Anda di halaman 1dari 3

Lengkapkan karangan di bawah ini.

Tajuk : Cara-cara menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa.

Ibu bapa ialah insan yang paling istimewa dalam hidup kita. Ibu bapa banyak berjasa kepada

kita dan mendidik kita daripada kecil hingga dewasa. Terdapat banyak

_____________________________________________________________.

Antara cara menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa ialah sentiasa membantu

__________________________________________________. Kita boleh membantu mereka

mencuci pinggan mangkuk, menyapu sampah dan mengemas rumah. Hal ini dapat meringankan

______________________. Secara tidak langsung akan membantu kita belajar berdikari.

Di samping itu, kita hendaklah sentiasa bermanis muka dengan ibu bapa. Setiap teguran

dan ____________________________________________ pada masa hadapan. Kita

hendaklah sentiasa mengucapkan terima kasih atas setiap pemberian mereka. Janganlah kita

menyusahkan mereka dan sentiasalah menjaga nama baik mereka pada setiap masa.

Ibu bapa adalah insan yang mulia. Segala apa yang mereka berikan kepada kita adalah

ikhlas dan tidak pernah minta dibalas. Sebagai anak, kita hendaklah memberikan mereka

____________________________________________________________________ bagi

menghargai pengorbanan mereka selama ini. Hal ini pastinya akan menambahkan kasih sayang

antara kita dengan ibu bapa.

Kita perlu menjaga ibu bapa yang sudah tua atau sakit dengan baik. Jangan menghantar

mereka ke ___________________________________ kerana perbuatan ini akan melukakan

hati mereka. Jika kita tinggal jauh, selalulah menghubungi mereka melalui telefon. Jika ada masa

cuti atau hari minggu selalulah pulang menziarahi mereka.

Ingatlah bahawa ibu bapa tidak pernah _________________________________

tetapi kasih sayang dan perhatian daripada kita. Oleh itu, tunjukkanlah kasih sayang kita kepada

mereka. Ibu bapa adalah insan yang mulia yang perlu disayangi dan dihormati.
Lengkapkan karangan di bawah ini.

Tajuk: Berkhemah bersama keluarga

Pada minggu lepas, saya pergi _____________ bersama keluarga saya. Kami berkhemah di

Air Terjun Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Kami bertolak dari rumah kira-kira pukul 11.00 pagi.

Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta Naza Ria yang baru ayah beli. ____________ kami ke

tapak perkhemahan kira-kira 170 kilometer.

Selepas tiga jam perjalanan, kami sampai di _______________________ kira-kira pada

pukul 2.00 petang. Oh, indah sekali pemandangan di tapak perkhemahan! Udaranya pula sungguh

________. Saya dan keluarga berasa amat gembira kerana dapat berkelah bersama-sama.

Setelah sampai di tapak perkhemahan, saya membantu ayah mengeluarkan barang-barang dari

kereta. Setiap orang daripada kami sibuk menjalankan tugas masing-masing. Saya menolong ayah

_______________ khemah manakala kakak menolong emak menyediakan makanan tengah hari

yang telah dimasak di rumah.

Deruan air _______________ batu menyebabkan saya tidak sabar lagi untuk

bermandi-manda. Alangkah sejuk airnya, sehingga menusuk ke tulang membuatkan saya

_____________ kesejukan. Kami semua berasa amat gembira bagaikan itik mendapat air.

Selepas solat Maghrib, kami pun _____________ makanan yang disediakan ibu dengan

berselera sekali. Aktiviti lasak pada siang hari menjadikan kami begitu lapar hingga semua yang

terhidang licin dalam sekelip mata. Sebelum tidur ayah menceritakan pengalaman suka duka

berkhemah semasa kanak-kanak dahulu. Saya __________ oleh sebab keletihan.

Keesokannya, selepas berkemas, kami pulang ke rumah. Kami berhasrat akan datang ke sini

lagi pada cuti akan datang. Kami membawa bersama seribu ____________________.
Berkebun merupakan salah satu aktiviti yang baik. Hal ini demikian kerana
berkebun boleh membawa banyak manfaat kepada kita.
Dewasa ini, semua lapisan masyarakat digalakkan berkebun. Kita boleh
berkebun di kawasan yang sesuai contohnya di halaman rumah ataupun di belakang
rumah. Aktiviti berkebun boleh mengisi masa terluang kita dengan berfaedah. Semasa
berkebun, kita boleh mengurangkan tekanan dan perasaan bosan. Kita juga tidak akan
terjerumus dalam gejala sosial yang tidak sihat seperti merokok, melepak, berjudi dan
menagih dadah.
Di samping itu, kita boleh menjadi insan yang berguna dan berbudi kepada tanah.
Dengan berkebun, kawasan lapang atau tanah terbiar boleh digunakan dengan sebaik-
baiknya. Pokok bunga yang berwarna-warni juga boleh menceriakan kawasan
persekitaran.
Apatah lagi, kita boleh mengeratkan hubungan silaturahim. Hal ini disebabkan
kita boleh melakukan aktiviti berkebun bersama-sama ahli keluarga dan sahabat handai
kita. Semasa berkebun, kita akan berpeluang untuk berkomunikasi dan bekerja
bersama-sama bagai aur dengan tebing. Kita bukan sahaja dapat saling memahami,
tetapi juga dapat berkenalan dengan lebih ramai kawan yang berbilang bangsa dan
agama.
Selain itu, kita boleh meningkatkan ekonomi negara. Hal ini demikian kerana hasil
tanaman kita boleh dijual bagi menambahkan pendapatan keluarga. Kita juga boleh
menceburi bidang pertanian sebagai salah satu mata pencarian sekiranya berminat
dalam kegiatan berkebun.

Konklusinya, aktiviti berkebun banyak mendatangkan faedah kepada semua


lapisan masyarakat. Wahai kawan-kawan, marilah kita berkebun bersama-sama!

Anda mungkin juga menyukai