Anda di halaman 1dari 4

5/18/2021 Punca Ketagihan Media Sosial Dalam Kalangan Remaja

Pusat sosial yang interaktif


Mendapat hiburan secara percuma
Tidak mendapat perhatian keluarga
Pengaruh rakan sebaya
Tekanan realiti hidup

Baca juga: Kesan Penggunaan Kad Kredit Kepada Masyarakat

Contoh Karangan Punca Ketagihan Media


Sosial Dalam Kalangan Remaja
Pendahuluan

Buka Akaun XM Anda


Sekarang
Iklan Menawarkan Fokus Pelanggan,
Iklan
Akses Platform Pada Semua Peranti &…
XM

Buka

Dalam meniti era modenisasi hari ini, kita acapkali terbuai dengan
ciptaan teknologi yang meninggalkan kesan buruk kepada diri dan
masyarakat. Kemampuan untuk memiliki gajet seperti telefon pintar
telah menyebabkan setiap golongan terdedah kepada informasi tanpa
batasan melalui capaian Internet. Akhir-akhir ini, perkembangan media
sosial telah memberikan impak terhadap sosiobudaya masyarakat
bukan sahaja di negara kita bahkan masyarakat dunia. Kewujudan
aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram telah
menyebabkan ribuan pengguna Internet di Malaysia menggunakannya
untuk bersosial. Menurut kajian digital oleh organisasi bukan kerajaan,
jumlah pengguna Internet menunjukkan peningkatan kepada 25 juta
pengguna pada tahun 2018. Statistik ini membuktikan bahawa lebih 80
peratus penduduk di Malaysia menggunakan Internet dan daripada
jumlah tersebut Malaysia merupakan negara ke 9 paling aktif sebagai
pengguna laman sosial. Persoalannya, apakah punca ketagihan media
sosial dalam kalangan remaja yang menjadi polemik ketika ini?

Isi 1
Antara faktor ketagihan golongan remaja terhadap penggunaan media
sosial adalah kerana ia merupakan pusat sosial yang interaktif. Umum
sedia maklum, media sosial dapat memberikan manusia berinteraksi
antara satu sama lain secara langsung tanpa mengira waktu dan lokasi

https://www.ipendidikan.my/ketagihan-media-sosial.html 3/6
5/18/2021 Punca Ketagihan Media Sosial Dalam Kalangan Remaja

hanya dengan capaian Internet. Kesannya, perkongsian informasi


menjadi lebih pantas tanpa sebarang kawalan atau tapisan. Selain
menjadi saluran informasi dunia yang pantas, media sosial juga
mempunyai paparan antara muka yang interaktif dan menarik sehingga
menyebabkan setiap pengguna untuk meluangkan masa yang banyak
menggunakan aplikasi tersebut. Golongan remaja kebanyakannya
mempunyai masa lapang yang lebih lama berbanding golongan dewasa
yang bekerja. Oleh sebab yang demikian, para pembangun aplikasi
media sosial mengetengahkan ciri-ciri yang menarik minat golongan
remaja yang merupakan pengguna aktif mereka. Sebagai contoh,
penstriman video kini menjadi lebih mudah dan pelbagai aktiviti interaktif
yang melibatkan pengguna media sosial untuk menghabiskan masa di
alam maya tersebut. Implikasinya, golongan remaja perlu sedar bahawa
media sosial memang merupakan sasaran pengguna para pembangun
aplikasi namun kita perlu menggunakannya dengan hemah supaya tidak
memudaratkan diri.

Isi 2
Di samping itu, media sosial telah menyebabkan golongan remaja
ketagih terhadap penggunannya adalah kerana mereka akan mendapat
hiburan secara percuma. Dalam tekanan ekonomi serta peningkatan kos
sara hidup, hiburan seperti menonton wayang, bersukan dan melancong
memerlukan kos yang tinggi. Oleh sebab itu, golongan remaja lebih
gemar menonton video dan menghabiskan masa di media sosial
sebagai hiburan. Tamsilnya, pasukan bola sepak tempatan mahupun di
negara asing menggunakan media sosial untuk berinteraksi dan
meluaskan pengaruhnya kepada peminat di serata dunia. Perkongsian
video sorotan perlawanan menjadi tontonan utama peminat bola sepak
kerana dapat melihat aksi-aksi menarik yang dirangkum dalam jangka
masa yang pendek. Selain itu, fenomena penstriman video semakin
mendapat perhatian dan dikatakan bakal menjadi bentuk hiburan
menggantikan rancangan televisyen. Hal ini kerana, golongan remaja
lebih berminat melihat hiburan yang berbentuk realiti dan secara
langsung berbanding rancangan yang mengikut skrip. Intihannya,
golongan remaja perlu diberi ruang untuk berhibur dengan cara lain
seperti bersukan agar tidak tersangkut pada alam maya dan bukan
realiti.

Isi 3
Jika dipandang pada sudut lain, ketagihan penggunan media sosial
dalam kalangan remaja berlaku kerana tidak mendapat perhatian yang
baik daripada keluarga. Situasi ini sering berlaku di kawasan urban di
mana ibu dan bapa keluar bekerja sehingga tiada masa bersama anak-
https://www.ipendidikan.my/ketagihan-media-sosial.html 4/6
5/18/2021 Punca Ketagihan Media Sosial Dalam Kalangan Remaja

anak demi menampung keluarga. Maka anak-anak terutamanya


golongan remaja akan menghabiskan masa di media sosial. Tambahan
pula, golongan remaja yang tersepit dalam maslah rumah tangga antara
ibu dan bapa mereka, pastinya mencari dunia lain seperti media sosial
untuk keluar daripada tekanan hidup mereka. Hal ini demikian kerana,
Justeru, ibu dan bapa sebenarnya berperanan besar dalam memastikan
anak-anak tidak ketagihan terhadap perkara-perkara yang tidak
berfaedah. Di zaman yang penuh dugaan dan cabaran, perhatian dan
kasih sayang daripada ibu dan bapa adalah mustahak dalam
membentuk anak-anak yang baik. Izharnya, golongan remaja
memerlukan perhatian yang sama banyak walaupun mereka telah
berganjak umurnya daripada kanak-kanak kerana cabaran yang mereka
lalui menjadi lebih sukar.

Isi 4
Akhir sekali, punca ketagihan penggunaan media sosial dalam kalangan
remaja adalah pengaruh rakan sebaya. Golongan remaja cenderung
untuk berjumpa dan meluangkan masa dengan rakan sebaya untuk
mendapatkan ketenangan dan kegembiraan. Namun begitu, terdapat
segelintir daripada mereka yang mudah terpengaruh dengan melakukan
perkara yang sia-sia. Persis peribahasa Melayu, kerana nila setitik,
rosak susu sebelanga. Golongan remaja juga gemar menggunakan
sosial media kerana selebriti dan artis daripada seluruh dunia
menggunakan platform ini sebagai cara untuk mendekati peminat
mereka. Oleh yang demikian, remaja perlu sedar bahawa mereka dalam
peringkat umur yang penting dalam kehidupan untuk menjadi insan yang
berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Elakkanlah bersikap
seperti sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna. Tegasnya,
remaja perlu dibimbing dalam persekitaran yang positif agar tidak terleka
dan lalai daripada perkara yang mensia-siakan kehidupan mereka.

https://www.ipendidikan.my/ketagihan-media-sosial.html 5/6
5/18/2021 Punca Ketagihan Media Sosial Dalam Kalangan Remaja

Penutup
Sebagai konklusi, pelbagai faktor dan punca yang memebuatkan
generasi muda ketagih terhadap penggunaan media sosial. Mereka
seharusnya memikirkan masak-masak terlebih dahulu sebelum
melakukan sesuatu perkara ibarat sepuluh kali ukur, sekali kerat.
Ledakan teknologi yang maju seharusnya selaras dari segi undang-
undangnya supaya etika serta tatasusila terhadap penggunaannya
dapat dikawal dan tidak mendatangkan mudarat kepada semua.
Sesungguhnya golongan remaja merupakan nusa bangsa yang bakal
memimpin masa hadapan negara ke arah yang lebih baik. Setiap pihak
perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing demi mencari
mekanisme terbaik dalam menyelesaikan masalah ini. Semoga
masyarakat kita mengambil anjakan paradigma daripada bersikap
konvensional kepada progesif dan madani.

https://www.ipendidikan.my/ketagihan-media-sosial.html 6/6

Anda mungkin juga menyukai