Anda di halaman 1dari 9

SOALAN PEPERIKSAAN STPM MENGIKUT TOPIK

PENGGAL 1 (910/1)

1. SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

A. SALASILAH BAHASA MELAYU

01 Yang manakah bahasa yang tergolong dalam subkeluarga bahasa Nusantara?


A Bima C Annam
B Tonga D Nicobar
(2013:1)

02 Subkeluarga bahasa Contoh bahasa


I Toraja P Aru
II Sumatera Q Wotu
III Ambon-Timur R Bugis
IV Sulawesi Selatan S Nias

Yang manakah padanan yang betul antara subkeluarga bahasa dengan contoh bahasanya?

I II III IV
A Q S P R
B S P R Q
C R S Q P
D P Q S R
(2014:1)

03

Kawasan persebaran bahasa Austronesia yang diwakili oleh kawasan P, Q, R, dan S ialah

P Q R S
A Formosa Kepulauan Easter New Zealand Pulau Madagascar
B Yunan Kepulauan Marshall Australia Maldives
C Formosa Kepulauan Hawaii Papua New Guinea Mauritius
D Yunan Kepulauan Carolina Irian Jaya Kepulauan Andaman
(2015:1)
2

04 Yang manakah padanan yang betul bagi kelompok bahasa dengan anggaran usia bahasa tersebut?

Anggaran usia bahasa


Tidak melebihi 2500 tahun Antara 2500 hingga 5000 tahun
A Austronesia, Melanesia Mikronesia, Austroasia
B Nusantara, Mikronesia Austris, Austroasia
C Polinesia, Nusantara Austronesia, Tibet-China
D Melanesia, Polinesia Austronesia, Austris
(2016:1)
3

B. BAHASA MELAYU KUNO

01 Bukti terawal penggunaan bahasa Melayu dalam bentuk tulisan terdapat pada batu bersurat
A di Kota Kapur C di Karang Brahi
B di Talang Tuwo D di Kedukan Bukit
(2013:2)
02 Yang manakah batu bersurat yang ditulis dalam huruf Nagiri?
A Batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah
B Batu bersurat di Talang Tuwo, Palembang
C Batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka
D Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang
(2014:2)

03 Pilih pasangan perkataan yang kedua-duanya digunakan dalam bahasa Melayu kuno?
A Dngan, bhulan C Niperwuat, bumi
B Merlari, niminum D Niwunuh, marlapas
(2014:3)

04 Marlapas, niparwuat, sapuloh dua

Kata-kata bahasa Melayu kuno di atas bermaksud


A berlepas, dibuat, dua puluh C berlepas, diperbuat, dua belas
B melepas, diperbuat, dua belas D melepas, memperbuat, dua puluh
(2015:2)

05 Pernyataan yang berikut benar tentang bahasa Melayu kuno, kecuali


A kata kerja pasif ditandai oleh awalan ni-
B vokal e pepet tidak terdapat dalam bahasa Melayu kuno
C bunyi [w] dalam bahasa Melayu kuno sama dengan bunyi [b] dalam bahasa Melayu moden
D fungsi awalan ma- dalam bahasa Melayu kuno sama dengan awalan ber- dalam bahasa
Melayu moden
(2016:2)
06 Yang manakah batu bersurat yang ditulis dengan huruf Nagiri?
I Batu bersurat di Gandasuli III Batu bersurat di Bangkahulu
II Batu bersurat di Kota Kapur IV Batu bersurat di Karang Brahi

A I dan III C II dan III


B I dan IV D II dan IV
(2016:3)
4

C. BAHASA MELAYU KLASIK

01 Yang manakah penyataan yang benar tentang bahasa Melayu klasik?


I Ditulis dengan huruf Kawi C Sering menggnakan bahasa dalam
II Banyak menggunakan ayat aktif D Banyak menggunakan ayat songsang

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV
(2013:3)

02 I II

Yang manakah kesan yang timbul daripada perubahan sistem tulisan Jawi daripada I kepada II?
A Memudahkan sebutan C Menimbulkan masalah homograf
B Memperkemas sistem tulisan D Mengelakkan masalah ketaksaan makna
(2013:4)

03 Syahadan, anjing baginda yang bernama si Pasai itu pun mati di situ. Maka baginda pun
menamakan negeri itu dengan sebutan Pasai hingga datang sekarang ini. Kemudian, baginda
pun menabalkan anakanda baginda yang bernama Malikul Tahir itu menjadi raja di negeri
Pasai.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang petikan klasik di atas?


I Terdapat penggunaan partikel III Terdapat penggunaan ayat pasif
II Terdapat penggunaan ayat aktif IV Terdapat penggunaan ayat songsang

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
(2014:4)
04 Yang manakah batu bersurat yang tidak menunjukkan pengaruh bahasa Arab?
A` Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh
B Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu
C Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang
D Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau
(2015:3)

05 Yang manakah kumpulan huruf Jawi yang kesemuanya dicipta oleh pengguna bahasa Melayu
sebagai tambahan kepada huruf yang dipinjam daripada bahasa Arab?

(2015:4)
5

06 Terdengarlah cerita musafir yang berjalan itu. Maka berjalanlah ia ke bandar Mengkaleh,
direntasnya padang dan desa. Sampailah ia ke sungai Jengkala lalu berhentilah ia di situ.

Yang berikut ialah ciri bahasa Melayu klasik yang terdapat dalam petikan di atas, kecuali
A menggunakan kata pangkal ayat C menggunakan ayat tunggal
B menggunakan ayat songsang D menggunakan ayat pasif
(2015:5)
07 Yang berikut ialah bukti penggunaan bahasa Melayu klasik, kecuali
A batu bersurat di Minye Tujuh C batu nisan Sultan Malik al-Salleh
B patung gangsa di Padang Lawas D surat Sultan Abu Hayat II kepada Raja John III
(2016:4)

08 X

Bahasa Melayu
Y
klasik

Menerima pengaruh bahasa Arab

Yang manakah yang boleh ditempatkan pada X dan Y?

X Y
A Menggunakan tulisan Jawi Perkembangan pesatnya di Riau
B Mengekalkan pinjaman bahasa Sanskrit Banyak menggunakan bahasa istana
C Bahan bukti terhad kepada batu bersurat Meneruskan peminjaman daripada bahasa
Sanskrit
D Banyak pengaruh bahasa Inggeris Menggunakan tulisan Rumi
6

D. BAHASA MELAYU MODEN

01
Tokoh bahasa Karya
I William Marsden P Rahsia Ejaan Jawi
II Mejar Dato Haji Mohd Said Sulaiman Q A Grammar of Malayan Language
III Raja Ali Haji R Jalan Basa Melayu
IV Zainal Abidin bin Ahmad S Kitab Pengetahuan Bahasa

Yang manakah padanan yang betul antara tokoh bahasa dengan karyanya?

I II III IV
A P R Q S
B Q R P S
C Q S R P
D S Q P R
(2013:5)

02 Yang manakah konteks bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi?


A Dalam sesi wawancara sukan di televisyen
B Dalam sistem penyampaian maklumat kerajaan
C Dalam perhubungan penutur daripada pelbagai latar belakang
D Dalam menyampaikan ilmu di institusi pengajian tinggi awam
(2013:6)
03 Peringkat pelaksanaan dan proses perancangan bahasa melibatkan usaha yang berikut kecuali
A penciptaan istilah C penyediaan panduan ejaan
B penyediaan perkamusan D pemilihan bahasa kebangsaan
(2013:7)
04 Perakuan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tercatat dalam
I Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152
II Akta Bahasa Kebangsaan, 1963/67
III Penyata Rahman Talib
IV Penyata Razak

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
(2014:5)
05 Yang manakah karya yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji?
A Pelita Bahasa C Kitab Pengetahuan Bahasa
B Daftar Ejaan Melayu D Buku Ketetapan Hejaan Melayu
(2014:6)

06 Menunjukkan bakat kesusasteraan, terutamanya


dalam bahasa kebangsaan

Menyelaras ejaan dan sebutan


X
Menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam
bahasa kebangsaan

Menyusun dan menerbitkan kamus dalam bahasa


kebangsaan
7

X dalam carta di atas ialah

A Angkatan Sasterawan 50 C Dewan Bahasa dan Pustaka


B Pejabat Karang Mengarang D Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa
(2014:7)

07 Proses perancangan bahasa Maksud


I Pemasyarakatan P Usaha mengembangkan bahasa agar tercapai
kaedah saling terjemah
II Pengekodan Q Peninjauan terhadap kesan perancangan bahasa
III Penilaian R Usaha ke arah penyerapan variasi bahasa
IV Pemupukan S Pendedahan hasil perancangan kepada
pengguna
Yang manakah padanan yang betul antara proses perancangan bahasa dengan maksudnya?

I II III IV
A R Q P S
B S R Q P
C Q S P R
D P S Q R
(2014:8)

08 Perihal tokoh X
Tokoh bahasa yang tersohor di Pulau Penyengat
Golongan bangsawan Riau yang memainkan peranan untuk mengembangkan kebudayaan
Melayu
Menghasilkan karya bahasa, sejarah, dan sastera, khususnya syair dan pantun.

Yang manakah hasil karya X yang berkaitan dengan perkembangan bahasa Melayu?
A Jalan Basa Melayu C Ilmu Mengarang Melayu
B Pelita Bahasa Melayu D Kitab Pengetahuan Bahasa
(2015:6)

09 I Bahasa Melayu klasik


Setelah sekaliannya lengkap, maka pada ketika dan saat yang baik, lalu berangkat Sultan
Mahmud diiringkan oleh hulubalang dan menteri serta rakyat sekalian, maka barang di mana
tempat berhenti baginda itu di sana perkelahan diadakan sambil bersuka-suka berjamu dan
minum.

II Bahasa Melayu moden


Beliau mengingatkan bahawa hubungan antara majikan dengan pekerja haruslah harmoni.
Menurut beliau, selain berbincang, terdapat beberapa kaedah lain yang boleh dilakukan untuk
mewujudkan situasi sedemikian. Antaranya majikan harus menyediakan kemudahan yang
selesa untuk pekerjanya. Pekerja yang cemerlang harus diberikan insentif atau ganjaran
sebagai penghargaan.

Berdasarkan petikan I dan II, yang manakah ciri yang jelas bagi bahasa Melayu klasik dan bahasa
Melayu moden?

Bahasa Melayu klasik Bahasa Melayu moden


I Terdapat penggunaan partikel Jenis larasnya jelas
II Mengandungi kosa kata bahasa istana Terdapat unsur pengulangan
III Banyak menggunakan kata pangkal ayat Mengandungi kosa kata asing
IV Ayatnya menunjukkan binaan songsang Banyak penggunaan ayat majmuk
8

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
(2015:7)

10
Perancangan
bahasa

Taraf X

Dalam perancangan bahasa, X melibatkan usaha untuk

I menghasilkan variasi bahasa baku


II menggubal istilah teknikal dan profesional
III meninjau hasil dan kesan perancangan bahasa
IV mewujudkan identiti dan kedaulatan negara tanpa mengetepikan bahasa lain

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
(2016:6)

11
Tokoh bahasa tempatan Karya
I Raja Ali Haji P Susur Galur Bahasa Melayu
II Nik Safiah Karim Q Ilmu Mengarang Melayu
III Asmah Haji Omar R Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Pengajaran
IV Zainal Abidin bin Ahmad S Kitab Pengetahuan Bahasa
Yang manakah padanan yang betul antara tokoh bahasa dengan karyanya?

I II III IV
A Q P R S
B P Q S R
C S R P Q
D R S Q P
(2016:7)
9

E. UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU

01 Bahasa sumber Contoh perkataan


I Arab P Biskut
II Inggeris Q Bangsa
III Portugis R Majalah
IV Sanskrit S Kemeja

Yang manakah padanan yang betul antara bahasa sumber dengan contoh perkataannya?

I II III IV
A R S P Q
B S Q P R
C R P S Q
D S R Q P
(2013:8)

02 Bahasa sumber Contoh perkataan


I Bahasa Jawa P Bola
Bendera
II Bahasa Arab Q Kursus
Duit
III Bahasa Portugis R Ayu
Matang
IV Bahasa Belanda S Awal
Sabar
Yang manakah padanan yang betul antara bahasa sumber dengan contoh perkataannya?

I II III IV
A R S P Q
B Q P S R
C P Q R S
D S R Q P
(2015:9)

03 Yang manakah ayat yang mengandungi kosa kata berimbuhan pinjaman daripada bahasa Arab?
I Rafiq bercita-cita untuk menjadi angkasawan negara.
II Sukatan Pelajaran STPM Baharu turut mementingkan aspek insaniah.
III Pentaksiran berasaskan sekolah melibatkan kerja projek atau kerja amali.
IV Pakar pendidikan menggunakan prinsip pembelajaran untuk mengubah tingkah laku bilazim
seseorang

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV
(2016:8)

SuhaimiMohdSalleh@2016

Anda mungkin juga menyukai