Anda di halaman 1dari 22

Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Atmosfera

1. (a) Nyatakan bagaimanakah proses penyerapan bahangan bumi oleh lapisan atmosfera. [7]

Proses penyerapan bahangan bumi oleh lapisan atmosfera:


 bumi menyerap bahangan yang dipancarkan oleh matahari ke bumi.
 wap air menyerap gelombang panjang di antara 4 hingga 8 mikron dan melebihi 20
mikron.
 co2 menyerap gelombang panjang di antara 12 hingga 20 mikron.
 gelombang panjang antara 8 hingga 12 mikron menembusi atmosfera.
 awan menyerap semua jenis gelombang panjang.
 lapisan ozon menyerap gelombang panjang antara 9.4 hingga 9.8 mikron

(b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar di permukaan bumi.
[10]

Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar di permukaan bumi:


 pengaruh latitud
 pengaruh kebenuaan dan kelautan
 pengaruh badan air yang besar – tasik
 pengaruh arus lautan
 pengaruh banjaran gunung
 pengaruh tumbuhan semula jadi
 pengaruh warna tanih

(c) Huraikan pengaruh arus lautan terhadap kegiatan dan kehidupan manusia. [8]

Pengaruh arus lautan terhadap kegiatan dan kehidupan manusia:


 mewujudkan kawasan gurun
 mewujudkan kawasan pembiakan plankton
 mewujudkan kawasan berkabus
 menggalakkan kejadian banjir dan kemarau

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 1


Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Atmosfera

2. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan,


(i) atmosfera sebagai sumber dan pengimbang kehidupan, dan [2]
 sumber gas
 pengimbang tenaga

(ii) nyatakan kepentingan unsur wap air dalam kajian cuaca dan iklim [7]
 indeks kelembapan udara
 agen pengimbang haba
 indeks kestabilan udara atau kejadian ribut
 agen menentukan haba rasa
 agen pembentukan kerpasan

(b) Huraikan bagaimana taburan wap air boleh berbeza-beza dari segi ruang dan masa. [8]

Ruang;
 dari khatulistiwa ke kutub – pengaruh laltitud
 daratan dan lautan
 altitud
Masa;
 musim
 harian

(c) Terangkan jenis-jenis kuasa penggerak yang menaikkan jisim wap air ke paras yang lebih
tinggi untuk membentuk pelbagai jenis hujan. [8]

Jenis-jenis kuasa penggerak yang menaikkan jisim wap air ke paras yang lebih tinggi untuk
membentuk pelbagai jenis hujan:
 hujan bukit – penyejukan alir lintang dan penyejukan adiabatik
 hujan perolakan – penyejukan sinaran dan penyejukan adiabatik
 hujan perenggan – penyejukan alir lintang dan penyejukan adiabatik

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 2


Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Atmosfera

3. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan atmosfera? [5]

Atmosfera bermaksud udara nipis yang terdiri daripada empat lapisan, mengandungi pelbagai
gas dan berkedudukan hampir dengan permukaan bumi kerana adanya daya tarikan graviti
serta bergerak bersama-sama pergerakan bumi kerana adanya daya tarikan graviti serta
bergerak bersama-sama pergerakan bumi mengelilingi matahari

(b) Huraikan peranan atmosfera dalam mengawal suhu permukaan bumi. [10]

Peranan atmosfera dalam mengawal suhu permukaan bumi:


 Bertindak sebagai penebat kepada kemasukan bahangan suria.
 Bertindak sebagai pemantul kepada bahangan suria yang datang dari matahari.
 Agen penapis kepada bahangan suria yang merbahaya
 Bertindak sebagai pengatur haba bumi dan atmosfera dengan cara mewujudkan edaran
umum atmosfera.
 Bertindak sebagai agen penyebar kepada bahangan suria sampai ke permukaan bumi.

(c) Jelaskan bagaimana atmosfera tercemar oleh tindakan manusia. [10]

Atmosfera tercemar oleh tindakan manusia:


 Aktiviti pembakaran terbuka
 Aktiviti penebangan hutan
 Penggunaan bahan api fosil
 penggunaan

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 3


Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Atmosfera

4. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan cuaca dan iklim? [5]

 Cuaca ialah pemerhatian terhadap fenomena cuaca seperti kerpasan, suhu, kelembapan dan
angin yang bersifat mikro dan setempat. Cuaca bersifat dinamik dan sukar diramal.
 Iklim ialah unsur-unsur fenomena cuaca seperti kerpasan dan suhu. Ia diperhatikan dalam
tempoh masa yang lama. Ia berskala besar merangkumi kawasan yang luas.

(b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi cuaca di Malaysia. [10]

Faktor-faktor yang mempengaruhi cuaca di Malaysia:


 Kedudukan hampir dengan garisan khatulistiwa
 Keadaan angin
 Kelautan
 Ketinggian sesuatu tempat dari aras laut
 Pegaruh aktiviti manusia

(c) Adakah aktiviti manusia memberi impak yang besar dalam mempengaruhi iklim dan cuaca di
sesuatu kawasan? [10]

Aktiviti manusia memberi impak yang besar dalam mempengaruhi iklim dan cuaca di sesuatu
kawasan:
 Perindustrian
 Pengangkutan
 Pembukaan kawasan pertanian
 Pembandaran
 Pembalakan

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 4


Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Atmosfera

5. (a) Takrifkan kelembapan mutlak. [5]

Kelembapan mutlak bermaksud jumlah wap air sebenar yang terdapat dalam atmosfera pada
masa-masa tertentu yang bergantung kepada suhu jisim udara.

(b) Huraikan faktor yang mempengaruhi kandungan wap air dalam atmosfera. [10]

Faktor yang mempengaruhi kandungan wap air dalam atmosfera:


 Suhu udara
 Kadar pencemaran udara
 Tumbuhan semula jadi
 Kadar tiupan angin
 Badan air yang banyak
 Permukaan tak telap air

(c) Jelaskan kesan kandungan kelembapan yang tinggi terhadap fenomena cuaca di kawasan
tropika lembap. [10]

Kesan kandungan kelembapan yang tinggi terhadap fenomena cuaca di kawasan tropika
lembap ialah:
 Meningkatkan kadar kejadian kerpasan
 Kadar suhu ambien menjadi rendah
 Menjadikan cuaca redup dan nyaman
 Mengurangkan kadar keternampakan – kabus tebal
 Menjadikan tekanan udara tinggi dan merendah kadar tiupan angin

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 5


Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Atmosfera

6. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan udara stabil? [5]

Maksud udara stabil ialah:


 Apabila sesuatu bungkusan udara naik secara menegak ke atmosfera ia akan cenderung
kembali ke tempat asalnya kerana secara adiabatik suhu udara tersebut lebih sejuk
berbanding dengan suhu sekitarnya.

(b) Huraikan proses kestabilan udara. [12]

Proses kestabilan udara:


 Sesuatu bungkusan udara mengalami proses pengembangan di peringkat permukaan bumi
tetapi tidak bercampur dengan udara sekitarnya.
 Ia bergerak naik secara menegak ke atmosfera berbanding dengan keadaan sekitarnya.
 Apabila ia mengembang, suhu bungkusan udara akan berkurangan mengikut kadar tukaran
adiabatik kering sebanyak 10oC setiap 1000 meter manakala udara sekitarnya mengikut
kadar tukaran sekitar 5oC setiap 1000 meter – proses udara stabil.
 Apabila bungkusan udara naik mengikut kadar tukaran sekitaran lebih besar daripada
kadar tukaran adiabatik kering – proses udara tidak stabil.
 Bungkusan udara lebih padat berbanding dengan keadaan sekitarnya.
 Bungkusan udara lebih berkenderungan kembali ke tempat asalnya apabila dipaksa naik ke
atmosfera sekalipun melepasi titik pemeluwapan.
 Udara mengalami keadaan ketakstbilan bersyarat apabila bungkusan udara berada di antara
kadar adiabatik kering dan kadar takuran adiabatik basah.

(c) Jelaskan kesan nyata ketakstabilan udara terhadap pembentukan pelbagai fenomena cuaca.
[8]

Kesan nyata ketakstabilan udara terhadap pembentukan pelbagai fenomena cuaca:


 Udara di atas permukaan panas akan mengembang dan naik ke atas menghasilkan proses
pengangkatan perolakan.
 Udara mengembang yang kurang padat berbanding dengan persekitarannya naik melepasi
titik pemeluwapan akan membentuk awan.
 Awan yang terbentuk boleh menyebabkan berlakunya kerpasan.
 Udara tidak stabil sering kali dikaitkan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.
 Udara tidak stabil meningkatkan kadar kedalaman campuran dan pergerakan udara
menegak. Dengan itu bahan pencemar disebarkan dalam lapisan atmosfera yang lebih tebal
berbanding sekiranya udara stabil.

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 6


Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Atmosfera

7. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan edaran umum atmosfera secara global? [5]

Edaran umum atmosfera secara global ialah beredar dari kawasan sejuk ke kawasan panas. Di
kawasan sejuk, tekanan udaranya tinggi. Contohnya di kawasan kutub dan garis lintang
sederhana. Di kawasan panas, tekanan udara rendah seperti di kawasan tropika.

(b) Huraikan mekanisme kejadian Angin Monsun Timur Laut dan Angin Monsun Barat Daya.
[10]

Mekanisme kejadian Angin Monsun Timur Laut dan Angin Monsun Barat Daya ialah:
 Angin Monsun Timur Laut.
- berlaku pada bulan Nov – Mac
- matahari berada di hemisfera selatan atas Garisan Jadi
- hemisfera selatan mengalami musim panas, wujud sel tekanan udara rendah di benua
Australia
- waktu yang sama hemisfera mengalami musim sejuk, wujud sel tekanan udara tinggi
di Siberia
- perbezaan dalam tekanan udara menyebabkan udara bergerak dari tekanan tinggi ke
arah tekanan udara rendah membentuk angin lazim.
- Angin yang bergerak pada arah barat laut tetapi terbias menjadi Angin Monsun Timur
Laut di Asia Tenggara
 Angin Monsun Barat Daya.
- berlaku pada bulan Mei – September
- matahari berada di hemisfera utara atas Garisan Sartan
- hemisfera utara mengalami musim panas, wujud sel tekanan udara rendah di Siberia
- ketika itu, hemisfera selatan mengalami musim sejuk, wujud sel tekanan udara tinggi
di benua Australia
- terdapat perbezaan dalam tekanan udara dan udara bergerak sebagai angin lazim.
Angin bergerak sebagai Angin Monsun Tenggara tetapi terbias di Khatulistiwa
menjadi Angin Monsun Barat Daya.

(c) Huraikan pengaruh angin monsun kepada kehidupan manusia di Malaysia. [10]

Pengaruh angin monsun terhadap kehidupan manusia di Malaysia ialah:


 Aktiviti pertanian
 Kegiatan perikanan
 Industri ikan kering dan batik
 Kegiatan pelancongan
 Kehidupan seharian

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 7


Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Atmosfera

8. (a) Jelaskan dengan ringkas kandungan atmosfera. [5]

Kandungan atmosfera ialah;


 Gas-gas tetap seperti oksigen, karbon dioksida, nitrogen dan hidrogen
 Gas-gas inaktif seperti argon, neon, kripton, helium
 Wap air
 Debu dan bekteria

(b) Mengapakah taburan suhu secara mendatar tidak sekata di permukaan bumi. [10]

Taburan suhu secara mendatar tidak sekata di permukaan bumi kerana:


 Litupan awan
 Kebenuaan
 Pengaruh arus lautan
 Warna tanah
 Aspek cerun
 Nilai albedo

(c) Jelaskan keadaan-keadaan yang menggalakkan kejadian kekacauan atmosfera di kawasan


tropika lembap. [10]

Keadaan-keadaan yang menggalakkan kejadian kekacauan atmosfera di kawasan tropika


lembap ialah:
 Kewujudan jisim udara sejuk dan jisim udara panas menghasilkan keadaan udara yang
tidak stabil
 Pertembungan jisim-jisim udara yang berlainan sifat seperti suhu, kandungan wap air dan
tekanan udara akan menghasilkan ketidakstabilan udara
 Kawasan tropika lembap mendapat bahangan matahari sepanjang tahun. Bahangan bumi
memanaskan udara. Udara yang cepat panas menjadikan atmosfera tidak stabil.
 Topografi. Faktor fotografi seperti bukit dan banjaran gunung menghalang pergerakan
jisim udara. Halangan ini menyebabkan udara dipaksa naik dan menjadi stabil.

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 8


Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Atmosfera

9. (a) Takrifkan maksud tekanan udara. [5]

Tekanan udara boleh ditakrifkan sebagai daya yang dikenakan oleh sesuatu jisim udara yang
berada di atmosfera ke atas permukaan bumi di bawahnya dan lazimnya diukur menggunakan
unit milibar (mb)

(b) Huraikan tiga kaitan antara perubahan tekanan udara dengan proses pembentukan edaran
umum atmosfera. [12]

Tiga kaitan antara perubahan tekanan udara dengan proses pembentukan edaran umum
atmosfera:]
 Bumi dipanaskan pada kadar yang berbeza-beza mengikut kedudukan garisan lintang
 Pembentukan kawasan bertekanan udara tinggi dan kawasan bertekanan udara rendah
 Menghasilkan pergerakan angin dari kawasan bertekanan tinggi ke kawasan bertekanan
rendah.

(c) Jelaskan empat kesan siklon tropika terhadap manusia. [8]

Kesan siklon tropika terhadap manusia:


 Kemusnahan harta benda
 Kehilangan nyawa atau kecatatan pada manusia
 Kejadian siklon tropika
 Kemusnahan kepada ladang-ladang
 Menjejaskan kualiti hujan

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 9


Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Atmosfera

10. (a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep tenaga? [7]

Tenaga bermaksud keupayaan untuk melaksanakan sesuatu kerja. Ia diperlukan untuk


megerakkan sesuatu objek pada sesuatu jarak. Unit untuk mengukur tenaga ialah Btu, joule
dan kalori. Bentuk tenaga yang digunakan untuk melakukan kerja boleh dibahagikan
kepada dua iaitu tenaga keupayaan dan tenaga kinetik. Tenaga keupayaan ialah tenaga
yang tersimpan, manakala tenaga kinetik ialah tenaga pergerakan yang wujud semasa
objek atau jasad bergerak.

(ii) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak boleh
diperbaharui? [8]

Tenaga boleh diperbaharui bermaksud tenaga yang apabila kita gunakan ia tidak habis
bahkan boleh dipertingkatkan. Contohnya angin, matahari, air dan sampah sarap; manakala
tenaga yang tidak boleh diperbaharui ialah tenaga yang akan habis atau lupus apabila tiba
masanya. Contohnya bahan api fosil.

(b) Huraikan jenis-jenis tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui. [10]

Jenis tenaga yang boleh diperbaharui ialah:


 Tenaga solar
 Tenaga angin
 Tenaga geoterma
 Tenaga hidro

Jenis tenaga yang tidak boleh diperbaharui ialah:


 Bahan api fosil

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 10


Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Atmosfera

11. (a) Takrifkan konsep el-nino. [5]

Fenomena El-Nino ialah:


 Satu fenomena cuaca luar biasa yang menyebabkan perubahan arus permukaan laut iaitu di
Lautan Pasifik bertukar arah ke timur menuju ke pantai barat Amerika Selatan.
 Keadaan ini menyebabkan tiupan angin baratan lebih laju berbanding angin lazim timuran.
 Aras air laut lebih tinggi di perairan pantai barat Amerika Selatan.
 Aras air laut yang tinggi menghalang proses ‘upwelling’ air dari dasar laut.

(b) Huraikan secara ringkas mekanisme kejadian el-nino. [10]

Mekanisme kejadian El-Nino ialah:


 Tiupan angin baratan menolak air laut sehingga aras laut menjadi lebih tinggi (50cm) di
perairan pantai barat Amerika Selatan berbanding di perairan timur Asia Tenggara.
 Tiupan angin baratan juga dipenuhi dengan kandungan lembapan yang terhasil semasa
proses sejatan di Lautan Pasifik. Ia membawa jumlah kerpasan yang luar biasa terhadap
negara-negara pantai barat Amerika Selatan. Berlaku fenomena banjir dan penenggelaman
pantai.
 Negara-negara Asia Tenggara, Papua New Guinea dan Australia mengalami iklim panas
dan menerima kerpasan yang sedikit serta musim kemarau yang panjang.
 Aras air laut yang tinggi menghalang proses pembuakan ‘upwelling’ air dari dasar laut ke
permukaan di perairan pantai barat Amerika Selatan.
 Bekalan nutrien yang terputus akibat kekurangan proses pembuakan menyebabkan seluruh
ekosistem akuatik akan termusnah kerana bekalan nutrien terjejas terhadap pembiakan
plankton.

(c) Jelaskan pengaruh el-nino terhadap kehidupan manusia. [10]

Pengaruh el-nino terhadap kehidupan manusia di negara-negara pantai barat Amerika Selatan
ialah:
 Kadar kerpasan yang luar biasa dan fenomena penenggelaman pantai menyebabkan
banyak nyawa terkorban.
 Kejadian hakisan dan pergerakan jisim seperti tanah runtuh dan aliran lumpur merosakkan
harta benda dan infrastruktur
 Ekosistem laut yang rosak telah menjejaskan jumlah tangkapan ikan dan pengumpulan
guano

Pengaruh el-nino terhadap kehidupan manusia di negara-negara Asia Tenggara dan Australia
ialah:
 Kemarau yang panjang telah menjejaskan kegiatan pertanian, penternakan, kehidupan
domestik, pelancongan dan sebagainya. Tanaman terbantut dan rosak kerana tidak cukup
bekalan air.
 Cuaca yang panas dan kering sering kali menyebabkan kejadian jerebu kesan pembakaran
hutan secara besar-besaran di kepulauan Indonesia. Jerebu menimbulkan masalah
kesihatan dan mengganggu aktiviti harian.

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 11


Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Atmosfera

12. (a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan pemanasan dunia? [5]

Pemanasan dunia bermaksud kenaikan suhu dunia yang menyebabkan kawasan yang
dahulunya sejuk akan menjadi kurang sejuk dan kawasan yang panas menjadi semakin
panas. Ia berpunca dari kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.

(ii) Apakah yang dimaksudkan dengan ozon dan nyatakan punca-punca penipisan lapisan
ozon? [8]

Ozon (O3) merupakan sebatian yang terdiri daripada tiga atom oksigen setiap molekul.
Secara semula jadi, ozon terhasil melalui tindak balas cahaya ultra lembayung dengan
atmosfera bumi dan membentuk satu lapisan ozon pada ketinggian 50 kilometer.
Lapisan ozon terhakis oleh gas kloroflorokarbon (CFC) yang terhasil daripada aktiviti
perindustrian khasnya pembuatan cat, aerosol, minyak wangi, peti sejuk, racun serangga dan
sebagainya.

(b) Sejauhmanakah aktiviti manusia memberi kesan terhadap pemanasan dunia? [12]

Antara aktiviti manusia yang memberi kesan terhadap pemanasan dunia ialah:
 Perindustrian
 Pembersihan hutan dan pembalakan
 Pembandaran
 Pembakaran hutan dan pembukaan kawasan pertanian
 Pengangkutan

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 12


Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Atmosfera

13. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan penipisan lapisan ozon? [5]

Lapisan ozon terdiri daripada kandungan molekul-molekul ozon (gabungan tiga atom oksigen).
Aktiviti manusia khususnya pembebasan gas kloroflorokarbon (CFC) bertindak secara kimia
memecahkan molekul oksigen. Lama-kelamaan molekul ozon berkurangan dan menipiskan
lapisan ozon.

(b) Terangkan mengapa fenomena ini dikatakan semakin berleluasa. [10]

Penipisan lapisan ozon disebabkan oleh:


 Aktiviti penggunaa aerosol yang mengandungi gas CFC
 Penggunaan sistem pendingin udara seperti peti ais dan penghawa dingin di rumah dan
pejabat mengandungi CFC
 Penggunaan pendingin udara di dalam kenderaan bermotor yang menggunakan CFC
 Aktiviti lain yang mennggunakan gas metil klorofom, klorin karbon tetrakklorida

(c) Huraikan kesan penipisan lapisan ozon dalam kehidupan manusia. [10]

Kesan penipisan lapisan ozon dalam kehidupan manusia ialah:


 Penyakit kulit.
 Penyakit mata.
 Sistem pelalian manusia terhadap penyakit lemah.
 Peningkatan suhu global
 Bekalan makanan terjejas

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 13


Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Atmosfera

14. (a) Iklim di beberapa kawasan dunia dikesan telah mengalami perubahan. Jelaskan maksud
perubahan iklim tersebut. [5]

Perubahan iklim bermaksud perubahan unsur-unsur cuaca dan iklim seperti suhu, kerpasan,
angin dan kelembapan udara di dalam ruang atmosfera akibat faktor fizikal dan aktiviti
manusia.

(b) Mengapakah berlaku perubahan iklim dunia? [10]

Perubahan iklim dunia berlaku kerana:


 Penyahhutanan meluaskan – meningkatkan suhu udara
 Penggunaan bahan api fosil – peningkatan gas rumah hijau – meningkatkan suhu
 Pembebasan kloroflorokarbon (CFC) – penipisan lapisan ozon – peningkatan suhu
 Pembakaran terbuka – pembebasan gas CO2 – peningkatan suhu
 Perindustrian menyumbang nitrogen dan sulfur – hujan asid
 Letusan gunung berapi – peningkatan gas sulfur – hujan asid
 Pembinaan bangunan tinggi – menghalang pergerakan angin

(c) Suhu atmosfera di seluruh dunia semakin meningkat. Huraikan implikasi peningkatan suhu
global ini terhadap alam sekitar fizikal. [10]

Implikasi peningkatan suhu global ini terhadap alam sekitar fizikal:


 Peningkatan kadar luluhawa batuan
 Pencairan ais cepat dan meluas – peningkatan aras laut
 Peningkatan aras laut – penenggelaman pinggir pantai
 Pencairan ais di tanah tinggi – banjir dan hakisan
 Pertambahan kerpasan – banjir kerap, banjir kilat dalam bandar
 Fenomena penggurunan – perluasan kawasan gurun
 Kejadian ribut – kesan perubahan tekanan udara melampau

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 14


Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Atmosfera

15. (a) Takrifkan konsep perubahan iklim. [5]

Perubahan iklim merujuk kepada peningkatan atau penurunan unsur-unsur cuaca dan iklim
(suhu, hujan, bahang matahari, dan angin) di permukaan bumi disebabkan faktor fazikal dan
aktivti manusia.

(b) Jelaskan faktor yang mempengaruhi peningkatan suhu global. [10]

Faktor yang mempengaruhi peningkatan suhu global:


 Kekurangan tumbuhan/hutan – aktiviti penyahhutanan untuk pertanian, petempatan,
pembangunan infrastruktur, tinggikan gas karbon dioksida di udara. Gas ini berperanan
memerangkap bahang menyebabkan suhu udara berhampiran permukaan bumi meningkat.
 Peningkatan gas-gas rumah hijau (karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida,
metana) akibat aktiviti manusia – menghalang pengeluaran sinaran/bahang bumi ke
angkasa, suhu akan meningkat.
 Peningkatan penggunaan bahan/barangan yang membebaskan gas-gas CFC – bertindak
balas dengan lapisan ozon lalu menipiskan lapisan ozon tersebut dan menambah sinaran
ultraungu ke bumi.
 Pertambahan bilangan penduduk dunia – pembebasan haba metabolisme dari badan
manusia meningkatkan suhu persekitaran.
 Pertambahan bilangan bangunan pencakar langit – menghalang pergerakan mendatar
angin, bahangan tidak dapat dikeluarkan oleh pergerakan angin.
 Letupan gunung berapi – mengeluarkan habuk/debu dan gas-gas rumah hijau membentuk
lapisan di atmosfera bumi dengan membenarkan bahang matahari sampai ke permukaan
bumi sebaliknya memerangkap bahang bumi daripada dipantulkan semula.

(c) Huraikan kesan peningkatan suhu global terhadap alam sekitar fizikal. [10]

Kesan peningkatan suhu global terhadap alam sekitar fizikal:


 Pencairan ais di kutub terutama di Antartika – peningkatan aras laut menenggelamkan
kawasan – kawasan rendah (banjir laut) berhampiran pantai.
 Pencairan ais kutub – menyebabkan aras laut meningkat, kadar hakisan pantai tinggi
kerana penghasilan ombak besar.
 Peningkatan suhu dunia – kawasan gurun yang sedia ada semakin luas
 Kemusnahan ekosistem/habitat daratan dan akuatik – panas dan kering melampau
menyebabkan hutan terbakar dan kekurangan air.
 Kerpasan meningkat – peningkatan suhu meningkatkan kadar sejatan ke atas badan-badan
air.
 Kemarau panjang yang menyebabkan tanah menjadi kering dan berdebu – pencemaran
udara.
 Peningkatan kadar luluhawa fizikal – proses kembang-kecut dan penghabluran garam akan
bertambah giat terutamanya di kawasan gurun.

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 15


Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Atmosfera

16. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan angin tempatan. [5]

Angin tempatan merujuk kepada angin yang bergerak pada skala yang kecil dan di kawasan
yang kecil (seperti kawasan pinggir laut) disebabkan perbezaan tekanan udara antara kedua
kawasan yang berhampiran lalu mewujudkan cerun antara dua kawasan tersebut.

(b) Jelaskan proses pembentukan bayu laut dan bayu darat. [8]

Pembentukan bayu laut:


 Merujuk kepada angin yang bertiup dari laut ke darat
 Pada waktu siang, daratan cepat panas berbanding permukaan laut
 Tekanan udara rendah wujud di darat manakala tekanan udara tinggi wujud di laut
 Kecerunan tekanan udara menghala ke darat menyebabkan pergerakan angin dari laut ke
darat

Pembentukan bayu darat:


 Merujuk kepada angin yang bertiup dari darat ke laut
 Pada waktu malam, daratan akan cepat menjadi sejuk berbanding permukaan laut
 Tekanan udara tinggi wujud di darat manakala tekanan udara rendah wujud di laut
 Kecerunan tekanan menghala ke laut menyebabkan pergerakan angin dari darat ke laut

(c) Huraikan kesan kejadian bayu laut dan bayu darat ke atas alam sekitar fizikal dan manusia.
[12]

Kesan kejadian bayu laut dan bayu darat:


 Bayu laut akan menyederhanakan suhu kawasan daratan berhampiran pinggir pantai
 Bayu darat akan menyederhanakan suhu kawasan permukaan laut berhampiran pinggir
pantai
 Menggalakkan pertumbuhan plankton/menggalakkan pembiakan ikan
 Semasa bayu darat bertiup, nelayan akan turun ke laut dan pulang semasa bayu laut bertiup
 Menggalakkan kegiatan pelancongan – kejadian bayu laut dan bayu darat menyebabkan
udara di kawasan pinggir laut lebih nyaman
 Menggalakkan kegiatan sukan dan rekreasi seperti permainan layang-layang.

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 16


Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Atmosfera

17. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pemanasan global? [3]

Pemanasan global ialah:


 Peningkatan suhu atmosfera di permukaan bumi daripada aras biasa
 Berlaku di pelbagai tempat seluruh dunia
 Disebabkan oleh faktor semula jadi dan aktiviti manusia.

(b) Sejak akhir-akhir ini, hampir seluruh tempat di dunia mengalami peningkatan suhu.
Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan fenomena cuaca tersebut. [10]

Faktor-faktor yang menyebabkan fenomena cuaca tersebut:


 Kesan penipisan lapisan ozon – sinaran ultraviolet matahari lebih banyak sampai ke bumi
– ozon semakin nipis/terhakis akibat pembebasan CFC
 Peningkatan gas rumah hijau – pembebasan gas CO2 yang banyak daripada asap kilang
dan kenderaan – kurang pokok untuk menyerap CO2.
 Peningkatan bahan pencemar udara di seluruh dunia – debu, habuk, asap – menyerap,
menyimpan dan meyerakkan haba – suhu meningkat
 Penyahhutanan secara meluas berlaku di seluruh dunia – mengurangkan sejat peluhan dan
mendedahkan permukaan bumi terus kepada cahaya matahari
 Pembandaran meluas diseluruh dunia – menyebabkan peningkatan suhu di bandar.

(c) Huraikan kesan-kesan pemanasan global terhadap alam sekitar fizikal dan manusia. [12]

Kesan pemanasan global:


Alam sekitar fizikal
 Pencairan salji di kawasan tanah tinggi – menyebabkan aliran permukaan di cerun –
peningkatan hakisan permukaan dan banjir kilat di kawasan tanah pamah.
 Pencairan ais kutub – meningkatkan aras laut – kawasan pantai yang rendah tenggelam –
meningkatkan hakisan pantai
 Pencairan salji menyebabkab muatan sungai bertambah – menggalakkan pemendapan.
 Peningkatan kerpasan – proses sejatan dan sejat peluhan meningkat – wap air lebih banyak
di udara – pemeluwapan – hujan lebat dan banjir.

Alam sekitar manusia


 Peningkatan aras laut menjejaskan kegiatan pelancongan di pantai – penenggelaman
kawasan rekreasi – kawasan indah tenggelam.
 Banjir di kawasan rendah berhampiran pantai – aras laut meningkat – aliran sungai tersekat
dan kembali ke daratan – menyebabkan banjir besar – menjejaskan aktiviti harian,
kerugian harta benda dab tanaman.
 Cuaca tidak selesa – panas dab banyak perpeluhan pada badan manusia – badan kurang air.

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 17


Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Atmosfera

18. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan awan? [5]

Awan ialah bintik-bintik air yang halus ataupun hablur-hablur ais yang amat halus yang
terapung-apung di dalam atmosfera pada ketinggian yang berlainan dari permukaan bumi.

(b) Dengan merujuk kepada tiga jenis awan, terangkan ciri-ciri awan berdasarkan ketinggian.
[12]

Ciri-ciri awan berdasarkan ketinggian.


 Sirus – berbentuk tipis, lembut, dan berumbai-umbai membentuk jalur-jalur di langit yang
menunjukkan cuaca agak cerah dan suasana senja yang indah.
 Stratus – sangat rendah tetapi tidak mencecah permukaan bumi yang tebal dan berwarna
kelabu menyebabkan cuaca menjadi kelam dan disertai gerimis serta mengaburkan
penglihatan dan amat berbahaya kepada kapal terbang.
 Komulonimbus (awan ribut) – mempunayai dasar yang rata, berkembang secara menegak
dan kelihatan seperti gunung pada waktu petang yang biasanya membawa hujan perolakan
disertai oleh kilat dan petir.

(c) Jelaskan keadaan yang membolehkan proses pemeluwapan berlaku. [8]

Keadaan yang membolehkan proses pemeluwapan berlaku:


 Kawujudan wap air yang cukup dalam atmosfera
 Takat embun
 Nukleus pemeluwapan daripada pemcemar
 Nukleus pemeluwapan daripada garam laut/natrium klorida

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 18


Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Atmosfera

19. (a) Takrifkan konsep pulau haba. [5]

Pulau haba bandar merujuk kepada taburan suhu sekitar dalam bandar yang lebih tinggi
berbanding taburan suhu di kawasan pinggir dan luar bandar.

(b) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya fenomena pulau haba bandar. [8]

Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya fenomena pulau haba bandar:


 Kawasan bandar mempunyai banyak kawasan tepu bina, permukaan bertar, simen dan
kawasan tak telap air
 Perkembangan sektor industri
 Pertambahan kenderaan bermotor
 Pembakaran terbuka – sampah
 Pembinaan bangunan-bangunan tinggi – mengganggu pola tiupan angin

(c) Jelaskan kesan fenomena pulau haba bandar yang sering dialami oleh warga kota. [12]

Kesan fenomena pulau haba bandar yang sering dialami oleh warga kota:
 Menjejaskan keselesaan hidup
 Meningkatkan kadar pencemaran
 Mengalami keadaan udara kering – kelembapan bandingan rendah
 Meningkatkan pembentukan nekleus higroskopik – hujan lebat
 Mengganggu tiupan angin dari luar bandar ke bandar

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 19


Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Atmosfera

20. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep iklim mikro bandar? [5]

Ikim mikro bandar bermaksud sesuatu bandar mempunyai ciri-ciri iklim yang tersendiri
berbanding dengan kawasan luar bandar atau pinggir bandar. Unsur iklim seperti suhu yang
tinggi, kerpasan yang lebat, keamatan cahaya matahari yang rendah, tiupan angin yang kurang
laju serta kelembapan udara yang rendah berbanding di kawasan pinggir bandar.

(b) Jelaskan keadaan-keadaan yang telah menyebabkan fenomena ini berlaku di bandar besar.
[10]

Keadaan-keadaan yang telah menyebabkan fenomena ini berlaku di bandar besar ialah:
 Suhu tinggi lebih 1oC hingga 2oC
 Kerpasan yang banyak
 Keamatan cahaya matahari yang rendah
 Kelajuan angin yang rendah
 Kelembapan udara yang rendah

(c) Terangkan bagaimana fenomena pulau haba dapat dikawal di kawasan bandar. [10]

Fenomena pulau haba dapat dikawal di kawasan bandar dengan mengambil langkah-langkah
berikut:
 Menanam atau mewujudkan kawasan hijau
 Penggunaan sumber tenaga yang mesra alam seperti gas asli cecair atau elektrik bagi
kenderaan untuk menggantikan petrol, diesel dan arang batu.
 Kempen kesedaran mengurangkan penggunaan bahan api fosil
 Kuatkuasa undang-undang
 Morfologi bandar

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 20


Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Atmosfera

21. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan jerebu? [5]

Jerebu ialah partikel kecil yang terapung di udara dalam skala yang besar. Ia berlaku
disebabkan oleh berlakunya kebakaran hutan, letusan gunung berapi. Jerebu atau partikel halus
akan berlaku dalam tempoh masa yang lama dan akan hilang apabila adanya pengaruh angin
atau hujan.

(b) Huraikan tiga faktor utama yang menyumbang kepada masalah jerebu. [10]

Tiga faktor utama yang menyumbang kepada masalah jerebu:


 Pembakaran hutan
 Pembebasan asap kenderaan bermotor
 Letusan gunung berapi

(c) Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah jerebu. [10]

Langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah jerebu:


 Penguatkuasaan undang-undang melarang pembakaran terbuka
 Pemeriksaan kenderaan bermotor yang melebihi lima tahun secara berkala oleh
PUSPAKOM
 Penggunaan bahan api mesra alam - BIOFEUL
 Pengangkutan mesra alam – komuter dan LRT
 Kempen – kurangkan pembakaran terbuka dan galakan penggunaan kenderaan awam

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 21


Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Atmosfera

22. (a) Huraikan punca-punca yang menggalakkan berlakunya fenomena hujan asid. [8]

Punca-punca yang menggalakkan berlakunya fenomena hujan asid:


 Industri kimia
 Pengangkutan
 Domestik
 Pembakaran hutan

(b) Jelaskan kesan-kesan yang berlaku akibat fenomena ini. [8]

Kesan-kesan yang berlaku akibat fenomena ini:


 Kematian alga dan spesies ikan
 Cat bangunan luntur
 Pertanian terjejas
 Menjejaskan kesihatan

(c) Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini. [9]

Langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini:


 Pengawalan gas
 Pemantauan asap kenderaan
 Perundangan – Akta Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih) 1978
 Perundangan – Akta Kualiti Alam Sekitar (Enjin Diesel) 1978

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 22

Anda mungkin juga menyukai