Anda di halaman 1dari 3

SKRIP

UJIAN LISAN KEDUA

KUMPULAN
1.SHAFIRAH
2.JANNATIE
3.SASIKALA
SHAFIRAH:Assalammualaikum
dan
selamat
sejahtera
,penonton
sekalian.Sekarang,saya berada di kelas 4 Bestari untuk rakaman
program
masakan paling popular kala ini, Ketuk ketuk Simpang Pulai.Hari ini kita bersama
dua orang rakan kita dari kelas 4 Bestari iaitu cik Jannatie dan cik Sasikala
untuk menyediakan hidangan yang istimewa mereka.Tema untuk hidangan hari
ini
ialah Minum
petang.Mari
kita
bermula
dengan cik
Jannatie
dahulu.Assalammualaikum,cik Jannatie.Apa hidangan yang akan cik sediakan
hari ini?
JANNATIE:Waailaikumsalam,Shafirah.Hari
istimewa yang diajar oleh ibu saya.

ini

saya

akan

sediakan sandwich

SHAFIRAH:Wah,macam resipi turun temurun pula.Baiklah,mari kita bertemu


dengan cik Sasikala pula.Selamat pagi cik Sasikala,apa hidangan yang akan
cik sediakan hari ini?
SASIKALA:Selamat pagi,Shafirah.Jikalau cik Jannatie sediakan sandwich,saya
pula akan sediakan minuman.Minuman ini selalu disediakan untuk keluarga
saya iaitu sirap oren.
SHAFIRAH:Baguslah begitu,sudah lengkaplah hidangan untuk petang ini.Mari
lihat bahan bahan untuk membuat sandwich dahulu.
JANNATIE:Pertama sekali,kita
sediakan
roti
yang
telah
dipotong
dua.Mentega,mayonis dan sardine yang telah dimasak.Tidak dilupakan juga
salad dan tomato yang telah dibersihkan dan dihiris sederhana nipis.
SHAFIRAH:Cik
puan itu?

Sasikala

pula?Apa

bahan

bahan

untuk

membuat

minuman

SASIKALA:Kita sediakan setengah cawan jus oren dan secawan air sirap yang
telah dibancuh terlebih dahulu.
SHAFIRAH:Baiklah,mari lihat cara penyediaan sandwich cik Jannatie.
JANNATIE:Mula mula,kita sapukan mentega pada roti.Kemudian,lenyekkan
sardin ini dengan sekata tetapi tidak perlu begitu hancur. Tambahkan mayonis
pada sardine dan gaulkan kedua duanya sebati.

SHAFIRAH:Nampak lazatlah,cik Jannatie.Kenapa cik Jannatie memakai sarung


tangan plastik semasa membuat sandwich ini?Bukankah lebih mudah jika cik
tidak memakainya kerana sarung tangan ini macam licin sahaja.
SASIKALA:Betul tu.
JANNATIE:Ibu saya mengajar saya membuat sandwich ini dengan memakai
sarung
tangan
plastik supaya
kebersihan
hidangan
saya
terjamin..Sebenarnya,banyak kebaikan jika kita mengutamakan kebersihan
dalam
memasak.Antaranya,akan
mengelakkan
terjadinya
keracunan
makanan.Dalam agama Islam juga,kebersihan amat dititikberatkan.
SHAFIRAH:Betul juga.
JANNATIE:Seterusnya,sapukan campuran sardin ini pada roti tadi
susunkan tomato dan salad di atasnya.Tutupkan semula dengan roti
siaplah sandwich kita~

dan
dan

SASIKALA:Nampak sedap,cik Jannatie.


JANNATIE:Terima kasih,cik Sasikala.
SHAFIRAH:Mari kita lihat penyediaan minuman sirap oren cik Sasikala pula.
SASIKALA:Pertama,kita masukkan air sirap ke dalam cawan.Jika anda sukakan
minuman
sejuk,bolehlah
tambahkan
ais
batu
pada
minuman
ini.Kemudian,campurkan jus oren dengan air sirap ini dan kacaukan.
SHAFIRAH:Wah,mudahnya.Saya pasti mencubanya nanti di rumah.
JANNATIE:Saya juga.
SASIKALA:Jika awak sukakan air soda,boleh juga sediakan campuran air soda
dengan sirap.Perlu diingatkan bahawa minuman bekarbonat berbahaya untuk
kesihatan jika selalu
diminum.Kajian
mengatakan jumlah
pengambilan air
bekarbonat yang banyak juga dapat merosakkan fungsi buah pinggang.
SHAFIRAH:Begitu juga dengan pengambilan makanan segera yang berlebihan
yang tidak berkhasiat akan memudaratkan tubuh badan kita.
JANNATIE:Oleh itu,marilah kita sama sama menjaga kesihatan dengan cara
pemakanan yang seimbang .
SHAFIRAH:Dengan ini,siaplah dua hidangan kita untuk hari ini.Terima
kasih,penonton sekalian kerana meluangkan masa untuk menonton program
masakkan ini.Semoga kita bertemu lagi di waktu yang sama dan hari yang
sama.Hanya di, Ketuk Ketuk Simpang Pulai~
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai