Anda di halaman 1dari 97

1

Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Isi kandungan
BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

11.

TAJUK
Usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan Negara
Langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi isu warga tua
yang terbiar
Usaha-usaha memupuk semangat patriotisme
Langkah-langkah menjaga kebersihan alam sekitar
Langkah-langkah menangani kes pembuangan bayi
Faktor-faktor berlakunya jenayah pemerdagangan manusia dan
langkah-langkah yang harus diambil untuk menanganinya
Isu kemalangan jalan raya (rencana)
Penggunaan kad kredit mendatangkan kebaikan dan keburukan
kepada pengguna
Kelemahan sesetengah pelajar melayu dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu berpunca daripada sikap tidak bersungguh-sungguh untuk
mempelajari Bahasa Melayu (perbahasan)
Kesan buruk penyalahgunaan dadah terhadap masyarakat dan Negara
(fakta)
Kemajuan teknologi maklumat dikatakan banyak mendatangkan
kesan yang positif ke arah pembentukan masyarakat maju. Oleh itu,
masyarakat malaysia perlu memanfaatkan teknologi maklumat
sebaik-baik mungkin (pendapat)

12.

Faktor-faktor yang menyebabkan kes ragut menjadi lebih serius

13.

Kesan-kesan kemasukan warganegara asing ke negara Malaysia

14.

Sebab-sebab remaja lari dari rumah

15.

Faktor-faktor lunturnya semangat kejiranan dan cara-cara


mengatasinya

16.

Cara-cara untuk memupuk perpaduan di negara Malaysia

17.

Punca-punca makanan ringan begitu popular dalam kalangan


masyarakat

18.

Sebab budi bahasa hilang dan cara atasinya

19.

Langkah kerajaan mengekalkan keutuhan institusi keluarga negara

20.

Amalan-amalan remaja yang sihat

21.

Keburukan Internet

22.

Usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan negara Malaysia

23.
24.

Kejadian jenayah wanita terus meningkat?Jelaskan cara-cara


menanganinya
Punca berlakunya bencana alam

M/SURAT

2
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

25.
26.
27.

Punca-punca perpaduan terjejas


Impak Industri terhadap Malaysia
Kanser serviks semakin berleluasa dalam kalangan wanita di
Malaysia

28.

Peranan kerajaan dan rakyat atasi penyakit berjangkit

29.

Cara-cara yang berkesan untuk memupuk minat membaca dalam


kalangan kanak-kanak

30.

Gejala antisosial dalam kalangan pelajar

31.

Punca-punca bangunan lama terbiar atau dimusnahkan

32.

Faedah-faedah bekerja sendiri dalam era globalisasi ini

33.

Langkah-langkah kerjasama yang mampu dilakukan oleh pihak


masyarakat antarabangsa dalam isu pemanasan global

34.

Rancangan hiburan televisyen jejaskan budaya tradisional

35.

Peranan media massa di negara ini

36.

Punca-punca kenaikan harga minyak berlaku kini

37.

Langkah-langkah atasi pengangguran di Malaysia

38.

Tindakan-tindakan kerajaan untuk memastikan ekonomi negara terus


berkembang

39.

Langkah-langkah untuk memajukan mutu sukan negara Malaysia

40.

Langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi isu warga tua


yang terbiar

41.

Peranan ibu bapa dalam mengatasi masalah remaja

42.

Gejala merokok dalam kalangan remaja

43.

Isu dadah (pendapat)

44.

Pencemaran sungai

45.

Isu teknologi maklumat (ceramah)

46.

Kewajaran larangan penggunaan telefon bimbit di sekolah

47.

Isu pengangkutan awam

48.

Isu kenaikan harga barang

49.

Punca-punca berlakunya penderaan kanak-kanak

50.

Langkah-langkah yang positif untuk menangani fenomena banjir di


negara kita

3
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Jenis-jenis
karangan
isu semasa

1. Usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan Negara

4
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Malaysia merupakan sebuah syurga dunia kerana kejadian buruk jarang berlaku disini
terutama ancaman bencana alam dan peperangan. Rakyatnya hidup dalam suasana aman
sentosa bersama-sama arus pembangunan kemodenan yang pesat. Keamanan inilah yang
memberikan imej yang positif kepada negara sehingga menjadikan banyak negara cemburu
akan kejayaan tersebut. Jadi, memang banyak tindakan yang telah dilakukan oleh
semua pihak di negara ini untuk memastikan negara terus berada dalam situasi harmoni itu.
Tindakan yang paling ketara ialah negara telah meningkatkan lagi kemampuan
ketenteraannya. Angkatan tentera negara ini telah cuba menarik lebih banyak
remaja yang berkaliber untuk menyertai perkhidmatan mereka bersama-sama dengan
pembelian peralatan ketenteraan yang serba canggih. Semua ini bertujuan memastikan tahap
keselamatan negara berada pada tahap yang tertinggi lalu menjamin keamanan negara yang
stabil. Jelaslah, Negara menjadi aman kerana memiliki satu ketumbukan tentera yang
berkaliber dan berteknologi tinggi.
Selain itu, negara turut membuat kerjasama yang erat dengan Negara-negara jiran
terutama negara-negara ASEAN. Kita semua sedia maklum bahawa ASEAN ditubuhkan
untuk menjamin keselamatan serantau lalu memastikan perkembangan ekonomi boleh
berlaku pada masa yang sama. Kerjasama yang erat ini juga memastikan setiap negara
ASEAN tidak mahu mengganggu urusan dalaman satu sama lain untuk memastikan tidak
berlaku
perselisihan
faham
yang
boleh
membawa
permusuhan
yang
menggoyahkan keamanan pula. Jadi, kerjasama erat antara negara-negara jiran membantu
Malaysia untuk menikmati satu tahap keamanan yang tinggi.
Malah, keamanan negara juga dikekalkan menerusi amalan demokrasi yang
dilaksanakan di negara ini apabila tempoh pemerintahan kerajaan sebelumnya hampir tamat.
Pilihan raya dan proses pertukaran pemimpin di negara ini masih berjalan secara rasional dan
mengikut lunas-lunas perlembagaan negara yang mengutamakan hak asasi rakyat. Keadaan
ini menjadikan keyakinan rakyat terhadap sistem pemerintahan kerajaan bertambah
baik setiap kali proses demokrasi itu dilaksanakan. Jelaslah, proses demokrasi
yang diamalkan menjadikan aspek keamanan itu sesuatu yang penting untuk dikekalkan di
negara ini.
Malahan, pihak kerajaan juga telah meneruskan usaha pembasmian kemiskinan yang
sudah mula menampakkan hasilnya. Jurang kekayaan antara golongan miskin dan kaya
telah berupaya dikurangkan sehingga tidak lagi boleh dijadikan alasan untuk menimbulkan
sebarang masalah besar kelak. Perasaan kekitaan dan tidak berasa ditinggalkan menjadi
asas penting untuk mengekalkan keamanan di negara ini untuk satu tempoh yang panjang
kerana tidak timbul perasaan pilih kasih atau sebagainya dalam jiwa masyarakat berbilang
kaum disini. Maka, usaha mengikis perbezaan pengagihan kekayaan ini harus dilakukan
secera berterusan untuk memastikan keamanan itu berkekalan.
Tambahan pula, pihak polis telah berjaya memerangi pelbagai gejala sosial yang
melanda negara ini. Kejadian jenayah terutama jenayah berat telah dikawal dengan baik
oleh pihak polis yang bertugas tanpa mengenal penat untuk memastikan keselamatan rakyat

5
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Negara ini bertambah baik. Kejayaan mengawal jenayah di negara ini turut sama memberikan
satu suasana yang tenang dan meyakinkan kepada rakyat negara ini bahawa Malaysia sebuah
negara yang baik untuk terus didiami. Justeru, kejayaan pihak polis menjalankan kewajipan
mereka telah menjadikan aspek keamanan di negara ini terus wujud.
Kesimpulannya, keadaan keamanan yang sebegini perlu dikekalkan untuk selamalamanya. Pada masa yang sama aspek pembangunan negara harus diberikan penekanan juga
kerana inilah kemodenan yang harus dinikmati oleh semua. Kita harus sedar dan menghargai
aspek keamanan ini dengan sebaik mungkin. Peribahasa jika tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya kerana keamanan ini memerlukan satu usaha yang gigih daripada
semua pihak.

2. Langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi


isu warga tua yang terbiar
Peringkat umur tua merupakan peringkat akhir dalam perkembangan biologi manusia.
Keadaan ini menyebabkan ketika inilah pelbagai masalah boleh berlaku terutama yang
menyentuh aspek emosi dan kesihatan seseorang itu. Oleh itu, ada pelbagai tindakan
yang boleh diambil oleh remaja untuk menangani kemelut warga tua ini.

6
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Sudah pasti pemupukan pendidikan asas terutama didikan agama mampu


menyelesaikan sebahagian besar masalah warga ini. Remaja yang menerima pendidikan asas
agama yang kukuh sudah pasti akan lebih menghormati golongan tua ini lalu memberikan
perhatian akan kehidupan mereka. Hubungan antara ahli keluarga juga akan menjadi lebih
erat dan mesra. Jadi, remaja harus memiliki didikan yang sempurna.
Bagaimanakah didikan ini harus wujud? Sudah pasti ibu bapa berperanan
untuk memberi panduan yang benar kepada remaja. Ibu bapa perlu menjelaskan kepada anakanak akan pentingnya menghormati warga tua kerana setiap manusia akan menempuh alam
tua mereka yang tersendiri. Kejayaan ibu bapa mendidik anak dengan baik memastikan satu
golongan remaja yang melihat warga tua bukan sebagai satu masalah sebaliknya satu amanah
yang harus dilaksanakan tanpa banyak soal.
Selain itu, media massa juga mempunyai peranan yang tersendiri dalam menyelesaikan
masalah yang semakin kritikal ini. Penyiaran lebih banyak program dan siaran yang
berunsur positif akan warga tua mampu merapatkan jurang antara remaja dan warga emas
ini. Keadaan ini mampu menimbulkan satu kesedaran yang mendalam dalam diri remaja
untuk membantu warga tua tanpa sebarang alasan.
Sistem pendidikan yang lebih holistik dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti
mengadakan lawatan sambil belajar ke rumah orang tua. Biasanya pelajar di sekolah hanya
mendengar sahaja nasihat guru tentang peranan mereka membantu warga tua tanpa melihat
contoh yang sebenarnya. Maka, lawatan ke rumah jagaan orang tua sudah pasti
memberikan pengalaman sebenar kepada remaja akan kehidupan warga ini lalu
timbullah keinsafan dalam diri remaja itu sendiri.
Kesimpulannya, jurang pemisah antara generasi muda dan tua semakin ketara terutama
dalam era moden ini. Semua pihak sama ada masyarakat dan kerajaan harus mengenal pasti
langkah-langkah yang lebih praktikal untuk menangani kemelut warga tua ini. Kita harus
sedar warga tualah yang telah membangunkan negara ini lalu menjadikan kehidupan generasi
muda selepas mereka lebih mudah dan selesa. Kita harus hargai jasa mereka.

3. Usaha-usaha memupuk semangat patriotisme


Sejak belakangan ini, banyak diperkatakan tentang pemupukan semula semangat
kebangsaan atau nasionalisme dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Gesaan ini
memang wajar memandangkan generasi muda khususnya pelajar tidak lagi bersemangat
kebangsaan seperti generasi sebelum merdeka. Lebih tepat kalau dikatakan semangat cinta
akan negara dalam kalangan generasi muda kini adalah longgar, lemah, dan tidak bermaya
seperti seseorang yang tidak makan 10 hari. Pada marcapada yang pesat membangun dalam
teknologi maklumat ini, semangat patriotik adalah penting untuk membina jati yang kental
dan kuat agar dapat mewujudkan perpaduan nasional.

7
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Pelbagai usaha boleh dilakukan untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam
kalangan remaja kini. Pertamanya, mereka hendaklah digalakkan untuk mengenali tokohtokoh yang memperjuang untuk kemerdekaan negara dan mereka juga hendaklah didedahkan
kepada jasa-jasa serta pengorbanaan pejuang tanah air kita agar golongan remaja kita
sedar dan insaf, bak kata pepatah Tak kenal maka tak cinta. Kalau generasi muda tahu
akan pahit maung dan susah payahnya tokoh-tokoh pada zaman silam memperjuangkan
kemerdekaan negara , tentunya mereka tidak tergamak menghancurkan keamanan dan
kemakmuran yang dikecapi kini dengan tindakan-tindakan negatif.
Pihak sekolah pula hendaklah menanam semangat cinta akan negara dalam diri
setiap pelajar dengan mrnyelitkan kecintaan kepada bangsa dan negara dalam setiap subjek
seperti , bekerjasama, tolong-menolong, bertoleransi serta berbudi bahasa. Para pendidik
hendaklah menggunakan beberapa minit daripada jadual pengajaran sesuatu mata pelajaran
untuk menanamkan semangat kecintaan kepada bangsa dan negara. Pendidikan perlu
menyuntik semangat juang dan keyakinan diri dalam diri setiap pelajar. Mereka perlu
didedahkan dengan semangat Malaysia Boleh seperti yang dilakukan oleh Datuk Azhar
Mansur dan para pendaki Gunung Everest. Semangat cinta akan negara juga hendaklah
dipupuk pada peringkat awal persekolahan lagi. Ibu bapa hendaklah mengasuh anak-anak
mereka supaya menghormati keutuhan dan kedaulatan negara.
Selain itu, generasi muda hendaklah digalakkan melawat tempat-tempat bersejarah.
Pemerhatian mereka kepada kesan-kesan peninggalan sejarah akan melahirkan
semangat juang untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Misalnya,
kunjungan ketempat-tempat yang bersejarah seperti Bandar Hilir, Melaka akan mengingatkan
mereka kepada sejarah hitam negara ketika dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris.

Di samping itu, golongan muda juga perlu selalu didedahkan kepada Jalur Gemilang
yang berkibar megah pada sepanjang masa dan perayaan Hari Kebangsaan setiap tahun itu
sepatutnya dijadikan wadah untuk memperbaharui azam mempertahan kemerdekaan pada
masa depan. Mereka perlu diberi kesedaran betapa pentingnya erti kemerdekaan terhadap
sesebuah negara.
Seterusnya, mereka juga perlu didedahkan kepada lagu-lagu patriotik terutama lagu
Negaraku untuk menyemaikan rasa cinta dan taat kepada negara. Pihak-pihak yang tertentu
seperti Persatuan Sejarah Malaysia hendaklah menganjurkan pertandingan menulis
esei bertemakan semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan generasi muda.
Peraduan seperti ini akan memberi kesempatan kepada golongan muda untuk mengumpulkan
bahan-bahan sejarah yang banyak dalam akhbar-akhbar. Pengumpulan bahan-bahan sejarah
ini secara tidak langsung akan mencelikkan mereka kepada sejarah perjuangan generasi silam
demi kemerdekaan negara daripada belenggu penjajah.

8
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Kesimpulannya, kerajaan hendaklah memupukkan semangat cinta akan negara dalam


setiap orang rakyat, khususnya dalam kalangan remaja supaya dapat melahirkan seorang
modal insan yang cinta akan negara dan pemimpin yang berwibawa untuk masa yang akan
datang.

4. Langkah-langkah menjaga kebersihan alam sekitar


Sejak belakangan ini, pembangunan tanpa limitasi kini merupakan perubahan
kian pesat berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam
sektor perindustrian telah dikecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap manusia
yang tidak bertanggungjawab ini. Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas
semata-mata ingin mengejar kemajuan? Di manakah peranan kita sebagai masyarakat untuk
menangani masalahini? Jadi, alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita dan
langkah-langkah yang positif perlu dilakukan.
Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan alam
sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia kerana bahan kimia akan
mendatangkan pencemaran. Hal ini jelas akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang
panjang kepada alam sekitar. Perkara yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga
dan penghawa dingin merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibatnya,
penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) amat bahaya

9
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

kepada masyarakat di Malaysia. Oleh itu, penggunaan bahan ini perlu dikawalkan oleh
kerajaan dan pihak swasta supaya dapat menjaga alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan.
Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang alam sekitar yang
menyeluruh. Hal ini demikian, boleh membantu menjaga alam sekitar kita dengan lebih
efektif. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang-kilang yang telah dibina oleh kerajaan
mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Di sini saya memberi
contoh, pelepasan asap kilang dan pembuang sisa toksik ke dalam sungai mahupun laut
secara terbuka. Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diketatkan lagi oleh
pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Dalam pada itu, kitar semula yang diperkenalkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian
kerana mampu menjaga alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk
digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan
di dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh
diproseskan menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh
dijadikan sebagai tisu. Melalui cara ini, sumber manusia dan negara dapat menjimatkan kos
mereka mahupun kebersihan alam sekitar.
Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijagakan melalui kempen kesedaran
sivik supaya rakyat dapat menjaga alam sekitar. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat
ditiup kesedaran untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit demi sedikit
masalah dan hal ini dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam
sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Jadi, kempen kesedaran ini dapat diatasi apabila semua
rakyat sedar kepentingan alam sekitar.
Tuntasnya, kita harus bekerjasama dan memainkan peranan ini untuk mengekalkan
kebersihan alam sekitar. Kita tidak sepatutnya meletakkan masalah ini diatas bahu kerajaan
dengan semata-matanya. Kerjasama yang erat antara rakyat Malaysia dengan kerajaan
tentunya akan lebih bermakna dan hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang.
Sinomin dengan slogan negara Negara Bersih, Rakyat Sihat .

10
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

5. Langkah-langkah menangani kes pembuangan bayi


Dewasa ini, masalah sosial dalam kalangan masyarakat semakin menjadi-jadi bagai
cendawan tumbuh selepas hujan. Antaranya termasuklah kes pembuangan bayi yang semakin
berleluasa di negara kita. Dalam siaran berita di radio atau di televisyen, berita- berita seperti
ini begitu kerap dilaporkan. Hal ini bukan sahaja menyusahkan banyak pihak malah imej
negara kita akan terjejas. Oleh hal yang demikian, pelbagai langkah harus diambil untuk
membendung masalah ini.
Satu daripada langkah yang perlu dilaksanakan ialah semua lapisan masyarakat
hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program. Pendidikan ini bertujuan
memberikan buah fikiran mengenai perkahwinan yang sah kepada rakyat. Melalui cara ini,
orang ramai akan menjadi lebih berhati-hati supaya tidak melakukan perbuatan sumbang.
Perkara ini harus ditekankan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya para remaja.
Sebagai contohnya, program pendidikan keibubapaan perlu diadakan untuk mendidik remaja
tentang perkara yang perlu diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. Tegasnya, orang ramai
perlu diberi kesedaran tentang kesan buruk aktiviti pembuangan bayi.
Selain itu, pihak berkenaan hendaklah mengadakan ceramah atau kempen pada
peringkat sekolah mahupun peringkat taman-taman perumahan. Melalui program tersebut,
masyarakat dapat diberi kesedaran tentang keburukan pergaulan bebas. Seperti yang kita
ketahui, kes pembuangan bayi berpunca daripada pergaulan bebas yang dianggap sebagai
suatu perkara biasa bagi warga urban kini. Kita seharusnya mengelakkan diri daripada unsur
negatif tersebut supaya tidak menjadi seperti sudah terhantuk baru nak terngadah. Sebagai

11
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

contohnya, kempen kesedaran ini perlu dilakukan secara besar-besaran melalui iklan, risalah
dan lain-lain. Usaha dinamik dan secara konsisten ini diperlukan untuk membimbing rakyat
supaya sentiasa berada di landasan yang betul dalam kehidupan.
Langkah yang seterusnya ialah menyediakan perkhidmatan kaunseling yang perlu
diurus oleh pihak kebajikan masyarakat. Khidmat nasihat hendaklah diberikan kepada
mangsa rogol dan individu yang mengandung tanpa nikah. Hal ini disebabkan mangsa
mengalami ketidakstabilan emosi dan mungkin akan cuba mencederakan diri sendiri. Sebagai
contohnya, mangsa rogol sanggup membunuh diri kerana tidak dapat menerima kenyataan
sebenar. Oleh hal yang demikian, pusat kaunseling perlu diperbanyak diseluruh negara untuk
membantu mangsa-mangsa tersebut.
Di samping itu, pesalah yang disabitkan kesalahan berzina atau kes rogol perlu
dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contohnya, hukuman bagi kesalahan berzina dan
merogol adalah seperti penjara dan hukuman sebat. Perogol atau orang yang mencabul
kehormatan wanita merupakan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Mereka perlu
dijatuhi hukuman yang berat sebagai peringatan kepada orang lain. Hal ini menyebabkan
wanita-wanita ini kehilangan harga diri dan terpaksa menanggung malu sepanjang hayatnya.
Perkara tersebut juga akan menconteng arang ke muka ahli keluarga mangsa. Oleh sebab itu,
undang-undang negara perlu dikuatkuasakan supaya perogol atau mereka yang berzina berasa
serik atau takut untuk melakukan perkara tersebut.
Seterusnya, pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa
untuk menyedarkan anak-anak tentang dosa dan balasan yang akan diterima. Ibu bapa
hendaklah menitikberatkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak dan proses ini
hendaklah diteruskan walaupun seseorang itu telah meningkat umur dewasa. Pendidikan
agama dan moral amatlah penting dan perlulah disemaikan dalam sanubari rakyat. Sebagai
contohnya, anak-anak perlu diberi didikan agama sejak kecil kerana melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Cara ini adalah amat efektif untuk mewujudkan masyarakat yang bebas
daripada kes pembuangan bayi.
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk
menyelesaikan dan mengurangkan kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita.
Masalah tersebut akan menular dan menjadi duri dalam daging jika tidak ditangani segera
ketika negara sedang berusaha untuk mencapai wawasan 2020. Kerjasama daripada semua
pihak adalah amat penting untuk membendung masalah ini kerana ke bukit sama-sama
didaki, ke lurah sama-sama dituruni. Melalui usaha ini, hasrat kerajaan untuk melahirkan
masyarakat yang sihat dari segi lahiriah dan rohani dapat direalisasikan.

12
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

6. Faktor-faktor berlakunya jenayah pemerdagangan


manusia dan langkah-langkah yang harus diambil
untuk menanganinya
Era globalisasi yang sarat dengan pelbagai cabaran zahir dan maya ini, terbit satu
masalah yang kian membimbangkan masyarakat dunia iaitu jenayah pemerdagangan
manusia. Isu yang semakin berleluasa ini sering melibatkan golongan wanita dan kanakkanak. Namun begitu, pendedahan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) baru-baru ini
menunjukkan bahawa golongan remaja turut dijadikan mangsa jenayah pemerdagangan
manusia. Hal ini sungguh membimbangkan kerana situasi tersebut mampu menyebabkan
gejala negatif yang lain turut menjadi serius. Misalnya, mangsa jenayah pemerdagangan
manusia sering dijadikan sebagai pelacur, buruh paksa, hamba seks dan pengemis upahan.
Malah, menurut Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, sebanyak dua puluh tujuh
sindiket pemerdagangan manusia yang bergiat aktif di Malaysia berjaya ditumpaskan
sepanjang enam bulan pertama tahun ini. Penumpasan sindiket-sindiket tersebut telah
menyelamatkan ratusan individu yang menjadi mangsa mereka. Keadaan ini jelas
menunjukkan bahawa jenayah pemerdagangan manusia sememangnya semakin serius dan
perlu diatasi dengan segera. Hakikatnya, jenayah pemerdagangan manusia hanya boleh
diatasi jika kita memahami faktor-faktor berlakunya jenayah tersebut.
Pertama sekali, kewujudan korupsi dan unsur rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan
menyebabkan jenayah ini sukar ditangani. Sindiket pemerdagangan manusia sering
memanfaatkan
kewujudan
pegawai
kerajaan yang
mudah
dirasuah
untuk
memudahkan pelaksanaan modus operandi mereka. Misalnya, pegawai imigresen
yang menjaga sempadan negara boleh dilepasi dengan mudah oleh ejen-ejen sindiket
pemerdagangan manusia bersama mangsa mereka hanya dengan menghulurkan beberapa
helai wang kertas lima puluh ringgit kepada mereka. Keadaan kini bertambah keruh apabila
pegawai-pegawai kerajaan sendiri bertindak membantu sindiket pemerdagangan manusia.
Contohnya, mereka mencari individu yang berpotensi untuk diperdagangkan dan

13
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

menyerahkan insan-insan yang tidak berdosa itu kepada ejen pemerdagangan manusia. Hal
ini amat menyedihkan kerana pihak yang patut memainkan peranan untuk mengatasi jenayah
pemerdagangan manusia bertindak sebaliknya ibarat kata pepatah harapkan pagar, pagar
makan padi. Maka, jenayah tersebut pasti sukar ditangani jika wujud pegawai-pegawai
kerajaan yang berkorupsi.
Selain itu, jurang ekonomi antara negara-negara jiran turut menjadi faktor
jenayah pemerdagangan manusia. Rakyat negara yang miskin sudah tentu ingin menambah
baik taraf hidup mereka dengan apa jua cara yang mudah. Oleh itu, mereka memilih untuk
bekerja di negara jiran yang lebih kaya tetapi kekurangan tenaga kerja. Namun begitu,
terdapat pihak- pihak tertentu yang mengambil kesempatan terhadap mereka dengan
menaburkan janji-janji manis seperti pekerjaan, tempat tinggal dan kehidupan yang lebih
baik. Malangnya, selepas individu-individu tersebut dibawa ke luar negara, mereka dijual
kepada pihak lain dan dijadikan hamba seks dan buruh paksa. Situasi ini terbukti berlaku
apabila statistik Jabatan Siasatan Jenayah PDRM menunjukkan hampir kesemua individu
yang berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia
berasal dari negara-negara jiran yang berpendapatan rendah seperti Myanmar, Vietnam dan
Laos. Keadaan ini membuktikan bahawa jurang ekonomi antara negara-negara serantau turut
menjadi faktor wujudnya jenayah pemerdagangan manusia.
Di samping itu, tahap kesedaran masyarakat terhadap isu pemerdagangan manusia yang
rendah juga menyebabkan jenayah tersebut terus berleluasa. Masyarakat yang bersikap
seperti katak di bawah tempurung menjadi punca yang memangkin kewujudan pelbagai
jenayah merentasi sempadan. Masyarakat kini sering bersikap seperti enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing dan tidak peka terhadap situasi di sekeliling mereka.
Umpamanya, terdapatkah individu pada hari ini yang melihat pengemis kanak-kanak cacat
sanggup bersikap proaktif dan membawanya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat?
Keengganan masyarakat untuk mengambil tahu tentang isu semasalah menyebabkan situasi
seperti ini berlaku. Lebih membimbangkan lagi apabila masyarakat mendiamkan diri
meskipun tahu tetang kewujudan sindiket pemerdagangan manusia di kawasan tempat tinggal
mereka. Misalnya, pihak PDRM berjaya menangkap seorang lelaki di sebuah rumah bersama
tiga puluh orang wanita warganegara Vietnam yang dikurung di dalam sebuah bilik. Siasatan
lanjut mendapati lelaki itu terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia sejak lima tahun
yang lalu dan menjadikan rumahnya sebagai tempat menjalankan urusan sindiketnya itu.
Sekiranya masyarakat di kawasan perumahan itu bersikap proaktif, pasti sindiket tersebut
terbongkar lebih awal. Malangnya, sikap mereka yang kurang peka terhadap situasi
disekeliling memudahkan lelaki itu untuk menjalankan sindiketnya selama separuh dekad.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat yang mendiamkan diri akan menyebabkan
jenayah pemerdagangan manusia terus melarat.
Faktor-faktor jenayah pemerdagangan manusia sememangnya sukar diatasi.
Walau bagaimanapun, jika pihak kerajaan mewujudkan undang-undang yang dapat
menjatuhkan hukuman yang lebih berat terhadap dalang sindiket pemerdagangan manusia,
pasti jenayah tersebut dapat ditangani. Kejayaan Akta Dadah Berbahaya dalam mengekalkan

14
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

jumlah kes penyeludupan dadah pada tahap yang rendah harus dijadikan contoh untuk
mewujudkan mekanisme yang sama demi mengurangkan kes pemerdagangan manusia.
Hukuman penjara sahaja tidak memadai buat pesalah yang sanggup menjalankan urusan jual
beli manusia. Hukuman mati mandatori patut dikenakan terhadap mereka supaya dapat
menjadi pengajaran kepada masyarakat. Pada masa yang sama, pihak kerajaan
perlu mewujudkan mekanisme yang tepat untuk menyifarkan kes rasuah dalam kalangan
pegawai kerajaan. Jika kes rasuah dapat disifarkan, sudah tentu pelaksanaan undang-undang
menjadi lebih berkesan sekali gus mengurangkan kes pemerdagangan manusia.
Seterusnya,
pemimpin-pemimpin
negara
serantau
perlu
bekerjasama
untuk mengurangkan jurang ekonomi. Komuniti ASEAN yang bakal diwujudkan pada tahun
2015 patut dizahirkan kerana langkah tersebut diyakini mampu mengurangkan jenayah
merentasi sempadan apabila negara-negara di Asia Tenggara menjalin kerjasama politik,
ekonomi dan sosial. Sekiranya negara-negara serantau membangun secara serentak,
keperluan rakyat sesebuah negara untuk bekerja di negara jiran akan berkurang. Secara tidak
langsung, keadaan ini seterusnya akan mengurangkan pemerdagangan manusia.
Selain itu, masyarakat pula perlu bersikap proaktif dan melaporkan gerak-geri yang
mencurigakan di sekeliling mereka. Mereka harus bekerjasama dan memastikan kawasan
tempat tinggal mereka tidak dijadikan sebagai markas pemerdagangan manusia. Contohnya,
Persatuan Rukun Tetangga perlu sentiasa menjalankan pelbagai langkah untuk
membanteras perlakuan jenayah di kawasan perumahan mereka. Masyarakat tidak perlu takut
untuk melaporkan jenayah pemerdagangan manusia kepad pihak berkuasa kerana identiti
mereka akan dirahsiakan. Maka, sekiranya rakyat Malaysia bersikap proaktif,
pasti jenayah pemerdagangan manusia mampu diatasi dengan mudah.
Tuntasnya, sememangnya terdapat pelbagai faktor berlakunya jenayah pemerdagangan
manusia dan pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi jenayah
tersebut. Namun begitu, langkah-langkah tersebut hanya akan membuahkan hasilnya jika
pihak kerajaan dan masyarakat berganding bahu kerana sesungguhnya bertepuk sebelah
tangan tidak akan berbunyi. Semoga dengan penyifaran jenayah pemerdagangan
manusia, kita dapat menzahirkan Wawasan 2020 dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan negara-negara lain di dunia.

15
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

7. Isu kemalangan jalan raya (rencana)


Punca-Punca Kemalangan Jalan Raya
Oleh Nik Tik Hajar Aisyah bt Ismail
Adalah menjadi harapan saya agar rakyat Malaysia akan sentiasa
beringat dan berwaspada semasa dalam perjalanan pulang ke kampung
halaman. Bersama kita jadikan jalan raya kita jalan yang selamat.
Demikianlah sedutan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menghadiri majlis
berbuka puasa bersama-sama anak yatim di Putrajaya baru-baru ini.
Peribahasa alah bisa tegal biasa kini telah menjadi sinonim dengan
masyarakat Malaysia memandangkan saban hari rakyat Malaysia disajikan
dengan berita-berita kemalangan jalan raya yang menyayatkan hati sama
ada di dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Walaupun OPS Sikap XIII
sempena Aidilfitri baru-baru ini berjaya mengurangkan kes kemalangan
maut daripada 213 kes kepada 203 kes, namun statistik masih
menunjukkan bahawa kemalangan keseluruhan pada tahun ini meningkat
sebanyak lima peratus berbanding tahun lalu. Persoalannya, apakah
punca-punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya
walaupun pelbagai pihak telah memainkan peranan mereka dalam
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya?
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Universiti Teknologi Mara (UTM),
sikap pemandu ketika berada di jalan raya merupakan faktor dominan
berlakunya kemalangan jalan raya. Memang tidak dapat dinafikan,
pemandu marcapada ini memandang enteng terhadap peraturanperaturan jalan raya yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa..
Buktinya, ramai pemandu yang tidak mematuhi speed limit terutamanya
ketika memandu di lebuh raya sehingga menyebabkan mereka gagal
mengawal kenderaan apabila cuba membelok ke kanan atau ke kiri di
selekoh-selekoh jalan. Di sisi itu, risiko untuk seseorang mengalami
kecelakaan jalan raya adalah lebih tinggi bagi mereka yang memandu
dalam keadaan mengantuk atau pun mabuk. Hal ini demikian kerana
pemandu yang memandu kenderaan ketika mengantuk akan hilang

16
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

konsentrasi semasa memandu dan secara tidak langsung menyebabkan


kenderaan dikawal secara auto-pilot yang akhirnya membawa kepada
kemalangan jalan raya. Selain itu, sikap sesetengah pemandu yang leka
berbual-bual dengan rakan sebelah serta mengggunakan telefon bimbit
ketika memandu turut menyebabkan kemalangan. Pernyataan ini
diperkuatkan lagi apabila statistik menunjukkan bahawa 94 peratus
pengguna jalan raya terlibat dalam kemalangan jalan raya berpunca
daripada sikap acuh tak acuh mereka ketika berada di jalan raya. Pendek
kata, kecuaian pemandu ketika di jalan raya merupakan penyumbang
utama kemalangan jalan raya.
Bak kata pepatah Melayu, kalau tidak ada angin, masakan pokok
bergoyang kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya.
Selain daripada faktor manusia, keadaan fizikal jalan raya yang tidak
memuaskan turut membawa kepada kemalangan jalan raya. Di samping
struktur jalan yang berlekak-lekuk serta mempunyai permukaan yang
tidak rata, infrastruktur jalan yang turut gagal berfungsi juga boleh
membahayakan pengguna jalan raya khususnya bagi mereka yang
memandu pada waktu malam. Seperti yang kita ketahui, rakyat Malaysia
gemar memulakan perjalanan mereka pada waktu malam khususnya
pada musim perayaan bagi mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas.
Namun, ketiadaan lampu jalan di sepanjang jalan raya menyebabkan
keadaan sekeliling menjadi gelap dan seterusnya membataskan
penglihatan para pemandu terhadap objek di hadapan mereka. Kondisi
sebegini bukan sahaja mengganggu tumpuan pemandu malah secara
tidak langsung menyebabkan pemandu tidak sedar akan posisi sebenar
kenderaan mereka. Tambahan pula, ketiadaan penghadang jalan raya
terutamanya di kawasan-kawasan yang tinggi seperti Genting Highlands
meningkatkan lagi risiko untuk sesebuah kenderaan terbabas jatuh ke
dalam lembah yang curam. Oleh itu, jelaslah bahawa kemalangan jalan
raya turut berlaku apabila prasarana jalan raya berada dalam keadaan
yang kurang memuaskan.
Melihat dari perspektif yang berbeza, aktiviti lumba haram yang
semakin menjad-jadi juga sering menyebabkan kemalangan maut
terutamanya dalam kalangan katak-katak rempit. Tanpa mengira keadaan
trafik, para pelumba motosikal haram ini akan berkumpul dan berlumba di
tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Kodok-kodok rempit ini
akan bermaharajalela di jalan-jalan raya dan menjadi pemandu yang
beraja di mata dan bersultan di hati dengan aksi-aksi yang
membanggakan diri masing-masing. Aksi-aksi lumba haram yang ganas
seperti drift and drag, gaya aerospace dan superman bukan sahaja salah
di sisi undang-undang negara, malah membahayakan nyawa penguna

17
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

jalan raya yang lain serta nyawa pelumba haram itu sendiri. Cuba kita
bayangkan pelbagai kemungkinan yang akan menimpa pelumba haram
yang memecut laju dengan kelajuan 200 kilometer sejam secara tiba-tiba
gagal mengawal motosikalnya dan melanggar seorang kanak-kanak.
Adakah dia dan kanak-kanak itu masih terselamat? Dan adakah dia akan
dibawa ke muka pengadilan setelah menyebabkan kematian seorang
kanak-kanak yang tidak berdosa? Maka, tidak hairanlah jika aktiviti lumba
haram menjadi salah satu punca utama peningkatan kadar kemalangan
jalan raya yang kini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Dalam pada itu, kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan
peraturan juga merupakan punca kecelakaan di jalan raya. Walaupun
Malaysia mempunyai undang-undang dan peraturan yang ketat serta
mampu memberi kesan terhadap psikologi masyarakat tempatan, namun
ketidaktegasan dalam pelaksanaan undang-undang sudah pasti membuka
ruang kepada sesetengah pihak untuk terus melakukan kesalahan di jalan
raya. Sebagai contoh, akibat daripada ketidakjujuran segelintir pihak
berkuasa yang sanggup menerima rasuah, pemandu bas yang
mempunyai 13 saman dan dua waran tangkap masih terlepas daripada
tindakan undang-undang. Hal ini diperkukuhkan lagi apabila sebuah bas
yang digunakan sejak tahun 1987 serta telah empat kali gagal dalam
pemeriksaan Puspakom Sdn Bhd kerana masalah brek, serta disaman 19
kali oleh pihak polis sejak tahun 1991 dan merekodkan 79 saman
daripada pihak JPJ semenjak lima tahun lalu masih lagi dibenarkan
beroperasi di jalan raya. Adakah pihak berkuasa terlalu alpa akan
tanggungjawab mereka dalam memakmurkan alam sehingga memandang
enteng terhadap perkara sebegini? Di manakah terletaknya keadilan dan
keunggulan undang-undang negara sehinggakan fenomena sebegini
masih diberi muka? Tuntasnya, kelemahan penguatkuasaan undangundang turut menjadi dalang dalam masalah kemalangan jalan raya.
Secara intihanya, kemalangan maut di jalan raya berpunca daripada
pelbagai faktor. Pada hakikatnya, kecelakaan jalan raya bukan sahaja
mengakibatkan kecederaan serta menyebabkan banyak nyawa terkorban,
malah telah memusnahkan alam sekitar dan kemudahan-kemudahan
yang terdapat di jalan raya. Hal ini secara tidak lansung telah
menyumbang kepada kejatuhan ekonomi negara memandangkan pihak
kerajaan terpaksa menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk membaik pulih
infrastruktur jalan. Oleh hal yang demikian, pelbagai pihak haruslah
berganding bahu dalam mencari ikhtiar supaya kadar kemalangan maut
jalan raya di Malaysia dapat dikurangkan. Jika negara Beijing berjaya
melakukannya, mengapa tidak Malaysia? Malaysia boleh! Insya-Allah.

18
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

8. Penggunaan kad kredit mendatangkan kebaikan dan


keburukan kepada pengguna
Kad kredit dilihat sebagai pengganti wang tunai atau dikenali sebagai wang plastik.
Antara contoh kad kredit yang tersohor di dunia ini meliputi American Express, Visa, dan
Master Card itu. Pihak media massa di Negara ini melihat penggunaan kad kredit sebagai
satu trend dalam kalangan masyarakat kita terutama golongan remaja yang baru menyertai
alam pekerjaan itu. Sebenarnya penggunaan kad ini membawa pelbagai implikasi sama ada
baik atau buruk.
Kebaikan utama kad kredit ialah pengguna tidak perlu membawa wang tunai yang
banyak apabila keluar membeli-belah. Situasi ini menjadikan pengguna lebih berminat untuk
menggunakan kad kredit apabila membuat sebarang pembelian. Seseorang itu hanya perlu
melayangkan kad apabila membuat pembelian tanpa sebarang masalah pula. Jadi, kad kredit
diminati penggunaannya kerana kad ini menjadikan penggunaan wang tunai semakin
berkurangan dalam setiap urus niaga itu.
Ketiadaan wang tunai dalam sebarang urusan pembelian juga menjadikan aspek
keselamatan pengguna lebih terjamin. Kajian sudah membuktikan bahawa penjenayah sering
mencari mangsa berdasarkan jumlah wang yang dibawa oleh mangsa tersebut. Penjenayah
akan berfikir dua kali untuk merompak pengguna kerana menyedari mangsa itu tidak
membawa wang tunai yang banyak setiap kali keluar rumah. Oleh itu, pengguna berasa lebih
selamat daripada penjenayah apabila menggunakan kad kredit yang tidak melibatkan wang
tunai itu.

19
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Namun, penggunaan kad kredit juga ada keburukannya seperti pengguna akan
berbelanja berlebihan apabila menggunakan kad itu. Pembelian kad kredit yang tidak
melibatkan wang tunai memudahkan masyarakat untuk menjadi rambang mata setiap kali
keluar membeli-belah. Mereka akan terdorong untuk membeli kerana tertarik dengan jualan
murah tanpa menyedari bahawa mereka sudah berbelanja melebihi kemampuan kewangan
sendiri. Akibatnya, pengguna yang menggunakan kad kredit tidak akan prihatin dengan nilai
wang yang dibelanjakan kerana tiada wang tunai yang dikeluarkan oleh mereka.
Selain itu, pembelian yang keterlaluan ini akan mendorong masyarakat menjadi
mangsa hutang lapuk pula. Jumlah kad kredit hendaklah diselesaikan setiap bulan kerana
kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pihak bank mengenakan kadar bunga yang
tinggi pula. Sikap tidak peduli pengguna terhadap aspek pembayaran pada masanya boleh
membawa jumlah hutang kad kredit itu menjadi lebih tinggi daripada jangkaan pengguna.
Maka, pihak bank akan mengambil tindakan undang-undang untuk mengisytiharkan
pengguna sebagai muflis apabila mereka gagal menjelaskan hutang keseluruhan kad kredit itu
pada masa tertentu.
Malah, kes penyelewengan kad kredit juga boleh berlaku terutama oleh kumpulan
sindiket penjenayah yang akan mengklonkan kad kredit pengguna. Laporan media massa
telah menyiarkan banyak kejadian pengguna dikenakan bayaran tanpa diri mereka sendiri
membuat pembelian itu. Kejadian penyelewengan ini bukan sahaja berlaku di negara ini
tetapi juga di seluruh dunia kerana kad kredit boleh digodam oleh pakar komputer dengan
mudah. Sesungguhnya, jenayah yang melibatkan penyelewengan kad kredit dijangka akan
menjadi kes jenayah yang paling banyak berlaku pada masa depan.
Konklusinya, penggunaan kad kredit memerlukan penilaian yang rasional lagi bijak
dalam diri pengguna itu. Kadar pengguna yang diumumkan muflis terus meningkat saban
tahun yang membuktikan bahawa penggunaan kad kredit ini terus menghantui kehidupan
masyarakat kita. Kegagalan untuk memahami betapa merunsingnya isu ini boleh menjejaskan
pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhannya lalu membawa kejatuhan ekonomi
secara drastik. Bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri yang mengingatkan kita betapa
pentingnya berbelanja mengikut kemampuan kewangan sendiri dalam mengharungi
kehidupan materialistic ini.

20
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

9. Kelemahan sesetengah pelajar melayu dalam mata


pelajaran Bahasa Melayu berpunca daripada sikap
tidak bersungguh-sungguh untuk mempelajari Bahasa
Melayu Perbahasan
Apabila sesuatu keputusan peperiksaan diumumkan, pelbagai analisis dibuat untuk
mengkaji prestasi para pelajar. Salah satu hasil analisis yang pernah kita baca ialah
merosotnya pencapaian pelajar Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab
yang terlibat ialah pelajar-pelajar Melayu yang bahasa ibundanya bahasa Melayu, maka
pelbagai rumusan dibuat. Salah satu rumusan itu ialah sikap tidak bersungguh-sungguh para
pelajar Melayu sendiri untuk mempelajari bahasa Melayu. Adakah benar rumusan itu? Jika
benar, mengapakah hal ini terjadi?
Sesetengah pelajar Melayu tidak mengambil berat terhadap mata pelajaran Bahasa
Melayu. Hal ini demikian kerana mereka menganggap bahawa mereka sudah mahir
berbahasa Melayu. Ketika mata pelajaran Bahasa Melayu diajarkan di dalam kelas, maka
pelajar-pelajar Melayu tersebut tidak menumpukan perhatian yang sepenuhnya.
Ketika mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan pula, mata-mata
pelajaran lain seperti Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Geografi, Sejarah, dan sebagainya
diberi tumpuan yang lebih banyak jika dibandingkan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu.
Hal ini berlaku kerana mata pelajaran Bahasa Melayu dianggap oleh pelajar-pelajar lebih
mudah. Pada saat terakhir barulah mata pelajaran Bahasa Melayu hendak diulang kaji.
Sebagai akibatnya mata pelajaran Bahasa Melayu tidak dapat diulang kaji secara menyeluruh.
Oleh hal yang demikian, pelajar-pelajar Melayu itu gagal menjawab soalan-soalan
peperiksaan yang dikemukakan itu dengan baik.
Ada juga yang jarang-jarang atau tidak merujuk kepada kamus apabila menemukan
kata-kata baru atau kata-kata yang sukar. Biasanya, mereka lebih gemar mengagak-agak

21
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

maknanya atau ejaannya dan terus menggunakannya dalam ayat. Sebagai akibatnya, pelbagai
kesalahan dari segi penggunaan kata dan ejaan dapat ditemukan, baik dalam latihan yang
dikerjakan mahupun dalam kertas jawapan peperiksaan.
Dalam pada itu, sebilangan pelajar Melayu didapati amat kurang membaca buku
tentang tatabahasa Melayu. Mereka tidak berbuat demikian kerana yakin bahawa bahasa yang
dituturkan oleh mereka itu sudah cukup baik dan bentuk bahasa Melayu yang digunakan
dalam bahan bacaan yang selalu dibaca, misalnya surat khabar, majalah, cerpen, novel, dan
sebagainya adalah betul. Biarpun mungkin bentuk bahasa yang digunakan itu salah, mereka
tidak mengetahuinya. Sebagai akibatnya, bentuk bahasa yang salah dianggap sebagai betul.
Bentuk bahasa yang salah inilah yang sering digunakan oleh mereka, baik dalam latihan atau
dalam kertas jawapan peperiksaan.
Berdasarkan fakta-fakta yang diberikan, ternyatalah bahawa sikap tidak bersungguhsungguh sesetengah pelajar Melayu itu sendirilah yang menyebabkan mereka lemah dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu. Anggapan bahawa sebagai penutur asli maka pelajar Melayu
mudah dapat menguasai Bahasa Melayu haruslah dikikis.

22
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

10. Kesan buruk penyalahgunaan


masyarakat dan Negara Fakta

dadah

terhadap

Dadah memberikan manfaat yang besar pada dunia perubatan. Pelbagai kajian
dilakukan untuk menghasilkan pelbagai jenis dadah yang digunakan untuk perubatan.
Walaupun dadah memberikan pelbagai kebaikan, dadah juga mengakibatkan pelbagai
keburukan. Hal ini berlaku apabila penggunaan dadah ini dilakukan secara berterusan
sehingga mengakibatkan ketagihan yang mendatangkan pelbagai keburukan.
Dadah boleh memusnahkan kebahagiaan hidup seseorang. Apabila seseorang menagih
dadah, maka gelaplah masa depannya. Badan dan otaknya menjadi lemah sebagai akibat
dadah yang telah meracuni tubuhnya. Hidupnya akan senantiasa terseksa oleh rasa loya,
pening, sakit perut, kekejangan, muntah-muntah, dan pelbagai gejala penyakit lagi. Gejala
penyakit yang paling dahsyat sebagai akibat penggunaan dadah ialah Sindrom Kurang Daya
Tahan Penyakit (AIDS). Puncanya bukan dadah tetapi jangkitan virus kurang daya tahan
melawan penyakit (HIV) pada jarum suntikan yang dikongsi bersama-sama dengan penagih
lain.
Apabila muda-mudi terpengaruh oleh dadah, mereka tidak berguna lagi kepada
masyarakat. Malah keharmonian, keamanan, dan keselamatan masyarakat pula terancam. Di
samping itu, sebagai akibat pengaruh dadah, seseorang akan kehilangan harga diri dan
kehilangan sifat-sifat kemanusiaan. Mereka sanggup merompak, sering berbalah, dan
sanggup berbunuh-bunuhan semata-mata kerana dadah.
Negara akan kerugian juga dari segi sumber tenaga manusia apabila banyak belia yang
menagih dadah. Hal ini demikian kerana tenaga mereka tidak dapat digunakan untuk
membangunkan negara. Sebagai akibatnya, pembangunan negara akan terjejas dengan
teruknya. Selain itu, berjuta-juta ringgit terpaksa dibelanjakan oleh kerajaan untuk
memberikan rawatan kepada para penagih dadah. Peruntukan terhadap pembangunan
sosioekonomi negara terpaksa dikurangkan. Sebaliknya, peruntukan tersebut terpaksa
disalurkan untuk usaha membiayai pembinaan serta pengurusan pusat-pusat pemulihan
penagih dadah, melancarkan kempan antidadah, dan sebagainya.
Sesungguhnya, memang banyak bahaya sebagai akibat penyalahgunaan dadah. Oleh itu,
dadah dianggap sebagai musuh utama negara. Kerajaan turut melancarkan pelbagai kempen
untuk membendung masalah penyalahgunaan dadah. Usaha ini harus disokong dan tidak
harus dipikul oleh kerajaan semata-mata. Kita hendaklah bersama-sama bertanggungjawab

23
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

untuk membanteras masalah penyalahgunaan dadah ini demi keselamatan negara dan
kesejahteraan masyarakat umumnya.

11. Kemajuan teknologi maklumat dikatakan banyak


mendatangkan kesan yang positif ke arah
pembentukan
masyarakat
maju.
Oleh
itu,
masyarakat malaysia perlu memanfaatkan teknologi
maklumat sebaik-baik mungkin. pendapat
Teknologi maklumat bermaksud sebarang bentuk teknologi yang dapat menyalurkan
maklumat kepada manusia.Antara teknologi maklumat yang berkesan ialah telekomputer,
radio, televisyen, telefon, dan sebagainya.Penggunaan alat-alat ini dalam kalangan
masyarakat Malaysia mendatangkan kesan positif kepada negara dan seterusnya menaikkan
taraf negara kita ke arah negara maju.Oleh itu, kita seharusnya menggunakan teknologi
maklumat ini sebaik-baik mungkin.
Sebab utama kita perlu memanfaatkan teknologi maklumat adalah untuk
membolehkan kerajaan dan rakyat dapat berhubung dengan lebih mudah.Hal ini demikian
kerana kerajaan dapat menyiarkan segala rancangan dan dasarnya untuk pengetahuan
rakyat.Melalui kaedah ini, rakyat dapat memahami situasi sebenar,memberikan kerjasama,
dan memberi sokongan serta maklum balas terhadapnya.Hubungan yang rapat antara
kerajaan dan rakyat amatlah penting untuk menjamin keamanan dan kestabilan sesebuah
negara.Pentadbiran kerajaan menjadi lebih cekap setelah penggunaan teknologi moden
menjadi amalan dalam pentadbiran kerajaaan.Oleh itu, keupayaan teknologi maklumat
menyebabkan kerajaan dan rakyat seolah-olah berdekatan antara satu sama lain.
Seterusnya, teknologi maklumat dapat menambah pengetahuan orang ramai tentang
peristiwa semasa yang berlaku di dalam mahupun di luar negara.Dengan kemudahan seperti
internet,berita dan gambar-gambar yang terkini dapat disebarkan dan sebagai kesannya semua
pihak dapat memperoleh maklumat itu selengkapnya.Sebagai contoh, berita gempa bumi
yang berlaku di Pakistan disiarkan sacra lengkap dan terperinci dalam internet.Dengan yang
demikian, kita merasai seolah-olah dunia kini kian kecil dan mudah untuk kita memperoleh
apa-apa saja maklumat.
Kemajuan teknologi maklumat turut menjimatkan masa, wang, dan tenaga kita ketika
hendak berhubung dengan sesuatu pihak lain.Semua kemudahan yang disediakan melalui
teknologi maklumat mengambil masa yang singkat kerana segala urusan hanya menggunakan
kemudahan komputer.Wang yang digunakan untuk urusan pengangkutan dapat
dijimatkan.Semua ini menyebabkan tenaga yang digunakan berkurang.Sebagai contoh,
penggunaan e-mel di internet berupaya menjalankan segala urusan seperti ini dalam tempoh

24
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

yang singkat.Dengan itu terbuktilah bahawa kita memperoleh faedah yang berganda-ganda
setelah kita memanfaatkan teknologi maklumat.
Kesimpulannya, kemajuan teknologi maklunat amat penting dimanfaatkan oleh
sesebuah negara.Hidup kita tidak dapat lari daripada penggunaan teknologi seperti ini.Tanpa
penggunaan teknologi seperti ini, kita akan merasakan bahawa wujudnya halangan dalam
hubungan sesama manusia.Akhirnya, masyarakat yang ingin mencapai kemajuan dan
menghayati ciri-ciri globalisasi mestilah akur dengan kemajuan teknologi maklumat ini.

25
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

12.
Faktor-faktor yang menyebabkan kes ragut
menjadi lebih serius
Kejadian ragut yang sering menjadi-jadi merupakan satu jenayah yang amat
mengejutkan buat masyarakat kita. Kekerapan jenayah ini membuktikan bahawa ada sesuatu
yang tidak betul dalam masyarakat kita dewasa ini. Media massa menghuraikan pelbagai
faktor yang mendorong kejadian ini bersama-sama langkah untuk menanganinya tetapi
jumlah kes ragut terus meningkat saban tahun. Oleh itu, apakah punca-punca jenayah ini
menular dengan begitu cepat?
Sebenarnya jenayah ragut ini menjadi begitu menjadi-jadi ekoran sikap masyarakat itu
sendiri yang tidak memberi perhatian berat tentang aspek keselamatan mereka. Masih banyak
individu dalam masyarakat kita yang suka membawa wang yang banyak dalam dompet atau
tas tangan mereka dan ini menjadI sasaran peragut. Begitu juga dengan sikap kita yang gagal
mengambil langkah-langkah keselamatan apabila pulang dari pejabat bersendirian, berjalan di
lorong yang gelap, atau mudah percaya akan orang asing menjadikan kita sasaran mudah
peragut. Jadi, aspek keselamatan diri yang kurang diberi perhatian telah menyebabkan ragut
semakin menjadi satu kebiasaan di negara ini pula.
Malah, kejadian ragut turut diburukkan lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang
sedang mengalami kegawatan ekonomi yang begitu teruk. Banyak kilang dan syarikat di
negara ini yang terpaksa membuang pekerjanya kerana kekurangan permintaan terhadap
produk mereka dengan drastik. Ketidakupayaan pekerja yang dibuang kerja itu untuk mencari
kerja lain dalam masa yang terdekat telah menjurus mereka ke kancah jenayah terutama
apabila memikirkan makan minum anak isteri pula. Oleh itu, kes ragut meningkat kerana
banyak pekerja tidak mempunyai pekerjaan lalu beralih menjadi peragut untuk
menyelesaikan masalah mereka secara mudah.
Seterusnya masalah ini bertambah serius kerana kegagalan pihak berkuasa mengambil
langkah pencegahan yang efektif. Kekurangan kamera litar tertutup di kawasan-kawasan
berisiko tinggi menyebabkan masalah ini terus menjadi-jadi. Jika kerajaan memasang lebih
banyak kamera seperti ini sudah pasti penjenayah berfikir dua kali sebelum bertindak. Oleh
itu, kekurangan kamera litar tertutup telah menyebabkan masalah ini berterusan terutama di
kawasan sunyi dan ketika waktu malam.
Kemelut ini turut ditimbulkan akibat kekurangan didikan keagamaan terutama
terhadap generasi muda kita. Amalan agama sudah makin dilupakan berdasarkan semakin
moden sesebuah masyarakat itu. Kekurangan aspek agama menyebabkan kurangnya
ketahanan diri seseorang untuk tidak melakukan jenayah. Sudah hilang rasa takut akan
balasan Tuhan jika melakukan kesalahan jenayah. Maka, ragut meningkat kerana masyarakat
kita sudah lupa akan agama mereka.
Akhirnya, semua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah jenayah
ini tanpa perlu menuding jari mencari kesalahan pula. Sementara itu pihak kerajaan harus

26
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

mencari alternatif untuk menangani isu pembuangan kerja ketika kegawatan ekonomi untuk
memastikan jenayah ini tidak merebak. Kegagalan mengawal jenayah ini mampu
menjejaskan imej negara pada mata masyarakat dunia. Mungkin peribahasa sudah terantuk
baru tengadah memberikan kita satu pandangan supaya bersedia sedia sebelum masalah itu
berlaku.

13. kesan-kesan kemasukan


negara Malaysia

warganegara

asing

ke

Warganegara asing dilihat sebagai satu kelompok manusia yang datang ke sesebuah
negara lain pula untuk mencari rezeki. Rakyat dari Indonesia, Myammar, Vietnam, dan
Bangladesh dilihat sebagai golongan utama yang datang ke Malaysia. Ada pihak yang

27
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

menentang kehadiran warganegara asing ini tetapi ada juga yang menerima kedatangan
mereka dengan tangan terbuka berdasarkan laporan media massa kita. Jadi, kita semua harus
sedar bahawa kehadiran orang luar ini membawa pelbagai impak kepada masyarakat dan
negara kita.
Impak yang mudah difahami apabila warganegara asing berleluasa di negara ini ialah
kes jenayah akan meningkat secara mendadak. Kajian sudah membuktikan ada kes jenayah
seperti rompak dan ragut serta perkosaan dilakukan oleh orang asing terutama mereka yang
kesempitan wang itu. Tindakan drastik sebegini juga dilakukan setelah warga asing ini ditipu
oleh pihak-pihak tertentu yang menjanjikan pekerjaan sebaik sahaja sampai di negara ini.
Sesungguhnya, kehadiran orang asing ini akan menjadikan negara ini tidak selamat kerana
kes jenayah terhadap rakyat tempatan terus berlaku secara berleluasa itu.
Selain itu, penyakit berbahaya boleh merebak melalui kehadiran jutaan warganegara
asing di negara ini. Masyarakat dunia sudah mengetahui bahawa ada penyakit seperti SARS,
H1N1, dan penyakit kelamin yang disebarkan oleh orang luar. Kadar kematian akibat
penyakit sebegini begitu tinggi lalu boleh mewujudkan wabak penyakit pula yang
memerlukan kerjasama negara serantau untuk mengekang penularannya kelak. Maka,
semakin banyak warganegara asing datang ke negara ini semakin tinggilah risiko berlakunya
wabak penyakit pada suatu masa nanti.
Tambahan pula, jumlah populasi negara akan menjadi lebih banyak apabila jumlah
warga asing ini ditambah semuanya. Masalah ini boleh berlaku kerana ada warga asing itu
datang secara haram lalu jumlah sebenar penduduk warga asing ini sukar untuk ditentukan
oleh pihak berkuasa. Penduduk yang ramai boleh menyukarkan pihak berkuasa untuk
merancang kemudahan awam kerana kepadatan penduduk sukar ditentukan itu. Jelaslah,
kerajaan sukar untuk merancang projek kemudahan awam kerana jumlah penduduk tempatan
dan asing tidak dapat ditentukan dengan tepat.
Namun, warga asing ini juga boleh menjadikan kos buruh di Malaysia lebih murah
berbanding negara jiran. Kebanyakan warga asing ini datang ke Malaysia untuk bekerja
dengan kadar upah yang rendah tetapi masih sanggup bekerja dengan tekun. Situasi ini
menjadikan kos untuk melakukan sesuatu projek seperti projek pembinaan di negara ini akan
menjadi lebih murah apabila banyak menggaji pekerja dari negara asing itu. Oleh itu, kadar
buruh di negara ini akan mempunyai daya saing yang bersesuaian dengan keadaan pasaran
kerja serantau itu.
Malah, ekonomi negara akan menjadi lebih rancak pertumbuhannya apabila warga
asing ini banyak di Malaysia. Negara akan mempunyai ekonomi yang mapan kerana
pertumbuhan ekonominya tinggi sepanjang tahun yang disebabkan oleh aktiviti perniagaan
yang berterusan tanpa gangguan itu. Perkembangan ekonomi yang sihat ini turut membawa
kestabilan politik dan sosial kepada rakyat Malaysia lalu menjadikan kualiti kehidupan lebih
baik berbanding negara jiran. Lantaran itu, kemasukan warga asing ini perlulah diterima
kerana kehadiran mereka akan memacu ekonomi negara menjadi lebih baik pada masa
hadapan.

28
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Kesimpulannya, semua kesan tadi harus dikaji dan diterima oleh masyarakat kita
secara terbuka. Semua pihak terutama masyarakat umum perlulah melihat warga asing ini
sebagai satu keperluan yang harus dipenuhi dalam kehidupan zaman moden ini. Cuma,
kedatangan warga asing ini hendaklah dipantau dengan cara yang lebih efektif dan efisien
supaya semua kesan negatif tidak akan berlaku lagi. Peribahasa lain padang lain belalang
seolah-olah mengingatkan kita dan warga asing ini supaya meghormati budaya serta
peraturan sesuatu tempat yang baru itu agar tidak berlaku sebarang masalah pada kemudian
hari.

14. Sebab-sebab remaja lari dari rumah


Remaja lari rumah diibaratkan sebagai remaja yang meninggalkan rumah tanpa
mendapat keizinan ibu bapa mereka. Kajian telah membuktikan bahawa golongan remaja
perempuan dari kawasan bandar lebih banyak lari dari rumah berbanding jantina yang lainnya
itu. Media massa telah menggunakan bahan berita sebegini untuk melariskan jualan akhbar
mereka atau menarik jumlah penonton ke saluran mereka itu. Sebenarnya, wujud pelbagai
faktor yang menyebabkan kemelut ini terus menular dalam kalangan remaja kita tersebut.
Sebab utama ialah ibu bapa pada zaman ini sering mengabaikan amalan mendidik
anak mereka itu. Kegagalan ini banyak dikaitkan dengan sikap ibu bapa yang terlalu sibuk
mengejar kejayaan kerjaya atau mencari rezeki buat keluarga mereka itu. Remaja akan berasa
diri mereka disisihkan oleh ibu bapa kerana tidak ada langsung interaksi dengan orang tua

29
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

mereka itu untuk tempoh yang panjang pula. Jadi, kegagalan ibu bapa melakukan tugas
mendidik itu yang membawa fenomena sosial ini terus berlaku dalam kalangan masyarakat
kita.
Selain itu, gejala sosial ini berlaku kerana remaja itu mengalami tekanan yang hebat
dalam kehidupan harian mereka. Tekanan ini melibatkan prestasi pelajaran di sekolah yang
berdasarkan peperiksaan itu dan juga harapan ibu bapa yang keterlaluan supaya anak mereka
berjaya dalam pelajaran tersebut. Remaja yang gagal mengawal tekanan sebegini akan berasa
cemas dan tidak tenang dalam kehidupan mereka lalu melihat lari rumah ini sebagai jalan
keluar yang paling mudah. Jelaslah, remaja yang tidak boleh mengawal tekanan hidup
menjadi golongan yang mudah terlibat dalam amalan buruk ini.
Tambahan pula, pengaruh rakan sebaya turut dilihat menjadi penyebab utama remaja
meninggalkan rumah tanpa kebenaran itu. Rakan sebaya yang masih mentah itu pasti
memberikan nasihat yang tidak rasional apabila remaja meluahkan perasaan mereka yang
tertekan tersebut. Tanpa disedari remaja akan mematuhi nasihat yang diberikan oleh
kawannya tanpa memikirkan impak buruk yang berlaku pada masa hadapan itu. Lantaran itu,
rakan yang tidak matang pemikirannya akan membawa banyak remaja terjebak dalam
perbuatan sumbang ini.
Pengaruh media massa turut mempunyai kaitan dalam penularan perbuatan lari dari
rumah ini. Penyiaran program hiburan Barat oleh pihak media massa terutama elektronik ini
telah meracuni pemikiran remaja kita tentang erti kehidupan sebenar itu. Lama-kelamaan,
minda remaja akan cuba meniru semua tindakan yang dilihat menerusi program tersebut
termasuklah tindakan lari dari rumah kerana beranggapan tindakan itu bijak. Sesungguhnya,
penyiaran program sebegini membawa minda remaja kita keliru lalu bertindak di luar batasbatas budaya tempatan itu pula.
Malahan, budaya lari rumah ini turut disebabkan oleh sikap remaja itu sendiri
terutama dalam mengharungi cabaran hidup ini. Ada remaja yang sengaja mencari masalah
kerana mahu diberi perhatian oleh ahli keluarga yang tidak berinteraksi itu. Jika amalan
sebegini dibiarkan sudah pasti remaja itu akan mengulangi kesilapan demi kesilapan kerana
sedar bahawa keluarga mereka akan terus membantu atau memberikan perhatian apabila
sebarang masalah terjadi. Oleh itu, remaja kita yang bersalah dalam isu ini kerana ada remaja
yang mempunyai sikap suka menimbulkan masalah dalam kehidupan ini atau berpura-pura
itu.
Pendek kata, semua hujah yang dihuraikan tadi membawa budaya lari rumah ini
sebagai satu perkara yang lazim berlaku dalam kalangan remaja kita. Semua pihak haruslah
berfikiran terbuka dalam menangani isu ini agar masalah sosial ini berjaya dikekang dengan
efektif. Jika semua pihak masih berdegil terutamanya ibu bapa yang tidak mahu menerima
pandangan hidup anak, sudah pasti gejala lari rumah ini akan berterusan untuk satu jangka
masa yang panjang pula. Peribahasa menconteng arang ke muka sendiri harus direnung oleh

30
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

remaja yang ingin melakukan perkara buruk ini kerana tindakan mereka itu pasti
menimbulkan rasa malu terhadap keluarga mereka untuk satu jangka masa yang panjang.

15. Faktor-faktor lunturnya semangat kejiranan dan


cara-cara mengatasinya
Semangat kejiranan merujuk satu perasaan yang mengutamakan jiran tetangga dalam
kehidupan seseorang itu. Pengamalan semangat ini melibatkan sikap sering berbual dengan
jiran, mengunjungi mereka ketika perayaan atau kecemasan serta membantu apabila
diperlukan tanpa sebarang pertanyaan. Media massa turut menyiarkan pelbagai kemelut yang
melibatkan aspek kejiranan di negara ini sehingga menimbulkan polemik yang meluas itu.
Akibatnya, pelbagai punca kemelut ini berlaku dan kaedah untuk mengatasinya harus
difahami segera.
Punca utama yang membawa lunturnya semangat kejiranan ini ialah perubahan dalam
pola kehidupan masyarakat kita itu. Masa bekerja masyarakat zaman moden sudah berubah
berbanding masa kerja zaman dahulu dan kesibukan bekerja itu membawa masyarakat
melupakan jiran mereka. Kesibukan bekerja ini telah membawa kesukaran masyarakat untuk
bertemu dan berbual sesama sendiri untuk mengukuhkan semangat kejiranan itu.
Sesungguhnya, perubahan dalam gaya hidup terutama masa bekerja telah menjadikan konsep
kejiranan itu semakin terhakis dalam jiwa manusia.

31
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Selain itu, kepupusan semangat kejiranan turut dikaitkan dengan jurang status
sosioekonomi masyarakat. Sudah wujud sesetengah ahli masyarakat kita yang berstatus tinggi
atau bergaji tinggi yang memandang rendah jiran mereka yang bergaji kecil itu. Persepsi yang
mengutamakan status diri menyebabkan kurangnya interaksi sesama jiran yang berbeza status
tersebut sehingga boleh menimbulkan perasaan tidak selesa pula. Jadi, semangat kejiranan di
negara ini semakin renggang kerana ada ahli masyarakat kita yang mengutamakan status
sosioekonomi apabila cuba menjalin sebarang hubungan kejiranan itu.
Tambahan pula, kajian membuktikan bahawa semangat kejiranan semakin hilang
disebabkan oleh sikap mengutamakan perkauman begitu menebal. Ada ahli masyarakat kita
yang tidak suka apabila mempunyai jiran yang berbeza kaum daripada diri mereka sendiri itu.
Situasi ini menyebabkan interaksi tidak akan berlaku sesama jiran itu kerana sudah wujud
pandangan serong terhadap jiran yang berlainan bangsa itu. Lantaran itu, rasa hormat
terhadap jiran yang berlainan bangsa akan hilang sehingga menjejaskan konsep kejiranan
yang mulia tersebut.
Kemelut kejiranan ini boleh ditangani apabila pihak berkuasa mengadakan lebih
banyak program berunsur kemasyarakatan di peringkat kebangsaan. Antara program itu
melibatkan majlis rumah terbuka setiap kali perayaan yang disambut oleh rakyat di negara ini
kerana program sebegini mewujudkan peluang rakyat untuk berinteraksi sesama sendiri.
Semakin kerap program sebegini dianjurkan oleh kerajaan semakin rapatlah hubungan yang
boleh dijalin sesama ahli masyarakat di negara ini yang berbilang kaum itu. Ringkasnya,
program kemasyarakatan harus menjadi agenda utama kerajaan dalam melaksanakan
sebarang program mereka itu.
Ibu bapa juga berperanan dalam memupuk semangat kejiranan ini dengan
menyuburkan konsep jiran yang positif dalam jiwa anak mereka. Golongan tua ini boleh
membawa anak mereka menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan kejiranan mereka
itu seperti aktiviti kenduri-kendara dan gotong-royong itu. Apabila anak-anak didedahkan
dengan amalan yang murni ini sudah pasti jiwa mereka akan terbuka lalu memahami
keperluan mempunyai jiran yang rapat itu dalam kehidupan moden ini. Maka, ibu bapa
mempunyai tugas berat dalam usaha memastikan semangat kejiranan di negara ini terus
wujud tanpa sebarang masalah.
Kesimpulannya, semangat kejiranan di negara ini sedang mengalami satu krisis yang
besar tetapi masih sempat untuk diubah situasinya itu. Semua pihak mempunyai tugas berat
dalam usaha mengekalkan semangat kejiranan di negara ini kerana dugaan yang menanti
begitu hebat pula. Ketiadaan semangat kejiranan boleh menyebabkan pelbagai masalah
melanda Malaysia seperti perselisihan kaum, kejatuhan ekonomi, dan kemungkinan
berlakunya peperangan itu amat besar. Peribahasa bersatu teguh bercerai roboh membuktikan
bahawa semangat kejiranan penting dalam mengekalkan keharmonian di negara ini untuk
dinikmati oleh generasi akan datang itu.

32
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

16. Cara-cara untuk memupuk perpaduan di negara kita


Perpaduan merujuk satu suasana atau ikatan yang mesra antara rakyat sesebuah
negara itu. Antara impak yang timbul akibat ketiadaan perpaduan ialah peperangan, sikap
saling bergaduh dan juga ketiadaan pertumbuhan ekonomi yang stabil di sesebuah negara itu.
Tulisan mengenai kepentingan perpaduan telah banyak kali diketengahkan oleh pihak media
massa di negara ini lalu membuktikan betapa seriusnya konsep ini kepada masyarakat kita.
Jadi, kaedah-kaedah untuk mencapai perpaduan di negara ini harus diketahui dengan
mendalam pula.
Tindakan yang paling efektif untuk memupuk perpaduan di negara ini ialah
perkahwinan campur diberikan satu lonjakan atau galakan baru. Maknanya perkahwinan
campur menjadi satu lumrah dalam masyarakat kita kerana cara ini merupakan kaedah paling
mudah tetapi praktikal untuk dilaksanakan oleh masyarakat. Impaknya ialah satu generasi
muda yang lebih bertoleransi terhadap perbezaan kebudayaan dapat dihasilkan kerana sudah
melihat perbezaan budaya kedua-dua ibu bapa mereka itu. Jadi, perpaduan di negara ini
mampu dicapai dengan mudah jika konsep perkahwinan campur itu dilihat sebagai sesuatu
yang positif dan murni pula.
Pada masa yang sama, konsep rumah terbuka harus diluaskan di negara ini kerana
setiap kaum mempunyai perayaan yang tersendiri pula. Rumah terbuka ketika musim
perayaan membolehkan sesiapa sahaja melawat rumah jiran mereka lalu mewujudkan satu
persefahaman tentang kehidupan mereka itu tanpa disedari pula. Lama-kelamaan lawatan
sebegini memberikan satu pandangan yang positif tentang jiran tetangga yang kemudiannya
turut mengukuhkan lagi semangat perpaduan yang wujud dalam jiwa masyarakat mereka itu.

33
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Maka, perpaduan masyarakat berbilang kaum boleh dicapai melalui perluasan konsep rumah
terbuka di negara ini.
Bukan sahaja perkahwinan campur diberi galakan dan konsep rumah terbuka
diluaskan tetapi sikap saling menghormati antara satu sama lain harus ditekankan juga. Sikap
saling hormat ini menyebabkan setiap lapisan masyarakat tidak akan berani untuk
mengeluarkan sebarang ungkapan atau istilah yang boleh menyinggung perasaan kaum yang
lain pula. Ketertinggian pandangan terhadap perasaan individu daripada kaum lain
menyebabkan rasa perpaduan itu begitu menebal dalam jiwa setiap insan di negara ini.
Justeru, perpaduan akan terus menjadi sesuatu yang dihargai di negara ini jika sikap saling
menghormati itu wujud dalam jiwa penduduk negara.
Malahan, satu program berunsur perpaduan boleh dianjurkan di peringkat sekolah
terutama dalam kalangan remaja untuk memastikan generasi muda turut memiliki perasaan
perpaduan ini. Program ini boleh menekankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pembabitan
semua pelajar daripada pelbagai kaum untuk mewujudkan satu interaksi pula. Jiwa remaja
yang masih mudah sudah pasti akan mudah untuk ditanam dengan unsur perpaduan ini
kerana mereka masih belum memiliki sebarang perasaan negatif terhadap kaum yang lain
pula. Maka, penganjuran program yang bersesuaian dalam kalangan remaja menjadi satu
mekanisme yang baik untuk memupuk perpaduan ini.
Tambahan pula, pihak media massa terutama stesen penyiaran tempatan terutama
swasta boleh menyiarkan pelbagai program yang berunsur perpaduan. Rancangan hiburan,
drama dan dokumentari perlulah menekankan unsur perpaduan seperti mengambil semua
pelakon tanpa mengira kaum atau menyiarkan sejarah kaum yang wujud di Malaysia.
Program melalui media massa ini sudah pasti akan tertanam secara perlahan-lahan dalam jiwa
masyarakat terutama jika unsur hiburan turut diselitkan dalam setiap program tersebut.
Sesungguhnya, perpaduan akan tercapai dengan lebih mudah melalui penyiaran pelbagai
program berunsur perpaduan di media massa kita.
Konklusinya, semua kaedah untuk mencapai perpaduan tadi memang mampu untuk
dilaksanakan lalu mencapai matlamatnya. Semua pihak perlulah memberikan kerjasama yang
baik terutama masyarakat demi perpaduan sejati itu. Ketiadaan kerjasama yang padu boleh
membawa kemusnahan kepada negara ini pada masa yang mendatang terutama jika isu-isu
sensitif terus digunakan oleh pihak-pihak terbabit pula. Peribahasa bersatu teguh bercerai
roboh membuktikan perpaduan itu amat penting buat mana-mana negara di dunia ini kerana
tanpanya negara itu pasti akan mudah dijajah oleh kuasa-kuasa asing pula.

34
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

17. Punca-punca makanan ringan begitu popular dalam


kalangan masyarakat
Makanan ringan diklasifikasikan sebagai makanan yang mudah untuk disediakan dan
dinikmati oleh masyarakat pengguna tanpa mengira masa. Antara makanan ringan itu
meliputi kategori kerepok, gula-gula, manisan dan sebagainya. Pihak media massa sering
menyiarkan bahan berita mengenai isu makanan ringan ini yang menjadi kegilaan dalam
kalangan kanak-kanak Malaysia. Sebenarnya, ada banyak sebab yang membawa makanan
ringan ini menjadi sesuatu yang lumrah di negara ini terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Punca utama yang mendorong makanan ringan ini begitu menular dalam masyarakat
kita kerana syarikat pengeluar makanan ini begitu bijak merancang strategi pengiklanan
produk mereka itu. Bayangkan setiap iklan yang dikaitkan dengan makanan ringan ini pasti
melambangkan suasana yang ceria dan penuh rasa seronok yang mudah difahami oleh kanakkanak kita. Ada juga syarikat yang menawarkan hadiah istimewa setiap kali makanan ringan
keluaran syarikat mereka ini dibeli oleh pengguna. Jadi, makanan ringan sudah sebati dalam
masyarakat kita kerana kemahiran syarikat pengeluar untuk mempromosikan produk mereka
dalam bentuk yang menarik lagi unik.
Selain itu, kanak-kanak melihat makanan ringan sebagai sesuatu yang cool atau
menarik untuk dinikmati. Pada pandangan mereka, makanan ringan yang dinikmati itu akan
menjadikan diri mereka lebih dikenali lalu ditiru oleh rakan-rakan yang lainnya terutama
setelah melihat iklan produk tersebut. Makanan ringan telah dikatakan sebagai contoh
kehidupan moden yang bersesuaian dengan jiwa kanak-kanak bergaya zaman globalisasi ini.
Bayangkan, tidak ada lagi kanak-kanak yang suka menikmati dodol, kuih tempatan atau
karipap di kantin kerana melihat makanan itu sudah ketinggalan zaman.

35
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Penularan budaya makanan ringan ini turut dikaitkan dengan mudahnya untuk
memperoleh makanan sebegini. Kanak-kanak boleh membeli makanan ini di kedai runcit dan
kawasan kantin sekolah pada bila-bila masa pula terutama ketika masa rehat di sekolah.
Kanak-kanak mendapati keadaan sebegini memudahkan mereka untuk pergi membeli tanpa
sebarang halangan pula. Maka, makanan ringan ini terus menjadi-jadi kerana makanan ini
dijual di mana-mana pun.
Kita juga tidak boleh menafikan bahawa makanan ringan itu secara relatifnya lebih
murah berbanding makanan lain yang dikatakan lebih berkhasiat itu. Kadar harga yang murah
ini kerana makanan ini dihasilkan tanpa khasiat dan begitu mudah cara penyediaannya
berbanding dengan makanan lain yang berkualiti itu. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak
malah orang dewasa melihat makanan ringan ini sesuatu yang boleh dinikmati sepanjang
masa pula. Lama-kelamaan, mereka akan menjadi ketagih dengan makanan ringan ini tanpa
disedari pula.
Malahan, ada pihak yang mengaitkan isu ini dengan kekurangan pengawasan ibu bapa
yang menjadikannya semakin meruncing itu. Banyak pihak melihat ibu bapa zaman ini
terlalu sibuk bekerja sehingga tidak berupaya untuk memantau aktiviti anak terutama amalan
pemakanan yang tidak sihat itu. Ibu bapa lebih suka melihat anak mereka gembira menikmati
makanan ringan ini daripada menegur golongan muda itu kerana sudah penat bekerja atau
tidak mahu menjejaskan hubungan kekeluarga pula. Ketiadaan teguran ibu bapa itu seolaholah memberikan lampu hijau kepada anak untuk meneruskan amalan yang tidak sihat ini
dalam kehidupan mereka itu.
Konklusinya, makanan ringan sudah menjadi satu budaya baru dalam kehidupan
generasi moden Malaysia. Kita hendaklah mula berfikir tentang kemelut ini kerana sudah
pasti kualiti kesihatan kanak-kanak kita akan terjejas suatu masa nanti. Topik yang meliputi
obesiti dan gigi rosak sudah mula menjadi perbualan masyarakat kita ekoran menularnya
amalan memakan makanan ringan sebegini. Mungkin sudah sampai masanya, kerajaan lebih
tegas dalam memantau penjualan makanan ringan ini terutama di kawasan kantin sekolah dan
tempat umum yang lainnya.

36
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

18. Sebab budi bahasa hilang dan cara atasinya


Amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja ini boleh dikatakan sebagai sikap
bersopan ketika remaja itu berinteraksi dengan individu lain. Antara sikap berbudi bahasa itu
meliputi memanggil orang lain dengan hormat, memberi laluan kepada orang tua, dan tidak
menggunakan bahasa kesat ketika bercakap. Namun, mengapakah begitu banyak pihak
berpendapat remaja kita semakin kesampingkan nilai-nilai ini?

Masalah ini berlaku kerana ibu bapa terlepas pandang akan kepentingan kasih sayang
dan kebajikan anak-anak mereka itu. Sikap terlalu memburu dunia kebendaan itu membawa
ibu bapa tidak mempunyai masa untuk memberikan kasih sayang dan tunjuk ajar yang betul
kepada anak. Ada juga ibu bapa yang terlalu sibuk ini menggunakan kaedah materialistik
untuk mengatasi kesibukan mereka bekerja itu dalam mendidik anak. Akibatnya, kepincangan
akhlak dan semakin menghilangnya budi bahasa berlaku dalam kalangan remaja dalam kadar
yang begitu pantas serta meluas.

Selain itu, kewujudan pelbagai media massa di negara ini dalam tempoh terdekat turut
menjejaskan kualiti budi bahasa remaja kita. Pelbagai program yang tersiar terutama
penyiaran budaya luar telah mempengaruhi minda remaja kita untuk meninggalkan budi
bahasa yang menjadi pegangan masyarakat kita suatu masa dahulu itu. Semakin lama remaja
menonton program yang sebegini semakin terjejaslah konsep budi bahasa yang diterapkan
dalam dirinya oleh ibu bapa dan pihak masyarakat itu. Jelaslah, remaja tidak lagi berbudi
bahasa kerana terpedaya dengan kandungan palsu atau berunsur imaginasi khayalan media
massa yang diimport itu.

Untuk mengatasi masalah ini, ibu bapa memainkan peranan paling utama dalam
membentuk akhlak anak-anak itu. Mereka harus meluangkan masa dan mempamerkan
teladan yang betul serta memberikan didikan keagamaan kepada golongan muda itu. Remaja
lebih mudah meniru budi bahasa itu apabila melihat sendiri kelakuan baik yang dilakukan

37
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

oleh ibu bapa mereka. Ringkasnya, masalah ini boleh ditangani apabila ibu bapa tidak
mementingkan aspek kebendaan sahaja.

Tambahan pula, pihak sekolah turut mempunyai tugas berat dengan melaksanakan
sistem pendidikan yang menekankan falsafah kemanusiaan yang sebenarnya. Pendidikan di
sekolah hendaklah menekankan keperluan membentuk pelajar menjadi insan yang seimbang
peribadinya dalam segi jasmani, rohani, dan intelektual. Masa pelajar banyak dihabiskan di
sekolah yang membolehkan pihak sekolah menyemai nilai budi bahasa ini dengan lebih baik
lagi mendalam itu. Sesungguhnya, kejayaan pihak pengurusan sekolah dalam melaksanakan
tugasnya bakal menghasilkan remaja yang berbudi bahasa itu.

Kerajaan juga boleh membantu memupuk konsep budi bahasa dalam jiwa remaja
dengan mewujudkan satu program khas untuk remaja. Program Khidmat Negara merupakan
satu aktiviti yang baik tetapi beberapa penelitian halus harus dilaksanakan terutama
menekankan lebih banyak konsep budi bahasa yang praktikal untuk diamalkan oleh remaja
zaman ini. Remaja yang menyertai program sebegini akan berinteraksi sesama sendiri untuk
satu tempoh yang lama lalu penyemaian budi bahasa boleh dilaksanakan dengan mudah.
Lantaran itu, program yang bercorak kebangsaan tentang budi bahasa harus dilancarkan oleh
kerajaan dengan segera.

Kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan mereka dalam menyelesaikan


kemelut sosial ini. Budi bahasa merupakan asas kehidupan yang bermaruah lagi bertamadun
buat manusia. Jika remaja masih tidak mahu berubah sudah pasti masa depan negara ini akan
mengalami satu zaman kegelapan yang panjang pula kerana budi bahasa merupakan asas
kehidupan manusia sejagat. Bak kata pepatah biar mati anak, jangan mati adat yang
menekankan betapa pentingnya kita mengekalkan budaya berbudi bahasa ini dalam
merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara cemerlang, gemilang, dan terbilang itu.

38
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

19. Langkah kerajaan mengekalkan keutuhan institusi


keluarga Negara
Institusi keluarga bolehlah dikategorikan sebagai satu unit manusia yang meliputi
ayah, ibu dan beberapa orang anak. Ada juga keluarga yang mempunyai bilangan orang tua
yang lebih banyak seperti datuk, nenek, dan pak cik serta mak cik pula. Tindakan media
massa yang memaparkan peningkatan gejala sosial berkait rapat dengan keruntuhan institusi
keluarga telah menyebabkan semua pihak berasa terkejut lalu pelbagai pendapat kedengaran
pula. Jadi, apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan
institusi keluarga di negara ini terus utuh?
Tindakan awal yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah kerajaan menggubal satu
perundangan baru yang boleh memastikan keutuhan keluarga di negara ini terus berkekalan.
Kewujudan akta yang lebih menyeluruh seperti mampu menangani masalah penceraian,
penderaan anak dan isteri pasti mampu memberikan satu sinar baru kepada pembentukan
keluarga yang sihat pula. Masyarakat akan lebih berhati-hati untuk bertindak mendera atau
lari dari rumah begitu sahaja kerana sedar adanya peruntukan perundangan yang boleh
memberi impak kepada diri mereka pula nanti jika dilakukan tanpa berfikir. Maka, tindakan
mewujudkan satu perundangan yang lebih holistik mampu menghasilkan satu bentuk
keluarga yang lebih baik di negara ini.
Selain itu, kerajaan boleh menjalankan satu kempen kesedaran tentang peri
pentingnya institusi keluarga ini diberi penekanan di negara ini. Dalam kempen ini dihuraikan
bahawa kebanyakan gejala sosial yang berlaku di Malaysia mampu dikurangkan jika negara
ini memiliki persepsi kepentingan keluarga yang sebenarnya. Pada masa yang sama kempen
itu juga berupaya untuk menerangkan cara-cara untuk memiliki satu keluarga yang baik dan
sihat supaya masyarakat boleh melakukan sesuatu pula terhadap keluarga mereka sendiri.
Jelaslah, langkah mengadakan kempen bukan sahaja mampu menerangkan kepentingan
keluarga kepada masyarakat tetapi juga berupaya mendidik mereka untuk memproleh satu
keluarga yang sempurna.
Bukan sahaja penggubalan perundangan dan menjalankan kempen tetapi kerajaan
juga boleh menubuhkan satu agensi khas yang akan menguruskan semua aspek berkaitan
dengan kekeluargaan di negara ini. Agensi ini akan merangka semua tindakan yang
bersesuaian dengan perancangan kerajaan setelah mengadakan kajian mengenai keadaan

39
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

keluarga di negara ini pula. Kewujudan agensi khas ini juga membuktikan kepada masyarakat
bahawa kerajaan sememangnya bersungguh-sungguh dalam usaha untuk menangani masalah
sosial yang berlaku itu. Sesungguhnya, penubuhan sebuah agensi khas keluarga sebegini
mampu menjadikan semua aktiviti yang dilaksanakan terancang dan tepat kea rah sasarannya.
Tindakan seterusnya ialah kerajaan boleh mewajibkan semua ibu bapa terutama
pasangan yang baru berkahwin untuk menghadiri satu kursus keibubapaan. Kehadiran
mereka dalam kursus sebegini memberikan mereka satu pengetahuan asas untuk mendidik
anak sendiri apabila sampai masanya kelak. Pengetahuan mendidik sebeginilah yang bakal
menjadikan keluarga itu lebih mantap kerana anak akan dididik dengan sempurna oleh ayah
dan ibu mereka. Oleh itu, kursus yang dianjurkan ini menjadikan tugas untuk mendidik
keluarga itu begitu mudah dan berkesan.
Malahan, keutuhan keluarga ini juga mampu ditingkatkan oleh kerajaan dengan
menyediakan sistem perumahan yang selesa buat rakyat di negara ini terutama golongan yang
berpendapatan rendah. Kita sedia maklum bahawa harga rumah di negara ini terutama di
kawasan bandar begitu mahal sehingga ada keluarga yang tidak mempunyai rumah yang
selesa untuk keluarga mereka. Keadaan ini menyebabkan anak-anak sering tiada di rumah
lalu mereka mudah untuk terpengaruh dengan unsur-unsur negatif di luar rumah pula.
Justeru, kemampuan kerajaan menyediakan perumahan yang baik buat rakyat di negara ini
bakal menyaksikan semua gejala sosial yang berlaku menjadi berkurangan pula.
Kesimpulannya, semua tindakan yang diutarakan tadi sememangnya mampu
menghasilkan satu institusi keluarga yang utuh di negara ini. Kerjasama semua pihak
terutama ibu bapaamat diperlukan jika tindakan-tindakan ini ingin mencapai sasarannya.
Kegagalan untuk memberikan kerjasama yang sewajarnya pasti menjadikan gejala sosial
yang melanda negara ini terus bertambah saban tahun. Slogan Rumahku, Syurgaku
membuktikan betapa pentingnya keharmonian dan keutuhan keluarga itu buat pendidikan
generasi masa depan negara ini.

40
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

20.

Amalan-amalan remaja yang sihat

Kesihatan bukan sahaja berkaitan dengan bebas daripada penyakit tetapi juga
memiliki pemikiran yang cerdas bersama-sama emosi yang stabil. Pemilikan kesihatan yang
baik penting buat remaja kerana tahap kesihatan ketika usia mudalah yang akan menentukan
tahap kesihatan mereka pada masa tua kelak. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik,
remaja harus melakukan amalan yang baik untuk perkembangan fizikal, mental dan emosi.
Antara amalan yang yang harus dilakukan ialah remaja
perlu mempunyai disiplin
diri yang baik. Maksud disiplin dalam aspek ini ialah remaja itu mematuhi jadual belajar,
menghormati orang tua, guru, rakan-rakan dan peraturan budaya serta undang-undang negara.
Remaja yang berdisiplin sebegini pasti tidak akan terjebak dalam sebarang aktiviti yang tidak
sihat dalam kehidupan mereka lalu mampu memiliki tahap kesihatan yang baik. Maka,
amalan disiplin yang baik menjadikan seseorang remaja itu mempunyai kesihatan yang baik.
Selain itu, remaja juga perlulah mengamalkan cara hidup yang sihat. Konsep cara
hidup yang sihat ini meliputi makanan yang seimbang, melakukan riadah dan aktiviti
kemasyarakatan. Sudah banyak kajian yang membuktikan bahawa amalan cara hidup yang
sihat menjadikan diri seseorang itu lebih positif dan mampu menjalani kehidupan mereka
dengan lebih baik lagi. Sesungguhnya, cara hidup yang sihat menjamin kesihatan yang
seimbang kepada remaja di negara ini.
Malahan, amalan mempelajari dan mematuhi ajaran agama merupakan satu lagi
amalan yang turut mampu menguatkan kesihatan seseorang itu. Semua ajaran agama
menekankan aspek keseimbangan kehidupan seseorang supaya mampu menjalani satu
kehidupan yang baik di dunia dan akhirat kelak. Sikap mematuhi amalan agama memberikan
remaja satu matlamat hidup yang mampu meninggikan tahap kesihatan mereka pada masa
yang serupa pula. Jadi, sikap mematuhi ajaran keagamaan boleh memberi remaja satu
kepuasan dalam hidupnya yang berupaya juga meningkatkan tahap kesihatan.
Remaja juga perlu bersikap tegas terhadap tindakan-tindakan negatif yang wujud
dalam kehidupan mereka. Sikap suka merokok, melepak, dadah dan jenayah haruslah dikikis
dalam minda remaja. Ketegasan remaja dalam semua aspek di atas itu mampu menjauhi
remaja daripada sebarang kemelut sosial yang melanda negara ini lalu memberikan kesihatan
yang baik kepada remaja juga. Bukan sahaja remaja sihat tetapi mereka seolah-olah sedar
keperluan atau kepentingan hidup mereka di dunia ini.
Amalan murni yang penting diamalkan seterusnya ialah remaja hendaklah mampu
mengawal emosinya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Ketenangan inilah yang
memberikan remaja satu pemikiran yang rasional dan rela berbincang apabila mengalami
sesuatu kemelut dalam hidup mereka. Semua tindakan yang diambil ketika berfikir rasional
mampu memberikan satu persepi baru yang boleh menunjukkan jalan keluar terhadap

41
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

masalah yang dihadapi itu. Oleh itu, sikap rasional ketika melakukan sesuatu tindakan boleh
menjadikan kesihatan seseorang itu lebih baik.
Kesimpulannya, semua amalan yang positif ini perlu dilaksanakan oleh remaja.
Kesihatan remaja yang mengamalkan semua amalan ini pasti baik kerana bukan sahaja tubuh
mereka sihat tetapi emosi serta pemikiran mereka turut menerima impak positifnya. Remaja
yang sihat sebeginilah yang diperlukan oleh negara dalam mengharungi cabaran kehidupan
moden kini.

21. Keburukan Internet


Penggunaan internet kini sudah menjadi satu perkara biasa di Malaysia dan dunia
amnya. Kepentingan internet dalam kehidupan manusia sudah tidak boleh disangkal lagi oleh
mana-mana pihak pun. Kita boleh melihat remaja, orang tua dan kanak-kanak serta ahli

42
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

perniagaan melayari internet pada setiap masa dan tempat dengan begitu mudah. Namun, ada
keghairahan kita menerima teknologi ini, pelbagai impak negatif telah melanda negara dan
masyarakat tanpa disedari.
Internet memudahkan masyarakat untuk mengakses pelbagai maklumat yang terdapat
di dalam internet itu terutama bahan-bahan pronografi. Pendedahan yang sebegini boleh
meruntuhkan moral seseorang terutama golongan remaja yang belum mampu untuk
memikirkan kesan pendedahan keterlaluan mereka terhadap bahan sebegitu. Remaja akan
menganggap bahan-bahan sebegini sesuatu yang lumrah lalu mereka berani melakukan
perkara-perkara yang bertentangan dengan moral budaya masyarakat kita sebelum ini pula.
Internet telah menyebabkan moral masyarakat yang suatu masa dahulu dipandang tinggi
semakin dipinggirkan pula.
Selain itu, penggunaan internet berupaya untuk menjejaskan keharmonian dan
perpaduan negara kita. Sudah ada banyak halaman web yang sengaja menyebarkan pelbagai
fitnah dan gosip serta propaganda negatif untuk memastikan rakyat di negara ini menerima
maklumat yang salah lalu berlakunya kekacauan pula. Semua bahan yang ditulis itu mampu
untuk mencetuskan salah faham dan pergaduhan antara masyarakat berbilang kaum di negara
ini dengan begitu mudah. Jelaslah, internet memudahkan penyebaran pelbagai maklumat
palsu dan mengelirukan kepada masyarakat.
Revolusi internet turut membuka peluang berlakunya kes-kes penipuan. Kita sudah
banyak kali mendengar rungutan dan aduan masyarakat mengenai diri mereka ditipu oleh
pihak tertentu terutama berkaitan dengan perniagaan secara elektronik yang semakin
mendapat tempat di internet sekarang ini. Pelabur-pelabur yang tidak begitu mengetahui
aspek internet telah ditipu dengan begitu mudah dalam jumlah yang banyak oleh golongan
tertentu sehingga memberikan imej buruk kepada dunia perniagaan internet yang lain pula.
Jadi, internet menyebabkan berlakunya kerugian kewangan yang banyak kepada masyarakat
negara ini.
Remaja sering menghabiskan masa mereka dengan melayari internet sebaik sahaja
mereka pulang dari sekolah. Lihat sahaja kafeteria siber yang penuh sesak dengan pelajarpelajar kita itu baik di bandar mahupun di desa. Semuanya menghabiskan tempoh masa yang
lama dengan membazir sahaja selain menghabiskan sejumlah wang yang banyak pula untuk
melayari internet. Remaja seolah-olah menganggap melayari internet lebih penting daripada
menelaah pelajaran atau menghabikan masa membuat latihan yang diberikan oleh guru
sekolah mereka.
Malahan, pengguna internet juga dikatakan golongan masyarakat yang enggan
bersosial kerana mereka lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer sahaja.
Keadaan ini menyebabkan masa bersama-sama keluarga, sahabat dan jiran semakin dilupakan
sehingga hubungan itu menjadi renggang pula. Sudah pasti keadaan ini tidak sesuai buat
mana-mana pihak terutama remaja yang perlu menjalani kehidupan sebenar di luar yang
boleh memberi banyak pengajaran kepada mereka kelak. Semakin lama seseorang itu
melayari internet semakin kuranglah masa yang mereka habiskan dalam dunia realiti
sebenarnya.

43
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Kesimpulannya, pengguna internet terutama remaja harus bertanggungjawab dalam


tindakan mereka itu. Semua maklumat yang mereka nampak haruslah diteliti dan disahkan
kesahihannya sebelum mereka melakukan sebarang tindakan susulan pula. Pihak ibu bapa
perlulah lebih peka dengan mengawasi masa dan halaman web yang dilayari oleh anak
mereka. Jika boleh ibu bapa turut sama melayari web bersama-sama anak supaya proses
pembelajaran berjalan dengan lebih baik. Semua teknologi mempunyai kebaikan dan
keburukannya tetapi manusialah yang menentukannya bak kata pepatah tepuk dada tanya
selera.

22. Usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan negara


Malaysia
Malaysia merupakan sebuah syurga dunia kerana kejadian buruk jarang berlaku di sini
terutama ancaman bencana alam dan peperangan. Rakyatnya hidup dalam suasana aman
sentosa bersama-sama arus pembangunan kemodenan yang pesat. Keamanan inilah yang
memberikan imej yang positif kepada negara sehingga menjadikan banyak negara cemburu
akan kejayaan tersebut. Jadi, memang banyak tindakan yang telah dilakukan oleh semua
pihak di negara ini untuk memastikan negara terus berada dalam situasi harmoni itu.

44
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Tindakan yang paling ketara ialah negara telah meningkatkan lagi kemampuan
ketenteraannya. Angkatan tentera negara ini telah cuba menarik lebih banyak remaja yang
berkaliber untuk menyertai perkhidmatan mereka bersama-sama dengan pembelian peralatan
ketenteraan yang serba canggih. Semua ini bertujuan memastikan tahap keselamatan negara
berada pada tahap yang tertinggi lalu menjamin keamanan negara yang stabil. Jelaslah,
negara menjadi aman kerana memiliki satu ketumbukan tentera yang berkaliber dan
berteknologi tinggi.
Selain itu, negara turut membuat kerjasama yang erat dengan Negara-negara jiran
terutama negara-negara ASEAN. Kita semua sedia maklum bahawa ASEAN ditubuhkan
untuk menjamin keselamatan serantau lalu memastikan perkembangan ekonomi boleh
berlaku pada masa yang sama. Kerjasama yang erat ini juga memastikan setiap negara
ASEAN tidak mahu menganggu urusan dalaman satu sama lain untuk memastikan tidak
berlaku perselisihan faham yang boleh membawa permusuhan yang mengoyahkan keamanan
pula. Jadi, kerjasama erat antara negara-negara jiran membantu Malaysia untuk menikmati
satu tahap keamanan yang tinggi.
Malah, keamanan negara juga dikekalkan menerusi amalan demokrasi yang
dilaksanakan di negara ini apabila tempoh pemerintahan kerajaan sebelumnya hamper tamat.
Pilihanraya dan proses pertukaran pemimpin di negara ini masih berjalan secara rasional dan
mengikut lunas-lunas perlembagaan negara yang mengutamakan hak asasi rakyat. Keadaan
ini menjadikan keyakinan rakyat terhadap system pemerintahan kerajaan bertambah baik
setiap kali proses demokrasi itu dilaksanakan. Jelaslah, proses demokrasi yang diamalkan
menjadikan aspek keamanan itu sesuatu yang penting untuk dikekalkan di negara ini.
Malahan, pihak kerajaan juga telah meneruskan usaha pembasmian kemiskinan yang
sudah mula menampakkan hasilnya. Jurang kekayaan antara golongan miskin dan kaya telah
berupaya dikurangkan sehingga tidak lagi boleh dijadikan alasan untuk menimbulkan
sebarang masalah besar kelak. Perasaan kekitaan dan tidak berasa ditinggalkan menjadi asas
penting untuk mengekalkan keamanan di negara ini untuk satu tempoh yang panjang kerana
tidak timbul perasaan pilih kasih atau sebagainya dalam jiwa masyarakat berbilang kaum di
sini. Maka, usaha mengikis perbezaan pengagihan kekayaan ini harus dilakukan secera
berterusan untuk memastikan keamanan itu berkekalan.
Tambahan pula, pihak polis telah berjaya memerangi pelbagai gejala sosial yang
melanda negara ini. Kejadian jenayah terutama jenayah berat telah dikawal dengan baik oleh
pihak polis yang bertugas tanpa mengenal penat untuk memastikan keselamatan rakyat
negara ini bertambah baik. Kejayaan mengawal jenayah di negara ini turut sama memberikan
satu suasana yang tenang dan meyakinkan kepada rakyat negara ini bahawa Malaysia sebuah
negara yang baik untuk terus didiami. Justeru, kejayaan pihak polis menjalankan kewajipan
mereka telah menjadikan aspek keamanan di negara ini terus wujud.
Kesimpulannya, keadaan keamanan yang sebegini perlu dikekalkan untuk selamalamanya. Pada masa yang sama aspek pembangunan negara harus diberikan penekanan juga
kerana inilah kemodenan yang harus dinikmati oleh semua. Kita harus sedar dan menghargai

45
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

aspek keamanan ini dengan sebaik mungkin. Peribahasa jika tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya kerana keamanan ini memerlukan satu usaha yang gigih daripada
semua pihak.

23. Kejadian jenayah wanita terus meningkat?Jelaskan


cara-cara menanganinya
Tindakan ganas dan kejam seorang pemandu teksi di negara ini yang sanggup
memperkosa pelajar perempuan begitu menjijikkan kita semua. Laporan polis yang
mengaitkan tindakan jenayah pemandu teksi itu bukan sahaja memalukan negara tetapi imej
pemandu teksi itu sendiri. Kekejaman sebeginilah yang menyebabkan kita kadangkala berasa
malu hidup di negara ini yang menyaksikan masih ada rakyat negara ini yang sanggup
mengambil kesempatan terhadap remaja yang masih muda itu.
Pada masa yang sama peningkatan jenayah ini membuktikan betapa aspek penjagaan
diri dan tindakan pencegahan amat penting diamalkan. Kita harus sedar semua jenayah yang
berlaku ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tetapi kita juga harus sedar langkah-langkah
pencegahan boleh diambil untuk menghalang penjenayah terus beranggapan bahawa mereka
yang berkuasa dan bukannya kita sebagai rakyat di negara ini.

46
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Pertama, pelajar perempuan harus pantas membuat perkiraan keadaan apabila


mendapati sesuatu perkara tidak betul sedang berlaku apabila mereka menghadapi masalah
yang serupa dalam kes jenayah pemandu teski tersebut. Semua pelajar perempuan hendaklah
bijak menggunakan telefon bimbit mereka untuk mendapatkan bantuan dengan meletakkan
nombor telefon pihak polis atau ibu bapa mereka supaya mudah dihubungi dengan ssatu
sentuhan sahaja. Khidmatan pesanan ringkas (SMS) harus digunakan dengan sebaik mungkin
dalam keadaan getir sebegini. Gunakan teknologi itu juga untuk mengambil gambar
penjenayah lalu menghantarnya kepada sesiapa sahaja supaya boleh digunakan pada masa
hadapan terutama ketika mendakwa penjenayah yang kejam ini.
Sikap bersendirian ketika berjalan pulang atau menerima ajakan sesiapa yang tidak
dikenali harus dielakkan terutama jika unsur-unsur bahaya mula kelihatan. Amalan
memberitahu ibu bapa akan kedudukan diri dan sebab musabab lewat pulang ke rumah harus
diamalkan supaya ibu bapa mengetahui keadaan anak mereka lalu mampu mengambil
tindakan jika mendapati anak mereka masih belum sampai ke rumah untuk sekian masa.
Pastikan tidak ada sebarang ruang untuk penjenayah ini mengambil kesempatan untuk
melakukan jenayah terhadap diri kita.
Mereka perlu bertindak dengan bijak terutama dengan mendapatkan semua maklumat
yang tepat tentang penjenayah ini supaya pihak polis mampu menahan mereka dengan lebih
pantas. Semua maklumat tentang penjenayah terutama jenis teksi, warna, nombor
pendaftaran, baud an sebagainya yang mampu diingati diberikan kepada pihak polis dengan
segera. Semua maklumat ini boleh diingati jika mangsa terus mencatat informasi ini dengan
segera setelah berada dalam keadaan selamat daripada penjenayah terbabit.
Laporan polis hendaklah dibuat dengan seberapa segera yang boleh walaupun sudah
pasti penjenayah ini akan mengugut mangsa-mangsa mereka itu. Pihak polis sudah pasti
mampu untuk memberikan jalan penyelesaian yang turut sama memerangkap penjenayah ini
dengan segera. Penjenayah sengaja menggunakan taktik psikologi untuk menakutkan
mangsanya dengan menggunakan kekerasan untuk memaksa mangsa melakukan semua
tindakan yang mereka mahukan tanpa ada sebarang tentangan. Dalam kes pemandu teksi ini,
penjenayah sengaja merakamkan perbuatan jahat mereka itu untuk menakutkan mangsa
daripada melakukan laporan pihak polis.
Namun untuk memberikan semua tugas pencegahan kepada pelajar perempuan sahaja
bukanlah satu tindakan yang bijak kerana kita sebagai manusia hendaklah sedar bahawa
tindakan kita memperkosa sesiapa sahaja membuktikan betapa rendahnya maruah seseorang
manusia itu. Sebelum kita bertindak terburu-buru untuk memenuhi hawa nafsu yang tidak
terkawal itu, sedarlah betapa tindakan sebegini bakal menyusahkan kehidupan seseorang itu
dalam jenayah pemandu teksi ini, pelajar perempuan yang masih jauh perjalanannya itu. Kita
sebagai manusia yang mengaku beragama, dan bermaruah harus merenung diri sendiri kerana
kitalah yang menyebabkan jenayah di negara ini terus meningkat.

47
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

24. Punca berlakunya bencana alam


Sudah pasti kejadian bencana alam ini sesuatu takdir yang sudah ditentukan oleh
Tuhan. Namun dalam pada masa yang sama kita sebagai manusia harus memikirkan pelbagai
perkara yang membawa bencana ini menjadi semakin meruncing kerana sama ada kita mahu
mengaku atau tidak bencana alam ini akan terus berlaku. Pemahaman terhadap punca-punca
yang menjurus berlakunya bencana ala mini berupaya menimbulkan tindakan yang mampu
menghalang atau mungkin mengawalnya lalu mengurangkan kadar kemusnahan harta benda
dan korban manusia pula. Jadi, wujud pelbagai faktor yang membawa berlakunya bencana
alam ini.
Punca yang ketara ialah bencana alam merupakan satu mala petaka yang sudah
menjadi lumrah dalam sejarah peradaban manusia. Kita sudah sedia maklum dunia ini pasti
akan mengalami gempa bumi, tsunami, kebakaran hutan dan juga banjir serta tiupan angin
kencang pada bila-bila masa sahaja. Kajian sains telah membuktikan bahawa bumi ini
memang senantiasa dalam proses perubahan meliputi kejadian bencana alam itu. Maka,
bencana alam berlaku kerana perkara itu merupakan sesuatu fenomena biasa yang menimpa
dunia ini sejak berkurun-kurun lalu.
Namun, bencana alam juga boleh dicetuskan akibat kemusnahan alam yang
disebabkan oleh aktiviti harian terutama ekonomi manusia sejak berdekad-dekad lamanya itu.
Lihat sahaja kemusnahan hutan, udara, laut dan sebagainya yang berlaku dengan begitu
pantas terutama dalam era kemodenan manusia ini berbanding dengan zaman purbakala pula.
Kemusnahan yang sebegitu sudah pasti akan membawa musibah yang tertentu kerana bumi

48
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

ini walaupun luas pasti mengambil masa untuk mengimbangi perubahan yang drastik
sebegitu. Jadi, bencana alam berlaku kerana dunia mengalami kemusnahan alam yang begitu
pantas sehingga dunia itu sendiri tidak mampu untuk mengawalnya.
Malah, bencana alam juga berlaku akibat kegagalan manusia membuat perancangan.
Kita semua sedia maklum bahawa manusia sudah boleh meramal musim hujan, kejadian ribut
taufan dan juga memahami kejadian tsunami itu tetapi mengapakah angka kematian terus
meningkat? Jawapannya mudah sahaja kerana manusia gagal membuat perancangan seperti
memberitahu masyarakat lebih awal, membuat latihan untuk menghadapi bencana atau tidak
mempunyai piawaian pembinaan bangunan yang baik. Sesungguhnya, kegagalan manusia
untuk merancang atau bekerjasama memberikan satu persepsi bahawa kita memandang
rendah keupayaan bencana ala mini atau menganggap nilai nyawa manusia itu tidak bernilai
lalu membiarkan sahaja bencana alam berlaku begitu sahaja.
Malah, kejadian bencana alam kini mula dikaitkan dengan pemanasan global yang
dikatakan menjadi sesuatu perkara lazim dalam peredaran usia bumi ini. Kajian saintis telah
membuktikan bahawa bumi ini pasti akan mengalami satu perubahan yang drastik dalam
iklim global dunia dalam tempoh masa tertentu. Semua bukti kajian lalu mengesahkan
bahawa bencana alam merupakan sesuatu perkara yang akan, sedang dan terus berlaku di
dunia ini. Oleh itu, bencana alam turut berlaku akibat perubahan iklim dunia yang dikaitkan
dengan fenomena pemasan global.
Kesimpulannya, bencana alam berlaku berdasarkan pelbagai punca seperti yang
dihuraikan tadi. Semua faktor ini saling berkait lalu menjadikan bencana alam itu begitu
kritikal terutama apabila mengorbankan ribuaan nyawa dengan sekelip mata. Kita perlu sedar
dan cuba membantu untuk memulihkan semula alam sekitar kerana itulah jawapan kepada
penyelesaian bencana alam ini. Peribahasa hendak buat seribu daya tak hendak seribu dalih
menjadi renungan kepada kita semua dalam menangani kemelut ini.

49
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

25. Punca-punca perpaduan terjejas


Sejak negara ini merdeka tidak ada sebarang polemik yang mampu menjejaskan
keutuhan perpaduan kita kecuali peristiwa 13 Mei 1969. Catatan sejarah telah membuktikan
bahawa negara ini pernah mengalami kejadian yang boleh memalukan kita apabila merenung
kejadian itu semula. Peristiwa yang menyedihkan itu telah menyebabkan kita semakin
berhati-hati dalam setiap tindakan agar tidak wujud peristiwa hitam itu dan nampaknya kita
berjaya. Namun, mengapakah keutuhan perpaduan itu mula tercabar semula di bumi yang
bertuah ini?
Keutuhan perpaduan negara mula tercabar kerana masyarakat kita mula dilimpahi
dengan aspek kebendaan yang melampau. Kekayaan yang melanda negara ini telah
membawa kehidupan masyarakat kita berubah menjadi budaya hedonisme yang keterlaluan
sehingga kita lupa asas-asas keharmonian masyarakat itu. Semua yang berlaku dalam
kehidupan masyarakat diukur dalam bentuk kebendaan seperti amalan bergotong-royong atau
berkhidmat demi masyarakat tidak lagi wujud kerana semua ini tidak mampu membawa
keuntungan kewangan. Jadi, perpaduan negara mula terhakis kerana kehidupan masyarakat
kita penuh dengan aspek kebendaan atau kewangan belaka.
Kehidupan masyarakat yang begitu mewah kini telah melupakan kita akan pentingnya
sesuatu perpaduan itu. Masyarakat terutama remaja sudah tidak lagi mahu bercampur antara
mereka sehingga menyebabkan kita sukar untuk melihat kewujudan pelbagai kaum dalam
sesuatu persahabatan tersebut. Biasanya kelompok remaja lebih tertumpu mengikut kaum
masing-masing sahaja lalu situasi ini menjadikan perpaduan itu sesuatu yang asing buat
mereka. Sesungguhnya, kehidupan yang terlalu mewah menjadikan masyarakat kita lupa
akan peri pentingnya perpaduan tersebut.
Malah, ancaman budaya kuning terutama daripada barat telah mula menusuk ke dalam
jiwa remaja kita akibat dasar langit terbuka. Media massa terutama internet telah
menyalurkan pelbagai informasi yang tidak mudah untuk dikawal oleh mana-mana kerajaan
pun lalu remaja kita terpengaruh dengan budaya yang harus mereka patuhi. Kehidupan

50
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

remaja yang penuh halunasi ini menyebabkan tindakan mereka kadangkala bertentangan
dengan asas-asa budaya tempatan terutama tentang aspek perpaduan itu. Jelaslah, aspek
perpaduan negara terjejas lantaran kewujudan budaya asing yang menjejaskan midan remaja
kita semua.
Bukan sahaja aspek kebendaan dan budaya asing tetapi kemunculan sesetengah
pemimpin yang suka menggunakan unsur perkauman dalam ucapan mereka turut
memberikan kesan kepada tahap perpaduan di negara ini. Sikap pemimpin yang suka
mengambil kesempatan ini mampu menjejaskan kepercayaan masyarakat kerana golongan
sebegini begitu mudah meyakinkan masyarakat umum bahawa pendapat mereka itu benar
dan harus dilaksanakan. Tindakan tidak bertanggungjawab ini harus ditolak oleh semua ahli
masyarakat kita kerana sikap sebegini mampu memisahkan masyarakat kerana pemimpin
sering dianggap sebagai pencetus sesuatu kemelut itu. Maka, tindakan segelintir pemimpin
yang suka bermain api terutama dengan menggunakan isu perkauman mampu menjejaskan
perpaduan masyarakat yang sudah dikenali oleh masyarakat luar itu.
Konklusinya, semua punca yang dijelaskan itu berupaya untuk menjadi ancaman
utama kepada perpaduan negara. Kerjasama semua amat penting dalam usaha untuk
menangkis ancaman yang memang begitu hebat ini tanpa mengamalkan sikap menuding jari
pula. Masyarakat yang tidak mengutamakan perpaduan dalam aktiviti harian mereka bakal
menjadi masyarakat yang porak-peranda dan negara akan musnah. Bak kata orang tua,
bersatu teguh bercerai roboh.

51
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

26. Impak Industri terhadap Malaysia


Sektor perindustrian merujuk sektor kilang yang menghasilkan pelbagai produk yang
berguna buat manusia seperti menghasilkan kereta dan makanan. Negara kita memang telah
menggunakan sektor ini sebagai satu tindakan untuk meningkatkan tahap ekonomi penduduk
negara menjadi setanding dengan negara-negara lain terutama di sebelah rantau Asia.
Kejayaan sektor perindustrian di negara ini juga sering menjadi bahan berita dalam media
massa tempatan dan asing terutama sekitar tahun 80-an dan 90-an. Cuma, sejak akhir-akhir
ini pelbagai komentar tentang impak negatif sektor ini mula mendapat tempat dalam
perbincangan masyarakat setempat.
Impak yang paling ketara yang ditimbulkan oleh sektor perindustrian ialah
kemusnahan kawasan hutan negara kita yang terkenal dengan flora dan faunanya yang
tersendiri itu. Dalam usaha untuk membentuk satu kawasan perindustrian yang luas dan
efisien serta berdaya saing, satu kawasan baru yang luas harus dibuka yang biasanya
melibatkan penerokaan kawasan hutan negara. Penebangan kawasan hutan negara ini
dikatakan telah memusnahkan habitat hidupan liar negara yang suatu masa dahulu menjadi
kebanggan negara kita pula seperti harimau dan gajah serta badak sumbu sumatera. Maka,
kewujudan sektor perindustrian telah membawa kemusnahan kawasan hutan negara yang luas
dan sukar untuk dipulihkan semula.
Lantaran itu, kadar pencemaran alam turut meningkat kerana sektor perindustrian
dikatakan sering menghasilkan sisa-sisa toksik yang tidak dibuang secara sistematik atau
dengan baik. Kebanyakan bahan buangan sektor ini dialirkan begitu sahaja tanpa dilakukan
sebarang rawatan yang sesuai untuk memastikan sungai dan udara negara tidak tercemar
dengan mudah. Masalah ini diburukkan lagi dengan ketiadaan kawasan hijau negara yang
sudah pun semakin berkurangan dengan pembukaan kawasan kilang yang besar ini.
Sesungguhnya, kadar pencemaran alam menjadi begitu serius dengan bertambahnya kawasan
sektor perindustrian kerana sektor ini mempunyai pembuangan sisa-sisa kimia yang
berbahaya.
Bukan sahaja alam tercemar dan hutan negara hilang begitu sahaja tetapi kewujudan
sektor perindustrian telah mengoyahkan sistem kekeluargaan di negara ini dengan begitu
ketara. Banyak ibu bapa yang bekerja dengan sektor perindustrian terpaksa mengikut waktu
kerja yang agak ganjil iaitu ada kalanya mereka terpaksa bekerja malam dan kerja lebih masa
yang menyebabkan tumpuan mereka terhadap keluarga menjadi semakin kurang. Kekerapan
mereka bekerja juga menjadikan diri mereka lebih tidak berupaya untuk mendidik anak
dengan baik yang membawa peningkatan masalah sosial terutama di kawasan bandar yang

52
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

banyak memiliki kilang-kilang moden. Jelaslah, sektor ini bukan sahaja memusnahkan alam
tetapi turut menjadikan kehidupan sosial masyarakat menjadi porak-peranda dalam tempoh
yang singkat.
Impak yang lain yang turut ditimbulkan oleh sektor ini ialah terpinggirnya sektor
pertanian di negara ini. Dahulu sebelum pengenalan sektor perindustrian ini, kebanyakan
penduduk negara ini terlibat dalam sektor pertanian yang begitu meluas. Kini, sektor
pertanian semakin terpinggir kerana kadar upah dan cara kehidupan di ladang yang dikatakan
tidak lagi menepati kehendak zaman yang membawa ramai tenaga kerja beralih bekerja di
sektor perindustrian pula yang mendorong negara terpaksa menggunakan pekerja asing untuk
bekerja di sektor peladangan. Maka, sektor perindustrian turut memusnahkan sektor pertanian
negara yang dahulunya menjadi kebanggaan kita semua.
Konklusinya, sektor prindustrian membawa banyak impak negatif kepada negara
dalam jangka masa panjang. Semua pihak harus menilai semula penekanan terhadap sektor
ini dengan memikirkan kaedah-kaedah lain untuk memajukan negara kerana kita tidak mahu
menjadi sebuah negara moden tetapi kehilangan budaya dan khazanah negara pula dalam
masa yang sama. Keseimbangan harus dicari dalam usaha untuk menangani kemelut ini
kerana faktor itulah yang bakal akan membawa negara kita terus mampu untuk bersaing
dalam arena global kini. Mungkinkah kita harus mengetatkan syarat-syarat penubuhan
kilang-kilang baru di negara ini?

53
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

27. Kanser serviks semakin berleluasa dalam kalangan


wanita di Malaysia
Kanser serviks merujuk kanser rahim yang selalu menyerang kaum wanita di
Malaysia. Antara contoh kanser yang sering berlaku ialah kanser payu dara, kulit, usus, dan
tekak yang sudah menjadi lumrah dalam kehidupan pula. Berita mengenai kemelut kanser ini
turut mendapat tempat dalam media massa kita saban hari. Jadi, kerajaan boleh mengadakan
pelbagai tindakan yang berupaya untuk mengatasi kanser rahim ini.
Tindakan yang konkrit dilakukan oleh kerajaan melibatkan penyiaran kempen
kesedaran tentang kanser ini. Pelbagai informasi mengenai kanser ini meliputi cara mencegah
dan jenis rawatan yang boleh dijalankan boleh diselitkan dalam kempen yang dilancarkan ini.
Semua maklumat ini kemudiannya akan digunakan oleh pesakit kanser itu untuk mengekang
kanser itu daripada terus merebak pula. Maka, kempen yang efektif boleh menjadikan
masalah kanser ini dapat ditangani pula.
Selain itu, kerajaan boleh menyediakan rawaan secara percuma atau murah kepada
pesakit kanser. Pemberian rawatan sebegini menjadikan lebih banyak wanita di negara ini
berani tampil untuk menjalani pemeriksaan kerana sedar jika mereka mendapat rawatan yang
sewajarnya jika diri mereka mengalami kanser itu. Kesudian untuk menjalani pemeriksaan
dan rawatan ini memastikan risiko kematian akibat kanser juga akan menurun secara
mendadak. Jelaslah, rawatan yang murah atau percuma boleh menjadikan kanser rahim ini
satu lipatan sejarah di Malaysia sedikit masa lagi.
Pada masa yang sama, pembinaan sebuah pusat kajian kanser turut berperanan dalam
usaha membasmi kanser rahim itu. Pusat kajian kanser ini berupaya untuk menjalankan
pelbagai kajian yang berusaha untuk memperoleh vaksin atau penawar kanser terutama
kanser rahim. Kejayaan menemukan vaksin kanser ini pasti memberikan satu lonjakan besar
buat negara dalam usaha memerangi kanser rahim yang semakin serius ini. Sesungguhnya,
kanser rahim tidak akan wujud di Malaysia sebaik sahaja vaksinnya berjaya dihasilkan oleh
pusat kajian kanser negara itu.
Malahan, kerajaan boleh menangani kanser rahim dengan mengawal kadar
pencemaran alam di Malaysia. Kajian sains telah membuktikan bahawa alam sekitar yang
tercemar akibat pembuangan sisa-sisa toksik boleh menyebabkan kanser berlaku dengan
meluas. Sel-sel badan manusia akan berubah menjadi sel kanser apabila sel itu berinteraksi
dengan sisa-sisa kimia yang berbahaya itu. Oleh itu, kejayaan mengawal kadar pencemaran
alam turut bermakna kadar kanser terutama kanser rahim akan berkurangan pula.

Malahan, kerajaan boleh membina lebih banyak hospital kerajaan terutama yang
berurusan dengan penyakit kanser ini. Kewujudan hospital ini menjamin lebih banyak tempat
tersedia untuk pesakit kanser lalu menerima rawatan yang sewajarnya daripada pihak doktor.

54
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Pesakit akan berasa lebih lega kerana sedar diri mereka akan ditempatkan di hospital yang
berkualiti bersama-sama tenaga doktor terlatih dan peralatan moden yang serba canggih.
Sesungguhnya, lebih banyak hospital dibina lebih mudahlah untuk negara ini memantau
penularan penyakit kanser rahim itu.
Kesimpulannya, semua tindakan tadi memang boleh dilaksanakan oleh kerajaan kita
dengan mudah. Semua pihak terutama masyarakat perlulah memberikan kerjasama yang
sewajarnya agar kanser rahim ini berjaya dikawal penularannya. Kegagalan untuk mengatasi
kanser ini boleh menyebabkan jumlah mangsa korban akibat kanser di Malaysia akan
bertambah saban tahun pula. Slogan "mencegah itu lebih baik daripada mengubatinya"
membuktikan kita semua hendaklah bersikap positif dengan berusaha memastikan kesihatan
peribadi sebelum sebarang penyakit berlaku kerana risiko untuk sembuh amat tipis.

28. Peranan kerajaan


berjangkit

dan

rakyat

atasi

penyakit

Beberapa tahun yang lalu, masyarakat dunia dikejutkan dengan penyakit selesema
burung yang juga dikenali sebagai H5N1. Penyakit ganjil ini dikatakan tersebar melalui
sepsis burung yang amat sukar untuk dikawal. Selang beberapa tahun kemudian pula, kita
sekali lagi dikejutkan dengan kes-kes kematian yang berpunca daripada selesema babi atau

55
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

lebih dikenali sebagai H1N1. Jadi, pelbagai tindakan boleh dilaksanakan oleh kerajaan dan
rakyat untuk mengekang penyakit ini daripada terus berleluasa.
Tindakan awal ialah kerajaan perlu menyebarkan maklumat tentang penyakit
berjangkit tersebut untuk makluman rakyat. Kementerian Kesihatan Malaysia perlu lebih
proaktif untuk menjana maklumat melalui pelbagai saluran media massa. Pemberian
maklumat sebegini memudahkan rakyat untuk memahami cara-cara penyakit ini boleh
berjangkit lalu mengambil tindakan keselamatan peribadi pula. Oleh itu, pemberian
maklumat oleh pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha mengawal penularan
penyakit berbahaya ini.
Pada masa yang sama semua pintu masuk ke negara ini baik menerusi jalan darat, laut
dan udara perlu dikawal ketat. Semua orang yang ingin memasuki negara ini perlu diimbas
secara terperinci agar kuman yang mampu menyebarkan virus tersebut dapat dikawal.
Tindakan ini juga berupaya untuk menghalang sebarang virus dari negara ini untuk keluar ke
negara jiran pula lalu menghalang berlakunya penularan wabak penyakit. Sesungguhnya,
kawalan ketat di pintu-pintu masuk negara menjadi benteng kukuh menghalang penularan
penyakit ini.
Berkaitan dengan kawalan di pintu masuk negara ini, sesiapa sahaja terutama
pelancong yang didapati mengalami simptom-simptom penyakit ini perlu dikuarantinkan di
tempat yang selamat. Tindakan ini boleh menghalang sebarang penularan wabak penyakit itu
kerana mereka hanya akan dibebaskan setelah didapati bebas daripada penyakit berbahaya
tersebut. Penyakit berbahaya mudah dikawal jika sumber penularannya berjaya dikesan dan
dimusnahkan terlebih dahulu. Oleh itu, tindakan membuat kuarantin ini menjadi satu
tindakan yang paling radikal tetapi rasional dalam usaha menyelamatkan jutaan nyawa
manusia yang lainnya.
Malahan, rakyat juga perlu menjaga kebersihan diri dengan lebih serius. Mereka perlu
mengurangkan masa berada di luar rumah supaya tidak mudah terdedah kepada mereka yang
sudah menerima penyakit berbahaya ini. Kita harus sedar bahawa jangkitan penyakit sebegini
boleh berlaku dalam sekelip mata seperti menyedut udara yang mempunyai bersin mereka
yang mengalami penyakit tersebut. Jadi, kualiti penjagaan diri yang tinggi berupaya
menghalang penularan penyakit yang berbahaya ini ke dalam masyarakat kita.
Rakyat juga harus mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa
terutama Kementerian Kesihatan. Arahan yang disiarkan menerusi media massa harus diberi
perhatian oleh kita semua terutama aspek penyebaran penyakit dan cara-cara menghalangnya.
Maklumat yang disiarkan melalui media massa ini juga turut memberikan kita semua satu
kelebihan untuk bertindak apabila sesuatu keadaan cemas berlaku. Ringkasnya, rakyat harus
percaya dengan tindakan kerajaan dalam usaha mengawal merebaknya penyakit berbahaya di
negara ini.
Kesimpulannya, penyakit berjangkit yang sedang melanda dunia ini amat berbahaya
kepada masyarakat global. Semua yang sudah berlaku membuktikan bahawa tidak ada

56
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

sesiapa yang terkecuali daripada kemungkinan mendapat penyakit ini. Tindakan yang berani
dan tegas sahaja berupaya menghalang wabak ini daripada terus berlaku. Bak kata orang tuatua hendak seribu daya tak hendak seribu dalih memberitahu kita betapa pentingnya sikap
berusaha mengatasi penularan penyakit ini dilaksanakan dahulu.

29. Cara-cara yang berkesan untuk memupuk minat


membaca dalam kalangan kanak-kanak
Tanpa diketahui puncanya minat membaca memang satu tabiat yang sukar untuk
ditanam dalam jiwa masyarakat kita terutama dalam kanak-kanak. Usaha ini hanya akan
berjaya jika pemupukan itu dibuat sejak kecil lagi oleh ibu bapa tanpa banyak alasan lagi.
Jadi, ada pelbagai cara yang boleh dibuat untuk menanam minat membaca ini dalam jiwa
kanak-kanak kita.
Langkah awal ialah kanak-kanak ini perlu didedahkan dengan bahan bacaan
berbentuk hiburan terutama yang berkaitan dengan minat mereka. Kanak-kanak begitu
mudah tertarik ilustrasi kartun terutama siri kartun yang terkenal kerana inilah jiwa mereka
yang sebenarnya. Bahan-bahan bacaan ini hendaklah dipenuhi dengan gambar dan lawak

57
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

jenaka yang boleh menarik perhatian mereka. Kanak-kanak suka membaca bahan yang
menarik, comel dan memberikan mereka pengetahuan umum.
Selain itu, ibu bapa juga boleh membantu dalam menyelesaikan masalah ini dengan
membawa anak mereka ke kawasan kedai buku. Akitviti ini boleh dijalankan secara berkala
seperti setiap hujung minggu atau bulan melawat kedai buku yang berhampiran rumah
mereka. Di kedai buku itu, anak-anak diberi peluang untuk memilih bahan bacaan yang
mereka minati pula dan menghabiskan masa berjam-jam di sana pula. Anak-anak sudah pasti
akan ternanti-nanti untuk melakukan aktiviti yang serupa pada minggu hadapan pula.
Malah, sikap berkongsi pembacaan juga boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menarik
minat anak mereka untuk membaca. Sebaik sahaja ibu bapa selesai membaca akhbar, majalah
dan buku, mereka boleh berkongsi maklumat itu dengan anak mereka pula. Penjelasan
daripada ibu bapa tentang sesuatu perkara boleh mencetuskan minat anak untuk membaca
tentang perkara itu dengan lebih mendalam. Anak juga boleh dilatih dengan meminta mereka
mereka membaca tajuk utama akhbar harridan, iklan, dan sebagainya pula.
Kewujudan perpustakaan mini di rumah turut membantu mencetuskan sikap suka
membaca dalam jiwa kanak-kanak. Golongan muda ini mudah meniru perkara yang mereka
nampak terutama apabila melihat ibu bapa sendiri mempamerkan minat membaca di rumah.
Kanak-kanak akan melihat-lihat kulit buku, membelek gambar dan akhirnya akan berminat
untuk mengetahui isi kandungan buku tersebut pula.
Konklusinya, minat membaca dalam kanak-kanak ini boleh dipupuk dengan mudah
jika tahu kaedah yang betul. Kanak-kanak perlu diberi pendedahan jenis buku yang
bersesuaian dengan tahap umur dan minat mereka. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah
daripada rebungnya' yang membuktikan betapa pentingnya amalan membaca ini diterapkan
sejak awal.

30. Gejala antisosial dalam kalangan pelajar


Gejala antisosial dalam kalangan pelajar sekolah merujuk kelakuan tidak sopan, tidak
baik, bertentangan dengan budaya tempatan dan menjatuhkan imej pelajar. Antara kelakuan
negatif itu melibatkan ponteng sekolah, bergaduh dan menyertai kumpulan samseng. Media
massa telah menggunakan gejala ini sebagai salah satu bahan berita utama mereka sehingga
pelbagai pihak terutama masyarakat umum memberikan pandangan mereka tentang perkara
ini. Jadi, mengapakah apakah gejala ini sebenarnya dan apakah cara-cara untuk
mengatasinya?
Gejala ponteng sekolah bukan sahaja menular di kawasan bandar tetapi meliputi juga
pelajar luar bandar. Mereka sanggup menghabiskan masa dan wang dengan melepak di
sesuatu tempat tanpa memberitahu keluarga mereka. Biasanya, pelajar sebegini akan berpurapura pergi ke sekolah tetapi melencong kemudiannya. Pakaian sekolah akan ditukar dengan

58
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

pakaian biasa ketika mereka melakukan gejala yang memalukan ini. Tindakan bijak mereka
ini mampu mengaburi mata ibu bapa untuk mengesan kelakuan tidak baik mereka itu.
Selain itu, vandalisme yakni sikap suka memusnahkan sesuatu juga menjadi satu
masalah yang besar dalam kehidupan pelajar kini. Pelajar suka merosakkan kemudahankemudahan awam sekolah seperti meja tulis, papan kenyataan dan juga kemudahan tandas.
Tindakan ini telah menyusahkan pihak sekolah kerana kos untuk menggantikan semua
kemudahan ini agak mahal juga. Pada masa yang sama, kemusnahan kemudahan awam ini
turut menyusahkan pelajar lain untuk menggunakannya pula.
Dalam usaha menangani masalah ini, pihak ibu bapa perlulah memainkan peranan
yang penting dengan mendisiplinkan anak mereka. Sikap memahami dan mengesan sebarang
perubahan tingkah laku dalam jiwa anak mereka amat penting supaya ibu bapa boleh
memberi nasihat serta teguran yang membina. Hubungan yang erat antara ibu bapa dengan
pihak sekolah juga penting supaya semua masalah anak mereka di sekolah dapat dipantau
dengan lebih efektif lagi.
Manakala, pihak masyarakat pula boleh menghulurkan bantuan dengan membuat
laporan sebarang aktiviti yang mencurigakan daripada pelajar sekolah ini. Masyarakat boleh
memerhatikan pelajar yang bermasalah ini dengan membuat laporan kepada pihak polis
untuk tindakan lanjut. Keprihatinan masyarakat ini turut memberi amaran kepada pelajar agar
lebih berhati-hati jika mahu melakukan sesuatu tindakan buruk kerana tingkah laku mereka
sedang diperhatikan oleh pihak masyarakat juga.

Kesimpulannya, gejala antisosial dalam kalangan pelajar sekolah memang semakin


serius dan perlu ditangani segera. Kerjasama semua pihak terutama ibu bapa diperlukan agar
masalah ini dapat dihapuskan dengan sebaik mungkin. Kegagalan untuk menghulurkan
kerjasama ini pasti menyaksikan pelajare kita terus mengalami masalah sosial yang
memalukan pula.

59
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

31. Punca-punca
dimusnahkan

bangunan

lama

terbiar

atau

Bangunan bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur dan
Bangunan Merah di Melaka sering menjadi destinasi kunjungan pelancong asing dan
tempatan. Situasi ini membuktikan bahawa bangunan lama itu memang berpotensi untuk
menjana sumber kewangan kepada negara ini jika diuruskan dengan berkesan. Masyarakat
juga sudah mula matang dan menerima kepentingan kewujudan bangunan bersejarah
sebegini. Namun, masih ada pihak yang suka memusnahkan warisan sejarah dengan pelbagai
alasan yang menarik untuk difahami semua.
Salah satu punca yang mendorong bangunan bersejarah ini dimusnahkan ialah lokasi
bangunan ini boleh dimajukan untuk sesuatu projek yang lebih menjana keuntungan seperti
mendirikan projek perumahan atau membina pusat membeli-belah yang luas. Biasanya
kawasan bangunan bersejarah ini menjadi kawasan perniagaan utama kerana peredaran masa
menjadikannya begitu strategik untuk projek pembangunan pula. Pembinaan projek
pembinaan moden mampu menjamin lebih banyak pulangan keuntungan dalam jangka masa
pendek kepada mana-mana pemaju projek tersebut. Jadi, faktor kawasan yang strategik
menjadikan bangunan bersejarah sasaran utama pemaju untuk membina projek mereka lalu
mengaut keuntungan dengan mudah.
Selain itu, faktor kekurangan sumber kewangan dan tenaga pakar untuk
menyelenggarakan bangunan bersejarah juga menjadikan bangunan ini lebih sesuai

60
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

dimusnahkan begitu sahaja. Kita semua sedia maklum pembinaan bangunan sebegini
menggunakan bahan dan seni bina lama yang pastinya memerlukan penyelenggaran yang
teliti dan professional sifatnya. Negara kita masih kekurangan pakar yang mampu
memulihara semua bangunan lama ini ini selain kekurangan sumber kewangan daripada
penderma-penderma hartawan untuk membiayai projek penyelenggaran sebegini mahal. Oleh
itu, bangunan lama ini lebih sesuai dimusnahkan kerana kos menjaganya lebih tinggi
daripada membina bangunan baru.
Bukan sahaja sumber kewangan yang tinggi dan lokasi yang strategik tetapi kesedaran
masyarakat terhadap pentingnya bangunan bersejarah juga masih belum menebal dalam jiwa
masyarakat kita. Kalau kita hendak bandingkan dengan masyarakat luar negara, tahap
kesedaran menjaga bangunan lama di negara ini masih agak rendah lantaran negara kita baru
sahaja mengecap alam kemerdekaan berbanding negara seperti Perancis dan Amerika
Syarikat itu. Perasaan sebegini menyebabkan tahap penentangan terhadap kemusnahan
bangunan lama begitu rendah sehingga ada bangunan lama dirobohkan tanpa masyarakat
umum mengetahuinya. Jelaslah, kesedaran untuk menjaga bangunan lama masih lagi belum
begitu tebal untuk menghalang bangunan ini terus menerus hilang dalam lipatan sejarah
negara kita.
Malah, kekurangan akta perundangan yang ketat dan menyeluruh turut menjadikan
kemusnahan bangunan lama di negara ini sesuatu yang lumrah sahaja. Pihak pemaju sudah
mengetahui semua kelemahan dalam sistem perundangan yang berkaitan dengan bangunan
lama lalu mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk memberi sedikit kelebihan
kepada mereka pula. Tindakan mereka ini menyebabkan pihak berkuasa sukar untuk menahan
mereka walaupun menyedari bahawa bangunan lama itu penting dan harus dikekalkan
kewujudannya lantaran kelemahan sistem perundangan tersebut. Maka, kelemahan dalam
sistem perundangan telah menjadikan masalah ini semakin menjadi-jadi sejak belakangan ini.
Konklusinya, semua punca yang dinyatakan itu telah menjadikan negara ini
kehilangan bangunan bersejarah saban tahun. Kerjasama semua terutama pihak berkuasa
untuk menghalang tindakan negatit ini amat penting. Kita tidak mahu generasi masa depan
hanya mengenali sesuatu bangunan lama itu berdasarkan sekeping gambar sahaja tanpa
melihat bukti yang sahih. Sejarah memaparkan budaya masyarakat lalu tanpa bangunan
sebegini wujud tiadalah budaya sesuatu bangsa tersebut.

61
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

32. Faedah-faedah bekerja sendiri dalam era globalisasi


ini
Kata orang setiap masalah yang berlaku pasti memberikan jalan yang membawa
munculnya pelbagai kebaikan pula. Samalah dengan kemelut masyarakat yang kini banyak
dibuang kerja gara-gara dunia mengalami kemelesetan ekonomi yang ketara itu. Janji
kerajaan untuk membuka lebih banyak peluang supaya mereka yang menganggur ini bekerja
sendiri harus diterima dengan hati terbuka oleh masyarakat di negara ini kerana inilah jalan
penyelesaian yang baik ketika ini. Jadi, memang ada banyak impak positif yang timbul jika
seseorang itu bekerja sendiri atau menjalankan perniagannya.
Kebaikan ketara yang timbul menerusi amalan bekerja sendiri atau menjalankan
perniagaan ialah cara bekerja seseorang itu akan berubah menjadi positif. Kenapakah
perubahan sikap ini berlaku dengan senang dan pantas? Mudah sahaja kalau dahulu mereka
bekerja dengan orang kini mereka bekerja sendiri lalu setiap tindakan yang mereka lakukan
pasti memberikan impak kepada perniagaan mereka itu. Sesungguhnya, seseorang yang
bekerja sendiri sedar kejayaan perniagaan mereka banyak bergantung kepada sikap mereka
sendiri kerana merekalah pemiliki perniagaan tersebut.
Sebab utama seseorang itu suka menyertai perniagaan ialah bidang ini membawa
keuntungan berlipat kali ganda dalam masa yang singkat pula. Semua pihak sedar jumlah
wang yang dihasilkan menerusi perniagaan lebih besar jumlahnya berbanding jika seseorang
itu bekerja sendiri kerana keuntungan yang diperoleh diambil secara terus dan banyak. Faktor
memperoleh lebih banyak wang dalam tempoh masa yang lebih singkat menjadi daya penarik
utama seseorang itu menyertai bidang perniagaan itu. Maka, individu yang memasuki alam
perniagaan sedar bahawa diri mereka mampu untuk memperoleh wang yang banyak dengan
begitu mudah.
Malah, kerja sendiri juga diminati kerana masa kerja yang tidak tetap sifatnya.
Seseorang ahli perniagaan itu boleh menentukan sendiri masa kerjanya kerana perniagaan itu

62
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

miliknya berdasarkan kepentingan atau keutamaan dalam hidupnya. Situasi sebegini sudah
pasti begitu menarik terutama buat mereka yang mempunyai keluarga kerana masa yang lebih
berkualiti mampu dihabiskan bersama-sama ahli keluarga selain menjalankan aktiviti
perniagaan yang memberikan sumber pendapatan pula kepada keluarga itu. Sesungguhnya,
bekerja sendiri memberikan peluang kepada seseorang untuk merancang masa kerjanya
dengan lebih teratur dan memberi manfaat yang sebenarnya kepada semua pihak terutama
ahli keluarganya.
Tambahan pula, bekerja sendiri menjadikan seseorang itu lebih berinformasi tentang
sesuatu produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan. Semua produk atau perkhidmatan
yang mereka berikan sudah pasti akan mereka fahami luar dan dalamnya supaya pelanggan
yang ingin membeli berasa yakin akan kemampuan mereka sebagai ahli perniagaan. Semua
maklumat ini diperoleh oleh seseorang itu menerusi internet, interaksi dengan pelanggan,
pembacaannya dan sebagainya yang pada masa yang sama menjadikan seseorang ahli
perniagaan itu lebih tahu akan sesuatu perkara tersebut. Jadi, bekerja sendiri menjadikan diri
seseorang itu lebih berinformasi dan tahu akan produk atau perkhidmatan yang dijualnya.
Kesimpulannya, kerja sendiri atau menjalankan perniagaan membawa banyak
kebaikan kepada seseorang itu terutama ketika kegawatan ekonomi melanda negara ini.
Semua pihak terutama pihak bank hendaklah bersedia menghulurkan pelbagai bentuk
pinjaman untuk memudahkan golongan ini menjalankan urusan perniagaan mereka.
Penglibatan lebih banyak individu dalam perniagaan mampu menjadikan pertumbuhan
ekonomi negara ini lebih gah di persada dunia. Mungkin kita semua perlu memikirkan jenis
perniagaan yang sesuai untuk dijalankan mulai saat ini.

63
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

33. langkah-langkah kerjasama yang mampu dilakukan


oleh pihak masyarakat antarabangsa dalam isu
pemanasan global
Isu pemanasan global dikatakan telah mencairkan ais di kawasan kutub bumi sehingga
mempengaruhi perubahan iklim pula. Kejadian hujan lebat bersama-sama angin taufan yang
melanda Filipina sedikit masa lalu telah membuktikan betapa isu pemanasan global ini telah
mengubah sistem iklim dunia. Masyarakat sudah mula sedar akan impak negatif yang bakal
dibawa oleh perubahan cuaca yang agak drastik ini kepada kehidupan harian mereka kelak.
Oleh itu, pelbagai tindakan bersama boleh dilakukan oleh masyarakat dunia untuk sama-sama
mengurangkan impak pemanasan global ini.
Tindakan kerjasama awal yang boleh dilakukan oleh masyarakat antarabangsa ialah
kajian-kajian saintifik boleh diusahakan untuk memperoleh data yang tepat tentang
pemanasan global ini. Kewujudan data yang tepat seperti kadar pencairan ais di kutub dan
sebagainya ini membolehkan masyarakat dunia membuat tindakan susulan untuk mengatasi
perubahan iklim yang dikatakan berlaku itu. Perkongsian data kajian ini juga boleh
memberikan gambaran sebenar tentang impak yang bakal dialami oleh dunia dengan lebih
jelas. Maka, kerjasama melaksanakan kajian-kajian saintifik merupakan tindakan awal yang
boleh dilaksanakan oleh masyarakat antarabangsa.
Selain itu, masyarakat antarabangsa boleh melaksanakan kempen kesedaran tentang
isu pemanasan global ini untuk memberikan pemahaman sebenar kepada masyarakat dunia.
Kempen kesedaran ini pasti lebih efektif kerana dilakukan di seluruh dunia lalu membawa
perubahan yang serupa kepada penduduk dunia dengan lebih pantas. Perubahan yang berlaku
itulah mampu dijelmakan dalam tindakan bersepandu masyarakat dunia untuk sama-sama
mengatasi fenomena yang mula mengancam perubahan cuaca dunia ini. Sesungguhnya,
kempen kesedaran yang bersepandu di seluruh dunia akan membawa perubahan yang lebih
nyata terhadap semua tindakan yang dilaksanakan secara bersama-sama itu kelak.
Malah, masyarakat dunia terutama negara-negara maju perlulah menandatangani
Perjanjian Kyoto yang berkaitan dengan pengawalan kesan rumah hijau. Semua negara sedar
bahawa salah satu punca pemanasan global ialah kadar perlepasan pelbagai gas akibat
kemajuan manusia seperti kereta, bas, kilang dan sebagainya tetapi masih banyak negara
maju yang enggan mengawal kadar perlepasan gas sebegini sebab bimbang kadar
pertumbuha ekonomi mereka akan terjejas pula jika bertindak sedemikian. Semua negara

64
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

perlu sedar bahawa jika perlepasan gas ini tidak dikawal dunia akan musnah termasuklah
negara mereka sendiri. Jelaslah, semua negara perlu menandatangani perjanjian yang
mengawal perlepasan gas yang mampu memusnahkan dunia itu dengan segera supaya proses
pemanasan global tidak menjadi begitu pantas lagi.
Masyarakat dunia juga boleh mewujudkan satu dana khas untuk membiayai semua
projek sains yang membuat penyelidikan untuk mencari jalan mengatasi masalah pemanasan
global ini. Dana ini hendaklah disumbangkan oleh semua negara tanpa banyak alasan lagi
kerana semakin cepat wang ini dikumpulkan semakin cepat pula projek penyelidikan
dijalankan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Semua projek penyelidikan itu hendaklah
meliputi semua kemungkinan yang dijangka akan berlaku dan disertai oleh ahli-ahli saintis
seluruh dunia untuk mendapatkan keputusan yang tepat. Sesungguhnya, usaha mengumpul
dana sebegini mampu memupuk semangat kerjasama yang tinggi selain mampu mewujudkan
pelbagai projek penyelidikan yang berkualiti dalam tempoh yang singkat.
Konklusinya, semua tindakan itu harus dilaksanakan oleh masyarakat dunia tanpa
perlu berlengah masa lagi. Kita tidak harus menimbulkan pelbagai alasan atau sebab yang
mampu melambatkan proses mencari jalan penyelesaian kepada kemelut yang bakal
menentukan keseinambungan peradaban manusia ini. Kegagalan kita untuk bertindak dengan
rasional boleh menyaksikan pupusnya peradaban manusia dalam masa terdekat nanti. Kita
perlu sedar bahawa dunia ini bukannya hak kita tetapi warisan yang harus dinikmati oleh
generasi akan datang.

65
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

34. Rancangan hiburan televisyen jejaskan budaya


tradisional
Televisyen sering dianggap sebagai satu ciptaan moden yang banyak membawa
kebaikan kepada manusia pada zaman moden ini. Namun, penyiaran pelbagai rancangan
berbentuk hiburan telah menyebabkan ada pihak beranggapan bahawa masyarakat mula
meminggirkan budaya seni tradisional pula. Keadaan ini diperkuatkan menerusi kenyatan
demi kenyataan pihak media massa yang melihat program hiburan sebegini menghancurkan
kebudayaan tempatan seperti tarian dan permainan tradisional. Sesungguhnya, penyiaran
rancangan hiburan menerusi televisyen membawa masyarakat melupakan kebudayaan
tradisional mereka.

Kalau kita kaji secara mendalam kebanyakan rancangan hiburan yang disiarkan itu
memaparkan cara berpakaian yang langsung tidak berunsur tradisional. Ada artis terutama
dari Barat yang memakai pakaian yang mencolok mata kerana pada mata mereka pakaian
sebegini mampu meninggikan lagi populariti seseorang artis itu. Generasi muda yang
menonton rancangan hiburan sebegini sudah pasti akan tertarik lalu menganggap cara
berpakaian artis itu sahaja yang betul lalu cuba memakainya dalam kehidupan seharian
mereka tanpa memikirkan kesan sampingannya. Jelaslah, program hiburan yang disiarkan itu
menyebabkan masyarakat kita melupakan cara berpakaian yang seiringan dengan kebudayaan
tempatan.

Begitu juga penggunaan bahasa dalam rancangan hiburan yang disiarkan menerusi
televisyen telah menyebabkan kebudayaan tradisional kita terjejas. Akibat aspek masa dan
cuba menjadikan rancangan hiburan itu lebih menarik, penggunaan bahasa yang rojak dan
tidak tepat digunakan secara meluas sehingga menjadikan masyarakat sukar hendak
membezakan penggunaan bahasa yang betul. Keadaan ini menyebabkan ada pihak yang
menganggap bahasa dalam televisyen itu lebih betul berbanding dengan tatabahasa yang
dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di negara ini. Maka, kekeliruan sebegini
menjadikan bahasa kebangsaan kita akan diperlekehkan penggunaannya oleh pihak-pihak
tertentu sehinga menjejaskan imej kebudayaan tradisional negara kita pada jangka masa
panjang pula.

Tambahan pula, program berbentuk hiburan itu turut memaparkan pemaparan


kesopanan yang bertentangan dengan kebudayaan tradisional kita. Sudah banyak kali kita
mendengar komentar masyarakat yang mengaitkan dengan kehilangan adat sopan generasi
muda akibat terlalu terpengaruh dengan budaya yang mereka tonton di televisyen itu. Budaya
memarahi ibu bapa, bergaduh dengan guru dan mengeluarkan bahasa kesat sudah dianggap

66
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

biasa kerana masyarakat sering melihat adegan sebegini di televisyen. Jelaslah, masyarakat
kita semakin melupakan adat sopan ketimuran yang suatu masa dahulu amat kita banggakan
sudah hilang lantaran terlalu banyak menonton adegan yang kurang sesuai di televisyen pula.

Namun, penyiaran program hiburan di televisyen berupaya untuk menghalang


pemikiran yang positif dalam diri seseorang itu. Pandangan yang melihat kebudayaan negara
itu sendiri sebagai satu kebudayaan yang lemah dan tidak sesuai dengan peredaran zaman
dipengaruhi menerusi sikap melihat program hiburan yang keterlaluan itu. Keadaan ini jika
dibiarkan berterusan akan menimbulkan satu perasaan yang menolak kewujudan kebudayaan
tempatan dalam jiwa seseorang tersebut. Jelaslah, program hiburan di televisyen
menyebabkan pemikiran seseorang akan berubah lalu memandang rendah kebudayaan
tradisional mereka sendiri.

Pada masa yang sama, tindakan menyalahkan televisyen seratus peratus bukanlah satu
tindakan yang bijak kerana berlakunya sesuatu perkara itu sudah pasti banyak berkaitan
dengan faktor yang lain juga. Pinggiran kebudayaan tradisional kita turut disebabkan sikap
generasi muda kita yang tidak begitu memandang tinggi kebudayaan tempatan sehingga
sanggup meniru kebudayaan lain pula. Kita menganggap kebudayaan negara lain seperti
Jepun, Korea Selatan dan Barat itu lebih moden dan praktikal lalu segera menirunya tanpa
merujuk dahulu aspek menghargai kebudayaan sendiri. Maka, kegagalan menghargai negara,
bangsa dan kebudayaan sendiri turut menyebabkan kebudayaan tradisional itu semakin lama
semakin hilang ditelan zaman.

Kesimpulannya, rancangan hiburan yang disiarkan menerusi televisyen itu memang


menyebabkan kebudayaan tradisional kita mengalami kemerosotan daripada segi imejnya.
Semua pihak terutama pihak berkuasa hendaklah lebih peka untuk membuat peraturan yang
mengehadkan penayangan rancangan berbentuk hiburan yang keterlaluan sehingga
menjejaskan kebudayaan tradisional kita itu. Kegagalan berbuat demikian dengan segera
akan menyebabkan kebudayaan kita terhakis sedikit demi sedikit lalu hilang akhirnya. Bak
kata pepatah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih membuktikan semua yang berlaku
itu berada dalam ketentuan diri kita sendiri.

67
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

35. Peranan media massa di negara ini


Media massa meliput media cetak seperti akhbar dan majalah manakaa media
elektronik pula melibatkan televisyen, radio serta internet. Kedudukan media massa dalam
masyarakat begitu penting terutama untuk memastikan masyarakat mengetahui semua
perkara yang berlaku di dunia ini selaras dengan konsep masyarakat bermaklumat. Ada juga
pendapat yang mengaitkan media massa terlalu banyak memaparkan informasi sehingga
sukar untuk diterima dan difahamii oleh mereka yang melihatnya lalu menjadikan maklumat
itu tidak berguna. Oleh itu, peranan yang dimainkan oleh media cetak harus difahami untuk
mengetahui impak yang dibawanya itu.
Sudah pasti peranan paling ketara yang mampu dimainkan oleh media cetak seperti
akhbar dan majalah itu iaah media ini melaporkan berita yang berlaku di negara dan seantero
dunia untuk makluman kita semua. Pendedahan berita yang dibuat oleh media cetak
menyebabkan masyarakat memahami perkara yang sedang berlaku di dunia dengan lebih
mudah dan pantas berbanding masa dahulu yang mungkin mengambil sedikit masa.
Pengetahuan mengenai berita semasa ini boleh menjadikan kehidupan masyarakat kita lebih
bermakna kerana mereka sendiri berasa terlibat dalam setiap berita yang disiarkan itu. Maka,
peranan mendedahkan sesuatu kejadian sebagai satu berita yang boleh menjadian masyarakat
kita lebih berinformasi tentang keadaan sekelilingnya.
Pada masa yang sama media cetak berbeza dengan media elektronik mampu membuat
analisa berita yang lebih mendalam untuk dbaca berulang kali oleh masyarakat. Pembacaan
artikel yang sebegini kritis mampu membuka minda masyarakat menjadi lebih matang dalam
menilai dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara tersebut. Rencana yang disiarkan
juga biasanya ditulis oleh wartawan atau penulis yang berpengalaman luas tentang sesuatu
aspek yang dibicarakan itu untuk memberikan pandangan yang berbeza buat masyarakat pula.
Jelaslah, media cetak berupaya menyalurkan maklumat yang lebih kritis untuk tatapan
masyarakat kita.
Selain itu, berita dan rencana yang disiarkan oleh media cetak mampu memberi
pengajaran dan maklumat kepada kita semua. Semua perkara yang dilaporkan oleh media
massa sudah pasti memberikan pelbagai pendapat yang wujud lalu menjadikan masyarakat
kita sedar dan membuat perbandingan kehidupan mereka dengan berita yang didengar. Berta
kejadian jenayah menjadikan kita lebih berwaspada manakala berita tentang kesihatan
menjadikan manusia lebih peka akan aspek pemakanan dan berita tentang politik
membuatkan rakyat negara in sedar akan hak mereka sebagai penentu pemerintahan negara.
Maka, semua berita yang disiarkan oleh media massa membolehkan masyarakat
menerimanya sebagai satu bentuk pengajaran dan peringatan kepada kita semua.

68
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Media massa juga tanpa disedari menjadi alat yang memantu meningkatkan tahap
bacaan atau celik huruf di negara ini. Kita sudah sedia maklum bahawa untuk menghayati
berita media cetak ini seseorang itu perlulah mahir dalam pembacaannya dan semakin banyak
berita yang dibaca maka semakin mahirlah aspek pembacaan seseorang itu. Media cetak
menjadi satu saluran yang paling mudah untuk mendidik masyarakat kita supaya suka
membaca dan menghargai bahan bacaan dengan efektif. Sesungguhnya, media cetak
berupaya menjadikan seluruh rakyat negara ini mahir dalam bacaan mereka pada tempoh
yang singkat.
Kesimpulannya, media cetak memang mempunyai banyak peranan yang boleh
memajukan masyarakat kita. Usaha untuk memberi galakan supaya lebih banyak bahan
media cetak dihasikan dinegara ini harus ditingkatkan dengan seberapa segera yang mungkin.
Bukan sahaja masyarakat boleh menikmati faedahnya tetapi pelajar juga boleh menggunakan
bahan dalam media cetak menjadi alat bantuan pendidikan mereka terutama untuk menulis
karangan. Media cetak lambang kemajuan sesebuah negara dan masyarakatnya.

36. Punca-punca kenaikan harga minyak berlaku kini


Dunia kini sedang mengalami krisis kenaikan minyak yang begitu kronik. Kenaikan
ini telah menyebabkan banyak negara mengalami masalah hutang yang begitu teruk sehingga

69
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

mampu memusnahkan ekonomi yang sudah dipupuk sekian lama itu. Rakyat juga mula
menerima tempias krisis ini yang menyaksikan banyak syarikat mula membuang pekerja
mereka kerana ekonomi dunia mengalami kegawatan yang ketara. Persoalannya, apakah
punca-punca yang menyebabkan berlakunya krisis kenaikan harga minyak ini?
Kemelut harga minyak ini banyak dipengaruhi oleh permintaan minyak yang begitu
tinggi dari negara China dan India. Kedua-dua negara ini sedang mengalami pertumbuhan
ekonomi yang rancak lalu memerlukan jumlah minyak yang banyak untuk memenuhi
keperluan industri mereka yang sedang berkembang pesat itu. Permintaan yang terlalu
banyak ini telah menyebabkan harga minyak melambung kerana situasi ini mewujudkan
tekanan terhadap keperluan minyak begitu jelas. Pada masa yang sama, keperluan permintaan
minyak dunia begitu tinggi berbanding dengan tahap pengeluaran minyak yang sedia ada lalu
menyebabkan harga melambung tinggi. Ringkasnya, harga minyak meningkat kerana China
dan India telah mewujudkan satu pasaran baru buat pengusaha minyak dunia.
Selain itu, keadaan politik yang tidak stabil di rantau Asia Barat telah menjadikan
harga minyak melambung tinggi. Peperangan bersama-sama tunjuk perasaan, rampasan kuasa
dan ketidakstabilan politik di Iraq, Iran, Syria, Kuwait dan sebagainya menyebabkan banyak
negara pembeli minyak berasa risau lalu membuat pembelian awal yang lebih banyak
daripada pembelian biasa. Keadaan yang tidak stabil ini menyebabkan negara-negara
pengeluar minyak yang lain mengambil kesempatan untuk meninggikan harga minyak untuk
mengaut keuntungan segera daripada ketidakstabilan politik yang melanda rantau itu. Maka,
keadaan politik yang tidak stabil di Asia Barat telah menyebabkan harga minyak melambung
tinggi dengan begitu mudah.
Penurunan kadar nilai mata wang Amerika Syarikat juga dikaitkan dengan
peningkatan harga minyak ini. Sudah menjadi kebiasaan pembelian minyak dikaitkan dengan
penggunaan mata wang Amerika Syarikat lalu sebarang penurunan mata wang negara ini
pasti akan menjejaskan nisbah keuntungan yang bakal diterima oleh negara pengeluar minyak
itu. Situasi ini membawa kepada negara pengeluar minyak tidak berminat untuk
mengeluarkan minyak lebih banyak kerana pembelian minyak menggunakan mata wang
Amerika Syarikat ketika ini tidak membawa kadar keuntungan yang banyak kepada mereka.
Tambahan pula, keperluan minyak negara-negara yang mengeluarkan minyak itu
sendiri begitu tinggi. Situasi ini menyebabkan jumlah minyak yang dikeluarkan oleh mereka
itu tidak banyak yang boleh dieksport untuk keperluan negara lain kerana sudah pasti mereka
akan cuba memenuhi keperluan minyak negara mereka terlebih dahulu. Kekurangan jumlah
penawaran minyak di pasaran antarabangsa menyebabkan harga minyak melambung kerana
negara-negara lain turut memerlukan minyak dalam kuantiti yang banyak.
Konklusinya, harga minyak melambung disebabkaan oleh semua faktor yang
dinyatakan tadi. Kerjasama yang lebih erat antara negara pengeluar dengan negara yang
memerlukannya perlu dicapai kerana kegagalan membuat persetujuan bersama bakal
menyaksikan harga bahan mentah utama dunia ini akan terus meningkat ke tahap yang begitu
tinggi. Semua pihak perlulah memahami impak yang dibawa oleh kenaikan harga minyak ini
terhadap pembangunaan dunia secara keseluruhannya.

70
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

37. Langkah-langkah atasi pengangguran di Malaysia


Kegawatan ekonomi menyebabkan jumlah penganggur di negara ini meningkat
dengan begitu ketara sekali sehingga menimbulkan kebimbangan semua pihak. Jumlah
penganggur yang tinggi untuk membuktikan kegagalan pihak kerajaan untuk mengatasi
kemelut yang melanda ekonomi negara kerana terlalu bergantung kepada perkembangan
ekonomi negara luar seperti Amerika Syarikat. Pihak media massa turut menyiarkan program
yang menceritakan pengalaman penganggur untuk berjaya dalam hidup jadi bukti bahawa
polemik pengangguran di negara ini mula menjadi isu politik juga. Sebenarnya, ada banyak
langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk mengatasi masalah pengangguran ini
jika mereka mahu bertindak.

71
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Langkah awal ialah kerajaan harus memberikan bantuan kewangan yang mampu
memberi rangsangan kepada ekonomi untuk berkembang dengan pesat. Bantuan kewangan
ini perlulah besar yakni menelan bilion ringgit supaya lebih banyak projek pembangunan
dijalankan secara serentak kerana jika semua projek pembangunan dijalankan serentak sudah
pasti jumlah pekerja yang diperlukan ramai dan semua orang berpeluang untuk bekerja. Pakej
kewangan ini hendaklah diuruskan oleh kerajaan dengan bijak melalui pemilihan projek
ekonomi yang boleh mencambahkan lebih banyak aktiviti ekonomi sampingan seperti
ekonomi berasaskan teknologi dan penyelidikan tinggi. Jelaslah, ekonomi negara akan pesat
membangun jika kerajaan menyediakan pakej bantuan kewangan yang banyak untuk
mewujudkan peluang pekerjaan.
Pakej kewangan yang besar ini boleh diikuti dengan pengenalan pelbagai insentif baru
kepada ahli-ahli perniagaan terutama pembinaan lebih banyak kawasan industri dan
pemberian bebas cukai kepada industri yang tidak membuang pekerjanya. Pelbagai insentif
ini mampu menguatkan semangat kepada ahli perniagaan untuk mencuba melakukan sesuatu
yang baru dalam perniagaannya dan juga mengharungi cabaran kegawatan ekonomi dengan
lebih terbuka dan rasional kerana menyedari bahawa pihak kerajaan berusaha untuk
menyelamatkan mereka juga. Semua idea baru yang diperkenalkan sudah pasti mampu
memberikan suntikan kepada ahli perniagaan untuk meneruskan kerja mereka tanpa perlu
membuang pekerja sebaliknya mereka mungkin memerlukan lebih ramai pekerja untuk
mengambil kesempatan yang wujud itu. Maka, kerajaan perlu memberikan idea-idea baru
yang mampu memudahkan ahli perniagaan untuk menjalankan peranan mereka dengan lebih
efektif.
Selain itu, usaha untuk memperkenalkan negara harus ditingkatkan oleh kerajaan
menerusi pameran dan kunjungan rombongan ekonomi ke negara-negara lain. Lawatan
sebegini menyebabkan lebih banyak negara luar menyedari kelebihan dan kepentingan
mendirikan perniagaan di Malaysia berdasarkan maklumat yang tepat diperoleh daripada
ahli-ahli rombongan ini. Kemasukan lebih banyak model asing ke negara ini sudah pasti
mampu menjana lebih banyak aktiviti ekonomi bersama-sama dengan pakej ekonomi yang
sebelum ini ditawarkan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ekonomi. Hal ini
membutkikan bahawa usaha memperkenalkan negara ke mata dunia amat penting terutama
jika semua rombongan ini digunakan dengan sebaik mungkin dan tidak hanya sebagai satu
lawatan sahaja.
Pihak swasta pula terutama ahli perniagaan turut mempunyai perana tersendiri yakni
mereka perlu sanggup berkorban ketika negara mengalami masalah kegawatan ekonomi ini.
Pengorbanan mereka itu boleh dijelmakan dalam bentuk mengurangkan gaji atau ganjaran
buat mereka dalam bentuk bonus dan sebagainya supaya wang itu boleh digunakan untuk
memastikan syarikat terus wujud lalu tidak membuang pekerja yang boleh menambahkan
jumlah pengangguran. Kehidupan mereka yang sudah lama hidup mewah perlu dikorbankan
demi kemajuan negara pada masa hadapan kerana jika mereka masih mengaut keuntungan
menerusi gaji dan bonus yang tinggi sudah pasti syarikat mereka akan kekurangan sumber

72
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

kewangan untuk mengharungi zaman kemelesetan ini. Oleh itu, pihak swasta harus juga
memikirkan orang lain dan tidak hanya mamu menyelamatkan diri mereka sahaja dalam
kegawatan sebegini.
Manakala pihak individu pula harus lebih positif mengharungi kegawatan ekonomi ini
dengan cuba meningkatkan lagi kemahiran diri mereka seperti menyambung belajar,
mengambil kursus jangka pendek dan meningkatkan prestasi diri. Sikap suka meningkatkan
kebolehan diri memastikan seseorang pekerja itu terus dihargai oleh syarikat dan
kemungkinan untuk dibuang kerja amat tipis. Malah, jika mereka dibuang kerja pun,
golongan yang positif seperti ini akan mudah menerima kerja baru kerana mereka memiliki
kemahiran lain yang sudah pasti diperlukan oleh syarikat lain pula atau mungkin mereka
boleh bekerja sendiri berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini. Lantaran itu, semua orang
harus melihat pendidikan sebagai satu proses jangka masa panjang dalam hidup seseorang itu
dan tidak menganggap pelajaran tamat selepas meninggalkan bangku sekolah sahaja.
Kesimpulannya, masalah pengangguran ini memang boleh mencetuskan
ketidakstabilan jika negara gagal mengawalnya dengan baik berdasarkan pengalaman negaranegara jiran kita terutama Indonesia. Pihak kerajaan bersama-sama swasta perlu menyedari
betapa pentingnya sikap bekerjasama untuk memulihkan ekonomi negara dalam masa yang
terdekat ini. Tanpa kerjasama masalah ekonomi akan terus wujud lalu menimbulkan banyak
masalah kepada rakyat untuk mencari peluang kerja yang baik terutama golongan muda yang
baru sahaja keluar dari sekolah.

38. Tindakan-tindakan kerajaan untuk


ekonomi negara terus berkembang

memastikan

Kegawatan ekonomi merujuk satu keadaan yang tidak positif yang membawa
ekonomi sesebuah negara itu tidak berkembang lagi. Antara contoh kegawatan ekonomi yang
pernah melanda negara ialah pada akhir tahun 1990-an dan awal tahun 2006 sehinggalah
sekarang yang impaknya masih terasa. Pihak media massa menggunakan isu kegawatan
ekonomi ini untuk mengetengahkan pelbagai masalah kehidupan yang dialami oleh
masyarakat kita terutama peningkatan kes jenayah. Jadi, kerajaan perlulah melaksanakan
beberapa inisiatif untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kembali ke tahap yang
asal.
Inisiatif yang utama perlu dilakukan oleh kerajaan dalam usaha untuk mengatasi
masalah kegawatan ekonomi negara ialah Malaysia perlu menarik lebih banyak pelaburan

73
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

asing masuk ke negara ini. Pelaburan asing itu boleh ditarik ke negara ini dengan kerajaan
memberikan pelbagai insentif yang menarik kepada pelabur asing itu terutama aspek cukai
keuntungan syarikat yang rendah dan proses melakukan perniagaan yang mudah serta lancar
di Malaysia. Semakin banyak pelabur asing yang tertarik dengan insentif yang disediakan
oleh kerajaan itu semakin banyaklah peluang perniagaan atau kilang akan didirikan di negara
ini lalu memberikan peluang kerja yang luas pula. Maka, tindakan menarik lebih banyak
pelabur asing datang untuk melabur di negara ini amat penting dilaksanakan segera.
Tindakan kedua ialah kerajaan melakukan lebih banyak projek pembangunan mega
untuk memastikan aktiviti ekonomi negara menjadi lebih rancak. Kita sudah sedia maklum
bahawa pertumbuhan ekonomi yang sihat banyak berkait dengan kadar kecairan wang dalam
sesebuah ekonomi itu dan projek besar-besar yang dilancarkan sudah pasti menjadikan lebih
banyak perbelanjaan dilakukan oleh kerajaan atau pihak swasta. Semua pihak akan lebih
berani untuk mengeluarkan wang kerana mereka sedar negara memiliki pelbagai projek yang
memerlukan modal yang tinggi untuk dilaksanakan bersama-sama tahap keyakinan ahli
perniagaan juga akan bertambah. Justeru, semakin banyak projek mega dilakukan oleh
kerajaan semakin pesatlah pertumbuhan ekonomi sesebuah negara itu.
Bukan sahaja tindakan menarik pelabur asing dan pelaksanaan projek mega tetapi
kerajaan juga hendaklah memudahkan urusan pemberian pinjaman terutama kepada peniagapeniaga kecil dan sederhana. Proses pemberian pinjaman kepada golongan perniagaan seperti
ini hendaklah dimudahkan tanpa banyak proses pengisian boring atau kertas kerja yang
berjela-jela. Kategori perniagaan kecil dan sederhana amat penting digiatkan kerana golongan
inilah yang melibatkan lebih banyak pekerja yang memerlukan pekerjaan berbanding dengan
syrikat-syarikat besar yang masih mampu beroperasi kerana mempunyai rangkaian atau
cawangan di luar negara. Sesungguhnya, proses pemberian pinjaman hendaklah disenangkan
buat semua pihak terutama ketika negara dilanda kemelut ekonomi ini.
Malahan, tindakan menghasilkan lebih banyak peluang ekonomi atau jenis ekonomi
baru harus menjadi tumpuan kerajaan dalam menangani isu ini. Kewujudan teknologi
terutama internet dan komputer telah menghasilkan pelbagai jenis perniagaan baru yang
menjadi minat generasi muda lalu kerajaan harus bijak menggunakan teknologi untuk
menggalakkan penghasilan ekonomi era moden pula. Kemampuan negara untuk mewujudkan
satu perniagaan era moden akan menjadikan negara ini peneroka dalam perniagaan tersebut
lalu mampu mengaut keuntungan lebih awal dengan banyaknya. Oleh itu, negara ini harus
meneroka pelbagai perniagaan jenis baru yang boleh dikembangkan pula untuk memberikan
nafas baru kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Tindakan lain ialah kerajaan haruslah memodenkan sistem pendidikan sumber
manusianya supaya tenaga kerja kita lebih mampu untuk berdaya saing dalam dunia yang
penuh persaingan ini. Perubahan dalam penekanan aspek teknikal, bahasa asing, intelek
emosi dan kemudahan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi menjadi antara
tindakan yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan dalam membuat reformasi sistem pendidikan
kita. Semua tindakan reformasi ini berupaya menjadikan sumber manusia kita lebih mahir

74
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

dalam aspek teknikal, berupaya berbahasa asing dan juga mampu untuk menyelesaikan
sesuatu masalah ekonomi dengan lebih baik serta menyeluruh pula. Jadi, pendidikan kita
perlulah dirombak semula oleh kerajaan supaya sumber manusia kita lebih berdaya saing
lagi.
Kesimpulannya, semua langkah yang diutarakn tadi memang mampu untuk
dilaksanakan oleh kerajaan kita. Kerjasama semua pihak amat diperlukan terutama daripada
msyarakat sendiri untuk memastikan tindakan-tindakan ini membawa impak yang
seharusnya. Kegagalan untuk bertindak segera akan menyebabkan masalah kegawatan
ekonomi ini akan menjadi semakin teruk lalu sukar untuk dikawal sehingga menjadikan
negara bankrup pula. Peribahasa sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya
mampu memberikan peringatan kepada kita semua tentang betapa pentingnya bertindak lebih
awal dengan menggunakan pemikiran yang rasional.

39. Langkah-langkah untuk memajukan mutu sukan


negara Malaysia
Sukan di negara ini mengalami zaman kemelesetan yang begitu ketara kerana tiada
lagi kejayaan yang diraih seperti awa tahun 50-an, 60-an atau 80-an. Keadaan ini telah
menimbulkan rungutan pelbagai pihak terutama peminat sukan di negara ini. Media massa
pula asyik mengeluarkan pelbagai teori dan langkah untuk menangani masalah sukan di
negara ini tanpa hasil jua. Jelaslah, ada pelbagai tindakan drastik yang boleh dilakukan oleh
semua pihak.
Sudah pasti perubahan minda masyarakat harus berlaku terutama persepsi mereka
terhadap sukan. Anggapan bahawa sukan tidak memberi apa-apa kesan atau tiada prospek
ekonomi harus dikikis dengan segera. Sukan sama juga seperti kerjaya lain jika dilakukan
dengan betul, sistematik dan tabah berupaya menyumbangkan sumber kewangan yang
lumayan kepada penggamalnya. Oleh itu, perubahan paradigma masyarakat hendaklah
berubah selaras dengan perubahan zaman yang mengutamakan sukan di peringkat global.
Selain itu, kerajaan harus memberikan ganjaran yang setimpal kepada ahli sukan yang
berjaya di dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Sumbangan dalam

75
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

bentuk kewangan atau pemberian latihan berupaya menyuntik semangat baru kepada ahli
sukan untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik lagi. Pemberian insentif ini juga
memberi satu harapan kepada golongan muda terutama kanak-kanak untuk mempunyai
impian menjadi ahli sukan dan menerima ganjaran itu. Jadi, ganjaran kepada ahli sukan
perlulah wujud dan usahlah kita menganggap pemberian ganjaran ini tidak penting dalam
pembangunan sukan negara.
Jika kita mahu memiliki kelompok ahli sukan yang ramai dan baik, sudah pasti
pembinaan kemudahan sukan ditingkatkan. Pembinaan stadium, gelanggang dan padang
menjadikan acara sukan lebih mudah dan murah untuk disertai oleh masyarakat di negara ini.
Keadaan ini menyebabkan kemahiran asas dalam sesuatu asas sukan itu sudah dimiliki oleh
masyarakat di negara ini dan hanya perlu digilap sahaja oleh jurulatih negara apabila tiba
masanya. Sesungguhnya, pembinaan kemudahan sukan menjamin negara memiliki satu
kelompok ahli sukan yang berwibawa.
Tambahan pula, negara boleh menganjurkan kejohanan sukan bertaraf dunia di negara
ini. Penganjuran sukan sebegini memberi peluang kepada ahli sukan negara untuk bersaing
dengan ahli-ahli sukan dunia yang sememangnya lebih baik. Persaingan yang hebat ini
menjadikan ahli sukan kita lebih fokus dan menyedari kelemahan serta mampu meningkatkan
kualiti diri mereka sejajar dengan pengalaman yang diperoleh. Maka, lebih banyak
penganjuran acara sukan dunia di negara ini, semakin bertambahlah mutu ahli sukan kita.
Bagaimana dengan juruatih? Sudah pasti pengambilan jurulatih berpengalaman
terutama dari negara luar berupaya menyuntik teknik baru kepada latihan ahli sukan kita.
Jurulatih asing yang berpengalaman ini mampu melihat kelemahan dan mengatasi kelemahan
ahli sukan kita dengan pantas kerana mereka berpengalaman. Dalam masa yang sama
jurulatih asing ini boleh membuat program untuk melatih jurulatih tempatan atau berkongsi
pengalaman dengan mereka untuk merangka satu sistem latihan yang baik. Jadi, jurulatih
asing boleh membawa perubahan drastik terhadap mutu sukan kita.
Konklusinya, mutu sukan di negara ini boleh berubah. Cuma kegagalan persatuanpersatuan sukan untuk melihat secara positif dan masalah konflik dalaman persatuan yang
menyebabkan mutu sukan kita terus menjunam. Masyarakat sudah muak dengan alasan demi
alasan yang diberikan setiap kali ahli sukan kita mengalami kekalahan. Sikap 'menuding jari'
membuktikan betapa kita banyak menyalahkan orang lain tanpa mahu berubah.

76
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

40. Langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi


isu warga tua yang terbiar
Peringkat umur tua merupakan peringkat akhir dalam perkembangan biologi manusia.
Keadaan ini menyebabkan ketika inilah pelbagai masalah boleh berlaku terutama yang
menyentuh aspek emosi dan kesihatan seseorang itu. Oleh itu, ada pelbagai tindakan yang
boleh diambil oleh remaja untuk menangani kemelut warga tua ini.
Sudah pasti pemupukan pendidikan asas terutama didikan agama mampu
menyelesaikan sebahagian besar masalah warga ini. Remaja yang menerima pendidikan asas
agama yang kukuh sudah pasti akan lebih menghormati golongan tua ini lalu memberikan
perhatian akan kehidupan mereka. Hubungan antara ahli keluarga juga akan menjadi lebih
erat dan mesra. Jadi, remaja harus memiliki didikan yang sempurna.
Bagaimanakah didikan ini harus wujud? Sudah pasti ibu bapa berperanan untuk
memberi panduan yang benar kepada remaja. Ibu bapa perlu menjelaskan kepada anak-anak
akan pentingnya menghormati warga tua kerana setiap manusia akan menempuh alam tua
mereka yang tersendiri. Kejayaan ibu bapa mendidik anak dengan baik memastikan satu
golongan remaja yang melihat warga tua bukan sebagai satu masalah sebaliknya satu amanah
yang harus dilaksanakan tanpa banyak soal.
Selain itu, media massa juga mempunyai peranan yang tersendiri dalam
menyelesaikan masalah yang semakin kritikal ini. Penyiaran lebih banyak program dan siaran
yang berunsur positif akan warga tua mampu merapatkan jurang antara remaja dan warga
emas ini. Keadaan ini mampu menimbulkan satu kesedaran yang mendalam dalam diri
remaja untuk membantu warga tua tanpa sebarang alasan.

77
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Sistem pendidikan yang lebih holistik dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti
mengadakan lawatan sambil belajar ke rumah orang tua. Biasanya pelajar di sekolah hanya
mendengar sahaja nasihat guru tentang peranan mereka membantu warga tua tanpa melihat
contoh yang sebenarnya. Maka, lawatan ke rumah jagaan orang tua sudah pasti memberikan
pengalaman sebenar kepada remaja akan kehidupan warga ini lalu timbulah keinsafan dalam
diri remaja itu sendiri.
Kesimpulannya, jurang pemisah antara generasi muda dan tua semakin ketara
terutama dalam era moden ini. Semua pihak sama ada masyarakat dan kerajaan harus
mengenal pasti langkah-langkah yang lebih praktikal untuk menangani kemelut warga tua ini.
Kita harus sedar warga tualah yang telah membangunkan negara ini lalu menjadikan
kehidupan generasi muda selepas mereka lebih mudah dan selesa. Kita harus hargai jasa
mereka.

41. Peranan ibu bapa dalam mengatasi masalah remaja


Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan
peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja. Akhir-akhir ini, berita mengenai
golongan remaja terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar. Masalah
sosial adalah suatu ketidaksesuaian antara unsur-unsur kebudayaan atau masyarakat, yang
membahayakan kehidupan kelompok sosial. Daripada kes bohsia, hamil luar nikah yang
diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan
vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.
Keutuhan institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga
institusi keluarga diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi
keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku
Syurgaku yang menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untuk
memastikan keutuhan institusi keluarga diadakan secara besar-besaran. Oleh itu, ibu bapa
perlulah menyahut cabaran bagi menghalang golongan remaja daripada terjebak dalam gejala
sosial.
Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anakanak mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu
menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak
dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk
mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai
kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu
sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Contohnya, pada
hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti
riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa remaja makan angin di
destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-anak
diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sememangnya, ibu bapa

78
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak
mereka amat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.
Peranan utama ibu bapa untuk mengatasi masalah remaja ialah memberi didikan
agama kepada anak-anak. Agama merupakan senjata ampuh yang mampu membantu mereka
menangkis segala anasir yang bersifat negatif. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah
memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak dari kecil ibarat melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Kendatipun, ibu bapa yang memberi anak-anak dengan cahaya keimanan
yang cukup akan melahirkan adiwangsa yang soleh dan solehah. Di samping itu, ada juga
keluarga yang makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kerohanian. Menurut pakar
motivasi, Dato Dr. Fadzillah Kamsah mengatakan bahawa ibu bapa haruslah mencurahkan
ilmu agama kepada putera puteri mereka kerana itu merupakan benteng untuk mereka
menempuh arus modenisasi kini. Tuntasnya, ibu bapa hendaklah membuka fikiran seluas
padang pasir dan agar hati seputih salju bahawa agama merupakan senjata ampuh untuk
mengelakkan modal insan terjerumus ke dalam kancah masalah sosial pada masa kini.
Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anakanak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa
kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk
mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu
bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru.
Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk
membantu remaja yang bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa
perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak mereka
tidaklah Bagai me ncurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada penawarnya.
Masalah remaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik daripada
mengubati. Ibubapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak mereka
dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan wang ringgit.
Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka . Ibu
bapa sememangnya perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana
segala perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah
laku ibu bapa akan ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai
tabiat buruk seperti merokok perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak
mereka berkemungkinan besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah
mengatasi apa-apa kelemahan yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akan
menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada amalan yang kurang sihat. Ibu bapa tidak
harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan ini, golongan remaja
tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka dan seterusnya tidak akan
melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masa depan mereka.
Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam
mendidik anak-anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik
anak-anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang

79
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang
berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita
berubah, sebelum padi di tangan menjadi lalang dan ayam ditambat disambar helang,
ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anak tercinta.

42. Gejala merokok dalam kalangan remaja


Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk
mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam
tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah membawa pelbagai
penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru. Menurut Menteri Kesihatan,
Dato Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat
mengikut statistik pada tahun 2006.

Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini


sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk
membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif
orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini
juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering,
dan sungguh menakutkan.

Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen,
surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang
majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat
merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasaran
kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan.

Kempen antimerokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di
seluruh negara berlandaskan slogan Tak Nak! Slogan ini sangat sesuai untuk membuang
tabiat buruk merokok dan mengatakan tak nak kepada rokok. Kesan-kesan buruk tabiat
merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan
berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan
mengamalkan gaya hidup sihat.

80
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji.
Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan
jumlah perokok khususnya remaja.

Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan


tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah
dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya.

43. Isu dadah pendapat


Apabila anda merdengar ungkapan Enam Jahanam, apakah yang mungkin anda
fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama kumpulan penjenayah
yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah
yang harus diberi perhatian serius kerana penyalahgunaannya yang meluas heroin, kokain,
ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan Karnival Enam Jahanam,
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di
negara kita berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah
harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu
negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang fungsi asalnya ialah bahan perubatan
merupakan bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti
menyebabkan keadaan khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang
berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Pada akhir tahun 1960-an, negara kita


mulai mengalami masalah dadah
Golongan remaja dipengaruhi oleh kebudayaan hippie dan askar-askar Amerika yang
melancong ke Pulau Pinang. Sebagai kesan daripada kedua pengaruh tersebut, penagihan
dadah telah merebak ke seluruh negara. Golongan muda yang terlibat dalam penagihan
dadah merupakan pemuda- pemudi harapan bangsa dan negara dan terjerumusnya
mereka dalam alam khayalan ini mengakibatkan mereka bukan sahaja tidak berguna kepada
masyarakat bahkan diri mereka sendiri. Memandangkan hakikat inilah, kerajaan telah
mengambil sikap tegas terhadap pengedaran dadah, dan mengambil langkah-langkah yang
perlu untuk melindungi rakyat termasuklah undang-undang yang amat ketat. Tetapi,
pengedaran dadah nampaknya tidak boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan undangundang seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun
mereka yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori. Oleh itu, kerajaan
telah melancarkan kempen antidadah di seluruh negara secara meluas. Namun
demikian, tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya kita pikul bersama.

81
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Tindakan pencegahan dadah yang berkesan memerlukan penglibatan semua


golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih bebas, terdedah kepada
pengaruh asing dan mereka lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini,
mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk disanjung oleh kawan,
mereka menunjukkan keberanian dengan menghisap rokok dan dadah. Sekali mereka
bermula, maka amat sukar bagi mereka memberhentikan amalan buruk ini. Masyarakat
harus dididik sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis, benda yang kotor dan tidak boleh
disentuh. Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam hati sanubari mereka,
sebahagian daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita harus sedar bahawa
tindakan kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk
menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk mewujudkan
satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.

Sebahagian besar penagih-penagih dadah di negara kita terdiri daripada golongan


remaja antara 15-29 tahun. Antara sebab-sebab utama mereka ini menjadi penagih ialah
kerana keseronokan, sikap ingin tahu, pengaruh persekitaran terutamanya pengaruh rakan
sebaya, tekanan emosi disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang
ibu bapa atau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan peranan
penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini, Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan penagihan dadah besar-besaran
tahun ini dengan sasaran utama terhadap golongan belia terutama pelajar sekolah. Program
pencegahan merupakan usaha terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di
negara ini. Menurut laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah
30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebanyak
15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu bersungguh-sungguh
dengan program pencegahan kerana program pemulihan dan rawatan sukar menghalang
penagih-penagih ini mengulangi kegiatan mereka.

Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihan dadah lazimnya


bermula dengan tabiat menghisap rokok. Ini kerana tabiat ketagihan dihasilkan oleh unsur
nikotin dalam rokok. Apabila merasakan rokok tidak memberi kepuasan, mereka beralih
kepada ganja dan sekiranya ganja juga tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih
kepada heroin dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam
memerangi najis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan dadah.

Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah. Dengan


berfikiran rasional, mereka tentu tidak sanggup menerima risikonya yang menakutkan.
Antara kesan-kesannya ialah mendapat penyakit meningitis, penyakit jangkitan jantung,
AIDS, Hepatitis B, C, dan D, kerosakan buah pinggang, otot-otot badan mengecut dan
berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak

82
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

diperoleh mereka akan berasa keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Jelasnya mereka akan
berperang dengan kematian kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit AIDS
yang amat digeruni.

Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi
dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah sifar. Marilah kita samasama menghapuskan najis dadah yang menjahanamkan masyarakat daripada terus hadir di
Malaysia. Kita tiada pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap
masa iaitu Perangi Dadah Habis-Habisan.

83
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

44. Pencemaran sungai


Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen Sayangi Sungai dalam
negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan
mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian
serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid
melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap
keadaan banyak sungai kita.

Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang


mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni
rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala
macam sisa yang hendak dibuang. Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu
mengadakan pelbagai acara membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai
dan swasta adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan
kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka diami
adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul
perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha
memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya
terus dilanda pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai
semakin teruk hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah mati.

Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan
Saliran, Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya semakin
meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan Alam
Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada tahun
2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi setahun kemudian hanya
tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar
manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53.
Bagaimanapun, jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan batang
saja pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang
menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002 bertambah baik setahun kemudian.

84
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak
ada rancangan berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai dalam
negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini disebabkan, keseluruhannya rakyat negara ini
amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Kebanyakan daripada mereka seolaholah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan keadaan kebanyakan
sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi sungai baik setinggan atau pun tidak,
berterusan menganggap sungai seperti saliran membuang najis dan sampah. Kalau
diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan rumah kedai yang didirikan 30 atau 40
tahun lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika itu menjadikan sungai sebagai
saliran sampah dan najis. Sehingga kini pun ketika pemaju perumahan misalnya sudah tidak
lagi menganggap sungai sebagai saliran sampah dan mula mendirikan rumah menghadap
sungai, itupun orang ramai masih tidak dapat mengikis pandangan mereka terhadap sungai.

Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi
itulah segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini
seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan prihatin
terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi supaya apabila dewasa
kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar. Media juga boleh
memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya sungai
dipelihara supaya terus bersih.

Demikian juga walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah


kotoran dan sisa pengilangan atau ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak
bertanggungjawab ini tetap diteruskan. Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam
Sekitar dan pihak berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya, apabila pencemaran
didedahkan media, barulah mereka bertindak. Bahkan kadangkala pesalah hanya dikenakan
kompaun yang tidak seberapa sehingga tidak wujud perasaan takut menghadapi tindakan.
Walaupun ada peruntukan membolehkan kilang yang secara berterusan membuang sisa dan
sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah diambil? Sebenarnya kalau
ada kemahuan, sungai-sungai ini sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar ikan
akan dapat membiak kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan pelancongan boleh
dilaksanakan menggunakan sungai terbabit.

Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman
dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa pengecualian
tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.

85
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

45. Isu teknologi maklumat ceramah


Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi
Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
Pada era dotcom ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk memajukan
bidang multi media (pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia
tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan Koridor Raya Multimedia atau
lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer
persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan
kepada rakyat Malaysia sama ada implikasi yang positif atau negatif. Kesan-kesan MSC
dapat dilihat dari aspek pendidikan, ekonomi, industri, sosial dan politik.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan.
Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media.
Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya
teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat
diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja,
malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani
batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang
disiarkan melalui iklan di suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut
berbunyi, Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru
ke rumah anda! Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan
komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Inilah kelebihan
teknologi multi media dalam bidang pendidikan.

Hadirin yang budiman,


Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan
efisien dengan adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang e-niaga

86
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

atau e-commerce, cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul


seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan
alamat laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam
bahasa Melayu sebagai emel!). Kini www.sesuatu.com.my bukan lagi satu perkara yang
baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari
dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak
ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di suratkhabar yang
mengkhabarkan seorang surirumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui emel!
Justeru, jelas bahawa perkembangan multi media membawa kesan positif dari aspek
perniagaan.

Hadirin yang dimuliakan,


Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti
keluaran industri kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak membantu
meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta
dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat
dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa
teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap
sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi
tumpuan kepada pembangunan multi media. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates
(Microsoft Corporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling
serius dalam membangunkan pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika
Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti
bahawa pembangunan multi media membolehkan Malaysia berdiri sama tinggi, dan duduk
sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan
antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang
berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli
keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar
dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan
agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui
mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan
jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara
terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet.
Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat pelbagai negara dan
berbagai-bagai kaum. Bukankah multi media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?

87
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Hadirin sekalian,
Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi
negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di
Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan
internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih ingat khabar angin
bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang
disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan
kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Inilah aspek negatif internet yang sukar
dibendung oleh sesiapa.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di kalangan
generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang
maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama
peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar
dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran
sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar
sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu
bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini.
Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini
merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan
belia. Dari sini juga lah aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah,
gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak.

Hadirin yang dikasihi,


Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk
boleh melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan
agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di
luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita
sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan
kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam negara.
Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan
anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif multi
media yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

88
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa
yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita.
Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.
Sekian, terima kasih.

46. Kewajaran larangan penggunaan telefon bimbit di


sekolah
Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai
urusan dan menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang
canggih dapat membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan
oleh manusia. Sehubungan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit,
satelit dan sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita.
Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling
biasa digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja
walau di mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali
telefon bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan mesej pendek. Oleh itu, kita dapat
menghantar berita dengan telefon bimbit, bukan lagi menggunakan perkhidmatan pos yang
lambat dan berkos tinggi. Perkhidmatan ini lebih menjimatkan masa dan wang. Oleh itu,
banyak orang menggunakan telefon untuk perkhidmatan ini. Selain itu, kamera serta pemain
muzik juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin canggih
hingga boleh melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G.
Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah
dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit
termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat
membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan
telefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid
akan membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan.
Langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di
sekolah memang tepat. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan
mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang
dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang
masih berusia muda itu. Pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa
tersisih kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit.
Mereka berasa rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka mungkin mencuri telefon
bimbit orang lain. Kesannya, pihak sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian
sehingga menyebabkan proses pembelajaran terganggu. Soalnya, adakah patut kita

89
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

membebankan guru dengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai penyiasat kecurian telefon
bimbit?
Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar
kerana mereka akan bermain dengan telefon bimbit. Seterusnya, apabila terdapat deringan
telefon bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan mengalami gangguan. Semasa
ujian, pelajar juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk
jawapan kepada rakan yang lain. Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil
terhadap pelajar lain. Dengan telefon bimbit yang canggih, mereka dapat mengambil gambar
serta mendengar lagu kegemaran mereka. Gejala seperti ini tidak patut berlaku di sesebuah
sekolah. Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turun
gambar-gambar atau klip-klip video yang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atau
klip video tersebut dengan rakan. Maka, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak
sihat.
Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi yang
akan menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam proses
tumbesaran. Telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang berusia muda
kerana akan menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh
setiap pihak. Mencegah itu lebih daripada merawat. Janganlah apabila kesihatan sudah
terjejas, pihak lain pula dipersalahkan sedangkan mereka sudah diingatkan berkali-kali
tentang kesan gelombang telefon itu.
Tuntasnya, langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan
pelajar di sekolah sememangnya merupakan langkah yang bijak. Melalui perbincangan saya
di atas, kita dapat mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang canggih ini terhadap para
pelajar. Bagi mengelakkan perkara-perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajar
menggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan kos
penggunaan yang tinggi.

90
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

47. Isu pengangkutan awam


Rangkaian pengangkutan awam di negara kita meliputi pengangkutan bas, teksi,
Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang
dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi.
Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus
difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini.

Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem
pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT
dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem
pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama
LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan
awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh
kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT.

Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan
awam yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas
tidak boleh diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar
untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah
penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana
penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah
melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka
untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mereka.

Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan
menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan. Contohnya, antara monorel
dengan LRT atau antara bas dengan monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan
penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki
pengangkutan awam yang lain pula.
Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini
dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus
dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk
diselesaikan.
Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka
seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali

91
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan
oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak
prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja
dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan
awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan
bukannya dibenci oleh pelanggan.
Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak tetapi rumit untuk
diselesaikan. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan
awam, pihak kerajaan harus membuat tindakan drastik menangani isu ini. Mungkin sudah
sampai masanya kerajaan bertindak tegas bagi mengatasi kemelut ini.

92
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

48. Isu kenaikan harga barang


Kebelakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan ini
menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan yang hidup
seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kurang berada ini, kenaikan ini
sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka. Terdapat beberapa langkah yang perlu
diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan ini, bak kata pepatah, ingat sebelum
kena jimat sebelum habis.

Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah setiap
rakyat Malaysia perlulah mengamalkan amalan berjimat cermat. Amalan ini dapat
dilaksanakan dengan mengurangkan perbelanjaan atau ikat perut. Sebagai contohnya, jika
pada suatu ketika dahulu kita berbelanja sebanyak 100 peratus, perbelanjaan tersebut
hendaklah dikurangkan kepada 50 atau 60 peratus sahaja. Wang selebihnya hendaklah kita
simpan. Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan pengaliran wang di pasaran dan
seterusnya dapat mengurangkan permintaan terhadap sesuatu barangan sekaligus dapat
mengurangkan kenaikan harga barang.

Selain itu, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaan keluarga
dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan. Hal ini
bermaksud barang-barang yang tidak diperlukan hendaklah diketepikan. Sebagai contoh,
setiap ahli keluarga hendaklah menangguhkan pembelian pakaian yang berjenama mahal,
peralatan perabot, dan sebagainya. Mereka hendaklah menumpukan pembelian barangan
keperluan utama seperti beras, gula, tepung, dan sebagainya.

Di samping itu, semua ahli masyarakat hendaklah memboikot barang-barang di


pasaran yang harganya naik secara mendadak. Dalam hal ini, masyarakat hendaklah bersatu
hati seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu, bersatu teguh bercerai roboh. Sebagai
contohnya, masyarakat janganlah membeli ayam dagi di pasar yang mengalami kenaikan
harga yang tidak munasabah.Apabila pembeli memboikot pembelian terhadap ayam daging
tersebut dalam tempoh tertentu, harga ayam tersebut akan turun kembali.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan
mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan tanpa
mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah
mengadakan lawatan mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan penjual mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan dan tidak bersikap sperti lintah darat. Sebagai contohnya,

93
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

mana-mana penjual yang menaikkan harga barangan sesuka hati hendaklah didakwa di
mahkamah. Tindakan tegas seperti ini akan menyebabkan mereka tiak berani untuk
mengambil kesempatan dalam suasana negara menghadapi kemelut kenaikan harga barang.

Kesimpulannya, kenaikan harga barang telah menyusahkan banyak pihak terutamanya


pengguna. Oleh itu, semua pihak hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebig untuk
menangani masalah ini. Bagi sesetengah pihak pula, janganlah bersikap seperti enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing tetapi sebagai rakyat Malaysia yang prihatin
hendaklah bersama-sama mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga barang.
Sebagai pengguna yang bijak, berhemahlah ketika berbelanja, beli mana yang perlu sahaja.
Jimat cermat amalan mulia, sedangkan membazir itu amalan syaitan.

94
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

49. Punca-punca berlakunya penderaan kanak-kanak


Marcapada ini, sering meniti dari bibir ke bibir seantero rakyat Malaysia mengenai
kes penderaan kanak-kanak yang semakin mencatatkan angka yang membimbangkan.
Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Media massa tidak pernah terlepas daripada
memaparkan isu penderaan yang sering dilakukan oleh ibu bapa kandung anak itu sendiri.
Mengapakah fenomena ini berlaku? Wajarkah kita menyalahkan anak-anak yang tidak tahu
apa-apa dalam hal ini? Terdapat beberapa faktor yang boleh kita kaitkan dengan kes
penderaan kanak-kanak.

Tekanan di tempat kerja merupakan salah satu pemangkin berlakunya kes penderaan
kanak-kanak. Bagi ibu bapa yang bekerja, mereka pastinya menghadapi tekanan di tempat
kerja. Ibu bapa yang tidak dapat mengawal emosi mereka akan menjadikan anak-anak
sebagai medium melepaskan geram dan tekanan yang mereka hadapi. Ibu bapa yang tidak
berfikir panjang berisiko tinggi melakukan kes penderaan ke atas anak-anak seperti
menerajang, mencucuk puntung rokok atau sebagainya. Patutkah anak-anak yang tidak
berdosa ini diperlakukan seperti binatang? Tepuk dada tanyalah selera.

Kes penderaan kanak-kanak turut ditunjangi oleh faktor tekanan ekonomi yang
dihadapi oleh para orang tua. Kes hidup yang semakin meningkat pada masa ini, memaksa
golongan ini berhutang demi memastikan kelangsungan hidup seisi keluarga. Masalah yang
kewangan sering berlaku menyebabkan para ibu bapa berasa terbeban. Semua ini dilepaskan
kepada sang kecil yang saat itu membutuhkan kasih sayang daripada kedua-dua insan mulia
ini. Keadaan ini pasti menyedihkan sesiapa sahaja yang mendengar kes penderaan ini. Anak
yang sepatutnya diberi perlindungan dan dibelai oleh ibu bapa, kini menjadi mangsa sepak
terajak mereka yang terbeban dengan krisis kewangan yang dihadapi.

Kurangnya didikan agama dalam kalangan ibu bapa turut menyumbang kepada
berlakunya masalah penderaan kanak-kanak. Ilmu agama merupakan tunggak utama yang
menjamin kepada keutuhan serta perpaduan sesebuah institusi kekeluargaan. Ia juga memberi
panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Bengkok bayang bengkoklah batangnya.
Kadangkala ilmu agama akan menyebabkan sesebuah keluarga itu dipandu dengan cara yang
kontra dengan didikan agama. Hal ini yang menyebabkan terdapat segelintir ibu bapa yang
menghukum anaknya sehingga meninggalkan kesan seperti luka, lebam dan mungkin juga
berlaku pendarahan dalam otak. Di sini kita dapat lihat betapa didikan agama mementaskan
peranan yang signifikan dalam kehidupan seharian kita.

95
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Intihanya, penderaan kanak-kanak merupakan suatu tindakan yang keji dan sangat
ditegah oleh mana-mana agama pun. Semua pihak harus bekerjasama menggalas obligasi
membendung fenomena ini demi mewujudkan masyarakan madani menjelang tahun 2020.
Kanak-kanak hari ini harus dipelihara dan diberikan sepenuh perhatian keranan mereka
merupakan aset dan pewaris negara yang akan menerajui tampuk kepimpinan negara di hari
muka. Oleh itu, hargailah anugerah Ilahi yang tidak ternilai ini.

96
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

50. Langkah-langkah yang positif untuk menangani


fenomena banjir di negara kita
Banjir yang melanda negara kita telah mengejutkan pelbagai pihak. Masing-masing
sibuk mengutarakan pendapat mereka tentang faktor-faktor yang mendorong wujudnya
fenomena alam ini. Mereka berpendapat pandangan mereka lebih tepat. Sebenarnya, banyak
perkara yang mampu dilakukan untuk menangani mala petaka ini sebelum, semasa dan
selepas.

Kerajaan seharusnya memastikan sistem perparitan dalam keadaan baik. Pihak


berkuasa tempatan haruslah menjalankan pemeriksaan parit dan longkang di kawasan yang
memang dianggap berisiko tinggi untuk menerima banjir. Sikap telus dalam aspek ini
memastikan aliran air tidak akan terganggu atau tersumbat. Seterusnya, air tidak boleh
bertakung sebegitu mudah. Sistem perparitan yang baik juga memastikan air mudah surut
selepas banjir.

Malah, kerajaan seharusnya menubuhkan pusat kajian banjir kebangsaan. Pusat ini
berperanan untuk menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan banjir. Pusat ini
bertanggungjawab mengeluarkan amaran banjir dan memastikan setiap bantuan disalurkan
kepada mangsa-mangsa banjir dengan lancar. Dengan kewujudan pusat ini semua
perancangan dan tenaga tidak dibazirkan tetapi digunakan sebaik mungkin. Malah, pusat
kebangsaan banjir ini juga mampu memastikan tidak berlaku penyelewengan dalam
pemberian bantuan banjir.

Malahan, semua pasukan keselamatan seperti polis, tentera, dan pasukan pertahanan
awam perlu bersedia. Semua cuti mereka harus dibekukan ketika musim hujan. Mereka juga
harus diberi latihan untuk mengendalikan mangsa-mangsa banjir atau keadaan banjir dengan
lebih cekap lagi. Penggunaan peralatan moden dan cukup seperti bot dan helikopter harus
ditingkatkan. Persediaan ini memastikan semua mangsa akan terselamat kerana mereka akan
diselamatkan oleh pasukan yang sudah terlatih dalam situasi bahaya seperti banjir.

Kutipan derma harus dijalankan oleh kerajaan beberapa bulan sebelum musim hujan
berlaku. Kutipan derma ini penting supaya semua masyarakat negara berkongsi masalah
negara tanpa memilih kaum. Wang derma yang sudah dikutip boleh digunakan untuk
merancang strategi yang mampu untuk menyekat masalah banjir ini daripada berlanjutan.

97
Jenis-jenis Karangan Isu Semasa

Kutipan derma ini juga membantu kerajaan kerana kewangan kerajaan tidak akan terjejas
lantaran rakyat sendiri sanggup berkorban demi kebajikan rakyat senegara.
Selain itu, kerajaan seharusnya menjalankan kempen kesedaran terhadap isu ini
melalui media massa. Dalam kempen itu, pelbagai cara atau kaedah menghadapi banjir
dijelaskan kepada rakyat. Pengetahuan ini mampu digunakan oleh mangsa-mangsa banjir
dengan lebih bijak demi keselamatan mereka.. Kemahiran ini juga memastikan mangsamangsa banjir mengetahui cara-cara mendapatkan maklumat seperti kewujudan pusat-pusat
bantuan banjir dan keadaan cuaca semasa. Pengetahuan ini memastikan mangsa-mangsa
banjir tidak panik.

Kesimpulannya, banjir memang sukat diatasi tetapi sikap berwaspada mampu


mengurangkan impak bencana ini. Semua pihak tanpa perlu menuding jari haruslah
memainkan perana mereka dalam isu ini. Rakyat seharusnya lebih bersikap proaktif dengan
membuat persediaan awal mereka sendiri tanpa bergantung kepada kerajaan. Kita tidak mahu
pelbagai masalah wujud selepas bencana ini surut.Mungkin peribahasa Sediakan payung
sebelum hujan boleh menjadi renungan semua.

Anda mungkin juga menyukai