Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN

YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN


MASYARAKAT

PERASMIAN PROGRAM

FORUM SEMASA: PERANAN PIBG, KOMUNITI DAN AGENSI-


AGENSI KERAJAAN DALAM MENANGANI MASALAH BULI


PADA HARI AHAD, 06 OGOS 2017, 9.00 PAGI


[SALUTASI]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Saudari Pengacara Majlis,

1. YBhg Dato’ Hj Ismail bin Kijo selaku Pengerusi Pertubuhan Nadi


Sihat merangkap Ketua UMNO Bahagian Ampang

2. Tuan Hj Mohd Salleh bin Mohd Kassim Pengarah Jabatan


Pendidikan Negeri Selangor

3. Dato’ Seri Abd Rahman bin Hj Ali Yang Di Pertua PIBG SMK
Seafield

4. Ybhg. Datuk-Datuk, Datin-Datin,

5. Ketua-Ketua Jabatan,

6. Para Penaja, Para Penderma,

7. Wakil-Wakil Dari Media,

8. Tetamu-Tetamu Dari Seluruh Malaysia Dan Luar Negeri,

9. Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian.


PENDAHULUAN

1. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada


jawatankuasa penganjur dan sekalung tahniah serta penghargaan
kepada Pertubuhan Nadi Sihat dan juga PeS1S yang telah
mengambil langkah proaktif dalam menganjurkan forum ini. Saya
juga difahamkan bahawa Lembaga Penduduk dan Pembangunan
Keluarga Negara di bawah Kementerian saya, Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pelajaran Selangor turut sama
terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Hadirin sekalian,

2. Dewasa ini, masyarakat Malaysia telah digemparkan dengan


peningkatan gejala buli dalam kalangan masyarakat. Kita sering
disajikan oleh media massa dengan masalah buli yang bukan
sahaja berlaku di sekolah malahan di institusi pengajian tinggi dan
juga di tempat kerja.

3. Kita sedar pelbagai bentuk penyakit sosial telah dan sedang


berlaku dalam mana-mana masyarakat sama ada di Negara maju
mahupun membangun. Maka, adalah menjadi tanggungjawab
setiap individu dalam sesebuah Negara untuk sama-sama
menangani gejala buli ini. Sehubungan dengan itu, saya ingin
menyeru kepada semua pihak untuk bekerjasama menggalas
tanggungjawab ini dalam membasmi gejala yang tidak sihat ini
daripada terus merebak dan merosakkan masa depan Negara.
PERANAN BERSAMA SEMUA PIHAK

4. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


merasa terpanggil untuk menjadikan forum ini sebagai landasan
kepada penyelesaian secara holistik dengan penglibatan semua
lapisan masyarakat. Ia sangat bertepatan dengan tujuan forum ini
dianjurkan iaitu untuk memberi pendedahan kepada masyarakat
umum tentang punca-punca buli dan bagaimana cara untuk
merawat dan mengatasi masalah ini dari akar umbi.

5. Kementerian juga telah mengambil langkah-langkah


melaksanakan pelbagai inisiatif yang melibatkan penggubalan
dasar dan perundangan, penyediaan perkhidmatan sokongan dan
pelaksanaan program advokasi. Antara tindakan yang telah
dilaksanakan termasuklah Pindaan terhadap Akta Kanak-kanak
2001 yang kini dikenali sebagai Akta Kanak-kanak (Pindaan)
2016, Akta Kesalahan-kesalahan Jenayah Seksual Terhadap
Kanak-kanak 2017, Perkhidmatan Kaunseling, Talian Kasih 15999
dan Penubuhan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-
kanak.

6. Kementerian juga telah dan akan terus memnbawa mesej


kesedaran dalam bentuk kempen yang berterusan melalui
jerayawara #Negaraku_Keluarga_Bahagia yang menjelajah ke
seluruh negeri mensasarkan bukan sahaja kanak-kanak tetapi
pemimpin setempat, masyarakat tempatan serta kumpulan sasar
Kementerian secara meluas.
7. Di peringkat komuniti pula, Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak dan
Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak bersama pusat-pusat
Kafe@Teen boleh membantu menguar-uarkan isu buli. Tindakan
awal dapat diberi supaya isu buli tidak menular.

8. Bukan itu sahaja, kerjasama komuniti masyarakat dan warga


pendidik sangat relevan dan penting kerana buli bukan sahaja
berlaku di sekolah malah di tempat-tempat awam. Jadi, amat
penting bagi setiap lapisan masyarakat untuk menjadi mata dan
telinga pihak polis dalam mencegah buli daripada terus berleluasa.
Ini bersesuaian dengan pepatah lama, bulat air kerana
pembentung bulat manusia kerana muafakat. Oleh itu, sekiranya
orang awam ada menyaksikan apa-apa bentuk buli, perlulah
segera melaporkan kepada pihak yang berwajib agar masalah buli
ini dapat diselesaikan secara cepat dan tuntas.

9. Saya ingin mencuri sedikit tumpuan hadirin dan hadirat sekalian


pada pagi ini. Baru-baru ini Kementerian telah menganjurkan Siri
Kedua TN50 bersama kanak-kanak yang melibatkan 550 kanak-
kanak seluruh Negara bersama YB Khairy Jamaluddin. Apa yang
menarik perhatian, kanak-kanak ini turut menyatakan aspirasi
mereka agar menjelang tahun 2050, tiada lagi kes buli berlaku di
Malaysia. Dapat kita lihat di sini bahawa bakal pimpinan masa
depan Negara iaitu kanak-kanak ini juga memandang serius akan
kesan dan akibatnya pembulian di kalanagn mereka kepada
Negara suatu hari nanti. Modal insan yang terbaik diimpikan oleh
generasi pelapis ini.

PENUTUP
10. Saya ingin mengucapkan syabas kepada jawatankuasa penganjur
yang telah bekerja keras untuk menjayakan program yang
dijalankan pada pagi ini. Sekalung penghargaan kepada semua
agensi yang terlibat, ketua jabatan, para guru, ibu bapa dan
semua peserta yang bersama-sama menjayakan acara yang amat
bermakna pada pagi ini.

11. Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM saya dengan


sukacitanya merasmikan program FORUM SEMASA: PERANAN
PIBG, KOMUNITI DAN AGENSI-AGENSI KERAJAAN DALAM
MENANGANI MASALAH BULI pada pagi ini.

WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM


WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Anda mungkin juga menyukai