Anda di halaman 1dari 6

PENGKARYAAN ADAPTASI (SAJAK)-KVBL

CONTOH PENTAKSIRAN
BERTERUSAN
PENGKARYAAN ADAPTASI (SAJAK)
PENGKARYAAN ADAPTASI (SAJAK)-KVBL

PENGKARYAAN ADAPTASI (SAJAK)

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. KANDUNGAN

2. PENGENALAN

3. BAHAN 1
- KARYA SAJAK
- ULASAN

4. BAHAN 2
- KARYA SAJAK
- ULASAN

5. BAHAN 3
- KARYA SAJAK
- ULASAN

6. BAHAN 4
- KARYA SAJAK
- ULASAN

7. BAHAN 5
- KARYA SAJAK
- ULASAN

8. PENUTUP
PENGKARYAAN ADAPTASI (SAJAK)-KVBL

PENGENALAN

Menurut tafsiran umum, adaptasi bermaksud penyesuaian dengan keadaan yang


baharu atau berbeza. Makna yang lain pula ialah proses menulis semula komposisi
daripada satu medium kepada satu medium yang lain.

Untuk tugasan ini, pengkaryaan adaptasi dibuat berdasarkan bahan-bahan yang


terkandung di dalam buku teks KSSM . Adaptasi sajak ini dilaksanakan dengan
mengeluarkan info yang terdapat daripada bahan, mengubah struktur ayat Bahasa
Melayu lengkap kepada ayat yang bersesuaian dengan genre puisi dan mencipta
sesuatu karya yang baharu iaitu sajak.
PENGKARYAAN ADAPTASI (SAJAK)-KVBL

BAHAN 1
TEMA BAHAN : KERJAYA MENITI JAYA
TAJUK BAHAN: HIKAYAT KEPALA KAIN
SUMBER : BUKU TEKS TINGKATAN 5 HALAMAN 32
PENGKARYAAN ADAPTASI (SAJAK)-KVBL

KARYA SAJAK
(ADAPTASI DARIPADA BAHAN 1)

TAJUK SAJAK : OH, “JEAN” KU!

Oh “jean” ku,
Bermula dengan mengenalimu,
Aku jatuh cinta,
Persis jejaka tampan bertemu si dara impian.

Oh “jean” ku,
Baru ku tahu,
Walau warnamu luntur,
Walau jalur benangmu terlucut,
Walau tubuhmu kusam,
Rupanya kau diminati penyanjung fesyen,
Untuk diwajahkan sempurna,
Menjadi seindah rupa bak gaya anak muda.

Oh “jean” ku,
Kau membuka langkah rezeki ku,
Tatkala sempitnya hidup dek ujian melanda,
Ku diberi ilham oleh yang maha Esa,
Agar kau “jean” ku,
Memberi kebahagiaan buat ku,
Peroleh rasa “duit tepi” yang tak pernah ku angankan sebelum ini.

Oh “jean” ku,
Kini aku boleh bernafas lega,
Memulakan sesuatu gerak kerja kesukaanku,
Moga kau “jean” ku,
Sentiasa terpahat di sanubari,
Menjadi inspirasi buat diri ku,
Untuk bergelumang dengan spesismu yang lain.

Oleh : Ain Mohd, 28 Januari 2023.

Ulasan sajak :

Nilai :
Nilai Kesyukuran

Pengajaran :
Kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan segala ujian yang menimpa kerana disebalik ujian,
akan terdapatnya hikmah.
PENGKARYAAN ADAPTASI (SAJAK)-KVBL

PENUTUP
Mengadaptasi pelbagai bahan bacaan kepada pelbagai bentuk karya sastera
sangat penting kepada seseorang khususnya para pelajar. Hal ini dapat memahirkan daya
pemikiran dan penguasaan kosa kata yang meluas untuk para pelajar. Justeru,
Pentaksiran Berterusan Pengkaryaan Adaptasi (sajak) ini memberi impak dan kesan yang
positif buat para pelajar demi untuk menambah nilai ilmu pengetahuan yang meluas
terutamanya dalam mata pelajaran akademi Bahasa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai