Anda di halaman 1dari 1

(1) Mengapakah IMS-GT lebih Berjaya berbanding dengan pakatan Segi Tiga Pertumbuhan

ASEAN yang lain ?


Lokasi atau kedudukannya yang hamper dengan negara maju iaitu Singapura menyebabkan
limpahan pembangunan ke kawasan seperti Wilayah Pembangunan Iskandar dan Pulau Batam
berlaku dengan cepat.
Jaminan keselamatan tinggi. Kawasan IMS-GT lebih stabil daripada segi politik, aman dan tidak
berlaku tuntutan autonomi wilayah seperti mana di IMS-GT (Selatan Thailand) dan EAGA BIMP
(Selatan Filipina). Keadaan ini mewujudkan iklim pelaburan yang sihat untuk meyakinkan para
pelabur menanam modal tanpa risiko keselamatan.
Menjadi tumpuan kerajaan. IMS-GT menjadi fokus ketiga-tiga kerajaan untuk mewujudkan pusat
pertumbuhan ekonomi serantau yang baru berasaskan sektor tertier. Galakan dan insentif diberi
kepada pelabur dalam dan luar negara IMS-GT untuk menanam modal seperti insentif percukaian,
ekuiti yang lebih besar, bebas cukai dan sebagainya.
Kawasan sedia maju dengan ekonomi moden. Sektor ekonomi moden khususnya perindustrian
dan perkhidmatan sudah bertapak kukuh di kawasan IMS-GT khususnya Singapura dan Johor
Bahru. IMS-GT juga memiliki kemudahan asas yang sudah lengkap serta mempunyai darjah
ketersampaian yang tinggi seperti jaringan jalan raya, lebuh raya, pelabuhan antarabangsa, system
jaringan telekomunikasi dan sebagainya.
Kuasa beli penduduk yang tinggi. Penduduk di kawasan IMS-GT berpendapatan sederhana dan
tinggi yang terdiri daripada golongan menengah khususnya dari Singapura dan Johor Bahru.
Rakyat Singapura yang mempunyai kuasa beli yang tinggi disebabkan oleh nilai mata wang
Singapura yang tinggi membolehkan mereka berbelanja di kawasan IMS-GT. Contohnya
penduduk Singapura berbelanja di Johor Bahru dan Batam Singapura.
Keupayaan modal yang banyak. Modal yang banyak dilabur oleh pelabur swasta dari Singapura,
China, Kuwait, Brunei dan negara-negara kaya yang lain kerana potensi keuntungan yang tinggi
di IMS-GT terutamanya di Wilayah Pembangunan Iskandar. Modal yang banyak menjamin
kepesatan pembangunan sektor perindustrian, sektor perkhidmatan, pelancongan, pendidikan dan
sebagainya.
Keupayaan teknologi yang tinggi. Kemajuan teknologi yang tinggi dan pesat berbanding dengan
kawasan segitiga yang lain yang diterajui oleh Singapura dan Johor. Industri berteknologi tinggi
seperti HI-TECH juga berpangkalan di Singapura, teknologi pelabuhan dan perkapalan dan
sebgainya. Teknologi komunikasi, teknologi perubatan, teknologi pendidikan juga pesat
berkembang di IMS-GT yang menyebabkan penyebaran maklumat dan inovasi baru menjadi
mudah dan cepat .

Anda mungkin juga menyukai