Anda di halaman 1dari 4

Teknik menulis perenggan pendahuluan

TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN (TIA / ITA) (5K, 5L, 5W, 5P)

T = TEMA
I = ISU
A = ARAHAN

CONTOH TEKNIK 'TIA'

TAJUK: Punca gejala pembuangan bayi dalam kalangan remaja

(TEMA) Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan meru
pakan aset modal insan negara bak kata pepatah,
‘pemuda  harapan  bangsa,  pemudi  tiang  negara’. "Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya a
kan saya gegarkan dunia ini,” begitulah ungkapan  retorik yang pernah dilontarkan oleh bekas Presi
den Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan remaja sebagai penen
tu pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan. (ISU) Malangnya, dalam menyingkap ta
bir alaf baharu dan dalam proses menongkah arus globalisasi yang pantas bertolak bagai  belut  dike
til  ekor ini, keruntuhan akhlak remaja semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Salah satu mas
alah sosial yang kian merebak dalam kalangan remaja ialah masalah pembuangan bayi. Menurut sta
tistik Polis Diraja Malaysia, kes pembuangan bayi menunjukkan peningkatan sejak akhir-akhir ini. 
Pelbagai usaha diambil oleh kerajaan mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam menyifar
kan masalah pembuangan bayi di negara ini  tetapi usaha ini hanya seperti melukut  di  tepi  gantang 
kerana kes tersebut masih meningkat sehingga hari ini. (ARAHAN) Sebelum mencari jalan penawar u
ntuk menangani kemelut ini, kita haruslah mengenal pasti akar umbi yang menjadi pemangkin kepad
a fenomena ini kerana jika  tiada  angin  masakan  pokok  bergoyang.

CONTOH TEKNIK 'ITA'

TAJUK: Peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar mementingkan kebersihan

(ISU) Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini 
menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat kita. Antara c
abaran dan rintangan itu ialah kebersihan rakyat di nusa tercinta ini. Pada zaman modenisasi dan glo
balisasi ini, rakyat di negara kita sangat sibuk mencari kemewahan hidup demi memenuhi tuntutan d
uniawi sehingga mengabaikan kesihatan mereka. Sikap mereka ini telah membawa pelbagai jangkita
n penyakit seperti HINI, demam denggi, taun dan sebagainya. (TEMA) Mantan Perdana Menteri ke-
4, Tun Dr. Mahathir
Mohammad pernah berkata bahawa untuk melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan proaktif, 
kebersihan perlu dititikberatkan. Hadis  Nabi  juga  menekankan  bahawa  kebersihan  itu  sebahagi
an  daripada  iman. Hal ini menunjukkan peri pentingnya kebersihan dalam kehidupan manusia. Tan
pa kebersihan, manusia tidak akan dapat menjalani kehidupan yang selesa dan sempurna. (ARAHAN
)  Oleh itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan dominan untuk mendidik anak-anak agar sentiasa 
mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian kerana kebersihan haruslah bermula dari rum
ah dahulu. Persoalan yang sering berlegar-legar di benak fikiran kita ialah apakah peranan ibu bapa u
ntuk mendidik anak-anak agar modal insan yang mementingkan aspek kebersihan dapat dilahirkan?

   Contoh penanda  wacana ayat ISU :

-          Namun begitu,

-          Akan tetapi,

-          Walau bagaimanapun

-          Sayang seribu kali sayang,

-          Zaman beralih, musim bertukar, kini....

-          Memang tidak dapat dinafikan bahawa dewasa ini,

-          Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan memberi kesan yang negatif kepada

-          Dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi,

 Contoh ayat arahan PUNCA:

1.      Bertitik tolak daripada sini, sebenarnya terdapat beberapa punca….

2.          Sebelum mencari jalan penawar untuk menangani kemelut ini, kita haruslah mengenal pasti
akar umbi yang menjadi pemangkin kepada fenomena ini kerana jika tiada angin masakan pokok
bergoyang.

3.      Persoalannya, apakah punca-punca yang menjadi pemangkin kepada fenomena ini?

4.    Persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah punca-punca yang
menjadi pemangkin kepada fenomena ini?

5.  Kita harus menerima lumrah kehidupan bahawa keruh air di muara pasti bermula dari
hulunya.  Khazanah kata warisan bangsa ini membawa takrif setiap permasalahan yang
berlaku pasti mempunyai punca-puncanya.

6. Selain itu,benarlah kata orang kata bahawa bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. 

7. Sesuatu yang berlaku itu pasti ada sebab musababnya kerana tak tumbuh tak melata, tak
sungguh orang tak kata    / kerana kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. 

8. Jadi, marilah kita meluangkan sekelumit masa untuk menghalusi punca yang menjadi
pemangkin ...

 Contoh penanda wacana ayat arahan LANGKAH


-          Oleh itu, langkah-langkah yang pragmatik dan proaktif perlu diambil untuk...

-          Jika ditinjau dengan mendalam, terdapat beberapa langkah yang konkrit untuk menangani
gejala ini.

-      Oleh itu, kita perlu mengenalpasti punca-punca berlakunya lumba haram dan cara mengatasinya
dalam kalangan remaja untuk membendung daripada kudis menjadi tokak.

-          Sebelum  bisul menjadi nanah, kita haruslah mengambil langkah yang proaktif, pragmatik dan
penuh istiqamah untuk menangani kemelut ini kerana setiap penyakit pasti ada penawarnya.

-          Persoalan yang sering berlegar-legar di benak fikiran kita ialah apakah langkah-langkah yang
wajar diambil untuk menangani fenomena ini sebelum nasi menjadi bubur?

-          Oleh itu, masalah ini tidak boleh dipandang remeh dan formula penyelesaian harus
diimplimentasikan untuk merungkai masalah ini bak kata peribahasa, tak ada gunung yang tak
dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni.

-          Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab dan setiap masalah ada jalan penyelesaian
yang berkesan.

-          Kata-kata mutiara Alexander Graham Bell, seorang ahli sains dan matematik Barat
menunjukkan bahawa setiap masalah pasti ada cara yang berkesan untuk mengatasinya.

-          Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan menggosoknya terlebih
dahulu, persis ungkapan kata Alex Osborn telah membuktikan bahawa setiap kejayaan dapat
dicapai melalui usaha yang tidak mengenal erti jemu.

 FRASA PENDAHULUAN YANG MENARIK

-          Dalam menyingkap tabir alaf baharu dan dalam proses menongkah arus globalisasi yang
pantas bertolak bagai belut diketil ekor ini, hampir saban hari kita dimomokkan dengan berita
tentang...

-          Mendepani arus era globalisasi ini,

-          Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru
dunia ini tentang isu …

-          Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah

-          Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini
menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat

-          Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan
pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia, kita acapkali tersentak oleh pelbagai
permasalahan sosial yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.

-          Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …

-          Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …
      - Dasawarsa ini, arus globalisasi yang semakin menerjah di seantero dunia marcapada telah
banyak    memberikan perubahan kepada negara kita. Pembangunan arus modenisasi tanpa limitasi
terhasil daripada anjakan paradigma yang kian pesat membangun di negara kita. Dalam keghairahan
menghambat kemewahan dunia dan habuan duniawi yang tidak mengenal erti puas ini,
masyarakat / negara kita sering digemparkan dengan ........... 

Anda mungkin juga menyukai