Anda di halaman 1dari 11

* Kebaikkan dan

keburukkan media
sosial
Media sosial boleh ditakrifkan sebagai medan di mana individu bersosial
dengan individu lain secara atas talian. Aplikasi yang mula dicipta selepas
wujudnya komputer dan rangkaian Internet ini mampu untuk menghubungkan
seseorang tanpa batasan jarak dan juga masa. Daripada menggunakan teknologi
analog untuk penggunaan telefon, kini kita menggunakan teknologi digital yang
membolehkan panggilan video dibuat secara langsung. sebagai seorang
manusia, kita mempunyai sifat untuk bersosial dengan rakan sekolah, rakan
sepejabat dan juga ahli keluarga. Aplikasi media sosial seperti Facebook,
Instagram dan Twitter telah memudahkan kita untuk mengetahui status sosial
atau kehidupan rakan-rakan, ahli keluarga malah selebriti yang kita minat.

PENDAHULUAN
ISI
Antara kebaikan menggunakan media sosial dalam kalangan remaja
adalah mereka dapat meluaskan jaringan perhubungan. Umum
mengetahui remaja akan mengikuti rakan-rakan sekolah di media sosial
untuk mengetahui kehidupan mereka di luar waktu persekolahan.
Perkongsian aktiviti di luar sekolah bersama rakan-rakan juga dapat
mengeratkan lagi hubungan antara mereka kerana memori tersebut
disimpan secara digital di media sosial. Di media sosial juga remaja boleh
mengikuti individu seperti atlet kebangsaan yang memberikan impak
positif dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, Datuk Azizulhasni
Awang, pelumba basikal negara sering berkongsi rutin harian dan motivasi
yang baik untuk pengikutnya untuk sentiasa memberikan yang terbaik
dalam kehidupan. Tuntasnya, media sosial memberikan impak yang positif
kepada remaja apabila mereka dapat meluaskan jaringan perhubungan
dengan rakan atau individu yang mempunyai pengaruh yang berguna.
Media sosial telah menyebabkan golongan remaja ketagih terhadap penggunannya
adalah kerana mereka akan mendapat hiburan secara percuma. Dalam tekanan
ekonomi serta peningkatan kos sara hidup, hiburan seperti menonton wayang,
bersukan dan melancong memerlukan kos yang tinggi. Oleh sebab itu, golongan
remaja lebih gemar menonton video dan menghabiskan masa di media sosial sebagai
hiburan. Tamsilnya, pasukan bola sepak tempatan mahupun di negara asing
menggunakan media sosial untuk berinteraksi dan meluaskan pengaruhnya kepada
peminat di serata dunia. Perkongsian video sorotan perlawanan menjadi tontonan
utama peminat bola sepak kerana dapat melihat aksi-aksi menarik yang dirangkum
dalam jangka masa yang pendek. Selain itu, fenomena penstriman video semakin
mendapat perhatian dan dikatakan bakal menjadi bentuk hiburan menggantikan
rancangan televisyen. Hal ini kerana, golongan remaja lebih berminat melihat hiburan
yang berbentuk realiti dan secara langsung berbanding rancangan yang mengikut
skrip. Intihannya, golongan remaja perlu diberi ruang untuk berhibur dengan cara lain
seperti bersukan agar tidak tersangkut pada alam maya dan bukan realiti.
Manfaat lain yang mampu diperoleh golongan remaja apbila menggunakan media
sosial adalah menambah ilmu pengetahuan. Media sosial pada hari ini lebih banyak
perkongsian video berbanding penulisan kerana ia lebih interaktif dan menarik.
Tamsilnya, aplikasi TikTok yang menjadi aplikasi paling banyak menerima pengguna
dalam tempoh masa satu tahun. Perkongsian video ini memberikan runag kepada
remaja untuk mempelajari perkara baharu. Dengan bantuan pengawasan daripada
ibu dan bapa, remaja boleh meneroka pelbagai ilmu pengetahuan yang dikongsikan
di media sosial. Contoh lain adalah Khairul Aming, seorang individu yang berkongsi
video memasak serta resipi-resipi tertentu dan secara tidak langsung mengajar
remaja untuk memasak dengan mudah. Jelas bahawa penggunaan media sosial
dapat menambah ilmu pengetahuan golongan remaja jika digunakan dengan kaedah
yang betul dan tepat.
Selain itu,ramai remaja juga menghabiskan masa mereka dengan laman sosial.
laman sesawang sosial, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan
melayari facebook Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada
antaramereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman sesawang
sosial sepertiFacebook dan Twitter. Mereka juga dapat menjadikan laman
sesawang sosial tersebut sebagaialternati# untuk menambahkan pendapatan
bulanan mereka. orang ramai boleh membelidengan mengklik di laman
sesawang dan barangan tersebut akan dihantar melalui pos laju.Siapa sahaa
yang berminat untuk membeli barangan tersebut hanya membayar
denganmemasukan wang ke dalam bank yang telah ditetapkan oleh penjual.
oleh itu, medium inidapat menimatkan masa dan tidak perlu bersesak-sesak di
pusat membeli belah untuk membeli sesuatu barangan.
Seperti ciptaan manusia yang lain, penggunaan media sosial juga terdapat
keburukannya seperti mudah terdedah kepada penipuan identiti atau
maklumat. Aplikasi percuma seperti media sosial mengundang kepada
perbuatan yang jahat individu yang tidak bertanggungjawab untuk
menggunakan identiti palsu dan melakukan penipuan kepada individu atau
masyarakat. Perkara ini menjadi isu khususnya bagi kita yang hidup dalam
masyarakat majmuk di Malaysia. Fitnah dan tohmahan boleh dikongsikan secara
mudah dan pantas tanpa usul periksa daripada sesiapa kerana identiti penyebar
fitnah itu palsu dan tidak beretika. Di sini menunjukkan pentingnya pendidikan
sivik di sekolah untuk mengajar kita menjadi seorang individu yang
bertanggungjawab dan tidak melanggar etika serta tata susila masyarakat kita.
Izharnya, penggunaan media sosial memberi risiko penipuan identiti dan
maklumat kepada remaja yang baru berusia setahun jagung.
media sosial dilihat mendatangkan kemudaratan apabila ia merenggangkan
hubungan remaja dengan ahli keluarga. Apabila seorang remaja menghabiskan
masa di media sosial dan merasakan hubungan secara atas talian bersama rakan-
rakan di alam maya lebih seronok, mereka akan mula menjauhi realiti kehidupan
dengan ahli keluarga. Lebih-lebih lagi ibu dna bapa hari ini sibuk bekerja dan
tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama anak-anak mereka. Maka, anak-
anak memilih untuk bersosial bersama rakan secara atas talian. Situasi ini
seharusnya dibendung kerana hubungan kekeluargaan lebih penting daripada
hubungan di alam maya. Ibu dan bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak
melakukan aktiviti seperti riadah dan bercuti. Ia juga bagi mengelakkan mereka
daripada terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang menjerumus ke arah
gejala sosial. Intihannya, penggunaan media sosial yang keterlaluan dalam
kalangan remaja boleh menyebabkan hubungan mereka dengan ahli keluarga
menjadi renggang.
Selain itu,penggunaan laman sosial menyebabkan golongan remaja menjadi lalai
dalammelakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti
permainan yangterdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna
laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok
sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula,
penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi pelaaran dalam
kalangan remaja. Hal ini akan menyebabkan mereka mengabaikan pelaaran
kerana tiada masa yang diperuntuk untuk mengulang kaji pelajaran.Apabila
berlangsungnya sesuatu peperiksaan markah yang diperolehi merosot dari
peperiksaan sebelum ini menyebabkan mereka tercari-cari kesilapan yang telah
dilakukan untuk diperbetulkan. Golongan pelajar yang menjadi tunjang
kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang
melalaikan masyarakat.Oleh itu, penggunaan laman menyebabkan seseorang itu
membazir masa.
Terima
kasih

Anda mungkin juga menyukai