Anda di halaman 1dari 6

Laman sosial yang merupakan salah satu daripada platform media menjadi sangat

popular beberapa tahun kebelakangan ini. Pembentukan persahabatan adalah antara sebab
utama penggunaan laman sosial yang menjadikan profil sebagai tunjangnya. Melalui profil,
pelbagai maklumat peribadi seseorang tersedia dan pengguna lain dapat mengetahui kehidupan
sosial dan minat orang yang ingin dikenali melalui Facebook, status terkini daripada Twitter,
dan membaca pengalaman profesional seseorang di LinkedIn. Perubahan terhadap gaya hidup
berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran
terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran
dan penghayatan agama. Jadi keburukan media sosial yang seterusnya adalah menyebabkan
seseorang individu itu semakin lalai dan leka. Perkembangan teknologi maklumat secara
langsung telah menghasilkan applikasi-applikasi dan media-media sosial yang terhasil secara
mendadak. Aplikasi Twitter contohnya, bukanlah satu benda asing lagi bagi ahli-ahli politik,
artis-artis dan individu-individu ternama. Segala maklumat terbaru daripada mereka boleh
didapati dengan sangat mudah dan cepat. Bukan ini sahaja, penyebaran maklumat di media-
media sosial juga memberi impak yang sangat signifi kan kepada pihak yang terbabit. Lihat
sahaja penyebaran maklumat di Facebook, Twitter dan Whatsapp, berita di tempat paling kecil
dari segala pelusuk dunia juga sangat mudah didapati. Sekiranya satu hari kita tidak membaca
beritaberita ini, kita akan terasa sungguh ketinggalan zaman. Hal ini menunjukkan bahawa
manusia terlalu bergantung hidup dengan teknologi sehingga tidak dapat berpisah dengan
menggunakan teknologi ini walaupun sekejap. Seterusnya, sekiranya seseorang pengguna leka
dan lalai seperti asyik bermain ‘game’ atau berbual bersama rakan akan menyebabkan masa
mereka banyak terbuang tanpa melakukan aktiviti yang berfaedah. Apabila mereka terlalu leka
dengan media sosial ini akan menyebabkan fitnah semakin berleluasa. Hal ini demikian kerana
media sosial juga digunakan sebagai penghantar maklumat yang salah dan disebarkan kepada
semua pengguna media sosial untuk menjatuhkan maruah seseorang seperti penggunaan kod
sumber palsu dan tempat penyebaran fitnah. Usaha menjatuhkan seseorang melalui media
sosial sebenarnya menunjukkan kelemahan dan ketidakberanian seseorang. Ia sebenarnya
menjatuhkan maruah diri sendiri bukannya maruah orang yang difitnah itu. Kebenarannya tetap
akan berpihak kepada yang benar dan kebenaran itu akan diketahui orang juga suatu hari nanti.
Jadikan perbuatan mereka ini sebagai iktibar, kebebasan menulis yang diberi bukan lesen
kepada kita untuk menghina agama, kaum dan individu. Sensitiviti perlu dijaga dan yang
penting sekali pastikan akal menguasai nafsu sebelum menulis, bukannya nafsu menguasai
akal. Ingat segala yang ditulis di media sosial tetap akan dipantau oleh pihak berkuasa jadi
berfikirlah dua kali sebelum anda semua melepaskan marah atau pendapat anda di media sosial.
Selain itu, penggunaan laman sosial melalui Internet amat popular di Malaysia. Laman sosial
seperti “Facebook”, “MySpace”, “Friendster”, dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat
di negara ini. Penggunaannya yang mudah serta senang diakses oleh masyarakat menyebabkan
mereka lalai dengan penggunaan secara berhemat. Mereka tidak pandai untuk mengawal
penggunaan teknologi ini sehingga menyebabkan masalah komunikasi yang kian
membimbangkan, terutamanya di kalangan golongan muda. Apabila mereka lebih selesa
berkomunikasi di alam maya, kemahiran berkomunikasi di alam realiti tidak lagi menjadi
perkara penting seterusnya melahirkan masyarakat yang anti-sosial. Beberapa kajian juga
menunjukkan lebih ramai individu yang memperlihatkan komunikasi yang tidak sopan di alam
maya dan medan sosial. “Common sense is no longer common”. Bukan sahaja itu, cara
penulisan yang tidak komprehensif hasil penggunaan bahasa ringkas dan akronim telah
membantutkan cara komunikasi yang berkesan. Penggunaan emoji yang ekstensif juga telah
melahirkan golongan yang tidak lagi tahu cara mengekspresi diri yang sebenar.

Selanjutnya, Kesan buruk yang paling ketara dalam penggunaan media sosial yang
berlebihan adalah masalah ketagihan atau obses. Dengan lambakan media sosial yang
berleluasa, masyarakat kini terutamanya golongan muda menjadi lebih kompulsif dalam
menjebakkan diri dalam komuniti sosial di alam maya dengan berkongsi segala perkara peribadi
mereka di medan sosial. Hari ini kita dapat kenal pasti berapa ramai anak muda yang lebih
berminat untuk merakam dan berkongsi video di alam maya (vlogging) berkenaan aktiviti
harian mereka. Ini secara tidak langsung telah melahirkan generasi yang lebih mementingkan
diri sendiri dan kurang mengambil berat dan kurang sensitif dengan orang sekeliling. Mereka
lebih selesa menghadap smartphone atau komputer riba melayari medan-medan sosial daripada
berinteraksi dengan orang sekeliling. Apabila seseorang itu telalu obses dengan penggunaan
media sosial ini mungkin akan menyebabkan kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk
berenggang darinya. Selain itu, boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika
ber’sosial’ di laman tersebut. Tak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap
laman social ini. Dan apabila terlalu obsess dengan laman social ini akan menyebabkan mereka
tidak menghiraukan tentang kesihatan diri mereka yang akhirnya berlakulah gangguan
kesihatan sama ada fizikal ataupun mental. Hal ini demikian kerana terlalu khusyuk mengadap
komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan. Beberapa hal yang
menakutkan dan membimbangkan telah dilaporkan dalam media akhbar dan internet.
Antaranya seorang lelaki dewasa meninggal dunia akibat serangan jantung selepas bermain
game computer selama 10 jam tanpa henti. Seorang pemuda berusia 30 tahun di pinggir Beijing
dilaporkan meninggal selepas 3 hari bermain permainan komputer tanpa tidur dan makan.
Seorang kanak-kanak perempuan yang berinteraksi dengan seorang lelaki menerusi media
sosial telah didorong untuk menanggalkan pakaiannya dan menonton aksi lucah lelaki yang
dihubunginya. Inilah gejala terkini dalam dunia seks yang dinamakan gejala media sosial.
Kedua-dua laporan berlaku di dua buah negara luar, namun hal yang sama mungkin melibatkan
lebih banyak kes di tempat lain termasuk di Malaysia. Alangkah malangnya mereka yang
terjebak dalam penggunaan gajet teknologi yang mengkhayalkan dan berbaur maksiat. Pelbagai
gajet teknologi terkini seperti ipad, tab, note dan gajet lain digunakan secara meluas pada hari
ini oleh golongan muda untuk melayari laman web yang terdapat dalam media sosial. Terdapat
dua senario yang boleh dikaitkan dengan pengguna pelbagai gajet ini. Pertama ialah pengguna
terbuka di tempat awam yang sentiasa memegang telefon dan menggunakannya. Ramainya
pengguna ini sehingga kita lihat majoriti pengguna sama ada sedang berdiri atau duduk
bercakap melalui telefon mahupun media sosial seperti facebook dan sebagainya. Kedua,
golongan yang menggunakan komputer meja yang berada dalam sebuah bilik untuk bermain
permainan dalam komputer atau menggunakan media sosial. Keghairahan bermain
menyebabkan pengguna bermain begitu lama sehingga ke satu titik penamat setelah
menyebabkan keletihan yang menjejaskan kesihatan mata, jantung, obesiti dan emosi tertekan.
Masalah kesihatan ini sama seperti gejala ‘Sick Building Sindrom’ atau sindrom sakit bangunan
(SSB) yang dialami oleh pekerja pejabat di dalam bilik pejabat yang tertutup, yang bekerja
secara berterusan dalam tempoh yang lama. Bekerja berpanjangan pada kedudukan statik, tidak
mengambil makanan & minuman dan menghirup udara baru merupakan faktor otot kejang,
sakit pinggang kelesuan dan lain-lain. Bagi mereka yang bermain dalam talian secara melampau
adalah mangsa kepada SSB. Secara lebih khusus, media sosial dan teknologi telah mengancam
kesihatan mata apabila diguna terlalu lama pada jarak dekat. Kajian di Asia Timur, Singapura
dan Taiwan mendapati kanak-kanak yang mengalami masalah rabun meningkat sehingga 85
peratus. Di Amerika Syarikat pula, isu kanak-kanak rabun meningkat daripada 25% kepada
41.6 %. WHO menganggarkan seorang kanak-kanak dilaporkan buta pada setiap 5 saat dan
lebih 7 juta orang menjadi buta pada setiap tahun. Dan menurut seorang pakar runding psikitris
Universiti Malaya, Dr Muhammad Muhsin, ketagihan internet merujuk kepada pengguna
secara berlebihan sehingga mengabaikan makan, minum, rehat dan tidur. Selanjutnya,
pengguna berasa resah gelisah apabila tidak dapat menggunakan internet. Pada tahap paling
serius mereka yang ketagihan internet mengalami gangguan emosi dan keletihan sehingga
memerlukan rawatan perubatan seperti di Korea dan China yang telah memiliki klinik merawat
ketagihan internet. Natijah daripada kedua-dua senario tersebut ialah implikasi sosial, ekonomi,
pembaziran masa dan tenaga, lupakan tanggungjawab dan menjejaskan kesihatan dan
keselamatan jika tidak ada kawalan. Dalam jangka masa lama dan berlarutan, mereka yang
ketagih melayari gajet-gajet dan laman web di media sosial bakal mengundang pelbagai risiko
kesihatan dan keselamatan.

Kesan buruk media sosial yang seterusnya adalah menjejaskan kedaulatan bahasa
melayu sebagai bahasa kebangsaan. Rakyat Malaysia dikatakan menghabiskan purata lima jam
dalam talian setiap hari, dan tiga daripada lima jam tersebut adalah terhadap media sosial. Dan
daripada 19.2 juta pengguna Internet di Malaysia, 15.6 juta daripada mereka adalah aktif di
Facebook (MCMC 2013). Sebuah firma antarabangsa TNS yang menjalankan kajiselidik 2010
mendapati Malaysia mempunyai paling ramai rakan-rakan di laman web rangkaian sosial
seperti Facebook. Mereka juga menghabiskan masa yang paling lama setiap minggu di laman-
laman tersebut. Kesimpulannya boleh dikatakan masyarakat kita sangat aktif dan terkesan
dengan penggunaan media sosial. Apabila ramai lapisan masyarakat menggunakan media sosial
sebagai platform untuk berkomunikasi antara satu sama lain akan menyebabkan wujud masalah
pencemaran bahasa. Hal ini akan menyebabkan berlakunya percampuran bahasa seperti bahasa
melayu dengan bahasa inggeris, bahasa melayu dengan bahasa mandarin, bahasa melayu
dengan bahasa tamil dan banyak lagi. Penggunaan bahasa slanga atau rojak juga kerap
digunakan oleh golongan muda semasa berhubung antara satu sama lain melalui aplikasi seperti
whatsapp, wechat, facebook dan sebagainya. Nik Safiah Karim mendefinisikan slanga sebagai
bahasa yang tergolong dalam bahasa terhad kerana mempunyai ciri-ciri tertentu dan hanya
digunakan dan difahami oleh golongan tertentu. Slanga juga hanya dibenarkan untuk digunakan
dalam urusan yang tidak rasmi. Isu pencemaran bahasa ini semakin menjadi-jadi berikutan
pencemaran Bahasa Melayu melalui media. Definisi media menurut Dewan Bahasa dan Pustaka
merujuk kepada pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi, alat atau saluran komunikasi
amnya atau keseluruhannya. Seperti televisyen, radio, akhbar, majalah internet dan sebagainya
yang boleh menyampaikan maklumat dengan pantas. Di sini terdapat beberapa contoh
pencemaran Bahasa Melayu dalam media sebagai renungan bersama. Antaranya ialah
penggunaan bahasa Rojak dalam media, buktinya apabila media penyiaran memilih bahasa
rojak sebagai nama rancangan dan nama siaran mereka. Sebagai contoh, “ Memang power”
seperti dalam iklan Sony boleh digantikan dengan : Memang Berkuasa” atau “ Memang Hebat”.
Dalam iklan Panasonic pula, Slogan “Panasonic Ideas For Life “ boleh diterjemahkan kepada “
Panaconic, Ciptaan Sepanjang hayat”. Seterusnya, menurut Kamus Dewan Edisi Empat
pencemaran bahasa bermaksud penggunaan bahasa yang tidak betul di kalangan masyarakat.
Malah definisi pencemaran bahasa ini turut disokong oleh Nik Safiah Karim (1986), menurut
beliau pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan
bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa
dan ayat. Manakala menurut Hassan bin Ahmad (1979:20), pencemaran bahasa bermaksud
bahasa yang amat buruk digunakan sehingga mencemarkan imej Bahasa Malaysia. Penggunaan
aplikasi sosial seperti WhatsApp telah mengubah lanskap komunikasi dengan memberi ruang
yang luas kepada bahasa rojak untuk berkembang. Penggunaan bahasa rojak ini didapati
digunakan sepenuhnya dalam sesuatu perbualan dan kadang kala diselangselikan dengan
penggunaan bahasa Melayu dalam media sosial. Pencemaran bahasa ini juga memberi kesan
terhadap mutu Bahasa Melayu baku sama ada lisan atau tulisan merosot. Perkara ini dapat
dilihat dalam bidang pendidikan khususnya dalam kalangan pelajar. Ramai pelajar yang tidak
dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. Walhal bahasa Melayu merupakan bahasa bangsa
dan bahasa Ibunda. Lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang yang timbul pelbagai perkara
yang menyebabkan penyalahgunaan bahasa seterusnya mempengaruhi cara penulisan para
pelajar. Terutamanya penulisan esei dalam peperiksaan. Sekiranya penggunaan bahasa rojak
dan istilah-istilah remaja tidak dibendung dengan meluas, lama-kelamaan bahasa ini akan
menjadi sebati kepada seseorang individu tersebut. Pastinya pelajar yang sering disogok oleh
perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan penggunaan bahasa
yang betul. Penggunaan bahasa dalam media ini sukar dikawal kerana tiada peraturan yang
dibuat untuk menghalangnya terutamanya di media. Ianya hanya bergantung pada kesedaran
dan tahap pengetahuan bahasa pengguna media tersebut. Kesannya pada suatu ketika nanti,
Bahasa Melayu tidak akan dipandang tinggi lagi walaupun di Negara kita sendiri. Bahasa rojak
dan bahasa pasar tidak seharusnya digunakan secara meluaskan walaupun bukan dalam situasi
formal. Hal ini jelas membuktikan bahawa bahasa rojak atau pasar ini akan merosakkan Bahasa
Melayu yang juga merupakan bahasa kebangsaan kita. Kekerapan menggunakan bahasa yang
tercemar secara meluas akan menlahirkan rakyat yang buta bahasa sendiri. Tidak mustahil
kegagalan pelajar-pelajar di sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu disebabkan mereka
terlalu kerap menggunakan bahasa rojak dan pasar dalam komunikasi seharian mereka. Oleh
itu, kita harulah bijak dalam menggunakan media massa agar tidak merosakkan kedaulatan
bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai