Anda di halaman 1dari 4

Cerpen : Legasi Tapai Ubi

SINOPSIS

Sejak kecil lagi Parjo membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi. Sebut sahaja
‘tapai ubi Wak Salikon’ semua orang sudah tahu dan nama Parjo sudah sebati dengan
makanan tersebut sehinggakan rakan-rakan sekolah menggelarnya ‘Parjo Tapai’.
Proses membuat tapai ubi agak rumit, kerana banyak pantang larang yang perlu
dipatuhi, antaranya adalah tidak boleh memberitahu orang semasa membuat tapai,
elakkan daripada terkena kotoran atau minyak dan tidak boleh membuat bising kerana
dikhuatiri tapai tidak menjadi.

Dengan hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya sehingga ke
menara gading. Setelah tamat belajar di matrikulasi selama dua tahun, Parjo berjaya
melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Profesor Haidar telah memberi
tugasan kepada Parjo untuk membuat kajian bagi membuktikan tapai ubi dapat
membantu mengurangkan serangan kanser. Kajian telah dilakukan dengan teliti dan
akhirnya dia mendapati tapai ubi dapat menghasilkan bakteria yang sangat bermanfaat
kepada manusia, iaitu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Hasil kajian Parjo
telah mendapat pengiktirafan daripada pihak universiti sehinggalah dibawa pada
peringkat antarabangsa.

Parjo telah membawa emak dan bapanya pada majlis konvokesyen. Kajian bertajuk
“Tapai Ubi Sebagai Agen Penghalang Kanser” telah berjaya mengiktirafnya sebagai
Dr. Parjo. Bagi Dr. Parjo, kejayaan itu ialah hasil inspirasi emak dan bapanya
membuat tapai ubi. Akhirnya, kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah
didirikan di kampung Dr. Parjo kerana permintaan yang semakin meningkat. Dr.
Parjo menjadi pensyarah perubatan dan meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi
sebagai pencegah alternatif kepada berbagai-bagai jenis penyakit dengan tumpuan
terhadap penyakit kanser.

TEMA

Kesungguhan seorang anak kepada peniaga tapai ubi yang ingin membuktikan
bahawa makanan tradisional tersebut mampu menjadi penawar penyakit berbahaya
seperti kanser.

WATAK DAN PERWATAKAN

Parjo -anak sulung kepada Wak Salikon. / penerima Ijazah Kedoktoran. / pensyarah
universiti. / taat akan emak dan bapanya - sanggup menghantar tapai ubi ke kantin
sekolah dan warung-warung di kampungnya tanpa membantah. / bersungguh-sungguh
melakukan sesuat - Parjo melakukan kajian bagi membuktikan bahawa tapai ubi
dapat membantu mengurangkan serangan kanser. / mengenang budi dan tidak
melupakan jasa emak dan bapanya walaupun dia sudah berjaya di menara gading /
membantu membesarkan perusahaan tapai ubi orang tuanya / Seorang yang teliti -
proses kajian terhadap kanser telah dilakukannya mengikut prosedur dan peringkat
demi peringkat bagi memastikan kajian tersebut berjaya.
Wak Salikon - bapa Parjo / gigih melakukan pekerjaan kerana - menanam pokok
ubi dan seterusnya membuat tapai ubi untuk dijual. / mementingkan pendidikan anak-
anak - menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke menara gading dengan hasil titik
peluhnya menjual tapai ubi. / bercita-cita tinggi - Wak Salikon berhasrat untuk
mengembangkan lagi perniagaan tapai ubinya./ teliti ketika melakukan pekerjaan -
Wak Salikon mengamalkan pantang larang yang perlu dipatuhi semasa membuat tapai
ubi.

Emak - Emak kepada Parjo dan isteri kepada Wak Salikon. / gigih membantu suami -
membantu Wak Salikon untuk membuat tapai ubi. / teliti melakukan kerja - sentiasa
mematuhi pantang larang semasa membuat tapai ubi./ prihatin terhadap anak -
mendengar penjelasan Parjo bahawa dia berjaya berkat kajiannya terhadap tapai ubi.

Profesor Haidar - pensyarah Parjo semasa di universiti. / mempunyai jambang yang


lebat. / berpandangan jauh - ingin meminta bantuan Parjo dalam kajian tapai ubi
yang dikatakan dapat membantu mengurangkan serangan kanser.

LATAR

Latar Masa

(a) Waktu pagi.

Bapa Parjo telah menjerit dalam loghat Jawanya yang pekat agar Parjo tidak lupa
untuk menghantar tapai ubi ke pasar. Setiap pagi emak akan melumatkan ragi juga.

(b) Selepas sembahyang isyak.

Emak meneruskan tugasannya membuat tapai ubi yang dikatakan banyak pantang
larangnya.

(c) Permulaan semester.

Profesor Haidar memberitahu Parjo bahawa mereka ada projek untuk dijalankan, iaitu
projek tapai ubi yang dikatakan dapat mengurangkan risiko serangan kanser.

Latar Tempat

(a) Kampung Wak Salikon.

Tempat Parjo menghantar tapai ubi sama ada ke pasar, ke warung, atau ke kedai
kampung.

(b) Kantin sekolah.

Parjo menghantar tapai ubi di kantin sekolah pada setiap hari sehinggakan dia digelar
‘Parjo Tapai’ oleh kawan-kawannya.
(c) Rumah Wak Salikon. Tempat emak dan bapa Parjo membuat tapai

(d) Kilang perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon.

Emak dan bapa Parjo bekerja sebagai pemilik dan pengurus kilang tersebut dan
pengeluaran tapai ubi dipertingkatkan di kilang ini kerana banyak mendapat
tempahan.

PERSOALAN, NILAI DAN PENGAJARAN

Persoalan Nilai Pengajaran Contoh


Kegigihan Kegigihan Kita hendaklah gigih Wak Salikon dan
membawa berusaha untuk isterinya gigih
kejayaan mencapai kejayaan mengusahakan
perniagaan tapai
ubi sehingga
berkembang
membuka sebah
kilang.
Amalan hidup Tolong - menolong Kita hendahklah Parjo rajin
saling tolong- hidup saling tolong- membantu ayah
menolong menolong antara dan ibunya
satu sama lain. membuat tapai
ubi.
Anak yang Mengenang jasa Kita hendaklah Parjo menjelaskan
mengenang jasa menghargai jasa bahawa
ibu bapa pengorbanan ibu kejayaannya
bapa kita. menggengam
ijazah berkat
inspirasi ayah dan
ibunya.
Tanggungjawab Tanggungjawab Kita hendaklah Parjo ingin
berkhidmat kepada bertanggungjawab berkhidmat
masyarakat berkhidmat kepada kepada
nusa dan bangsa. masyarakat
melalui kajiannya
terhadap tapai ubi
yang dapat
mencegah dan
merawat penyakit
kanser
PLOT -TEKNIK PLOT

Dialog.

Imbas kembali.

Saspens.

Kejutan.

Pemerian.

GAYA BAHASA

Laras bahasa Sains. Contohnya, bakteriosin; manihot esculanta; metastasis.

Peribahasa. Contohnya, alah bisa tegal biasa.

Repetisi. Contohnya, Tapai! Tapai! Tapai!

Sinkope. Contohnya, “Buat tapai ubi tak boleh bagitahu orang tahu!”

Anda mungkin juga menyukai