Anda di halaman 1dari 18

KOPERASI DAN ORGANISASI

BUKAN BERMOTIF UNTUNG

3. KOPERASI DAN ORGANISASI BUKAN


BERMOTIF UNTUNG.
3.1 Koperasi
i) Definisi dan peranan
ii) Prinsip-prinsip koperasi
iii) jenis-jenis koperasi
iv) Aktiviti-aktiviti koperasi
v) Penubuhan
- proses penubuhan
- peranan badan berkaitan
- Jabatan Pembangunan Koperasi.(JPK)
- Maktab Kerjasama
- Angkasa
vi) Perbandingan dengan organisasi bermotif
untung.
- Kawalan
-

Pengurusan kewangan

- Pengurusan pemasaran.

6.2 Organisasi bukan bermotif


untung dan organisasi
bukan kerajaan.
i) Definisi
ii) Prinsip-prinsip organisasi
bukan bermotif untung
iii) Jenis-jenis organisasi bukan
bermotif
untung.
iv) Aktiviti Penubuhan,
pendaftaran, keahlian,
lembaga pengarah/
jawatankuasa kerja
vi) Perbandingan dengan
organisasi bermotif untung.
- Kawalan
- Pengurusan kewangan
- Pengurusan pemasaran

KOPERASI DAN ORGANISASI BUKAN BERMOTIF KEUNTUNGAN


DEFINISI.

PERANAN/
TUJUAN

Tujuan: 1. Sosial

Ialah satu pertubuhan yang terdiri daripada pihak-pihak individu dan


bermatlamat meningkatkan kepentingan ekopnomi anggotaanggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi seperti keanggotaan
secara sukarela, pengurusan demokratik, pulangan terhad atas modal,
pembahagian saksama keuntungan, pengalakkan pendidikan dan
kerjasama antara koperasi.
Untuk memenuhi keperluan dan mengatasi permasalahan individu (anggotaanggota). Sementara caranya adalah dengan bergabung beramai-ramai,
tolong-mrnolong dan berpakat. Oleh kerana diri setiap anggota itu berbezabeza, maka gabungan individu-individu itu perlu diasaskan atas beberapa
atau sekurang-kurangnya satu persamaan kepentingan ekonomi antara
mereka bagi menjamin tiada konflik dan mencapai kejayaan. (Keyataan JPK)
Meningkatkan Pendidikan, Kesiahatan sosial dan Perlindungan.

2. Ekonomi Menawarkan perkhidmatan Bank/kredit, Pengguna/pertanian dan Sekolah.


3. Budaya Menggalakkan kegiatan seperti Gotong-royong, Khemah kerja, Kem
motivasi, Kenduri kendara, Majlis keramaian dan lain-lain lagi.

PRINSIP-PRINSIP KOPERASI
1. Keanggotaan secara terbuka dan sukarela
Keahlian sesebuah koperasi hendaklah secara sukarela dan terbuka tanpa sebarang sekatan atau
diskriminasi dari segi sosial, politik atau agama, kepada senua orang yang boleh menggunakan
perkhidmatan dan sanggup menerima tanggungjawab keahlian. Ini bermakna sesebuah
koperasi tidak boleh mengenakan halangan kepada mana-mana individu untuk menyertainya
selagi individu tersebut layak mengikut Akta Koperasi 1993

2.Pengurusan secara demokrasi oleh anggota


Koperasi ialh pertubuhan yang bersifat demokrasi. Hal-ehwal sesebuah koperasi hendaklah
ditadbirkan oleh mereka yang dipilih atau dilantik dengan cara yang dipersetujui oleh ahli-ahli
koperasi berkenaan. Bagi koperasi asas, ahli-ahlinya mempunyai hak mengundi yang sama (iaitu,
satu undi bagi setiap orang ahli) dan mereka turut serta membuat keputusan- keputusan yang
berkaitan dengan koperasi mereka. Bagi koperasi atasan dan koperasi menengah, pentadbirannya
hendaklah dijalankan berasaskan demokrasi dalam bentuk yang bersesuaian.

3.Faedah atau pulangan atas modal yang terhad.


Modal saham yang disumbangkan ahli hendaklah menerima satu kadar faedah atau pulangan yang
terhad, jika ada. Di Malaysia, tanpa kebenaran Ketua Pendaftar Koperasi, faedah atau dividen tidak
melebihi 10%(6% bagi koperasi kredit dan bank) boleh diberi bagi tujuan untuk meggelakkan
individu menggunakan koperasi sebagai tempat untuk mencari keuntungan pelaburan.Keutamaan
koperasi adalah untuk memberi perkhidmatan kepada ahli dan bukan keuntungan semata-mata.

4. Pembahagian lebihan yang saksama

Segala lebihan(keuntungan) jika ada, yang dihasilkan melalui aktiviti-aktiviti ekonomi yang dijalankan
oleh sesebuah koperasi adalah kepunyaan ahli koperasi itu dan seharusnya dibahagikan dengan adil
tanpa mana-mana ahli mendapat laba yang melampau berbanding ahli-ahli lain.

5. Galakan kepada pendidikan koperasi

Semua koperasi perlu membuat peruntukkan untuk pendidikan bagi meningkatkan kesedaran ahliahlinya, kakitangannya dan masyarakat umum mengenai prinsip-prinsip dan teknik-teknik koperasi ,
baik dari segi ekonomi mahupun demokrasi.Pendidikan kepada ahli bukan koperasi dapat meningkatkan
kemahiran untuk diri sendiri, malah juga membolehkan ahli memainkan peranan yang lebih berkesan
sama ada sebagai ahli biasa ataupun ahli lembaga koperasi.

6. Kerjasama aktif sesama koperasi yang berdaftar

Semua pertubuhan koperasi sepatutnya bekerjasama dengan lebih aktif dalam semua cara yang praktik
dengan koperasi-koperasi lain diperingkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa untuk memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada ahli dan masyarakat. Melalui kerjasama ini ia boleh memperluas dan
memperkukuhkan semangat saling membantu dan seterusnya akan mempunyai kesan positif terhadap
sistem ekonomi secara keseluruhan.

7. Prihatin terhadap masyarakat

Segala pembangunan yang ingin dilakukan terhadap masyarakat perlulah dilakukan secara berterusan.
Segala yang ingin dilakukan mestilah mendapat persetujuan dari ahli-ahli dan anggota-anggotanya.

KOPERASI ASAS.
Sebuah pertubuhan yang dianngotai oleh individu atau oarang
perseorangan. Mempunyai keanggotaan minimum 100 orang.
KOPERASI MENENGAH
Koperasi yang anggota0anggotanya terdiri daripada koperasi-koperasi
asas sahaja. Keanggotaan minimu bagi koperasi ini ialah sekuarangkurangnya 2 koperasi asas.
KOPERASI ATASAN.
Atau koperasi induk yang mempunyai keanggotaan terdiri daripada
koperasi-koperasi menengah ataupun koperasi menegah dan koperasi
asas. Contonya (ANGKASA)

JENIS-JENIS
Koperasi
dan Bank

AKTIVITI UTAMA

Kredit Menyediakan kemudahan kredit penerimaan deposit dan perkhidmatan


perbankan lain dengan kadar yang lebih baik kepada ahli berbanding
bukan ahli.

Koperasi
Pengguna

Membekalkan barangan dan perkhidmatan yang bermutu melalui kedaikedai runcit ,pasar mini dan pelbagai kedai lain.

Koperasi
Perumahan

Memajukan projek perumahan bagi memenuhi permintaan ahli-ahli untuk


mendapatkan
rumah
sendiri
yang
selesa
dengan
harga
berpatutan.Tertumpu kepada rumah-rumah kos rendah dan sederhana

Koperasi Industri Mepergiat dan memusatkan usaha-usaha kraf tangan dan industri
Kampung
kampung yang mempergunakan tanah liat ,buluh ,rotan dan sebagainya
untuk menambahkan pendapatan ahli-ahlinya.
Koperasi
Pembangunan
Tanah

Membangunkan tanah-tanah yang luas dengan projek pertanian dan


mengusahakan penanaman untuk jualan bagi tanaman-tanaman utama.

Koperasi
Insurans

Menjalankan kegiatan insurans kepada ahli-ahlinya


(MCIS)
adalah satu-satunya koperasi berdaftar dalam sektor insurans .

Koperasi
Kenderaan
Pengangkutan

Menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada anggotaanggota.Turut meyediakan pengangkutan awam seperti Bas ,Lori
dan pengangkutan komersil.

1. Seksyen 5(1) Akta Koperasi 1993


Keahlian koperasi Koperasi Asas keahlian sekurang-kurangnya 100 0rang
- Koperasi menengah sekurang-kurangnya 2 koperasi asas
- Koperasi atasan sekurang-kurangnya 2 koperasi menengah
atau koperasi asas.
2. Seksyen 6
i. Kemukakan permohonan kepada Ketua Pendaftar Koperasi dengan borang yang
telah ditetapkan dan ditandatangani oleh:
Koperasi Asas- 10 orang ahli
Koperasi Menengah dan Atasan- seorang setiap orang yang menyertainya.
ii. Sertakan undang-undang kecil koperasi (cadangan)
iii. Minit mesyuarat agung penubuhan ditandatangani oleh sekurang-kurangnya 50
orang ahli yang hadir.
3. Seksyen 26 9kelayakan menjadi ahli koperasi
i. Warganegara Malaysia
ii. 18 tahun untuk koperasi dewasa dan 12 tahun koperasi sekolah.
iii. Bermaustautin atau mempunyai tanah ditempat koperasi ditubuhkan.

PENGENALAN.
JPK ditubuhkan pada 1922 oleh kerajaan British untuk mengurus dan mendaftar syarikat
kerjasama. Dan kini JPK terletak dibawah Kementerian Tanah dan Pembangunan
Koperasi.
PERANAN
1.

Mendaftar penubuhan koperasi dan membatalkan koperasi dan memastikan koperasi


berjalan mengikut peruntukan Akta koperasi.

2.

Menyediakan bantuan kewangan kepada koperasi.

3.

Menyediakan khidmat nasihat kepada koperasi.

4.

Merancang dan menguatkuasakan program pembangunan koperasi.

5.

Menggalakkan penubuhan dan pembangunan koperasi dalam semua sektor

6.

Memberi bantuan pengurusan, bantuan infrastruktur, serta mengadakan seminar serta


kursus dan juga bengkel.

PENGENALAN.
MKM merupakan institusi pengajian koperasi yang tunggal di Malaysia. Ditubuhkan
pada tahun 1956 dan telah diperbadankan sebagai sebuah badan berkanun pada tahun
1968 dan dibawah tanggungjawab Kementerian Tanah Dan Pembangunan Koperasi.
PERANAN
1.

Mengadakan kursus dalam pengajian koperasi serta menerbitkan diploma serta sijil

2.

Mencetak dan menerbitkan buku-buku yang berkaitan dengan koperasi.

3.

Menjalankan penyelidikan dan memberi khidmat nasihat kepada koperasi.

4.

Memberi latihan berkualiti kepada pemimpin dan anggota koperasi.

5.

Menganjurkan seminar berkaitan isu-isu semasa.

6.

Menyebarkan maklumat terkini melalui media MKM (Dimensi Koperasi & Berita
MKM)

7.

Menyediakan pasukan pengurus koperasi yang terlatih untuk guna tenaga masa
hadapan.

8.

Memastikan bahan-bahan rujukan lengkap dan terkini dan mudah didapati.

PENGENALAN
Ditubuhkan pada 12 Mei 1971 oleh gerakkan koperasi di Malaysia yang merasakan
mereka memerlukan badan puncak untuk memandu arah koperasi bandar dan juga luar
bandar. Iannya merupakan gabungan koperasi peringkat kebangsaan yang diiktiraf oleh
kerajaan Malaysia.
TUJUAN PENUBUHAN
1. Menyatukan semua koperasi di Malaysia
2. Mewakili gerakkan koperasi di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
3. Mengawasi menjaga kepentingan ahli-ahli khususnya dan dalam gerakkan koperasi.
4. Memberikan nasihat dan pertolongan kepada ahli-ahli dalam pengurusan perniagaan
mereka.
5. Mengembangkan prinsip-prinsip, amalan koperasi dan berkerjasama dengan pihak
kerajaan demi kepentingan pembangunan negara.
6. Menggalakkan penyelidikan dan kajian mengenai masalah yang dihadapi koperasi.
7. Menyediakan dan memberi khidmat nasihat berkenaan tataurus koperasi dan
perkhidmatan potongan gaji untuk kepentingan ahli-ahlinya.
8. Memajukan pendidikan, latihan dan penerangan ilmu koperasi dan ilmu perniagaan
keusahawanan.
9. Membantu kerajaan untuk mengalakkan dan memperkembangkan gerakkan koperasi
di Malaysia.

1.

Koperasi melaksanakan aktiviti ekonomi bagi memenuhi keperluan ahli-ahlinya.

2.

Koperasi buakannya pertubuhan politik dan tidak boleh dijaladikan sebagai


landasan untuk berpolitik.

3.

Konsep koperasi ialah tolong menolong antara satu sama lain.

4.

Koperasi bukannya syarikat persendirian atau swasta.

5.

Pengurusan dan pengawalan koperasi adalah menurut Akta Koperasi 1993,


peraturan-peraturan koperasi 1995 dan Undang-undang kecil koperasi.

6.

Setiap ahli memiliki koperasi melalui modal syer dan yuran masuk yang
disumbangkan disamping menjadi pengguna barangan dan perkhidmatan yang
ditawarkan.

7.

Koperasi adalah milik ahli-ahlinya dan ALK adalah dilantik secara demokratik
dan melalui Mesyuarat Agung Tahunan yang mengawal perjalanan koperasi.

DIMENSI

KOPERASI

ORGANISASI BERMOTIF UNTUNG

Kawalan
undangundang

Akta koperasi 1993,


menggariskan perjalanan
koperasi dengan ketua
pendaftar koperasi memastikan
peraturan di patuhi.

Akta Syarikat 1965, merupakan fakta


utama sebagai panduan dalam
menjalankan perniagaan. Banyak akta lain
juga yang mempengaruhu perniagaan
tesebut. Pendaftar syrikat tidak
mempunyai kawalan ke atas organisasi .

Pengurusan
Kewangan

Pengurusan kewangan koperasi


digariskan mengikut akta
dikuatkuasakan oleh ketua
pendaftar koperasi.

Pengurusan kewangan organisasi


bermotifkan keuntungan mempunyai
kebebasan bagaimana wang perlu di
belanjakan dan bagaimana sumber
diperolehi.

Modal
saham

Tiada had dalam modal saham


dan boleh ditambah dari
semasa ke semasa.

Had modal dibenarkan telah ditetapkan


ketika pendaftaran. Sekiranya had tetsebut
telah dicapai, tiada saham baru yang
boleh diterbitkan.

Pengurusa
n
pemasaran

Lebih tertumpu kepada


pemasaran keahlian koperasi
berkenaan.

Lebih tertumpu kepada barangan dan


perkhidmatan yang ditawarkan.

Pembayaran
Dividen

Tidak lebih 10% kecuali dengan


kebenaran ketua pendaftar

Tiada had dan bergantung kepada


prestasi syarikat. Lembaga Pengarah
Akan memutuskan samada dividen diberi
atau tidak.

Kawalan
Pengurusan

Dikawal oleh anggota lembaga


koperasi yang dilantik melalui
mesyuarat agung tahunan

Ditentukan oleh Lembaga Pengarah


Syarikat berdasarkan kepada sesiapa
yang banyak memegang saham

DIFINASI
Organisasi bukan bermotifkan untung merangkumi semua jenis pertubuhan selain
daripada organisasi perniagaan. Pertubuhan ini merangkumi persatuan, kelab atau
badan-badan yang bergerak berasaskan keahlian sekurang-kurangnya 7 orang. Tujuan
utama pertubuhan adalah menjaga kebajikan ahli-ahlinya. Semua organisasi bukan
bermotifkan untung perlu didaftarkan dengan Ketua Pendaftar Pertubuhan selaras
dengan kehendak Seksyen 7 Akta Pertubuhan, 1966.
PRINSIP-PRINSIP
a) Keanggotaan secara sukarela
Keahlian sesebuah pertubuhan bukan bermotifkan untung adalah tanpa tekanan atau
paksaan dari mana-mana pihak. Pertubuhan tidak boleh menghalang individu yang
berminat untuk menyertai pertubuhan berkenaan.
b) Pengurusan secara demokrasi.
Oganisasi bukan bermotifkan untung adalah pertubuhan yang bersifat demokrasi. Di
tadbir oleh mereka yang dipilih atau dilantik secara persetujuan ahli-ahli
pertubuhan.
c) Pertubuhan faedah bersama
Memberi faedah kepada ahli dari segi kebajikan dan pengiktirafan.
d) Memperjuangkan isu-isu yang sama.
Setiap ahli memperjuang atas dasar isu-isu yang sama.

Bil

Kategori

Aktiviti

Contoh

Belia

Menumpukan kegiatan-kegiatan yang Perak


memberi manfaat kepada belia dengan Majlis
penglibatan aktif golongan tersebut.
Johor.

Youlth
Club,
Belia Negeri

Kebajikan

Kehlian terdiri daripada sukarelawan Kelab


yang bergiat tegas dengan membuat Butterworth,
amal dan memberi sumbangan kepada Rotary Ipoh.
golongan tertentu yang perlukan
bantuan.

Kebudayaan Keahlian tertumpu kepada golongan


yang berminat dalam kebudayaan dan
dengan itu kegiata utamanya adalah
mempromosikan aktiviti kebudayaan.

Perkerjaan

Pertubuhan diwujudkan berasaskan Persatua


Peguam
pekerjaan. Keahlian terdiri daripada Muslim Sabah, Kelab
individu yang bekerjaya yang sama Wartawam Pahang.
atau berkait rapat.

Pendidikan

Aktiviti utama berkaitan pendidikan. Persatuan Pendidikan


Selain
ceramah
motivasi
dan IslamNegeri Sembilan,
mengadakan kelas-kelas bimbingan Kelab Siswazah Perak.
khidmat nasihat berkaitan pendidikan
turut diberikan.

Lain-lain pertubuhan yang terdiri daripada

Lions
Club

Majlis Teater Negeri


Kelantan,
Persatuan
Silat
Kebangsaan
Negeri Selangor.

kegiatan Perdagangan, sosial

LANGKAH PERTAMA
Satu mesyuarat dengan kehadiran tidak kuarang daripada 7 orang hendaklah diadakan. Tujuan nmesyuarat
penubuhan tersebut adalah untuk membuat ketetapan ketetapan berikut:
a) Menyatakan persetujuan menubuhkan pertubuhan
b) Meluluskan nama dan alamat pertubuhan di daftarkan nama pertubuhan seharusnya mengikut tujuan
penubuhan
kegiatan yang akan dijalankan ataupun berdasarkan keahlian.
c) Melantik ahli jawatan kuasa kerja untuk menguruskan pendaftaran pertubuhan
d) Menyediakan dan meluluskan undang-undang kecil pertubuhan yang hendak didaftarkan
LANGKAH KEDUA
Pendaftaran dibuat di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri dimana pertubuihan itu diwujudkan.Dokumen
pendaftaran perlu ditandatangani oleh 2 orang yang memegang jawatan utama pertubuhan. Anmtara
dokumen tersebut ialah:
a) Borang permohonan.
b) Senarai ahli jawatankuasa penaja dengan butiran peribadi masing-masing.
c) Undang-undang kecil pertubuhan yang memohon pendaftaran.
d) Minit mesyuarat pertubuhan yang mencatatkan ketetapan yang telah diambil.

LANGKAH KETIGA
Pertubuhan tidak akan menjalankan sebarang sebarang aktiviti atas nama pertubuhan tersebut sehinggalah
permohonan penubuhan diluluskan. Apabila kelulusan diperolehi, pendaftar pertubuhan akan mengeluarkan sijil
Perakuan Pendaftaran sebagai pengesahan penubuhan pertubuhan tersebut.

1.

Pertubuhan tersebut adalah cawangan kepada pertubuhan yang telah dibatalkan


pendaftarannya.

2.

Pertubuhan tidak mematuhi peruntukan dalam akta.

3.

Berlaku pertelingkahan dalam menentukan pemegang jawatan dan pengurusan


harta sehingga mahkamah terpaksa membuat keputusan.

4.

Menyalahi undang-undang yang boleh memudaratkan keamanan, kebajikan,


keselamatan, ketenteraman awam atau akhlak.

5.

Diisytiharkan oleh menteri sebagai meyalahi undang-undang.

6.

Mengelirukan orang ramai kerana maksud pertubuhan tersebut hampir sama dengan
pertubuhan lain.

7.

Mempunyai nama yang sama dengan pertubuhan lain.

Bil

Perkara

Organisasi bukan bermotifkan untung

Organisasi bermotifkan untung

Kawalan
Undangundang

Akta pertubuhan 1966mengariskan


perjalan organisasi bukan bermotifkan
untung
dengan
ketua
pendaftar
pertubuhan memastikan peraturan di
patuhi.

Akta Syarikat 1965, merupakan akta


uatama
sebagai
panduan
dalam
menjalankan perniagaan. Banyak akta lain
yang berkaitan juga mempaengaruhi
pengurusan
perniagaan
tersebut.
Bagaimanapun pendaftar perniagaan dan
pendaftar syrikat tidak mempunyai kawalan
secara langsung ke atas perjalanan
organisasi ini

Kawalan
Pengurusa
n

Pucuk pimpinan di tentukan melalui


pemilihan ahli-ahli yang semuanya
mempunyai hak sama.

Pengurusan sesebuah syarikat ditentukan


oleh lembaga pengarah syarikat yang
dipilih berdasarkan undi dalam mesyuarat
agung. Pemilihan adalah berdasarkan undi
yang mana hak mengundi bergantung
kepada bilangan saham yang dimiliki.

Sumber
Kewangan

Sumber kewangan adalah daripada


yuran keahlian serta derma dan hadiah
yang disumbangkan oleh pihak tertentu.

Sumber kewangan organisasi bermotifkan


untung terutamanya datang daripada
pemilik perniagaan selain daripada hutang.

Penyata
Kewangan

Penyata yang disediakan ialah penyata


penerimaan pembayaran tunai. Bagi
organisasi yang lebih berkeupayaan,
penyataan
pendapatan
dan
perbelanjaan serta kunci kira-kira juga
disediakan.

Penyata pendapatan dan kunci kira-kira


adalah diperlukan kerana organisasi
bermotifkan untung sudah pasti ingin
mengetahui kedudukan keuntunganya.

Pengurusa

Usaha pemasaran tertumpu kepada

Lebih tertumpu kepada barangan dan

Anda mungkin juga menyukai