Anda di halaman 1dari 3

Bahasa Melayu

Kertas 1 FONOLOGI – BUNYI DIFTONG


(Soalan Sebenar STPM: 2001-2010)
STPM

01 Antara kumpulan kata yang berikut, yang manakah yang mengandungi diftong?

I Halau, mulai, kuasa III Boikot, haiwan, aurat


II Sepoi, taliah, kuih IV Kerbau, rambai, sekoi

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
2001:26

02 Antara yang berikut, yang manakah perkataan yang mengandungi bunyi yang dihasilkan
dengan menyebut vokal depan luas dahulu, kemudian digeluncurkan ke arah vokal belakang
sempit?

A Taut C Halau
B Kain D Hairan
2002:26

03 Pilih pernyataan yang benar tentang bunyi diftong.

I Terdapat unsur geluncuran


II Kombinasi dua bunyi vokal
III Membentuk lebih daripada satu suku kata
IV Mempunyai dua puncak kelantangan

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
2002:30

04 Antara kumpulan perkataan berikut, yang manakah kesemuanya mengandungi bunyi


diftong?

A Gulai, mulai, salai C Daun, serai, sendawa


B Pantai, pulau, induk D Tauliah, berbaloi, hairan
2003:25

05 Diftong [ ai ] ialah bunyi yang dimulai dengan cara penghasilan vokal depan luas,
kemudian berlaku geluncuran ke arah bunyi

A vokal depan sempit C vokal depan separuh sempit


B vokal belakang luas D vokal tengah separuh luas
2004:31
06 Antara yang berikut, yang manakah kata yang mengandungi bunyi diftong?

I Bait III Audit


II Sauk IV Baiduri

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
2005:29

07 Antara yang berikut, yang manakah penyataan yang benar tentang diftong?

I Terdapat unsur geluncuran


II Mempunyai satu puncak kelantangan
III Wujud hentian semasa penghasilannya
IV Gabungan vokalnya membentuk dua suku kata

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
2006:29

08 Yang manakah penyataan yang benar tentang bunyi diftong?


I Bunyi diftong dihasilkan dalam satu nafas.
II Bunyi diftong membentuk dua suku kata yang berbeza.
III Dalam tulisan, bunyi diftong dilambangkan oleh dua huruf vokal.
IV Setiap vokal dalam bunyi diftong dihasilkan dengan kelantangan yang sama.

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
2007:27

09 Yang manakah kata yang mengandungi bunyi diftong?

I Berbait III Mengintai


II Memaut IV Berkilauan

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV
2009:29

10
Lidah diletakkan sebagaimana menghasilkan bunyi vokal belakang separuh sempit
dan dengan dengan pantas digeluncurkan ke arah membunyikan vokal hadapan
sempit. Keadaan bibir berubah daripada budar menjadi hampar.

Yang manakah kata yang mengandungi bunyi yang terhasil dengan cara di atas?

A Kaloi C Lambai
B Taufan D Sempoa
2010:25
11 Yang manakah ayat yang mempunyai kata yang mengandungi diftong?

I Kemerduan suaranya mengagumkan.


II Biarkan dia berpaut pada dahan pokok.
III Ikatan persaudaraan mereka erat sekali.
IV Penonton kehairanan menyaksikan pertunjukan sarkas itu.

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
2010:30

Susunan: SuhaimiMohdSalleh@DESSO2010

Anda mungkin juga menyukai