Anda di halaman 1dari 1

GANGGUAN BAHASA MERUPAKAN SALAH SATU KESAN AKIBAT

PERTEMBUNGAN BAHASA. BINCANGKAN SITUASI INI DALAM BAHASA


MELAYU DAN BERIKAN CONTOHNYA.

Bahasa merupakan alat untuk menyampaikan mesej dalam apa-apa jua bentuk
komunikasi, baik lisan mahupun tulisan. Walaupun terdapat beberapa buku dan artikel yang
boleh dijadikan panduan untuk menggunakan bahasa dengan betul, namun masih wujud
penggunaan bahasa yang tidak tepat dalam kalangan pengguna. Hal ini dikenali sebagai
gangguan dalam bahasa.
Raminah Hj. Sabran (1987:58) menyatakan kesalahan atau gangguan bahasa
bermaksud bentuk bahasa yang menyimpang daripada bentuk bahasa yang baku, iaitu suatu
bentuk bahasa yang digunakan dalam hubungan formal. Salah satu contoh yang terhasil
adalah bahasa rojak. Bahasa yang mencampur adukan semua bahasa dalam pertuturan.
Bahasa rojak merupakan suatu percakapan yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa
dalam satu pertuturan. Sebagai contoh, menggunakan campuran bahasa Melayu dan English
atau lebih dikenali sebagai Manglish.
Gangguan bahasa akan mewujudkan pencemaran dalam bahasa itu sendiri. Dari aspek
pertuturan, pengguna akan menggunakan bahasa rojak dan akan menjadi kebiasaan kepada
mereka. Pertembungan bahasa sama ada secara sebgaja atau tidak sengaja akan mewujudkan
gangguan kepada bahasa yang dituturkan. Selain itu, gangguan bahasa turut memberi kesan
negatif kepada penulisan. Para pengguna akan menggunakan perkataan-perkataan yang salah
kerana sudah sering diucapkan dalam pertuturan. Maka, berlakulah pencampuran kod dalam
penulisan dan pertuturan.
Gangguan bahasa akan mewujudkan pencemaran bahasa. Oleh itu, beberapa langkah
boleh diambil bagi mengawal keadaan ini daripada merebak. Antara langkah tersebut ialah
mengadakan kempen atau bulan bahasa untuk mendekatkan masyarakat dengan penguunaan
bahasa yang betul. Selain itu, menggunakan media elektronik untuk mempromosikan contoh
penggunaan bahasa yang betul. Iklan yang ditayangkan harus menggunakan bahasa baku dan
betul agar masyarakat sedar betapa pentingnya bahasa Melayu dalam pertuturan harian.

Anda mungkin juga menyukai