Anda di halaman 1dari 4

Media sosial ini dikira sebagai satu lagi bentuk teknologi yang sangat popular

dan digunakan hampir semua penduduk dimuka bumi ini bagi tujuan berinteraksi
atau berhubung diantara satu sama lain. Sebahagian besar teknologi yang
digambarkan sebagai "media baru" adalah digital, seringkali memiliki ciri dapat
dimanipulasi, bersifat jaringan, padat, mampat, interaktif dan tidak memihak.
Beberapa contoh media sosial adalah seperti internet, blog, website, facebook,
Youtube dan sebagainya.

Memang tidak dapat boleh dinafikan bahawa, media sosial ini mempunyai
pengaruh yang besar kepada orang ramai dari pelbagai perspektif kerana ia telah
menjadi sebahagian hidup orang ramai terutamanya media sosial
seperti Facebook. Pada masa ini, penggunaan media sosial iaitu laman sosial
melalui internet amat popular di Malaysia. Media sosial seperti "Facebook",
"Instagram", "My Space", "Frienster", dan sebagainya mendapat perhatian
masyarakat di negara ini. Penggunaannya yang mudah serta senang diakses oleh
masyarakat telah menyenangkan kehidupan rakyat dengan menjimatkan masa
dan tenaga mereka. Sebagai contoh, kini kita boleh
mengakses Facebook atau Twitter di mana-mana sahaja dan bila-bila masa
sahaja hanya dengan menggunakan sebuah mobile phone. Media sosial ini
mengakibatkan terjadinya fenomena besar terhadap arus maklumat tidak hanya
di negara-negara maju, tetapi juga di dalam negara kita iaitu mulai dari daerah
terpencil hingga berada di tengah-tengah bandar, baik dari golongan rendah
hingga golongan atasan tanpa mengira usia dan kaum. Semua rakyat
mendapatkan pelbagai maklumat dengan lebih mudah dan cepat.

Pada pendapat saya, perkembangan media sosial ini telah mengubah


lanskap cara kita berkomunikasi, berkongsi pandangan dan kritikan, berniaga,
belajar dan seterusnya cara kita bersosial. Melalui penggunaan media sosial
seperti Wechat, kita dapat mengenali pelbagai orang dari latar belakang yang
berbeza di seluruh dunia dan seterusnya dapat mengeratkan hubungan antara satu
sama lain. Kita boleh memahami budaya mereka yang berbeza dan seterusnya
dapat saling berkongsi budaya masing-masing dengan mereka. Media sosial
seperti Facebook juga boleh membantu kita untuk mencari kenalan lama kita,
iaitu hubungan yang telah lama terputus juga dapat dieratkan semula. Sebagai
contoh, apabila seseorang itu yang terputus hubungan dengan rakan sebaya
sejak tamat pengajian di sekolah , mereka boleh mencari semula rakan sebaya
mereka melalui saluran media sosial ini di mana ia dapat digunakan sebagai suatu
medium utama untuk mencari kenalan lama yang telah terputus. Mereka dapat
mengetahui kerjaya yang telah diceburi oleh rakan dan dapat berinterasi antara
satu sama lain. Gambar yang telah diletakkan di dalam profil juga boleh dilihat
dan dikomen oleh semua rakan. Mereka juga dapat menyampaikan maklumat
seperti mengadakan satu perjumpaan di sesuatu tempat dengan mengumpulkan
guru-guru dan rakan-rakan. Perkara ini menjadi mudah kerana dapat
menjimatkan masa dan tenaga dengan cara menggunakan kemudahan yang sedia
ada. Jadi, jelaslah bahawa media sosial ini dapat membantu kita mengeratkan
hubungan kita dengan rakan kita.

Walaupun media sosial mampu membolehkan kita mendapat kenalan baru,


tetapi kita juga perlu berhati-hati dengan kenalan di dalam media sosial kerana
banyak kes penipuan atau pemalsuan boleh berlaku juga dalam media sosial
terutamanyaFacebook. Kes penipuan sering berlaku disebabkan oleh mereka
yang baru dikenalinya melalui laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut
semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut. Sebagai
contohnya, keadaan ini boleh berlaku apabila kenalan baru dalam saluran media
sosial akan menggunakan pelbagai alasan untuk mengajak anda keluar dan
membuat temu janji dengan menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya,
kebanyakan remaja terutamanya golongan perempuan tersebut akan pergi ke
tempat yang telah dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun demikian, setibanya
di tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman sosial itu, mereka mungkin ditipu
dan ada juga yang telah menjadi mangsa rogol. Oleh itu, selain mendapat kenalan
baru, kita juga perlu berhati-hati dengan kenalan baru tersebut sedangkan kita
masih belum mengenali mereka dengan jelas.

Di samping itu, media sosial juga memainkan peranan yang penting dalam
menyampaikan pelbagai maklumat yang terkini kepada rakyat dalam
mendapatkan sesuatu info terkini dengan cepat dan pantas. Rakyat boleh
mendapatkan maklumat dengan hanya melayari media sosial seperti
berita online dan Youtube. Sebagai contohnya, rakyat dapat menjejaki
perkembangan berita terkini tentang kehilangan MH370 itu dengan hanya
melalui media sosial seperti laman web Utusan Melayu, Berita Harian dan
sebagainya. Ini dapat menjimatkan masa mereka untuk menunggu media cetak
seperti surat khabar untuk mendapatkan berita terkini itu. Mereka juga dapat
menjimatkan tenaga mereka supaya tidak perlu pergi ke tempat kejadian untuk
mendapatkan berita tersebut. Mereka boleh mengikuti perkembangan pada bila-
bila masa tanpa kira di mana melalui media sosial sedangkan media sosial ini
akan selalu mengemaskinikan maklumat terbaru kepada rakyat.
Kita juga boleh mengadakan perbincangan ilmiah dan berkongsi maklumat
dan pandangan kita dilakukan melalui ruangan e-didik antara pensyarah dan
pelajar. Kita juga boleh mengeluarkan pendapat kita dan komen kita terhadap
sesuatu isu tersebut. Inilah kebaikan yang dibawa melalui kebebasan siber yang
diamalkan melalui Rang Undang-Undang Multimedia Superkoridor dan Akta
Komunikasi dan Multimedia yang menjamin kepada kebebasan berkenaan.
Namun begitu, kebebasan ini juga boleh mendatangkan keburukannya. Apabila
kebebasan siber diamalkan, pelbagai maklumat yang tidak baik dan subversif
beredar dalam ruang media sosial seperti maklumat lucah, perkauman,
penghinaan agama, dan ancaman keselamatan. Sebagai contohnya, kes tentang
kenyataan menghina negara atau simbol negara terutama ke atas Yang di-Pertuan
Agong dalam Facebook menjadi buah mulut dalam khalayak. Kejadian sebegini
seharusnya tidak berlaku di dalam negara yang menuju kemajuan seperti
Malaysia. Perlembagaan negara dan simbol negara yang jelas dinyatakan dalam
Rukun Negara haruslah dihormati. Tiada negara yang mahukan simbol negaranya
untuk terus dihina. Keadaan Ini memerlukan pihak kerajaan dan berkuasa seperti
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, polis dan Cyber Security bertindak
untuk menghadapi ancaman berkenaan.

Namun demikian, media sosial telah menyebabkan masyarakat kini


menjadi anti-sosial kerana mereka hanya bermain dengan telefon bimbit yang
canggih tersebut. Seterusnya hanya berkomunikasi dengan seseorang melalui
media tersebut. Dengan ini, penglibatan interaksi antara satu sama lain kian
berjauhan kerana manusia pada masa kini lebih bergantung pada media sosial.
Oleh itu, boleh dilihatkan bahawa cara bersosial antara satu sama lain kian
menurun kerana manusia kini tidak pandai berkomunikasi dengan seseorang
dengan cara yang efektif. Cabaran yang dihadapi oleh mereka pada masa
sekarang adalah berhadapan dengan alat-alat elektronik seperti smart phone,
ipad dan sebagainya. Selain itu, situasi ini boleh dilihat dengan lebih ketara
adalah ketika seseorang manaiki bus ataupun di dalam tren KTM. Selain negara
kami mengamalkan amalan ini, negara lain juga sebegitu.

Kesimpulannya, penggunaan media sosial boleh memberikan kesan


terhadap corak kehidupan masyarakat di Malaysia di mana ia mempunyai dua
segi pengaruh terhadap perubahan masyarakat yang akan ditimbulkan iaitu segi
positif dan segi negatif. Media sosial ini akan mempengaruhi perilaku dan cara
berfikir manusia di kehidupan sosialnya dari pelbagai perspektif dan perubahan
sosial secara meluas terutamanya dalam budaya hidup. Oleh itu, sebagai rakyat
yang bertanggungjawab, kita perlu menggunakan media sosial ini sebaiknya agar
media sosial ini tidak menjadi salah satu masalah kepada negara. Sebagai
seorang yang berpelajaran pula, kita juga perlu bijak menilai mana baik dan buruk
dalam sesuatu perkara. Masyarakat juga perlu mempunyai disiplin dan ketahanan
diri bagi mengubah corak hidup dengan menggunakan laman sosial itu untuk
kegunaan yang baik dan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bagi meningkatkan
kecekapan minda masyarakat supaya menjadi minda kelas pertama. Masyarakat
juga perlu memastikan penggunaan teknologi ini dapat diseimbangkan tanpa
berlaku pengeksploitasian dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.

Tuailah padi antara masak,


Esok jangan layu –layuan,
Intailah saya antara Nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Anda mungkin juga menyukai