Anda di halaman 1dari 2

Telefon bimbit sudah menjadi kemestian kepada setiap golongan masyarakat.

Lebih-lebih lagi, golongan remaja pada masa ini yang begitu ghairah menggunakan telefon bimbit. Huraikan pendapat anda tentang kesan negatif penggunaan telefon bimbit kepada mereka.

Kebelakangan ini, isu penggunaan telefon bimbit merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Perkara yang menimbulkan pertanyaan kepada kita adalah mengapakah telefon bimbit yang sepatutnya digunakan bagi menyenangkan pengguna berubah menjadi suatu barang yang boleh memberikan unsur negatif kepada mereka? Siapakah yang bertanggungjawab dalam menangani masalah ini daripada terus berlaku? Segala persoalan ini kerap kali menerjah minda kita namun penyelesaiannya masih belum ditemui. Adakah kerjasama yang diberikan oleh beberapa pihak dalam membendung isu ini seperti ibu bapa, pihak sekolah serta masyarakat sekeliling masih tidak mencukupi? Apakah kesan negatif yang akan timbul sekiranya golongan remaja tersebut begitu ghairah menggunakan telefon bimbit? Antara kesan negatif yang akan diperoleh sekiranya para remaja begitu ghairah sewaktu menggunakan telefon bimbit ialah berlakunya kerosakan bahasa Melayu. Hal ini berlaku demikian kerana golongan remaja ini gemar meringkaskan perkataan semasa menggunakan Sistem Khidmat Pesanan (SMS) dengan alasan menjimatkan ruang pesanan. Lantaran itu, golongan remaja yang sudah terbiasa menggunakan perkataan singkatan ini akan turut menggunakan perkataan singkatan tersebut sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran(P&P) di sekolah terutamanya dalam subjek-subjek yang memerlukan mereka menulis atau mengarang. Tamsilnya, golongan remaja yang begitu ghairah menggunakan telefon bimbit ini akan terbawa-bawa menggunakan perkataan singkatan tersebut semasa mengarang essei sekaligus menjadikan bahasa Melayu terjejas. Oleh itu, keghairahan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan muda-mudi jelas merosakkan bahasa Melayu sekiranya tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Selain itu, kesan negatif yang akan diperoleh jika para remaja begitu ghairah sewaktu meggunakan telefon bimbit ialah mereka akan kurang memberi tumpuan sewaktu menelaah pelajaran di sekolah dan hilang minat untuk mengulang kaji pelajaran di rumah. Hal ini berlaku bemikian kerana mereka terlalu taksub menikmati kecanggihan telefon bimbit sehingga hilang fokus untuk belajar. Lantaran itu, prestasi akademik remaja tersebut akan merosot dan keinginan mereka untuk terus belajar akan mula terhakis. Tamsilnya,kemudahan-kemudahan yang di sediakan dalam telefon bimbit tersebut seperti permainan, Sistem Khidmat Pesanan(SMS) dan sebagainya telah menjadikan mereka menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut tanpa batasan. Oleh itu, penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan jelas menghilangkan minat golongan remaja untuk memberi tumpuan kepada pelajaran mereka. Penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan juga akan mendatangkan kesan negatif kepada remaja tersebut seperti berhadapan risiko menerima maklumat palsu atau gambar yang mencolok mata. Hal ini berlaku demikian kerana terdapat sebilangan individu yang gemar menangguk di air keruh untuk kesenangan mereka sendiri. Justeru, remaja tersebut akan berasa seronok tanpa menyedari pada hakikatnya mereka ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Tamsilnya, remaja tersebut akan berhabisan wang semata-mata ingin

menikmati tawaran-tawaran yang disediakan seperti gambar-gambar lucah yang kerap menerjah dunia moden ini. Oleh itu, penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan jelas memberikan kesan negatif kepada minda generasi muda hari ini. Natijahnya, jelaslah bahawa keghairahan muda-mudi masa ini menggunakan telefon bimbit banyak mendatangkan impak negatif dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, pemantauan daripada pihak yang terlibat haruslah segera dilakukan sebelum perkara ini menjadi barah dalam masyarakat Malaysia. Sekiranya semua pihak bekerjasama dalam menangani isu ini, sudah pasti isu ini akan dapat ditangani dengan mudah. Jelaslah isu penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan terutamanya dalam golongan remaja perlulah diselesaikan bersama-sama dan tidak hanya menuding jari kepada sebelah pihak sahaja. Bak kata pepatah, berat sama di pikul, ringan sama dijinjing.

Anda mungkin juga menyukai