Anda di halaman 1dari 10

KERTAS SOALAN P1 SET S (1)

PERHATIAN : INI BUKAN SOALAN RAMALAN, HANYA LATIHAN BIASA

Bahagian A
Jawab semua soalan.

Soalan 1 berdasarkan rajah di bawah.

Bahasa Austronesia

X Polinesia Melanesia Mikronesia

1 Berdasarkan rajah di atas, antara contoh bahasa yang kesemuanya tergolong


dalam bahasa X ialah bahasa
A Fiji, Bikol, dan Jawa.
B Khmer, Makasar, dan Tonga.
C Bisaya, Maori, dan Champa.
D Tagalog, Sunda, dan Melanau.

X Rumpun
Y Subkeluarga

2 Yang manakah padanan contoh bahasa yang betul bagi bahasa X dan Y?

X Y
A Austroesia Melanesia, Tonga
B Nusantara Sumatera, Gorontalo
C Tibet China Filipina, Makasar
D Austroasi Loinan, Toraja
3 Yang manakah yang ada kaitan dengan etimologi kata Melayu?
I Maleu-kolon
II Malayapura
III Pamalaya
IV K’un-lun
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Soalan 4 berdasarkan jadual yang berikut:


Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden
I makasakti menjadi sakti
II marsila bersila
III marlapas melepas
IV nikenai mengenai

4 Yang manakah yang betul bagi padanan perkataan dalam bahasa Melayu kuno dan
bahasa Melayu moden?
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
5 Yang manakah keterangan yang benar tentang pengaruh bahasa asing dalam
bahasaMelayu kuno?
I Bahasa Sanskrit banyak mempengaruhi sistem kata bahasa Melayu kuno
II Bahasa Melayu kuno menjadi sumber untuk mengesan pengaruh
bahasa Sanskrit
III Bahasa Melayu kuno menerima aksara Sanskrit untuk bahan bertulisnya.
IV Bahasa Sanskrit banyak meyumbang kosa kata ke dalam perbendaharaan kata
bahasa Melayu kuno
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

6 Yang manakah pernyataan yang benar tentang Pejabat Karang Mengarang?


I Antara matlamat penubuhannya adalah untuk menerbitkan
buku teks untuk sekolah Melayu
II Merancang dan melaksanakan program memajukan
dan memperkembangkan bahasa Melayu
III Membentuk istilah untuk memenuhi keperluan pengajaran di
sekolah-sekolah
IV Ditubuhkan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim
pada tahun 1924
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7 Berdasarkan jadual, padanan pernyataan yang manakah yang betul?

Perancangan Taraf Perancangan Korpus

I Menyelaras ejaan bahasa Menyediakan tatabahasa


Melayu di Brunei, baku yang diterima oleh
Malaysia, dan Indonesia semua penutur
II Mendaulatkan bahasa Menyelaraskan sebutan
Melayu sebagai bahasa dengan sistem ejaannya
kebangsaan
III Memperjuangkan bahasa Membuat penyelarasan
Melayu sebagai bahasa tentang gaya penulisan
perpaduan bahasa Melayu
I Melaksanakan penggunaan Menambah jumlah istilah
V bahasa Melayu dalam dan kosa kata umum
urusan kerajaan

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

8 Yang manakah pernyataan yang tidak berkaitan dengan


Perkara 152 Perlembagaan?
A Bahasa Melayu ditulis mengikut jenis tulisan yang diperuntukkan
oleh undang-undang
B Bahasa-bahasa lain boleh digunakan dalam konteks tidak rasmi
C Dalam tempoh 10 tahun selepas Hari Merdeka, bahasa Inggeris
boleh digunakan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
D Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tiada hak untuk
menjaga dan membenarkan penggunaan bahasa-bahasa lain
di negara ini

9 Pernyataan yang manakah yang benar tentang Pakatan Belajar


Mengajar Pengetahuan Bahasa?
I Berusaha memantapkan dan memodenkan bahasa Melayu
II Terlibat dalam penghasilan dan penerbitan buku-buku dalam
bahasa Melayu
III Memperjuangkan pengiktirafan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan
IV Menjadi asas kepada penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
pada tahun 1956
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10 Keterangan yang benar tentang huruf-huruf dalam bahasa Melayu ialah


I setiap huruf melambangkan satu bunyi
II namanya sama dengan nama fonemnya
III terdapat satu huruf menjadi lambang kepada dua fonem
IV terdapat dua huruf menjadi lambang kepada satu fonem
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Soalan 11 berdasarkan rajah di bawah.

I Terdiri daripada otot kenyal


II Boleh dihamparkan dan dibundarkan
III Boleh membuat sekatan terhadap laluan udara

11 Yang manakah perkataan yang mengandungi bunyi yang dihasilkan


dengan menggunakan alat perrtuturan di atas?
I Terang
II Reban
III Kelam
IV Kertas
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Soalan 12 berdasarkan rajah di bawah.

Asli Pinjaman

Contoh: [ s ] Contoh: [ f ]
12 M dalam carta di atas ialah
A sisian
B letusan
C geseran
D sengauan

Soalan 13 berdasarkan rangsangan yang berikut:-

Rondaan
Kerajaan
Kebendaan

13 Ketika membunyikan perkataan di atas, antara rangkap vokal [a, a],


wujud satu unsur bunyi yang dilambangkan oleh lambang
A [ˀ]
B [ʷ]
C [ʸ]
D [ʲ ]

14 Yang manakah padanan yang betul antara perkataan dengan transkripsi


fonetiknya?

Perkataan Penulisan fonetiknya


I Pendaulatan [ pendaulatan ]
II Penyongsangan [ pәɲoŋsaŋan ]
III Pengebelakangan [ pəŋəbәlakaŋan]
IV Kepercayaan [ kepәrčaǰaʔan]

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

15. Yang manakah perkataan yang mengandungi vokal rangkap yang kedua-duanya
tersengau?
I Meriah
II Dunia
III Semua
IV Panau

A. I dan IV C II dan III


B. I dan III D II dan IV
Soalan 16 berdasarkan rangsangan di bawah.

X= Konsonan pinjaman
Y= Konsonan Asli
Z= Vokal sempit
16 Berdasarkan pernyataan di atas, yang manakah padanan yang betul?

X Y Z
A ʕ ɛ a
B ɣ ɲ u
C ŋ x i
D Q z ɔ

Soalan 17 berdasarkan rangsangan di bawah.

X - Letupan lelangit lembut bersuara.


Y - Geseran dua bibir tak bersuara.

17. Yang manakah padanan perkataan yang mengandungi bunyi yang diwakili oleh X
dan Y.

X Y
A. keruping novelis
B. tunggal Skaf
C. tersungkur musykil
D. mendengkur akhirat

Bunyi Sengauan

Q R Gusi Dua bibir

18. Bunyi Q dan R terdapat dalam perkataan


I Membran
II Sekunder
III Kandungan
IV Penyenaraian
A. I dan II
B. I dan III
C. I dan IV
D. III dan IV

19 Kata majmuk yang dieja dengan betul ialah


I tindak laku
II urus niaga
III beri tahu
IV suruhan jaya
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

` Soalan 20 berdasarkan petikan di bawah,

Imran dan bapanya sampai pada pukul 5:00 [I] petang. Imran meminta
bapanya supaya berehat sebenar; [II] sementara dia pergi mencari makanan
untuk mereka berdua. Imran membeli biskut, roti, gula, kopi, [III} dan susu.
Imran juga membeli sebuah majalah bulanan ‘DwiMutiara’ [IV] yang amat
diminatinya.

20 Dalam petikan di atas, yang manakah penggunaan tanda baca yang betul?
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
BAHAGIAN B - PEMBACAAN KRITIS DAN ANALITIS

Baca petikan di bawah ini dan jawab semua soalan yang mengikutinya.
Kita sering tertanya-tanya, mengapakah di negara kita ini kerap benar berlaku
kemalangan jalan raya yang dahsyat sehingga meragut banyak nyawa. Pihak kerajaan,
melalui Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, dan Majlis Keselamatan Jalan
Raya telah melakukan tindakan yang terbaik untuk mengurangkan kadar kemalangan, tetapi
hasilnya masih tidak menggalakkan. Secara purata, setiap hari seramai 16 atau 17 orang
pengguna jalan raya maut kerana kemalangan di jalan raya.
Punca kemalangan jalan raya sebahagian besarnya memang terletak pada bahu
pengguna jalan raya, khususnya pemandu kenderaan itu sendiri. Banyak perkara sebenarnya
melibatkan keprihatinan dan daya sedar pemandu, baik sebelum memandu mahupun semasa
memandu kenderaan.
Punca utamanya, iaitu kecuaian pemandu dapat kita tinjau dari beberapa aspek. Yang
pertamanya ialah penjagaannya terhadap kenderaan yang dimiliki. Ada pemilik atau pemandu
tidak menjaga kederaannya dengan baik, misalnya tidak menghantar kenderaannya untuk
kerja-kerja penyenggaraan mengikut waktu yang sepatutnya. Hal ini menyebabkan
kemungkinan kenderaan tersebut akan mengalami masalah, seperti kerosakan alat yang
penting, seperti brek dan lampu isyarat.. Jika ini berlaku, risiko kemalangan adalah tinggi.
Kecuaian semasa memandu pula dapat kita kaitkan dengan pemanduan tanpa berhati-
hati walaupun ketika memandu di jalan yang berbahaya, seperti di atas jalan raya yang
bengkang-bengkok, di selekoh tajam, di jalan yang licin, di jalan yang berlopak-lopak,
rosak, dan sebagainya. Mereka memandu dengan laju tanpa mempedulikan keselamatan
pengguna jalan raya yang lain, penumpang kenderaan mereka, malah diri mereka sendiri.
Persepsi pemandu terhadap pemanduan juga ada pengaruhnya. Sesetengah pemandu
menganggap kelajuan dan kecekapan memandu kenderaan di jalan raya dapat menonjolkan
kehandalan dan kejagohan diri. Oleh sebab itu, mereka memandu dengan laju. Sekiranya
setiap individu dapat dikejutkan daripada kecuaian yang sedemikian, kadar kemalangan di
jalan raya akan dapat dikurangkan tanpa memerlukan pengawasan yang ketat daripada pihak
berkuasa.

Ada juga pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan keadaan diri mereka sendiri
sebelum memandu, misalnya mereka tidak pernah menyoal adakah pada ketika itu mereka
mengantuk, terlalu kenyang, mabuk, mengalami tekanan perasaan, mengalami gangguan
emosi atau fikiran, tidak sihat atau sebagainya? Mereka juga tidak peduli akan keadaan di
persekitaran, iaitu sama ada cuaca baik, hujan, panas terik atau sebagainya. Semuanya ini
mempengaruhi pemanduan. Pemandu yang cermat akan mengambil kira semua aspek
keselamatan sebelum memulakan perjalanan. Sikap inilah yang wajar kita tanam dalam diri
penngguna jalan raya, terutamanya pemandu.

Soalan :
21. Berdasarkan kandungan petikan di atas, apakah perkara yang mengecewakan
penulis? [2 m]
22. Bagi penulis, apakah cara yang paling berkesan untuk mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya? [2 m]
23. Huraikan apakah yang dimaksudkan oleh penulis dengan kecuaian pemandu
sebagai faktor berlakunya kemalangan jalan raya di negara ini. [4 m]
24. Nyatakan pendapat penulis tentang punca kemalangan jalan raya yang berkaitan
dengan aspek persepsi pemanduan dalam kalangan pemandu kenderaan. [2 m]

Punca utama kemalangan jalan raya di negara ini ialah kecuaian


pemandu.
25. Berikan ulasan anda tentang pernyataan di atas. Jawapan anda hendaklah tidak
melebihi 150 patah perkataan. [20 m]

Bahagian C
Tulis sebuah esei yang panjangnya antara 600-650 patah perkataan berdasarkan satu
daripada tajuk yang berikut.
1. Kini, harga petroleum di pasaran dunia telah turun berbanding dengan harganya pada
sekitar empat hingga lima tahun yang lalu. Bincangkan kesan penurunan tersebut.
2. Malaysia bukan sahaja telah mengeluarkan kereta nasionalnya sendiri malah telah
menguasakan pemasangan kereta luar negara. Huraikan kebaikan langkah tersebut.
3. Pada masa ini kita menyaksikan kenaikan harga barangan, termasuk barangan
makanan. Apakah kesan keadaan tersebut dan nyatakan langkah yang perlu dilakukan
untuk mengurangkannya.

RHS-DU-2016©

Anda mungkin juga menyukai