Anda di halaman 1dari 4

TAJUK : AWAN a) i) Apakah yang dimaksudkan dengan awan.

[ 3 Markah ]

Maksud Awan: Awan ialah bintik-bintik air yang halus ataupun habur-hablur ais yang amat halus yang terapungapung di dalam atmosfera pada ketinggian yang berlainan dari permukaan bumi. Darjah keterapungan bintik-bintik air ini amat bergantung kepada kadar proses pemelowapan yang terjadi. Jika pemelowapan mencapai tahap tepu maka bintik-bintik air tersebut akan bertukar menjadi titisan-titisan air yang akan dilepaskan oleh awan sebagai kerpasan. Sifat awan yang terbentuk adalah berbagai-bagai, ada yang nipis, tebal, bergelombang, berkelompok kecil atau besar dan juga berjalur.

ii)

Namakan tiga jenis awan yang terdapat di kawasan Tropika [ 3 Markah ]

Di antara jenis-jenis awan yang terdapat di kawasan Tropika ialah: 1. 2. 3. 4. Awan stratus ataupun awan berlapis-lapis yang rendah lokasinya. Awan kumulus humulis atau awan bulat yang bergumpalan juga rendah lokasinya Awan Kumulosnimbus atau awan tegak yang tebal. Awan sirus atau awan nipis yang tinggi seperti sirostratus dan sirokumulus. (1 jenis awan = 1 markah. 3 jenis = MAX 3 M)

b). Terangkan bagaimana awan terbentuk


Awan terbentuk melalui kombinasi dua proses berikut:

[ 4 Markah ]

1. Proses sejatan : Tenaga matahari akan menyejatkan permukaan air seperti sungai, tasik, kolam , laut dan sebagainya menukarkannya menjadi wap-wap air. Tenaga haba seterusnya memanaskan udara di sekitar permukaan air ini dan menyebabkan udara yang mengandungi wap-wap air tersebut menjadi lebih ringan dan bergerak naik terapung di dalam atmosfera dalam bentuk bungkusan udara (air parcell) 2. Proses pemelowapan. Seterusnya wap-wap air dalam bungkusan udara tadi (air parcell) akan mengalami penyejukan adiabatik apabila ketinggiannya bertambah. Wap-wap air tersebut akan bertukar menjadi bintik-bintik air yang seterusnya berkumpul menjadi awan yang terapung di dalam atmosfera. Bintik-bintik air ini seterusnya akan bergabung dengan partikel debu, garam dan asap di udara untuk membentuk titisan awan yang lebil tebal. Titisan air yang bergabung sesama sendiri akan bertambah dari segi saiz dan berat, menjadi tepu dan seterusnya kerpasan akan dilepaskan dari gumpalan awan tersebut.

(Pemarkahan : 2 proses x 2 markah = MAX 4)

c)

Jelaskan pengaruh awan terhadap fenomena cuaca setempat

[ 7 Markah ]

Pengaruh awan terhadap fenomena cuaca setempat: Berdasarkan kepada sifat-sifat kemendungan awan kita boleh meramalkan kemungkinan-kemungkinan fenomena cuaca setempat yang boleh berlaku seperti hujan lebat, ribut petir, kabus dan kabut, cuaca panas dan sebagainya. 1. Menyebabkan berlakunya hujan lebat. Awan yang tebal dan berat berpotensi untuk turunnnya hujan lebat. Proses hujan hanya dapat berlaku jika bintik-bintik air dalam awan tersebut mula mengalami proses pemelowapan yang berterusan dan bergabung untuk membentuk titisan-titisan air yang lebih besar dan menjadi cukup berat untuk membentuk hujan. Pembentukkan satu titisan air hujan memerlukan gabungan berjuta-juta wap-wap air di dalam awan. Hujan lebat lazimnya datang dari awan kumulosnimbus yang dikenali sebagai hujan perolakan. 2. Menyebabkan berlakunya kilat dan petir. Awan mendung yang gelap khususnya awan kumulosnimbus kerap kali menghasilkan fenomena kilat dan petir. Ini kerana awan tersebut mengandungi cas-cas elektrik yang berbeza. Kilat dan petir merupakan fenomena yang biasanya berlaku serentak dengan hujan perolakan. Kilat dan petir terjadi apabila titisan air hujan berpecah, dimana bahagian yang besar tinggal di lapisan bawah awan manakala bahagian yang kecil akan di bawa oleh udara ke bahagian atas awan. Semasa pemecahan titisan air hujan ini maka cas-cas negatif dan positif dalam titisan air hujan itu juga turut terpecah dan berkumpul mengikut lokasi titisan besar dan titisan kecil berkenaan. Apabila cas positif dan negatif bertemu maka berlakulah kilat. Sebaik sahaja terjadinya kilat, keadaan kekosongan tenaga telah terbentuk di dalam kumpulan awan tersebut akibat pembebasan tenaga elektrik semasa kilat. Apabila wujud kekosongan ini maka kedua-dua belah awan di atas dan di bawah akan bergerak dengan laju bagi mengisi kekosongan tersebut. Kesannya berlakulah perlanggaran antara lapisan awan atas dengan lapisan awan bawah. Perlanggaran inilah yang akan menghasilkan petir. 3. Kabut dan kabus. Kabus dan kabut adalah sejenis awan stratus yang sangat rendah dan lokasinya amat hampir dengan permukaan bumi. Kabut dan kabus terjadi akibat proses pemelowapan yang berlaku berhampiran dengan permukaan bumi. Walaupun proses kejadiannya adalah sama tetapi terdapat perbezaan yang nyata antara kabut dengan kabus. Perbezaan ini dapat dilihat daripada segi kepadatan atau ketebalannya. Kabut adalah lebih padat dan mempunyai saiz titisan air yang lebih besar berbanding dengan kabus yang mempunyai saiz titisan air yang halus dan kecil saiznya. Daripada segi jarak penglihatan dengan mata kasar, kabut adalah lebih pendek iaitu kurang dari satu kilometer sementara kabus adalah lebih panjang jarak penglihatannya iaitu antara satu hingga dua kilometer. Perbezaan jarak penglihatan ini adalah disebabkan oleh kepadatan atau ketebalan titisan air yang berbeza-beza yang wujud antara keduaduanya. 4. Suhu dan kelembapan udara. Ketebalan dan kemendungan awan juga mempengaruhi kelembapan udara dan suhu setempat. Awan mendung, udara akan menjadi lembab kerana ia mengandungi banyak wap-wap air dan ini akan merendahkan suhu sekitar. Sebaliknya awan yang cerah dan nipis akan mengurangkan peratus kelembapan udara (udara kering) yang akan meningkatkan indeks suhu sekitar.

(Pemarkahan : 4 isi x 2 Markah = 8 Markah 1 Markah. MAX 7 )

d) . Huraikan empat kesan ketiadaan awan terhadap aktiviti manusia.


Empat kesan ketiadaan awan terhadap aktiviti manusia ialah:

[ 8 Markah ]

1. Menjejaskan aktiviti pertanian. Ini kerana ketiadaan awan akan mengurangkan hujan yang seterusnya menyebabkan kemarau yang berpanjangan. Kekurangan air akan menjejaskan tumbesaran tanaman seperti padi sawah yang seterusnya menjejaskan produktiviti tanaman tersebut. Selain itu aktiviti penternakan juga turut terjejas khususnya akuakultur. 2. Menjejaskan aktiviti pelancongan. Ketiadaan awan menyebabkan cuaca panas melampau. Ini akan menjejaskan aktiviti pelancongan khususnya di kawasan bersalji kerana salji akan mencair. Selain itu cuaca panas juga akan mengehadkan aktiviti riadah dan bersukan. 3. Menggalakkan fenomena kebakaran. Ketiadaan awan menyebabkan cuaca panas yang kelak akan mempercepatkan kebakaran seperti kebakaran hutan. Ini menyebabkan pula fenomena jerebu. Dalam keadaan cuaca panas dan kering, partikel-partikel terampai akan terapung dalam udara yang mengurangkan jarak penglihatan. Ini meningkatkan risiko kemalangan jalanraya. 4. Menjejaskan bekalan air kepada penduduk. Ketiadaan awan bererti kurangnya hujan. Ini akan menggangu kitaran hidrologi, mengurangkan sumber air sungai, tasik, paya dan air tanih. Empangan juga kekeringan air yang kelak akan menjejaskan bekalan air domestik seperti untuk minum, mencuci, menyiram tanaman dan lain-lain. Apabila bekalan air berkurangan ia akan menjejaskan kesihatan manusia melalui perebakan penyakit dan juga kehilangan air dalam badan (dihidrasi).

(Pemarkahan : 4 isi x 2 Markah = 8 Markah )

Anda mungkin juga menyukai