Anda di halaman 1dari 9

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN

KOPERASI
PENDAHULUAN

Salam Madani, Semoga apa yang kami nyatakan benar-benar menjelaskan hasrat, niat
dan harapan kami kearah wawasan yang kami bina demi agama kami, negara kami, pemimpin
kami yang berdedikasi memimpin kami, persatuan kami, Persatuan Kebajikan komuniti India
Gombak dan khususnya anggota persatuan yang kami anggap sebagai saudara kami. Semoga
kerangka idea yang kami bentang ini dapat difahami dengan jelas dan mudah oleh panel dan
bakal mentor yang akan membimbing kami.

OBJEKTIF

 Membangunkan Ekonomi dan Pendidikan serta menjaga kepentingan kebajikan.


 Menjadi platform bagi ahli koperasi untuk menujukan idea-idea, hak dan masalah yang
dihadapi oleh komuniti India melalui saluran yang betul kepada pengurusan koperasi.
 Untuk membentuk anak-anak ahli koperasi dalam pelbagai aspek dan membentuk
mereka untuk masa depan yang cerah.
 Mengatur pelbagai aktiviti bercorak akademik, keagamaan, kebudayaan, integrasi dan
sebagainya dalam membangunkan generasi muda yang holistik.
 Bertindak sebagai saluran antara koperasi dan masyarakat lalu memupuk
tanggungjawab sosial dalam kalangan ahli koperasi dan masyarakat secara menyeluruh.

1.0 NAMA KOPERASI

Pilihan 1 : KOPERASI KOMUNITI INDIA GOMBAK BERHAD.

Pilihan 2: KOPERASI GABUNGAN KOMUNITI INDIA GOMBAK BERHAD.

Pilihan 3: KOPERASI PEMBANGUNAN INDIA DAERAH GOMBAK BERHAD.

2.0 MAKLUMAT BAKAL ANGGOTA (KUMPULAN SASAR)

Bakal anggota kami terdiri daripada ahli Persatuan Kebajikan komuniti India Gombak
dan Persatuan Kebudayaan dan Keseniaan India Batu Caves.

3.0 APAKAH TUJUAN / MATLAMAT UTAMA KOPERASI DITUBUHKAN?

Koperasi kami bermatlamatkan membantu perjalanan dan pengurusan Persatuan


supaya lancar serta membantu ahli dari segi Ekonomi, Kebajikan dan Pendidikan
persatuan dan ahli.

4.0 APAKAH KEPENTINGAN/KEPERLUAN BERSAMA YANG INGIN DICAPAI?

Adalah menjadi hasrat kami,dengan tertubuhnya koperasi dapat


a. Membantu persatuan dalam melaksanakan program pembangunan Pusat pengajian
Agama Hindu, di samping program-program kerohanian dan aktiviti –aktiviti
Persatuan serta dapat membantu masyarakat india di daerah gombak yang
memerlukan.

b. Membantu ahli dari segi kebajikan jika berlaku malapetaka,kematian dalam ahli
keluarga, masalah kewangan dan sebagainya.

c. Memberi atau membuka peluang pekerjaan kepada anggota dan ahli keluarga
dalam bidang-bidang kerja yang akan wujud jika berlaku pembangunan fungsi
koperasi di masa akan datang.

d. Memimpin secara beransur-ansur setiap anggota utk menerajui atau membuka


aktiviti perniagaan baru dibawah koperasi.

5.0 APAKAH AKTIVITI EKONOMI (PERNIAGAAN/PERKHIDMATAN) PERTAMA YANG AKAN


DIJALANKAN OLEH KOPERASI SELEPAS DI DAFTARKAN?
(Nyatakan Dengan Jelas Modus Operandi / Pelan Perniagaan)

5.1 Aktiviti Motivasi, Pendidikan dan Latihan

Program ini sudah pun bermula November 2019 dengan penyertaan seramai 35
orang anak-anak ahli persatuan dan anak-anak penduduk setempat.

Di bawah kendalian ahli Persatuan Kebudayaan dan Keseniaan India Batu Caves
yang mempunyai latar belakang pendidik dan kemahiran dalam perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling, kami telah menjalankan Program Motivasi dan
Kerohanian kepada anak-anak ahli dan anak-anak penduduk setempat yang
masih bersekolah (berumur antara 5 – 17 Tahun)

Program ini bermatlamatkan pembentukan sahsiah dan sikap terpuji dan


kesediaan pelajar untuk secara rela hati mengikuti program kerohanian dan
keagamaan sehingga tamat dengan jayanya.

Program 5 hari 4 Malam ini berkonsepkan Motivasi pada awalnya dan sesudah
program motivasi), pelajar akan menyertai program Pendidikan Kerohanian dan
Keagamaan.

a. Program Motivasi ( 3Hari 2Malam)

Dikendalikan oleh Ahli yang berlatar belakang Kaunseling, Kerohanian dan


Keagamaan serta seorang pelatih dan 5 orang remaja yang telah dilatih dengan
menggunakan modul Thirumurai.
Melalui aktiviti dan kauseling yang terarah, pelajar dipimpin ke arah kesedaran
dan celik akal serta sedia utk melakukan perubahan diri.

b. Program Aktiviti Kerohanian Dan Keagamaan

Dikendalikan oleh Guru agama Thirumurai serta ahli persatuan sebagai Jurulatih,
Fasilitator, Ahli Jawatankuasa dan urusetia.

Aktiviti ini sebagai aktiviti perkhidmatan yang boleh mendatangkan manfaat


kepada komuniti india terutamanya ibubapa yg mempunyai anak-anak yang
mempunyai masalah sikap dan tingkah laku di samping ia boleh mendatangkan
ajaran agama yang teratur.
5.2 Aktiviti Pertanian Dan Peternakan

a. Ladang Peternakan

Kami telah lama memulakan ladang peternakan kambing dan kini menghadapi
masalah perternakan ladang dan kos pengurusan, kini mencari tanah dari
kerajaan negeri dan juga pasaran serta kaki tangan terhad. Dengan tertubuhnya
koperasi ini, di harapkan perniagaan dari peternakan ini menjadi lebih sah, serta
jaringan pasaran melalui koperasi menjadi lebih luas. Dengan bantuan
pemasaran oleh koperasi, setiap ekor hasil jualan 6 – 10 % hasil jualan akan di
sumbangkan kepada koperasi.

Selain menjual kambing dewasa utk aqiqah dan korban ladang peternakan
kambing juga akan memasarkan:

I. anak kambing sebagai baka baik pemasaran jualan dari ladang


peternakan atau di pasar tani, maklumat akan diwarwar menerusi
facebook koperasi dan persatuan.

II. Susu kambing segar kepada masyarakat setempat. Jualan langsung dari
ladang. Maklumat disebar juga menerusi facebook koperasi dan
persatuan. Produk dikeluarkan hanya sekiranya ada pesanan bagi
memastikan susu kambing adalah segar.

III. Simpanan daging beku dan segar untuk di jual kepada restoran sekitar
atau masyarakat setempat melalui kedai koperasi.

IV. Simpanan daging beku untuk diperap dan di jual sebagai produk daging
kambing barbeque melalui kedai koperasi, dan ia juga akan menjadi satu
sumber pendapatan bagi koperasi dan persatuan serta menguruskan
pentadbiran dan kebajikan ahli koperasi dan persatuan.

b. Ladang Pertanian

Kami telah memulakan penanaman 100 anak benih cili ( dikendalikan oleh ahli
persatuan dan ladang ini di kendalikan oleh seorang ahlikami dan dibantu oleh 4
anak anak muda yang menghuni secara tetap ddi surau inidengan hasrat akan
diperbesarkan lagi bilangan anak cili dikawasan yang belum digunakan yang
telah ada di dalam premis Persatuan Sri Rahmat.

Modal permulaan bagi ladang ini, 100 batang anak cili telah disumbang secara
percuma oleh ahli, serta modal permulaan sebanyak RM500 drpd infak ahli kami
sebagai memulakan operasi bagi pembelian pekakasan yang perlu sebelum
bermulanya penubuhan koperasi,

Untuk pemasaran hasil, kami telah membina hubungan kerjasama dengan


Persatuan Peniaga Kecil Melayu Muar, yang bersetuju utk membeli hasil
pertanian kami dengan memberi beberapa persen keuntungan kepada
persatuan tersebut

Selain anak cili, kami juga menanam keladi , serai dan daun kesum yang akan di
jual kepada persatuan penjaja kecil ini.

Bagi meluaskan lagi projek aktiviti pertanian ini,kami telahpun mendaftar


dengan jabatan pertanian Muar pejabat Mardi utk mendapatkan khidmat
nasihat dan bantuan kepakaran dan lain-lain yang ada bagi mengembangkan
aktiviti projek ini.

5.3 Aktiviti Agen Pemasaran Dan Kedai Runcit Serta Barangan Pelbagai Produk

Di sini, koperasi akan bertindak sebagai agen pemasaran bagi memasarkan

a) Barangan hasil pertanian sendiri seperti cili,keladi, daun kesum, daun


kunyit, serai dan daun limau purut utk di bekalkan ke Pasar Pagi, Kedai
Runcit dan Restoran.

b) Membeli, membungkus dan menjenamakan dan mengedar produk utk


keperluan Pasar Pagi, Kedai Runcit dan Restoran.

c) Barangan IKS iaitu bahan pencuci seperti Cecair pencuci pakaian, pencuci
lantai dan cecair pelembut fabric dengan jenama koperasi.

d) Barangan kuih Frozen seperti karipap, donut, pau dan kasui serta daging
kambing

e) Barangan bundle ( Membeli, menyusun dan menjual)

Bagi setiap item a,b,c ,d, dan e akan di kendalikan oleh seorang ahli

Setiap barangan ini akan di letakkan dalam kedai runcit yang akan dikendalikan
oleh 3 orang pekerja yang di bayar gajinya oleh koperasi. Ia akan berperanan
sebagai Shop Keeper dan juga sebagai agen pemasaran.
6.0 APAKAH KEPENTINGAN / KELEBIHAN YANG BAKAL DIPEROLEHI MELALUI AKTIVITI
EKONOMI YANG AKAN DIJALANKAN OLEH KOPERASI?

6.1 Sebagai 3 tahun permulaan ini, kesemua Ahli Lembaga Koperasi akan
memperolehi pengalaman dan skil mengendalikan sekurang-kurangnya satu projek
aktiviti. Mereka akan belajar secara tidak langsung bukan setakat menjadi pengurus
projek aktiviti, bahkan mereka akan merancang pelan pemasaran, mencari pasaran lain ,
membuat anggaran bajet dan perbelanjaan, serta mengira untungrugi aktiviti yg
mereka jalankan.

6.2 Sekiranya setiap aktiviti projek ini berkembang, ia akan diperluaskan pasa skala
yang lebih besar. Jika skala aktiviti jadi lebih besar, tentu ia memerlukan lebih dari
seorang untuk mengendalikan aktitiviti tersebut. Jika ini berlaku, dan keuntungan dan
modal mencukupi, peluang utk menambahkan bilangan kakitangan akan membuka
peluang pekerjaan kepada ahli atau ahli keluarga ahli. Sekiranya ini dapat belangsung
secara konsisten, maka lebih banyak peluang pekerjaan terbuka untuk ahli lain
dilibatkan.

6.3 Sekiranya keseluruhan aktiviti berlangsung dengan jaya dengan keuntungan yang
meokok, jumlah peratus keuntungan dapat dikongsikan kepada ahli mengikut jumlah
syer yang mereka laburkan dalam koperasi. Besar keuntungan yang diperolehi, besar
pula faedah yang ahli lain dan persatuan akan nikmati.

7.0 SEJAUH MANAKAH PERANAN DAN PENGLIBATAN ANGGOTA DALAM AKTIVITI


EKONOMI YANG AKAN DIJALANKAN?

Adalah menjadi hasrat kami penaja koperasi, agar koperasi yang akan kami tubuhkan ini
akan dapat melibatkan hampir kesemua ahli yang mendaftar dalam setiap aktiviti yang
kami akan dan sedang laksanakan. Akan tetapi, kami percaya sebagai permulaan dalam
memulakan suatu , ia tentunya asing, dan sudah tentu ramai ahli kami tidak tahu
apatah lagi, untuk faham dan peranan dan tanggungjawab mereka terhadap koperasi.
Mitos kepercayaan mereka terhadap koperasi ( sebagaimana saya juga pada mulanya)
adalah koperasi yang menyumbang faedah dan bertanggung jawab terhadap wang
yang mereka labor serta kebajikan mereka sebagai ahli. Saya percaya , fahaman
tentang semua ahli perlu bertanggungjawab terhadap jatuh bangun koperasi itu tidak
ada dalam kepala setiap bakal ahli kami.

Jadi, strategi kami untuk 3 tahun permulaan ini, kami memilih 11 orang bakal AHLI
LEMBAGA KOPERASI, terdiri daripada mereka yang mempunyai cirri-ciri berikut:

a. Seorang yang berpengalaman dalam menjalankan koperasi


b. seorang yang berpengalaman dalam pengurusan dan pentadbiran bagi
mengendalikan ALK dalam membentuk pemuafakatan keputusan dan tindakansecara
bersama.

c. seorang yang berlatarbelakangkan pendidik dan ada kemahiran kaunseling bagi


melaksanakan program pendidikan, latihan dan motivasi.

d. beberapa orang anak muda yang ada latarbelakang pendidikan tinggi dalam bidang
pengurusan perniagaan, komputer, dan anak muda yang berminat dalam pertanian
dan peternakan, untuk diketengahkan sebagai ALK yang akan memimpin dan
melaksanakan projek aktiviti ,

e. anak-anak muda ini akan di asuh sebagai pelapis yang akan menerajui koperasi ini
kelak bila tiba masa yang sesuai untuk mereka memimpin koperasi.

Sekiranya ini berlaku, ahli koperator ini mampu melatih ahli muda yang lain utk
menjurus kepada aktiviti lain yang baru serta melebarkan lagi sayap koperasi kami

8.0 SEJAUH MANAKAH DAYA MAJU AKTIVITI EKONOMI YANG AKAN DIJALANKAN? (SWOT
analysis)

KEKUATAN KELEMAHAN
 Anggota pelbagai latar belakang dan  Ramai ahli tidak tahu fungsidan
bidang professional. tanggungjawab mereka dan koperasi.
 Sumber kewangan di mulakan dengan  Kurang kecenderungan dalam bidang
ahli infaq sebagai modal awal keusahawanan
 Ada penglibatan Golongan muda  Kurang keyakinan kepada keusahawanan
 Team Ahli lembaga yang kukuh

SWOT
 Lebih byk Peluang pekerjaan akan terbuka  Lokasi surau yang terpencil
 Peluang pengembangan keusahawanan  Sukar utk mendapatkan
dalam hartanah, pertanian dan pembinaan
 Lebih byk tawaran projek aktiviti baru akan
didapati/ dibuka
 Lebih ramai ahli akan terlibat secara
langsung dlm keusawanan

PELUANG ANCAMAN

9.0 ANALISA KECUKUPAN MODAL PERMULAAN OPERASI AKTIVITI YANG AKAN


DIJALANKAN?
Perbelanjaan Perkiraan(RM) Jumlah(RM)
Ladang Cili 500 500
Kedai Koperasi 1000 1000
Cat Kereta 1500 1500
3000

10.0 SEJAUH MANAKAH KEUPAYAAN ORANG UNTUK MENGARAH DAN MENGURUSKAN


HAL EHWAL KOPERASI DAN AKTIVITI EKONOMI YANG AKAN DIJALANKAN?

Koperasi kami mempunyai ahli yangmempunyai pengalaman sebagai pentadbir di


sekolah. Pengurus koperasi,dan anak muda yang mempunyai kelulusan diploma
pengajian perniagaan,dengan pengalaman yang merekaada mereka boleh mentadbir
dan memimpin, mengarah halehwal koperasi, dan aktiviti ekonomi yang akan
dijalankan.

……………………………………………………………….
Pengerusi/ Setiausaha Penaja

Koperasi : SRI RAHMAT NURUSSAADAH MUAR BERHAD


Tarikh : 24 Jan 2018

Anda mungkin juga menyukai