hispanic atau berketurunan Asia.
LATAR MASA
Waktu Pagi Permulaan Semester
• Bapa Parjo telah menjerit dalam dalam • Profesor Haidar memberitahu Parjo
loghat Jawanya yang pekat agar Parjo bahawa mereka ada projek untuk
tidak lupa untuk menghantar tapai ubi dijalankan,iaitu projek tapai ubi yang
ke pasar. Setiap pagi emak akan dikatakan dapat mengurangkan risiko
melumatkan ragi juga. serangan kanser.
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang bersungguh-sungguh Masyarakat yang teliti semasa
untuk melakukan kerja melakukan kerja
• Parjo bersungguh-sungguh membantu • Wak Salikon dan isterinya sentiasa
emak dan bapanya menghantar tapai mematuhi pantang larang semasa
ubi pada setiap pagi. Semasa di membuat tapai ubi untuk memastikan
universiti pula, Parjo bersungguh- kualiti tapai itu terjamin.
sungguh untuk membuat kajian
tentang projek tapai ubi yang
diarahkan oleh Profesor Haidar.
NILAI
• Baik hati
Parjo rajin membantu ayah dan ibunya membuat tapai ubi,Nilai mengenang jasa Parjo
menjelaskan bahawa kejayaannya menggengam ijazah berkat inspirasi ayah dan ibunya.
• Tanggungjawab
Parjo ingin berkhidmat kepada masyarakat melalui kajiannya terhadap tapai ubi yang dapat
mencegah dan merawat penyakit kanser.
• Mengenang jasa
Parjo menjelaskan bahawa kejayaannya menggengam ijazah berkat inspirasi ayah dan
ibunya.
PENGAJARAN
• Kita hendaklah tabah mengharungi susah payah dalam kehidupan.
Sejak di bangku sekolah menengah lagi, Parjo akan menjinjit karung tapai ke kantin sekolah.
Dia telah digelar 'Parjo Tapai' oleh kawan-kawannya. Namun begitu, dia tabah kerana mahu
membantu emak dan bapanya mencari rezeki.
• Kita perlulah meghargai jasa ibu bapa.
Setelah Parjo berjaya, dia telah membina sebuah kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon di
kampungnya dan melantik emak dan bapanya sebagai pengurus kilang itu.
• Kita haruslah rajin untuk mencari rezeki.
Pagi-pagi lagi Wak Salikon akan ke kebun untuk mencabut ubi, manakala emak Parjo akan
mengopek kulit ubi itu. Parjo pula akan membantu emaknya untuk memotong ubi itu.

Anda mungkin juga menyukai