Anda di halaman 1dari 8

TEKS UCAPAN Y.B.

DATO SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN DI MAJLIS PELANCARAN 1 KOMUNITI 1 KOPERASI 8 MAC 2010 (ISNIN), JAM 3.00 PETANG BERTEMPAT DI KAMPUNG PAYA JARAS HILIR, SUNGAI BULOH, SELANGOR DARUL EHSAN _______________________________

Bismillahirrahmanirrahim

Yang dihormati Saudara Pengerusi Majlis;

Yang Amat Berhormat, Tan Sri Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Yang Berhormat Dato Tan Lian Hoe Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

Yang Berhormat Dato Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor ADUN Paya Jaras merangkap Ketua UMNO Subang

Yang Berbahagia Datuk Mohd Zain bin Mohd Dom Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

Y.Bhg. Dato Mangsor bin Saad Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Yang

Berusaha

Anggota-Anggota

Lembaga

Pengarah

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Ketua-Ketua Agensi Dan Pegawai-Pegawai Kerajaan,

Y.Bhg.Tan Sri-Tan Sri,

Datoseri - Dato Seri, Dato-Dato,

Tuan-Tuan Dan Puan-Puan, Para Hadirin Dan Hadirat Anggota-Anggota Koperasi Yang Saya Hormati Sekalian.

Assalamualaikumwarahmatullahi petang dan Salam 1 Malaysia.

wabarakatuh,

selamat

1.

Bagi pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin kerana telah sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis perasmian pelancaran 1 Komuniti 1 Koperasi pada petang ini. Saya juga mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli Yang Berhormat, koperator-koperator, pemimpin-pemimpin

masyarakat, serta tuan-tuan dan puan-puan ke majlis pada petang ini.

Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

2.

KEMENTERIAN MELETAKKAN KPI, BILANGAN KOPERASI

BERDAFTAR KEPADA 9,000 KOPERASI PADA TAHUN 2012 DAN 10,000 BUAH PADA 2013 BERBANDING 7215 BUAH PADA MASA INI, UNTUK ITU SETIAP KOPERASI PERLU MENJANA PURATA HINGGA PUSINGAN RM1.5 JUTA PERNIAGAAN SETAHUN ANTARA RM800,000 ITU

SUPAYA

DENGAN

KOPERASI

BERUPAYA

MENINGKATKAN

PEROLEHAN

PERNIAGAAN DARIPADA RM7.75 BILION SEKARANG KEPADA RM10 BILION PADA TAHUN 2012 DAN SETERUSNYA DAPAT MENINGKATKAN SEHINGGA 4%. SUMBANGAN KOPERASI KEPADA KDNK

7.

KEMENTERIAN PULA MENGATUR BERBAGAI PROGRAM BAGI MERANGSANG PERTUMBUHAN

PENGGALAKAN

KOPERASI, antaranya adalah dengan menggalakkan setiap komuniti menubuhkan koperasi dan seterusnya membantu mereka menolong diri sendiri dan masyarakat setempat untuk menjana ekonomi bagi meningkatkan perniagaan. pendapatan dan mewujudkan peluang-peluang

8.

Pendekatan berkoperasi sebeigni sebenarnya telah lama

dipraktikkan oleh datuk nenek kita khususnya dikampong-kampong dalam hal-hal kebajikan dan kemasyarakatan. Mereka menjalankan aktiviti gotong royong semasa majlis kenduri kendara, majlis perkahwinan, pengurusan jenazah, membuat rumah dan sebagainya. Keadaan ini seterusnya dijadikan sebagai satu amalan dan budaya hidup dan seterusnya dijadikan sebagai satu entiti yang sah dari segi perundangan dalam menjana sosio ekonomi .

3.

Falsafah, prinsip dan amalan yang dibawa oleh

koperasi ini amatlah bersesuaian dengan budaya dan kehidupan harian masyarakat majmuk Malaysia, terdiri dari pelbagai kaum, budaya, agama dan bangsa. Semangat gotong royong dan PERPADUAN di antara satu sama lain DI SINI ADALAH MERUPAKAN SATU PENGHAYATAN YANG SAMA YANG MAHU KITA TERAPKAN DALAM KONSEP 1 MALAYSIA. IANYA DITERJEMAHKAN DALAM

AMALAN YANG BUKAN SAHAJA MERUPAKAN SATU SEMANGAT MALAHAN BERSIFAT SERAMPANG DUA MATA YANG SEKALIGUS MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH TERSEBUT. SOSIO EKONOMI DALAM KOMUNITI

Amalan ini LAH YANG akan diterapkan

DALAM KONSEP 1 KOPERASI 1 KOMUNITI yang akan dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri sebentar lagi.

Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

4.

Pada umumnya, semua orang menyedari bahawa

masalah kos untuk menyara taraf hidup kita sama ada di bandar atau luar bandar semakin meningkat dari setahun ke setahun. Bagi mengurangkan beban yang ditanggung, setiap orang akan mencari alternatif bagi mengurangkan

kesan yang dihadapi seperti sewa rumah yang semakin tinggi, harga barang keperluan harian yang meningkat serta kos pendidikan untuk anak-anak. Masalah ini lebih dirasai oleh golongan yang berpendapatan rendah.

5.

Justeru, penubuhan koperasi di sesuatu komuniti Koperasi

amatlah bersesuaian dan tepat pada masanya.

komuniti boleh diwujudkan melalui penubuhan koperasi di masjid-masjid, taman perumahan/pangsapuri serta dalam kalangan belia, wanita, kilang/syarikat, IPTA/IPTS, OKU, persatuan dan sebagainya.

6.

Selain meningkatkan tahap sosio ekonomi anggota melalui kegiatan ekonomi secara bersama,

kejiranan

koperasi yang ditubuhkan juga boleh menjalankan aktiviti lain yang boleh memberi manfaat kepada penduduk setempat. Kerjasama antara masyarakat secara lebih

formal juga boleh ditingkatkan melalui koperasi.

Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

7.

Pihak

Kementerian

Perdagangan

Dalam

Negeri,

Koperasi dan Kepenggunaan serta SKM seterusnya akan memperluaskan pelaksanaan program 1 Koperasi 1

Komuniti ini ke seluruh negara. Objektif 1 komuniti 1 koperasi untuk membuka minda dan mata masyarakat untuk menjadikan koperasi sebagai budaya dan gaya hidup rakyat Makaysia dan juga sebagai alat untuk menyatupaukan rakyat.

8.

Pengisian program 1K 1K pada petang ini adalah

antaranya taklimat konsep 1 komuniti 1 koperasi dan perkongsian pengalaman koperasi komuniti yang Berjaya, ekspo & pameran serta forum perdana. Disamping itu masyarakat setempat didedahkan dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sukaneka yang bertujuan untuk meningkatkan mereka. kemesraan dan perpaduan dikalangan

9.

Selepas

pelancaran

program

yang

serupa

akan

diadakan diperingkat negeri melalui majlis perundingan koperasi peringkat Parlimen.

10. Saya ingin mengambil peluang pada petang ini untuk mengucapkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan pelancaran 1 Komuniti 1 Koperasi. Saya juga berharap usaha ini akan dapat menyatupadukan rakyat atau penduduk setempat meliputi segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, agama, fahaman politik, miskin atau kaya, di bandar atau luar bandar.

9.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin kerana telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan majlis pada petang ini. Yang Amat Berhormat telah memberikan sokongan dan dorongan yang padu ke arah merealisasikan program ini.

10. Saya sudahi dengan ucapan terima kasih dan lafaz wabillahi taufik wal hidayah, Wassalammualaikum

warahmatullah hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai