Anda di halaman 1dari 1

Pengalaman semasa cuti sekolah

Pada cuti akhir tahun lepas, aku bersama keluargaku pergi bercuti di Melaka. Kami
bertolak pada pukul 9.00 pagi.   Selepas beberapa jam, kami tiba di tempat yang dituju. Kami
terus ke hotel yang telah ditempah oleh ayah. Kami sekeluarga membawa barang masing-
masing masuk ke dalam hotel.   Kami kemudiannya terus membersihkan diri dan berehat.  

     Pada pukul 8.00 pagi keesokan harinya, kami bersiap untuk melawat tempat-tempat
menarik di Melaka. Kami melawat Zoo Melaka yang terletak di sekitar Ayer Keroh.
Kami dapat melihat pelbagai jenis haiwan di sana.  

     Setelah itu, kami melawat Muzium Melaka iaitu muzium yang terkenal di Malaysia. Aku
dapat melihat bahan-bahan bersejarah yang di pamerkan. Aku mendapat banyak ilmu
pengetahuan yang boleh digunakan dalam penulisan dan berkongsi dengan rakan-rakan di
sekolah.

     Selepas kami sekeluarga berehat dan makan tengah hari,  kami meneruskan perjalanan.
Kami melawat Bandar Hilir. Di sana, terdapat Kota A'Famosa, bangunan Stadhuys, River
Cruise dan lain-lain lagi. Tempat-tempat yang menarik ini telah membuatku lupa akan
keletihan sepanjang hari. Kami sekeluarga bergambar di tempat-tempat yang menarik sebagai
kenangan.

     Akhir sekali, kami membeli hasil kraftangan di kedai berhampiran sebagai kenangan.
Hasil kraf tangan yang cantik dan unik telah menggembirakan hati kami. 

            Keesokan harinya, kami mengemas barang-barang untuk pulang ke rumah. Walaupun


kepenatan, kami tetap gembira dan mendapat banyak ilmu pengetahuan serta pengalaman
yang menarik.

Anda mungkin juga menyukai