Anda di halaman 1dari 17

Karangan STPM (Isu Laman Sosial)

Soalan Karangan Percubaan STPM Negeri Selangor 2011

Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Jelaskan
Jelaskan
implikasi penggunaan laman sosial ini terhadap masyarakat.

Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman sosial
seperti “Facebook”, “My Space”, “Frienster”, dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di
negara ini. Penggunaannya yang mudah serta senang diakses oleh masyarakat merupakan antara
kelebihannya. Terdapat sesetengah anggota masyarakat di Malaysia yang telah menjadikan
 penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu
mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat
menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung, penggunaan laman sosial ini
memberikan kesan terhadap gaya hidup masyarakat di Malaysia.

Penggunaan laman sosial seperti “Facebook” yang meluas dalam kalangan masyarakat boleh boleh
menyebabkan fitnah dan mudah disebarkan kepada semua pengguna laman sosial tersebut.
Sebagai contohnya, negara kita pernah digemparkan dengan satu berita perceraian yang berlaku
dalam akaun facebook. Hal ini telah mendapat kritikan daripada majoriti rakyat Malaysia yang
menyifatkan bahawa perbuatan sedemikian amat memalukan kita kerana telah mencemarkan
keluhuran peribadi sebagai penganut agama
a gama Islam. Selain itu, implikasi seperti itu telah
menyebabkan segelintir pengguna aplikasi tersebut yang tidak bertanggungjawab dan
mencetuskan kontroversi di alam maya, sehingga mengaibkan seseorang. Jelaslah bahawa
 penggunaan laman sosial akan menghakis semangat persaudaraan seerta mencemarkan
kedaulatan negara sebagai negara yang disegani dan berintegriti.

Kesan lain penggunaan laman sosial melalui internet menyebabkan berlakunya banyak 
 penipuan atau pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku
terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru
dikenalinya melalui laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang
diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, perkara ini berlaku apabila
 pasangan dalam laman sosial menghantar sistem pesanan ringkas(sms) untuk membuat temu
 janji dengan menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya, remaja perempuan tersebut akan
 pergi ke tempat yang telah dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun demikian, setibanya di
tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman sosial itu, mereka mungkin ditipu dan ada juga yang
telah menjadi mangsa rogol.

Penggunaan laman sosial juga melahirkan masyarakat yang beku dan lalai dalam
melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang
terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat
mina t pengguna laman sosial tersebut. Hal ini
menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan
urusan mereka. Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada
 prestasi kerja dan pelajaran dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini akan menyebabkan
negara kita mengalami kebejatan idea untuk meningkatkan prestasi negara. Golongan pelajar 
yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang
melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman sosial akan melahirkan tenaga kerja yang
kurang berkualiti.

Kesan penggunaan laman sosial yang seterusnya ialah tersebarnya pengaruh atau unsur 
 pornografi daripada Barat ke dalam kehidupan masyarakat. Unsur pornografi mudah didapati di
laman sesawang internet. Unsur pornografi seperti bahan bacaan, gambar, dan video mudah
diakses dan disebarkan oleh pengguna laman sosial tersebut. Hal ini demikian kerana, laman
sosial seperti “Facebook” dan “My Space” diakses bukan sahaja oleh rakyat Malaysia malahan
seluruh penduduk di dunia. Selain itu, budaya Barat seperti “Black Metal”, “Punk”, “Gothic”,
dan “Skin Head” akan menular dalam pemikiran remaja di Malaysia. Perkara ini akan
mempengaruhi remaja untuk meniru budaya sehingga wujud budaya hedonisme dan
gengsterisme di sekolah. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial dapat mempengaruhi
 pemikiran anak muda sehingga menghakis nilai-nilai moral masyarakat.

Penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada kedaulatan bahasa Melayu sebagai
 bahasa kebangsaan. Kedaulatan bahasa Melayu akan tercemar ekoran daripada kemuncu lan
 bahasa slanga atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak. Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan
masyarakat amat membimbangkan cendekiawan bahasa di Malaysia kerana penggunaanya
semakin meluas. Penularan bahasa rojak ini akan menghakis keaslian dan nilai-nilai estetika
 bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa
 penggunaan teknologi ini boleh mencemarkan kedaulatan bah asa Melayu yang menyebabkan
kita seperti ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Kesimpulannya, penggunaan laman sosial melalui internet memberikan kesan terhadap corak 
kehidupan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk 
mengelakkan kesan buruk akibat penggunaannya kerana mencegah lebih baik daripada
mengubati. Selain itu, masyarakat perlu mempunyai disiplin dan ketahanan diri bagi mengubah
corak hidup dengan menggunakan laman sosial itu untuk kegunaan yang baik dan aktiviti-aktiviti
yang bermanfaat bagi meningkatkan kecekapan minda masyarakat supaya menjadi minda kelas
 pertama. Masyarakat juga perlu memastikan penggunaan teknologi ini dapat diseimbangkan
tanpa berlaku pengeksploitasian dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.

Karangan STPM - Isu Pembuangan Bayi

Soalan Karangan : Kes pembuangan bayi yang semakin meningkat pada masa ini amat
membimbangkan masyarakat di negara kita.Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh
ibu bapa untuk menangani masalah ini.

Fenomena pembuangan bayi kian membimbangkan masyarakat marcapada. Isu ini seolah-
olah sudah menjadi trend atau ikutan dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan remaja.
Acap kali isu ini kita lihat dan terpampang di dada-dada akhbar, dihebahkan di corong-corong
radio dan disiarkan di kaca televisyen. Hal ini akan menyebabkan negara kita mendapat imej
yang buruk dan pandangan yang tidak baik daripada negara-negara luar. Oleh itu, pihak yang
 bertanggungjawab mestilah mengambil langkah yang proaktif untuk menangani masalah ini
daripada terus membelenggu masyarakat. Pihak yang paling penting dan perlu memainkan
 peranan mereka untuk menangani masalah ini ialah ibu bapa.

Ibu bapa merupakan penjaga dan pendidik kepada anak-anak mereka sama ada di luar 
mahupun di dalam rumah. Ibu bapa perlu memantau setiap aktiviti anak mereka dan mereka
 perlu mengambil tahu tentang kawan-kawan anak mereka dan cara pergaulan anak -anak. Perkara
ini penting kerana kadangkala anak-anak hanya berpura-pura menjadi seorang yang baik di
hadapan ibu bapa mereka sahaja. Sebagai contohnya, anak-anak mengatakan bahawa mereka
ingin ke sekolah tetapi hakikatnya mereka pergi ke pusat-pusat membeli-belah atau ponteng
sekolah. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu memantau setiap aktiviti dan perlakuan anak-anak agar 
mereka tidak terlibat dengan aktiviti pergaulan be bas.

Selain itu, ibu bapa perlu memberikan sepenuh perhatian terhadap anak-anak, walaupun
sibuk bekerja. Hal ini demikian kerana, perhatian daripada ibu bapa dapat mengeratkan
hubungan sesama ahli keluarga. Anak-anak juga akan sentiasa mengingati pesanan ibu bapa
apabila setiap kali mereka hendak melakukan kesalahan. Kasih sayang yang ikhlas daripada ibu
 bapa juga dapat mengubah sikap negatif seseorang anak kepada sikap yang positif. Oleh itu, ibu
 bapa perlu sentiasa meluangkan masa dengan anak-anak, seperti makan bersama-sama, pergi
 bersiar-siar, solat berjemaah dan sebagainya. Perkara ini akan menyebabkan mereka berasa
disayangi dan mengelakkan mereka daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat
seperti seks bebas.

Menghantar anak-anak ke kem-kem motivasi ataupun seminar jati diri juga merupakan
langkah yang berkesan untuk menangani masalah pembuangan bayi. Hal ini akan menyebabkan
minda mereka terbuka dan melihat sesuatu perkara itu dari sudut pandangan yang berbeza. Di
dalam kem-kem motivasi, biasanya mereka akan didedahkan dengan isu-isu semasa yang
melanda negara. Mereka akan diberikan informasi atau maklumat tentang kesan-kesan buruk 
sesuatu isu itu. Sebagai contohnya, kes pembuangan bayi akan menyebabkan nyawa si ibu
terancam akibat proses melahirkan anak yang salah dan tidak normal tanpa pengawasan doktor.
Perkara itu akan menimbulkan kesedaran dalam diri anak-anak khususnya para remaja tentang
implikasi kes pembuangan bayi. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu, “Mencegah
lebih baik daripada mengubati”.

Di samping itu, nilai-nilai agama yang tinggi perlu diterapkan d alam diri setiap remaja.
Ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk menerapkan dan mendidik anak-anak mereka dengan
didikan agama yang sebenarnya. Perkara ini demikian kerana, pengisian nilai-nilai keagamaan
dalam diri remaja dapat membina kekuatan dalaman mereka. Hati mereka tidak akan mudah
terusik dengan anasir-anasir yang tidak baik kerana mereka sudah mempunyai pengetahuan
agama yang tinggi dan dapat membezakan dosa dengan pahala. Penerapan nilai agama ini perlu
dilakukan sejak mereka kecil lagi dan secara perlahan-lahan, nilai-nilai tersebut akan sebati
dengan diri mereka bak kata pepatah, “Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain”, begitu
 jugalah dengan anak-anak. Hal ini dapat menjauhkan mereka daripada mend ekati zina dan
terlibat dalam kancah maksiat.

Ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak dengan tegas, tetapi ketegasan yang sesuai
dengan situasi. Terdapat sesetengah ibu bapa yang mendidik anak mereka dengan cara seperti
seorang askar. Hal ini bertujuan untuk mendisiplin anak-anak mereka. Dengan disiplin yang
tinggi dan ketegasan ibu bapa, anak-anak akan akur dengan arahan dan kehendak ibu bapa.
Mereka juga akan taat terhadap perintah ibu bapa mereka. Namun begitu, remaja tidak boleh
dididik dengan cara yang tegas. Ibu bapa perlu mendidik mereka bagai menatang minyak yang
 penuh. Dengan perkataan lain, mereka perlu dibelai dengan penuh kasih sayang, tetapi jangan
sampai mereka memijak kepala ibu bapa pula. Dalam kelembutan, sertakan sedikit ketegasan
yang membuat mereka hormat kepada ibu bapa. Dengan cara ini, ibu bapa mudah untuk 
mengetahui aktiviti-aktiviti anak mereka di luar. Perkara ini dapat mengelakkan mereka daripada
terjebak dengan aktiviti pembuangan bayi.

Konklusinya, jelaslah bahawa ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam
usaha untuk menangani kes pembuangan bayi ini. Selain ibu bapa, pihak lain juga mestilah
menggembleng tenaga bagi menangani fenomena ini. Dengan cara ini, kes pembuangan bayi
dapat diatasi dengan efektif kerana semua pihak terlibat dalam usaha untuk membendungnya.
Remaja pula merupakan golongan yang sangat berharga untuk masa depan negara pada masa
akan datang. Oleh itu, didikan yang baik perlu diberikan kepada mereka sejak kecil lagi kerana
mereka ibarat kain putih, dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Hal ini juga bersesuaian
dengan peribahasa Melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Karangan STPM Berformat Laporan

Soalan Contoh

Andaikan anda sebagai pegawai kanan di Kementerian Pengajian Tinggi dan anda diminta untuk 
menjalankan kajian tentang kesan pertumbuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di
negara ini. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, sediakan satu laporan tentang kesan
 pertumbuhan IPTS kepada rakyat dan negara ini.

rangka Karangan

1.0 Pendahuluan

- Dunia pendidikan penting dalam era moden kini - kemajuan dalam bidang pendidikan
menyebabkan wujudnya IPTS

2.0 Senarai Ahli Jawatankuasa


Pengerusi:

Setiausaha:

AJK :

3.0 Kesan Pertumbuhan IPTS

Kesan positif 

3.1 Peluang untuk melanjutkan pelajaran bertambah

3.2 Pelajar bebas membuat pilihan untuk belajar 

3.3 Membantu negara mencapai matlamat untuk menjadi pusat kecemerlangan ilmu

Kesan negatif 

3.4 IPTS mementingkan keuntungan – yuran yang mahal

3.5 Kemasukan pelajar asing bertambah – timbul masalah lain

3.6 Terdapat sesetengah dasar IPTS yang tidak seiring dengan kehendak negara,

contohnya penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

4.0 Penutup

- Pertumbuhan IPTS ternyata mendatangkan kebaikan dan keburukan

- Usaha yang berkesan perlu dijalankan untuk memastikan penubuhan IPTS mendatangkan
faedah kepada masyarakat dan negara

Laporan disediakan oleh: Tarikh: __________ 

 ___________________ 

(Nama )

Jawatan

Karangan Contoh

LAPORAN TENTANG KESAN PERTUMBUHAN IPTS DI NEGARA INI

1.0 Pendahuluan

Dalam era globalisasi kini, aspek pendidikan merupakan perkara penting yang diberikan
tumpuan oleh setiap negara. Akibat kemajuan dalam bidang pendidikan ini, kewujudan IPTS
nampaknya semakin banyak di negara kita iaitu seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Pertumbuhan IPTS itu telah banyak mendatangkan kebaikan dan keburukan terhadap negara kita.
Setiap pihak dapat merasakan kesan pertumbuhan tersebut dan senario itu memang patut
dipantau agar sebarang permasalahan dapat ditangani dengan berkesan. Sebagai pegawai yang
telah diamanahkan untuk menjalankan kajian terhadap kesan pertumbuhan IPTS di negara ini,
saya ingin membentangkan laporan tersebut.

2.0 Senarai Ahli Jawatankuasa

Pengerusi: Datuk Syazwan Munasir 

Setiausaha: Farahana Iqmal

Ahli Jawatankuasa : Azuan Zainal

Tharshini a/p Perumal

Chin York Chow

Mohamad Nawawi Ismail

Halimah Nursalam

Mahmud Zulkifli

3.0 Kesan Pertumbuhan IPTS

Kesan pertumbuhan IPTS ini terbahagi kepada dua iaitu kesan positif 

dan negatif.

Kesan positif:

3.1 Peluang untuk melanjutkan pelajaran bertambah

Jawatankuasa kami mendapati bahawa kesan positif yang pertama ialah peluang unntuk 
melanjutkan pelajaran ke IPT semakin bertambah. Perkara ini telah memberikan peluang yang
lebih banyak kepada pelajar-pelajar yang gagal mendapat tempat di IPT Awam. Oleh itu, pelajar-
 pelajar tersebut boleh meneruskan pengajian mereka hingga ke peringkat, diploma dan ijazah.
Dengan kata lain, mereka tidak tersekat setakat SPM kerana kekurangan tempat di IPTA. Hal ini
 bermakna bahawa semua pelajar mempunyai peluang yang sama sama ada yang cemerlang atau
yang kurang cemerlang untuk melanjutkan pengajian.

3.2 Pelajar bebas untuk membuat pilihan untuk belajar 

Dengan adanya IPTS, pelajar-pelajar bebas untuk membuat pilihan tentang bidang
 pengajian yang hendak diikuti oleh mereka. Tempat yang terhad di IPTA telah digantian dan
disediakan oleh IPTS yang sama tarafnya dengan IPTA. Oleh itu, pelajar-pelajar dapat
meneruskan bidang pengajian yang diminati oleh mereka tanpa sekatan oleh masalah tempat
yang terhad. Hal ini demikian kerana, mereka boleh memilih IPTA yang disukai dan bersesuaian
dengan bidang pengajian yang hendak diambil.

3.3 Pertumbuhan IPTS ini akan membantu negara kita mencapai matlamat untuk menjadi
 pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini. IPTS yang berkualiti yang terdapat di negara ini telah
menarik pelajar-pelajar dari luar negara untuk melanjutkan pengajian di sini. Perkara ini
disokong pula oleh kadar bayaran yuran yang berpatutan dan lebih rendah berbanding dengan
negara-negara maju yang lain. Jadi, dengan kawalan dan pemantauan yang ketat daripada
kerajaan, kualiti IPTS dan graduan yang dihasilkan setanding dengan universiti ternama di dunia.

Kesan negatif:

3.4 Berdasarkan kajian kami, terdapat IPTS yang mementingkan keuntungan semata-mata.
IPTS tersebut mengenakan yuran yang mahal terhadap pelajar-pelajarnya. Pelajar-pelajar luar 
negara mungkin tidak menerima kesan buruk yang teruk kerana mereka yang datang ke sini
sememangnya mampu untuk membayar yuran tersebut. Masalah ini memberikan kesan yang
teruk terhadap pelajar-pelajar tempatan yang datang daripada keluarga yang miskin dan tidak 
mampu untuk membayar yuran pengajian yang tinggi. Tambahan pula, bantuan kewangan yang
diberikan oleh PTPTN juga tidak mencukupi.

3.5. Ahli jawatankuasa kami mendapati bahawa pertumbuhan IPTS ini menyebabkan
kemasukan pelajar asing semakin bertambah di negara kita. Perkara ini telah menimbulkan
masalah lain yang menjejaskan negara. Sebagai contohnya, terdapat pelajar asing yang suka
 bergaduh sesama mereka di samping suka mengganggu anak gadis tempatan. Kadar jenayah juga
semakin meningkat kerana mereka turut terlibat dengan pelbagai sindiket jenayah seperti
 pemerdagangan manusia, pemalsuan dokumen perjalanan dan sebagain ya.

3.6 Di samping itu, terdapat sesetengah dasar IPTS di negara ini yang tidak seiring
dengan kehendak dan aspirasi negara. Sebagai contohnya, bahasa Inggeris dijadikan sebagai
 bahasa pengantar di IPTS tersebut. Jadi, perkara ini menyebabkan usaha untuk memartabatkan
 bahasa Malaysia terbantut dan tidak mencapai matlamat seperti yang dihasratkan oleh negara
kita. Hal ini demikian kerana, pelajar-pelajar luar negara sudah tentu tidak mahu menggunakan
 bahasa Malaysia sebagai medium perantaraan dan juga sebagai bahasa komunikasi.

4.0 Penutup

Sebagai kesimpulannya, pertumbuhan IPTS ternyata mendatangkan kebaikan dan keburukan.


Oleh itu, usaha yang berkesan daripada pelbagai pihak perlu dijalankan untuk memastikan
 penubuhan IPTS mendatangkan faedah kepada mas yarakat dan negara. Jika perkara ini tidak 
diberikan perhatian, sudah tentu kesan buruknya akan menjejaskan imej dan kesejahteraan
negara kita di mata dunia. Oleh hal yang demikian, kita berharap pertumbuhan IPTS ini akan
dapat membantu negara kita untuk mencapai matlamat sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
di rantau ini.

laporan disediakan oleh Tarikh : 29 MEI 2011

 _____Farahana_______ 

(FARAHANA IQMAL)

Setiausaha Jawatankuasa IPTS

Sektor Pengurusan IPTS

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Karangan Berformat Memorandum - Isu Filem Seram, Tahyul dan Ganas

Soalan Contoh

Pertubuhan yang anda wakili kurang bersetuju dengan trend syarikat pengeluar filem yang lebih
cenderung untuk menghasilkan filem yang bercorak seram, tahyul dan ganas pada masa ini.
Perkara ini berlaku kerana sambutan yang diberikan oleh masyarakat di negara ini memang
sungguh menggalakkan. Anda diminta untuk menyediakan memorandum yang berkaitan dengan
 bantahan terhadap lambakan filem seram, tahyul dan ganas ini di negara kita.

Rangka Karangan

Memorandum

Kepada :

Daripada :

Tajuk :

1.0 Pendahuluan

2.0 Penyataan Masalah

3.0 Bantahan Terhadap Perkara Tersebut

3.1 Mempengaruhi emosi remaja

3.2 Menjejaskan akidah dan kepercayaan

3.3 Tidak menyumbang ke arah kemajuan

3.4 Melahirkan masyarakat yang ganas dan mempercayai


kepercayaan karut

4.0 Cadangan Tindakan

4.1 Mengenakan Syarat Tapisan yang Ketat

4.2 Membimbing anak-anak ketka menonton

5.0 Penutup

- ibu bapa dan anggota masyarakat yang prihatin perlu mencegah perkara ini.

Karangan Contoh

Memorandum

Kepada : Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan

Daripada : Pertubuhan Pencinta Seni

Tajuk : Bantahan Terhadap Lambakan Filem Seram, Tahyul dan Ganas di Negara Kita.

1.0 Pendahuluan

Akhir-akhir ini wujud satu trend baharu iaitu kita disogokkan dengan filem yang berunsur seram,
tahyul dan ganas. Perkara ini sudah tentu akan mendatangkan impak yang negatif terhadap
remaja dan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, golongan yang suka menonton filem yang
 bercorak sedemikian ialah golongan remaja dan kanak-kanak. Mereka mudah dipengaruhi oleh
unsur-unsur seram, tahyul dan ganas yang terdapat dalam adegan filem tersebut. Kerjasama dan
 perhatian daripada pihak atau agensi yang bertanggungjawab amat penting untuk menangani
 permasalahan ini.

2.0 Penyataan Masalah

Berhubung dengan masalah di atas, kami sebagai ibu bapa yang prihatin daripada Pertubuhan
Pencinta Seni ingin melahirkan rasa kebimbangan kami ini agar mendapat perhatian dan
 pertimbangan yang wajar daripada pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian,
Kebudayaan dan Warisan. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana kesannya akan
mempengaruhi remaja yang akan menjadi pemimpin negara kita pada masa akan datang. Salah
satu punca yang dikenal pasti menyebabkan remaja menggemari filem yang bercorak sedemikian
ialah filem itu berupaya untuk menghiburkan dan memberikan kepuasan kepada mereka yang
menontonnya.

3.0 Bantahan Terhadap Perkara Tersebut

3.1 Mempengaruhi emosi remaja


Kami, ahli-ahli Pertubuhan Pencinta Seni bersepakat dan bersatu hati ingin menyatakan
 bantahan kami terhadap filem-filem yang bercorak seram, tahyul dan ganas yang sering disiarkan
di pawagam dan di televisyen. Perkara ini tentunya akan mempengaruhi emosi remaja yang
 belum matang. Emosi mereka akan terganggu dan menyebabkan masalah ketidakstabilan emosi
akibat pengaruh filem tersebut.

3.2 Menjejaskan akidah dan kepercayaan

Filem-filem yang bercorak sedemikian juga boleh menjejaskan akidah dan kepercayaan
mereka terhadap agama. Kemungkinannya mereka akan mempercayai unsur-unsur yang terdapat
dalam filem itu melebihi kepercayaan mereka terhadap Allah. Perkara ini akan menghakis
keimanan dan kepercayaan mereka terhadap keesaan Tuhan. Kesan seterusnya, pegangan mereka
terhadap agama akan menjadi longgar dan mereka mungkin mempercayai kuasa lain yang
melebihi kekuasaan Allah.

3.3 Tidak menyumbang ke arah kemajuan

Unsur-unsur daripada filem yang bercorak sedemikian yang ditonton oleh remaja terutamanya
tidak menyumbang ke arah kemajuan. Hal ini demikian kerana, pengaruh daripada filem itu tidak 
mendatangkan kesan atau impak yang baik untuk dicontohi, malahan mereka lebih cenderung
untuk mencuba perkara yang negatif. Mereka akan percaya dan menyebabkan mereka leka
dengan unsur-unsur yang terkandung dalam filem tersebut. Seterusnya, perkara ini mengundang
 bahaya kerana mereka mempercayai perkara-perkara mistik dan keganasan dalam kehidupan
seharian.

3.4 Melahirkan masyarakat yang ganas dan mempercayai kepercayaan karut

Pengaruh daripada filem itu berupaya atau berpotensi untuk membentuk masyarakat yang
ganas dan mempercayai kepercayaan karut. Hal ini demikian kerana, para remaja mudah
terpengaruh oleh unsur-unsur yang terdapat dalam filem-filem tersebut. Mereka yang masih
 belum matang akan meniru aksi, gaya, atau perlakuan pelakon-pelakon filem tersebut. Gaya atau
aksi ganas dalam filem itu akan diaplikasikan terhadap rakan-rakan di sekolah. Seterusnya
 perkara ini akan berakar umbi dalam hati dan jiwa mereka hinggalah mereka dewasa.

4.0 Cadangan Tindakan

4.1 Mengenakan Syarat Tapisan yang Ketat

Dengan berdasarkan impak negatif yang banyak daripada filem-filem tersebut, kami
menyarankan pihak kementerian mengenakan syarat tapisan yang ketat terhadap produser filem.
Perkara ini dapat menghalang impak negatif tersebut daripada menular dalam jiwa para remaja
yang menontonnya. Pihak kementerian perlu menyediakan garis panduan yang perlu dipatuhi
oleh pihak pengeluar filem agar tidak menjejaskan emosi dan kepercayaan remaja. Syarat tapisan
yang ketat itu perlulah dikaji terlebih dahulu dan mendapatkan pandangan daripada pelbagai
 pihak yang berkaitan dengan filem.

4.2 Mengenakan denda atau hukuman yang berat

Kami mencadangkan pihak kementerian mengenakan denda atau hukuman yang berat
kepada pengeluar filem yang gagal mematuhi garis panduan tersebut. Hal ini dirasakan penting
untuk mengelakkan para remaja kita daripada impak negatif filem-filem tersebut. Denda dan
hukuman yang berat itu sekurang-kurangnya akan menakutkan pengeluar filem yang lain untuk 
melanggar garis panduan yang telah ditetapkan itu. Sebagai contohnya, pengeluar filem yang
melanggar peraturan yang ditetapkan boleh dikenakan hukuman penjara mandatori agar dia tidak 
dapat mengeluarkan filem yang sama.

5.0 Penutup

Sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang prihatin, kami perlu mencegah perkara ini
daripada menjadi lebih serius. Perkara ini penting kerana filem seram dan ganas itu memberikan
impak yang besar dalam pembentukan sahsiah, nilai-nilai murni dan jati diri para remaja. Oleh
itu, kami menggesa semua pihak yang bertanggungjawab agar mempertimbangkan permasalahan
ini dan bertindak dengan tegas terhadap pengeluar filem yang tidak mematuhi spesifikasi yang
telah digariskan. Unsur-unsur seram, tahyul, dan ganas yang berlebihan perlulah ditapis terlebih
dahulu oleh agensi yang bertanggungjawab dalam penapisan filem ini.

 _____Mohamad Haziq____ Tarikh : 20 Januari 2012

(MOHD HAZIQ SYAKIR)

Pengerusi Pertubuhan Pencinta Seni

Teluk Intan, Perak 

Karangan STPM dan SPM - Isu Pencemaran Bahasa

Soalan: Masalah pencemaran bahasa semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat pada
masa ini. Keadaan ini menyukarkan hasrat kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu.
Huraikan langkah untuk menangani masalah pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat di
negara kita.

Pencemaran bahasa merangkumi kesalahan bahasa dan aspek tatabahasa, struktur ayat,
ejaan, istilah, penggunaan bahasa rojak dan sebagainya. Dalam era millenium yang rancak 
dengan pembangunan dan modenisasi kini, penggunaan bahasa Melayu yang betul dan gramatis
hanya dipandang enteng oleh masyarakat. Bahasa yang dahulunya menjadi „lingua franca‟ kini
kian hilang martabatnya apabila penggunaannya yang membabi buta tidak dikenakan tindakan.
Hal ini akan menyebabkan bahasa Melayu menjadi satu bahasa yang rendah martabatnya kerana
 bangsa yang menggunakan bahasa itu sendiri tidak mempunyai inisiatif untuk memperkasakan
 bahasa Melayu. Oleh itu, pihak yang berkenaan perlulah mengambil langkah yang proaktif dan
efisien agar nilai dan martabat bahasa Melayu dapat dikekalkan.

Salah satu langkah untuk membendung masalah penemaran bahasa ialah peranan pihak 
sekolah. Di peringkat sekolah, para pelajar sering didedahkan dengan pelbagai kesalahan bahasa
oleh guru-guru Bahasa Melayu. Apabila para pelajar melakukan kesalahan dalam berbahasa,
guru hendaklah menegur dan membetulkan kesalahan mereka. Biarkan mereka belajar daripada
kesalahan mereka sendiri agar kesalahan tersebut tidak akan diulang lagi. Selain itu, pihak 
sekolah juga perlu menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahasa. Sebagai
contohnya, pihak sekolah mengadakan bulan bahasa yang diisi dengan pelbagai aktiviti dan
 pertandingan seperti pidato, syarahan, kuiz bahasa dan aktiviti lain yang sesuai. Dengan
 penyertaan oleh para pelajar, secara tidak langsung mereka belajar tentang bahasa yang betul,
 bak kata pepatah “Sambil menyelam minum air”

Selain itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran untuk memartabatkan bahasa
Melayu. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang gramatis
di samping mengembalikan martabat bahasa Melayu khususnya dalam kalangan masyarakat
majmuk di Malaysia. Kempen ini boleh dilancarkan melalui media massa kerana media massa
merupakan satu komponen yang paling mudah untuk menyebarkan informasi. Dengan kerjasama
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan badan bukan kerajaan (NGO), kempen ini dapat
dijalankan dengan lancar. Dengan kewujudan kempen ini, diharapkan masalah pencemaran
 bahasa kalangan masyarakat dapat dielakkan.

Pihak kerajaan juga perlu mewajibkan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan
 bahasa yang gramatis dalam segala urusan rasmi organisasi sama ada lisan mahupun tulisan. Hal
ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai penggunaan bahasa yang gramatis dalam sektor 
kerajaan. Dengan mengimplimentasikan langkah ini, semua pegawai dan kakitangan
kerajaanakan menggunakan bahasa yang betul setiap kali ingin menulis data, surat ataupun
melakukan pembentangan. Perkara ini jika dibiasakan akan menjadi amalan, sesuai dengan
 peribahasa Melayu, “Alah bisa tegal biasa”. Dengan cara ini, masalah pencemaran bahasa dapat
diminimumkan.

Pencemaran bahasa yang sering kita lihat adalah di papan-papan tanda. Pihak kerajaan perlu
mewajibkan penggunaan bahasa yang gramatis bagi papan-papan tanda. Hal ini perlu dipandang
serius kerana bahasa menunjukkan bangsa. Jika pelancong asing datang ke negara kita, mereka
akan terpengaruh oleh penggunaan-penggunaan bahasa yang salah, seterusnyamasalah
 pencemaran bahasa menjadi lebih serius. Oleh itu, papan-papan tanda yang ingin dibuat perlulah
mendapat kelulusan bahasa daripada pakar-pakar bahasa Melayu. Dengan ini, isu pencemaran
 bahasa dalam kalangan masyarakat akan dapat dibendung. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa
Melayu, “Mencegah lebih baik daripada merawat”.
Di samping itu, peranan ibu bapa juga penting dalam memperkasakan usaha mengatasi masalah
 pencemaran bahasa. Ibu bapa perlu membudayakan anak-anak me reka dengan budaya membaca
sejak mereka kecil lagi. Hal ini mempengaruhi minat dan cara anak-anak menulis ayat dan
 bercakap. Dalam era dunia tanpa sempadan ini, anak-anak akan te rdedah kepada pelbagai
 perkataan dan istilah yang kurang baik dan digunakan sebagai bahasa percakapan harian mereka.
Hal ini langsung tidak mendatangkan maslahat kepada anak-anak, ibu bapa, mahupun negara
malahan semakin memburukkan keadaan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu menyediakan
 pelbagai bahan bacaan yang berbentuk ilmiah di rumah di samping menekankan aspek -aspek 
 penggunaan bahasa dengan betul kepada anak-anak sejak kecil kerana hendak melentur buluh
 biarlah dari rebungnya.

Sebagai kesimpulannya, semua pihak yang berkenaan perlu bekerjasama untuk menjalankan
langkah yang pragmatik bagi menangani masalah pencemaran bahasa. Usaha yang berterusan
dan efisien akan menyebabkan bahasa yang telah diangkat martabatnya sebagai bahasa
kebangsaan ini semakin dihormati dan penggunaannya dapat dibaiki dari semasa ke semasa. Jika
tiada prakarsa daripada mana-mana pihak, maka pupuslah bahasa dan lenyaplah bangsa.
Langkah untuk memprioritikan bahasa Melayu ini dilakukan agar generasi akan datang dapat
merasakan keaslian dan ketulenan bahasa ibunda mereka yang selama ini diperjuangkan agar tak 
lapuk dek hujan, dan tak lekang dek panas.

KARANGAN LENGKAP

Walaupun di negara yang maju dalam sektor pertanian, seperti Belanda, dan New Zealand,
kajian bioteknologi telah berkembang pesat tetapi di negara ini bidang bioteknologi masih
 baharu dan memerlukan penekanan yang lebih. Bidang kajian ini ialah suatu bidang sains yan g
menggunakan bahan kajian bioteknologi untuk dimanfaatkan dalam pengeluaran industri.
Sebagai contoh, penghasilan ubat-ubatan berasaskan hasil keluaran pertanian ialah daripada
kajian dan penyelidikan dalam bidang bioteknologi. Memandangkan pertanian merupakan suatu
 bidang yang telah sekian lama kita usahakan maka peningkatan kajian bioteknologi memang
 bermanfaat bagi negara kita.

Sumbangan kajian bioteknologi yang paling asas ialah penemuan baka ternakan dan benih
tanaman yang lebih bermutu dan tahan rintang, yang dapat menghasilkan pengeluaran dengan
lebih banyak, cepat, dan berkualiti tinggi. Banyak contoh yang dapat kita kemukakan dalam hal
ini, misalnya hasil kacukan biri-biri Australia dengan kambing tempatan, h asil kacukan lembu
tempatan dengan baka lembu dari New Zealand, dan penemuan benih limau dan belimbing
madu, buah duku langsat serta buah-buahan yang lain. Penemuan baka dan benih baharu yang
lebih baik membawa harapan yang cerah kepada pengusaha sektor pertanian untuk melibatkan
diri dengan lebih aktif dalam kegiatan ini. Perkembangan yang menggalakkan dalam sektor 
 pertanian di negara ini akan dapat mengurangkan jumlah import bekalan makanan.
Hasil kajian bidang bioteknologi juga dapat membantu kita menemukan produk-produk baharu
 bagi sesuatu hasil pertanian. Kalau hasil daripada kelapa sawit dapat kita keluarkab produk 
seperti minyak, susu, lilin, mentega, dan vitamin E, maka tidak mustahil hasil-hasil pertanian lain
 juga dapat kita manfaatkan untuk menghasilkan produk akhir yang mempunyai nilai komersil
yang tinggi. Dalam konteks ini, masih banyak lagi bahan pertanian did negara kita yang belum
lagi kita kaji dengan mendalam, khususnya tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan.
Banyak pokok herba yang tumbuh liar di hutan di negara ini dipercayai boleh dijadikan asas
rawatan sesuatu penyakit jika diproses secara saintifik. Penemuan p roduk baharu yang bernilai
akan memberikan satu dimensi baharu kepada ekonomi negara kita.

Selain itu, teknik penanaman moden juga dapat dihasilkan melalui kajian bioteknologi. Kaedah
hidroponik dan earoponik misalnya tidak lagi asing kepada kita, sebaliknya kaedah ini sudah
dimanfaatkan dengan agak meluas dalam kalangan petani moden di negara ini. Kaedah ini dapat
menjimatkan penggunaan tanah dan hasilnya pula bermutu. Pada masa ini, satu lagi teknik 
 pertanian yang terkini telah kita import dari Belanda. Teknik itu dinamakan teknik fertigasi dan
teknik ini telah pun digunakan dengan jayanya dalam penanaman rock melon. Dengan
menggunakan teknik ini, saiz dan kemanisan buah dapat dikawal melalui bekalan nutrien yang
disediakn untuk tanaman. Teknik penanaman ini hanya memerlukan plastik yang dibubuh
dengan air serta baja disamping penyiraman tanaman sebanyak 2 hingga 3 jam sehari. Buah-
 buahan musim sejuk dapat ditanam dengan menggunakan teknik ini.

Baja, racun makhluk perosak, hormon dan ubat-ubatan tidak dapat kita nafikan kepentingannya
dalam kegiatan pertanian. Pokok memerlukan baja dan racun makhluk perosak untuk tumbuh
subur, manakala haiwan ternakan pula memerlukan hormon dan ubat-ubatan untuk membesar.
Semuanya ini dapat dipenuhi dengan jayanya jika kita memanfaatkan kajian bidang bioteknologi.
Bidang kajian bioteknologi dapat mengenal pasti nutrien yang diperlukan khusus oleh sesuatu
tanaman, begitu juga dengan cara mengelakkannya daripada dimusnahkan oleh serangga
 perosak. Demikian juga dengan pengawalan tumbesaran haiwan. Pemakanan dan perawatan
khusus dapat dikenal pasti melalui kajian bidang bioteknologi.

Satu lagi sumbangan yang tidak dapat dikesampingkan ialah teknologi pemprosesan hasil
 pertanian. Hasil mentah pertanian mungkin tidak mempunyai nilai yang menguntungkan, tetapi
dengan ciptaan teknologi tertentu, bahan tersebut dapat diproses tanpa menjejaskan mutunya atau
dijadikan produk hiliran yang mempunyai nilai komersil. Sebagai contoh, buah pisang jika tidak 
diproses dan dibungkus dengan menggunakan bahan kimia tertentu, akan cepat masak dan
 busuk. Tetapi, dengan kajian yang dijalankan, pisang dapat dibungkus den gan kaedah tertentu
dan tempoh masaknya lebih lambat. Selain itu, pisang juga dapat diproses menjadi produk lain,
seperti kek, dan perasa aiskrim.

Kerajaan kini memang jelas cuba mengubah perhatian masyarakat agar tidak lagi memandang
rendah terhadap sektor pertanian. Pendedahan yang berkaitan dengan usaha kerajaan itu secara
meluas membuktikan hal tersebut. Usaha tersebut memberikan nafas baharu kepada pengusaha
sektor pertanian dan diharap kita dapat mengembalikan peranan sektor ini sebagaimana dahulu.
Dengan demikian, usaha kerajaan itu perlu diberikan sokongan. Ini disebabkan negara kita
memang pada asasnya ialah sebuah negara pertanian. Jika kita berjaya dalam bidang
 bioteknologi, bermakna masa hadapan kita bukan sahaja cerah dalam sektor pertanian malah
 juga dalam sektor hilirannya.

Karangan 1Murid 1Sukan

Soalan Contoh

Program 1Murid 1Sukan yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran banyak 
memberikan manfaat kepada murid. Huraikan manfaat tersebut kepada murid.

Rangka Karangan

Pendahuluan

- Program 1Murid 1Sukan - pembangunan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar 


 penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah

Isi

i. Aktiviti sukan dapat mengisi masa lapang murid secara berfaedah - mengelakkan gejala negatif 

ii. Murid yang menceburkan diri secara serius dalam bidang sukan dapat mengharumkan nama
sekolah dan negara

iii. Mewujudkan budaya yang sihat - suka bersukan untuk kesihatan

iv. Menggalakkan penyertaan murid dalam sukan - setiap murid berpeluang

v. Memupuk semangat kesukanan dan perpaduan kaum

Penutup

- Program ini banyak manfaatnya - perlu disokong oleh semua pihak 

Karangan Contoh

Dasar 1Murid 1Sukan yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun
2011 banyak mendatangkan manfaat kepada murid. Dasar ini memang penting untuk program
 pembangunan sukan di sekolah-sekolah. Dasar 1Murid 1Sukan menjadi serampang dua mata
 bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah iaitu melahirkan pelajar yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dasar ini dikatakan berupaya untuk meningkatkan
kadar penglibatan dan penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.
Oleh itu, pelbagai manfaat tersebut akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam perbincangan di
 bawah ini.

Antara manfaat dasar 1Murid 1Sukan ini ialah aktiviti sukan tersebut dapat mengisi masa lapang
murid secara berfaedah. Selain itu, dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan, mereka dapat
mengelakkan gejala negatif daripada mempengaruhi mereka. Hal ini demikian kerana,
kebanyakan murid yang terlibat dalam aktiviti yang kurang sihat selalunya dikaitkan dengan
tindakan mereka yang suka membuang masa dengan sia-sia tanpa melakukan sesuatu aktiviti
yang bermanfaat kepada mereka.

Dasar ini membolehkan murid yang menceburkan diri secara serius dalam bidang sukan itu,
dapat mengharumkan nama sekolah dan negara. Mereka dapat menyumbangkan bakat dan
kemahiran mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara tertentu dalam bidang sukan ini
kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Sebagai contohnya, mereka
 boleh menjadi pemain bola sepak, hoki, badminton, squash, dan sebagainya. Dengan cara itu,
mereka dapat menunjukkan bakat mereka itu dan berlatih dengan gigih untuk mencapai
kemenangan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan negara.

Manfaat lain program ini dapat mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan murid sekolah.
Seterusnya, murid-murid yang sihat ini menjadikan mereka cerdas dalam pelajaran. Perkara ini
akan turut menyuburkan budaya suka bersukan untuk kesihatan dalam kalangan murid sekolah.
Dengan badan yang sihat, murid-murid akan mudah untuk menerima pelajaran dan seterusnya
mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Hal ini demikian kerana, otak yang cerdas itu
ada pada badan yang sihat.

Seterusnya, dasar ini berupaya untuk menggalakkan penyertaan murid dalam sukan. Hal ini
demikian kerana, setiap murid berpeluang untuk melibatkan diri dalam bidang permainan atau
sukan yang diminati oleh mereka. Selain itu, perkara ini menunjukkan bahawa tidak ada murid
yang tidak berpeluang atau dipinggirkan daripada melibatkan diri dalam permainan atau sukan
yang diminatinya. Jadi, pihak sekolah perlu membuat perancangan sistematik, memaksimumkan
 penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran yang sedia ada dan mewujudkan kerjasama
dengan agensi berkaitan dengan sukan.

Melalui dasar ini, usaha kerajaan untuk memupuk semangat kesukanan dan perpaduan kaum
akan menjadi lebih mudah. Dengan melibatkan diri dalam sukan atau permainan tertentu, murid-
murid akan mempelajari dan menghayati semangat kesukaan semasa dalam permainan. Selain
itu, murid-murid turut berpeluang untuk bergaul dengan murid yang berbilang kaum. Seterusnya,
 perkara ini akan membantu kerajaan untuk meningkatkan perpaduan kaum di neg ara ini.

Jelaslah di sini bahawa dasar 1Murid 1Sukan ini merupakan satu tranformasi baharu dalam
sistem pendidikan yang banyak manfaatnya. Oleh itu, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat
 perlu memahami dan menyokong usaha murni kerajaan ini. Sekiranya usaha ini tidak digerakkan
dengan betul dan sempurna, sudah tentu hasrat murni tersebut tidak akan tercapai. Jadi, semua
 pihak perlu bekerjasama dalam hal ini, ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat. Dengan usaha yang bersepadu itu, kita berharap lebih banyak ahli sukan yang bertaraf 
dunia akan dilahirkan pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai