Anda di halaman 1dari 2

Fakta: Cara-cara Menggembirakan Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan orang yang banyak berjasa kepada kita. Tulis karangan caracara kamu menggembirakan ibu bapa.
______________________________________________________
Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Tanpa mereka, kita
tidak akan lahir ke dunia ini. Merekalah yang memberikan kita kasih sayang yang sejati
hingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagiaan kita. Oleh sebab itu,
wajarlah kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati mereka.
Semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berakhlak mulia. Akhlak mulia
akan menyebabkan seseorang itu mentaati perintah agama, menghormati orang lain,
bertanggunjawab, berdisplin dan sebagainya. Anak-anak yang berakhlak mulia juga
akan sentiasa menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga. Hal yang demikian, sudah
tentu akan menggembirakan hati ibu bapa.
Ibu bapa juga tentu gembira apabila mendapati anak-anak mereka belajar
bersungguh-sungguh. Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya akan mendapat
keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, kita mestilah rajin belajar agar ibu
bapa kita gembira serta memperoleh masa depan yang lebih cerah.
Di samping itu, kita juga haruslah membantu mereka. Kita boleh membantu mereka
dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti mendidik adik, mengemas rumah
dan sebagainya. Dengan itu, kita dapat meringankan beban mereka dan ini tentu
menggembirakan hati mereka.
Selain itu, Ibu bapa juga tentu gembira jika anak-anak menghormati mereka.
Bercakap dengan sopan, bersalaman dan mencium tangan, mendengar teguran dan
nasihat, mengucapkan salam dan senyum semasa berhadapan dengan mereka antara
contoh kita menghormati ibu bapa. Amalkan sikap ini agar ibu bapa kita sentiasa
gembira bersama anak-anak.
Kesimpulannya, sebagai seorang anak sudah pasti kita ingin melihat ibu bapa kita
sentiasa gembira. Justeru, sentiasalah berazam dan berusaha untuk menggembirakan
hati kedua-dua ibu bapa agar hidup kita lebih diberkati.

Karangan - Cara-cara yang boleh dilakukan oleh anak-anak untuk membalas jasa
ibu bapa.
Ibu bapa banyak berjasa kepada kita. Mereka mendidik kita,mencurahkan kasih
sayang, dan memberi perlindungan. Kesannya, anak-anak dapat menggembirakan ibu
bapa dan mereka berasa beruntung. Oleh itu, anak-anak harus membalas jasa ibu
bapa.
Antara cara-cara untuk membalas jasa ibu bapa ialah dengan belajar bersungguhsungguh. Jika kita belajar bersungguh-sungguh kita dapat mendapat keputusan yang
cemerlang dan juga masa depan yang cerah. Ibu bapa pula rasa gembira terhadap kita.
Menjaga ibu bapa apabila mereka tua merupakan satu lagi cara untuk membalas jasa
mereka. Kita perlu menjaga ibu bapa dengan penuh kasih sayang. Separuh daripada
anak-anak sekarang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua. Ini merupakan
salah satu perkara yang melukakan hati mereka. Sebagai seorang anak, kita harus
menanggung perbelanjaan mereka. Kita tidak boleh menjadi`bagai kacang melupakan
kulit.
Bak kata pepatah `harimau mati meninggalkan belang manusia meninggalkan nama.
Anak-anak haruslah menjaga sahsiah diri supaya ibu bapa mendapat nama yang
baik. Kita tidak boleh melakukan perkara yang boleh memalukan mereka. Sebagai anak
yang sayang akan ibu bapa mereka, kita haruslah memberi kad ucapan ketika Hari Ibu
atau Hari Bapa. Ini akan menggembirakan hati ibu bapa.
Di samping itu,kita juga haruslah membantu mereka. Kita boleh membantu mereka
dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti mendidik adik,mengemas rumah dan
sebagainya. Dengan itu, kita dapat meringankan beban mereka.
Selain itu,kita hendaklah mendengar dan menurut kata-kata mereka. Jangan sesekali
membantah. Jika kita membantah, kita akan dianggap sebagai anak derhaka dan anak
yang tidak tahu menghormati ibu bapanya.
Selain itu, kita haruslah melakukan apa yang disukai oleh ibu bapa. Ibu bapa sudah
tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang tidak baik pada pandangan
mereka. Melakukan perkara yang tidk disukai oleh ibu bapa bermakna membuat
perbuatan yang derhaka. anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat kerberkatan
dalam kehidupannya.
Kesimpulannya, anak-anak harus membalas jasa ibu bapa dengan pelbagai cara.
Sudah tiba waktunya, kita mencurahkan kasih sayang kepada mereka. Masyarakat
Penyayang perlu bermula di rumah.

Anda mungkin juga menyukai