Anda di halaman 1dari 2

Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan.

Guru adalah pelaksana


segala dasar dan
matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Tanpa penglibatan
dan
sokongan kaum guru, segala perancangan pendidikan yang telah disediakan akan
terbengkalai
begitu sahaja. Justeru itu, kependidikan dan perguruan adalah aspek yang signifikan
bagi
menjamin kegemilangan sesebuah negara. Guru merupakan perlaksana kurikulum
dan
menjadi teras dalam menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem
pendidikan.
Pendidikan pula merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran
yang
diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. Oleh itu, tidak
dinafikan
dalam memperkatakan tentang kepentingan pendidikan, maka guru memainkan
peranan
utama untuk meyalurkan ilmu dan kemahiran tersebut dalam pendidikan formal. Ilmu
pengetahuan menyuluh kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Guru
bertanggungjawab
mendidik dan memimpin masyarakat. Sememangnya, guru banyak menyumbangkan
khidmat
bakti dalam pembangunan bangsa dan negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk
sahsiah
pelajar. Begitulah peranan guru, satu tugas yang amat berat tetapi mulia dan murni.
Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan memperkenalkan satu Pakej
Kerjaya
Guru baru dalam usaha memartabatkan keguruan sebagai profesion pilihan
termasuk kaedah
memberi ganjaran sepanjang tempoh kerjaya sebagai guru. Menurut laporan awal
Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, gelombang pertama (2013-2015)
memberi
fokus kepada meningkatkan standard profesionalisme guru.
Peranan guru masa kini semakin mencabar. Mereka bukan sahaja memainkan
peranan utama sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada
pelajar, malahan
bertanggungjawab menyuburkan minat, memperkembangkan bakat dan kebolehan
pelajarpelajar.
Guru juga merupakan sumber untuk membina daya pemikiran yang analitikal,
kritikal dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri
dengan
perubahan yang berlaku di sekeliling mereka selaras dengan hala tuju sistem
pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai