Anda di halaman 1dari 4

TEKS KETUA PEMBANGKANG

SAYANG SAYANG BUAH KEPAYANG,


SAYANG HUJAH KERAJAAN PINCANG,
JAGA JAGA PIHAK SEBERANG,
PEMBANGKANG PERTAMA DATANG BERTANDANG,

DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM, SAYA MEMBUKA ARENA


PERDEBATAN PADA HARI INI. TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KEPADA
TUAN YANG DIPERTUA, BARISAN PERWAKILAN PIHAK KERAJAAN,
PERWAKILAN PIHAK PEMBANGKANG, PARA JURI YANG PENUH MISI DAN
VISI, SETERUSNYA SIDANG DEWAN SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM, WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH, SALAM


SEJAHTERA DAN SELAMAT BERSIDANG.

TUAN YANG DIPERTUA, AHLI-AHLI YANG BERHORMAT SEKALIAN, SAYA


AMAT BERSYUKUR KERANA BERKAT KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
BAWAH KEPEMIMPINAN KERAJAAN PADA HARI INI DEWAN KEMBALI
BERSIDANG UNTUK MEMBAHASKAN SATU USUL YANG BEGITU PENTING
UNTUK DILAKSANAKAN.

TUAN YANG DIPERTUA, USUL PADA HARI INI BERBUNYI,


“Perpaduan kaum boleh dikekalkan tanpa membubarkan sekolah
vernakular”
SEBENTAR TADI, YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI TELAH
MEMBENTANG SATU USUL.

NAMUN, SETELAH KAMI KAJI DAN TELITI TERDAPAT KELEMAHAN DAN


KETIDAKRELEVANAN USUL KERAJAAN PADA HARI INI. DENGAN IZIN TUAN
YANG DIPERTUA, KAMI MOHON MEMBANGKANG DAN MENOLAK USUL
KERAJAAN PADA HARI INI.

TUAN YANG DIPERTUA DAN AHLI-AHLI DEWAN

YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI SEBENTAR TADI TELAH


MEMBERIKAN DEFINISI DAN TAKRIFAN USUL KITA PADA HARI INI.
KAMI MENERIMA DENGAN PINDAAN DEFINISI USUL PIHAK KERAJAAN.
DENGAN IZIN TUAN YANG DIPERTUA, SAYA MOHON MEMINDA DEFINISI
PIHAK KERAJAAN DAN MENEGAKKAN DEFINISI KAMI DI BARISAN
PERWAKILAN PEMBANGKANG.
TUAN YANG DIPERTUA DAN SEDANG DEWAN YANG DIMULIAKAN,
MENURUT KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT, PERKATAAN ‘VERNAKULAR’
MEMBAWA MAKSUD BAHASA YANG DIPERTUTURKAN OLEH GOLONGAN
ATAU KAUM TERTENTU. BAGI FRASA ‘Perpaduan kaum boleh dikekalkan
tanpa membubarkan sekolah vernakular’ PULA MEMBAWA MAKSUD
KEWUJUDAN SEKOLAH VERNAKULAR INI MEMBENTUK IMEJ YANG BAIK
KEPADA NEGARA NAMUN IA MENDATANGKAN PELBAGAI KESAN NEGATIF.

OLEH ITU, SAYA MEMOHON AGAR AHLI-AHLI DEWAN MENERIMA PINDAAN


DEFINISI PIHAK PEMBANGKANG.

TUAN YANG DIPERTUA DAN AHLI-AHLI DEWAN

BANGUN YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI TELAH


MEMBERIKAN SATU HUJAH YANG AMAT RAPUH IAITU ‘SEKOLAH2
VERNAKULAR MEMPUNYAI SEJARAH TERSENDIRI DAN HARUS
DIKEKALKAN UNTUK MENONJOLKAN IDENTITI, KEUNIKAN DAN
KEPELBAGAIAN ETNIK DI NEGARA KITA’

HUJAH YANG MEREKA KEMUKAKAN TIDAK RELEVAN DAN TIDAK


RASIONAL DENGAN USUL YANG MEREKA SENDIRI BENTANGKAN.
SETERUSNYA, IZINKAN SAYA MEMBIDAS HUJAH YANG TELAH
DIKEMUKAKAN OLEH YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI.
SEBENTAR TADI.

BIDASAN SAYA AMAT MUDAH,


Di sekolah kebangsaan biasa mempunyai kaum Melayu yang mempunyai
keunikan tersendiri contohnya dari sudut ekonomi dapat dilihat daripada aktiviti
yang dijalankan oleh masyarakat Melayu di Negara ini. Orang Melayu yang
tinggal di desa kebanyakan akan menjalankan aktiviti pertanian seperti tananam
padi, kelapa, kelapa sawit dan tanaman campuran serta menangkap ikan. Bagi
orang Melayu yang tinggal di bandar pula kebanyakan bekerja dalam sektor
perindustrian, perdagangan, pengangkutan dan sebagainya.

DENGAN IZIN TUAN YANG DIPERTUA DAN AHLI-AHLI DEWAN


SAYA MEMBENTANG HUJAH PERTAMA PEMBANGKANG IAITU

HUJAH-
“SEKOLAH VERNAKULAR MERAPATKAN JURANG EKONOMI DI
KALANGAN MASYARAKAT DI MALAYSIA”
HURAIAN-
Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya" yang memberi makna
kita ingin mendidik seseorang kearah yang lebih baik, kita haruslah mendidiknya
dari kecil lagi.

CONTOH-
Hal ini berkaitan dengan apa yang pengkaji ingin sampaikan iaitu untuk
keseimbangan ekonomi untuk hari2 yang mendatang kerana jika kita lihat
sekarang ini jurang ekonomi diantara etnik kian meruncing dan sekiranya
perkara seperti ini tidak diambil perhatian ia akan menjejaskan pembangunan
ekonomi diantara etnik khususnya dan di Malaysia umumnya.

FAKTA-
Sebenarnya, isu kemiskinan ini pernah menjadi isu utama pada tahun 1970-an
terutamanya dalam kalangan etnik melayu dan wujudnya ketidakseimbangan
ekonomi antara kumpulan etnik khususnya etnik Cina dan Melayu. Hal ini kerana
orang Cina biasanya duduk di bandar dan melakukan pekerjaan2 di kawasan
bandar manakala orang Melayu pula berada di kawasan luar bandar dan dalam
bahasa mudahnya di kawasan kampung. Hal ini menyebabkan berlakunya
jurang ekonomi diantara etnik dan disebabkan perbezaan kawasan tempat
tinggal yang mencetuskan sekolah vernakular Cina, Melayu dan India.

SIDANG DEWAN YANG SAYA HORMATI SEKALIAN,

ANALOGI SAYA MUDAH YANG BERHORMAT SIDANG DEWAN SEKALIAN,


Analogi yang sesuai dilaksanakan bagi mencegah isu kemiskinan ini ialah
Pembangunan Keseimbangan dengan Dasar Ekonomi Baru di Malaysia. Dasar
Ekonomi Baru telah diperkenalkan untuk menangani masalah ketidak
seimbangan ekonomi di antara pelbagai kaum di Malaysia yang menjejaskan
perpaduan antara kaum dan keamanan negara. Contoh yang dapat diambil ialah
ekoran dari peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru
diperkenalkan pada tahun 1970. Ia bertujuan untuk menghapus kemiskinan
tanpa mengira kaum dan mengstruktur semula masyarakat supaya negara dapat
membangun dengan stabil, aman di samping hasil pembangunan dapat dinikmati
oleh seluruh rakyat.
KESIMPULAN KECIL-
Oleh itu, pentingnya untuk menghapuskan sekolah vernakular ini dan
mewujudkan sekolah wawasan ataupun sekolah kebangsaan sahaja supaya
mereka dididik untuk saling bantu membantu tidak kira pelbagai kaum
seterusnya dapat menjamin pengurangan jurang ekonomi di masa akan datang.

BERDASARKAN HUJAH DAN FAKTA YANG SAYA BENTANGKAN TADI, JELAS


BAHAWA FAKTA DAN HUJAHAN KAMI SELARAS DENGAN PREMIS KAMI
PADA HARI INI.

MAKA USUL ‘SEKOLAH2 VERNAKULAR MEMPUNYAI SEJARAH


TERSENDIRI DAN HARUS DIKEKALKAN UNTUK MENONJOLKAN IDENTITI,
KEUNIKAN DAN KEPELBAGAIAN ETNIK DI NEGARA KITA’
WAJAR DITOLAK SEBULAT SUARA.

SEKIAN SAYA MOHON UNTUK TERUS MEMBANGKANG.

Anda mungkin juga menyukai