Anda di halaman 1dari 1

Nama: Kelas: Nombor sekolah:

Ung Wei Jern (37) 2TA4 D0615

Tajuk: Langkah-langkah mengatasi masalah pembuangan bayi Dewasa ini, masalah sosial dalam kalangan masyarakat semakin menjadi-jadi ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Antaranya termasuklah kes pembuangan bayi yang semakin leluasa di negara kita. Dalam siaran berita di radio atau di televisyen, berita-berita seperti ini begitu kerap dilaporkan. Hal ini bukan sahaja menyusahkan banyak pihak malah imej negara kita turut terjejas. Oleh itu, pelbagai langkah harus diambil untuk membendung masalah ini. Tindakan yang agresif ialah pihak berkenaan hendaklah mengadakan ceramah atau kempen. Melalui program tersebut, masyarakat dapat diberi kesedaran tentang keburukan pergaulan bebas. Pada umumnya, kes pembuangan bayi berpunca daripada pergaulan bebas. Kata pepatah, sudah terhantuk baru tengadah, Kita seharusnya mengelakkan diri daripada unsur negatif tersebut supaya tidak sesal kemudian. Kempen kesedaran ini perlu dilakukan secara besar-besaran melalui iklan, risalah dan lain-lain. Usaha ini diperlukan untuk membimbing rakyat supaya sentiasa sedar akan setiap perbuatan yang dilakukan dalam kehidupan. Selain itu, pesalah yang disabitkan kesalahan berzina atau kes rogol perlu dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contohnya, hukuman bagi kesalahan tersebut adalah seperti penjara dan hukuman sebat. Orang yang mencabul kehormatan wanita merupakan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Mereka perlu dijatuhi hukuman yang berat sebagai peringatan kepada orang lain. Hal ini menyebabkan wanita-wanita ini kehilangan harga diri dan terpaksa menanggung malu sepanjang hayatnya. Oleh sebab itu, undang-undang negara perlu dikuatkuasakan supaya perogol atau mereka yang berzina berasa takut untuk melakukan perkara tersebut. Di samping itu, Ibu Bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka. Ibu bapa merupakan insan yang yang mempunyai hubungan darah dengan anak-anak. Ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik untuk dicontohi anak mereka. Ibu bapa perlu mengambil tahu setiap pergerakan anak mereka setiap masa. Sifat ibu bapa yang terlalu mempercayai anak-anak hinggakan mereka membiarkan anak-anak keluar sesuka hati boleh mendatangkan pelbagai masalah. Oleh itu, ibu bapa mempunyai peranan dalam membentuk sahsiah dan corak kehidupan anak-anak mereka. Seterusnya, pendidikan agama dan moral perlu diterapkan dengan lebih mendalam dalam jiwa remaja terutamanya di sekolah. Sebagai contohnya, anak-anak perlu diberi didikan agama sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Cara ini amat efektif untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada kes pembuangan bayi. Didikan ini berupaya untuk membentuk satu dinding jati diri yang utuh lalu menghalang masalah ini berlaku. Sesungguhnya, didikan agama dan moral menjadikan remaja boleh membezakan antara yang baik dan yang buruk. Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyelesaikan dan mengurangkan kes pembuangan bayi. Masalah tersebut akan mencemarkan imej negara kita jika tidak ditangani dengan segera. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amat penting untuk membendung masalah ini kerana ke bukit sama didaki, ke lurah sama diterjuni, ke laut sama direnang.

Anda mungkin juga menyukai