Anda di halaman 1dari 3

TAJUK : KONPONEN DAN STRUKTUR ATMOSFERA a) Namakan tiga komponen utama atmosfera dan bagi setiap komponen, nyatakan

kandungan utamanya. [6M]


Jawapan: Tiga komponen atmosfera dan kandungannya ialah: i) ii) Komponen gas kekal yang mengandungi nitrogen, oksigen dan gas argon. Komponen gas berubah yangh terdiri daripada wap-wap air, karbon dioksida, ozon, metana, nitrus oksida dan lain-lain. Komponen juzuk bukan gas seperti habuk, debu dan juga zarah higroskopik.

iii)

(Pemarkahan : 1 isi yang dihurai = 2 Markah. 2 x 3 isi = Max 6 Markah)

b) Huraikan ciri utama bagi setiap lapisan atmosfera.


Di antara ciri utama bagi setiap lapisan atmosfera ialah:

[ 10 M ]

1. Lapisan Troposfera. Lokasinya paling hampir dengan permukaan bumi. Ketebalannya berbezabeza mengikut kawasan bumi seperti 18 km di khatulistiwa dan 8 km sahaja di kutub. Lapisan ini mengandungi gas oksigen, karbon dioksida, hidrokarbon, wap air dan lain-lain. Suhu dan tekanan udaranya akan berkurangan mengikut ketinggian (mengalami kadar tukaran adiabatik). Fenomena cuaca berlangsung dilapisan ini seperti ribut, kilat, petir, hujan, salji dan lain-lain. 2. Lapisan Stratosfera. Lokasinya adalah di atas lapisan Troposfera dan menganjur ke kira-kira 50 km dari permukaan bumi. Lapisan ini tidak berawan, kering dan lebih stabil. Ia dikenali sebagai Ozonsfera.. Suhu stratosfera meningkat mengikut ketinggian disebabkan kehadiran lapisan ozon pada ketinggian 25 kilometer. Molekul ozon menyerap sinaran ultra-lembayung (uv) dari matahari menyebabkan suhu meningkat pada aras tersebut Lapisan ini amat sesuai untuk kapalterbang supersonic. 3. Lapisan Mesosfera. Lokasinya adalah kira-kira 50 km hingga 80 km dari muka bumi. Udara di dalamnya amat nipis dan suhu di dalamnya semakin jatuh apabila semakin tinggi keangkasa sehingga mencecah negatif 80C. Di kawasan ini wujudnya awan noktilusen. iaitu sejenis awan yang sangat nipis dan lembut sehingga ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Adalah dipercayai bahawa zarah awan ini terdiri daripada ais yang berasal daripada habuk meteor yang dibawa ke atas oleh wap air melalui perolakan peringkat tinggi. 4. Lapisan Termosfera. Lokasinya adalah antara 80 km hingga 100 km dari muka bumi. Suhunya meningkat (menjadi panas) dengan cepat apabila semakin tinggi. Ini kerana gas oksigen dan nitrogen dalam lapisan ini menyerap banyak sinar lembayung matahari dan menukarkannya menjadi tenaga haba. Selain itu suhu di sini amat tinggi juga disebabkan oleh aktiviti pengionan, dan boleh mencapai hampir 1200 oC. Perbezaan suhu di antara siang dan malam lebih 100C.

5. Lapisan Ionosfera. Lapisan ionosfera ialah lapisan atas termosfera sebelum bertemu dengan lapisan eksosfera. Lokasinya antara 80 km hingga 500 km dari muka bumi. Ia mempunyai aurora iaitu kilauan cahaya yang berwarna-warni hasil tindakan zarah-zarah bercas dengan gas-gas atmosfera dan magnet bumi. Pada paras melebihi 100 km hingga 500 km, lapisan ini dipengaruhi oleh bahangan suria dalam bentuk sinaran X dan sinar lembayung yang menyebabkan berlakunya proses pengionan yang menyebabkan di penuhi oleh ion-ion yang boleh memantulkan gelombang radio

6. Lapisan Exosfera. Iaitu lapisan teratas atmosfera bumi, sekaligus merupakan sempadan antara atmosfera bumi dan angkasa lepas. Lapisan ini terletak antara 500 -1000 km dari permukaan bumi. Lapisan eksosfera dibentuk oleh gas dan atom oksigen, hidrogen dan helium (kira-kira 1% daripadanya diionkan). Atom helium neutral dan atom hidrogen boleh terbebas ke angkasa lepas kerana perubahan perlanggaran molekul berkenaan. (Pemarkahan : Mana-mana 5 isi x 2 markah = Max 10 Markah)

c) Jelaskan kepentingan lapisan-lapisan atmosfera kepada alam sekitar fizikal dan manusia. [9M]
Kepentingan bagi setiap lapisan atmosfera adalah seperti berikut: 1. Lapisan troposfera. Lapisan ini menampung kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan kerana ia membekalkan oksigen, karbon dioksida dan juga air hujan. Justeru itu ia merupakan lapisan yang paling penting sekali. Semua fenomena cuaca seperti hujan, ribut petir, kilat, tekanan udara, angin adalah berlaku di laipsan ini dan ia menjadi salah satu ruang berlakunya kitaran hidrologi. Lapisan ini menjadi penebat bahangan matahari dan juga bahangan bumi. Ia berfungsi menyerap ke dua-dua bahangan tersebut untuk membolehkan suhu bumi yang stabil. Ia menghalang kehilangan haba dari permukaan bumi. 2. Lapisan stratosfera. Lapisan ini mengandungi gas ozon yang berfungsi menyerap sinar UV matahari dan seterusnya melindungi manusia, tumbuhan dan haiwan daripada radiasi berlebihan sinaran tersebut. Lapisan ozon yang terdiri daripada triatom oksigen berfungsi menyerap, menyerak, memantul dan menapis sinaran UV daripada terus tiba ke permukaan bumi. Oleh sebab itu lapisan ozon bertindak melindungi segala kehidupan di muka bumi ini. 3. Lapisan Mesosfera. . Lapisan mesosfera amat penting kepada manusia untuk mengelakkan jatuhnya meteor (tahi bintang) ke bumi. Ini kerana bahan meteor mula terbakar dan dihancurkan di lapisan ini. Zarah udara yang terdapat di sini akan mengakibatkan pergeseran berlaku dengan objek yang datang dari angkasa dan menghasilkan suhu yang tinggi. Akibat suhu yang tinggi maka kebanyakan meteor tidak sampai ke bumi kerana ia terbakar di lapisan ini terlebih dahulu. Jika tidak bumi akan dihancurkan oleh jatuhan meteor. 4. Lapisan termosfera dan ionosfera. Pada ketinggian melebihi 100 km, lapisan termosfera di penuhi oleh ion-ion yang boleh memantulkan gelombang radio yang sangat penting untuk satelit telekomunikasi. Lapisan ini dikenali sebagai ionosfera. Kebanyakan satelit komunikasi yang mengorbit bumi berada di lapisan ionosfera ini Misalnya gugusan satelit penentu kedudukan global atau (GPS) telah dibangunkan dan dilokasikan di lapisan ini bagi tujuan. Antara nya seperti satelit Malaysia MEASAT dan RAZAKSAT. 5. Lapisan Eksosfera. Di dalam lapisan eksosfera terdapat satu lapisan yang dikenali sebagai Lapisan Magnetosfera. Lapisan ini wujud disebabkan medan magnet bumi terletak di sini. Lapisan ini yang bertindak sebagai perisai perlindungan, terletak pada ketinggian 4,000 dan 20,000 kilometer di atas permukaan Bumi. Lapisan ini bertindak melindungi bumi daripada pelbagai jenis pancaran bahaya dari angkasa. (Pemarkahan : 5 isi x 2 markah = 10 Markah 1 markah : MAX 9)

Anda mungkin juga menyukai