Anda di halaman 1dari 5

LATIHAN RINGKASAN 1 Baca petikan di bawah ini dengan teliti.

Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara masyarakat menghargai polis. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib bin Tun Razak telah mengumumkan bahawa indeks jenayah di Malaysia semakin menurun. Anggota polis menghadapi pelbagai cabaran ketika menjalankan tugas. Anggota polis terpaksa berpanas dan berhujan merentas kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak. Anggota polis terpaksa bekerja sehingga larut malam termasuklah ketika mengadakan sekatan jalan raya dan menempuh hutan belantara, sungai, dan sebagainya untuk mengesan dan menangkap penjenayah yang mendedahkan mereka terhadap pelbagai bahaya. Banyak cara yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk menghargai jasa dan pengorbanan polis. Antaranya ialah masyarakat haruslah prihatin terhadap tugas dan tanggungjawab polis. Orang ramai sewajarnya sentiasa memberikan perhatian dan bekerjasama memberikan sebarang maklumat yang diperlukan. Operasi yang dijalankan pihak polis sudah tentunya akan melibatkan pelbagai versi dan variasi siasatan yang terdedah kepada ancaman. Ahli masyarakat perlulah membantu polis melaporkan jenayah yang dilihat oleh mereka. Masyarakat juga harus melatih diri dan ahli keluarga tentang kepentingan aspek keselamatan. Komitmen polis menjaga keamanan membolehkan kita menjalankan tugas seharian dan membina kehidupan yang lebih baik. Idea yang bernas juga boleh kita salurkan kepada polis melalui pelbagai saluran seperti Rakan Cop sebagai inspirasi kepada warga polis untuk bekerja dengan integriti yang tinggi. Sikap hormat menghormati dan menghargai warga keselamatan seperti polis perlulah menjadi amalan masyarakat bagi menjunjung visi dan misi negara iaitu Sifar Jenayah. Masyarakat turut berperanan menghayati jasa dan pengorbanan polis yang sering dipaparkan di kaca televisyen berdasarkan pengalaman realiti yang ditempuhi. Banyak drama dan filem bercorak kepolisan diharap dapat menyedarkan masyarakat agar lebih menghormati pasukan polis yang setia mempertahankan keselamatan negara. Masyarakat haruslah menjaga perlakuan dan peka dengan keadaan persekitaran mereka terhadap sebarang bentuk jenayah yang berlaku agar dapat membantu mengurangkan bebanan pihak polis. Persepsi negatif ahli masyarakat terhadap polis haruslah dikikis agar rakyat dapat menjalinkan hubungan yang mesra terhadap warga polis dan negara bebas dan selamat daripada jenayah. (Dipetik dan diubah suai daripada rencana Indeks Jenayah Menurun, Anggota Laksana Tugas Penuh Dedikasi, Dr. Rusinah Siron, Utusan Malaysia, April 2012)

LATIHAN RINGKASAN 2 Baca petikan tersebut dengan teliti. Kemudian tulis satu ringkasan mengenai punca-punca tekanan dalam kehidupan. Panjang ringkasan anda tidak lebih 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal. Penduduk dunia semakin tertekan! Perkara ini bukan lagi satu persoalan benar atau tidak tetapi lebih kepada perbandingan berapa teruk tahap tekanan atau stres yang dihadapi rakyat sesebuah negara. Tekanan di rumah, di tempat kerja, dan bermacam bentuk tekanan lain dilihat semakin bertambah di kala mencapai kemajuan dan kemodenan. Agak mustahil bagi seseorang itu hidup tidak menghadapi tekanan kerana semua perkara dalam hidup seharian meninggalkan sedikit kesan kepada kemampuan menyesuaikan diri dengan bermacam keadaan yang dihadapi. Ketegangan jelas kelihatan di seluruh dunia kini akibat bermacam punca, dari bencana alam, peperangan sehinggalah kepada kos makanan. Dunia menghadapi perubahan mendadak cuaca, terlalu panas atau terlalu sejuk, yang turut membawa bermacam bencana alam. Tidak cukup dengan perkara semula jadi, perbuatan manusia menambahkan lagi bebanan dengan bermacam krisis dan skandal. Pencemaran, krisis bekalan makanan, naik turun harga minyak dan keperluan asas (air, elektrik), harga barang melambung, skandal pencemaran produk makanan, krisis ekonomi dan kini peningkatan pengangguran. Tidak cukup dengan itu, masih ada yang berselera berperang atau menghalalkan serangan terhadap penduduk awam. Sia-sia dan menyakitkan hati. Melainkan peperangan, krisis dan skandal serupa turut melanda negara kita. Hasil bermacam cabaran yang perlu dihadapi kini, semakin banyak kejadian tekanan melampau dapat dilihat dalam paparan berita. Gejalanya mudah dikesan, dari tindakan melepas geram di khalayak ramai, cara pemanduan di jalan raya, gaya pertuturan dan juga cara berkomunikasi, terutamanya di kaunterkaunter perkhidmatan. Bagaimanapun, perlu diingat rakyat Malaysia juga menghadapi tekanan tinggi dalam memahami dan menyesuaikan diri dengan bermacam perkara yang berlaku secara berturut-turut. Bersamalah kita kembalikan ketenangan dan keceriaan hidup, bukan hanya untuk diri dan keluarga, malahan untuk semua yang menggelar Malaysia tanah tumpah darah.

LATIHAN RINGKASAN 3 Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan belajar secara berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Selalunya pelbagai penyakit akan timbul selepas banjir mulai surut. Penyakit yang selalunya dikaitkan dengan banjir ialah penyakit bawaan air seperti cirit-birit, taun, dan juga yang berpunca daripada nyamuk, iaitu denggi. Pihak berkuasa juga telah pun memberikan maklumat terperinci mengenai penyakit-penyakit yang perlu ditangani segera. Jika tidak penyakit ini akan memberi masalah yang lebih besar kepada mangsa banjir. Namun kita jangan lupa, masalah mental mungkin juga dihadapi mangsa banjir selepas banjir surut. Berbanding dengan penyakit bawaan air tadi, masalah mental pada kebiasaannya tidak disedari oleh pesakit apatah lagi orang lain. Jika mereka menghadapinya dan mengetahuinya sekalipun, mereka akan cuba menyembunyikannya. Sehinggalah masalah tersebut menjadi terlalu sukar untuk dirawat. Kita sedia maklum bahawa musibah banjir mengakibatkan sejumlah harta benda musnah begitu sahaja. Sudah pasti hal ini menyebabkan seseorang itu mudah untuk berdukacita kerana perasaan kehilangan sesuatu yang berharga terjadi ke atas diri. Perasaan dukacita inilah yang menyebabkan seseorang itu mudah hilang punca dan sukar untuk menyesuaikan diri. Mereka juga mungkin akan mempunyai perasaan rendah diri yang keterlaluan. Selain itu pula ada sebilangan besar mangsa banjir akan kehilangan mata pencarian. Misalnya golongan peniaga jalanan. Mereka sudah pasti antara golongan yang paling teruk terjejas mata pencarian. Hal ini demikian kerana hasil jualan mereka berdasarkan jualan harian. Jika tidak berniaga, mereka pasti rugi. Tetapi jika mereka berniaga pun mungkin sukar untuk mendapat pembeli. Golongan ini perlu diberikan perhatian. Demikian juga halnya dengan orang yang terlibat dengan sesuatu perniagaan seperti kedai barangan elektrik. Mereka juga akan teruk terjejas kerana peralatan yang hendak dijual telah rosak kerana banjir. Para peniaga ini akan kehilangan mata pencarian dan ada kemungkinan mereka akan mengalami gangguan mental yang hebat. Mereka mungkin cuba menafikannya; namun hakikatnya berbeza. Semua keadaan di atas memerlukan persediaan mental yang kuat dan mereka memerlukan bantuan agar boleh menjalani hidup seperti sedia kala. Tidak kiralah persediaan menghadapi penyakit atau masalah mental, semua ini memerlukan kekuatan jiwa yang kuat. Semoga mereka yang terlibat banjir ini menjadi orang yang kuat dan tabah. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Persediaan Selepas Banjir oleh Khairol Anuar Masuan dlm. Utusan Malaysia, 26 Januari 2007.)

LATIHAN KARANGAN UMUM Aktiviti kokurikulum di sekolah memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah murid. Bincangkan peranan kokurikulum dalam membentuk sahsiah yang murni dalam kalangan murid. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Rangka Karangan Isi-isi 1. menonjolkan kebolehan dan bakat seseorang murid melalui aktiviti yang dijalankan. Contoh : bakat kepimpinan 2. melatih murid berdisiplin. Contoh : mematuhi peraturan dan perlembagaan pasukan, persatuan, atau kelab 3. mentaati perintah ketua dan sanggup menerima arahan. Contoh : menanam sikap saling menghormati antara satu sama lain 4. mewujudkan semangat kerjasama Contoh : melaksanakan aktiviti yang dirancang secara berkumpulan 5. menonjolkan bakat kepimpinan dan membentuk keyakinan dan keberanian Contoh : mengendalikan persatuan

oalan: Kebanyakan remaja masa kini lebih suka membuang masa dengan sia sia seperti melepak di kompleks beli belah, lumba haram dan sebagainya. Bincang sebab sebab hal ini berlaku. Pendahuluan masih ada remaja yang bergelandangan di mana mana tanpa arah tujuan membazir masa Isi isi pengaruh rakan mempengaruhi sikap dan pemikiran remaja bersaing untuk menunjukkan kebolehan tersendiri seperti berlumba haram ingin menjadi popular masalah keluarga hubungan renggang, tidak tenteram, tertekan ingin keluar untuk mencari kesenangan kononnya - untuk menghilangkan tekanan faktor persekitaran kompleks beli belah banyak kemudahan alat permainan video banyak melalaikan para remaja - ada yang suka bertaruh menunjukkan kebolehan atau bakat membazir sikap masyarakat dan pihak berkuasa tidak ambil peduli akan tingkah laku remaja tiada peraturan yang melarang melepak atau berfoya foya malah, ada pihak berkuasa yang dicabar remaja tidak pandai menghargai masa - remaja tidak sedar akan kepentingan masa - tidak endah akan kesan/akibat membuang masa

Anda mungkin juga menyukai