Anda di halaman 1dari 6

LATIHAN

Jawab semua soalan

1 Yang manakah padanan yang betul bagi kelompok bahasa dengan anggaran usia bahasa tersebut?

Anggaran usia bahasa


Tidak melebihi 2500 tahun Antara 2500 hingga 5000 tahun
A Austronesia, Melanesia Mikronesia, Austroasia
B Nusantara, Mikronesia Austris, Austroasia
C Polinesia, Nusantara Austronesia, Tibet-China
D Melanesia, Polinesia Austronesia, Austris

2
Marlapas, niparwuat, sapuloh dua
Kata-kata bahasa Melayu kuno di atas bermaksud

A. berlepas, dibuat, dua puluh C. berlepas, diperbuat, dua belas


B. melepas, diperbuat, dua belas D. melepas, memperbuat, dua puluh

3
Syahadan, anjing baginda yang bernama si Pasai itu pun mati di situ, maka
baginda pun menamatkan negeri itu dengan sebutan Pasai hingga datang
sekarang ini. Kemudian, baginda pun menabalkan anakanda baginda yang
bernama Malikul Tahir itu menjadi raja di negeri Pasai.
Yang manakah pernyataan yang benar tentang petikan klasik di atas?
I. Terdapat penggunaan partikel
II. Terdapat penggunaan ayat aktif
III. Terdapat penggunaan ayat pasif
IV. Terdapat penggunaan ayat songsang

A. I dan II C. II dan IV
B. I dan III D. III dan IV

4.
Perihal tokoh X
 Tokoh bahasa yang tersohor di Pulau Penyengat
 Golongan bangsawan Riau yang memainkan peranan untuk mengembangkan
kebudayaan Melayu
 Menghasilkan karya bahasa, sejarah, dan sastera, khususnya syair dan pantun

Yang manakah hasil karya X yang berkaitan dengan perkembangan bahasa Melayu?

A. Jalan Basa Melayu C. Ilmu Mengarang Melayu


B. Pelita Bahasa Melayu D. Kitab Pengetahuan Bahasa

5. Menunjukkan bakat kesusasteraan, terutamanya dalam bahasa


kebangsaan
Menyelaras ejaan dan sebutan
X
Menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan
Menyusun dan menerbitkan kamus dalam bahasa kebangsaan

X dalam carta di atas ialah

A. Angkatan Sasterawan 50 C. Dewan Bahasa dan Pustaka


B. Pejabat Karang Mengarang D. Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa

6. Yang manakah konteks bahasa Melayu digunakan sebagai sebagai rasmi?


A. Dalam sesi wawancara sukan di televisyen
B. Dalam sistem penyampaian maklumat kerajaan
C. Dalam perhubungan penutur daripada pelbagai latar belakang
D. Dalam menyampaikan ilmu di institusi pengajian tinggi awam

7.
Bahasa sumber Contoh perkataan
P Bola
I Bahasa Jawa Bendera
Q Kursus
II Bahasa Arab
Duit
R Ayu
III Bahasa Portugis
Matang
IV Bahasa Belanda S Awal
Sabar
Yang manakah padanan yang betul antara bahasa sumber dengan contoh
perkataannya?
I II III IV
A R S P Q
B Q P S R
C P Q R S
D S R Q P

8 Yang manakah pernyataan yang benar tentang kajian fonetik?


I. Menentukan lambang bagi bunyi bahasa
II. Menentukan sistem ejaan bagi sesuatu bahasa
III. Mengenal pasti fungsi bunyi dalam sesuatu bahasa
IV. Mengkaji bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat pertuturan manusia

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

9.

P Q

Yang manakah perkataan yang mengandungi bunyi yang diwakili oleh P dan Q dalam gambar di atas?
P Q
A Besi Molek
B Lepak Soal
C Emak Sorak
D Lempar Telur

10. Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-dua mengandungi gabungan dua huruf yang diwakili oleh satu
lambang fonetik

A. Hanyut, ragut C. Akhir, tergugat


B. Senyap, perang D. Ternyata, berganti

11. Yang manakah perkataan yang bermula dengan bunyi letupan lelangit lembut dan berakhir dengan bunyi
geseran?

I Bilas
II Kerah
III Teguh
IV Ganas

A. I dan II C. II dan IV
B. I dan III D. III dan IV

12. Yang manakah ayat yang mempunyai kata yang mengandungi vokal rangkap?

I Pada hujung minggu lalu, kami berkelah di pantai Port Dickson.


II Persoalan itu terungkai setelah Ali mengakui akan kesalahannya.
III Puisi tetang kehidupan masyarakat desa itu ialah hasil karyanya.
IV Kaedah simulasi dalam pengajaran perlu untuk mengelakkan pelajar bosan.

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

13. Yang manakah kumpulan perkataan yang kesemuanya mengandungi konsonan sengauan Lelangit lembut?

A. Nasi, tanya ,sering C. Ngilu, bunga,wayang


B. Mari, nyala, hangat D. Punya , nganga, nyaring

14. Persamaan bagi bunyi konsonan [k], [g], dan [n] ialah ketiga-tiganya dihasilkan

A. dengan cara udara dilepaskan C. dalam keadaan rongga hidung tertutup


B. Dengan menggetarkan pita suara D. dengan sekatan dibuat pada titik artikulasi yang sama

15. I Nyaris
II Syafaat

Yang manakah artikulasi sertaan yang terdapat pada perkataan I dan II?

I II
A Nasalisasi Labialisasi
B Labialisasi Palatalisasi
C Palatalisasi Nasalisasi
D Nasalisasi Glotalisasi
16.
I II
Untuk menyekat laluan udara, Kedua – dua bibir dirapatkan .
kedua-dua bibir dirapatkan. Rongga mulut ditutup.
Lelangit lembut dinaikkan. Udara keluar melalui rongga
Udara dilepaskan dengan cepat. hidung.
Pita suara tidak bergetar Pita suara bergetar.
Apakah padanan bunyi yang sesuai bagi I dan II?

I II
A [b] [m]
B [p] [m]
C [b] [w]
D [p] [w]

17. Yang manakah padanan yang betul bagi contoh perkataan yang mengandungi vokal rangkap dan diftong?

Rangkap vokal Diftong


A Lautan Saudagar
B Mulai Biola
C Gaung Saing
D Jengkaut Saintifik

18. I II III IV
Kental Kroni Traktor Budak
masuk gatra kontras undi

Yang manakah padanan yang betul tentang pola suku kata bagi perkataan yang disenaraikan dalam kumpulan I,
II,
III dan IV di atas?

I II III IV
A KVK KKV KKVK KV
B KKVK VKK KV KVKK
C KV KVK KKV KKVK
D KVK KV KKVK KKV

19. Yang manakah kumpulan kata pinjaman daripada bahasa Nusantara yang tidak mematuhi pola keselarasan vokal
bahasa Melayu?

A. Telor,teater,borong C. Duet,celoteh,loteng
B. Aneh,perabot,pepet D. Selekeh,engsel, tekong
20. Yang manakah ayat yang tidak memerlukan tanda koma (,) ?

I Dia tidak membeli kasut itu kerana harganya mahal.


II Lantaran ibunya tidak bersetuju dia menolak lamaran lelaki itu.
III Disebabkan hari hamper hujan pada ketika itu dia kerumah saya.
IV Kereta itu rosak teruk di bahagian enjin walaupun baru saja dibeli.

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV
BAHAGIAN B
(20 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.


Mahasiswa ialah sekelompok masyarakat yang melanjutkan pengajian atau menuntut di institusi pengajian
tinggi. Universiti merupakan tempat yang menjadi idaman setiap pelajar untuk menuntut ilmu pengetahuan
dan kepakaran. Mahasiswa mempunyai peranannya tersendiri apabila menjejakkan kaki di Menara gading.
Mereka perlu melihat dan memikirkan sejauh mana potensi yang mereka perlu ada dan komited untuk
membangunkan diri, masyarakat dan negara apabila bergelar mahasiswa kini.
Seorang yang bergelar mahasiswa perlu berpegang utuh kepada nilai integriti dalam pelbagai aspek
kehidupan. Nilai integriti ialah nilai kejujuran yang wujud secara menyeluruh sama ada pada individu atau
organisasi. Ia berlandaskan etika dan pencerminan dalam tindakan seharian. Masyarakat menyandarkan
beberapa harapan kepada golongan mahasiswa ini. Mahasiswa diharapkan menjadi pewaris kepimpinan
negara, agen perubahan dalam pelbagai aspek sama ada politik, ekonomi dan sosial serta pengeluaran kualiti
modal insan dalam pasaran kerja berteraskan nilai integriti yang tinggi. Mahasiswa perlu memandang ke
hadapan dan berfikiran terbuka serta kreatif dan diharapkan dapat membawa nilai ini dalam perkembangan
masyarakat dan negara.
Aspek utama yang perlu diterapkan dalam diri mahasiswa ialah nilai keperibadian terpuji atau akhlak
mulia. Keperibadian terpuji ialah kualiti diri yang bertunjangkan ajaran agama dan etika yang menjadi
perisai kepada perbuatan tidak bermoral. Penerapan nilai-nilai keagamaan yang mantap sentiasa
dilaksanakan di kampus. Etika bermasyarakat juga boleh dipupuk melalui gerak kerja sosial, khidmat
masyarakat dan kajian luar. Masyarakat kini dan akan datang bukan sahaja mengharapkan mahasiswa
menimba ilmu pengetahuan, tetapi pada masa yang sama dapat membina keperibadian terpuji dalam
masyarakat. Dalam konteks sosial, mahasiswa perlu mempunyai sikap boleh percaya dan jujur, sebagai
contoh, mereka melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah tanpa plagiat daripada mana-mana
idea orang lain. Nilai integriti ini juga dapat diserlahkan semasa menganjurkan program di kampus.
Pemerkasaan nilai integriti mahasiswa di kampus bakal menghasilkan mahasiswa yang berkualiti
dan bermanfaat kepada diri, agama, masyarakat dan negara. Mahasiswa atau para graduan yang berintegriti
juga boleh melahirkan tenaga kerja yang berkualiti. Golongan ini perlu memiliki pakej kualiti diri yang
cemerlang agar dapat terjun dalam bidang kerjaya dan masyarakat dengan penuh persediaan. Oleh itu,
pemupukan nilai integriti ini wajar menjadi satu budaya yang perlu diterapkan kepada warga kampus di
institusi pengajian tinggi.
( Dipetik dan diubahsuai daripada rencana Sinar Harian,Julai 2018)

21. Apakah nilai integriti yang perlu ada pada mahasiswa? (2m)

22. Jelaskan dua harapan masyarakat terhadap mahasiswa kini. (2m)

23.Huraikan aspek utama yang perlu diterapkan dalam diri mahasiswa ? (4m)

24.Apakah mesej penulis dalam petikan tersebut? (2m) 25.

Mahasiswa atau para graduan yang berintegriti juga boleh melahirkan tenaga kerja yang berkualiti.

25. Apakah risiko yang akan dihadapi oleh majikan dan syarikat sekiranya mereka mempunyai tenaga kerja
yang tidak berintegriti? Panjang jawapan anda hendaklah tidak melebihi 150 patah perkataan. (20 m)

Anda mungkin juga menyukai