Anda di halaman 1dari 9

CARA MUDAH UNTUK MENULIS KARANGAN

Gunakan teknik DiKeMaSeN untuk soalan punca, kesan


atau langkah.
Di = Diri sendiri
Ke = Keluarga
Ma = Masyarakat
Se = Sekolah
N = Negara / Kerajaan
A) DIRI SENDIRI
i. PUNCA:
Isi-isi kecil:
1. menghadapi tekanan hidup akibat
kemiskinan/kekurangan kasih sayang
2. untuk memanifestasikan sifat kejantanan dan
kejaguhan
3. tidak mempraktikkan ajaran agama kerana
berpendapat bahawa ajaran agama adalah jumud dan
sudah ketinggalan zaman
4. suka bertindak tanpa berfikir
5. tidak mahu mendengar nasihat
6. didorong oleh nafsu /perasaan ingin tahu/ingin cuba

4. menjejaskan maruah keluarga


5. dipandang hina oleh masyarakat
6. dapat memimpin negara dengan lebih kreatif dan
optimis(+ve)
Frasa/ungkapan menarik:
1. menconteng arang ke muka keluarga
2. kerana nila setitik rosak susu sebelangga
3. seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
4. air sama air sampah ke tepi juga
5. pemangkin pemacu negara
Kematangan:
Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya
gegarkan dunia ini, begitulah ungkapan yang
dilontarkan oleh Presiden Parti Indonesia, Soekarno
yang menggambarkan betapa gahnya peranan remaja
sebagai penentu pembangunan dan kemajuan negara
pada masa depan.
iii. LANGKAH

Frasa/ungkapan menarik:
1. mencurah air di daun keladi
2. ketagih kepada desakan adrenalin
3. remaja yang delinkuen

Isi-isi kecil:
1. perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ciri dan
sifat mahmudah
2. menanamkan sifat tidak jemu dalam menimba ilmu
pengetahuan
3. perlu mempunyai jati diri yang mantap
4. remaja perlu pandai memilih rakan sebaya
5. sentiasa bermuhasabah dan membaiki kelemahan diri

Kematangan:
Menurut penggiat sosial tanah air, Tan Sri Lee Lam Thye,
40 peratus daripada golongan pelajar kita pada hari ini
terlibat dalam masalah sosial seperti membunuh,
perogol, merompak dan sebagainya.

Frasa/ungkapan menarik:
1. hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih
2. di mana ada kemahuan di situ ada jalan
3. generasi berwawasan pemangkin pembangunan
negara

ii. KESAN

Kematangan:
Bill Gates sekiranya kita mahu berubah selepas orang
lain sudah berubah, sebenarnya kita tidak berubah.

Isi-isi kecil:
1. menghancurkan masa depan (-ve)
2. terjebak dalam pelbagai gejala sosial lain yang lebih
teruk
3. hilang hala tuju kehidupan

TEKNIK MENJANA IDEA: KATA TUGAS LANGKAH/ CARA/ USAHA/ STRATEGI


1. SOALAN BERKAITAN LANGKAH / CARA / USAHA
BIL

IDEA / ISI

HURAIAN

Kerajaan

Mengadakan kempen untuk menyedarkan orang ramai atau masyarakat tentang sesuatu isu yang
sedang berlaku dalam masyarakat sama ada baik atau buruk.
Kempen perlu mencapai kumpulan sasaran di seluruh negara.
Agensi-agensi kerajaan yang terlibat perlu turun padang untuk mendekati masyarakat / kumpulan
sasaran.
Penerangan boleh dilakukan dalam bentuk ceramah motivasi, pameran, pengedaran risalah dan
penampalan postar di tempat-tempat awam.
Kaedah ini akan melahirkan kesedaran dan meningkatkan ilmu pengetahuan kepada orang ramai
mengenai sesuatu isu.

Masyarakat

Masyarakat mestilah prihatin dan sensitif dengan gejala yang sedang berlaku di negara ini / di kawasan
mereka.
Setiap anggota masyarakat tidak boleh mengamalkan sikap lepas tangan apabila berlaku sesuatu
musibah yang melibatkan penduduk setempat.
Mereka wajib bersatu dan bekerjasama untuk membanteras gejala negatif yang sedang berlaku tanpa
mengira bangsa, agama dan warna kulit.
Sikap menjaga tepi kain orang hendaklah diamalkan untuk menggalakkan perkongsian maklumat tetapi
jangan mengumpat.
Masyarakat madani dan berwawasan perlu diwujudkan segera untuk membangunkan negara tercinta ini.
Semangat kejiranan melalui aktiviti bergotong-royong perlu dihidupkan semula.

Ibu bapa dan


keluarga

Ibu bapa merupakan teras pembentukan sebuah keluarga yang bahagia dan utuh.
Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak menjadi manusia yang beriman, berjaya dan berakhlak mulia.
Mendidik anak-anak dengan ilmu agama sejak kecil lagi.
Menjadi benteng yang kukuh melawan godaan hawa nafsu.
Memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak walaupun sibuk dengan kerjaya yang
semakin mencabar.
Meluangkan masa untuk bersama anak-anak seperti melancong, makan di restoran dan lain-lain.
Ibu bapa tidak membesarkan anak-anak dengan kemewahan yang melalaikan.
Memantau / mengawal pergerakan dan pergaulan anak-anak agar tidak mudah terjebak dalam gejala
yang tidak sihat.
Sentiasa bertanya khabar tentang masalah dan keperluan anak-anak.

Rakan sebaya

Menjadi pembimbing kepada sahabat ke arah yang lebih baik.


Menasihati rakan supaya tidak terlibat dengan gejala yang negatif sehingga merosakkan moral dan
mencemarkan maruah keluarga.
Melakukan aktiviti yang baik seperti belajar, bersukan dan membaca.
Melaporkan kegiatan negatif kepada pihak berkuasa supaya dapat dibanteras secepat mungkin.
Berfikiran positif dan inovatif.

Media Massa

Membentuk pemikiran rakyat ke arah pembentukan masyarakat madani di negara ini.


Menyiarkan rancangan yang boleh membina jati diri masyarakat / semangat patriotisme
Rancangan keagamaan, motivasi dan forum perlu diperbanyakkan untuk menggalakkan orang ramai
melakukan kebaikan. Contohnya TV3 menyiarkan Al-Kuliyyah, TV9 dengan rancangan Tanyalah Ustaz,
Halaqah, Akademik Al-Quran dan Forum Perdana di TV1.
Tidak menyiarkan drama atau filem yang boleh merosakkan akhlak golongan muda.
Mengharamkan pengedaran majalah-majalah separa lucah seperti mangga, URTV dan lain-lain yang
memaparkan gambar-gambar artis lelaki tidak berbaju kecuali berseluar pendek sahaja.
Tidak memuatkan akhbar tempatan dengan berita-berita yang mengajar remaja melakukan hubungan
seks seperti akhbar Metro.

Diri / Individu

Perubahan sikap individu menjadi penentu kejayaan kepada usaha-usaha yang dirancangkan.
Setiap individu perlu bertanggungjawab melaksanakan peranan masing-masing.
Kita perlu berubah sekiranya tergelincir daripada landasan yang sebenarnya. Bak kata pepatah sesat di
hujung jalan, kembali kepangkal jalan / buang yang keruh ambil yang jernih.
Kita juga hendaklah menilai baik atau buruk sesuatu perkara itu sebelum dilakukan.
Jangan malu untuk mengakui kesilapan dan kelemahan diri sendiri.
Tidak mudah terpengaruh dengan pujukan dan ajakan rakan.
Membentuk jati diri dan mempunyai pegangan hidup yang kental untuk mengharungi cabaran dunia
moden yang penuh pancaroba ini.
Menyahut seruan kerajaan untuk menjadi modal insan untuk membangunkan negara menjelang tahun
2020 bukan menjadi beban kepada negara.
Mencipta nama untuk mengharumkan nama negara di persada dunia seperti Datuk Sheikh Muzafar
angkasawan negara, Datuk Nicol David ratu skuasy negara dan lain-lain.

PANDUAN MENGEMBAGKAN ISI KARANGAN B, BAGI CALON CEMERLANG


KATA TUGAS: PUNCA/ SEBAB/ FAKTOR
ISI 1: SIKAP INDIVIDU YANG TERLIBAT
Punca utama menularnya masalah atau gejala ini di Malaysia ialah sikap setiap
individu yang terlibat yang suka melakukan aktiviti negatif. Kebanyakan daripada kita
lebih suka bersikap mementingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab kepada
negara tercinta ini.Dengan ini, aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang negara
dan agama serta normal masyarakat akan dilakukan sehingga menggugat keharmonian
negara ini. Kegagalan kita menggunakan akal fikiran secara waras atau rasional telah
mendorong sebahagian daripada kita melakukan aktiviti yang telah menjatuhkan maruah
seluruh rakyat Malaysia di mata dunia. Oleh itu, sikap individu turut mempengaruhi
berlakunya sesuatu masalah atau gejala yang tidak sihat dalam keadaan masyarakat
kita.
ISI 2: KEGAGALAN IBU BAPA MENDIDIK ANAK-ANAK
Selain itu, kegagalan ibu bapa memberi didikan agama dan moral yang sempurna
juga oleh dikaitkan dengan timbulnya masalah atau gejala ini. Hal ini kerana, ibu bapa
zaman sekarang lebih mementingkan kerjaya dan kekayaan duniawi daripada menjaga
anak-anak mereka sendiri. Sikap lepas tangan ini dapat dilihat apabila mereka telah
menyerahkan tugas mendidik anak-anak kepada pengasuh dan guru-guru di sekolah.
Anak-anak pula dibesarkan dengan kemewahan sehingga merosakkan masa depan
mereka kerana telah dilalaikan dengan wang yang diberi itu. Jadi, agama tidak lagi
menjadi benteng yang ampuh untuk menghalang anak-anak daripada terjebak dalam
kancah masalah ini.Tegasnya, ibu bapa turut berperanan meningkatkan gejala yang kita
bincangkan ini.
ISI 3: PENGARUH MEDIA MASSA
Di samping itu, pengaruh pihak media massa yang telah menyiarkan pelbagai
rancangan dan program yang negatif di kaca televisyen telah meningkatkan lagi masalah
ini.Begitu juga, dengan penjualan majalah-majalah hiburan di pasaran telah mendorong
para remaja melakukan pelbagai kegiatan yang kurang sihat dan tidak bermoral. Hal ini
demikian kerana, pengaruh media masa sangat kuat dalam membentuk keperibadian
dan akhlak rakyat di negara ini. Sebenarnya,pihak barat telah menggunakan media
massa untuk menjatuhkan sesebuah negara dengan mempengaruhi fikiran rakyat
dengan budaya negatif dan tidak bermoral. Kita amat sedih dengan pihak media massa
di negara kita yang tidak sensitive dengan suasana dan budaya ketimuran yang kita
amalkan selama ini cuba dihancurkan melalui penerbitan rancangan dan bahan tidak
membina minda rakyat. Hal ini kerana, mereka hanya memikirkan kekayaan tanpa
merenung jauh impak besar yang terpaksa ditanggung oleh kita pada hari muka. Jelaslah
bahawa, pihak media massa telah menjadi penyebab gejala ini terus meningkat dalam
masyarakat kita yang semakin membimbangkan kita semua.
ISI 4: PENGARUH RAKAN SEBAYA / SILAP MEMILIH RAKAN
Selain itu, pengaruh rakan sebaya atau silap memilih rakan juga merupakan
salah satu faktor yang menyebabkan timbulnya masalah atau gejala ini. Kajian yang
telah dilakukan mendapati bahawa pembentukan sahsiah atau perketi remaja sekarang
amat kuat dipengaruhi rakan-rakan mereka. Hal ini kerana, mereka lebih banyak
menghabiskan masa bersama-sama rakan berbanding dengan orang lain seperti ibu
bapa, guru-guru dan ahli keluarga. Sekiranya kita perhatikan anak-anak seawal usia 6
tahun sudah dihantar ke sekolah sehinggalah 19 tahun mancapai dewasa membesar di
sekolah bersama-sama rakan. Oleh itu, dalam jangka masa yang lama sudah pasti
pelbagai perangai atau tabiat rakan-rakan daripada pelbagai latarbelakangan itu akan
ditiru mereka. Maka, tidak hairanlah apabila kita dilaporkan banyak kes-kes jenayah telah

dilakukan oleh remaja kita pada hari ini hasil daripada silap memilih rakan sewaktu di
bangku sekolah. Walau sehebat mana didikan ibu bapa di rumah tidak akan menjamin
anak-anak mereka tidak melakukan perkara yang tidak baik sekirannya silap memilih
kawan. Jelaslah, pengaruh rakan sebaya sangat hebat sehingga mampu mempengaruhi
seseorang remaja menjadi baik atau jahat.

ISI 5: MASYARAKAT TIDAK PRIHATIN / CAKNA MASALAH SETEMPAT


Di samping itu, sikap masyarakat yang kurang prihatin atau tidak mengambil
tahu isu-isu semasa yang sedang melanda di persekitaran mereka telah meningkatkan
lagi masalah atau gejala tersebut. Semangat ukhuwah dan persaudaraan telah semakin
hilang daripada jiwa anak watan akibat perubahan zaman moden ini. Oleh itu, lahirlah
masyarakat individualistik yang tidak mempedulikan fenomena yang sedang melanda
persekitaran mereka. Masyarakat kita sudah hilang perasaan ingin menegur kelakuankelakuan sumbang yang berlaku di depan mata kerana menganggap tidak boleh
menjaga tepi kain orang. Sikap ini tidak menyumbang kepada pembentukan masyarakat
madani yang bersatu padu seperti yang dihasratkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad
mantan Perdana Menteri Malaysia dalam Wawasan 2020. Pada masa yang sama,
persekitaran kampung dan taman perumahan tidak lagi menjadi pemangkin kepada
pembentukan generasi muda yang lebih berakhlak, berdaya saing dan kreatif kerana
segala nilai ketimuran yang diwarisi daripada nenek moyang telah hampir lenyap ditelan
zaman. Justeru, masyarakat yang tidak prihatin ini telah menjadi punca meningkatnya
masalah atau gejala ini di negara kita.
ISI 6: KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
OLEH PIHAK KERAJAAN
Seterusnya, faktor lain yang telah meningkatkan lagi masalah atau gejala ini di
negara kita ialah kelemahan penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada oleh pihak
kerajaan. Hal ini, telah menyebabkan mereka yang melanggar peraturan atau undangundang negara sering kali sahaja terlepas begitu sahaja. Dengan kata lain, kebanyakkan
pesalah ini selamat daripada sebarang tindakan mahkamah seperti denda atau penjara.
Agensi penguatkuasaan undang-undang negara seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga
sering dikaitkan dengan gejala sogokkan yang akan mengagalkan kita mengheret
individu yang bersalah ke mahkamah. Malah, kita sering mendengar pihak berkuasa akan
mengadakan pelbagai strategi apabila timbul sesuatu isu yang melibatkan keselamatan
negara. Apabila lama masa berlalu segala usaha tersebut tidak dilaksanakan lagi
umpama hangat-hangat tahi ayam menunggu isu itu kembali dihangatkan di media
massa barulah masing-masing bergegas untuk menanganinya semula. Saya optimis,
masalah atau gejala ini semakin berleluasa di negara kita kerana kegagalan pihak
kerajaan mengambil tindakan dengan lebih tegas terhadap individu yang terlibat
melanggar undang-undang negara kita.

KATA TUGAS: CARA/ LANGKAH/ PERANAN/ USAHA


ISI 1: PERANAN PIHAK KERAJAAN
Antara langkah untuk menyelesaikan kemelut ini ialah pihak kerajaan perlu
mengadakan lebih banyak kempen secara berterusan di seluruh negara. Hal ini kerana,
kempen yang dijalankan dengan menyeluruh itu akan dapat menyedarkan orang ramai
tentang sesuatu isu atau gejala yang sedang melanda negara. Sehubungan dengan itu,
agensi-agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dengan kempen itu perlu
digerakkan secara optimum ke serata lokasi di negara ini. Aktiviti turun padang seperti
ini sudah pasti akan memudahkan maklumat tentang usaha pihak kerajaan
membanteras gejala tersebut dapat disampaikan secara langsung kepada rakyat di
negara ini. Sebagai contoh penganjuran Karnival Komuniti 1Malaysia oleh Kementerian
Penerangan Malaysia telah berjaya membentuk minda dan sikap rakyat yang lebih
positif. Saya optimis, pihak kerajaan perlu memperkasakan lagi kempen penerangan
untuk mengurangkan sesuatu gejala yang tidak baik melanda negara.
ISI 2: PERANAN PIHAK MEDIA MASSA
Selain itu, peranan pihak media massa yang berkesan amat dituntut dalam untuk
mengatasi masalah atau gejala ini daripada terus berpanjangan tanpa kesudahan. Kita
cukup yakin dengan peranan media massa yang merupakan penjana utama perubahan
minda dan pemikiran rakyat. Dalam konteks ini, pihak media elektronik perlu
menyiarkan rancangan dan program yang mampu mendidik orang ramai menjadi
warganegara yang matang. Sebagai contoh, stesen televisyen utama negara seperti TV3
telah menyiarkan pelbagai rancangan keagamaan untuk membentuk sahsiah generasi
muda seperti al-Kuliyyah, Semanis Kurma dan Motivasi Pagi. Begitu juga, program Iman
Muda, Ustazah Pilihan dan Tanah Kubur di saluran Astro juga telah berjaya mendidik
remaja menjadi orang yang berilmu serta bertaqwa. Tegasnya, pihak media massa perlu
menyumbang tenaga dalam usaha mengatasi masalah atau gejala ini dengan lebih
berkesan lagi.
ISI 3: PERANAN IBU BAPA
Di samping itu, masalah atau gejala yang sedang melanda negara kita ini boleh
diatasi dengan penglibatan yang lebih serius daripada ibu bapa. Hal ini demikian kerana,
ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dengan anak-anak sejak mereka dilahirkan
lagi berbanding orang lain. Mereka adalah guru yang pertama kepada anak-anak
sebelum dihantar ke sekolah. Sehubungan dengan itu, didikan agama yang sempurna
perlu diberikan sejak anak-anak masih kecil lagi, bak kata peribahasa melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Apabila mereka sudah mempunyai jiwa yang bersih dan suci,

sudah pasti segala gejala yang tidak baik akan dihandari. Hal ini kerana, hanya agama
sahaja yang mampu menjadi benteng yang ampuh untuk meghalang kita daripada
melakukan kemungkaran dan kemaksiatan. Justeru, peranan ibu bapa amat diperlukan
untuk menjayakan sesuatu program mengatasi gejala yang dibincangkan ini.
ISI 4: PERANAN RAKAN SEBAYA
Umum mengetahui bahawa, peranan rakan sebaya merupakan salah satu
langkah yang singnifikan dalam kerangka kita menyelesaikan masalah atau gejala ini.
Tugas seorang rakan yang baik ialah menjadi penasihat kepada taulan supaya
melakukan segala kebaikan dan meninggalkan semua perkara yang negatif. Malah,
mereka juga perlu menjadi teladan kepada orang lain dalam usaha merealisasikan slogan
pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara. Hal ini demikian kerana hampir 90
peratus remaja di negara kita terlibat dalam aktiviti yang tidak baik ini kerana termakan
pujukan rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, seorang remaja yang terlanjur boleh
kembali ke pangkal jalan setelah dinasihati oleh rakan-rakan mereka supaya bertaubat
dan tidak lagi mengulanginya. Justeru, benarlah seruan Dato Dr. Fadhilah Kamsah
kepada golongan remaja agar bijak memilih rakan demi masa depan yang lebih cerah
dan cemerlang. Apabila remaja sentiasa melihat akhlak rakan-rakannya yang baik,
berbudi bahasa dan menjunjung budaya ketimuran sudah pasti mereka juga akan
mengikut sama amalan tersebut. Jelaslah, paranan rakan sebaya amat signifikan untuk
membentuk akhlak, sikap dan tingkah laku seseorang remaja di negara kita.

ISI 5: PERANAN MASYARAKAT


Di samping itu, masalah atau gejala yang sedang bermaharajalela ini boleh
dibenteras dengan penglibatan masyarakat kita secara menyeluruh. Hal ini demikian
kerana peranan masyarakat tidak dapat dinafikan lagi boleh menyelesaikan masalah
dengan dengan lebih cepat lagi. Masyarakat berperanan menjadi mata dan telinga
kepada pihak berkuasa untuk menangani isu-isu yang berlaku di persekitaran mereka.
Oleh itu, kerjasama yang padu amat diperlukan supaya setiap gerak kerja yang
dirancangkan itu akan berjaya dan membuahkan hasil seperti yang dihajati. Pada masa
yang sama, masyarakat juga perlu membudayakan amalan atau cara hidup yang murni
secara konsisten berdasarkan tuntutan agama serta budaya masyarakat pelbagai kaum
di negara ini. Hasilnya, para remaja atau generasi muda mempunyai contoh dan
panduan dalam melayari kehidupan mereka pada zaman moden ini. Oleh itu, mereka
tidak akan mudah terikut-ikut dengan budaya barat yang serba kekurangan atau gersang
dari segi nilai dan akhlak insaniah sejati. Tegasnya, masyarakat merupakan salah satu
tangga kearah menyelesaikan sesuatu masalah dan gejala yang sedang menjadi virus
kepada genarasi muda pada hari ini.
ISI 6: PERUBAHAN SIKAP INDIVIDU
Seterusnya, segala usaha yang dibincangkan sebelum ini untuk mengatasi
masalah atau gejala tersebut tidak akan berjaya sekiranya setiap individu yang terlibat
masih ditakuk lama. Oleh itu, perubahan sikap atau anjakan paradigma seluruh rakyat di
negara ini hendaklah berlaku secara besar-besaran tanpa mengira bangsa, budaya dan
agama. Kita perlu menjernihkan pemikiran kearah yang lebih positif dan rasional serta
bersesuaian dengan zaman globalisasi kini. Apabila kita menggunakan akal fikiran
dengan cara yang betul sudah pasti segala masalah atau gejala negatif itu akan
ditinggalkan kerana merugikan diri, keluarga, bangsa dan negara. Jelaslah, perubahan
sikap individu adalah satu elemen yang penting untuk menyelesaikan masalah ini. Persis
kata peribahasa, hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih boleh dijadikan panduan
setiap individu yang terlibat untuk mengatasi masalah tersebut.

KATA KUNCI: PERANAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK


ISI 1: IBU BAPA MEMBERI DIDIKAN AGAMA & ILMU PENGETAHUAN
Peranan utama ibu bapa untuk melahirkan generasi yang bijak dalam
menyelesaikan sesuatu masalah ialah memberi didikan agama dan ilmu pengetahuan
yang sempurna. Hal ini demikian kerana, ilmu diibaratkan sebagai cahaya yang menjadi
penyuluh dikala kita berada dalam kegelapan ertinya kejahilan. Apabila ilmu penuh di
dada sudah pasti anak-anak mampu menilai sesuatu perkara dengan baik dan rasional
sebelum dilakukan. Dalam konteks ini, ilmu agamalah menjadi teras utama dalam
kehidupan kita kerana mampu menyekat kita daripada terjebak dalam pelbagai gejala
yang kurang sihat. Pada masa yang sama ibu bapa perlu mengajar anak-anak dengan
pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk mereka bekerja dan mendapat
kesenangan hidup di dunia ini. Saya optimis, ibu bapa berperanan untuk mendidik anakanak dengan ilmu agama dan pengetahuan untuk menjadi seorang insan kamil.

ISI 2: IBU BAPA MENJADI SURI TELADAN ATAU ROLE MODEL


Selain itu, peranan ibu bapa untuk melahirkan warganegara yang baik ialah
mereka perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini demikian
kerana, ibu bapa merupakan insan yang paling dihormati dan disayangi oleh anak-anak.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa mestilah menunjukkan contoh yang terbaik kepada
anak-anak terutama dari segi penghayatan rohaniah, adab-adab dan budaya masyarakat
timur semasa membesarkan cahaya mata mereka itu. Kesempurnaan yang dimiliki oleh
ibu bapa menyebabkan anak-anak tidak perlu lagi menjadikan artis, pelakon dan selebriti
sebagai idola ikutan mereka. Tamsilnya, Dato Seri Mohd Najib telah mewarisi corak
kepimpinan ayahandanya iaitu Tun Abdul Razak semasa memimpin negara ini. Jelaslah,
ibu bapa mestilah menjadi suri teladan yang terbaik untuk dicontohi oleh anak-anak
mereka sejak kecil lagi, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
ISI 3: IBU BAPA MEMBERI MOTIVASI DAN DORONGAN
Di samping itu, anak-anak yang semakin meningkat dewasa ini perlu diberi
motivasi dan sokongan yang padu daripada ibu bapa untuk menjadi insan yang
sempurna. Sehubungan dengan itu, ibu bapa mestilah prihatin dengan minat, bakat dan
kecenderungan anak mereka kearah memperkembangkan potensi tersebut. Semangat
yang diberikan itu akan meningkatkan lagi usaha anak-anak untuk mencapai kejayaan
dalam bidang pilihan mereka. Dalam konteks ini, ibu bapa mestilah menyediakan
keperluan-keperluan yang mahu digunakan oleh anak-anak untuk menerokai pelbagai
bidang yang diminati seperti sukan, kemahiran dan pendidikan. Misalnya, kejayaan Nik
Nur Madihah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah berkat sokongan,
doa dan solat hajat yang dilakukan oleh kedua orang tuanya. Tegasnya, motivasi dan
sokongan daripada ibu bapa sangat ditagih untuk meningkatkan semangat anak-anak
untuk berjaya dalam hidup mereka.
ISI 4: IBU BAPA MEMANTAU AKTIVITI HARIAN ANAK-ANAK
Seterusnya, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk memantau segala aktiviti
harian yang dilakukan oleh anak-anak sama ada di rumah atau di luar rumah.
Pemantauan ini perlu dilakukan secara berterusan dan penting untuk mengawal mereka
agar tidak sekali-kali terjebak dalam kegiatan yang tidak baik. Di rumah ibu bapa
mestilah menyediakan jadual harian bermula dari awal pagi sehingga malam dengan
aktiviti yang boleh menjana minda mereka. Elakkan membeli program permainan
interaktif kerana anak-anak akan malas membaca dan suka membuang masa di hadapan
kaca televisyen sepanjang masa. Apabila mereka berada di luar rumah, ibu bapa wajib

memantau rakan sebaya yang rapat dengan anak-anak mereka untuk mengelak
daripada tersalah memilih rakan. Pemantauan ini perlu dilakukan dengan berhemat dan
bijaksana agar anak-anak tidak merasakan diri mereka dikongkong. Justeru, ibu bapa
mestilah memantau sebarang aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka sama ada
di rumah atau di luar rumah untuk mengelak berlakunya perkara yang tidak kita ingini.

Anda mungkin juga menyukai