Anda di halaman 1dari 14

PERANAN GLOBALISASI DALAM USAHA PENYATUAN KAUM DI MALAYSIA.

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 3

3.0 DEFINISI GLOBALISASI 3

4.0 CABARAN GLOBALISASI 5

5.0 KESAN GLOBALISASI

5.1 Ekonomi 6

5.2 Politik 8

5.3 Budaya 9

5.4 Teknologi 10

6.0 PERANAN GLOBALISASI DALAM USAHA PENYATUAN KAUM 12

7.0 KESIMPULAN 13

RUJUKAN

1
1.0 PENGENALAN

Globalisasi merupakan suatu proses di peringkat global yang meliputi pelbagai


dimensi seperti aspek ekonomi, politik, budaya dan ideologi (Mittelman 1996; Waters
1995). Proses ini telah berlaku dengan kadar masa yang pantas telah mencetuskan satu
bentuk revolusi yang membawa kepada perubahan ke atas kehidupan masyarakat dunia
amnya dan masyarakat di negara ini khususnya.

Sebagai suatu fenomena yang telah dan sedang merubah dunia, globalisasi
mempengaruhi sebahagian besar hidup kita, secara sedar ataupun tidak, mahu tidak mahu.
Dalam era globalisasi, isu-isu budaya dan identiti bangsa, serta isu perpaduan dalam negara
menghadapi pelbagai cabaran. Antara cabaran yang paling utama ialah bagaimana
globalisasi akan mempengaruhi budaya saintifik dan teknologi di negara kita ini.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa globalisasi merupakan suatu perkembangan


yang amat penting dan boleh membawa keuntungan kepada kita di Malaysia. Sebagai
contoh, kemasukan maklumat dan ilmu pengetahuan yang cepat dan murah melalui
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) akan memberi manfaat yang
besar kepada pembangunan tamadun kita. Peningkatan peluang pendidikan ini akan
membawa kepada peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah.

Namun begitu, cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, bukan sahaja
memberikan kesan yang positif tetapi juga negatif. Salah satunya adalah cabaran sosio-
budaya yang wujud akibat kebanjiran pengaruh budaya Barat. Keadaan ini jelas berlaku
dalam kehidupan seharian kita seperti penguasaannya dalam makanan. Jenama-jenama
makanan transnasional seperti McDonalds, Kentucky Fried Chicken, A&W, Pepsi, Coca
Cola dan sebagainya yang sudah begitu sinonim dengan rakyat di negara kita.

2
Oleh yang demikian, cabaran globalisasi pada masa ini memerlukan setiap negara
menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan
menjadi mangsa penindasan pihak tertentu.

Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan
anutan agama, perlu bergerak seiring sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia yang
berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara
yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat
lain di dunia.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah:


1) Memahami apa itu globalisasi.
2) Mengenalpasti cabaran dan kesan globalisasi kepada negara Malaysia.
3) Mengenalpasti peranan globalisasi dalam usaha penyatuan kaum.

3.0 DEFINISI GLOBALISASI

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang
sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui
proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit
sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan
menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan
teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara
dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh
yang singkat.

3
Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang
menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan
perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi
sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek
kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat
manusia didunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep
dunia tanpa sempadan.

Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal.
Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-
sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan
apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium
utama kepada agenda globalisasi ini.

Menurut Abdul Rahman Embong (2000), globalisasi terdapat dilihat daripada


beberapa aspek iaitu: pertama, globalisasi sebagai proses; kedua, globalisasi sebagai
keadaan ekonomi-politik dan budaya yang lahir daripada proses itu dan; ketiga, globalisasi
sebagai ideologi. Daripada aspek globalisasi sebagai proses, ia merupakan transisi daripad
apelbagai proses yang membolehkan sebuah negara melangkaui sempadan negara lain.
Proses ini melibatkan proses transnasional dan struktur domestic yang kukuh yang
mendorong ekonomi dan politik menjadi jentera utama kepada proses globalisasi.

Faktor ekonomi dilihat sebagai peneraju utama dalan 4 proses ini. Pengaturan
pengeluaran, agihan dan kepenggunaan yang bergantung kepada system pasaran
merupakan aspek ekonomi dalm proses globalisasi. Daripada aspek politik, demokrasi dan
hak asasi manusia menjadi tunjang kepasa proses globalisasi yang mana ia merupakan
prisnip yang bersifat sejagat yang perlu diterima oleh semu apihak manakala daripada
aspek budaya berlakunya evolusi kepenggunaan Amerika Syarikat ke seluruh pelosok
dunia yang dikenali sebagai McDonalisation of society yang membawa arus perubahan
kedalam kehidupan dan pemikiran agar budaya ini menjadi nilai dan norma dalam
kehidupan masyarakat di seluruh dunia.

4
Aspek ideologi pula dilihat sebagai satu kepercayaan atau pegangan yang dianggap
benar oleh seseorang atau kumpulan dan dipertahankan dan seterusnya di propagandakan
ke seluruh pelosok dunia dan haru sditerima oleh orang lain. Ia berfungsi untuk
menyakinkan manusia bahawa mereka akan berhadapan dengan keaadan tanpa alternative
dimana mereka perlu bergantung pada kuasa pasaran di samping liberalisasi, penswastaan
mahupun individualisme.

4.0 CABARAN GLOBALISASI

Proses globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi dan
politik barat sejagat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia.
Semenjak orang Barat memulakan era penjajahan mereka di Timur pada abad ke-15,
mereka tidak berhenti untuk mendominasi masyarakat lain. Melalui penjajahan, mereka
membawa pemikiran bahawa tamadun mereka lebih tinggi dan mengetengahkan bahawa
bangsa lain kurang bertamadun.

Oleh sebab penjajahan tidak lagi diterima dalam rangka nilai dan kebebasan manusia
yang dipegang pada masa kini, maka mereka memperjuangkan pula hak asasi manusia.
Barat membawa masuk pengaruh dari segi ideologi, budaya hendonisme dan nilai negatif,
ekonomi bebas, sains dan teknologi yang memusnahkan dan sistem politik yang dianggap
terbaik bagi semua manusia. Melalui globalisasi juga mereka mengeksport segala macam
keburukan yang merosakakan negara dan alam sekitar, budaya hiburan dan
pengeksplotasian sumber manusia dan bahan mentah.

Malaysia tidak terkeluar daripada pengaruh ini kerana arus pembaratan dan
globalisasi terlalu mendesak. Maka tidak dapat tidak, globalisasi ialah faktor perubahan
budaya yang amat kuat dan pantas. Jika diperhatikan secara mendalam secara tidak
lansung, gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhur dan pemikiran Barat diterima
secara halus ke dalam masyarakat. Globalisasi dalam bentuk yang terselindung dan tersirat
adalah lanjutan daripada proses penjajahan budaya pada abad ke-19 dan berupaya

5
melemahkan tradisi sendiri serta menjadi penghalang kepada pembinaan jati diri dan
tamadun Malaysia.

5.0 KESAN GLOBALISASI

5.1 Ekonomi

Globalisasi ekonomi adalah globalisasi yang paling menonjol. Dana kewangan


Antarabangsa(IMF) mentakrifkan globalisasi ekonomi sebagai “pergantungan ekonomi
yang semakin berkembang antara negara melalui kenaikan jumlah dan kepelbagaian
tukaran barangan dan perkhidmatan,pergerakan pelaburan antarabangsa bebas,dan
peresapan teknologi,yang lebih pesat dan meluas.”

Globalisasi ekonomi juga boleh didefinisikan sebagai proses integrasi ekonomi


antara dua negara yang semakin meningkat,yang membawa kepada kemunculan pasaran
global atau pasaran dunia. Istilah lain yang selalu digunakan untuk menggambarkan
senario tersebut adalah liberalisasi ekonomi. Bergantung kepada paradigma,globalisasi
boleh dilihat sebagai setu fenomena yang positif dan satu fenomena yang negatif.

Globalisasi memberi impak positif dan negatif kepada negara di Malaysia Di antara
kesan positif globalisasi ekonomi ialah wujud perdagangan bebas, pengaliran modal secara
bebas, menggalakkan persaingan, perluasan pasaran, pemindahan teknologi, peningkatan
kualiti produk dan berlakunya aliran buruh mahir dan separa mahir.

Impak positif dari proses globalisasi ini juga sekaligus membawa perubahan besar
kepada budaya perniagaan dan perdagangan di kalangan pelbagai kaum di negara ini.
Kerjasama yang diusahakan oleh ahli perniagaan perseorangan bagaimanapun telah
semakin berkembang dengan meluas dalam komuniti secara keseluruhan. Mereka telah

6
mewujudkan usaha kerjasama perniagaan tulen dan tidak lagi mengamalkan budaya ‘Ali
Baba’ yang popular dalam dekad 1970-an dan 1980-an (Abdul Rahman, 2001).

Pada harini ini, dapat di lihat banyak peniaga Melayu telah menjalinkan kerjasama
perniagaan dengan rakan kongsi Cina bagi mendapatkan keuntungan berdasarkan kekuatan
masing-masing. Selain itu, juga terdapat peniaga Melayu yang memiliki perniagaan
pembinaan yang telah bekerjasama dengan firma kejuruteraan Cina bagi membentuk
sebuah syarikat pemaju perumahan.

Implikasi negatif yang dapat dilihat daripada globalisasi ekonomi pula


adalahpenghakisan dasar perlindungan,penguasaan syarikat multinasional(MNC),
ancaman terhadap barangan(Produk)perkhidmatan tempatan,ancaman ke atas industri kecil
dan sederhana(IKS),kesukaran untuk mengawal aliran modal asing dan penghakisan
kedaulatan ekonomi negara.

Cabaran-cabaran tersebut perlu ditangani dengan bijaksana. Kerajaan Malaysia


sentiasa peka terhadap kesan negatif yang dicetuskan oleh globalisasi ekonomi kerana ia
boleh menggugat keharmonian masyarakat jika tidak berhati-hati. Contohnya adalah
akibat daripada ketidakseimbangan sosio-ekonomi, ketegangan kaum mula terzahir selepas
kemerdekaan, yang kemuncaknya melahirkan satu peristiwa berdarah dalam lipatan
sejarah hubungan etnik di Malaysia. Pada 13 Mei 1969, akibat daripada ketidak-puasan
hati dalam aspek politik, sosial dan ekonomi antara kaum, meledaklah rusuhan kaum di
Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Hakikatnya,globalisasi ekonomi membawa kesan yang positif dan negatif kepada


sesebuah Negara. Globalisasi ekonomi menuntut sesebuah negara melakukan perubahan
dari masa ke semasa. Sebuah negara juga harus memiliki kelebihan bersaing dalam pasaran

7
antarabangsa. Globalisasi dalam perdagangan antarabangsa juga memerlukan kita
berinteraksi dengan pelbagai pihak dan pelbagai latar belakang budaya.

Oleh itu,penguasaan dan kemahiran dalam bahasa-bahasa asing akan memberi


kelebihan untuk melibatkan diri dalam arena antarabangsa. Globalisasi ekonomi ini dapat
diatasi kesan negatifnya apabila di pihak rakyat bersedia menyesuaikan diri dengan
perubahan-perubahan pesat dalam senario ekonomi dunia hari ini.

5.2 Politik

Fenomena globalisasi ini membawa arus perubahan budaya politik yang agak besar
di Malaysia. Selama bebarapa dekad persoalan etnik atau perkauman menjadi ciri penting
dalam politik negara ini. Pengaruh globalisasi yang jelas ke atas budaya politik di negara
ini ialah kelahiran pelbagai laman web sama ada oleh pihak pembangkang atau penyokong
parti pembangkang dan juga parti politik yang berkuasa.

Laman web telah menjadi satu saluran pilihan yang baru dalam memupuk budaya
politik di kalangan pelbagai etnik di negara ini. Laman Malaysiakini misalnya secara
sengaja mengutarakan pelbagai persoalan yang menyentuh isu-isu yang berkaitan
hubungan etnik di negara ini. Keadaan ini membuka perbincangan kritis dan matang
kepada semua masyarakat di negara ini dan memberi satu alternatif maklumat yang
diperlukan oleh masyarakat Malaysia yang berdepan dengan suasana dunia yang semakin
berubah. Ini bermakna Internet dan laman web memainkan peranan penting untuk
menyuburkan politik baru terutama di kalangan anak muda, golongan kelas menengah dan
penduduk di kawasan bandar. Pada masa kini, beberapa parti politik yang berkonsepkan
pelbagai kaum telah ditubuhkan seperti Democratic Action Party (DAP), Parti Keadilan
Rakyat, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Progresif Rakyat (PPP).

8
Malahan orientasi perjuangan bagi aktor-aktor politik juga mengalami perubahan
yang tidak lagi terikat dengan persoalan kaum, nasionalisme sempit dan kewilayahan.
Sebaliknya persoalan sejagat seperti keadilan, ketelusan, good governance dan
kepentingan umum ditonjolkan dalam pelbagai media.

5.3 Budaya

Globalisasi adalah suatu penyatuan masyarakat dunia dari segi gaya hidup,
orientasi dan budaya. Ledakan budaya hasil daripada proses globalisasi telah mewujudkan
perubahan drastic dalam pemikiran, amalan, cara hidup, hasil karya, akal budi, kelakuan,
penciptaan, kebendaan, kehidupan dan banyak lagi dalam kalangan masyarakat.
Globalisasi bukan sahaja membawa pembaharuan dalam bidang perolehan maklumat dan
pengetahuan melalui ICT akan tetapi telah menjadi medan pihak Barat mengeksport keluar
budaya hidup mereka seperti budaya hedonism, sekularisme dan religiou -pluralisme yang
bukan merupakan budaya kita di Malaysia. Dari segi Bahasa pula, Bahasa Inggeris
berkembang secara pesat dan digunakan secara global dalam urusan seharian baik di
peringkat global dan local.

Dari aspek hiburan pula, globalisasi telah mewarnai dunia hiburan kita di Malaysia.
Namun warna-warna yang disumbangkan tidak semestinya bersesuaian dengan adat
ketimuran kita. Program-program realiti di televisyen seperti American Idol, The Amazing
Race, The Apprentice, The Bachelor dan sebagainya sering mengutarakan nilai sosio-
budaya yang bertentangan dengan amalan kita di Malaysia. Pergaulan bebas sehingga
berpeluk-pelukan di antara lelaki dan wanita jelasnya bukanlah nilai yang lahir dari kita
yang kuat berpegang kepada agama, adat dan nilai-nilai ketimuran. The Apprentice yang
mengisahkan beberapa anak remaja yang ingin menjadi perantis kepada seorang hartawan
Amerika iaitu Donald Trump, memaparkan kisah persaingan yang tidak diasaskan oleh
hidup beretika dan bernilai akan tetapi lebih kepada mengejar keuntungan.

9
Rancangan realiti seperti ini akhirnya dimasukkan dengan elemen tempatan dan
lahirlah Akademi Fantasia, Mentor, Mencari Cinta dan sebagainya. Nama program sahaja
yang telah diMelayukan akan tetapi kandungan dan plotnya masih disaluti nilai-nilai
kebaratan. Tidak cukup dengan itu, kita disogokkan dengan budaya consumerisme. Budaya
ini mengakibatkan anak-anak muda kita mudah menerima makanan Barat seperti Kentucky
Fried Chicken (KFC), A&W, McDonalds, Pizza Hut, Pepsi, Coca-Cola dan sebagainya.
Oleh yang demikian jenama-jenama dan makanan tempatan sering dikesampingkan.

Proses globalisasi telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan


hidup dan norma kehidupan manusia. Masyarakat Malaysia sedang berdepan dengan
pelbagai budaya yang bertentang dengan budaya setempat. Hal ini boleh menyebabkan
asas-asas budaya, agama dan bangsa menjadi longgar.

Globalisasi memberi impak negatif dan positif kepada tindakan pengukuhan dan
hubungan etnik di Malaysia. Impak negatif seperti pertukaran budaya tidak sihat atau
kuning (hedonism). Hubungan pelbagai kaum di luar negara yang tegang juga memberi
contoh tidak baik kepada rakyat seperti melakukan rusukan, pengeboman dan sebagainya.
Perkara ini boleh mempengaruhi minda anak muda di negara kita untuk melakukan perkara
yang menjurus kepada ketegangan kaum. Oleh yang demikian, sesebuah negara perlu
mengambil kira dan mengkaji agar kebanjiran akses ini dapat memajukan pemikiran
rakyat, bukan sebaliknya.

5.4 Teknologi

Kehadiran globalisasi tidak hanya memberi impak negatif malah impak yang positif
iaitu globalisasi memungkinkan pencarian, penyebaran dan pemindahan ilmu dan
maklumat dilakukan dengan mudah, pantas dan murah. Hal ini kerana satu daripada unsur
dan pemangkin penting dalam era globalisasi masa kini ialah Internet.
10
Melalui Internet, segala ilmu dan maklumat yang dihasilkan di mana-mana
bahagian di dunia ini dapat dipindahkan dan diketahui oleh masyarakat di bahagian dunia
yang lain. Keadaan ini dapat merapatkan jurang ilmu pengetahuan dan tamadun antara
penghuni dunia.

Bahkan itu saja, sistem pendidikan juga terus berkembang maju dengan adanya
teknologi ini. Pendidikan jarak jauh dapat dilaksanakan dengan berkesan sama ada di
dalam atau di lua rnegeri. Pendidikan bertaraf dunia dapat diwujudkan di Malaysia dalam
era globalisasi. Pendedahan pelbagai maklumat kepada rakyat Malasyia seperti bidang
perubatan yang dapat memberikan maklumat berkenaan makanan berkhasiat dan senaman
yang betuk. Ilmu-ilmu ini menjadikan rakyat Malaysia berilmu pengetahun yang luas.
Globalsiasi juga telah mendatangkan ledakan maklmuat yang telah membawa kepada
beberapa bentuk pemikiran Barat yang bercanggah dengan pegangan Islam yang dianuti
oleh majoriti penduduk Malaysia. Sebagi contoh idea-idea post-modernisme,
deconstrucionalisme dan sebagainya, yang menular masuk melalu dasar langit terbuka.
(Mohd.Yusuf Hassan 2002)

Globalisasi dengan kemudahan Internet dan juga kemajuan perhubungan fizikal


seperti kereta api dan perhubungan udara yang canggih dapat merapatkan perhubungan
antara bangsa dan mewujudkan suasana saling memahami antara pelbagai masyarakat
dunia. Keadaan ini dapat membantu ke arah keharmonian dan keamanan dunia sejagat.

11
6.0 PERANAN GLOBALISASI DALAM USAHA PENYATUAN KAUM

Globalisasi adalah suatu proses integrasi internasional yang menyeluruh di mana


setiap orang tidak terikat oleh negara atau batas-batas wilayah terjadi akibat pertukaran
pandangan dunia, produk, pemikiran, dan lain-lainnya. Dalam ertinya, setiap individu
dapat berhubung dan saling bertukar informasi melalui media elektronik mahupun media
cetak.

Pengertian globalisasi menurut bahasa iaitu suatu proses yang mendunia.


Globalisasi dapat menjadikan suatu negara lebih kecil kerana kemudahan komunikasi
antara negara dalam pelbagai bidang seperti pertukaran informasi dan perdagangan.
Kemajuan infrastruktur pengangkutan dan telekomunikasi, termasuk kemunculan telegraf
dan Internet, merupakan faktor utama dalam globalisasi yang semakin mendorong saling
ketergantungan aktivti ekonomi dan budaya.

Proses globalisasi seharusnya tidak dilihatkan sebagai satu usaha melibatkan


menghomogenan dunia dengan hanya satu sistem ekonomi iaitu sistem kapitalis.
Pandangan negatif proses penghomogenan yang melibatkan usaha mewujudkan satu
budaya tunggal di dunia juga harus dikikiskan. Sebaliknya, globalisasi nampu menjana
faedah kepada hubungan etnik di Malaysia.

Peranan globalisasi dari segi teknologi, rakyat Malaysia boleh bersentuhan dengan
pelbagai budaya dan adat resam daripada kepelbagaian etnik dan ras yang wujud di dunia.
Ketersampaian maklumat dan info membolehkah rakyat Malysia berfikiran terbuka dan
mempunyai sikap toleransi yang tinggi. Kita kena ingatlah kesepaduan sosial di masyarakat
majmuk amat memerlukan sikap toleransi yang tinggi serta penerimaan kepelbagaian yang
sekian wujud wujud di sekitar kita.

12
Keterbukaan minda anggota masyarakat mampu melahirkan warga Malaysia yang
bertoleransi tinggi dan rela berusaha untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat.
Walaupun globalisasi menggalakkan kepelbagaian budaya di Negara Malaysia, namun
kepelbagaian dan diversiti budaya tidak harus dilihatkan sebagai satu ancaman kepada
budaya pribumi. Hal ini demikian kerana kerajaan harus bijak mengambil langkah untuk
menapis anasir-anasir negatif yang dibawa oleh arus globalisasi. Sememangnya, kerajaan
harus berani mengambil langkah yang drastik untuk memastikan globalisasi membawa
impak yang positif dalam hubungan etnik di Malaysia dan sekaligus menyatupadukan
rakyat.

7.0 KESIMPULAN

Kedatangan fenomena globalisasi pada akhir abad ke-20 telah membawa suatu
cabaran baru kepada seluruh dunia, terutamanya kepada masyarakat dunia membangun dan
dunia mundur. Adalah tidak wajar jika kita cuba untuk melarikan diri daripada fenomena
ini kerana ia merupakan suatu yang akan melanda keseluruhan dunia sama ada kita mahu
ataupun tidak, bersetuju atau membantah. Cabaran yang berbentuk ekonomi dan
kewangan, sosio-budaya dan ketahanan kedaulatan negara haruslah dilalui dengan penuh
berhati-hati agar kita tidak kehilangan jati diri kepada kuasa-kuasa besar yang berhasrat
menjadikan globalisasi ini sebagai neo-kolonalisme.

Namun pada masa yang sama, kita harus mencuri peluang-peluang yang ada dalam
mengantarabangsakan produk-produk kita, mengharungi lebuh raya maklumat dan
pengetahuan serta belajar daripada tamadun-tamadun besar dunia.

13
RUJUKAN

Miltttelman, J.H 1996.Globalization: Critical Reflection.Boulder,Co: LynneRienner.Waters,


M.1995.Globalization.London & New York : Rouledge

Abdul Rahman Embong.2000. Wacana Globalisasi.Dlm. Norani Othman & Sumit K.Mandal
(pnyt.). Malaysia Menangani Globalisasi Peserta atau Mangsa, hlm. 46-70. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia

Mohd Yusuf Hassan. 2002. Paradigma Pemikiran Dalam Epistimologi Melayu.Dlm. Asmah Haji
Omar (pnyt). The Genius of Malay Civilisation.

Yani Yahaya & Mary T.S (2004).SPM SEJARAH.Selangor: Sasbadi Sdn.Bhd.

YW Chin (2003) .Budaya dan keusahawanan Cina di Malaysia : Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia

Mohd.Fauzi O, Mohd.Koharuddin B & Mohd Azhar A.H (2009), Globalisasi dan Hubungan
Etnik.UTM.

14

Anda mungkin juga menyukai