Anda di halaman 1dari 11

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU (FMW 3032) LAPORAN WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU

NAMA AHLI KUMPULAN :

MUHAMMAD ZHARIF ZHAFRI BIN MOHAMAD RAZALI NOR AYU BINTI SHAMSUDIN NATASHA BINTI ROSLI NURATIQAH BINTI BASRI SIVENESWARY A/P MUNIANDY

D20111048743 D20111048742 D20111048744 D20111048769 D20111048741

PENSYARAH: PN SUZILAWATI BINTI AHAMAD

PENDAHULUAN

Alhamdulillah ,Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya, kami akhirnya dapat membentangkan soalan tugasan dan menyediakan laporan perbentangan dengan baiknya. Di kesempatan ini kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah FMW 3032 Pn Suzilawati Binti Ahmad kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini. Perbentangan ini adalah satu tugasan yang wajib diselesaikan oleh semua mahasiswa/mahasiswi Wacana Akademik Bahasa Melayu ( FMW 3032 ) untuk dinilai oleh pensyarah secara individu dan interaksi serta kerjasama antara kumpulan.Setiap kumpulan mendapat soalan dan perlu membentangkannya berdasarkan perkembangan isu semasa dan menghuraikan soalan dengan lebih mendalam lagi. Akhir kalam, kami ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf jika terdapat sebarang kekurangan atau ketidak sempurnaan di dalam perbentangan dan laporan yang disediakan.Sekian,wasalam.

TUGASAN

Sekolah Harapan dibina atau diwujudkan untuk pelajar hamil bagi membantu pelajar meneruskan pembelajaran serta bertujuan menyelamatkan bayi daripada dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.Persoalannnya pembuangan bayi dapat diatasi. adakah kes

SKOP JAWAPAN 1.Pendekatan melalui ayat Al-Quran 2.Koleksi gambar bayi yang dibuang 3.Faktor-faktor pembuangan bayi 4.langkah-langkah mengatasi kes pembuangan bayi-pendekatan melalui penubuhan Sekolah Harapan 5.Kesan penubuhan Sekolah Harapan 6.Kesimpulan.

Kebelakangan ini negara digemparkan dengan peningkatan kes pembuangan bayi yang melibatkan golongan remaja khususnya.Kes ini telah mendapat perhatian hangat bukan sahaja kepada masyarakat malah sehingga sampai ke perbincangan Parlimen.Namun yang paling menyedihkan adalah kadar yang tertinggi dalam kes pembuangan bayi melibatkan orang Melayu dan beragama islam.Walaupun telah terang di dalam Al-Quran menyatakan bahawa Firman Allah dalam Surah Al-Israa ayat 32 yang bermaksud:Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.Tetapi hakikatnya perintah Allah itu tidak diikuti sepenuhnya oleh masyarakat yang beragama islam. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya peningkatan dalam kes pembuangan bayi.Antaranya ialah kurang didikan dan kefahaman tentang agama dalam diri individu itu sendiri.Agama merupakan panduan dan pedoman hidup remaja dalam usaha membentuk keperibadian diri yang unggul bukan sahaja pembentukan dari luaran malah meliputi dalaman.Kurangnya didikan agama telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas dan sebagainya. Sebagai contoh, remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah semestinya menjalinkan hubungan di luar tabii.Remaja yang hilang pegangan agama tidak teragak-agak untuk membuang dan meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan.Lebih teruk lagi, ada segelintir remaja sanggup membunuh dan membakar bayi yang mereka lahirkan semata-mata mahu menghilangkan bukti hasil hubungan sulit mereka. Seterusnya pengaruh rakan sebaya merupakan saah satu faktor yang menjadi penyumbang utama kepada peningkatan gejala sosial. Pada usia muda lagi, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini menjadi bertambah teruk apabila mereka bergaul dengan rakan sebaya yang negatif dan tidak bermoral. Rakan-rakan yang negatif ini tidak teragak-agak mengajak remaja untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat seperti melakukan hubungan seks. Mereka akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri dan keluarga tercemar.

Akhir sekali faktor yang menjadi pendorong kepada remaja untuk terlibat dalam kancah negatif adalah disebabkan sikap ingin tahu yang menebal dalam diri remaja itu sendiri. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara seperti seks bebas ini.Namun mereka sesekali tidak pernah memikirkan kesan atau implikasi yang mungkin akan timbul daripada perbuatan mereka itu.Kesannya adalah peningkatan kepada kes buang bayi yang sejak akhir-akhir ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh itu,dalam usaha menangani peningkatan kes buang bayi pelbagai langkah yang boleh diambil.Antaranya ialah melalui peranan ibu bapa itu sendiri dalam memberi perhatian dan didikan yang secukupnya kepada anak-anak. Para ibu bapa seharusnya memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Ibu bapa mestilah memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah diri anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat seperti seks rambang, pergaulan bebas, dan sebagainya.Menurut kajian,anak-anak yang terlibat dalam gejala sosial adalah disebabkan kesibukan ibu bapa terhadap kerja sehingga perhatian dan didikan kepada anak-anak kurang diberikan. Seterusnya sekolh juga memainkan peranan dalam menangani isu ini. Pihak pentadbiran sekolah perlu mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara komprehensif melalui kurikulum dan kokurikulum di sekolah atau IPT, intervensi, latihan guru dan penglibatan ibubapa. Selain itu,Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi

mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan alternatif-alternatifberfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial dan mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan dipandang jijik oleh masyarakat.

Langkah yang paling utama diberi perhatian oleh pihak kerajaan mengenai isu ini adalah dengan memberi bantuan kepada ibu-ibu dalam kalangan remaja yang sememangnya telah hamil hasil daripada hubungan luar nikah.Antara bantuan yang boleh diberikan adalah melalui penubuhan Sekolah Harapan.Dengan penubuhan sekolah ini anak-anak remaja yang hamil luar nikah mestilah dibantu bagi menjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika mereka hamil tetapi yang paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah.Hal ini penting bagi menjamin kesihatan si ibu dan juga anak yang bakal dilahirkan. Sekolah Harapan merupakan Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri Melaka di Jasin telah dibuka pada 17 September 2010 untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke situ.Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, sekolah itu yang dikenali sebagai Sekolah Harapan, berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM).Buat permulaan, sekolah itu menyediakan kemudahan tempat tinggal dan akan dikendalikan oleh seorang penyelia dan tiga pengajar lain. Namun pendekatan yang digunakan oleh pihak kerajaan mendapat penentangan daripada beberapa pihak termasuk dalam kalangan ahli politik.Menurut mereka,dengan penubuhan sekolah tersebut akan mewujudkan keburukan dalam masyarakat terutama kepada golongan remaja. Antara keburukan yang mungkin wujud dengan penubuhan sekolah tersebut adalah Menggalakkan remaja hamil luar nikah.Hal ini demikian kerana Sekolah Harapan akan menjadi tempat untuk mereka menutup aib dari diketahui oleh masyarakat akan perbuatan terkutuk yang telah mereka lakukan.Apabila berlakunya penzinaan dan kehamilan luar nikah, pasangan-pasangan yang terlanjur semua lepas tangan dan tak bertanggungjawab atas perbuatan mereka.Pada pandangan mereka seandainya mereka terlanjur sehingga mengandung anak luar nikah akan ada tempat yang sanggup menerima mereka.Oleh itu,tidak akan timbul kesedaran kepada golongan remaja sebaliknya menggalakkan mereka untuk melakukan perbuatan yang terkutuk. beberapa

Seterusnya impak yang paling besar yang akan diperolehi adalah kebarangkalian akan meningkatkan kadar kehamilan luar nikah di negeri Melaka. Hal ini demikian kerana keutamaan kemasukan ke sekolah tersebut akan didahulukan pelajar daripada negeri tersebut sebelum mengambil pelajar dari negeri-negeri lain.Selain itu,ianya didorong oleh dasar polisi negeri itu sendiri. Oleh itu,tidakkah ini mengalakan lagi penzinaan di negeri tersebut. Tidak mustahil suatu hari nanti negeri Melaka menjadi antara negeri yang tertinggi kes kehamilan diluar nikah berbanding negeri-negeri lain. Bahkan nanti, ramai yang akan mengambil kesempatan atas apa yang telah kerajaan negeri peruntukan untuk pelajar-pelajar. Kesimpulannyan, Sekolah harapan bukanlah satu langkah yang proaktif dalam menangani isu pembuangan bayi.Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai keburukan berbanding kebaikan yang masyarakat perolehi dengan penubuhan

sekolah tersebut.Seharusnya kerajaan meniliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menubuhkan sekolah tersebut.Ianya bukan sahaja akan

menjejaskan imej negara pada masa akan datang malah akan menimbulkan lagi pandangan-pandangan negatif daripada pihak luar dengan peningkatan kadar anak luar nikah di Malaysia.

LAMPIRAN

GAMBAR 1

GAMBAR 2

GAMBAR 3

GAMBAR 4

GAMBAR 5

GAMBAR 6

RUJUKAN
1.Khairilafzal (2010,September 21).Sekolah Harapan.Berita Harian.

Anda mungkin juga menyukai