Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Pengenalan Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan. Guru adalah pelaksana segala
dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Tanpa penglibatan dan
sokongan kaum guru, segala perancangan pendidikan yang telah disediakan akan terbengkalai
begitu sahaja. Justeru itu, kependidikan dan perguruan adalah aspek yang signifikan bagi
menjamin kegemilangan sesebuah negara. Guru merupakan perlaksana kurikulum dan menjadi
teras dalam menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Pendidikan pula
merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperturunkan dari satu
generasi kepada satu generasi yang lain. Oleh itu, tidak dinafikan dalam memperkatakan tentang
kepentingan pendidikan, maka guru memainkan peranan utama untuk meyalurkan ilmu dan
kemahiran tersebut dalam pendidikan formal. Ilmu pengetahuan menyuluh kehidupan manusia di
dunia dan akhirat.

Guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat. Sememangnya, guru


banyak menyumbangkan khidmat bakti dalam pembangunan bangsa dan negara, lebih-lebih lagi
dalam membentuk sahsiah pelajar. Begitulah peranan guru, satu tugas yang amat berat tetapi
mulia dan murni. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan memperkenalkan
satu Pakej Kerjaya Guru baru dalam usaha memartabatkan keguruan sebagai profesion pilihan
termasuk kaedah memberi ganjaran sepanjang tempoh kerjaya sebagai guru. Menurut laporan
awal Pelan Pembangunan PendidikanMalaysia 2013- 2025, gelombang pertama (2013-2015)
memberi fokus kepada meningkatkan standard profesionalisme guru. Peranan guru masa kini
semakin mencabar. Mereka bukan sahaja memainkan peranan utama sebagai penyampai ilmu
pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar, malahan bertanggungjawab menyuburkan minat,
memperkembangkan bakat dan kebolehan pelajarpelajar. Guru juga merupakan sumber untuk
membina daya pemikiran yang analitikal, kritikal dan kreatif bagi membentuk individu-
Guru dalam konteks pendidikan sebenarnya berperanan sebagai ejen penyalur budaya dan
ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai institusi kedua selepas keluarga. Dalam cakupan ini,
guru memainkan peranan sebagai ejen pewarisan budaya yang penting bagi membentuk
sesebuah masyarakat. Proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan personaliti
berubah secara tidak disedari. Guru harus mendepani cabaran secara profesional dan sedar
tentang hakikat bahawa guru ialah pembimbing dan pendidik dalam masyarakat yang berbudaya.
Sebenarnya profesion keguruan mempunyai cabarannya sendiri dan memerlukan persediaan
yang secukupnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Profesion keguruan menjurus
cabaran yang dihadapi di kawasan sekolah amnya dan cabaran dalam pengajarannya khususnya.
Mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon, berkata, dalam abad ke-21,
bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan liberalisasi. Setiap
pendidik di institusi pendidikan pasti menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik. Persepsi
yang menyatakan bahawa guru ibarat “ibu bapa kedua” secara tidak langsung menggambarkan
tanggungjawab yang besar kepada golongan pendidik. Hal ini dikatakan demikian kerana
kebanyakan ibu bapa meletakkan sepenuh kepercayaan dan tanggungjawab kepada guru untuk
mengajar anak mereka supaya cemerlang dalam bidang akademik.
individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling
mereka selaras dengan hala tuju sistem pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai