Anda di halaman 1dari 2

Latihan 1

“Tapai! Tapai! Tapai!”

            Jemu benar aku dengan perkataan tapai itu.  Sejak kecil aku
disogokkan dengan tapai.  Sebutlah tapai ubi Wak Salikon, semua orang tahu. 
Wak Salikon bapa aku.  Jika ada orang berkata Wak Salikon Tapai Ubi, seluruh
kampung kenal.  Itu bapa aku!  Kalau orang bertanya Parjo Tapai Ubi, itu aku! 
Aku dan tapai seolah-olah sebati dan sinonim.  Ah, bencinya!
            “Parjo, jangan lupa nanti hantar tapai ke pasar!” jerit bapa dengan
loghat Jawanya yang pekat.  Laungan itu menjadi rutin setiap pagi.  Maka aku
pun tidak pernah menolak untuk berkhidmat menghantar tapai ubi buatan bapa
dan emak ke pasar, ke warung, ke kedai kampung dan ke mana-mana sahaja
jika ada tempahan.
            Itu sahaja yang aku tahu.  Akan tetapi kini aku semakin jemu dengan
tapai ubi.  Lebih-lebih lagi sejak aku sekolah menengah.  Apatah lagi apabila
setiap hari aku terpaksa menjinjit karung tapai ke kantin sekolah.  Parjo Tapai! 
Itulah gelaran yang diberikan oleh kawan-kawanku yang sama-sama
menumpang bas sekolah.  Aku malu dan marah juga pada mulanya.  Namun
alah bisa tegal biasa.  Aku hanya membantu emak dan bapa mencari rezeki.

I) Berdasarkan petikan cerpen “Legasi Tapai Ubi”, ke manakah Parjo akan

menghantar  tapai ubi Wak Salikon?
__________________________________________________________________________________

II) Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan cerpen di atas
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

III) Parjo gigih membantu bapa dan emaknya menjual tapai ubi. Pada pendapat
anda, apakah langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan anak-anak
sentiasa membantu ibu dan bapa mereka?                            
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
Latihan 2
Legasi Tapai Ubi
Lengkapkan sinopsis cerpen di bawah.

Sejak kecil lagi Parjo telah membantu emak dan bapanya menjual
____________ ubi.  Sebut sahaja ‘tapai ubi Wak Salikon’ semua orang sudah tahu
dan nama Parjo sudah sebati dengan makanan tersebut sehinggakan rakan-rakan
sekolah menggelarnya _________________________.  Setiap hari  Parjo akan menjual
dan menghantar tapai ubi emak dan bapanya itu ke pasar, warung dan kedai-
kedai kampung yang telah membuat _____________________.  Pada mulanya dia
berasa __________, namun alah bisa tegal biasa.  Proses membuat tapai ubi agak
rumit kerana banyak ____________________________ yang perlu dipatuhi, antaranya
tidak boleh memberitahu orang semasa membuat tapai, tidak boleh terkena
kotoran atau _____________________ dan tidak boleh membuat bising kerana
dikhuatiri tapai tidak menjadi.
Dengan hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya
sehingga ke ____________________________.  Setelah tamat belajar di matrikulasi
selama ________ tahun, Parjo berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang
perubatan.  _____________________________ telah memberikan tugasan kepada Parjo
untuk membuat kajian bagi membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu
mengurangkan serangan _______________.  Parjo mendapati bahawa kanser
merupakan antara penyakit yang semakin merebak di dunia amnya dan Malaysia
khasnya sehingga banyak menyebabkan kematian.  Kajian telah dilakukan dengan
teliti dan akhirnya dia mendapati bahawa tapai ubi dapat menghasilkan
___________________ yang sangat bermanfaat kepada manusia, iaitu dapat
menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.  Hasil kajian Parjo telah mendapat
pengiktirafan daripada pihak universiti dan dibawa ke peringkat
_________________________.
            Parjo telah membawa emak dan bapanya pada majlis
______________________nya.  Kajian bertajuk “Tapai Ubi Sebagai Penghalang
Kanser” telah berjaya mengiktirafnya sebagai Dr. Parjo.  Bagi Dr. Parjo,
kejayaannya itu ialah hasil ____________________ emak dan bapanya yang membuat
tapai ubi.  Akhirnya, kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di
kampung Dr. Parjo kerana permintaan yang semakin meningkat.  Dr. Parjo telah
menjadi pensyarah perubatan dan meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi
sebagai pencegah alternatif kepada berbagai-bagai jenis penyakit dengan tumpuan
terhadap penyakit kanser.

Anda mungkin juga menyukai