Anda di halaman 1dari 23

SEMESTER 2 2021/2022

PBP3023: Projek Tahun Akhir 2

Analisis Penggunaan Bahasa Rojak Dalam


Aplikasi Media Sosial Tiktok di Malaysia

Ezra Choung Hiea Ching (69660)


TUJUAN/OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dengan lebih menyeluruh berkenaan
pola bahasa rojak yang digunakan dalam aplikasi media sosial (TikTok)
dalam kalangan pengguna TikTok di Malaysia ketika bertutur dalam
bahasa Melayu.

Objektif kajian ini adalah untuk :

1. Mengenal pasti pola bahasa rojak yang digunakan ketika bertutur


dalam bahasa Melayu dalam aplikasi media sosial (TikTok) oleh
pengguna TikTok di Malaysia.

2. Menerangkan faktor-faktor penggunaan bahasa rojak dalam aplikasi


media sosial (TikTok) oleh pengguna TikTok di Malaysia.
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian : Satu kajian deskriptif yang tertumpu kepada data
kualitatif tentang pilihan bahasa untuk melihat penggunaan pola bahasa rojak
dalam aplikasi media sosial (TikTok) dalam kalangan pengguna di Malaysia
dan sebab-sebab penggunaannya dalam komunikasi aplikasi media sosial
(TikTok).
METODOLOGI
Teks dianalisis : Transkripsi dari 31 buah video berdurasi 31 minit oleh
pengguna TikTok di Malaysia yang bertutur menggunakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pertama dan menggunakan bahasa rojak.

Skop Kajian :

1. Penutur mesti menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama.

2. Penutur terdiri daripada golongan belia hingga golongan pertengahan umur.

3. Kumulatif kesemua video adalah selama 31 minit.

4. Penutur aktif memuatnaik video dalam aplikasi media sosial TikTok.


INSTRUMEN
Instrumen 1 : Kerangka analisis teori faktor-faktor percampuran kod oleh
Hoffman (1991, dalam Girsang, 2015)

Faktor-faktor percampuran
Definisi
kod (Hoffman, 1991)

Penutur bilingual dan multilingual lebih suka bercakap tentang


topik tertentu sama ada daripada bahasa pertama ke bahasa
kedua atau sebaliknya. Kadangkala, seseorang penutur berasa
bebas dan lebih selesa untuk meluahkan perasaannya lebih-
lebih lagi perasaan yang emosin yang mendalam dalam bahasa
Bercakap tentang topik
yang bukan bahasa hariannya. Fenomena ini boleh dilihat di
tertentu
Singapura, di mana bahasa Inggeris digunakan untuk urusan
perdagangan atau urusan perniagaan. Misalnya, Mandarin
untuk bahasa “Cina” di peringkat antarabangsa, Melayu sebagai
bahasa rantau Singapura, dan bahasa Tamil sebagai bahasa
salah satu kumpulan etnik penting di republik itu.
INSTRUMEN
Faktor-faktor percampuran
Definisi
kod
Penutur bilingual dan multingual suka menukar kod dan beralih
kod kerana memetik ungkapan orang lain seperti ungkapan yang
Memetik ungkapan orang lain terkenal, peribahasa, atau ungkapan daripada tokoh terkenal.
Ungkapan yang dipetik boleh dipetik daripada bahasa pertama
atau bahasa kedua.
Apabila seseorang penutur yang bercakap menggunakan bahasa
yang bukan bahasa ibundanya tiba-tiba ingin menegaskan
tentang sesuatu, penutur tersebut akan secara sengaja atau
Sebagai penegasan terhadap
secara tidak sengaja akan bertukar bahasa daripada bahasa
sesuatu
kedua kepada bahasa pertamanya. Hal ini demikian kerana
penutur lebih mudah untuk menegaskan sesuatu dalam bahasa
kedua dan bukannya dalam bahasa pertamanya atau sebaliknya.
Kata seru ialah perkataan atau ungkapan yang disisipkan ke
dalam ayat untuk menyampaikan
Kata seru atau penyambung
ayat kejutan, emosi yang kuat, atau untuk mendapatkan perhatian.
Kata seru ialah kata seru pendek dalam bahasa pertama atau
bahasa kedua seperti “Darn!”, “Hey!”, “Nah!”, “See!”, dan
INSTRUMEN
Faktor-faktor percampuran
Definisi
kod
sebagainya. Mereka tidak mempunyai nilai tatabahasa tetapi
penutur selalu menggunakannya lebih-lebih lagi dalam
komunikasi lisan berbanding komunikasi bukan lisan.
Apabila seseorang penutur dwibahasa atau berbilang bahasa
ingin menjelaskan ucapannya supaya ia difahami dengan lebih
baik oleh pendengar, penutur tersebut boleh menggunakan
Pengulangan digunakan untuk kedua-dua bahasa yang dikuasai untuk mengatakan mesej yang
penjelasan sama. Lazimnya, mesej dalam satu kod diulang dalam kod lain
secara literal. Pengulangan bukan sahaja disampaikan untuk
menjelaskan apa yang dikatakan, tetapi juga untuk menguatkan
atau menekankan mesej yang hendak disampaikan.
Percampuran kod kerap berlaku apabila penutur dwibahasa
atau berbilang bahasa bercakap dengan dwibahasa atau
Niat untuk menjelaskan berbilang bahasa. Hal ini demikian kerana penutur bermaksud
kandungan ucapan untuk memastikan komunikasi berjalan dengan lancar dan
mesej yang ingin disampaikan dapat difahami oleh pendengar.
Ini juga bermaksud mesej dalam satu kod akan diulang dalam
INSTRUMEN
Faktor-faktor percampuran
Definisi
kod
kod atau bahasa lain dalam bentuk yang diubah suai sedikit.

Penukaran kod dan percampuran kod juga boleh digunakan


untuk menyatakan identiti kumpulan. Cara komunikasi ahli
akademik berkomunikasi jelas sekali berbeza dengan kumpulan
Menyatakan identiti kumpulan
masyarakat lain. Dengan kata lain, cara komunikasi seseorang
yang mempunyai latar belakang pendidikan tidak sama dengan
cara komunikasi masyarakat biasa.
PROSEDUR PENGUMPULAN
DATA
Objektif 1 : Mengenal pasti pola bahasa rojak yang digunakan ketika
bertutur dalam bahasa Melayu dalam aplikasi media sosial (TikTok) oleh
pengguna TikTok di Malaysia.

1. Untuk mengenalpasti informan yang menggunakan bahasa rojak, pengkaji n


menetapkan TikTok sebagai media sosial pilihan untuk menjalankan kajian.

2. Kumulatif masa keseluruhan video ditetapkan selama tidak kurang dari 30 minit.

3. Tempoh pemerhatian adalah dalam jangka masa 4 bulan dimana sampel yang diambil
adalah berdasarkan video yang dimuatnaik bermula pada Februari 2022 sehingga Mei
2022.
PROSEDUR PENGANALISISAN
DATA
Objektif 1 : Mengenal pasti pola bahasa rojak yang digunakan ketika
bertutur dalam bahasa Melayu dalam aplikasi media sosial (TikTok) oleh
pengguna TikTok di Malaysia.

1. Pertuturan dalam video ditranskripsikan ke dalam bentuk word.

2. Data yang mengandungi unsur bahasa rojak dikenalpasti.

3. Data dikelaskan mengikut pola bahasa rojak yang hadir dalam pertuturan
penutur.
PROSEDUR PENGANALISISAN DATA

Objektif 2 : Menerangkan faktor-faktor penggunaan bahasa rojak dalam


aplikasi media sosial (TikTok) oleh pengguna TikTok di Malaysia.

1. Pemerhatian terhadap data yang mengandungi unsur bahasa rojak.

2. Data yang berkaitan dengan faktor-faktor penggunaan campur kod dianalisis


berdasarkan teori faktor percampuran kod oleh Hoffman (1991, dalam Girsang,
2015).

3.Data kemudian dikelaskan mengikut elemen faktor percampuran kod oleh


Hoffman (1991) dalam bentuk jadual.

4. Purata data dikira untuk melihat kekerapan setiap jenis faktor bahasa rojak
tersebut.
DAPATAN KAJIAN
Objektif 1 : Mengenal pasti pola bahasa rojak yang digunakan ketika
bertutur dalam bahasa Melayu dalam aplikasi media sosial (TikTok) oleh
pengguna TikTok di Malaysia.

1. Analisis terhadap 31 buah video yang telah ditranskripsikan menujukkan


terdapat 6 pola bahasa rojak digunakan dalam pertuturan bahasa Melayu
oleh pengguna TikTok.

2. Pola bahasa rojak yang paling kerap berlaku adalah bahasa rojak Melayu -
Inggeris (77.4%).

3. Pola bahasa rojak yang paling tidak kerap adalah bahasa rojak Melayu -
Arab (3.2%).
DAPATAN KAJIAN
Pola bahasa rojak Frekuensi Peratusan

Melayu - Inggeris 24 77.4%

Melayu - Inggeris - Thailand 2 6.5%

Melayu - Inggeris - Korea 2 6.5%

Melayu - Inggeris - Indonesia 1 3.2%

Melayu - Indonesia 1 3.2%

Melayu - Arab 1 3.2%

Jumlah 31 100
DAPATAN KAJIAN
 Dalam kajian ini, pengkaji telah mengenalpasti sejumlah 24 buah video
yang telah ditranskripsi mengandungi pola bahasa rojak Melayu -
Inggeris.
Berikut merupakan senarai 24 data pola bahasa rojak Melayu - Inggeris;

Bil Data
1. Aunty rasa aunty puasa macam biasa. Ok. Aunty akan bangun sahur. Masa muda
dulu aunty tak bangun sahur.
2. Jadi kita mesti proper sikit kan.
3. I drop uitm Sri Iskandar I ambil course pembangunan I drop sebab tak minat
bangunan.
4. Ok ibu nak make-up yang macam mana?
5. Kalau ada yang tak percaya kau tu student, kau pergi beraya pakai lanyard.
DAPATAN KAJIAN
Bil Data

6. Ada orang rasa travel ni buang masa buang duit.


7. Ok Aqif ni you anggap je la macam baby.
8. Make-up pagi raya kelam kabut let’s go.
9. Kau rasa macam umur kau makin lanjut and then kau patut kawin.
10 Ada tujuh sebab kenapa you kena masalah penyakit thyroid sama ada hypo atau
. hyper.
11 Kalau nak pergi Sarawak, memang kena enter Sarawak, kalau nak pergi Sarawak,
. kena enter Sabah.
12 Tapi lepas I buat model I jatuh pakai heels.
.
13 Cuba share pulak kalau ada kawan korang yang pergi juga.
.
14 Guys, I dah give up dah nak hangout dengan viral squad.
.
DAPATAN KAJIAN
Bil Data

16 Ada tak orang di luar sana yang macam saya? Selalu overthink sama ada
. overplace sesuatu yang telah berlaku pada masa lampau ataupun over analize
perkara yang sedang berlaku?
17 So Abby ada tengok satu tempat ni tau. Diorang cakap pasal face lift semua tu la.
. Dah dekat treatment room.
18 Setuju tak kalau aku kata, kawan yang selalu buat kita happy, yang selalu
. memeriahkan keadaan adalah orang yang selalu menangis waktu dia sorang-
sorang. Cuba tengok kawan-kawan kita, ada tak yang macam tu?
19 Hello, Assalamualaikum semua. Hari ni kita check-in dekat Kuantan. Ok dekat
. Kuantan, dan ofcourse saya nak buat live so saya nak ambil apartment dan
apartment ini ditepi laut.
20 Itu berapa layer benda sakit kau tau.
.
21 Tapi kalau macam effort dia macam mau nda mau seja.
.
DAPATAN KAJIAN
Bil Data
22 Mindset ni dua je. Fixed mindset, grow mindset.
.
23 Best nya jadi stewardess. Hari-hari on time pergi overseas. Sebenarnya saya lagi
. prefer untuk travel by my own sebenarnya.
24 Ada ka mak-mak kat luar sana bila keluar dengan member dia, dia serabut tau.
.
DAPATAN KAJIAN
Objektif 2 : Menerangkan faktor-faktor penggunaan bahasa rojak dalam
aplikasi media sosial (TikTok) oleh pengguna TikTok di Malaysia.

1. Pengkaji menemukan terdapat 6 daripada 7 faktor percampuran kod


berdasarkan teori Hoffman (1991) hadir dalam dapatan kajian pengkaji.

2. Faktor yang paling dominan merupakan faktor bercakap tentang topik


tertentu (51.6%) dan faktor paling kurang berlaku adalah faktor kata seru dan
penyambung ayat (3.2%) serta faktor niat untuk menjelaskan sesuatu (3.2%).
Faktor memetik ungkapan orang lain pula tidak ditemukan.
DAPATAN KAJIAN
Faktor-faktor penggunaan campur kod Frekuensi Peratusan
(Hoffman, 1991).
Bercakap tentang topik tertentu 16 51.6%
Memetik ungkapan orang lain 0 0%
Sebagai penegasan terhadap sesuatu 6 19.4%
Kata seru atau penyambung ayat 1 3.2%

Pengulangan digunakan untuk penjelasan 2 6.5%

Niat untuk menjelaskan kandungan ucapan 1 3.2%


untuk lawan bicara
Menyatakan identiti kumpulan 5 16.1%

Jumlah 31 100
DAPATAN KAJIAN
 Faktor penggunaan bahasa rojak tertinggi merupakan bercakap tentang
topik tertentu (51.6%).
 Menurut Cakrawarti (2011), penutur bahasa rojak gemar menggunakan
bahasa lain untuk menjelaskan sesuatu kerana merasa bebas dan selesa agar
mesej dapat disampaikan dengan berkesan dari segi tekanan nada dan emosi.

 Misalnya yang terdapat dalam petikan tersebut;

"So, ngabuburit ini adalah bahasa Sunda dekat Indonesia yang artinya
adalah kegiatan sebelum menjelang berbuka".
PERBINCANGAN
 Analisis berkenaan pola bahasa rojak dalam media sosial TikTok dalam
kalangan pengguna di Malaysia menunjukkan bahawa terdapat 6 bahasa asing
yang dirojakkan dengan bahasa Melayu.
 Bahasa rojak yang paling tinggi penggunaannya adalah bahasa rojak Melayu
- Inggeris dan dapatan kajian Ma'alip (2015) menyokong hasil dapatan kajian
ini.
PERBINCANGAN
 Kajian Cakrawarti (2011) dan Girsang (2015) mempunyai persamaan dengan
kajian pengkaji semasa iaitu melihat faktor-faktor penggunaan bahasa rojak
menggunakan teori Hoffman (1991).
Sungguhpun begitu, kajian ini dilakukan terhadap bahasa Indonesia dan
kajian terhadap bahasa Melayu masih tiada serta kajian Girsang (2015)
tertumpu kepada pengiklanan dalam Televisyen dan bukan laman media sosial
khususnya TikTok.
 Hasilnya, pengkaji semasa menemukan bahawa faktor penggunaan bahasa
rojak tertinggi adalah sebagai bercakap tentang topik tertentu.
KESIMPULAN

Kajian penggunaan bahasa rojak dalam media sosial TikTok akan menambah
dapatan kajian baharu dalam bidang kajian sosiolinguistik. Hal ini demikian
kerana dunia sentiasa mengalami pembaharuan serta teknologi mengalami
perkembangan demikian juga dengan bahasa yang mudah mengalami evolusi
dari zaman ke zaman.

Kajian ini penting untuk membuktikan perkembangan penggunaan bahasa


rojak ini di laman media sosial TikTok yang sedang hangat digunakan oleh
ramai penduduk di seluruh dunia.

 Hasil kajian ini berpotensi untuk memberi idea kepada penyelidik masa akan
datang tentang topik yang harus dikaji dengan lebih mendalam

Anda mungkin juga menyukai