Anda di halaman 1dari 4

BMP534 – KETERAMPILAN PERUCAPAN BAHASA MELAYU

GAYA BAHASA RETORIK

1. Aliterasi
Perulangan bunyi konsonan, biasanya pada awal perkataan yang berurutan dalam satu
baris atau ayat. Banyak terdapat dalam sajak dan dilakukan untuk memperoleh kesan
kesedapan bunyi.
Cth: ​Kan ku benamkan dadaku
kaki kananku ke bulan
kaki kiriku ke matahari
kan ku hanyutkan hatiku

2. Anafora
Pengulangan sesuatu kata/ frasa pada permulaan beberapa kalimah/ klausa yang
berturut agar memeproleh kesan tertentu.
Cth: ​Merekalah yang bersalah, merekalah perosak bangsa, merekalah harapan masa
depan yang pudar.

3. Asonansi
Perulangan bunyi vokal yang sama sering terdapat dalam puisi/ prosa lirik. Dalam karya
prosa biasa pengulangan bunyi vokal selalunya tidak menarik minat pembaca. Namun,
dalam puisi, pengulangan bunyi vokal memberi kesan kepada perucapan.
Cth: ​Dari darah, dari nanah yang punah di tanah.

4. Apostrophe
Penukaran mendadak daripada hadirin/ individu yang lain sama ada dalam dewan atau
tidak.
Cth: ​Wahai roh-roh nenek moyang kami yang berada di negeri atas, tengah, bawah dan
lindungilah warga desaku ini.

5. Kiasmus
Perulangan kata yang bertentangan maknanya dalam ayat.
Cth: ​Dia selalu menyalahkan yang benar dan membenarkan yang salah​.

6. Koreksio
Penegasan tentang sesuatu tetapi menukarkannya secara serta merta.
Cth: ​masuk kali ini sudah 7 kali eh bukan sudah 8 kali dia pindah.
7. Asindeton
Ayat majmuk yang dipadatkan dan tidak menggunakan kata hubung.
Cth: ​Segala dugaan, cabaran, rintangan perlu dihadapi dengan tabah, sabar,
berkeyakinan demi mencapai kejayaan.

8. Metafora
Dibentuk berdasarkan analogi yang menyamakan sesuatu benda dengan benda ataupun
objek dengan benda ataupun objek yang lain. Memindahkan sifat ataupun sejumlah
sifat objek pertama kepada objek kedua. Metafora ialah kiasan langsung/ perbandingan
antara 2 objek.
Cth: 1. ​Kuku besi
2. ​kambing hitam

9. Onomatopoiea
Perkataan yang meniru bunyi kejadian fenomena alam semula jadi atau kata yang
bunyinya ditiru daripada bunyi ilmiah.
Cth: ​Bunyi bek, kuek, meow, bom dll

10. Paradok
Perkataan yang tidak logik tetapi ada kebenaran/ sesuatu yang bertentangan dengan
pendapat yang diterima umum.
Cth: ​Dia kesunyian di tengah keramaian

11. Personifikasi
Objek bukan manusia diberi/ disamakan dengan sifat manusia, lengkap dengan fikiran,
perasaan, kelakuan dan sebagainya. Personifikasi boleh menghidupkan imaginasi
khalayak dan memperkentalkan imej.
Cth: ​Kotaku hilang tanpa jiwa

12. Metonimia
Menggunakan satu perkataan untuk maksud sesuatu yang ada hubungan dengannya.
Cth: ​Dia baru membeli sebuah kancil. ​(Kancil yang merujuk kepada nama kereta
tempatan)

13. Polisindeton
Mengungkap sesuatu ayat menggunakan kata hubung untuk diberikan dalam ucapan.
Cth: ​Pembangunan ekonomi adalah sangat penting demi menjamin masa depan yang
lebihy gemilang untuk generasi akan datang yang akan mewarisi negara ini serta
meletakkannya di peta negara maju.

14. Similie
Bahasa perbandingan peringkat termudah, iaitu perbandingan antara suatu objek atau
konsep dengan objek atau konsep lain yang sebenarnya tidak sama tetapi mempunyai
aspek-aspek tertentu yang dianggap sama. perbandingan ini bersifat imaginatif dan
dianggap perbandingan peringkat termudah kerana kata-kata perbandingan digunakan.
Cth: 1. ​Dia kejam seperti Pol Pot
2. ​Pemimpin itu zalim seperti Firaun
3​. Gadis desa itu​ ​cantik seperti bidadari

15. Eufimisme
Sejenis gaya kiasan halus yang biasanya berbentuk ungkapan atau simpulan bahasa yang
mengandungi isi atau pengertian yang kurang menyenangkan. dengan cara ini,
pendengar tidak rasa tersinggung atau kecil hati.
Cth: ​mati – mneinggal dunia
bini – isteri/ orang rumah
berak – ke sunagi besar
bunting – berbadan dua/ hamil

16. Hiperbola
Pernyataan yang berlebih-lebihan. Bertujuan untuk menekankan sesuatu pandangan
atau idea. Tidak boleh diterima secara literal kerana sifatnya yang berlebih-lebihan.
Cth: ​Jika kamu gagal kali ini, kamu akan disembelih

17. Ironi
Mengatakan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang sebenarnya difikirkan seperti
bentuk cemuhan, sindiran dan ejekan.
Cth: ​Saya tahu saudara telah berusaha bersungguh-sungguh (sindiran)

18. Litotes
Pernyataan dengan tujuan merendah diri
Cth: ​Apalah ada padaku, harta tiada, budi pun kurang

19. Tautologi
Pengulangan idea
Cth: (Ucapan Perdana Menteri)
Hati mana tidak dirundung hiba, perasaan mana tidak dilanda duka melihat wajah
comel anak-anak kecil tidak berdosa, gugur layu dan kaku bagai bunga bangsa tidak
bernyawa.

20. Susunan Songsang (Inversi)


Gaya bahasa yang terhasil daripada pembalikan ayat atau rangkai kata dengan tujuan
untuk menimbulkan kesan tertentu. Dari segi susunan ayat, susunan songsang ialah
gaya yang menterbalikkan susuana biasa ayat, iaitu S+P kepasa P+S. (S = subjek, P =
predikat)
Cth: ​Seakan-akan halilintar, suara itu berdengung di telinga.​

21. Elipsis
Terdapat penghilangan satu kata atau lebih dalam ayat yang lengkap. Namun, orang
dapat mengisi tempat yang dikosongkan itu dengan maklumat atau pengertian yang
tepat dengan mudah.
Cth: ​1.​ ​Siakap senohong, gelama ikan duri,
_____________________________
2. Pinggan tak retak, nasi tak dingin,
____________________________

Anda mungkin juga menyukai