Anda di halaman 1dari 39

TAJUK KAJIAN : PENGGUNAAN KATA SINGKATAN DALAM KALANGAN

PENGGUNA MEDIA SOSIAL DALAM FACEBOOK DAN INSTAGRAM.


1.0 Pengenalan

Sejak kemunculan internet pada tahun 1969 sebagai ARPANET yang dibangunkan oleh

ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency), satu

bentuk komunikasi baru antara manusia diperkenalkan, iaitu komunikasi perantaraan

komputer (computer mediated communication). Dalam bentuk komunikasi baharu ini,

bahasa merupakan wahana utama yang digunakan untuk berkomunikasi di ruang siber.

Menurut Norlah Mohamed (2003:77), ruang siber itu sendiri boleh dianggap sebagai

bahasa kerana ruang siber merupakan tempat yang mengalirkan maklumat yang

distukturkan oleh bahasa. Oleh itu, kajian ini akan berfokuskan satu aspek komunikasi

sahaja iaitu bahasa singkatan di media sosial.

Bahasa secara alamiah bersifat dinamik, keadaannya tidak statik tetapi berubah-ubah

apabila bertindak dengan persekitaran bahasa itu digunakan. Dengan kata lain, bahasa

amat dipengaruhi oleh persekitaran terutamanya oleh masyarakat yang menggunakannya.

Pada hakikatnya, sudah lama ahli bahasa mengesan bahawa ada satu pertalian menarik

antara bahasa dan masyarakat iaitu bahasa dan masyarakat mampu saling mempengaruhi

dan kajian hubungan antara bahasa dan masyarakat ini kemudian secara khusus

dilebalkan sebagai kajian sosiolinguistik (Currie, 1952:28) dari sejarah, sifat saling

mempengharuhi antara bahasa dan masyarakat ini telah dikaji oleh manusia jauh sebelum

istilah sosiolinguistik ini diperkenalkan iaitu dikaji dibawa bidang dialektologi,

etnolinguistik dan sejarawi ( Noriah, 2003:8).

Media sosial juda dikenali sebagai rangkaian sosial boleh ditakrifkan sebagai satu

alat komunikasi bertujuan menyampaikan atau menerima maklumat melalui jaringan

internet. Peranan utama media sosial adalah untuk berhubungan antara satu sama lain.

Media sosial juga didefinisikan sebagai ruang kolonisasi antara penyiaran tradisional dan

1
komunikasi dua hala yang mempunyai skala saiz kumpulan manusia dan darjah peribadi

yang dipanggil sosialiti berkala. Menurut Miller et al, (2016:462), media sosial adalah

laman internet yang membolehkan manusia membina kumpulan keluarga semi-umum,

rakan-rakan, rakan niaga dan lain-lain yang berkongsi minat yang sama untuk keperluan

komunikasi secara tidak formal. Menurut Winschester, (2018:5), antara media sosial

banyak digunakan termasuklah Facebook, Whatsapp dan Instagram. Hal ini demikian

kerana media sosial seperti ini telah mendapat permintaan yang tinggi dan permintaan

yang berterusan. Oleh itu, pihak pengeluar dari masa ke semasa menambah baik

penggunaan media sosial yang tidak hanya terhad bagi tujuan berhubung semata.

Kebanyakan media sosial berkembang maju dengan menggunakan kaedah pautan ke

laman web lain, sumber yang lain dan khalayak yang berbeza-beza. Antara media sosial

yang kerap digunakan ialah Whatsapp, Instagram dan Facebook. Pertama, Whatsapp

merupakan aplikasi yang boleh digunakan di telefon pintar. Aplikasi Whatsapp

Messager membolehkan seseorang untuk bertukar maklumat dalam bentuk pesanan

ringkas, gambar, video dan audio. Aplikasi Instgram pula adalah rangkaian media sosial

yang digunakan untuk berkongsi gambar dan video seseorang dengan seseorang dari

dalam atau luar negara. Aplikasi Facebook yang digunakan untuk mendapatkan kenalan

seseorang dan dalam mahupun luar negara, berkongsi semua jenis maklumat dan

sebagainya.

Kata singkatan merupakan penyingkatan sesuatu perkataan atau frasa. Singkatan

ialah sesuatu yang disingkatkan atau dipendekkan. Apabila dikaitkan dengan perkataan

akan membawa maksud perkataan tertentu yang disingkatkan dan dipendekkan sewaktu

menulisnya. Selain digunakan dalam keadaan biasa, singkatan juga banyak digunakan

dalam bidang teknik untuk menggantikan keterangan yang panjang. Menurut Mansoor

Pateda (1995:168), singkatan adalah pemendekan kata-kata yang teratur mewujudkan

2
satu bentuk kata. Secara ringkasnya, singkatan ialah kependekan bagi satu atau beberapa

perkataan dan proses singkatan ini tidak melibatkan gabungan. Sekiranya diperlihatkan

secara mendalam dan terperinci, kata singkatan ini kebanyakannya dipengaruhi oleh

masyarakat dalam penggunaannya untuk berkomunikasi. Setiap perkataan yang

disingkatkan haruslah difahami oleh khalayak umum supaya dapat disampaikan mesej

yang diingini. Kata singkatan ini adalah proses pembuangan huruf dalam beberapa

perkataan dan diujarkan secara satu per satu mengikut ejaan huruf. Menurut Winarno

(1991:5) pula, singkatan adalah bentuk pemendekan satu kata atau lebih proses

pengejaannya dilakukan dengan menyebut huruf demi huruf yang berkaitan. Misalnya,

‘yg’ bermaksud yang.

Oleh itu, kajian ini cuba mengupas isu penyingkatan kata dalam media sosial. Isu

yang dikupas ialah jenis kata singkatan yang digunakan dalam kalangan pengguna di

media sosial, faktor, dan kesan penggunaan kata singkatan dalam kalangan pengguna di

media sosial. Perbincangan seterusnya berkaitan dengan permasalahan kajian ialah

kesukaran memahami kandungan mesej, menjimatkan masa dan pencemaran bahasa

yang membawa kepada penelitian terhadap isu ini

2.0 Permasalahan kajian

Komunikasi merupakan penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat,

pendapat atau idea dengan tulisan, pertuturan atau imej visual atau mana-mana

kombinasi ketiga-tiga unsur tersebut supaya bahan yang dikomunikasikan difahami

dengan jelas. Komunikasi dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu komunikasi

lisan dan komunikasi bukan lisan. Ledakan teknologi atau proses modenisasi telah

mengubah cara penyampaian kedua-dua komunikasi berikut. Misalnya, kehadiran

teknologi telah membawa kepada kewujudan media sosial. Kewujudan media sosial

3
pula telah mempengaruhi cara atau gaya berkomunikasi dalam kalangan pengguna

media sosial. Perubahan yang dimaksudkan adalah dari aspek penggunaan kata

singkatan yang sudah menjadi wabak yang berjangkit dalam kalangan pengguna

media sosial.

Permasalahan kajian yang pertama yang mendorong kajian ini dijalankan adalah

kesukaran memahami kandungan mesej atau maklumat yang digunakan dalam

komunikasi harian. Penggunaan bentuk kata yang singkat menggangu tahap

kelancaran pembacaan mesej tersebut. Hal ini demikian kerana perkataan atau ayat

yang digunakan dalam media sosial terdiri daripada pelbagai jenis singkatan. Hal ini

menyukarkan penerima mesej tersebut terutamanya golongan yang tidak begitu arif

tentangnya sukar memahami kandungan mesej tersebut.

Permasalahan kajian kedua yang mendorong kajian ini dijalankan adalah

penggunaan kata singkatan ini dikatakan merupakan hasil daripada perkembangan

teknologi atau lebih menjimatkan masa. Kemajuan teknologi sering dikatakan faktor

utama kepada perubahan kepada terbentuknya kata singkatan dalam dunia namun ia

bukan satu-satunya faktor kepada perubahan ini. Terdapat beberapa faktor sampingan

yang telah mendorong kepada proses modenisasi yang menjadi penyokong kepada

faktor utama.

Permasalahan kajian terakhir yang mendorong kepada kajian ini adalah impak

yang terhasil daripada penggunaan kata singkatan dalam media sosial secara meluas

iaitu pencemaran bahasa. Bahasa melayu mempunyai taraf dan status yang agung

namun kehadiran kata singkatan ini mungkin mempengaruhi status bahasa melayu

sebagai bahasa kebangsaan. Hal ini demikian kerana kata singkatan bukan sahaja

digunakan dalam media sosial namun ia telah mula digunakan dalam penulisan nota.

Terdapat juga pelajar yang terlalu cuai sampai menggunakannya semasa peperiksaan.

4
Sekiranya keadaan ini berlanjutan ia boleh menjadi pencemaran bahasa.

Permasalahan-permasalahan inilah yang mendorong pengkaji untuk menjalankan

kajian ini agar isu ini mendapat perhatian yang sewajarnya. Hal ini demikian kerana

isu ini boleh membawa impak negatif kepada pengguna, bahasa dan negara. Perkara

ini wajar diberi perhatian kerana ia melibatkan martabat bahasa Melayu sebagai

bahasa rasmi negara.

3.0 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah seperti berikut, iaitu;

i. Mengenal pasti jenis kata singkatan yang digunakan dalam kalangan pengguna di

media sosial;

ii. Menganalisis faktor-faktor penggunaan kata singkatan dalam kalangan pengguna

di media sosial, dan

iii. Menghuraikan kesan-kesan penggunaan kata singkatan dalam kalangan pengguna

di media sosial.

4.0 Sorotan kajian

Wong (2009) menjalankan kajian tentang Bahasa Melayu di Ruang Siber: Satu

Kajian Kes. Beliau mengkaji kekreatifan penggunaan bahasa Melayu di ruang siber

bagi mengenal pasti unsur linguistik dan unsur bukan linguistik yang terdapat dalam

bahasa Melayu dalam konteks ruang siber. Beliau juga mengesan ciri-ciri unik dalam

bahasa Melayu di ruang siber. Enam sampel teks perbualan telah dikutip daripada

sebuah ruang sembang maya tempatan iaitu bilik sembang maya #Malaysia:1# telah

digunakan sebagai bahan kajian ini. Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dan

teori akomodasi oleh Giles (1973) dalam bahagian metodologi dan analisis data.

5
Dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya terdapat

sebelas cara bahasa Melayu telah dimanipulasikan termasuk penggunaan singkatan,

rebus writing, pengulangan huruf, tanda baca dan sebagainya. Sebagai contohnya,

penggunaan kata singkatan yang digunakan ialah sebagai-sbg, aktiviti-akt dan lain-

lain lagi. Contoh bagi pengulangan huruf pula ialah makcikkkk. Unsur-unsur linguistik

digunakan secara ketara untuk tujuan tertentu atau untuk menyampaikan mesej

tertentu. Tiga unsur bukan linguistik yang diperoleh dalam data termasuk kata-kata,

aksi, emotion dan gambar-gambar berwarna-warni yang digunakan bersama ujaran

yang tertulis. Dapatan kajian ini menunjukkan kewujudan fenomena penukaran kod

dalam ruang sembang maya tempatan dan boleh berlaku pada pelbagai peringkat

bahasa.

Kajian ini dilakukan oleh Noriah Mohamed (2002) yang bertajuk Komuniti dan

Dialek Sosial Ruang Siber-Sembang Ala-Malaysia telah melihat konsep ruang siber

sebagai ruang tambahan dan perbezaannya dengan ruang sebenar serta adab dan etika

berbahasa ruang siber berasaskan penelitian terhadap komunikasi IRC. Beliau

mendapati dalam ruang siber wujud pelbagai bahasa, termasuk bahasa pengaturcaraan

yang dapat dianggap sebagai unsur fizikal. Wujud juga fenomena penggunaan simbol-

simbol bukan verbal dan perbezaan ketara antara ruang siber dengan ruang sebenar.

Perbezaan ini menjadikan bahasa yang digunakan dalam ruang siber seolah-olah

mempunyai identitinya yang tersendiri.

Contohnya, dalam kertas kerja beliau yang bertajuk Kesan Globalisasi Terhadap

Bahasa melihat aspek inovasi teknologi komunikasi merupakan aspek paling

menonjol yang memberi kesan kepada bahasa. Hal ini telah mengukuhkan kedudukan

bahasa Inggeris pada peringkat global. Kesannya wujud dua kegusaran dalam

kalangan rakyat Malaysia, iaitu bahasa Melayu dilihat tidak mempunyai nilai intelek

6
dan tidak sempurna untuk digunakan sebagai bahasa utama dalam industri maklumat

dan akan menghadapi masa depan yang malap sekiranya tidak mendapat tempat

dalam industri maklumat.

Kajian ini dilakukan oleh Nuwairi Haji Khaza’ai (1999) yang bertajuk Bahasa

Dalam Teknologi Maklumat : Penelitian Terhadap Bentuk yang Digunakan Dalam

Laman-Laman Chat, melihat penggunaan bahasa yang baik menjadi amalan pengguna

bahasa dalam kalangan pengunjung laman seperti chat. Beliau mendapati beberapa

laman yang ada dalam internet memberi peluang kepada pengunjung daripada

pelbagai latar belakang untuk berinteraksi antara satu dengan yang lain dalam satu–

satu perkara atau masalah yang menjadi minat bersama. Sifat utama yang digunakan

dalam laman ini ialah bahasa yang lebih bersifat kolokial. Beliau mendapati dalam

keadaan yang sedemikian, pengunjung tidak mengambil kisah terhadap bentuk bahasa

yang digunakan. Justeru, beliau berpendapat bahawa persoalan nilai dan budi bahasa

Melayu perlu diberi perhatian oleh semua pihak.

Kajian yang dilakukan oleh Yosi Lida Arisanti (2019), mendapati masyarakat

pengguna bahasa cenderung menggunakan pemendekan kata dalam komunikasi

tulisan terutama masyarakat dalam kalangan remaja. Akronim merupakan salah satu

bahagian dari pemendekan kata, iaitu proses pemendekan yang diambil dari tiap kata

mahupun suku kata yang dapat dibaca sebagai sebuah kata. Contohnya, bentuk

singkatan yang terdiri dari satu huruf atau lebih yang dieja mengikut huruf dan tidak

diperlakukan sebagai kata. Perbezaan kajian ini adalah tentang suatu masyarakat

bahasa terutama remaja sering menggunakan akronim dan singkatan dalam kehidupan

sehari-hari bahkan cenderung menciptakan akronim dan singkatan baru serta jarang

digunakan oleh masyarakat pada asalnya tetapi sehingga menimbulkan

kesalahfahaman mengenai akronim dan singkatan tersebut. Penggunaan akronim dan

7
singkatan ini lebih banyak ditemukan dalam media cetak terutama media sosial yang

majoriti digunakan oleh remaja. Kaedah kajian ini menggunakan kaedah kualitatif,

iaitu data yang dianalisis hanya menggambarkan dan menjelaskan hasil kajian yang

diperoleh. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menyenaraikan ciri-ciri akronim dan

singkatan yang ditemukan dalam media sosial seperti facabook dalam kalangan

remaja.

Mudiana Mokhsin (2015) dalam kajiannya yang bertajuk Kesan Penggunaan kata

singkatan dan Homofon dalam kalangan belia di Malaysia mendapati bahawa kajian

tersebut dijalankan berdasarkan dua tujuan iaitu mengenal pasti faktor-faktor yang

mempengaruhi golongan belia di Malaysia untuk menggunakan kata singkatan dan

homofon semaaa menulis di media sosial dan menghuraikan kesan-kesan penggunaan

kata singkatan dan homofon dalam media sosial terhadap golongan belia di Malaysia.

Antara kaedah yang digunakan pula dalam kajian ini untuk mendapatkan maklumat

bagi kedua-dua objektif ialah kualitatif dan kuantitatif. Pengkaji telah menggunakan

kajian analisis kandungan dan kajian soal selidik bagi kaedah kualitatif manakala

menggunakan statistik untuk menganalisis data yang diperolehi melalui soal selidik

bagi kaedah kuantitatif. Hasil dapatan kajian tersebut ialah pengkaji mendapati

bahawa terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi golongan belia di Malaysia

semasa menggunakan kata singkatan dan homofon. Antaranya ialah kata singkatan

dan homofon mudah untuk digunakan dalam penulisan, budaya, atau trend dalam

kalangan muda dan penggunaan kata singkatan dan homofon dalam penulisan

menunjukkan kreativiti seseorang yang tidak terikut kepada cara penulisan yang

ditetapkan. Kesan-kesan pula pengkaji dapat mendapati tiga kesan yang penting iaitu

menimbulkan kekeliruan semasa berkomunikasi antara pengantar dengan penerima,

mempengaruhi semasa membuat kerja kursus mahupun peperiksaan serta

8
mencemarkan sesuatu bahasa dengan menghilangkan keaslian bahasa tersebut. Secara

kesimpulannya, pengkaji menjalankan kajian ini bagi menimbulkan kesedaran dalam

golongan belia di Malaysia tentang kekerapan penggunaan kata singkatan dan

homofon dan juga memberi gambaran yang jelas tentang penggunaan kata singkatan

dan homofon di dunia siber dan realiti.

Kajian yang dilakukan oleh Reham M. Khalifa bertajuk “Fungsi Pragmatik

Perkataan Akronim dalam Rangkaian Sosial” ini berkaitan dengan penggunaan

akronim bahasa inggeris dalam media sosial. Beliau telah menggunakan kaedah

kuantitatif iaitu dengan mengedarkan borang soal selidik untuk mendapatkan

maklumat berkaitan dengan penulisan beliau. Jurnal ini memaparkan jenis-jenis

akronim yang digunakan, kekerapan penggunaan akronim tersebut dalam media sosial

dan fungi pragmatik dalam kata akronim yang digunakan dalam media sosial. Kajian

ini memaparkan kesan penggunaan kata singkatan terutamanya dari aspek pragmatik.

Kajian ini berbeza dengan kajian pengkaji dari aspek kekerapan penggunaan kata

singkatan dan mempunyai persamaan dari segi kesan. Namun, kesan yang dikaji

dalam penulisan ini hanya merangkumi fungsi pragmatik iaitu perbezaan makna kata

singkatan tersebut dan tidak menyeluruh.

Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Anika Belal bertajuk Pengaruh Media Sosial

dari Segi Penulisan dan Lisan Pelajar Universiti Tahun 3 berkaitan dengan isu

pengaruh media sosial dalam penulisan dan komunikasi lisan dalam kalangan pelajar

universiti. Beliau telah menggunakan kaedah kajian kualitatif dan kuantitatif serta

pendekatan grounded teori. Beliau telah mengunakan teori Bandura (1977) iaitu teori

pembelajaran sosial untuk menghasilkan kajian beliau. Kajian ini memfokuskan cara

media sosial mempengaruhi penulisan dan komunikasi lisan pelajar universiti,

bagaimana media sosial membantu pelajar dalam menguasai bahasa inggeris serta

9
aspek-aspek dalam media sosial yang membantu pelajar universiti dalam menguasai

bahasa Inggeris iaitu dari sudut penulisan dan komunikasi. Kajian ini menonjolkan

kesan positif pengaruh media sosial dalam penulisan dan lisan dalam kalangan

pelajar.

Di samping itu, kajian yang dilakukan oleh Thomas W. Fish Slanga Internet dan

Pelajar Sekolah Menengah: Perspektif Guru telah menggunakan kaedah temu bual,

kaedah analisis dokumen dan kajian kes. Beliau telah menemu bual beberapa guru

sekolah menengah dari beberapa sekolah menengah kerana guru-guru merupakan

subjek utama kajian. Kajian ini berkaitan dengan latar belakang slanga internet dan

kesannya terhadap pelajar sekolah menengah dari persepsi seorang guru. Dalam

kajian ini, terpapar pengaruh media sosial terhadap bentuk penulisan pelajar. Kajian

ini hanya memperlihatkan kesan slanga internet dalam penulisan oleh pelajar sekolah

menengah dari pandangan guru-guru sekolah. Kesan yang dikaji dalam kajian ini

tidak bersifat menyeluruh.

Noviatri dan Reniwati (2015) melakukan kajian berkaitan dengan Singkatan dan

Akronim dalam Surat Khabar: Kajian Bentuk dan Proses .Antara tujuan kajian ini

adalah untuk mendeskripsikan bentuk-bentuk abreviasi, iaitu singkatan dan akronim

yang digunakan dalam surat khabar dan menjelaskan proses pembentukan singkatan

dan akronim. Surat khabar ialah bahan kajian ini. Kaedah yang digunakan dalam

kajian tersebut ialah kajian kepustakaan, kajian analisis teks dan teori abreviasi yang

dirumus oleh Kridalaksana (2010). Hasil dapatan yang diperolehi daripada objektif

pertama ialah terdapat sebanyak lapan bentuk singkatan dan tiga belas bentuk

akronim. Sebagai contohnya, salah satu bentuk singkatan ialah singkatan dengan

proses pembentukan pengekalan huruf pertama tiap-tiap komponen iaitu DPSHP-

Daftar Pemilihan Sementara Hasil Perbaikan. Satu contoh bentuk akronim ialah

10
akronim yang proses pembentukannya dengan cara pengekalan huruf pertama

masing-masing komponen.Secara umumnya, daripada kajian yang dilakukan dapat

disimpulkan penggunaan akronim adalah melebihi penggunaan singkatan.

Nani Astuti dalam kajiannya Singkatan dan Akronim di kalangan remaja di Kota

Bandung (2014). Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui pola singkatan dan

akronim dalam kalangan remaja di kota Bandung dan faktor-faktor yang

menyebabkan terjadinya penggunaan singkatan dan akronim dalam kalangan remaja

di kota Bandung. Metodologi kajian yang digunakan, ialah kaedah kualitatif. Semua

tuturan singkatan dan akronim yang digunakan oleh remaja-remaja di kota Bandung

menjadi bahan bagi kajian tersebut. Sumber data penelitian ialah remaja di kota

Bandung dan media sosial yang digunakan iaitu Facebook dan Twitter. Analisis

dapatan kajian bagi objektif pertama menunjukkan bahawa penggunaan akronim

melebihi penggunaan singkatan. Misalnya, singkatan yang digunakan ialah OTW (on

the way) manakala akronim yang digunakan ialah ASAP, BOTOL dan sebagainya.

Dapatan bagi objektif kedua pula menunjukkan bahawa kebanyakan remaja di kota

Bandung menggunakan singkatan dan akronim atas faktor-faktor seperti trend

mengikuti perkembangan zaman, mudah dan menjimatkan masa. Secara

keseluruhannya, dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa para remaja di kota

Bandung banyak menggunakan akronim dalam pertuturan mereka berbanding dengan

singkatan.

5.0 Metodologi Kajian

11
Metodologi penting dalam proses menjalankan kajian dalam sesuatu bidang . Tanpa

metodologi penyelidikan atau kajian tidak terarah dan kajian tidak dapat dilakukan

dengan lengkap. Menurut Bailey (1984:47), metodologi ialah ‘falsafah proses’, nilai–

nilai yang menjadi dasar alasan penyelidikan dan ukuran atau kriteria yang digunakan

oleh penyelidik untuk mentafsir data dan membuat kesimpulan terhadap sesuatu

kajian yang dillaksanakan. Sehubungan itu, pengkaji menggunakan dua kaedah

penyelidikan bagi memantapkan maklumat dan seterusnya menyiapkan kajian yang

dijalankan ini. Kaedah tersebut termasuklah kaedah penyelidikan perpustakaan serta

kajian lapangan .

5.1 Kaedah Kepustakaan

Penyelidikan kepustakaan penting untuk mendapatkan maklumat awal tentang latar

belakang kajian dan definisi serta kajian yang berkaitan yang dilakukan oleh pengkaji

terdahulu. Bagi melengkapkan kajian penyelidikan kepustakaan untuk mendapatkan

konsep-konsep tertentu yang berkaitan dengan bahan kajian. Konsep yang diselidiki

ialah konsep yang berkaitan dengan media sosial. Bahan-bahan rujukan seperti jurnal,

buku dan lain-lain diperoleh daripada perpustakaan Akademi Pengajian Melayu,

Universiti Malaya.

Maklumat dan bahan yang diperoleh digunakan dan disesuaikan dengan kajian

yang dilakukan. Selain itu, pengkaji juga membuat rujukan di Perpustakaan

Peringatan Za’ba bagi memperoleh maklumat yang dikendaki. Maklumat dan bahan

yang berkaitan dengan kajian diperoleh melalui internet juga banyak membantu

memantapkan lagi bahan rujukan yang terkini. Kaedah ini amat penting bagi

memulakan sesuatu kajian sebagai sumber rujukan dalam memahami dan mendalami

sesuatu bidang kajian. Melalui sorotan kajian yang diperoleh daripada kajian

kepustakaan pengkaji mendapat gambaran keseluruhan kajian dan juga kelompangan

12
kajian tersebut.

5.2 Kajian Lapangan

Pengkaji juga memilih kajian lapangan sebagai salah satu kaedah kajian terdapat

beberapa kaedah kajian yang digunakan iaitu kaedah pemerhatian dan analisis

dokumen. Dalam kaedah pemerhatian, penggunaan kata singkatan dalam kalangan

pengguna media sosial diperhatikan melalui media sosial seperti Facebook dan

Instagram. Kaedah pemerhatian ini diteruskan mealui pemerhatian pengkaji secara

rawak pada komen yang diberikan oleh pengguna media sosial mereka.

Seterusnya analisis data pula dilaksanakan melalui membuat syot layar terhadap

komen yang diberikan oleh pengguna laman sosial di laman media sosial mereka

terutamanya dalam Instagram dan Facebook. Hasil syot layar ini dianalisis untuk

mendapatkan maklumat tentang jenis-jenis singkatan yang menjadi trend terkini.

6.0 Bahan Kajian

Bahan kajian merupakan media sosial seperti aplikasi Instagram dan Facebook.

Kajian yang adalah berdasarkan bahan-bahan seperti mesej dan komen serta cara

pengguna media sosial menggunakan bahasa melayu untuk berkomunikasi melalui

aplikasi. Aplikasi Instagram dan Facebook menjadi kegemaran kebanyakan pengguna

media sosial. Pengguna media sosial menggunakan aplikasi Instagram dan Facebook

untuk berkomunikasi antara satu sama lain untuk membicarakan topik perbualan yang

diminati.

Kajian ini merupakan analisis teks perbualan daripada beberapa topik yang terdapat

dalam media sosial yang dipilih secara rawak. Pemilihan beberapa topik perbualan

yang diplih telah dianalisis untuk mengenal pasti jenis kata singkatan yang digunakan

dalam media sosial. Data yang dijadikan bahan kajian diambil daripada dua topik

perbualan, iaitu kesihatan dan makanan.

13
7.0 Batasan Kajian

Kajian ini merupakan sebuah kajian sinkronik, iaitu melihat penggunaan bahasa

singkatan dalam tempoh dan tempat tertentu sahaja. Bagi bahan kajian ini, ia terbatas

kepada dua jenis media sosial sahaja, iaitu Facebook dan Instagram. Bagi topik pula,

pengkaji menghadkan kepada dua jenis topik juga yang mana pengkaji tumpukan

pada bahagian kesihatan dan masakan. Pengkaji menghadkan masa kajian selama dua

minggu dan hanya 15 komen bagi setiap topik mengikut setiap jenis media sosial.

Penggunaan kata singkatan dalam bahasa Melayu yang digunakan oleh pengguna–

pengguna media sosial Facebook dalam topik kesihatan dan masakan ini tidak

digeneralisasikan kepada semua pola bahasa yang digunakan dalam media sosial.

Kajian ini terbatas pada kata singkatan yang terdapat dalam topik masakan dan

kesihatan sahaja. Pengkaji juga menghadkan kepada 15 komen sahaja untuk setiap

topik yang diambil daripada Facebook. Selain itu, pengkaji dapat meneliti perbezaan

penggunaan kata singkatan dalam bahasa Melayu yang digunakan oleh pengguna–

pengguna media sosial antara topik kesihatan dan masakan. Pengkaji juga

menghadkan masa kajian untuk media sosial Facebook selama dua minggu iaitu

bermula pada 16 Oktober 2019 sehingga 29 Oktober 2019. Hal ini demikian kerana

pengkaji mendapati pada pada dua minggu tersebut banyak topik kesihatan dan

masakan di muat naik ke media sosial. Oleh itu, pengkaji menggunakan tempoh

selama dua minggu itu untuk mencari kata singkatan yang digunakan dalam dua topik

tersebut.

Penggunaan kata singkatan bahasa Melayu dalam media sosial Instagram juga

tidak dapat digeneralisasikan kepada semua pola bahasa yang digunakan dalam media

sosial. Kajian ini terbatas pada kata singkatan yang hanya terdapat dalam topik

masakan dan kesihatan. Sama seperti Facebook, pengkaji juga menghadkan kepada

14
15 komen sahaja untuk setiap topik yang dikaji di Instagram. Selain itu, pengkaji

dapat meneliti perbezaan penggunaan kata singkatan dalam bahasa Melayu yang

digunakan oleh pengguna–pengguna Instagram. Bagi Instagram juga, pengkaji

menghadkan 15 komen iaitu bermula 16 Oktober 2019 sehingga 29 Oktober 2019.

Hal ini demikian kerana di Instagram lebih banyak topik masakan diperkatakan

berbanding dengan topik kesihatan. Namun begitu, pengkaji menemui kata singkatan

yang digunakan dalam kedua–dua topik bagi media sosial Instagram.

8.0 Kepentingan Kajian

Dalam era serba moden ini, penggunaan kata singkatan dalam kalangan pengguna

media sosial menjadi satu topik yang popular untuk dibincangkan. Oleh itu, kajian

berdasarkan penggunaan kata singkatan dalam media sosial sangat penting untuk

dijalankan. Terdapat beberapa kepentingan menjalankan kajian tentang penggunaan

kata singkatan dalam kalangan pengguna media sosial iaitu Facebook dan Instagram.

Kepentingan pertama kajian ini terhadap budaya di negara kita adalah dapat

meningkatkan kesedaran dalam diri pengguna media sosial yang terdiri daripada

pelbagai kaum tentang kekerapan penggunaan kata singkatan sebenarnya

mencemarkan bahasa tersebut sama lain. Hal ini demikian kerana penggunaan kata

singkatan dalam kalangan masyarakat pada masa kini amat membimbingkan dan

menjadi sebagai satu trend. Oleh itu, kajian ini dapat membimbing masyarakat supaya

tidak mengamalkan budaya menggunakan kata singkatan dalam media sosial semasa

berkomunikasi antara satu sama lain. Pada masa yang sama, kajian ini juga dilakukan

untuk menonjolkan kesan negatif terhadap sistem tulisan dan sistem ejaan akibat

daripada penggunaan kata singkatan.

Kepentingan kedua kajian ini adalah memberi sumbangan dalam bidang ilmu. Hal

15
ini dikatakan demikian kerana kajian yang dijalankan tentang penggunaan kata

singkatan dapat dijadikan sebagai sumber rujukan kepada para pelajar di pelbagai

peringkat seperti sekolah menengah, institusi pengajian tinggi, dan lain-lain lagi.

Selain itu, kajian yang dijalankan ini juga dapat menjadi satu bahan yang efektif dan

manfaat kepada para ahli linguistik yang bertekad untuk menjalankan kajian tentang

kata singkatan secara lebih mendalam.

Kepentingan ketiga kajian ini ialah memberi pendedahan kepada generasi mudah

tentang penggunaan kata singkatan pada tempat dan masa yang betul. Hal ini dapat

mengelakkan penggunaan kata singkatan dalam peperiksaan dan urusan rasmi yang

boleh memberi kesan negatif kepada status bahasa Melayu. Melalui kajian ini status

bahasa Melayu dapat dikekalkan sebagai bahasa kebangsaan.

Secara umumnya, kajian berkaitan dengan penggunaan kata singkatan seperti ini

amat penting untuk dijalankan bagi mengelakkan bahasa tersebut daripada tercemar

malah dapat memartabatkan kedaulatan dan keagungan bahasa ini. Dengan ini,

dapatlah melahirkan satu masyarakat yang menggunakan bahasa Melayu yang betul

dan tepat dari aspek tulisan.

9.0 Dapatan Kajian

Bahagian ini dibahagikan kepada tiga aspek, iaitu menyenaraikan kata singkatan yang

digunakan dalam media sosial mengikut jenisnya, menganalisis faktor-faktor

penggunaan kata singkatan dan menghuraikan kesan akibat penggunaan kata

singkatan.

9.1 Jenis kata singkatan yang digunakan dalam kalangan pengguna di media

sosial

Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa terdapat sebanyak tujuh jenis kata

16
singkatan yang digunakan oleh pengguna media sosial. Huraian seterusnya berkaitan

dengan jenis-jenis kata singkatan yang digunakan, iaitu pengguguran vokal, gabungan

pengguguran vokal dan konsonan, penyingkatan kata ganda, penggunaan huruf x,

pengguguran suku kata, pemendekkan dan perubahan keseluruhan kata dan

penggunaan huruf tunggal.

9.1.1 Pengguguran Vokal Dalam Perkataan

Pengguguran vokal merupakan salah satu kaedah popular yang digunakan untuk

menyingkatkan kata bahasa Melayu di ruang siber. Hal ini demikian kerana kesemua

huruf ‘a’, ‘e’, ‘i’, ‘o’, ‘u’ disingkirkan pada kata asal.

Facebook Instagram
Bil Pengguguran Perkataan asal Pengguguran Perkataan asal
vokal vokal
1. tu itu fhm faham
2. smua semua tp tapi
3. skolah sekolah dpt dapat
4. ni ini knp kenapa
5. dr dari mcm macam
Jadual 1: Pengguguran Vokal Dalam Kata Singkatan

Daripada penyenaraian beberapa contoh pengguguran vokal, pengkaji

mendapati bahawa pengguna Facebook dan Instagram meringkaskan perkataan

dengan menggugurkan huruf-huruf vokal yang terdapat dalam sesuatu perkataan.

Contoh singkatan di atas, memperlihatkan singkatan yang dilakukan dengan

cara menggugurkan huruf-huruf vokal dalam Facebook. Contoh yang boleh dilihat

seperti singkatan perkataan ‘tu’ (itu) dan ‘ni’ (ini) mengalami pengguguran vokal

huruf ‘i’. Manakala ‘dlm’ (dalam), ‘budk’ (budak),‘pkai’ (pakai) dan sy (saya)

mengalami pengguguran vokal huruf ‘a’.

Contoh singkatan di atas, dapat dilihat singkatan yang dilakukan dengan cara

menggugurkan huruf-huruf vokal dalam Instagram. Contoh yang boleh dilihat seperti

17
singkatan perkataan ‘fhm’ (faham), ‘sy’ (saya) dan ‘dpt’ (dapat) mengalami

pengguguran huruf vokal ‘a’. Manakala ‘knp’ (kenapa) dan ‘kna’ (kena) mengalami

pengguguran huruf vokal ‘e’.

9.1.2 Gabungan Pengguguran Vokal Dan Konsonan Dalam Perkataan

Di dalam laman sosial Facebook dan Instagram, sering digunakan kata singkatan

yang merangkumi pengguguran vokal dan konsonan dalam perkataan. Pengguguran

ini melibatkan pengguguran huruf-huruf vokal dan konsonan dalam sesuatu

perkataan.

Facebook Instagram
Bil Pengguguran Perkataan asal Pengguguran Perkataan asal
vokal dan vokal dan
konsonan konsonan
1. jgn jangan skrg sekarang
2. utk untuk org orang
3. yg yang
4. mmg memang
5. dtg datang
Jadual 2: Pengguguran Vokal Dan Konsonan Dalam Kata Singkatan

Daripada penyenaraian beberapa contoh pengguguran vokal dan konsonan,

pengkaji mendapati bahawa pengguna Facebook dan Instagram meringkaskan

perkataan dengan melakukan pengguguran huruf-huruf vokal dan konsonan secara

serentak dalam sesuatu perkataan.

Mengikut contoh singkatan di atas, dapat dilihat singkatan yang dilakukan

dengan cara menggugurkan huruf-huruf vokal dan beberapa huruf konsonan dalam

Facebook. Contoh yang boleh dilihat ialah seperti ‘jgn’ (jangan), ‘yg’ (yang), ‘dtg’

(datang), ‘brg’ (barang) dan ‘org’ (orang) yang mengalami pengguguran vokal huruf

‘a’ dan konsonan huruf ‘n’. Perkataan ‘utk’ (untuk) hanya vokal ‘u’dan konsonan ‘n’

yang mengalami pengguguran dan ‘mmg’ (memang) mengalami pengguguran vokal

huruf ‘e’ juga vokal ‘a’ dan konsonan ‘n’.

18
Mengikut contoh singkatan di atas, didapati kata singkatan dilakukan dengan

cara menggugurkan huruf-huruf vokal dan konsonan serentak dalam Instagram.

Contoh yang boleh dilihat seperti singkatan perkataan ‘skrg’ (sekarang) dan ‘org’

(orang) telah mengalami pengguguran huruf vokal ‘e’ dan ‘a’ serta pengguguran

konsonan pula ialah huruf ‘n’ dalam kedua-dua perkataan.

9.1.3 Penyingkatan kata ganda

Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-

bahagian yang tertentu. Menurut Kamus Dewan kata ganda ialah bentuk yang

dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut diulang secara

seluruh atau pada bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

Penyingkatan pada perkataan berganda dilakukan atas tujuan untuk menjimatkan

masa menulis kerana kata ganda yang perlu ditulis berulang-ulang. Perkataan

berganda yang digabungkan ini juga sebenarnya mengalami penyingkatan tetapi

dalam bentuk perkataan yang tersendiri dan jadual berikut menunjukkan contoh

penyingkatan kata ganda tersebut.

Facebook Instagram
Bil Penyingkatan Perkataan asal Penyingkatan Perkataan asal
kata ganda kata ganda
1. sia2kn sia-siakan muda2 muda-muda
2. mudah2an mudah-mudahan elok2 elok-elok
3. deme2 deme-deme tentu2 tentu-tentu
4. berkotak2 berkotak-kotak cantik2 cantik-cantik
5. asyik2 asyik-asyik pilih2 pilih-pilih
Jadual 3: Penyingkatan Kata Ganda Dalam Kata Singkatan

Daripada penyenaraian beberapa contoh penyingkatan kata ganda, pengkaji

mendapati bahawa pengguna Facebook dan Instagram menggunakan angka 2 pada

akhir sesuatu kata ganda untuk menunjukkan bahawa perkataan itu perlu diulang

sebutannya sebanyak dua kali. Penggunaan angka 2 ini juga adalah untuk

19
menggantikan tanda sempang pada perkataan berganda bagi menunjukkan penulisan

kata ganda yang sebenarnya.

Daripada singkatan di atas, memperlihatkan singkatan yang dilakukan dengan

cara menggunakan angka 2 dalam Facebook bagi meringkaskan kata ganda.. Contoh

yang boleh dilihat seperti singkatan perkataan ‘tuan2’ (tuan-tuan), ‘puan2’ (puan-

puan), ‘rajin2’ (rajin-rajin) dan lain-lain lagi mengalami penyingkatan akibat

penggunaan angka 2.

Dalam laman Instagram pula, terdapat kata singkatan yang dilakukan dengan cara

menggunakan angka 2 dalam Instagram bagi meringkaskan kata ganda. Contoh yang

boleh dilihat seperti singkatan perkataan ‘muda2’ (muda-muda), ‘tentu2’ (tentu-tentu)

dan sebagainya telah mengalami penyingkatan akibat penggunaan angka 2.

9.1.4 Penggunaan Huruf X.

Penggunaan huruf x digunakan kerana sikap pengguna laman Facebook yang malas

untuk mengikut kaedah tatabahasa dan mereka beranggapan apabila menggunakan

simbol sebagai singkatan dapat menjimatkan masa mengeja sesuatu perkataan serta

dapat mempercepatkan penghantaran mesej di ruang komen. Huruf x ini berfungsi

sebagai simbol yang bermaksud ‘tidak’. Jadual berikut menunjukkan contoh

penggunaan huruf x tersebut.

Facebook Instagram
Bil Pengunaan Perkataan asal Pengunaan Perkataan asal
huruf x huruf x
1. xleh tidak boleh xde tidak ada
2. xbrp tidak berapa xyh tidak payah
3. xhisap tidak hisap x tidak
4. xphm tidak faham xbole tidak boleh
5. xckup tidak cukup xkisah tidak kisah
Jadual 4: Penggunaan Huruf X Dalam Kata Singkatan

Daripada penyenaraian dulu, beberapa contoh penggunaan huruf x, pengkaji

20
mendapati bahawa pengguna Facebook dan Instagram meringkaskan perkataan tidak

dengan menggunakan huruf x.

Contoh singkatan yang didapati dalam Facebook yang memperlihatkan

singkatan yang dilakukan dengan cara menggunakan huruf x bagi menggantikan

perkataan dalam Facebook. Contoh yang boleh dilihat seperti singkatan perkataan

‘xleh’ (tidak boleh) dan ‘xbrp’ (tidak berapa), digantikan dengan penggunaan huruf

‘x’.

Contoh yang boleh dilihat seperti singkatan perkataan ‘xde’ (tidak ada), ‘xyh’

(tidak payah) dan ‘xbole’ (tidak boleh) juga digantikan dengan penggunaan huruf x.

Penggunaan huruf x dalam komunikasi secara langsung menukarkan fungsi perkataan

tersebut iaitu menjadikan perkataan tersebut tidak bermakna.

9.1.5 Pengguguran Suku Kata

Pengguguran suku kata berlaku dengan menggugurkan satu atau dua suku kata yang

terdapat sesuatu ayat. Penyingkatan ini digunakan untuk memudahkan seseorang

berkomunikasi dengan orang lain. Antara contoh penggugguran suku kata yang

diambil daripada ‘Facebook’ dan ‘Instagram’ adalah seperti berikut, iaitu;

Facebook Instagram
Bil. Pengguguran Perkataan asal Pengguguran Perkataan asal
suku kata suku kata
1. kat dekat dah sudah
2. dah sudah kat dekat
3. buh bubuh leh boleh
4. duk duduk gak juga
Jadual 5: Pengguguran Suku Kata Dalam Kata Singkatan

Daripada penyenaraian beberapa contoh pengguguran suku kata, pengkaji

mendapati pengguna Facebook dan Instagram meringkaskan sesuatu perkataan

dengan menggugurkan suku kata.

Melalui contoh singkatan di atas, memperlihatkan singkatan yang dilakukan

21
dengan cara menggugurkan suku kata yang sedia ada dalam perkataan yang diambil

dari Facebook. Contoh yang boleh dilihat adalah seperti singkatan perkataan ‘kat’

( dekat) dan ‘dah’ (sudah) telah mengalami pengguguran suku kata pertama iaitu ‘de’

dan ‘ su’.

Dalam contoh singkatan di atas, singkatan yang dilakukan melalui pengguguran

suku kata yang terdapat dalam Instagram. Hanya terdapat satu contoh dapat dilihat

iaitu ‘dah’ (sudah) yang telah mengalami pengguguran suku kata pertama iaitu ‘su’.

9.1.6 Pemendekan Dan Perubahan Keseluruhan Kata.

Terdapat juga penyingkatan kata yang menerima penambahan bunyi. Singkatan

seperti ini akan mempunyai bunyi tambahan seolah-olah menjadikan singkatan itu

berirama apabila diucapkan. Antara contoh pemendekan perubahan keseluruhan kata

yang diambil daripada Facebook dan Instagram adalah seperti berikut:

Facebook Instagram
Bil. Pemendekan Perkataan asal Pemendekan Perkataan asal
perubahan perubahan
keseluruhan keseluruhan
kata kata
1. jer sahaja nie ini
2. nie ini jea sahaja
3. nih ini
4. bwk bawa
Jadual 6: Pemendekan Perubahan Keseluruhan Kata Dalam Kata Singkatan

Daripada penyenaraian beberapa contoh, pengkaji mendapati bahawa pengguna

Facebook dan Instagram membuat penambahan huruf selepas meringkaskan sesuatu

perkataan.

Contoh singkatan di atas, memperlihatkan singkatan yang dilakukan dengan

menambahkan satu huruf pada perkataan yang telah disingkatkan yang terdapat dalam

Facebook. Contoh yang boleh dilihat seperti singkataan perkataan ‘jer’(sahaja) telah

mengalami penambahan huruf ‘r’ dan ‘nie’(ini) pula mengalami penambahan huruf

22
‘e’.

Antara contoh kata singkatan jenis ini yang terdapat dalam Instagram ialah

‘nih’(nih) ditambahkan dengan huruf ‘h’ manakala ‘bwk’(bawa) pula ditambahkan

dengan huruf ‘k’.

9.1.7 Penggunaan Huruf Tunggal

Penggunaan huruf tunggal digunakan oleh pengguna dalam ruangan komen

kebiasaannya sengaja dilakukan bagi tujuan memudahkan dan mempercepatkan

tindak balas interaksi antara dua hala. Contoh penyingkatan kata dengan penggunaan

huruf yang diambil daripada Facebook adalah seperti berikut:

Facebook Instagram
Bil. Penggunaan Perkataan asal Penggunaan Perkataan asal
huruf huruf tunggal
tunggal
1. g pergi - -
Jadual 7: Penggunaan Huruf Tunggal Dalam Kata Singkatan

Daripada penyenaraian contoh penggunaan huruf tunggal, pengkaji mendapati

bahawa pengguna Facebook dan Instagram meringkaskan sesuatu perkataan dengan

menggunakan huruf-huruf tertentu.Contoh singkatan di atas memperlihatkan

singkatan yang dilakukan dengan menggunakan huruf tertentu yang terdapat dalam

Facebook ialah ‘g’ (pergi). Perkataan pergi telah disingkatkan dengan menggunakan

huruf ‘g’ sahaja. Tiada penyingkatan kata dengan menggunakan huruf tunggal telah

digunakan dalam Instagram.

9.2 Faktor-Faktor Penggunaan Kata Singkatan Dalam Kalangan Pengguna

Media Sosial

Hasil analisis data mendapati bahawa, terdapat empat faktor penggunaan kata

singkatan dalam kajian ini. Huraian seterusnya berkaitan dengan faktor-faktor

23
penggunaan kata singkatan tersebut, iaitu menjimatkan masa, teknologi yang canggih,

pengaruh pengguna media sosial, dan kebebasan untuk menulis sesuatu dalam

ruangan maya atau blog.

9.2.1 Menjimatkan masa

Penyingkatan kata yang digunakan dalam komunikasi media sosial seperti Facebook

dan Instagram menjimatkan masa dari segi menulis dan menunggu balasan. Pengguna

Facebook dan Instagram menggunakan pelbagai jenis kata singkatan seperti

penyingkatan kata ganda, pengguguran vokal, penggunaan simbol dan pengguguran

suku kata. Kesemua jenis singkatan ini telah memberi ruang kepada para pengguna

dalam menjimatkan masa dan tenaga malah memudahkan lagi komunikasi.

Penyingkatan ini juga telah mendekatkan lagi pengguna Facebook dan Instagram

kepada pertuturan masa nyata apabila masa menunggu dapat dikurangkan. Situasi ini

turut dipengaruhi dengan faktor kesibukan, iaitu semua individu ingin menjimatkan

masa yang diambil untuk melakukan sesuatu kerja. Jadi penggunaan kata singkatan

dalam media sosial menjadi alternatif yang dapat mempercepatkan proses komunikasi

sehingga ramai pengguna terikut-ikut menggunakan kata singkatan dalam komunikasi

harian mereka di media sosial.

9.2.2 Teknologi yang canggih

Penggunaan kata singkatan dalam media sosial yang tidak terkawal telah melahirkan

kerisauan kepada ahli bahasa kerana gejala ini boleh memberikan kesan terhadap

perkembangan bahasa Melayu. Antara faktor yang paling ketara ialah penggunaan

dan perkembangan teknologi yang canggih. Teknologi yang canggih menyebabkan

masyarakat mudah menghantar mesej yang diingin dengan menggunakan perkataan

yang singkat dalam jangka masa yang pendek. Penggunaan kata singkatan melalui

24
teknologi maklumat seperti Facebook dan Instagram menyebabkan keteraturan

sesuatu bahasa tidak dapat dicapai. Singkatan yang lazimnya digunakan oleh

pengguna media sosial semasa berkomunikasi dalam media tersebut biasanya dibuat

sesuka hati bergantung kepada kehendak atau keinginan penggunaanya, terutamanya

dalam kalangan generasi muda.

Kesibukan masyarakat zaman moden, juga menyebabkan mereka menggunakan

bahasa yang tidak standard dalam komunikasi bukan lisan, terutamanya dalam

rangkaian sosial. Perkembangan teknologi maklumat memberikan tamparan hebat

terhadap sesuatu bahasa terutamanya bahasa Melayu. Generasi yang akan datang ini

tidak lagi dapat menjiwai bahasa Melayu seperti generasi sebelum ini. Hal ini

demikian kerana perkembangan teknologi maklumat yang meliputi sistem

pengoperasian yang begitu canggih disebabkan penggunaan lebih perkataan-perkataan

yang singkat. Harrison (2005) yang pernah menjalankan kajian dan menulis

kepupusan bahasa optimis dan percaya bahawa teknologi maklumat sesuatu yang

dianggap oleh orang ramai sebagai ancaman terhadap kepelbagaian bahasa.

Penggunaan bahasa Melayu dalam Facebook dan Instagram tidak lagi menggunakan

bahasa Melayu yang betul dan standard.

9.2.3 Pengaruh pengguna media sosial

Selain itu, faktor berlaku penyingkatan kata dalam bahasa Melayu di media sosial

ialah pengaruh pengguna media sosial. Pada zaman sekarang semua orang ingin

memendekkan waktu melaksanakan sesuatu kerja. Keadaan ini telah mendorong

kepada situasi penggunaan kata singkatan dalam media sosial. Hal ini dikatakan

demikian kerana kebanyakkan pengguna media sosial sekarang ingin cepat dalam

menulis sesuatu di media sosial, maka mereka menyingkatkan perkataan yang baru

untuk memudahkan urusan penulisan atau penghantaran mesej. Apabila mereka

25
menggunakan perkataan-perkataan yang disingkatkan itu dalam perbualan mereka di

media sosial, rakan-rakan mereka yang melihat dan membaca singkatan yang ditulis

di media sosial tersebut mula terpengaruh dan terikut-ikut dengan budaya yang

dibawa oleh rakan mereka tersebut. Hal ini demikian kerana remaja mempunyai

semangat yang tinggi dalam mencipta sesuatu baharu. Jadi, apabila mereka melihat

ada perubahan dalam komunikasi dalam alam maya mereka turut terikut untuk

melakukan perkara tersebut kerana menganggapnya sebagai trend terkini. Pengaruh

ini bukan sahaja mempengaruhi anak remaja malah golongan dewasa juga terikut-ikut

dengan penggunaan kata singkatan pada zaman sekarang.

9.2.4 Kebebasan untuk menulis sesuatu dalam ruangan maya atau blog

Salah satu faktor penggunaan kata singkatan dalam kalangan pengguna media sosial

ialah kebebasan untuk menulis sesuatu dalam ruangan maya atau blog tanpa

pemantauan. Kebebasan yang dimaksudkan ialah tiada akta mahupun syarat khas

telah dikenakan kepada para pengguna media sosial yang gemar untuk menggunakan

kata singkatan dalam pergaulan seharian. Oleh itu, para pengguna media sosial sangat

berani dan menggunakan kebebasan ini untuk menulis apa-apa sahaja yang diingini

dalam bentuk singkatan dalam ruangan maya atau blog. Dengan ini, wujudlah

kehadiran singkatan-kata singkatan baru yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam

kalangan pengguna media sosial. Sebagai contohnya, ada orang menggunakan ‘jer’

untuk menggantikan perkataan sahaja, ‘nie’ untuk ini dan sebagainya. Hal ini

demikian kerana, singkatan yang betul untuk sahaja ialah ‘je’, manakala bagi

perkataan ‘ini’ ialah ‘nie’. Kebebasan menulis sesuatu dalam alam maya turut

dipengaruhi oleh faktor psikologi. Hal ini dapat dilihat dalam beberapa contoh

penggunaan kata singkatan dalam alam maya iaitu, “ni” dan “nie”. Kedua-dua

perkataan ini membawa maksud yang sama iaitu, “ini” namun penggunaannya

26
berbeza mengikut kehendak pengguna. Fakor psikologi mendorong pengguna media

sosial menulis tanpa banyak berfikir sehingga wujudnya banyak kata singkatan yang

membawa maksud yang sama. Maka, keadaan ini secara langsung akan membawa

kepada kekeliruan dan mendorong kepada kewujudan kata singkatan yang banyak.

9.3 Kesan-Kesan Penggunaan Kata Singkatan Dalam Kalangan Pengguna Di

Media Sosial

Hasil analisis data mendapati bahawa, terdapat tiga kesan penggunaan kata singkatan

dalam kalangan pengguna di media sosial. Penerangan seterusnya berkaitan dengan

kesan-kesan penggunaan singkatan kata, iaitu mencemarkan bahasa, kesukaran

memahami isi kandungan mesej, dan pengaruh kepada pelajar.

9.3.1 Mencemarkan bahasa

Mutu dan kualiti bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan semakin merosot

terutamanya dalam bentuk komunikasi bukan lisan akibat penggunaan kata singkatan

dalam media sosial secara meluas. Hal ini demikian kerana kebanyakan pengguna

media sosial yang gemar menyingkatkan sesuatu perkataan mengikut kesesuaian

mereka sehingga perkara tersebut mempengaruhi cara penulisan orang lain.

Perkataan-perkataan tersebut diterima, dipraktikkan, dan diguna pakai oleh pengguna

media sosial dalam kehidupan harian mereka. kata singkatan yang digunakan dalam

media sosial ini terdiri daripada pelbagai jenis dan tidak mengikut peraturan dan

tatabahasa yang betul.

Kata singkatan atau kata akronim merupakan kependekan atau penyingkatan

bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan sama ada huruf, suku kata atau

bahagian daripada perkataan lalu digabungkan atau dicantum untuk membentuk

perkataan yang boleh dilafazkan sebagai satu perkataan yang utuh. Mengikut

tatabahasa yang betul, kata akronim terbentuk hasil daripada cantuman huruf awal

27
perkataan, cantuman huruf dan suku kata perkataan, cantuman suku kata awal

perkataan dan cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bukan perkataan

awal yang lain. Namun kata singkatan yang digunakan dalam media sosial tidak

mengikut aspek tatabahasa ini. Perkataan seperti “bwk”, “jer”dan “nie” tidak betul

dari sudut tatabahasa tetapi digunakan dalam media sosial. Hal ini demikian kerana

perkataan tersebut mempunyai penggunanya tersendiri. Akibatnya kata singkatan

digunakan lebih meluas berbanding bahasa sebenar kerana penerimaannya lebih selari

dengan perkataan bahasa Melayu yang betul.

Kata singkatan turut dikatakan boleh mencemarkan martabat bahasa Melayu kerana

ragamnya yang bersifat kasar. Misalnya, ada perbezaan antara “ dekat mana?” dengan

“kat mn?”. Kedua-dua ayat tersebut mempunyai maksud yang sama tetapi mungkin

ayat yang menggunakan kata singkatan lebih menonjolkan ragam bahasa kasar.

Penggunaan perkataan penuh dalam bahasa Melayu dianggap bersopan dan cantik

bahasanya berbanding dengan penggunaan kata singkatan. Penerima mesej akan

mengalami kekeliruan dari aspek pemahaman ragam bahasa tersebut. Impaknya,

keindahan dan keunikan bahasa Melayu yang diamalkan sejak turun-temurun

dipinggirkan.

Penggunaan kata singkatan secara meluas dalam alam maya telah menyebabkan

pengguna media sosial terutamaya remaja kurang berminat untuk berkomunikasi

menggunakan bahasa Melayu yang betul dan memiliki tatabahasa serta frasa lebih

tersusun. Kehadiran kata singkatan merendahkan keagungan bahasa Melayu sebagai

bahasa rasmi.

9.3.2 Kesukaran memahami isi kandungan mesej 

Kesan penggunaan kata singkatan ialah menyebabkan kesukaran untuk memahami isi

kandungan mesej. Hal ini demikian kerana kata singkatan yang digunakan tidak sama

28
seperti suku kata yang telah dipelajari di sekolah. Sebagai contoh, penggunaan kata

singkatan "Akum" iaitu kata yang disingkatkan daripada "Assalamualaikum".

"Akum" merupakan gelaran orang Yahudi kepada orang bukan berbangsa Yahudi

yang membawa maksud 'Binatang' dalam bahasa ibrani. Bagi yang memahami

maksud tersebut akan salah faham akan mesej yang ingin disampaikan oleh si

penyampai. Implikasinya, mesej yang pada asalnya bertujuan untuk memberi maksud

yang baik akan disalah tafsir kandungannya. Secara langsung keaadan ini akan

mendorong kepada perselisihan faham antara dua pihak.

9.3.3 Pengaruh kepada pelajar

Penggunaaan kata singkatan di media sosial turut memberi kesan kepada pelajar

dalam aspek penulisan khususnya semasa menjawab soalan peperiksaan. Para pelajar

selalu terdedah dengan penggunaan aplikasi media sosial seperti Facebook dan

Instagram sebagai platform untuk berkomunikasi dan mengetahui tentang isu-isu

semasa. Justeru, penggunaan kata singkatan amat lazim digunakan oleh mereka.

Namun begitu, kesan negatif kepada pelajar wujud terutamanya semasa menjawab

soalan peperiksaan. Hal ini demikian kerana para pelajar terikut-ikut atau tidak

sengaja menggunakan kata singkatan semasa peperiksaan tanpa sedar. Hal ini akan

menjejaskan gred atau markah pelajar tersebut. Sebagai contoh, kata singkatan yang

biasa digunakan oleh pelajar semasa peperiksaan adalah “yg” iaitu “yang”.

Penggunaan kata singkatan boleh digunakan oleh pelajar tetapi perlu melihat kepada

situasi yang bersesuaian. Oleh itu, penggunaan kata singkatan memberi kesan kepada

pelajar terutamanya dari aspek penulisan di dalam peperiksaan.

10.0 Kesimpulan

Pengkaji mendapati bahawa daripada objektif pertama, penyingkatan kata akibat

pengguguran vokal, kerap digunakan dalam kalangan media sosial berbanding dengan

29
jenis-jenis penyingkatan kata yang lain. Sebagai contoh, penyingkatan kata akibat

pengguguran vokal dalam laman Facebook seperti singkatan perkataan “bnyk” yang

membawa maksud “banyak” dan “sbb” iaitu “sebab”. Dalam laman Instagram pula,

contoh yang boleh dilihat seperti singkatan perkataa “dpt” iaitu “dapat” dan

“mcm”iaitu “macam”. Penyingkatan kata yang paling sedikit digunakan oleh

pengguna media social adalah penyingkatan kata akibat penggunaan huruf. Contoh

yang boleh dilihat di dalam laman Facebook seperti singkatan perkataan “g” yang

bermaksud “pergi”. Walau bagaimanapun, penyingkatan kata akibat penggunaan

huruf di dalam laman Instagram pula tidak dijumpai.

Dapatan objektif kedua, pengkaji mendapati bahawa terdapat empat faktor yang

mempengaruhi pengguna media sosial dalam menggunakan kata singkatan, iaitu

menjimatkan masa, teknologi yang canggih, pengaruh pengguna media sosial, dan

kebebasan untuk menulis sesuatu dalam ruangan maya atau blog.

Dapatan objektif ketiga, pula pengkaji mendapati bahawa terdapat tiga kesan yang

diterima oleh pengguna media sosial dalam penggunaan kata singkatan, iaitu

mencemarkan bahasa, pengaruh kepada pelajar, dan kesukaran memahami kandungan

mesej.

Melalui dapatan kajian ini, pengkaji turut mencadangkan beberapa langkah untuk

menangani isu penggunaan kata singkatan. Antaranya Kementerian Pendidikan

Malaysia hendaklah memasukkan topik penggunaan kata singkatan yang betul dalam

silibus matapelajaran bahasa Melayu. Dengan ini, dapatlah memberi pendedahan

kepada para pelajar tentang penggunaan kata singkatan bahasa Melayu yang betul dan

tepat. Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia bolehlah mengadakan kempen

untuk mengurangkan penggunaan kata singkatan dalam komunikasi harian mereka .

Disamping itu, akta khas harus diperkenalkan untuk mengawal penggunaan kata

30
singkatan yang berleluasa dalam kalangan pengguna media sosial. Akhirnya,

penggunaan kata singkatan hendaklah digunakan dengan cara yang betul agar dapat

mengelakkan pencemaran bahasa.

11.0 Bibliografi

Belal, A. (2014). Influence of digital social media in writing and speaking of tertiary
level student. BRAC University Bangladesh.
Fish, T. W. (2015). Intenet slang and high school students: A teacher’s perspective.
Gonzaga University, Washington.
Herring, S. (ed). (1996). Computer-mediated communication: Linguistic, social and
cross-cultural perspectives. Amsterdam: John Benjamins Publishing.
Khalifa, R. M. (2015). Pragmatic functions of social networks' acronyms.
International Journal of English Language and Linguistics Research, 3(4), 37-

31
49.
Ling, R., & Pedershen, P, (ed). (2005). Mobile communications: Renegotiation of the
social sphere. London: Springer.
Mudiana Mokhsin. (2015). Kesan penggunaan singkatan dan homofon perkataan di
media sosial dalam kalangan belia di Malaysia. Universiti Islam Teknologi
Malaysia, Selangor.
Nani Astuti. Singkatan dan akronim di kalangan remaja di Kota Bandung. Indonesia.
Noviatri, & Reniwati. (2015). Singkatan dan akronim dalam surat khabar: Kajian
bentuk dan proses. Indonesia.
SMS Research (on-line). Diakses pada 18/10/2019 dari
http://www.txt2nite.com/forum/viewtopic.php?t=137.
Wong. (2009). Bahasa Melayu di ruang siber: Satu kajian kes. Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.

12.0 Lampiran

32
Gambar 1: Komen berkaitan topik kesihatan di Facebook

Gambar 2: Komen berkaitan topik kesihatan di Facebook

33
Gambar 3: Komen berkaitan topik kesihatan di Facebook

Gambar 4: Komen berkaitan topik masakan di Facebook

34
Gambar 5: Komen berkaitan topik masakan di Facebook

Gambar 6: Komen berkaitan topik masakan di Instagram

35
Gambar 7: Komen berkaitan topik masakan di Instagram

Gambar 8: Komen berkaitan topik masakan di Instagram

36
Gambar 9: Komen berkaitan topik kesihatan di Instagram

Gambar 10: Komen berkaitan topik kesihatan di Instagram

Facebook Instagram

37
Bil Pengguguran Perkataan asal Pengguguran Perkataan asal
vokal vokal
1. sbb sebab yng yang
2. dlm dalam ingt ingat
3. budk budak kna kena
4. pkai pakai lps lepas
5. brapa berapa sgt sangat
6. bnyk banyak nnti nanti
7. dgn dengan ank anak
8. dlu dulu blh boleh
9. lg lagi mkn makan
10. - - ikn ikan
11. - - tmpt tempat
Jadual 1: Pengguguran Vokal Dalam Kata Singkatan

Facebook Instagram
Bil Pengguguran Perkataan asal Pengguguran Perkataan asal
vokal dan vokal dan
konsonan konsonan
1. brg barang - -
2. skrg sekarang - -
3. org orang - -
Jadual 2: Pengguguran Vokal Dan Konsonan Dalam Kata Singkatan

Facebook Instagram
Bil Penyingkatan Perkataan asal Penyingkatan Perkataan asal
kata ganda kata ganda
1. sape2 siapa-siapa mana2 mana-mana
2. berkaton2 berkaton-katon - -
3. rajin2 rajin-rajin - -
4. tuan2 tuan-tuan - -
5. puan2 puan-puan - -
6. lagi2 lagi-lagi - -
7. hari2 hari-hari - -
8. mcm2 macam-macam - -
9. goreng2 goreng-goreng - -
Jadual 3: Penyingkatan Kata Ganda Dalam Kata Singkatan

Facebook Instagram
Bil Pengunaan Perkataan asal Pengunaan Perkataan asal
huruf x huruf x
1. xkene tidak kena - -
2. xcaye tidak percaya - -
3. xletak tidak letak - -
4. xde tidak ada - -
Jadual 4: Penggunaan Huruf X Dalam Kata Singkatan

38

Anda mungkin juga menyukai