Anda di halaman 1dari 14

TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN

(TIA / ITA) (5K, 5L, 5W, 5P)


T = TEMA
I = ISU
A = ARAHAN

CONTOH TEKNIK 'TIA'

TAJUK: Punca gejala pembuangan bayi dalam kalangan remaja

(TEMA) Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan d
an merupakan aset modalinsan negara bak kata pepatah,
‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. "Berikan saya sepuluh orangremaja, nes
caya akan saya gegarkan dunia ini,” begitulah ungkapan retorik yang pernah dilontarkan ol
eh bekasPresiden Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan
remaja sebagai penentupembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan. (ISU) Mal
angnya, dalam menyingkap tabir alaf baharu dandalam proses menongkah arus globalisasi y
ang pantas bertolak bagai belut diketil ekor ini, keruntuhan akhlak remajasemakin membim
bangkan sejak akhir-
akhir ini. Salah satu masalah sosial yang kian merebak dalam kalangan remajaialah masalah
pembuangan bayi. Menurut statistik Polis Diraja Malaysia, kes pembuangan bayi menunju
kkanpeningkatan sejak akhir-
akhir ini. Pelbagai usaha diambil oleh kerajaan mahupun badan-
badan bukan kerajaan (NGO)dalam menyifarkan masalah pembuangan bayi di negara ini tet
api usaha ini hanya seperti melukut di tepi gantangkerana kes tersebut masih meningkat se
hingga hari ini. (ARAHAN) Sebelum mencari jalan penawar untuk menanganikemelut ini, kit
a haruslah mengenal pasti akar umbi yang menjadi pemangkin kepada fenomena ini kerana
jika tiadaangin masakan pokok bergoyang.

CONTOH TEKNIK 'ITA'

TAJUK: Peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar mementingkan kebersihan

(ISU) Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Kea
daan ini menandakan titikpermulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghamb
at kita. Antara cabaran dan rintangan itu ialahkebersihan rakyat di nusa tercinta ini. Pada za
man modenisasi dan globalisasi ini, rakyat di negara kita sangat sibukmencari kemewahan hi
dup demi memenuhi tuntutan duniawi sehingga mengabaikan kesihatan mereka. Sikap mer
ekaini telah membawa pelbagai jangkitan penyakit seperti HINI, demam denggi, taun dan se
bagainya. (TEMA) MantanPerdana Menteri ke-4, Tun Dr. Mahathir
Mohammad pernah berkata bahawa untuk melahirkan masyarakat yangsihat, aktif dan pr
oaktif, kebersihan perlu dititikberatkan. Hadis Nabi juga menekankan bahawa kebersihan
itusebahagian daripada iman. Hal ini menunjukkan peri pentingnya kebersihan dalam kehi
dupan manusia. Tanpakebersihan, manusia tidak akan dapat menjalani kehidupan yang sele
sa dan sempurna. (ARAHAN) Oleh itu, ibu bapaperlulah memainkan peranan dominan untuk
mendidik anak-
anak agar sentiasa mementingkan kebersihan dalamkehidupan seharian kerana kebersihan
haruslah bermula dari rumah dahulu. Persoalan yang sering berlegar-
legar dibenak fikiran kita ialah apakah peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar
modal insan yang mementingkanaspek kebersihan dapat dilahirkan?

 Contoh penanda wacana ayat ISU :


- Namun begitu,
- Akan tetapi,
- Walau bagaimanapun
- Sayang seribu kali sayang,
- Zaman beralih, musim bertukar, kini....
- Memang tidak dapat dinafikan bahawa dewasa ini,
- Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan memberi kesan yang negatif
kepada
- Dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi,

 Contoh ayat arahan PUNCA:


1. Bertitik tolak daripada sini, sebenarnya terdapat beberapa punca….
2. Sebelum mencari jalan penawar untuk menangani kemelut ini, kita haruslah mengenal pasti
akar umbi yang menjadi pemangkin kepada fenomena ini kerana jika tiada angin masakan
pokok bergoyang.
3. Persoalannya, apakah punca-punca yang menjadi pemangkin kepada fenomena ini?
4. Persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah punca-punca yang
menjadi pemangkin kepada fenomena ini?
5. Kita harus menerima lumrah kehidupan bahawa keruh air di muara pasti
bermula dari hulunya. Khazanah kata warisan bangsa ini membawa takrif setiap
permasalahan yang berlaku pasti mempunyai punca-puncanya.
6. Selain itu,benarlah kata orang kata bahawa bertepuk sebelah tangan tidak
akan berbunyi.
7. Sesuatu yang berlaku itu pasti ada sebab musababnya kerana tak tumbuh tak
melata, tak sungguh orang tak kata / kerana kalau tiada angin masakan pokok
bergoyang.
8. Jadi, marilah kita meluangkan sekelumit masa untuk menghalusi punca yang
menjadi pemangkin ...

Contoh penanda wacana ayat arahan LANGKAH



- Oleh itu, langkah-langkah yang pragmatik dan proaktif perlu diambil untuk...
- Jika ditinjau dengan mendalam, terdapat beberapa langkah yang konkrit untuk menangani
gejala ini.
- Oleh itu, kita perlu mengenalpasti punca-punca berlakunya lumba haram dan cara
mengatasinya dalam kalangan remaja untuk membendung daripada kudis
menjadi tokak.
- Sebelum bisul menjadi nanah, kita haruslah mengambil langkah yang proaktif, pragmatik
dan penuh istiqamah untuk menangani kemelut ini kerana setiap penyakit pasti ada
penawarnya.
- Persoalan yang sering berlegar-legar di benak fikiran kita ialah apakah langkah-langkah
yang wajar diambil untuk menangani fenomena ini sebelum nasi menjadi bubur?
- Oleh itu, masalah ini tidak boleh dipandang remeh dan formula penyelesaian harus
diimplimentasikan untuk merungkai masalah ini bak kata peribahasa, tak ada gunung yang
tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni.
- Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab dan setiap masalah ada jalan penyelesaian
yang berkesan.
- Kata-kata mutiara Alexander Graham Bell, seorang ahli sains dan matematik Barat
menunjukkan bahawa setiap masalah pasti ada cara yang berkesan untuk mengatasinya.
- Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan menggosoknya terlebih
dahulu, persis ungkapan kata Alex Osborn telah membuktikan bahawa setiap kejayaan
dapat dicapai melalui usaha yang tidak mengenal erti jemu.

FRASA PENDAHULUAN YANG MENARIK

- Dalam menyingkap tabir alaf baharu dan dalam proses menongkah arus globalisasi
yang pantas bertolak bagai belut diketil ekor ini, hampir saban hari kita
dimomokkan dengan berita tentang...
- Mendepani arus era globalisasi ini,
- Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat
penjuru dunia ini tentang isu …
- Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah
- Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan
ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat
- Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan
pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia, kita acapkali tersentak oleh
pelbagai permasalahan sosial yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.
- Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
- Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …
- Dasawarsa ini, arus globalisasi yang semakin menerjah di seantero dunia marcapada telah
banyak memberikan perubahan kepada negara kita. Pembangunan arus modenisasi tanpa limitasi
terhasil daripada anjakan paradigma yang kian pesat membangun di negara kita. Dalam keghairahan
menghambat kemewahan dunia dan habuan duniawi yang tidak mengenal erti puas ini, masyarakat /
negara kita sering digemparkan dengan ...........
KARANGAN UMUM
Keperluan soalan
1. Lima soalan dikemukakan dan anda perlu menjawab satu soalan
sahaja.
2. Sebanyak 100 markah diperuntukkan untuk karangan Bahagian B.
3. Anda perlu menjawab soalan ini dalam masa yang dicadangkan
iaitu satu jam setengah / 90 minit.
4. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 350 patah
perkataan.
5. Terdapat dua bentuk soalan yang disoal iaitu karangan berformat dan
karangan tidak berformat.
6. Antara jenis karangan berformat ialah :
 surat rasmi
 surat tidak rasmi
 laporan
 minit mesyuarat
 berita
 rencana
 dialog/wawancara/forum
 ucapan/syarahan/ceramah/taklimat
 ulasan buku/resensi
7. Antara karangan tidak berformat pula ialah :
 gambaran/keperihalan
 cereka/imaginasi
 fakta
 pendapat/perbincangan
 perbahasan
 peribahasa/cogan kata
 kesusasteraan
8. Terdapat lima dimensi yang diambil kira dalam penyediaan soalan
bagi Bahagian B iaitu :
 diri sendiri
 keluarga
 masyarakat/negara
 antarabangsa
 kesusasteraan

TEKNIK MENJAWAB
Penulisan karangan
 Bagi karangan Bahagian B, anda perlu menulis karangan anda melebihi 350 patah
perkataan
 Bagi memastikan karangan anda pada tahap cemerlang, pastikan karangan anda
mempunyai tujuh perenggan atau melebihi tiga muka surat.
Saya mencadangkan anda menulis perenggan pendahuluan dalam anggaran 70
patah perkataan, isi dalam anggaran 80 patah perkataan (80 X 5 isi = 400) dan
penutup dalam anggaran 70 patah perkataan.
 Jadi, jumlah keseluruhan karangan anda ialah 500 patah perkataan dan memenuhi
kehendak arahan soalan.

Formula penulisan karangan


PENDAHULUAN ( anggaran 70 patah perkataan )

Pendahuluan = PU/DEFINISI + AH + AC + AA

Penyataan Umum (PU) / Definisi


 Terdiri daripada satu ayat sahaja.
 Ditulis berdasarkan tajuk.

Ayat Huraian (AH)


 Terdiri daripada satu hingga tiga ayat.
 AH1 : Senario / perkembangan isu yang dibincangkan pada masa ini.
 AH2 : Faktor / Kepentingan / Kesan kepada individu / keluarga / masyarakat /
negara (bergantung kepada dimensi soalan).
 AH3 : Kesinambungan daripada ayat huraian 2 dan boleh menggunakan
formula 5W 1H 1I / MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana,
Bila, Di mana)

Ayat Contoh (AC)


 Anda boleh memberikan satu atau melebihi satu contoh.
 Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan
dengan kehendak soalan.

Ayat Arah (AA)


 Menyatakan pendirian anda sama ada bersetuju atau tidak dengan soalan secara
umum.
 Perlu menyatakan fokus arahan yang diberikan.
 Anda boleh menulis dalam bentuk ayat penyata atau ayat tanya bergantung kepada
kreativiti anda.

Peringatan :
 Baca arahan dengan teliti dan gariskan kata kunci dan fokus arahan.
 Jangan sesekali memasukkan isi dalam perenggan pendahuluan.
 Tidak perlu menyatakan isi utama dalam ayat arah.

ISI ( anggaran 80 patah perkataan X 5 ISI = 400 patah perkataan )


Isi = AT + AH + AC + AP

Ayat Topik (AT)


 Terdiri daripada satu ayat sahaja dan mestilah ringkas, padat dan jelas.
 Ditulis pada permulaan ayat.
 Menjadi pencetus idea untuk pengembangan ayat seterusnya.

Ayat Huraian (AH)


 Terdiri daripada satu hingga lima ayat.
 Dihuraikan secara mendalam menggunakan formula 5W 1H 1I / MASSBBD
(Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)
 Setiap ayat huraian mestilah menunjukkan kesinambungan dengan cara
menggunakan penanda wacana yang sesuai.

Ayat Contoh (AC)


 Anda boleh memberikan sekurang-kurangnya satu contoh.
 Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan
dengan kehendak soalan.
 Kedudukan AC boleh di mana-mana sahaja tetapi mestilah sebelum AP.

Ayat Penegas (AP)


 Merupakan ayat kesimpulan kecil bagi setiap isi.
 AP menegaskan semula AT dengan menggunakan ayat berbeza tetapi masih
mengekalkan maksud yang sama dengan AT.

Peringatan :
 Setiap isi mestilah ditulis dalam satu perenggan sahaja.
 Tidak boleh menggabungkan 2 isi dalam satu perenggan.
 Tidak boleh menulis 1 isi dalam beberapa perenggan (dikira sebagai
mengulang isi).

PENUTUP ( anggaran 70 patah perkataan )

Penutup = AK + AC + AH

Ayat Kesimpulan (AK)


 Terdiri daripada satu hingga dua ayat .
 Merumuskan keseluruhan karangan.
 Tidak menyenaraikan isi yang telah ditulis dalam perenggan isi (dikira salah).

Ayat Cadangan (AC)


 Terdiri daripada satu hingga dua ayat.
 Memberi cadangan yang relevan dan mengaitkan dimensi dengan fokus arahan
yang diberikan.
 Tidak memerlukan huraian panjang.
Ayat Harapan (AH)
 Menyatakan harapan sekiranya cadangan yang diberikan dalam AC diguna pakai
dalam usaha menangani isu yang dibincangkan.
 Menggunakan kata hubung agar / supaya / demi untuk menyambungkan AC
dengan AC.
 Kaitkan dengan dasar-dasar negara atau Wawasan 2020.

Peringatan :
 Jangan memasukkan isi dalam kesimpulan.
 Perenggan kesimpulan haruslah seimbang dengan perenggan pendahuluan.
 Mesti memasukkan ayat cadangan dan harapan.

Kelebihan menggunakan formula dalam aktiviti mengarang


1. Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan.
2. Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang hendak ditulis.
3. Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk.
4. Perenggan yang seimbang dan sekata.
5. Komponen karangan lengkap – ada pendahuluan, perenggan isi yang jelas, dan
kesimpulan.

Contoh penulisan menggunakan formula

FOKUS ARAHAN : LANGKAH-LANGKAH MEMARTABATKAN


BAHASA MALAYSIA

PENDAHULUAN = PU + AH + AC + AA

'Bahasa jiwa bangsa', itulah frasa yang paling sesuai untuk


melambangkan signifikan sesuatu bahasa kepada bangsa-bangsa di
Malaysia (PU). Pelbagai polemik telah dibangkitkan sejak akhir-akhir ini
bagi membicarakan identiti bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan
bagi sebuah rumpun bernama Malaysia (AH). Bahasa Malaysia
telah diadaptasikan daripada frasa asal 'Bahasa Melayu' yang disifatkan
berjiwa perkauman sekaligus tidak relevan dengan gagasan
1Malaysia (AC). Namun begitu, apakah inisiatif yang perlu
diimplementasikan demi memartabatkan bahasa Malaysia dalam kalangan
masyarakat? (AA)

(67 patah perkataan)

ISI = AT + AH + AC + AP

Langkah pragmatik yang patut diambil termasuklah menggesa semua


urusan rasmi di semua jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam bahasa
ibunda (AT). Mutakhir ini, jabatan-jabatan kerajaan lebih cenderung
memilih bahasa Inggeris yang dianggap berdarjat tinggi berbanding
bahasa Malaysia untuk digunakan dalam urusan syarikat
mereka (AH) tamsilnya dalam mesyuarat yang diadakan (AC).
Sifat nafsi yang menggunung dalam jiwa mereka wajar diibaratkan seperti
kacang lupakan kulit kerana mereka persis mengenepikan sebuah bahasa
yang telah mendewasakan pemikiran mereka. Oleh itu, pihak-pihak ini
haruslah menjaga seterusnya memartabatkan bahasa Malaysia supaya
tidak hilang ditelan zaman.

(82 patah perkataan)

PENUTUP = AK + AC + AH

Konklusinya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga


untuk meledakkan darjat bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam
semua urusan harian, selain status utamanya sebagai bahasa
kebangsaan (AK). Janganlah kita menjadi manusia yang khusyuk
menyelami sungai pemodenan dengan mementingkan bahasa asing
sebaliknya menidakkan kebolehan bahasa Malaysia untuk membawa kita
ke mata dunia. Pepatah Melayu ada menyebut, “yang kurik itu kendi, yang
merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa” (AC). Oleh hal
yang demikian, marilah kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga
bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala dan 'tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas' (AH).

(73 patah perkataan)

Pembahagian masa
 Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 90 minit.
 Peruntukkan masa yang saya cadangkan adalah seperti berikut:

Strategi Masa yang dicadangkan


Membaca dan memahami arahan 5 minit
soalan
Menyediakan rangka karangan 10 minit
Mengarang 55 minit
Menyemak 10 minit
Menyemak dan menyusun jawapan 10 minit
Jumlah masa 90 minit

PENILAIAN

Ciri-ciri Karangan Cemerlang


Sesebuah karangan yang cemerlang harus memenuhi kriteria-kriteria yang berikut :
 Sekurangnya-kurangnya menuis dua ungkapan menarik seperti peribahasa, hadis,
cogan kata, kata-kata orang ternama, pantun dan seumpamanya.
 Sekurang-kurangnya terdapat dua variasi ayat seperti ayat tanya, ayat majuk, ayat
aktif, ayat pasif dan seumpamanya.
 Sekurang-kurangnya terdapat dua kosa kata berdarjat tinggi seperti macapada ini,
anjakan paradigma, menggembleng sinergi dan sebagainya.
 Karangan mesti ditulis berselang sebaris antara perenggan.
 Lima perenggan isi mesti terdiri daripada isi pokok, huraian, contoh dan penegas.
 Setiap ayat yang ditulis mesti mempunyai subjek dan predikat yang lengkap.
Tulisan kemas, bersih dan selesa dipandang.

Aspek yang Dinilai


 Pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.
 Pelbagai ayat majmuk yang gramatis.
 Laras bahasa sesuai.
 Kosa kata luas dan tepat.
 Idea relevan, huraian jelas dan matang, contoh yang sesuai.
 Pengolahan menarik dan berkesan, pemerengganan sesuai danseimbang.
 Wacana lengkap, ada kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.
 Unsur bahasa bervariasi.
 Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan
menarik seperti peribahasa dan sebagainya.

Kelemahan Calon
 Gagal mengarang mengikut jumlah kata yang dikehendaki.
 Mampu menulis tujuh perenggan tetapi setiap perenggan tidak seimbang.
 Calon menggunakan peribahasa yang tidak sesuai.
 Kosa kata yang digunakan terhad / umum.
 Memulakan ayat dengan salah – menggunakan itu / ini
 Idea tidak menunjukkan kematangan calon.
 Menghuraikan dua isi dalam perenggan yang sama atau satu isi dalam dua
perenggan.
 Calon terlupa menulis ayat penegas/kesimpulan dalam setiap perenggan.

CONTOH PENDAHULUAN DAN PENUTUP KARANGAN YANG MENARIK.

(Untuk penutup gunakan : Sebagai menggulung segala yang dibincangkan, Akhir kalam,
Kesimpulannya, Tuntasnya, Intihanya dan Konklusinya )

Soalan Contoh 1

Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar
umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah
masalah rasuah perlu dibendung?

Perenggan Pendahuluan Contoh 1

Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana
melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. Keadaan ini
membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di
dalam sekam. Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti,
contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya
daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya. Oleh
itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia
yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan. Hal ini perlu dititikberatkan kerana rasuah perlu
dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit.

Perenggan Penutup Contoh 1

Oleh hal yang demikian, masalah rasuah perlulah ditangani oleh pihak berkuasa dengan
kerjasama anggota masyarakat. (Kesimpulan) Pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen
secara besar-besaran tentang keburukan dan kesan rasuah kepada masyarakat. (Huraian – Apa
yang perlu dibuat) Hal ini demikian kerana, jika masalah rasuah tidak diatasi sudah tentu perkara
ini akan merosakkan jentera pentadbiran negara.(Huraian – Apa kesannya) Jadi, sebelum nasi
menjadi bubur, kita berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan sebelum
menjadi lebih serius. (Peribahasa) Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah pastilah
masyarakat dan negara kita akan bebas daripada belenggu rasuah. (Kepentingan)

Soalan Contoh 2

Bincangkan usaha-usaha bagi membudayakan Program Kitar Semula dalam kalangan


rakyat. Bahagian A)

Perenggan Pendahuluan Contoh 2

Darsawarsa, dalam menempuh arus modenisasi yang menerjah watan tanpa diundang,
pencemaran alam sekitar makin, menjadi parah barah serta duri dalam daging watan. Pelbagai
anjakan paradigma telah digarap dan dicanang bagi membendung kemelut ini temasuklah yang
hangat meniti dari bibir ke bibir masyarakat; Program Kitar Semula . Persoalan yang menjadi
tanda tanya ialah apakah strategi- strategi yang wajar diorak dan digarap bagi membudaya
Program Kitar Semula dalam kalangan masyarakat 1 Malaysia ?

Perenggan Penutup Contoh 2

Intihanya, semua pihak perlu bekerjasama membentuk sinergi bak aur dan tebing serta persis isi
dan kuku dalam usaha membudayakan Program Kitar Semula kerana bulat air kerana
pembentung, bulat masyrakat kerana muafakat . Selanjutnya Malaysia mampu dijulang sebagai
negara model bukan sahaja dari aspek pembangunan fizikal malahan akhlak rakyat pertiwi
kerana terbangnya belon bukan kerana merah, biru dan kuning warnanya tetapi kerana
kandungan gasnya selaras dengan hasrat dan aspirasi negara untuk bersukat sama paras,
bertimbang sama berat dengan negara- negara maju yang lain.

ISU: SEJARAH TANAH AIR

Contoh Pendahuluan

Marcapada, secara sedar atu tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi,
warga watan makin hari makin menyisihkan sejarah tanah air dari sinonim kehidupan mereka.
Seandainya ditanya remaja remaja masa kini mengenai cita- citanya, jawapan yang lazim sudah
terang lagi bersuluh lazimnya menjurus ke arah bidang sains dan teknologi seolah- olah dunia ini
didirikan hanya bergantung pada tiang seri sains sahaja. Kemudian, jikalau ditanya sekali lagi
ditanya sekali lagi subjek yang paling kurang diminati pelajar agak- agaknya Sejarah yang
menjadi pilihan perdana. ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya’. Begitulah
ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan perasaan Sejarawan kita yang dikatakan
ketandusan tulang empat kerat belia muda yang berperanan menjadi pelapis buat persediaan
mendepani cabaran masa hadapan. Persoalannya, apakah manfaat- manfaat memahami
sejarah tanah air?
Contoh Penutup

Sebagai menggulung segala yang telah dibicarakan, sejarah tanah air sememangnya tidak dapat
disangkal membawa seribu satu kemashalatan sekiranya difahami dan dihayati serta
diimplementasikan dalam kehidupan. Seorang sejarawan Barat ada berkata bahawa sejarah
pasti akan berulang sekiranya sejarah luput di ingatan. Lantas, sebelum nasi menjadi bubur
semua pihak perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing agar sejarah tanah air terus lestari dan
difahami. Maka, hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara- negara maju yang lain dapat dijana dan direalisasi sejajar dengan Wawasan
2020 dalam konteks pembentukan generasi madani yang besahsiah murni.

ISU: GEJALA SOSIAL

Contoh Pendahuluan

Mutakhir ini, secara sedar atu tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi,
watan mendepani kepincangan yang lazimnya remaja lebih cenderung iaitu gejala sosial. Dalam
milenium ini, tatkala tanah air kita rancak menari mengikut rentak arus modenisasi dan
globalisasi dalam konteks pembangunan fizikal yang diibaratkan cendawan yang tumbuh
selepas hujan, onak dan kekangan, sebagai tamsilan, lumba haram, kecurian dan
seumpamanya lagi makin membarah dan menjadi polemik yang meniti dari bibir ke bibir
masyarakat . Kalau ditanya siapa dalangnya atau dari manakah akar umbinya masing- masing
menunding jari sesama sendiri. Tambahan pula, masalah yang ruwet ini memberi pelbagai
impak. Justeru, satu soalan ingin saya lontarkan ; apakah strategi-strategi bernas yang perlu
diketengahkan di meja bulat serta dilaksanakan ?

Contoh Penutup

Intihanya, potongan kata Tun Mutahir Mohammad, mantan Perdana Menteri kita yang ke- 4
bahawa rakyat Malaysia mempunyai kemudahan infrasrtuktur kelas pertama tetapi memiliki
minda kelas ketiga sewajarnya kita hayati. Lantas, semua pihak perlu menjalinkan sinergi bak
aur dan tebing, persis isi dan kuku dalam usaha memerangi gejala sosial yang semakin parah
dan barah serta duri dalam daging watan. Ironinya, jika tiada kata sepakat, tiadanya ukhwah
dalam ummah maka runtuhlah harapan yang tinggi menggunung kerana bulat air kerana
pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat. Oleh itu, sekiranya harapan tersebut menjadi
realiti dan bukan sekadar ilusi yang terngiang-ngiang di kotak pemikiran mat jenin, hasrat dan
aspirasi negara untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara maju
yang lain mampu digamit dan direalisasi.

Contoh 1:
Amalan menabung perlu dipupuk oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak awal
lagi. Nyatakan kebaikan-kebaikan yang diperoleh dengan amalan
menabungini.

Analisis soalan:-

Tema/Isu : Amalan menabung (AR)


Contoh : Contoh bank; Maybank, Tabung Haji, Bank
Simpanan
Nasional (AC)
Tugasan/arahan soalan : Kebaikan menabung (AA)

TEKNIK PENULISAN PENDAHULUAN


TEKNIK ARCA
PW: Penanda Wacana
AR: Ayat Rangsangan berdasarkan tema (AR-PU/Pernyataan Umum;AR-
T/Tanya)
AC: Ayat Contoh ( merujuk contoh tema)
AA: Ayat Arah dikaitkan dengan arahan/tugasan soalan
PW: penanda wacana/perbahasa (PB)/kata-kata hikmat(KH)

[AR-PU] Dalam meniti arus pemodenan, amalan menabung merupakan


amalan mulia yang perlu dipupuk sejak kecil lagi. [AR-PU] Persis mutiara kata,
melentur buluh biarlah dari rebungnya(PB), sewajarnyalah ibu bapa dalam
menerapkan amalan menabung kepada anak-anak mereka sejak kecil
lagi. [AC] Sebagai contohnya, ibu bapa boleh membuka akaun simpanan anak-
anak di mana-mana institusi kewangan seperti Bank Simpanan Nasional,
Tabung Haji dan Maybank. [AR-T] Persoalannya kini, apakah kebaikan
menabung kepada individu? [AA] Oleh hal yang demikian, kebaikan amalan
menabung yang mewarnai fokus perbincangan akan dikupas secara terperinci
untuk kepentingan bersama.

CONTOH 2:

Kes kemalangan jalan raya sering meningkat terutama pada musim perayaan.
Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mengurangkan
kemalangan jalan raya di negara kita.

Analisis soalan :
Tama/Isu : kemalangan jalan raya semakin meningkat(AR)
Contoh : ketika sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau cuti
umum (AC-
merujuk tema)
Arahan/Tugasan : usaha-usaha mengurangkan kemalangan jalan raya(AA)

PENULISAN PENDAHULUAN - TEKNIK ARCA

(PW)Memang tidak dapat dinafikan, (AR)kes kemalangan jalan raya di


negara kita semakin meningkat saban tahun. (AR)Saban hari kita dapat
membaca berita tentang kemalangan yang bukan sahaja mengakibatkan
kecederaan malahan kehilangan nyawa. (AC)Sebagai contoh, ketika cuti Hari
Raya, Tahun Baru Cina atau hari-hari kelepasan umum yang lain , jumlah
kemalangan turut meningkat apabila warga kota berpusu-pusu pulang ke
kampung halaman masing-masing. .(AR)Bilangan kenderaan yang bertambah
di jalan raya umpama cendawan tumbuh selepas hujan turut menjadi punca
peningkatan kes kemalangan di negara kita. (AR-T)Persoalannya, haruskah
kita hanya berpeluk tubuh melihat peningkatan kes kemalangan ini tanpa
berbuat apa-apa?. (AA)Jelaslah bahawa, usaha-usaha yang drastik perlu
diambil oleh pelbagai pihak untuk membendung masalah ini daripada terus
bereleluasa.

Contoh 3:

Anda telah dipilih untuk menyertai pertandingan syarahan yang bertajuk


'Langkah-langkah yang Paling Berkesan untuk Mengamalkan Gaya Hidup
Sihat", sempena Hari Kesihatan Sedunia di sekolah anda. Tulis teks syarahan
anda selengkapnya.

Analisis soalan:
Tema : amalan gaya hidup sihat (AR)
Contoh : kebaikan - meningkatkan kesihatan, menghindari diri daripada
mudah
dijangkiti penyakit dan menjalani kehidupan dengan
berkualiti(AC)
Arahan/tugasan: langkah-langkah berkesan untuk mengamalkan gaya hidup
sihat(AA)

PENULISAN PENDAHULUAN - TEKNIK ARCA

(PW)Pada era globalisasi kini, (AR)amalan hidup sihat sangat penting


untuk dipraktikkan oleh segenap lapisan masyarakat di negara kita. (AR) Hal
ini demikian kerana, amalan gaya hidup sihat memberi berbagai-bagai faedah
dalam kehidupan kita.(AC) Contohnya, tahap kesihatan akan meningkat dan
menghindari diri daripada mudah dijangkiti penyakit-penyakit berbahaya
(AR)seperti cogan kata, mencegah lebih baik daripada mengubati.
(AR)Apabila kesihatan terjamin, seseorang itu akan dapat menjalani
kehidupan seharian dengan lebih berkualiti. (AA-T) Persoalannya, apakah
langkah-langkah yang berkesan untuk mengamalkan gaya hidup sihat ini?
Tepuk dada tanya selera.

Tips untuk pelajar menengah rendah:


pendahuluan tidak perlu terlalu panjang:
Formula : Pendahuluan = ( PW) + (AR) + (AC) + (AA - U/T) +
Peribahasa(Jika
ada)

Latihan kendiri'
Berdasarkan soalan-soalan yang diberikan, buat analisis soalan dan tulis
perenggan pendahuluan yang baik dengan menggunakan teknik ARCA

a) Saban tahun, negara kita menghadapi masalah jerebu yang serius


sehingga menjejaskan tahap kesihatan dan keselamatan masyarakat.
Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu
diambil oleh masyarakat dalam menghadapi masalah jerebu ini.

b) Gejala berlumba motosikal secara haram dalam kalangan remaja di negara


kita semakin berleluasa. Tulis sebuah rencana tentang punca-punca gejala ini
untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda.

c) Baru-baru ini telah tersebar video tentang gejala buli dalam kalangan
pelajar sekolah. Masalah ini semakin serius dan membimbangkan pelbagai
pihak. Kemukakan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu diambil
oleh pelbagai pihak untuk mengatasi gejala buli ini.

Anda mungkin juga menyukai