Anda di halaman 1dari 18

Pencemaran alam sekitar menjadi ancaman kepada kehidupan manusia pada hari ini.

Bincangkan langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar. Alam sekitar semakin tercemar dan itu merupakan realiti yang harus kita semua sedari. Pihak media massa turut sama menyiarkan pelbagai komen dan analisis mereka tentang kemelut yang melanda alam ini. Semakin lama kita mengabaikan kenyataan ini semakin seriuslah masalah ini dalam kehidupan manusia. Lantaran itu, pelbagai tindakan konkrit perlu dilaksanakan oleh semua pihak dalam menangani masalah ini. Langkah paling awal ialah kerajaan perlu mengawal perlepasan asap dan pembuangan toksik bahan kilang dengan efektif. Pengawalan ini boleh dilakukan menerusi tindakan menguatkuasakan undang-undang terutama meningkatkan aspek dendaan dan hukuman penjara kepada pesalah. Rakyat negara ini pasti akan berasa takut apabila mendengar bahawa hukuman mencemarkan alam begitu berat sehingga mereka tidak lagi berani mencemarkan alam. Jadi, kerajaan perlu mengawal pencemaran alam dengan mengetatkan peraturan yang sedia ada. Selain mengetatkan peraturan, aspek penguatkuasaan turut
1

memainkan peranan yang penting. Maknanya, lebih banyak pegawai penguatkuasa alam sekitar dilatih untuk mampu mengesan lalu mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan pencemaran alam ini. Pegawai ini hendaklah dilatih dengan menggunakan teknologi terkini dan praktikal untuk memudahkan mereka melaksanakan tugas dengan baik. Oleh itu, jumlah pegawai penguatkuasa yang banyak memastikan aspek perundangan negara terhadap isu alam sekitar dilaksanakan dengan berkesan. Pada masa yang sama isu pencemaran alam ini mampu diatasi menerusi tindakan membuat kempen kesedaran yang efektif. Kempen kesedaran ini boleh difokuskan terhadap golongan muda terutama yang masih berada di bangku sekolah kerana golongan inilah yang akan mewarisi alam sekitar kita. Kesedaran ketika masih muda menjadikan rakyat kita boleh melakukan sesuatu apabila mereka dewasa kelak terutama untuk memastikan alam sentiasa bersih dan berkekalan. Oleh itu, kempen yang difokuskan kepada sasaran yang tepat mampu membuahkan hasil yang baik kepada pengekalan alam sekitar di negara ini. Malahan, perubahan sikap masyarakat turut penting dalam memastikan alam sekitar kita terus wujud. Sikap tidak apa atau menganggap tugas menjaga alam sekitar boleh dilakukan oleh orang lain perlulah dikikis segera. Sebaik
2

sahaja kita melihat atau mengetahui satu tindakan mencemarkan alam berlaku sepantas kilat kita memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan. Maka, perubahan sikap masyarakat menjadikan usaha mengatasi masalah pencemaran alam ini sesuatu yang mudah pula. Konklusinya, kita mempunyai banyak pilihan untuk memastikan alam sekitar kita terus bersih dan berkekalan. Cuma kita masih enggan mengakui bahawa alam sekitar semakin hilang ditelan kerakusan sikap manusia sendiri yang mengutamakan kebendaan itu. Mungkin naluri manusia yang menganggap mereka makhluk yang paling baik menyebabkan kita alpa akan tugas kita untuk menjaga alam sekitar ini. Alam sekitar bukanlah anugerah Tuhan kepada kita tetapi amanah yang harus kita serahkan kepada generasi akan datang pula.

Kadar kemalangan jalan raya begitu meningkat setiap tahun. Huraikan punca-puncanya. Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa kecederaan dan juga kematian. Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian akibat kemalangan yang tinggi. Oleh itu ada banyak punca yang harus kita kaji untuk memahami masalah ini. Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika menggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk atau tidak sedarkan diri. Ada juga yang tidak suka menjaga kenderaan mereka lalu kemalangan boleh berlaku kerana masalah brek, tayar dan sebagainya. Mereka tidak menghiraukan keselamatan orang lain ketika memandu kerana menganggap mereka cekap mengawal stering kenderaan. Jadi, kemalangan mudah berlaku akibat kecuaian mereka ini. Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik. Biasanya jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan
4

menyebabkan jalanraya menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak berhati-hati. Begitu juga dengan keadaan jalan raya yang tidak lurus dan turun naik yang menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini. Maka, keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan raya. Malah, ada pihak yang menyalahkan pemandu baru yang menyebabkan kemalangan terus menerus berlaku di negara ini. Mereka dikatakan tidak mahir untuk mengawal kenderaan terutama ketika dalam keadaan kecemasan yang menyebabkan banyak yang panik. Golongan muda juga diselar kerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya dan laju. Sesungguhnya, satu alat mekanisme baru harus dicari untuk memastikan tahap pemanduan pemandu baru mencapai piawaian yang baik. Jumlah kemalangan bertambah juga berkaitan dengan jumlah kenderaan yang bertambah setiap tahun. Pertambahan bilangan kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan penuh dengan kenderaan. Sudah pasti keadaan ini meningkatkan peratusan untuk sesuatu kemalangan itu berlaku di jalan raya. Jelaslah, semakin banyak kenderaan di jalan raya risiko untuk kemalangan berlaku amat tinggi.
5

Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita semua. Satu usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang masalah ini menular lagi. Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga. Pandu cermat jika selamat.

Bersatu teguh bercerai roboh perlu menjadi pegangan hidup masyarakat Malaysia. Peribahasa bersatu teguh bercerai roboh bermaksud kepentingan bekerjasama dan perpaduan dalam sesebuah negara itu. Konsep ini begitu penting kerana keutuhan negara banyak ditentukan oleh rakyat yang mempunyai kesepaduan yang sebenarnya. Negara yang mempunyai rakyat yang tidak bersatu pasti akan menerima impak
6

negatifnya terutama dengan keadaan ekonomi dan politik dunia yang begitu berkaitan hubungannya. Jelaslah, peribahasa ini mempunyai banyak kepentingan untuk dihayati oleh masyarakat kita. Kehidupan masyarakat kita yang berbilang kaum memerlukan pengamalan peribahasa ini kerana satu tindakan yang tidak bijak mampu menjejaskan keamanan yang dihayati selama ini. Mereka perlu berpegang pada prinsip peribahasa ini untuk membina kekuatan negara kita semula. Masyarakat yang berbilang yang wujud di negara ini menyebabkan perasaan perpaduan itu begitu mudah dikikis jika kita tidak berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan yang mungkin boleh menjatuhkan air muka kaum yang lain. Maka, peribahasa ini mengingatkan kita betapa pentingnya perpaduan itu. Selain itu, konsep perpaduan yang diutarakan dalam peribahasa ini juga penting dalam suasana politik negara. Perpaduan diperlukan dalam politik kerana politik boleh membela nasib rakyat negara ini. Perpecahan yang wujud dalam sistem politik atau pentadbiran negara boleh menggugat keamanan negara pada jangka masa panjang.Tanpa perpaduan yang utuh tiadalah sistem politik yang kukuh untuk memastikan nasib rakyat di negara ini terus terbela.
7

Pada masa yang sama, makna perpaduan juga penting untuk memudahkan pembangunan dilaksanakan di negara ini. Semua aktiviti pembangunan yang dirancang bertujuan untuk menjadikan negara ini lebih makmur dan maju. Sebarang tindakan negatif atau jahat boleh menjejaskan pembangunan yang kemudiannya menjadikan taraf kehidupan rakyat menurun secara mendadak. Keadaan ini jika berterusan akan menjadikan rakyat di negara ini hidup dalam satu suasana yang begitu menyedihkan seperti keadaan negara asing yang kita sering tonton di televisyen pula. Malahan, peribahasa ini turut mencanangkan maksud perpaduan rakyat dalam bentuk penyatuan kebudayaan. Kita sedia maklum budaya negara ini berbilang yang memerlukan satu integrasi untuk menjadikan semua kebudayaan kita itu satu kebudayaan Malaysia yang sebenarnya. Amalan bekerjasama atau perpaduan yang dihayati oleh rakyat negara ini membolehkan semua kebudayaan yang berbeza itu diserapkan secara tabii menjadi satu kebudayaan kebangsaan yang boleh menjadi kebanggaan semua rakyat negara ini. Kesimpulannya, peribahasa ini banyak membawa peringatan kepada kita semua akan peri pentingnya
8

perpaduan atau semangat bekerjasama itu. Sikap menuding jari terhadap mana-mana pihak apabila mengalami sesuatu masalah bukanlah satu tindakan yang sesuai di negara ini. Kita harus sedar bahawa amalan bagai aur dengan tebing amat penting dipraktikkan di negara ini.

Cara-cara Menjadi Pengguna Bijak Kenaikan harga barangan di pasaran pada masa sekarang begitu ketara. Sebagai pengguna kita perlu bijak berbelanja supaya kewangan kita dapat diurus dengan baik. Bincangkan cara-cara untuk menjadi seorang pengguna yang bijak. Masalah kenaikan harga barangan sememangnya begitu ketara pada masa kini terutama di kawasan urbanisasi. Sebagai pengguna kita perlu memiliki sifat-sifat pengguna yang bijak untuk berupaya mengharungi kehidupan
9

sebegini. Maka, kita mempunyai kuasa untuk menentukan barangan itu perlu atau sebaliknya dalam menjalani kehidupan harian itu. Pengguna mestilah berjimat cermat untuk menjadi pengguna yang bijak. Kita hanya perlu membeli barangan yang benar-benar perlu dan tidak membazir. Pada masa yang sama barangan yang boleh digunakan semula janganlah dibuang dengan begitu sahaja. Jelaslah, amalan berjimat cermat juga merupakan satu amalan yang mulia yang harus dimiliki oleh semua pengguna. Selain itu, pengguna boleh mengamalkan amalan menabung sejak muda. Sikap menabung ini boleh menjadi satu kaedah simpanan pada hari depan yang turut boleh dimanfaatkan oleh anak-anak terutama ketika mereka ingin melanjutkan pelajaran mereka kelak. Menabung memberikan satu jaminan kehidupan yang lebih baik kepada pengguna kerana kehidupan ini suka diduga masa depannya. Malah, pengguna yang bijak tidak akan berbelanja di kawasan-kawasan mewah. Biasanya barangan yang dijual di kawasan mewah lebih mahal harganya bukan kerana kualiti tetapi kerana faktor kawasan, suasana dan sewa kedai yang lebih tinggi menyebabkan kos barang menjadi mahal. Sebenarnya, semua barang hampir serupa sahaja kualitinya tetapi harga yang dijual berbeza-beza mengikut kawasan tertentu. Berkaitan dengan tidak membeli di kawasan mewah ialah
10

pengguna tidak harus mengutamakan jenama sahaja. Sikap terlalu mengutamakan jenamalah yang membawa pengguna berbelanja besar. Konsep hidup sederhana dan tidak mementingkan aspek kebendaan membolehkan kehidupan pengguna lebih selesa dan tenang tanpa sebarang masalah kewangan pula. Kesimpulannya, masalah kenaikan harga barang ini boleh diatasi jika pengguna menggunakan akal fikiran ketika berbelanja. Semua perbelanjaan yang dirancang akan mampu memberikan lebih banyak manfaat kepada pengguna. Sikap penggunalah yang menentukan kejayaan mereka dalam mengharungi kemelut kenaikan harga barang.

Ibu danbapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak. Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas. Peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya memberikan bukti yang jelas akan peranan utama ibu bapa dalam aspek pembacaan anak-anak. Ibu bapa menjadi tunggak atau pendorong utama dalam memupuk sikap membaca generasi muda kita kelak. Maka, pelbagai peranan yang mampu dilaksanakan oleh ibu bapa dalam menyelesaikan isu ini.

11

Ibu bapa perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dalam aspek ini. Mereka perlulah sendiri mengamalkan sikap membaca dengan jelas seperti membaca semua bahan-bahan penting seperti akhbar atau bersamasama membaca bersama anak mereka. Contoh yang diberikan oleh ibu bapa ini sudah pasti akan tertanam dalam dalam sanubari anak-anak mereka lalu menjadi satu tabiat positif pula. Malah, ibu bapa boleh membelikan bahan-bahan bacaan yang bersesuaian dengan peringkat umur anak mereka. Bahan bacaan ini tidak semestinya merupakan bahan bacaan sekolah sahaja tetapi mungkin bacaan umum. Kepelbagaian bahan bacaan ini mampu memberikan satu dimensi pengetahuan yang unik kepada anak selain memupuk sikap membaca mereka. Malahan, satu sudut khas untuk menyimpan buku atau ruang membaca harus disediakan di rumah oleh ibu bapa. Ruang atau bilik ini perlulah dilengkapi dengan pelbagai jenis buku dan kerusi serta meja untuk menjadikan suasana membaca lebih selesa. Bilik ini boleh menjadi tempat anakanak menghabiskan masa lapang mereka dengan begitu berfaedah. Tambahan pula, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak
12

mereka menyimpan wang untuk membeli buku. Setiap hujung bulan ibu bapa boleh membawa anak ke kedai buku dan membenarkan mereka membeli buku-buku yang mereka suka. Mungkin juga ibu bapa boleh memberi sedikit bantuan kewangan jika harga buku yang dibeli oleh anak itu melebihi daripada wang yang mereka kumpul sebelum ini sebagai tanda menghargai sikap membaca mereka itu. Kesimpulannya, amalan membaca membolehkan pelbagai jenis ilmu diperoleh oleh generasi muda kita. Peranan dan sikap ibu bapa amat penting dalam memupuk sikap membaca ini kerana merekalah yang menjadi teladan kepada anak-anak. Sikap membaca yang tinggi juga mampu menjadikan warga masyarakat kita satu kelompok masyarakat yang berilmu tinggi kelak.

13

Masalah pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar semakin meruncing. Anda tertarik untuk menulis rencana berkaitan isu ini. Tulis rencana anda selengkapnya. Isu-isu disiplin makin hangat diperdebatkan oleh semua pihak terutama pihak media massa. Pelbagai pihak pula saling menyalahkan satu sama lain atau menuding jari tanpa mahu melihat kesilapan sendiri. Pada masa yang sama tidak ada pihak yang ingin mencari jalan penyelesaiannya. Sebenarnya pembentukan sahsiah anak-anak atau remaja bermula di rumah. Ada ibu bapa yang suka menyalahkan satu sama lain apabila berlakunya masalah disiplin dalam diri anak mereka. Ibu bapa juga suka melepaskan tanggung jawab mereka mendidik anak dengan menyerahkan tugas itu kepada guru dan pembantu rumah dengan alasan mereka sibuk bekerja. Maka, anak-anak mudah terbabit dengan masalah disiplin lantaran sikap ibu bapa mereka itu. Selain itu, masyarakat yang dahulunya dianggap menjadi mata dan telinga bagi ibu bapa tidak lagi berperanan sebegitu. Semua teguran yang diberikan oleh jiran akan
14

dikatakan sebagai penyibuk atau menjaga tepi kain orang pula. Ibu bapa biasanya akan menganggap anak mereka baik sahaja walaupun ditegur oleh jiran-jiran mereka. Maka, ramai remaja yang mudah terbabit dalam masalah disiplin sekolah. Pengaruh media massa merumitkan lagi masalah ini menerusi penayangan pelbagai filem aksi yang menjadi ikutan remaja pula. Aktiviti meluasnya pengesaran cakera padat yang berunsur lucah telah menyebabkan masalah ini semakin parah lalu sukar untuk dikawal. Pelbagai usaha kerajaan untuk mengatasi masalah ini menemukan jalan buntu. Jelaslah, kewujudan media massa telah memarakkan lagi masalah disiplin dalam kalangan remaja. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan tetapi hasilnya tidak begitu jelas dalam kemelut ini. Kejadian pelajar atau remaja melawan guru dan ibu bapa semakin menjadi-jadi pula. Semua teguran dan nasihat yang diberikan dibalas dengan tindakan yang menakutkan kita semua pula. Remaja tidak lagi memiliki rasa hormat akan orang tua mereka. Sesungguhnya, masalah ini semakin meruncing. Kesimpulannya, semua pihak terutama yang terlibat secara langsung dengan remaja seperti ibu bapa, guru malah masyarakat perlu aktif membendung pelanggaran disiplin
15

pelajar ini. Kita semua harus sedar bahawa remaja merupakan pelapis negara pada masa hadapan. Remaja pula haruslah berfikir proaktif dengan tidak menimbulkan pelbagai masalah dan membuktikan bahawa mereka memang baik.

Anda telah dibawa oleh ayah dan ibu anda ke satu tempat perkelahan yang menarik. Ceritakan pengalaman anda itu. Sebenarnya saya memang suka berkelah di tepi pantai kerana ingin mengalami perasaan ditiup angin sepo-sepoi bahasa yang sejuk nyaman itu. Jadi, apabila ayah dan ibu memberitahu bahawa mereka merancang untuk membawa saya ke pantai Port Dickson, saya berasa begitu bersemangat untuk ke sana. Hati saya begitu ceria menanti saat tersebut malah saya tidak sabar sebenarnya. Perjalanan ke sana dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa sejam lebih sahaja. Entah sama ada perasaan gembira saya atau sebab yang lain, perjalanan ke pantai begitu pantas berlalu. Sekelip mata saya sudah berada di tepi pantai bersama-sama ayah dan ibu. Orang ramai juga sudah berkerumun di tempat-tempat strategik untuk menikmati
16

suasana yang nyaman itu. Hati semua nampak girang belaka. Ayah dan ibu menyuruh saya membentangkan plastik besar untuk dijadikan tempat alas kami duduk berehat. Kerja itu saya dilakukan dengan penuh kepatuhan. Tangan saya memastikan tidak ada pasir pantai yang melekat di atas alas plastik itu. Kemudian, ibu meletakkan beberapa bekas makanan dan minuman manakala ayah segera membuka makanan itu. Kami segera menikmati hidangan yang sudah dimasak oleh ibu itu. Sambil makan, ayah dan ibu bertanyakan saya tentang pelajaran di sekolah. Saya memberitahu bahawa pelajaran saya tiada masalah begitu juga dengan hubungan kawankawan yang lain. Ayah dan ibu mengambil kesempatan masa bersantai di pantai ini untuk berinteraksi dengan saya. Mereka juga memberitahu bahawa mereka mahu saya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran kerana peperiksaan semakin hampir. Saya mengangguk kepala tanda faham dan bersetuju. Setelah selesai makan ibu menyuruh saya berjalan di sepanjang pantai itu sementara ibu dan ayah duduk berbual antara mereka. Saya bersetuju dan mula mengatur langkah dengan penuh gembira. Sambil berjalan saya melihat pelbagai telatah pengunjung bersama-sama keluarga
17

mereka. Ada yang sedang bermain bola, ada yang mendengar radio sambil baring dan ada yang kejar mengejar antara kawan. Pada masa yang sama saya juga mendengar suara-suara gelak ketawa antara mereka itu. Alangkah bagusnya jika setiap hari begini kata hati kecil saya. Kami berada di pantai itu hampir tiga jam sebelum menaiki kereta semula untuk menuju ke kota raya. Di dalam kereta ayah sempat bertanya kepada saya tentang perasaan saya. Lalu, saya memberitahu bahawa saya begitu gembira kerana muka saya dihembus oleh tiupan angin laut yang begitu saya suka selama ini. Mak dan ayah hanya ketawa sahaja apabila mendengar kata-kata saya itu. Saya pula tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepada ayah dan ibu di dalam hati saya kerana membawa saya ke pantai.

18

Anda mungkin juga menyukai