Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN - BIOGRAFI - IBU SAYA

Ibu adalah orang yang melahirkan kita ke dunia. Ibu mengasuh dan
mendidik kita sejak kecil dengan penuh kasih sayang. Kasih ibu tiada
batasannya dan tidak dapat dicari ganti. Ibu saya bernama Aminah Ali. Beliau
berumur 35 tahun.
Ibu saya seorang yang sederhana, selalu berbaju kurung dan bertudung.
Bagi saya, ibu adalah wanita yang cantik, bersopan-santun , dan periang. Ibu
saya bekerja sebagai guru. Beliau berkelulusan Maktab Perguruan Keningau
dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas.
Sebagai seorang ibu yang bekerjaya, kehidupan seharian ibu amat sibuk.
Pada setiap pagi, ibu akan bangun awal untuk menyiapkan sarapan dan
memasak untuk makan tengah hari nanti. Selepas bersarapan, saya dan ibu
akan pergi ke sekolah bersama-sama. Pada waktu tengah hari, ibu akan
menjemput saya di sekolah. Kemudian, kami akan makan bersama-sama. Pada
waktu petang pula, ibu akan menghantar saya ke sekolah agama.
Pada hari minggu, ibu akan memasak lauk-pauk kegemaran kami
sekeluarga. Selain itu, ibu saya pandai menjahit dan selalu menjahit pakaian
saya. Ibu sentiasa meluangkan masa untuk membaca bersama-sama kami.
Kami juga akan menonton televisyen bersama-sama.
Saya sayang akan ibu dan berasa sangat gembira apabila melihat ibu
tersenyum. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sunggah dan akan sentiasa
membuatkan ibu gembira. Saya doakan semoga ibu berbahagia selalu.

Ibu saya bernama Puan Shakimah binti Ahmad.Ibu saya berusia 38 tahun.Ibu saya merupakan
anak kelima daripada lima orang adik-beradik.

Ibu saya bekerja sebagai seorang doktor di sebuah Pusat Kesihatan di Seksyen 7 Shah
Alam.Walaupun ibu seorang yang sibuk,ibu akan sentiasa memastikan tanggungjawab
terhadap keluarga tidak terabai.Oleh itu,seorang orang gaji,Kak Leha ditugaskan untuk
membantu ibu membuat kerja-kerja rumah.

Ibu mempunyai raut wajah yang menarik.Ibu seorang yang penyayang terhadap
kami.Sekiranya kami melakukan sesuatu kesalahan,ibu akan menegur dan mengingatkan kami
agar tidak mengulangnya.

Ibu mahu kami adik-beradik berjaya dalam pelajaran dan ringan tulang untuk membantu
ibu dalam membuat kerja-kerja rumah.Untuk memastikan saya berjaya dalam pelajaran,ibu
telah menghantar saya mengikuti kelas tambahan di Pusat Tuisyen Versatil.Saya belajar
bersungguh-sungguh agar ibu tidak kecewa.
Sekiranya ada masa lapang,ibu dan ayah akan membawa kami makan angin di pusat
peranginan.Biasanya kami pergi ke Port Dickson kerana pantainya bersih dan udaranya
segar,Kami sering menginap di hotel yang menyediakan kolam renang.

Kami amat sayang akan ibu.Kami tidak pernah membantah kata-kata ibu.Kami selalu
berdoa agar ibu menyayangi kami sepanjang hayat kami.

Orang Yang Paling saya sayangi

Beliau merupakan orang yang sentiasa membantu, menasihati, mencurahi saya dengan
penuh kasih sayang. Beliaulah yang mendidik dan membimbing saya selama ini. Beliau yang
dimaksudkan adalah ibu saya, iaitu orang yang paling saya segani.

Ibu saya merupakan seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Oleh sebab keluarga saya
tidak mampu mengupah pembantu rumah, ibu sayalah yang menghabiskan semua kerja-kerja
rumah termasuk memasak, mencuci dan menjaga adik-adik.

Selain itu, ibu saya juga bertugas sebagai pemandu yang menghantar saya serta adik-
adik pergi ke dan balik dari sekolah. Kadang-kala beliau juga menyediakan bekalan makanan
untuk kami bawa sebagai sarapan petang.

Ibu saya merupakan seorang pemain piano yang handal. Lagu-lagu klasik seperti Elise,
Fantasia importu, Ave Maria dan lain-lain merupakan lagu-lagu yang hebat dipersembahkan oleh
ibu saya. Saya amat mengagumi kebolehan dan kehandalan ibu saya. Kami adik-beradik
sentiasa berpeluang menikmati lagu-lagu yang dimainkan oleh ibu saya.

Sejak kecil saya dapat merasai kasih sayang ibu saya yang tidak terhingga. Semasa saya
belajar berbasikal pada umur 5 tahun, saya terjatuh lalu menangis. Ibu saya tidak membantu saya
berdiri. Namun, beliau berdiri di sisi dan terus memberi galakan dengan memberitahu saya jangan
mengaku kalahۥ dengan mudah, saya perlu bergantung kepada sendiri dan belajar menjadi
berdikari. Beliau berharap saya dapat menjadi orang yang berjaya dan berkeyakinan pada masa
depan.

Sebelum tidur ibu dan ayah akan berdoa bersama kami adik-beradik. Mereka
mencurahkan kasih sayang yang tidak terhingga kerana kasih sayang merupakan teras keluarga
bahagia.

Saya berharap agar ibu akan sentiasa sihat dan ceria. Saya akan belajar bersungguh-
sungguh untuk membalas jasa ibu.

Anda mungkin juga menyukai