Anda di halaman 1dari 20

PENGENALAN

Ingatkah anda bagaimana sulitnya untuk berhubung dengan orang lain di luar kota, luar pulau,

atau luar negeri 20 tahun lalu? Tarif telefon yang masih mahal atau surat yang memerlukan waktu yang

lama dalam pengiriman kepada keluarga yang terpisah jauh? Namun perkembangan teknologi yang

pesat membuat perhubungan dengan orang lain meskipun terpisah ribuan kilometer dan zon waktu

yang berbeza pun menjadi semudah di hujung jari anda.

Ya, media sosial adalah salah satu perkembangan teknologi yang memiliki jaringan besar dalam

memberikan kemudahan bagi manusia untuk berkomunikasi dan bersosial. Dengan era Friendster dan

Myspace, era Facebook dan Twitter serta yang terbaru Google Plus, media ini banyak memberi

perubahan kepada manusia dalam bersosial. Ini sesuai dengan tujuan awal mengapa media sosial dibuat

iaitu memungkinkan kita untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain di seluruh dunia

untuk mencari kawan baru, pasangan hidup, peluang perniagaan bahkan berpolitik.

Ketika ini, ada 7 jenis media sosial. Meskipun begitu, inovasi-inovasi dan perubahan-perubahan

terus berlanjutan.

1. Jaringan Sosial: website yang memberi fasiliti kepada penggunanya untuk membangun

halaman web peribadi dan kemudian terhubung dengan teman-temannya untuk berkongsi

kandungan dan komunikasi. Contohnya: MySpace, Facebook, Tagged dan lain-lain lagi.

2. Blog: merupakan bentuk terbaik dari media sosial, berupa jurnal online, dengan pemuatan

tulisan (posting) terbalik, iaitu tulisan terbaru ada di halaman terdepan.


3. Wikis: website yang membolehkan sesiapa saja untuk mengisi atau mengedit informasi di

dalamnya, berlaku sebagai sebuah dokumen atau database komunal. Misalnya Wikipedia.

4. Podcasts: berupa file-file audio dan video yang tersedia atau dapat diakses dengan cara

langganan (subscribe) email, melalui Apple iTunes.

5. Forum: sebuah ruang untuk perbincangan secara ‘online’, membahas topik dan minat

tertentu. Forum sudah ada jauh sebelum media sosial popular, dan menjadi elemen yang kuat

dan popular dalam kalangan komuniti online.

6. Komuniti Kandungan: komuniti yang mengorganisasikan dan berkongsi kandungan jenis

tertentu. Misalnya: Flickr untuk foto-foto, YouTube untuk video, SlideShare untuk

pembentangan, del.icio.us untuk link bookmark, dll.

7. Mikroblogging: laman jaringan sosial di kombinasi blog, yang memberikan fasiliti bagi

penggunanya untuk mengirimkan update secara online melalui SMS, pesanan segera, e-mel

atau aplikasi. Contohnya Twitter.

Mengapa perlu sesebuah organisasi melibatkan diri dengan penggunaan media sosial?

 untuk berkomunikasi dan mendapatkan input daripada audiens sedia ada

 untuk meningkatkan kesedaran kepada sesuatu isu yang berkaitan dengan organisasi

 untuk mendapatkan audiens baru dan meningkatkan penglibatan masyarakat

 untuk meningkatkan penyertaan di dalam sesuatu acara


 untuk mendapatkan bantuan dana daripada segi sumbangan dan derma

Trend Media Sosial

Data trend media sosial berdasarkan Google Trend di atas membuktikan perkembangan media

sosial yang tidak boleh dianggap remeh. Pengaruh kebaikan dan keburukan media sosial terhadap

hubungan dan interaksi sosial:

Kebaikan Media Sosial

Media Sosial mampu mengunjurkan kebaikan jika diselia dengan cara dan kaedah yang betul.

Dengan adanya media sosial ini jaringan rakyat di seluruh negara semakin luas. Penggunaan media

sosial ini digunakan setiap lapisan masyarakat termasuklah ahli korporat dan tokoh-tokoh yang terkenal

di Malaysia.

Penggunaannya juga boleh membantu mencari kenalan lama yang telah lama hilang, malah

pengguna juga boleh menambah kenalan baru. Hubungan persahabatan antara teman-teman sama ada

di sekolah, universiti, kolej ataupun di tempat kerja akan lebih erat. Ada juga individu yang

menggunakan media sosial untuk mencari pengaruh, menambah kenalan dari serata ceruk dunia,

mengiklankan perniagaan, membuka kelab peminat, berkomunikasi dan berkongsi maklumat.

Ia juga menjadi tempat untuk memajukan empayar perniagaan di seluruh dunia. Penggunaan

Bahasa Inggeris juga memudahkan hubungan komunikasi antara rakan di seluruh dunia. ia juga dapat

meningkatkan kemahiran dalam Fasih Berbahasa Inggeris (FBI).


Media sosial juga menjadikan ia sebagai satu medium menambahkan ilmu pengetahuan (e-

Learning). Diguna untuk persediaan dan latih-tubi peperiksaan dan berkongsi nota dengan meluas dan

pantas (Score-A). Perkongsian ilmu di media sosial akan menjadikan lebih banyak rujukkan.

Keburukan Media Sosial

Antara keburukan yang paling ketara ialah pembaziran masa. Ia akan berlaku sekiranya

seseorang pengguna leka dan lalai seperti asyik bermain ‘game’ atau berbual bersama rakan. Media

sosial juga digunakan sebagai penghantar maklumat yang salah dan disebarkan kepada semua

pengguna media sosial untuk menjatuhkan maruah seseorang seperti penggunaan kod sumber palsu dan

tempat penyebaran fitnah.

Usaha menjatuhkan seseorang melalui media sosial sebenarnya menunjukkan kelemahan dan

ketidakberanian seseorang. Ia sebenarnya menjatuhkan maruah diri sendiri bukannya maruah orang

yang difitnah itu. Kebenarannya tetap akan berpihak kepada yang benar dan kebenaran itu akan

diketahui orang juga suatu hari nanti. Jadikan perbuatan mereka ini sebagai iktibar, kebebasan menulis

yang diberi bukan lesen kepada kita untuk menghina agama, kaum dan individu.

Sensitiviti perlu dijaga dan yang penting sekali pastikan akal menguasai nafsu sebelum menulis,

bukannya nafsu menguasai akal. Ingat segala yang ditulis di media sosial tetap akan dipantau oleh

pihak berkuasa jadi berfikirlah dua kali sebelum anda semua melepaskan marah atau pendapat anda di

media sosial.

Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui Internet amat popular di Malaysia. Laman

sosial seperti “Facebook”, “MySpace”, “Friendster”, dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di
negara ini. Penggunaannya yang mudah serta senang diakses oleh masyarakat merupakan antara

kelebihannya. Terdapat sesetengah anggota masyarakat di Malaysia yang telah menjadikan penggunaan

laman sosial di Internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka.

Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat menarik

perhatian masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung, penggunaan laman sosial ini memberikan

kesan terhadap gaya hidup masyarakat di Malaysia.

Penggunaan laman sosial seperti “Facebook” yang meluas dalam kalangan masyarakat boleh

menyebabkan fitnah dan mudah disebarkan kepada semua pengguna laman sosial tersebut. Sebagai

contohnya, negara kita pernah digemparkan dengan satu berita perceraian yang berlaku dalam akaun

Facebook.

Hal ini telah mendapat kritikan daripada majoriti rakyat Malaysia yang menyifatkan bahawa

perbuatan sedemikian amat memalukan kita kerana telah mencemarkan keluhuran peribadi sebagai

penganut agama Islam.

Selain itu, implikasi seperti itu telah menyebabkan segelintir pengguna aplikasi tersebut yang

tidak bertanggungjawab dan mencetuskan kontroversi di alam maya, sehingga mengaibkan seseorang.

Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial akan menghakis semangat persaudaraan serta mencemarkan

kedaulatan negara sebagai negara yang disegani dan berintegriti.

Kesan lain penggunaan laman sosial melalui Internet menyebabkan berlakunya banyak

penipuan atau pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku

terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru
dikenalinya melalui laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta oleh

rakan dalam laman sosial tersebut.

Sebagai contohnya, perkara ini berlaku apabila pasangan dalam laman sosial menghantar sistem

pesanan ringkas (SMS) untuk membuat temu janji dengan menyatakan tempat dan masanya.

Seterusnya, remaja perempuan tersebut akan pergi ke tempat yang telah dinyatakan tanpa berfikir

panjang. Namun demikian, setibanya di tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman sosial itu, mereka

mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi mangsa rogol.

Penggunaan laman sosial juga melahirkan masyarakat yang beku dan lalai dalam melakukan

sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman

sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan

berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula,

penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi kerja dan pelajaran dalam kalangan

anggota masyarakat.

Hal ini akan menyebabkan negara kita mengalami kebejatan idea untuk meningkatkan prestasi

negara. Golongan pelajar yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran

penggunaannya yang melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman sosial akan melahirkan

tenaga kerja yang kurang berkualiti.

Kesan penggunaan laman sosial yang seterusnya ialah tersebarnya pengaruh atau unsur

pornografi daripada Barat ke dalam kehidupan masyarakat. Unsur pornografi mudah didapati di laman

sesawang Internet. Unsur pornografi seperti bahan bacaan, gambar, dan video mudah diakses dan

disebarkan oleh pengguna laman sosial tersebut.


Hal ini demikian kerana, laman sosial seperti “Facebook” dan “My Space” diakses bukan sahaja

oleh rakyat Malaysia malahan seluruh penduduk di dunia. Selain itu, budaya Barat seperti “Black

Metal”, “Punk”, “Gothic”, dan “Skin Head” akan menular dalam pemikiran remaja di Malaysia.

Perkara ini akan mempengaruhi remaja untuk meniru budaya sehingga wujud budaya hedonisme dan

gengsterisme di sekolah. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial dapat mempengaruhi pemikiran

anak muda sehingga menghakis nilai-nilai moral masyarakat.

Penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada kedaulatan bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan. Kedaulatan bahasa Melayu akan tercemar ekoran daripada kemunculan bahasa

slanga atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak. Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat

amat membimbangkan cendekiawan bahasa di Malaysia kerana penggunaannya semakin meluas.

Penularan bahasa rojak ini akan menghakis keaslian dan nilai-nilai estetika bahasa Melayu

sebagai bahasa rasmi negara kita. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa penggunaan teknologi ini

boleh mencemarkan kedaulatan bahasa Melayu yang menyebabkan kita seperti ditelan mati emak, di

luah mati bapak.

Hari ini, penggunaan blog sebagai media untuk menyampaikan maklumat oleh organisasi atau

individu semakin popular. Didapati semakin ramai orang memiliki blog sendiri. Lihat sahaja tokoh-

tokoh politik di negara kita, hampir kesemuanya memiliki blog. Penggunaan blog sebagai saluran info

lebih mudah diselenggarakan, malah boleh didapati dengan percuma. Apa yang diperlukan hanya satu

alamat e-mel untuk mengaktifkan akaun blog.


BLOG

Blog memang tidak asing lagi bagi blogger-blogger di seluruh pelusuk negara. Bagi mereka

yang baru nak mencebur diri dalam dunia blog tentu tertanya-tanya apa itu blog. Blog adalah singkatan

daripada perkataan "Web Log". Ia sama seperti buku catatan atau buku log namun secara dalam talian

ataupun online. Ringkas nya ia ditakrifkan begini:

Web (Talian) Log (Cacatan) = Catatan atas talian

diringkaskan menjadi BLOG

Blog adalah catatan individu atau kumpulan tertentu untuk berkongsi apa jua yang diingininya

kepada blogger lain khususnya atau kepada sesiapa jua di atas talian (online). Dengan blog maklumat

dapat dikongsikan kepada jutaan pengguna Internet seluruh dunia.

Tidak seperti laman web informasi seperti Wikipedia atau yang seumpama dengannya, blog

memberikan perkongsian maklumat dengan cara yang lebih kreatif dan menarik bergantung kepada

kreativiti dan teknik penulisan blogger itu sendiri. Dengan ini orang dapat membaca entri, berkongsi

maklumat dan info dengan cara yang lebih santai dan menarik.

Blogging adalah perbuatan menyiarkan maklumat mengikut tertib kronologi terbalik melalui

penggunaan sistem "blog". Blog biasanya membenarkan komen dari pengguna mereka, iaitu jawapan

pendek yang ditinggalkan selepas membaca sesuatu entri.

Selain daripada berkongsi ilmu dan informasi, blog juga digunakan untuk merapatkan

masyarakat dengan menjalinkan persahabatan ataupun berkenalan dengan blogger lain sambil melawat
ke blog mereka. Biasanya ada shoutblox untuk tinggalkan mesej buat blogger, jadi dari situ perkenalan

boleh diwujudkan. Blog juga digunakan untuk berkongsi pengalaman, perniagaan, komuniti dan

sebagainya.

DEFINISI BLOG

Blog merupakan singkatan perkataan Bahasa Inggeris iaitu“Web Log”. Rujukan dalam laman

Wikipedia, blog ialah mengenai berita atau ulasan tentang sesuatu isu. Roger Yim merupakan seorang

kolumnis San Francisco Gate di dalam artikelnya pada Februari 2001 menyatakan bahawa blog adalah

persilangan antara diari seseorang dan daftar link di Internet. Scott Rosenberg pada majalah online

salon Mei 1999 menyatakan bahawa blog berada pada batasan website yang lebih bernyawa daripada

sekadar kumpulan link tapi kurang introspektif melainkan dari sebuah diari yang disimpan di Internet.

FUNGSI BLOG

Blog digunakan sebagai medium untuk meletakkan maklumat peribadi dan dihasilkan sebagai

satu diari untuk dikongsi bersama rakan-rakan dan mengenali diri seseorang itu. Blog juga digunakan

sebagai tempat untuk mempromosikan dan memasarkan produk atau perkhidmatan untuk dijual sebagai

menjana pendapatan.

KEGUNAAN BLOG UNTUK TUJUAN PENDIDIKAN

Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan kemahiran yang utama dan juga tema utama

dalam era teknologi maklumat. Ianya adalah satu kemajuan perkembangan teknologi yang menjadi alat

penting untuk memotivasikan pembelajaran. Kajian yang dibuat telah menunjukkan bahawa teknologi
maklumat sememangnya memberikan kesan positif terhadap pengajaran dan pembelajaran. (Davis,

2001 dipetik daripada Guru dan Cabaran Semasa). Ianya juga mampu menyediakan ruang yang begitu

luas kepada guru dan pelajar untuk mendapatkan maklumat.

Penggunaan blog sebagai medium penghubung membolehkan pelajar berkongsi maklumat atau

bertukar pendapat dengan pengguna yang lain tanpa sempadan atau kekangan masa (Nur Azza, 2009

dipetik daripada tesis UTM ). Kajian mendapati bahawa pengaplikasian blog dalam kalangan pelajar

terutamanya dalam bidang pendidikan semakin berkembang pesat (Noor Fazlinda Othman, 2010 UTM)

Di Malaysia, penggunaan blog dalam mata pelajaran tertentu telah lama wujud antara blog yang

aktif adalah seperti berikut:

Cikguroosezah.blogspot.com/,- komsas,

Koleksisoalan.blogspot.com – koleksi soalan sekolah cemerlang.

mathgayapos.blogspot.com - soalan ramalan.

bmsmkserimutiara.blogspot.com.

bmpmrspm.blogspot.com

ADAKAH PENGGUNAAN BLOG SESUAI UNTUK SEKOLAH?

Sekolah adalah satu tempat yang sukar bagi murid-murid dan juga guru-guru sendiri. Ianya

adalah satu tempat pembelajaran yang tidak begitu diingini oleh orang dewasa, dan ianya juga adalah

sedemikian kepada murid-murid untuk mendapatkan pembelajaran. Senario sistem persekolahan masa

kini di mana setiap kelas akan mempunyai secara purata, 35-45 orang murid di dalamnya, tugas para

guru juga akan bertambah membebankan.


Selain daripada melakukan proses pengajaran dan pembelajaran, para guru juga perlu

menyelesaikan segala tugasan yang dikehendaki oleh pentadbir sekolah, pejabat-pejabat pendidikan

daerah, jabatan pendidikan dan juga kementerian sendiri. Para guru juga perlu mencapai tanggapan

umum yang diberikan oleh para ibu bapa sebagai seorang pendidik yang berwibawa.

Ini bermakna, para guru akan terperangkap di dalam dogma dan pandangan setiap pihak

sehinggakan guru tidak mempunyai peluang yang mencukupi untuk menghela nafas seketika dan

membuat refleksi kerjaya profesional mereka sebagai seorang guru. Sekiranya teknik dan strategi P&P

mereka tidak efektif, murid-murid tidak akan mendapat ilmu pengetahuan yang sepenuhnya daripada

para guru dan tidak mampu berkembang menjadi seorang individu yang berupaya memberikan

sumbangan kepada negara suatu hari nanti.

Maka ini akan menjadi sebab, sekolah akan menjadi satu tempat yang tidak selesa kepada orang

dewasa dan juga para murid. Kitaran ini akan sentiasa berlaku sekiranya tiada tindakan yang dilakukan

oleh mana-mana pihak di dalam kitaran itu untuk menghentikannya.

Blog akan menjadi satu platform yang strategik untuk para guru dan murid bertukar-tukar

pandangan dengan tujuan meningkatkan mutu pendidikan dan kualiti diri sendiri. Blog sesebuah

sekolah seharusnya mempunyai elemen-elemen berikut untuk memastikan objektif perkongsian ilmu

tercapai:

 Isi kandungan

Isi kandungan adalah sebab utama kewujudan sesebuah blog. Ianya tidak boleh di kitar semula,

ketinggalan zaman ataupun tidak relevan dengan keadaan semasa. Sesebuah blog hanya boleh
berjaya menarik perhatian pengunjung dengan menyediakan nilai isi kandungan melalui sesuatu

'posting'. Isi kandungan yang berharga ataupun bernilai adalah teras sesebuah blog yang

menjamin kejayaannya.

 Masa

Sumber-sumber yang mencukupi mestilah tersedia untuk memantau dan membantu

perkembangan sesebuah blog. Organisasi yang mempunyai blog harus memberikan masa dan

perhatian yang sewajarnya untuk membina komuniti di atas talian (online).

 Kritikan dan komen

Apabila sesebuah organisasi seperti sekolah membuka pintu perbincangan melalui blog, para

pentadbir harus bersedia dengan kritikan, komen dan juga nasihat daripada pelbagai pihak,

sama ada ibu bapa, murid-murid, para guru di sekolah yang sama ataupun rakan-rakan guru dari

sekolah lain. Teras utama sesebuah blog adalah untuk menggalakkan komunikasi secara

terbuka, oleh itu; pihak sekolah haruslah mempunyai timbang rasa yang mencukupi untuk

menilai komen atau kritikan ataupun nasihat yang diberikan oleh pihak-pihak tersebut, sama ada

baik ataupun buruk.

 Kejujuran

Komuniti yang terbina di atas talian dapat melihat objektif sesebuah organisasi yang dibuat-buat

ataupun dengan niat memesongkan pandangan masyarakat. Jika sesebuah organisasi tersebut
tidak mempunyai kesediaan penuh untuk menjalankan komunikasi secara terbuka dengan para

pembaca ataupun pelawat, maka 'blogging' tidak akan mencapai kejayaan yang berkesan kepada

organisasi tersebut. Kejujuran jurnalistik sama ada secara 'online' ataupun dengan media cetak

adalah satu kemestian yang mutlak. Ianya mestilah bermula dari asa yang awal dan berterusan

sepanjang masa.

 Disiplin

Sesebuah organisasi yang mengharapkan kehadiran pelawat ke blog mereka sepanjang masa

mestilah mempunyai disiplin yang tinggi untuk sentiasa memastikan jadual peletakan 'posting'

ditepati. Bagi organisasi seperti sekolah, isi kandungan blog tidak perlu dikemaskinikan setiap

hari, cukup sekiranya ianya mempunyai kepentingan bersama seperti notis pemberitahuan

ataupun kandungan lain yang dirasakan perlu pada ketika itu. Walau bagaimanapun, pentadbir

blog seharusnya arif dengan jadual rutin isi kandungan baru yang diharapkan oleh pembaca dan

pelawat.

SENARIO PENGGUNAAN BLOG DALAM PENDIDIKAN

Penggunaan blog di dalam bidang pendidikan dapat menarik minat pelajar untuk mencari

maklumat berkaitan pelajaran seperti nota dan juga soalan latihan untuk sesuatu subjek. Guru dan

pelajar juga boleh bertukar maklumat dan info serta pelajar boleh menanyakan soalan melalui ruangan

komen yang disediakan. Guru atau pemilik blog boleh menghuraikan maklumat dengan lebih

mendalam tentang sesuatu subjek itu di dalam blog. Contoh blog sebegini adalah:

http://www.cikgunurulmenulis.blogspot.com
MEDIA BARU UBAH CARA PEMBELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Sekiranya pada masa lepas, pembelajaran bidang teknologi maklumat hanya terhad kepada

pelajar-pelajar sekolah dan universiti, kini pendekatan pengajaran ini adalah subjektif. Ini dapat kita

lihat pada proses pembelajaran yang berlaku sepanjang masa seperti menggunakan komputer riba dan

telefon pintar (smartphones) untuk melayari Internet, bukan sahaja di kalangan golongan muda malah

ianya semakin digunakan oleh golongan yang lebih tua.

Trend ini dilihat sebagai sesuatu yang sihat kerana membuka peluang kepada golongan yang

lebih tua untuk mempelajari teknologi maklumat secara tidak langsung. Dari penggunaan rangkaian

sosial, mereka belajar menaip komputer, memuat turun gambar malah menggunakan perkhidmatan e-

mel. Media baru menawarkan perspektif alternatif kepada cara kita melihat dan mengawal dunia tanpa

sempadan iaitu Internet.

Di samping menggabungkan kandungan berunsurkan hiburan dan maklumat (infotainment),

media baru harus digunakan dengan berhemat selain berpandukan moral dan budaya kita. Semoga

dengan wujudnya media baru ini, kita dapat melahirkan masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan

tetapi masih berpegang kepada budaya kita.

KELEBIHAN PENGGUNAAN BLOG DI SEKOLAH

 Digunakan untuk berkongsi idea, maklumat, dasar dan sumber dengan ibu bapa dan pelajar (J.

Rowsell, 2006).

 Mudah dicarikan dengan mengguna enjin pencari umum seperti Google dan Yahoo!
 Mudah di sediakan dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar

 Mewujudkan pautan ke laman-laman pendidikan yang lain

 Menyediakan aktiviti-aktiviti tambahan secara online Pelajar

 Membantu mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti berkumpulan

 Mendapat maklumat tambahan

 Dapat memberikan maklum balas

 Membina komuniti atas talian yang berbicara mengenai topik-topik tertentu

SENARIO PENGGUNAAN BLOG DI SEKOLAH

Mengapa blog sangat berguna di sekolah? Pada kebiasaannya, sesuatu teknologi yang ingin

diintegrasikan ke dalam kelas adalah sesuatu yang agak sukar dilakukan. Ini mungkin terjadi

disebabkan oleh guru yang tahu apa yang boleh digunakan dengan teknologi tersebut tetapi tidak tahu

secara khusus bagaimana untuk menggunakan teknologi tersebut. Seorang juruteknik atau pakar di

dalam teknologi tersebut tahu bagaimana untuk menggunakan teknologi itu tetapi kurang pengetahuan

berkenaan cara menyampaikan penerangan dan idea-idea berkenaan teknologi yang ingin digunakan

oleh guru dengan teknologi tersebut.

Penggunaan blog adalah jalan penyelesaian terbaik di mana ianya boleh digunakan sesiapa

sahaja walaupun kurang berkemahiran yang tinggi dengan teknologi. Teknologi tidak mengubah sistem

pendidikan, tetapi teknologi memantapkan lagi sistem pendidikan dengan penyerapan dan asimilasi

teknologi dari seluruh dunia untuk mencipta metodologi-metodologi baru yang lebih berkesan di dalam

bidang pembelajaran dan pengajaran.


Sebagai guru, blog boleh digunakan untuk menjadi tapak perkongsian maklumat yang berharga

di antara guru dan juga murid-murid mereka sendiri. Namun, jangan pula mengikut sahaja apa yang

orang lain buat tanpa ada panduan yang jelas. Tanpa panduan sebegini, besar kemungkinan akan ada

isu-isu buli 'cyber', kutuk-mengutuk dan juga penggunaan bahasa kesat.

Ianya adalah satu kepentingan untuk menghantar nota kepada ibu bapa yang memaklumkan

kepada mereka mengenai projek blog di sekolah dan mendapatkan persetujuan daripada mereka. Jika

perlu, jelaskan kepada mereka (ibu bapa) bahawa 'blogging' bukanlah seperti aplikasi laman sosial yang

lain seperti Facebook contohnya. Blog bertujuan untuk membantu murid melalui zaman persekolahan

mereka yang semakin mencabar di masa kini.

Pentadbir sekolah yang menguruskan blog juga dinasihatkan supaya tidak mengejar elemen-

elemen percuma yang ditawarkan pemberi khidmat blog yang ada di Internet pada masa kini. Pentadbir

blog perlu memastikan bahawa program blog yang digunakan mempunyai struktur dan elemen yang

benar-benar diperlukan oleh sekolah. Para pendidik perlu mempunyai kawalan isi kandungan dan

laman-laman blog masa kini banyak dipenuhi dengan iklan-iklan yang sukar dikendalikan oleh

pengendali blog.

Corak dan kandungan blog juga perlu disusun dengan sedemikian rupa supaya dapat menarik

perhatian murid untuk terus membacanya. Kandungan blog di sekolah lebih kemas jika disusun

mengikut topik yang relevan daripada disusun mengikut aturan masa. Satu perkara yang paling penting

adalah tidak membiarkan murid membuat 'posting' sesama mereka tanpa ada kawalan dari segi mutu

dan kepentingan 'posting' itu.

Guru yang terlibat di dalam projek blog di sekolah seharusnya memberikan perhatian terhadap

'posting' murid-murid dan mempelajari dan memahami kehendak murid di zaman yang serba pantas ini.
Dengan ini, murid akan lebih tertarik untuk mendekati blog sekolah dan 'posting' yang dibuat oleh

guru-guru kerana isi kandungan yang dihasilkan adalah relevan dengan mereka.

HALANGAN PENGGUNAAN BLOG DI SEKOLAH

 Prosedur yang ketat dari pihak pentadbiran sekolah menyukarkan guru untuk menggunakan

bahan teknologi seperti blog.

 Guru kurang pendedahan dan latihan tentang perkembangan teknologi.

 Kekurangan kemudahan Internet di sekolah.

Halangan-halangan seperti ini kian berkurangan dari masa ke semasa dengan adanya

pendedahan secara terbuka berkenaan teknologi seperti ‘blog’ ini. Ada organisasi sekolah yang

merasakan penggunaan blog tidak membantu pencapaian sekolah secara keseluruhan namun pandangan

sebegini kian berkurangan. Ini adalah selaras dengan perkembangan teknologi semasa dan kolaborasi

semua pihak untuk memantapkan lagi organisasi masing-masing.


KESIMPULAN

Dalam menghadapi cabaran dan Wawasan 2020 seperti saranan mantan Perdana Menteri,

Malaysia perlu bergerak pantas dalam mengapai aspirasi negara seiring negara maju dengan

mengamalkan dasar pandang ke timur.

Satu reformasi yang menjadi anjakan paradigma dalam kemajuan teknologi sejajar dengan

peredaran globalisasi diterapkan agar tidak ketinggalan. Oleh yang demikian, dalam mencapai

matlamat pendidikan Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan

penggunaan teknologi (Wan Zahid, 1996).

Penggunaan laman sosial melalui Internet memberikan kesan terhadap corak kehidupan

masyarakat di Malaysia. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk mengelakkan

kesan buruk akibat penggunaannya kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

Selain itu, masyarakat perlu mempunyai disiplin dan ketahanan diri bagi mengubah corak hidup

dengan menggunakan laman sosial itu untuk kegunaan yang baik dan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat

bagi meningkatkan kecekapan minda masyarakat supaya menjadi minda kelas pertama. Masyarakat

juga perlu memastikan penggunaan teknologi ini dapat diseimbangkan tanpa berlaku pengeksploitasian

dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.

Pendidikan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam mencapai kemajuan selaras dengan

saranan kerajaan untuk memperkasakan bidang ICT dalam pendidikan. Penggunaan Internet dan

Intranet dalam P&P merupakan salah satu pendekatan pedagogi untuk menyediakan set induksi agar

menarik. Tuntasnya, penggunaan laman web blog memberi nafas baru dalam bidang pendidikan
sebagai medium untuk pelajar berkomunikasi dan berbincang serta berkongsi maklumat.

Berdasarkan huraian yang telah dijelaskan di atas, terdapat banyak kebaikan dari keburukan

yang boleh kita perolehi. Media sosial adalah satu alat, semuanya bergantung kepada niat atas

penggunaannya. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita perlu menggunakan teknologi ini

sebaiknya agar teknologi ini tidak menjadi salah satu masalah kepada masyarakat dan negara. Selain itu

juga, kita perlu bijak dalam menggunakan media sosial ini dengan pembahagian masa agar ianya tidak

merugikan kita. Jadilah pengguna yang bijak menilai mana baik dan buruk dalam sesuatu perkara. Oleh

itu, gunakanlah akal dalam penggunaan teknologi ini dan bukannya nafsu semata-mata.
RUJUKAN

Sturgeon, Julie. (2008). Five Don’ts of Classroom Blogging. Web 2.0, 1-5. Retrieved from T.H.E

Journal database. Zawilinski, Lisa. (2009)

HOT Blogging: A Framework for Blogging to Promote Higher Order Thinking. The Reading Teacher,

62(8), 650- 661. Retrieved from the JSTOR database.

Hong, Wang. (2008). Exploring Educational Use of Blogs in U.S. Education. US-China Education

Review, 5(10), 1-5. Retrieved from the ERIC database

http://blog.scoreanetwork.com/index.php/revolusi-media-sosial-2011.html

http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=99

http://www.staff.blog.utm.my/idiana/2012/01/12/keburukan-dan-kelebihan-media-sosial/

http://www.mampu.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=9330ddb7-b2ed-4b02-95fc-

76f98a7f3197&groupId=10136

http://ms.wikipedia.org/wiki/Media_sosial

http://alyadina.blogspot.com/2012/06/kebaikan-dan-keburukan-laman-sosial.html

http://www.dailymail.com.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=6292:kesan-

laman-sosial-facebook-terhadap-masyarakat-malaysia&catid=61:feature&Itemid=132

http://www.azam.org.my/print.asp

Anda mungkin juga menyukai