Anda di halaman 1dari 11

PERCUBAAN STPM

BAHASA MELAYU 910/1 2021


KERTAS 1
( 2 JAM )

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL
CERTIFICATE) Untuk kegunaan
pemeriksa
Arahan kepada calon: Bahagian A
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA
ANDA Soalan 1-20
Bahagian B
DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.
21
22
Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tandakan jawapan 23
yang betul pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang dibekalkan. 24
Bahagian C
Jawab semua soalan dalam Bahagian B. Tulis jawapan di 25
dalam ruang yang disediakan. 26
Jawab semua soalan dalam Bahagian C. Jawab satu soalan 27
sahaja dalam Bahagian C. Tulis jawapan anda di dalam helaian
jawapan yang disediakan. Jumlah
Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan.

1 Rumpun Bahasa Austronesia

YangKeluarga
manakah contoh Bahasa Keluarga
yang berasal daripadaKeluarga
keluarga X ? Keluarga
Melanesia I X Polinesia Mikronesia

Tonga
II Tonsea
III Carolina
IV Kalaotoa

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

2. Yang manakah yang ada kaitan dengan etimologi kata Melayu ?


I maleu-kolon
II malayapura
III pamalayu
IV k’un-lun

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
3. Pernyataan berikut berkaitan dengan batu bersurat di Talang Tuwo kecuali
A Mengandungi 14 baris ayat yang ditulis dengan menggunakan huruf Palava
B Batu bersurat ditulis atas perintah raja
C bertarikh 606 tahun Saka, bersamaan 684 M
D kandungan batu bersurat menyeru dewa-dewa supaya melindungi kerajaan
Sriwijaya
4.
Adapun Sang Nila Utama dengan segala Menteri, pegawai, dan rakyat pergi
berburu. Maka terlalu banyak beroleh perburuan. Hatta maka seekor rusa lalu di
hadapan Sang Nila Utama, maka ditikam baginda sekali lagi, kena rusuknya, terus
lalu mati. Maka Sang Nila Utama datang pada suatu batu, terlalu besar dengan
tingginya, maka baginda naik ke atas batu itu memandang ke seberang. Pasirnya
terlalu putih seperti kain terhampar. Maka baginda pun bertanya pada Indera
Bupala, “Pasir yang kelihatan itu tanah mana?” Maka sembah Indera Bupala, “
Itulah ujung tanah Malayu, Temasik Namanya.” Maka titah Sang Nila Utama, “
Mari kita pergi ke sana.”
( Disesuaikan daripada Sejarah Melayu )

Petikan di atas memperlihatkan ciri bahasa Melayu klasik kecuali penggunaan


A ayat pasif
B ayat songsang
C kata pangkal ayat
D kosa kata bahasa istana

5  Disusun dari tahun 1592 hingga 1914


 Dipengaruhi oleh undang-undang Islam
 Kandungannya tentang undang-undang jenayah, undang-undang muamalat,
undang-undang keluarga dan perkahwinan undang-undang yang berkaitan
dengan kesalahan agama dan ibadah

Yang manakah pernyataan yang betul tentang bahan bukti penggunaan bahasa Melayu
klasik yang dinyatakan di atas ?

A Hukum Kanun Melaka


B Hukum Kanun Pahang
C Batu Nisan Malik al-Salleh
D Surat Sultan Ternate kepada Raja Portugal
6 Berdasarkan jadual, padanan pernyataan yang manakah yang batul?

Perancangan Taraf Perancangan Korpus


I Menyelaras ejaan bahasa Melayu di Menyediakan tatabahasa baku yang
Brunei, Malaysia, dan Indonesia diterima oleh semua penutur
II Mendaulatkan bahasa Melayu Menyelaraskan sebutan dengan sistem
sebagai bahasa kebangsaan ejaannya
III Memperjuangkan bahasa Melayu Membuat penyelarasan tentang gaya
sebagai bahasa perpaduan penulisan bahasa Melayu
IV Melaksanakan penggunaan bahasa Menambah jumlah istilah dan kosa kata
Melayu dalam urusan kerajaan umum

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

7
Tokoh bahasa Hasil karya
I Asmah Haji Omar P Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan
Pengajaran
II Nik Safiah Karim Q Daftar Ejaan Melayu : Jawi-Rumi
III Mejar Mohd Said R Buku Katan
Sulaiman
IV Zainal Abidin bin Ahmad S Nahu Melayu Mutakhir

Yang manakah padanan yang betul antara istilah dengan bahasanya?

I II III IV
A S P Q R
B P S R Q
C Q S P R
D S P R Q
8 Yang manakah ayat yang mengandungi perkataan yang menggunakan imbuhan
pinjaman daripada bahasa Sanskrit?
I Pendekatan sejarawi tidak dapat diterima oleh saintis itu.
II Sukan intrajabatan itu akan diadakan pada awal tahun hadapan.
III Pemuda itu merupakan karyawan yang begitu disegani di negara ini.
IV Sambutan belia terhadap seminar dwitahunan itu amat menggalakkan.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

9 Yang manakah pernyataan yang benar tentang fonem?

A Unit bahasa terkecil yang mempunyai makna.


B Unit bahasa yang membentuk perkataan.
C Unit bahasa yang terkecil yang membezakan makna perkataan.
D Unit tatabahasa yang diberikan tanda diaklitik yang tertentu.

10 Yang manakah perkataan yang menggunakan vokal tengah pada suku kata pertama
dan vokal belakang pada suku kata kedua?

A Perun
B Pikul
C Petrol
D Pinang

11
X Diftong
Y Vokal rangkap

Yang manakah padanan yang betul bagi perkataan yang mengandungi X dan Y?

X Y
A Belai sepoi
B Pulau Salai
C Relai kerbau
D Gulai kaut
12
I Letupan lelangit lembut tak bersuara

II Letupan dua bibir bersuara

III Geseran gusi tak bersuara

Yang manakah perkataan yang mengandungi konsonan mengikut susunan di atas?

A tebas
B gebah
C kebas
D detus
13
Lambang konsonan Nama konsonan
I [s] J Geseran lelangit lembut tak bersuara
II [ɣ] K Geseran gusi tak bersuara
III [x] L Geseran bibir-gigi bersuara
IV [v] M Geseran lelangit lembut bersuara

Yang manakah padanan yang betul antara lambang konsonan dengan nama
konsonannya?

I II III IV
A K M J L
B J L M K
C L M J K
D K L J M

14 Bunyi konsonan [ k ], [ g ], dan [ x ] mempunyai persamaan dari segi


A Cara udara dilepaskan
B Menggetarkan pita suara
C Rongga hidung dalam keadaan terbuka
D Sekatan terjadi pada titik artikulasi yang sama
15
I aniaya
II faedah

Yang manakah artikulasi sertaan yang terdapat pada perkataan I dan II?

I II
A Nasalisasi Labialisasi
B Labialisasi Palatalisasi
C Palatalisasi Nasalisasi
D Nasalisasi Glotalisasi

16 Yang manakah ayat yang mengandungi perkataan yang ejaannya tidak mematuhi pola
keselarasan vokal bahasa Melayu ?
A Mesyuarat agung persatuan itu menjadi tegang apabila ada ahli yang
mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh pengerusinya.
B Filem terbaharu lakonan artis terkenal dari Thailand akan ditayangkan di negara
ini beberapa bulan sahaja lagi.
C Penduduk kampung itu melaksanakan aktiviti gotong – royong pada setiap bulan
di kawasan kediaman mereka.
D Pasukan bola sepak negara menghadapi cabaran getir dalam kejohanan peringkat
Asia.

17 Yang manakah pasangan perkataan yang bukan merupakan pasangan minimal ?


A [ parang ] – [ perang ]
B [ kasut ] – [ kusut ]
C [ bilik ] – [ bilek ]
D [ buka ] – [ buku ]
18
I KVK + KV+VK
II KKVK + KV + KVK

Yang manakah perkataan yang susunan suku katanya menepati pola 1 dan 11?

I II
A syafaat transistor
B cendana kritikal
C syarikat kontraktor
D manfaat praktikal

19 Yang manakah kata majmuk ganda yang ditulis dengan betul ?


I Kapal-kapal selam
II Pesuruhjaya-pesuruhjaya
III Setia-setiausaha
IV Jawatan-jawatankuasa

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

20 Yang manakah ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul?

A Dia dilahirkan pada 12 Disember 1998.


B Saya sudah cakap tadi, saya tidak tahu.
C Kejadian itu berlaku sekitar tahun 1960an.
D Bapanya berkata, "Tolong ambilkan buku itu".
Bahagian B [ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dan jawab semua soalan di bawah ini.

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik berbanding dengan negara-negara lain di
seluruh dunia. Bukan sahaja muka buminya dipenuhi dengan keindahan semula jadi yang
menggamit kehadiran pelancong, malah masyarakatnya juga dilihat amat menarik. Ramai
pengkaji antropologi dan sosiologi berpendapat bahawa kajian tentang masyarakat Malaysia
akan menemukan keseronokan jika kajian tersebut dijalankan dengan baik. Masyarakat
Malaysia ialah masyarakat majmuk kerana terdiri daripada berbilang kaum, iaitu Melayu,
Cina, dan India. Selebihnya ialah masyarakat daripada keturunan campuran akibat asimilasi
masyarakat tempatan dengan pendatang awal di Tanah Melayu.
Selain itu, keunuikan masyarakat majmuk di negara ini dapat dilihat melalui
penggunaan satu bahasa, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi.
Bahasa inilah yang berfungsi sebagai bahasa komunikasi antara masyarakat tersebut.
Penggunaan bahasa ini membolehkan masyarakat majmuk di Malaysia hidup dalam suasana
harmoni dan aman damai. Sikap mementingkan diri sendiri tidak wujud, malah sikap
toleransi dan saling menghormati antara pelbagai kaum amat ketara. Keadaan seperti ini
hampir tidak wujud di negara lain termasuk di negara maju baik di Amerika Syarikat
mahupun di negara-negara Eropah serta Afrika Selatan.
Masyarakat majmuk di Malaysia juga bercirikan semangat perpaduan yang jitu
sehingga wujud kerjasama yang erat sesama mereka. Kerjasama ini dapat dilihat baik dalam
apa-apa jua bidang termasuk bidang ekonomi mahupun sosial. Masyarakat yang berbilang
kaum itu juga mengamalkan budaya ibunda yang berbeza seperti perayaan, makanan, dan
pakaian. Namun begitu, setiap kaum menghormati budaya kaum lain tanpa rasa janggal dan
berasa kelainannya. Kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia secara umumnya dipandu
oleh kebebasan untuk mengamalkan budaya asal kaum tertentu tanpa sebarang halangan.
Sebarang masalah dicari jalan penyelesaiannya, umpama menarik rambut di dalam tepung,
rambut jangan putus, tepung jangan berselerak. Namun begitu, agama Islam diterima
sebagai agama rasmi negara dengan agama yang lain bebas untuk diamalkan oleh setiap
penganut.

SULIT*
Dari sudut kepercayaan, setiap masyarakat dibenarkan hidup dalam budaya asal
mereka mengikut kaum masing-masing. Namun begitu pada waktu yang sama, setiap kaum
turut menghormati kepercayaan dan agama yang dianuti oleh kaum lain. Keunikan inilah
yang menjadi daya tarikan masyarakat dari negara lain untuk belajar sesuatu yang menarik
tentang Malaysia. Sesungguhnya, keunikan masyarakat majmuk inilah yang mesti
dipertahankan oleh semua rakyat di negara ini. Hal ini dikatakan demikian kerana kesannya
amat dahsyat jika keunikan masyarakat majmuk ini gagal dipertahankan. Kita berharap
tiadalah pemimpin yang bermuka dua dalam merealisasikan hasrat untuk melahirkan sebuah
masyarakat yang harmoni dan bersatu padu di bumi tercinta ini.

21 Berdasarkan petikan di atas, jelaskan maksud peribahasa berikut:

(a) …umpama menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan
berselerak… [2 ]

(b) …bermuka dua … [2 ]

22 Nyatakan ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia. [6 ]

23
Sesungguhnya, keunikan masyarakat majmuk inilah yang mesti
dipertahankan oleh semua rakyat di negara ini. Hal ini dikatakan demikian
kerana kesannya amat dahsyat jika keunikan masyarakat majmuk ini gagal
dipertahankan.

Jelaskan kesan yang dimaksudkan dalam petikan di atas. Panjang jawapan anda
hendaklah tidak melebihi 150 patah perkataan. [ 20 ]
Bahagian C [ 50 markah ]

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan
berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah.

24 Pada masa ini terdapat pelajar kita yang telah menamatkan pengajian di luar negara dan
berhasrat untuk bekerja di sana. Berikan pendapat anda tentang kebaikan yang diperoleh
mereka apabila bekerja di luar negara dan cadangkan cara untuk menggalakkan mereka
kembali bekerja di tanah air.

25 Kebelakangan ini lambakan produk tiruan di negara kita membimbangkan semua pihak.
Apakah punca keadaan tersebut berlaku dan jelaskan kesannya kepada negara kita.

26 Gejala buli dalam kalangan pelajar di negara kita semakin meningkat dan hal ini
dikatakan berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Sejauh manakah anda bersetuju
dengan pandangan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai