Anda di halaman 1dari 5

PENULISAN KARANGAN

Oleh Azhar Salleh, Munsyi Dewan DBP


Pegawai SISC+ Bahasa Melayu, PPD Pasir Gudang

TEKNIK PENULISAN KARANGAN


BINAAN KARANGAN
Pendahuluan

Penutup

KARANGAN
KARANGAN
Isi Penting

Penggunaan Bahasa
PENDAHULUAN KARANGAN
Ayat Rangsangan
Ayat Rangsangan
Ayat Arahan
Ayat Arahan

=========================================================================
MERANGKA ISI PENTING
Diri/Individu

Punca/Sebab/Faktor
Punca/Sebab/Faktor

Sekolah

Keluarga/Ibu Bapa

Langkah/Cara/Usaha
Langkah/Cara/Usaha

Media Massa

Masyarakat

Kesan/Implikasi
Kesan/Implikasi

Kerajaan

=========================================================================
MERANGKA ISI PENTING
Kesedaran

Pengaruh

Diri/Individu
Diri/Individu

Mentaliti

Sikap

Disiplin

=========================================================================
MERANGKA ISI PENTING
Agama/Moral

Kemudahan

Keluarga/Ibu Bapa
Keluarga/Ibu Bapa

Suri Teladan

Kasih Sayang

Dorongan/Galakan

=========================================================================
MERANGKA ISI PENTING
Pendidikan Formal

Program/Kegiatan

Masyarakat/Sekolah
Masyarakat/Sekolah

Peranan Guru

Dasar Pendidikan

Prihatin/Cakna

=========================================================================
MERANGKA ISI PENTING
Kempen/Promosi

Media Massa/Kerajaan
Media Massa/Kerajaan

Dasar Kerajaan

Informasi

Undang-undang

Pemantauan

=========================================================================
MERANGKA ISI PENTING
Ilmu Pengetahuan

Masa

Kepentingan/Faedah
Kepentingan/Faedah

Pengalaman

Sifat Positif

Ekonomi

=========================================================================
MENGHURAIKAN ISI PENTING
APA

SIAPA

Teknik Persoalan
Teknik Persoalan
5W1H
5W1H
BILA

MENGAPA

DI MANA

BAGAIMANA
=========================================================================
MENGHURAIKAN ISI PENTING
Imbuhan MeN-

Teknik Tindakan
Teknik Tindakan

Imbuhan BeR-

=========================================================================
PENGGUNAAN BAHASA YANG MENARIK
Kosa Kata/Diksi

Penanda Wacana

Peribahasa

Ayat Majmuk

Petikan Tokoh

Ungkapan

=========================================================================
BINAAN PERENGGAN ISI
Ayat Judul/Isi

Ayat Contoh/Bukti

Kata Kunci

Ayat Huraian

Penegas Isi

Panjang Perenggan

=========================================================================
PENUTUP KARANGAN
Ayat Kesimpulan

Ayat Cadangan

Ayat Harapan

=========================================================================
CONTOH PERENGGAN ISI
TAJUK: Langkah-langkah untuk Mengatasi Masalah Pendatang Tanpa Izin
Antara langkah untuk mengatasi masalah pendatang tanpa izin yang masuk ke negara ini ialah
pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat kepada mereka melalui peruntukan undangundang dan peraturan yang ada. (Ayat Judul) Hukuman yang dikenakan mestilah setimpal
dengan kesalahan yang dilakukan agar menjadi pengajaran kepada mereka yang memandang
enteng akan undang-undang negara. (Ayat Huraian) Sebagai contoh, hukuman seperti
penjara, sebat dan denda yang tinggi mampu mengekang kemasukan mereka yang seolah-olah
tidak gentar terhadap penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada. (Ayat Contoh) Mereka

masuk ke negara ini dengan begitu leluasa waima negara ini ibarat lubuk rezeki kepada
mereka dan bersesuaian pula dengan peribahasa di mana ada gula, di situ ada semut.
(Huraian/Peribahasa) Tegasnya, melalui penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan tidak
memilih bulu, kes-kes sebegini akan dapat diatasi dari masa ke masa. (Ayat Penegas)
======================================================================
TEKNIK IKMK
INDIVIDU
KELUARGA
MASYARAKAT
KERAJAAN
======================================================================
ISI 1: SIKAP INDIVIDU YANG TERLIBAT
Punca utama menularnya masalah atau gejala ini di Malaysia ialah sikap setiap individu yang
terlibat yang suka melakukan aktiviti negatif. Kebanyakan daripada kita lebih suka bersikap
mementingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab kepada negara tercinta ini.Dengan ini,
aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang negara dan agama serta normal masyarakat
akan dilakukan sehingga menggugat keharmonian negara ini. Kegagalan kita menggunakan akal
fikiran secara waras atau rasional telah mendorong sebahagian daripada kita melakukan aktiviti
yang telah menjatuhkan maruah seluruh rakyat Malaysia di mata dunia. Oleh itu, sikap individu
turut mempengaruhi berlakunya sesuatu masalah atau gejala yang tidak sihat dalam keadaan
masyarakat kita.
ISI 2: KEGAGALAN IBU BAPA MENDIDIK ANAK-ANAK
Selain itu, kegagalan ibu bapa memberikan didikan agama dan moral yang sempurna juga oleh
dikaitkan dengan timbulnya masalah atau gejala ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu bapa
zaman sekarang lebih mementingkan kerjaya dan kekayaan duniawi daripada menjaga anakanak mereka sendiri. Sikap lepas tangan ini dapat dilihat apabila mereka telah menyerahkan
tugas mendidik anak-anak kepada pengasuh dan guru-guru di sekolah. Anak-anak pula
dibesarkan dengan kemewahan sehingga merosakkan masa depan mereka kerana telah
dilalaikan dengan wang yang diberi itu. Jadi, agama tidak lagi menjadi benteng yang ampuh
untuk menghalang anak-anak daripada terjebak dalam kancah masalah ini. Tegasnya, ibu bapa
turut berperanan meningkatkan gejala yang kita bincangkan ini.
ISI 3: PENGARUH MEDIA MASSA
Di samping itu, pengaruh pihak media massa yang telah menyiarkan pelbagai rancangan dan
program yang negatif di kaca televisyen telah meningkatkan masalah ini. Begitu juga, dengan
penjualan majalah-majalah hiburan di pasaran telah mendorong para remaja melakukan pelbagai
kegiatan yang kurang sihat dan tidak bermoral. Hal ini dikatakan demikian kerana, pengaruh
media massa sangat kuat dalam membentuk keperibadian dan akhlak rakyat di negara ini.
Sebenarnya, pihak Barat telah menggunakan media massa untuk menjatuhkan sesebuah negara
dengan mempengaruhi fikiran rakyat dengan budaya negatif dan tidak bermoral. Kita amat sedih
dengan pihak media massa di negara kita yang tidak sensitif dengan suasana dan budaya
ketimuran yang kita amalkan selama ini cuba dihancurkan melalui penerbitan rancangan dan
bahan tidak membina minda rakyat. Mereka hanya memikirkan kekayaan tanpa merenung jauh
impak besar yang terpaksa kita tanggung pada hari muka. Jelaslah bahawa, pihak media massa
telah menjadi penyebab gejala ini terus meningkat dalam masyarakat kita yang semakin
membimbangkan kita semua.
ISI 4: PENGARUH RAKAN SEBAYA / SILAP MEMILIH RAKAN
Selain itu, pengaruh rakan sebaya atau silap memilih rakan juga merupakan salah satu faktor
yang menyebabkan timbulnya masalah atau gejala ini. Kajian yang telah dilakukan mendapati
bahawa pembentukan sahsiah atau pekerti remaja sekarang amat kuat dipengaruhi rakan-rakan
mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka lebih banyak menghabiskan masa bersamasama rakan berbanding dengan orang lain seperti ibu bapa, guru-guru dan ahli keluarga.
Sekiranya kita perhatikan anak-anak seawal usia 6 tahun sudah dihantar ke sekolah sehinggalah
19 tahun dan membesar di sekolah bersama-sama rakan. Oleh itu, dalam jangka masa yang
lama sudah pasti pelbagai perangai atau tabiat rakan-rakan daripada pelbagai latar belakang itu
akan ditiru mereka. Maka, tidak hairanlah apabila kita dilaporkan banyak kes jenayah telah
dilakukan oleh remaja kita pada hari ini hasil daripada silap memilih rakan sewaktu di bangku
sekolah. Walau sehebat mana didikan ibu bapa di rumah tidak akan menjamin anak-anak mereka
tidak melakukan perkara yang tidak baik sekiranya tersilap memilih kawan. Jelaslah, pengaruh
rakan sebaya sangat hebat sehingga mampu mempengaruhi seseorang remaja menjadi baik
atau jahat.

ISI 5: MASYARAKAT TIDAK PRIHATIN / CAKNA MASALAH SETEMPAT


Di samping itu, sikap masyarakat yang kurang prihatin atau tidak mengambil tahu isu-isu semasa
yang sedang melanda di persekitaran mereka telah meningkatkan masalah atau gejala tersebut.
Semangat persaudaraan telah semakin hilang daripada jiwa anak watan akibat perubahan
zaman moden ini. Oleh itu, lahirlah masyarakat individualistik yang tidak mempedulikan
fenomena yang sedang melanda persekitaran mereka. Masyarakat kita sudah hilang perasaan
ingin menegur kelakuan-kelakuan sumbang yang berlaku di depan mata kerana menganggap
tidak boleh menjaga tepi kain orang. Sikap bagai enau di dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing ini tidak menyumbang kepada pembentukan masyarakat madani yang bersatu
padu seperti yang dihasratkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri
Malaysia dalam Wawasan 2020. Pada masa yang sama, persekitaran kampung dan taman
perumahan tidak lagi menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi muda yang lebih
berakhlak, berdaya saing dan kreatif kerana segala nilai ketimuran yang diwarisi daripada nenek
moyang telah hampir lenyap ditelan zaman. Oleh itu, masyarakat yang tidak prihatin ini telah
menjadi punca meningkatnya masalah atau gejala ini di negara kita.
ISI 6: KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG OLEH PIHAK KERAJAAN
Seterusnya, faktor lain yang telah meningkatkan masalah atau gejala ini di negara kita ialah
kelemahan penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada oleh pihak kerajaan. Hal ini telah
menyebabkan mereka yang melanggar peraturan atau undang-undang negara sering kali sahaja
terlepas begitu sahaja. Dengan kata lain, kebanyakan pesalah ini selamat daripada sebarang
tindakan mahkamah seperti denda atau penjara. Agensi penguatkuasaan undang-undang negara
seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sering dikaitkan dengan gejala sogokan yang akan
menggagalkan kita mengheret individu yang bersalah ke mahkamah. Malah, kita sering
mendengar pihak berkuasa akan mengadakan pelbagai strategi apabila timbul sesuatu isu yang
melibatkan keselamatan negara. Apabila lama masa berlalu segala usaha tersebut tidak
dilaksanakan lagi umpama hangat-hangat tahi ayam menunggu isu itu kembali dihangatkan
melalui media massa barulah masing-masing bergegas untuk menanganinya semula. Saya
optimis, masalah atau gejala ini semakin berleluasa di negara kita kerana kegagalan pihak
kerajaan mengambil tindakan dengan lebih tegas terhadap individu yang terlibat melanggar
undang-undang negara kita.
======================================================================
UNGKAPAN INDAH DAN MENARIK DALAM PENULISAN KARANGAN
PENDAHULUAN KARANGAN
1
Dalam meniti arus kehidupan yang serba rencam dan kompleks
2
Belakangan ini, paparan media massa lebih banyak memaparkan isu yang berkaitan
dengan soal
3
Soal tidak seharusnya dipinggirkan daripada mandala perbincangan perdana lantaran
soal ini menjadi begitu dominan dan vital untuk diperkatakan.
4
Amat menghairankan sekiranya perkara sepenting dikesampingkan oleh masyarakat
moden hari ini yang dilihat memiliki pemikiran yang lebih kritis dan analitis.
ISU GEJALA SOSIAL
1
Keghairahan sesetengah golongan telah memakan diri kerana akhirnya banyak antara
mereka yang kecundang di pertengahan perjalanan hidup.
2
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja menjadi duri dalam daging kepada nusa yang
sedang mengorak langkah untuk membina sebuah peradaban yang tinggi dan mulia.
3
Gejala sosial yang semakin menyemarakkan persada kemelut di negara ini dilihat
sebagai suatu unsur anjakan yang menyumbang ke arah kepincangan masyarakat.
4
Suatu hakikat perit yang perlu ditelan ialah gejala sosial yang hangat diperkatakan kini
banyak didorong oleh anasir yang menghantui masyarakat di sekeliling kita.
5
Selagi tidak ada swadaya yang cendekia, nescaya masalah ini akan terus mencengkam
masyarakat yang seolah-olah memekakkan telinga dan memejamkan mata untuk
bersama-sama menanganinya.
6
Untuk mengatasi kemelut ini, seharusnya semua pihak menyedari bahawa golongan
remaja pada hari ini bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara suatu masa kelak.
7
Tidak ada jalan pintas untuk melenyapkan permasalahan yang berlaku, namun iltizam
dan kesungguhan yang jitu dan padu amat dituntut daripada semua anggota masyarakat
yang pastinya menginginkan suatu fenomena yang lebih sihat dapat diwujudkan.

Permasalahan ini tidak sukar untuk diatasi sekiranya semua pihak berganding bahu
untuk merealisasikan aspirasi kerajaan yang menekankan aspek pembangunan modal
insan yang seimbang dan harmonis.
9
Seyogianya kemelut sosial ini dipandang serius memandangkan gejala ini benar-benar
merencatkan perkembangan rohaniah dan insaniah yang ternyata telah tercalar dan
menggugat kesejahteraan.
10
Menuding jari kepada pihak tertentu dalam pembicaraan ini tidak akan menyelesaikan
masalah, malahan mampu menggugatkan keharmonian yang dikecapi selama ini.
ISU PERPADUAN KAUM
1
Di negara yang berbilang-bilang bangsa dan ras, isu integrasi nasional menjadi agenda
perdana yang perlu ditangani secara bijaksana dan berhemah.
2
Isu perpaduan kaum diibaratkan seperti peribahasa menarik rambut di dalam tepung,
rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.
3
Isu sensitif seperti ini sewajarnya diberi perhatian yang serius memandangkan negara ini
dibangunkan oleh semua rakyat tanpa peminggiran mana-mana kaum tertentu.
4
Walaupun isu perpaduan dilihat semakin positif sejak terlaksananya gagasan 1Malaysia,
namun sekiranya tidak ditangani dengan berhemah, dibimbangi akan ada pihak yang
sentiasa menyalakan bara permusuhan kerana di sekeliling kita, terdapat banyak
musang berbulu ayam.
5
Perpaduan kaum seharusnya menjadi teras pembangunan negara kerana tanpa
penggemblengan usaha dan kerjasama daripada semua pihak, aspirasi pemimpin
negara untuk membina sebuah negara bertamadun akan tinggal sebagai kerangka yang
menyedihkan.
======================================================================
KEPENTINGAN SEKTOR PELANCONGAN KEPADA NEGARA
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai