Anda di halaman 1dari 16

Kod Kertas: 942/1

SKEMA PERCUBAAN STPM SESI 2014


942/1 (PENGGAL 1)
TAHUN 2014

SKEMA PEMARKAHAN
GEOGRAFI
KERTAS 1
Skema pemarkahan ini terdiri daripada 20 halaman bercetak.
BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL
[40 markah]
Jawab semua soalan.
1 a) Bezakan ciri fizikal batuan igneus dengan enapan [4]
Skema pemarkahan
Kod Huraian perbezaan fizikal batuan igneus dengan batuan enapan Markah
A1 Batuan igneus bersifat keras, teksturnya kasar dan
prismatik/berhablur kerana ia terbentuk melalui pembekuan magma 2
di dalam kerak bumi. Contohnya batu granit/kerikil dan riolit.
A2 Manakala batuan enapan pula bersifat lembut, cerah dan berlapis-
lapis kerana ia dibentuk melalui penimbunan, pemadatan dan
penyimenan bahan mendak/fosil. Contohnya batu kapur dan batu 2
garam.
Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

b) Bagaimanakah batuan igneus dan enapan terbentuk? [4]


Skema pemarkahan
Kod Proses kejadian batuan igneus dan enapan Markah
B1 Batuan igneus. Terbentuk melalui penyejukan dan pembekuan
magma setelah ia mengalir keluar dari lapisan mantel bumi. Jika
magma membeku di dalam lapisan kerak bumi/hampir permukaan 2
bumi ia dikenali sebagai igneus rejahan dan jiga magma membeku di
luar permukaan bumi ia dikenali sebagai igneus terobosan.
B2 Batuan enapan. Terbentuk melalui pemendapan pemadatan dan
penyimenan bahan mendak seperti lumpur, pasir, kulit-kulit kerang
dan fosil dalam tempoh yang lama. Proses pemadatan berlaku 2
selapis demi selapis yang menyebabkan lapisan bahan-bahan mendak
menjadi mampat manakala proses penyimenan akan melekatkan
lapisan-lapisan bahan mendak tersebut.
Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

c) Bagaimanakah batuan metamorfosis terjadi? [3]


Skema pemarkahan
Batuan metamorfik terbentuk apabila [batuan mendak dan batuan igneus] mengalami
[tekanan dan suhu yang tinggi] semasa gerakan tektonik di dalam bumi. Kesannya kedua-dua
jenis batuan tersebut akan [berubah bentuk, warna, dan komposisi mineral] menjadi batuan
baharu. Contohnya batu kapur bertukar kepada batu marmar, arang batu bertukar menjadi
intan, batu pasir bertukar menjadi kuartzit/kristal.

Kunci Idea:

1. batuan mendak dan batuan igneus = 1M


2. tekanan dan suhu yang tinggi = 1M
3. berubah bentuk, warna, dan komposisi mineral = 1M
MAX = 3 MARKAH
d) Jelaskan kepentingan batuan enapan kepada aktiviti manusia [4]

Skema pemarkahan

Kod Kepentingan batuan enapam kepada aktiviti manusia Markah


D1 Perindustrian termasuk IKS. Industri pembuatan simen yang
menggunakan batu kapur sebagai bahan mentahnya, contoh ”Tasek 2
Cement” di Ipoh Perak. Manakala kaolin atau tanah liat diguna dalam
industri batu bata serta pembuatan pasu dan tembikar.
D2 Pelancongan dan reakreasi. Batu kapur yang terdiri daripada
”pandang dart karst” – menjadi daya tarikan pelancong seperti 2
adanya gua batu kapur, stalaktit, stalakmit, tiang kalsit dll. Aktiviti
sukan lasak seperti ”rock climbing” juga dilakukan di kawasan batu
kapur yang membentuk cenuram/tebing tinggi.
Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

Jawab sama ada soalan 2 atau soalan 3.

Soalan 2
(a) Sejauhmanakah faktor hujan mempengaruhi kadar hakisan permukaan tanih. [15]

Skema Jawapan:

Judul Isi Jawapan Huraian Proses Markah


Faktor hujan amat penting mempengaruhi kadar hakisan permukaan tanih.. Di antara pengaruh faktor
hujan ialah:
 Kawasan Tropika lembab menerima hujan lebat
1. Jumlah hujan – hujan dengan purata yang tinggi (2000 – 2500)mm setahun.
lebat/purata hujan  Air hujan bertindak sebagai agen penghakis yang kuat 2
tahunan tinggi. khususnya melalui larian air permukaan. Semakin
banyak hujan kadar hakisan permukaan meningkat.
 Saiz titisan hujan yang besar mampu menghakis
permukaan tanah dengan kadar yang tinggi.
2. Saiz titisan hujan.  Ini kerana saiz titisan yang besar mempunyai tenaga 2
potensi yang tinggi untuk mencungkil butiran tanih
terutamanya melalui hakisan percikan air hujan.
 Kadar hakisan tanih meningkat di kawasan yang
3. Bentuk hujan mengikut menerima hujan lebat tetapi sekejap berbanding
masa – Hujan lebat dan dengan hujan renyai tetapi lama.
hujan renyai.  Ini kerana hujan lebat menyebabkan air hujan 2
mengalir di permukaan berbanding dengan hujan
renyai yang cenderung meresap masuk ke dalam
tanah.
Selain faktor hujan, terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi kadar hakisan permukaan tanih. Di
antaranya ialah:
 Tumbuhan berkanopi tebal seperti hutan hujan
tropika (Rain forest) – melambatkan kadar hakisan
tanih kerana kanopi tumbuhan mampu memintas air
4. Faktor tumbuhan. hujan daripada terus menimpa tanah.
 Kesannya titisan hujan jatuh dengan perlahan dan ia 2
cenderung meresap masuk ke dalam tanah daripada
mengalir di permukaan.
 Litupan tumbuhan yang jarang seperti hutan
sekunder pula akan mengalami kadar hakisan yang
tinggi kerana kadar pintasan air hujan amat rendah.

 Batuan yang lembut seperti batu kapur, riolit dan


5. Geologi/batuan. gypsum akan mengalami kadar hakisan yang tinggi
kerana ia tidak stabil/teguh. 2
 Batuan yang lembut juga banyak rekahan yang
memudahkan tindakan hakisan air mengalir
berbanding dengan batuan keras.

 Cerun curam akan mengalami kadar hakisan


6. Faktor kecerunan. permukaan yang tinggi berbanding cerun landai
kerana halaju larian air permukaan adalah tinggi. 2
 Tenaga kinetik di kawasan cerun curam juga adalah
kuat yang mampu menghakis - angkut regolit dari
bahagian atas cerun ke bawah cerun.

 Aktiviti seperti penyahutanan – telah mendedahkan
7. Aktiviti manusia batuan yang selama ini terlindung kepada hempasan
air hujan dan larian air permukaan. Kesannya kadar
hakisan akan meningkat. 2
 Aktiviti pemotongan, peneresan dan perataan cerun
bukit juga mempercepatkan lagi tindakan hakisan
permukaan apabila pergerakan air tidak mampu
dihalang oleh tumbuhan.

Pemarkahan : Faktor hujan = 6 markah + Faktor lain = 8 markah + 1 markah penilaian MAX 15
sejauhmana = MAX 15 Markah.
(b) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kadar hakisan permukaan tanih.
[10]
Skema Jawapan:
Judul Isi Jawapan Huraian dan contoh Markah
 Perlaksanaan akta pembangunan tanah
tinggi. Melarang penggunaan jentera
berat di kawasan cerun bukit.
1. Langkah  Penguatkuasaan dan hukuman – seperti 2
perundangan denda/kompaun, penjara, menyitar MAX 2
harta/premis dll.
 Laporan EIA – untuk mencegah resiko
aktiviti pembangunan di kawasan tanah
tinggi.
Langkah kestrukturan/kejuruteraan
 Pembinaan sungkupan plastik/daun 1
sebagai langkah jangka pendek. 1
 Membina benteng dan tembok penahan 1
(Retaning Wall) 1
 Membina gabion dan cerucuk. 1
 Membina sistem longkang/parit di 1
2. Langkah permukaan cerun.
Pengurusan  Konkrit cerun/simen cerun.
 Jaringan besi/dawai menyaluti cerun. 1
 Membina sistem saliran seperti 1
perparitan di kawasan lereng bukit yang
dijadikan kawasan pertanian.
Amalan pemuliharaan 1
 Tanaman tutup bumi dipermukaan cerun 1
seperti tanaman rumput dan buluh.
 Amalan pertanian berteres/berkontor 1
MAX 6
Amalan pemeliharaan
 Mewartakan kawasan rezab cerun – tidak
boleh menjalankan sebarang aktiviti
pembangunan di kawasan tanah tinggi
tertentu.
 Mewartakan kawasan hutan simpan di
lereng-lereng bukit.
 Kempen penjagaan cerun seperti
3. Kempen kesedaran menamam pokok-pokok peneduh.
dan Pendidikan  Dilaksanakan oleh agensi kerajaan seperti 2
Alam Sekitar. IKRAM atau oleh NGO MAX 2
 Menanam kesedaran melalui pendidikan
alam sekitar khususnya matapelajaran
Geografi.
Pemarkahan :
Perundangan sahaja = MAX 2 MAX 10
Pengurusan sahaja = MAX 6
Kempen dan kesedaran alam sekitar = MAX 2
Soalan 3
a) Sejauhmanakah faktor geologi mempengaruhi kadar hakisan ombak di pinggir pantai.
[15 ]
Skema Pemarkahan:
Faktor Geologi Huraian dan contoh Markah
 Pantai yang terbentuk daripada batuan keras seperti
A1. Kekerasan batu granit, sukar/tahan dihakis oleh ombak dan
Geologi membentuk tebing tinggi/cenuram dan tanjung. 2
 Manakala pantai yang terbentuk dari batuan lembut
seperti batu kapur dan gipsum mudah di hakis
membentuk teluk, gua, lohong ombak dll.
 Batuan yang tersusun secara mendatar dan
A2. Struktur berselang seli antara keras dengan lembut mudah
geologi dihakis oleh ombak terutama di bahagian batuan 2
lembut.
 Manakala struktur geologi yang menegak agak sukar
dihakis kerana keterdedahannya kepada ombak
adalah sedikit.
A3. Kandungan  Sekiranya mineral batuan yang membentuk cerun
mineral batuan pantai adalah stabil seperti felsfar, mika dan kuartza
maka ia lambat bertindakbalas dengan air laut dan 2
sukar dihakis terutama melalui proses larutan. Ia
akan membentuk batuan yang teguh.
 Jika mineral batuan yang membentuk cerun adalah
tidak stabil seperti kalsium, karbonat dan natrium,
maka ia mudah bertindakbalas dengan air laut.
Batuan ini mudah dihakis dan dirutuhkan.

Selain daripada faktor geologi, terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi 1


kadar hakisan ombak di pinggir pantai, iaitu:
Faktor-faktor lain:
 Halaju angin menentukan saiz dan kekuatan ombak.
A4. Halaju angin Tiupan angin kencang seperti ribut menghasilkan ombak
pembinasa yang menjanakan proses hakisan ombak 2
 Tiupan angin yang perlahan membentuk ombak pembina
– hakisan ombak berkurangan sebaliknya pemendapan
ombak meningkat.
 Merujuk kepada keterdedahan pantai samada terlindung
atau tidak. Pantai yang terdedah secara langsung kepada 2
A5. Orientasi ‘serangan’ ombak seperti kawasan pantai timur
pantai Semenanjung Malaysia mengalami kadar hakisan yang
kuat terutama pada musim Monsun Timur Laut.
 Sebaliknya, pantai yang terlindung oleh pulau pula
mengalami kadar hakisan yang perlahan kerana halaju
ombak adalah rendah.
 Cerun pantai yang curam/air yang dalam seperti di
A6. Kedalaman kawasan pantai berteluk mengalami kadar hakisan yang
air atau tinggi. 2
kecerunan  Sebaliknya, di kawasan pantai yang landai/cetek, kadar
pantai. hakisan ombak adalah rendah disebabkan ombak
kehilangan tenaganya apabila bergeser dengan dasar
pantai yang cetek.
 Jika ombak membawa muatan yang keras seperti batu
A7. Bahan kerikil dan batu tongkol maka kadar hakisan pantai
muatan yang meningkat kerana bahan-bahan tersebut bertindak 2
dibawa oleh sebagai agen penghakis yang berkesan.
ombak.  Sebaliknya, jika ombak membawa muatan yang lembut
dalam kuantiti yang banyak seperti batu lada, kulit-kulit
kerang dan siput, dan pasir laut maka kadar pemendapan
di pingir pantai pula yang akan meningkat.

 Aktiviti manusia menjanakan lagi kadar hakisan ombak di


A8. Tindakan pinggir pantai. Misalnya aktiviti pengorekan pasir dan
manusia memperdalamkan muara. Apabila muara semakin dalam, 2
tenaga ombak akan meningkat.
 Aktiviti penebangan hutan bakau juga mengurangkan
halangan terhadap hakisan ombak – struktur cerun
menjadi semakin longgar.
Pemarkahan: Faktor Geologi = 6 markah + Faktor-faktor lain = 8 markah +
Penilaian faktor geologi = 1 markah. MAX 15 Markah. MAX 15

b) Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan hakisan di zon pinggir
pantai. [ 10 ]

Skema Pemarkahan

Langkah-Langkah Huraian dan contoh Markah


 Mewartakan hutan bakau dan nipah sebagai hutan
B1. Langkah simpan kekal (kawasan taman negara) seperti hutan
perundangan simpan Endau – rompin. 2
 Mengenakan hukuman yang tegas seperti denda,
menarik balik lesen operasi serta penjara kepada
aktiviti penebangan hutan bakau dan nipah.

 Penanaman semula hutan bakau yang ditebang.


B2. Kaedah  Projek penanaman pokok-pokok Rhu di tepi pantai
penyuburan bagi mengurangkan hakisan ombak dan angin. 2
pantai.  Penanaman rumput membolehkan sistem akar
mengikat dan mengukuhkan butiran pasir ditepi
pantai.
B3. Kaedah  Kaedah kawalan struktur melibatkan aspek kejuruteraan
kawalan struktur pantai, contoh pembinaan benteng konkrit, aspalt, batu,
dan kejuruteraan pancang kayu dan guni pasir. 2
pantai.  Benteng konkrit dan ketulan ketulan batu yang besar
diletakkan di tepi-tepi pantai bagi mengurangkan kesan
hempasan ombak ke pantai.
 Groin ialah struktur yang pendek diperbuat daripada
konkrit atau kayu yang dibina menganjur ke laut bersudut
B4. Pembinaan tepat dengan garis pantai bertujuan untuk memerangkap 2
groin dan gabion. enapan pasir yang dibawa oleh ombak dan juga arus
pesisir pantai.
 Gabion diperbuat daripada sangkar dawai logam
berbentuk empat segi bujur yang diisi dengan batu kerikil
dan tayar tayar buruk yang diikat antara satu sama lain
diletakkan di zon ombak pecah.
 Sebahagian daripada tenaga ombak akan menghempas
pantai sebahagian akan ditahan dan diserap oleh gabion
berkenaan sebelum tiba ke pantai.
 Masyarakat umum mesti sentiasa disedarkan melalui
B5. Kempen kempen, program usaha sama/gotong royong dll.
kesedaran dan Contohnya projek penanaman pokok bakau untuk 2
pendidikan mengurangkan hakisan pantai
 Pendidikan alam sekitar sentiasa diberikan khususnya
menerusi media massa dan pendidikan Geografi di
sekolah.
Pemarkahan: 5 isi x 2 markah = MAX 10 Markah MAX 10
BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA
[40 markah]

Jawab soalan 4 dan satu soalan lain sama ada soalan 5 atau soalan 6.

Soalan 4:
a) Kenalpasti tiga aliran migrasi dalaman yang berlaku di Malaysia semenjak tahun 1970an
hingga kini: [3]

Skema Pemarkahan:

Aliran Migrasi Huraian dan Contoh Markah


Migrasi dari desa ke Golongan muda dari kampung ke bandarraya seperti 1
bandar Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Baharu dll untuk
mencari pekerjaan.
Migrasi dari bandar ke Golongan pesara yang bekerja di bandar-bandar 1
desa besar pulang dan menetap di kampung
Migrasi dari bandar ke Kakitangan awam dan swasta yang 1
bandar bertukar/ditukarkan tempat kerja dari bandar
kecil/sederhana ke bandar-bandar besar.
Migrasi dari desa ke desa Golongan peneroka dari kampung ke tanah 1
rancangan FELDA seperti di Jengka, Ketengah, Kejora
dsb
Pemarkahan: 3 isi x 1 markah = MAX 3 Markah MAX 3

b ) Perihalkan ciri komposisi aliran migran bekerja di Malaysia. [4]


Skema Pemarkahan:
Kod Ciri-ciri komposisi aliran migran bekerja di Malaysia Markah
B1 Ciri jantina – lelaki lebih ramai berbanding wanita. Ini kerana lelaki lebih 2
mudah bergerak dan lebih selamat untuk berada di bandar-bandar
besar.
B2 Kumpulan umur – Umur produktif (20 hingga 45 thn). Golongan muda 2
yang amat diperlukan oleh majikan kerana masih sihat, berdaya tahan,
mobiliti tinggi dll.
B3 Taraf pendidikan – Golongan pasca menengah dan menerima
pendidikan tertiari ( lepasan SPM,kolej,IPT,Universiti dll). 2
Ini kerana majikan memerlukan pekerja yang berpengetahuan dan dan
berkemahiran
Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4
c) Mengapakah bandar-bandar besar di Malaysia menjadi destinasi utama migran dari desa?
[4]
Skema Pemarkahan:

Kod Sebab bandar-bandar besar menjadi destinasi utama migran desa Markah
C1 Peluang pekerjaan yang banyak dan gaji yang tinggi terutamanya 2
dalam sektor perindustrian, perkhidmatan, perniagaan dll. Ia menjadi
tarikan utama kepada penduduk desa untuk meningkatkan kualiti
hidup.
C2 Peluang melanjutkan pelajaran yang luas. Pelajar pasca menengah 2
melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS yang banyak terdapat di
bandar-bandar besar. Golongan ini akan terus menetap di bandar
kerana hanya di bandar sahaja terdapatnya peluang pekerjaan yang
sesuai dengan kelulusan mereka.
C3 Kemudahan pembandaran yang baik seperti kemudahan 2
hiburan,kesihatan,perumahan,kemudahan asas dll yang menarik
penduduk desa berhijrah bagi meningkatkan kualiti hidup.
C4 Sistem pengangkutan yang cekap – meningkatkan Ketersampaian desa ke
bandar. Perkhidmatan bas ekspres melalui lebuh raya, perkhidmatan 2
keretapi dll yang memudahkan pergerakan migran dari desa untuk
berhijrah.
Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

d) “ Migrasi dari desa ke bandar telah memberikan impak negatif kepada kawasan desa”.
Jelaskan pernyataan ini dalam konteks Malaysia . [4]
Skema Pemarkahan:
Kod Kesan negatif migrasi desa ke bandar terhadap kawasan desa Markah
D1 Produktiviti pertanian desa merosot. Ini kerana kehilangan tenaga 2
kerja yang muda bagi mengerjakan kebun, sawah dan ladang. Yang
tinggal ialah golongan tua yang sudah tidak produktif lagi. Sektor
pertanian desa mengalami krisis tenaga kerja.
D2 Saiz pasaran desa semakin kecil. Golongan muda yang berhijrah 2
menyebabkan kehilangan kuasa beli penduduk. Ini menjejaskan
aktiviti perniagaan desa seperti perniagaan pasar malam, pekan
sehari dll.
Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4
Soalan 5
a) Jelaskan kesan kemerosotan daya tampung sumber alam terhadap alam sekitar manusia di
sesebuah kawasan. [12]

Skema Jawapan

Judul Isi Jawapan Huraian dan contoh Markah


Kesan terhadap alam sekitar manusia
A1. Kekurangan sumber  Kepupusan sumber perikanan akibat eksploitasi
makanan berlebihan menjejaskan bekalan protien kepada 2
penduduk.
 Produktiviti tanaman makanan merosot akibat
ketidaksuburan tanih apabila diguna secara kerap –
menjejaskan bekalan makanan seperti beras dan
gandum.
A2. Kekurangan sumber  Kehabisan sumber tanaga yang tidak boleh diperbaharui
tenaga. seperti petroleum,gas asli dan arang batu. 2
 Krisis tenaga dalam jangka masa panjang. Peningkatan
kos hidup.

A3. Menjejaskan  Pencemaran sumber udara, air dan bunyi – kesihatan
kesihatan – kualiti terjejas. 2
hidup merosot.  Hujan asid – penyakit kulit.
 Hidup tidak selesa – akibat suhu tinggi, bunyi bising dll
A4. Krisis bekalan air  Pencemaran air sungai dan tasik menjejaskan sumber
bekalan air bersih kepada penduduk. 2
 Bekalan air terpaksa dicatu – menjejaskan aktiviti
domestik penduduk.
A5.Resiko bencana alam  Ancaman nyawa akibat banjir lumpur, tanah runtuh dsb.
sekitar buatan manusia  Kerosakan harta benda dan infrastruktur 2
 Menjejaskan kehidupan harian penduduk.
A6. Kehilangan sumber  Kepupusan pelbagai spesis fauna dan flora yang berharga
warisan kepada kepada generasi akan datang. 2
generasi akan datang.  Kehilangan sumber kajian seperti sumber perubatan
herba.

A7. Peningkatan kos  Memerlukan kos yang tinggi untuk membaik pulih dan
pemeliharaan dan memulihara sumber yang rosak. 2
pemuliharaan  Contoh rawatan air sungai/tasik, penanaman semula
hutan dll.
Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = MAX 12 MAX 12
b) Bagaimanakah keseimbangan daya tampung sumber alam dengan aras penduduk boleh
dicapai? [ 13]
Judul Isi Jawapan Huraian dan contoh Markah
B1. Pembangunan  Pembangunan yang mengambil kira keperluan
berterusan (lestari) generasi kini dan akan datang.
 Adunan pembangunan dengan usaha pemeliharaan 2
dan pemuliharaan alam sekitar
 Amalan teknologi hijau
B2. Penerokaan dan  Meneroka dan menggunakan sumber alam secara
penggunaan sumber bertanggung jawab - Tidak tamak/rakus 2
alam secara  Tidak cuai yang menyebabkan pencemaran dan
berhemah kemusnahan sumber alam
B3. Langkah  Akta dan enakmen pengeluaran dan penggunaan
perundangan – sumber alam yang cekap.
menjaga sumber  Penguatkuasaan oleh agensi yang 2
alam. bertanggungjawab
 Perlaksanaan hukuman – seperti denda/kompaun,
menyitar premis dll
 Langkah dan prosedur EIA
B4. Meningkatkan  Penguatkuasaan yang berkesan oleh agensi
kecekapan pelaksana. 2
pengurusan sumber  Basmi amalan rasuah – jenayah alam sekitar
 Kurangkan kerenah birokrasi dalam pengurusan
alam sekitar
B5. Kempen dan  Kempen melalui media massa dan Badan bukan
pendidikan alam kerajaan (NGO) 2
sekitar  Pendidikan berterusan kepada masyarakat
 Pendidikan formal di sekolah dan IPT
B6. Kawalan terhadap  Mengawal kadar pertumbuhan tahunan penduduk
pertumbuhan melalui kaedah perancang keluarga. 2
penduduk  Tingkatkan taraf pendidikan dan kerjaya wanita
B7. Meningkatkan  Teknologi moden yang lebih jimat dan kurang
teknologi dan R&D bergantung kepada sumber alam yang hampir habis. 2
 Mencari sumber / tenaga alternatif – solar, angin,
hibrid.
Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = 12 Markah + 1 markah mana-mana huraian yang MAX 13
baik = 13 Markah

Soalan 6
Skema Jawapan

a) Berdasarkan jadual 1 di bawah, hitung peratus perubahan penduduk bandar bagi setiap
negeri di Malaysia antara tahun 2000 hingga 2010. [5 ]
Formula peratus perubahan: Penduduk Tahun 2010 – Penduduk tahun 2000
X 100
Penduduk tahun 2000
Skema Jawapan:
Penduduk Bandar Penduduk Bandar Peratus Markah
Negeri
Tahun 2000 Tahun 2010 perubahan (%)
Selangor 3,483,765 6,389,851 83.41
Johor 1,638,772 3,089,056 88.49 1
Sabah 1,182,890 2,191,048 85.22
Perak 1,207,948 1,507,422 24.79
Kuala Lumpur 1,297,526 1,775,337 36.82 1
Sarawak 963,232 1,443,637 49.87
Pulau Pinang 974,779 1,235,545 26.75
Kedah 608,696 999,021 64.12 1
Kelantan 451,861 797,001 76.38
Pahang 518,176 793,950 53.22
Negeri Sembilan 456,535 706,857 54.83 1
Terengganu 434,273 697,451 60.60
Melaka 405,917 607,266 49.60
Perlis 67,084 87,256 30.14 1
Labuan 54,162 82,881 53.02
Pemarkahan: 3 negeri betul = 1 markah.
15 negeri ÷ 3 markah = MAX 5 MAX 5

b) Kenalpasti negeri yang mengalami peratus perubahan penduduk bandar yang paling
tinggi dan jelaskan mengapa ia berlaku ? [7 ]

Skema Jawapan:

Isi Jawapan Huraian dan contoh Markah


Mengenalpasti negeri peratus perubahan tertinggi = Johor (88.49%) 1
Sebab-sebab negeri Johor mengalami pertambahan penduduk bandar yang
paling tinggi:
Johor menerima kadar migrasi masuk yang tinggi teruatamnya 1
dari negeri Kelantan dan Terengganu. Hal ini disebabkan oleh:
 Sektor ekonomi perindustrian dan perkhidmatan yang 1
B1. Faktor migrasi berkembang dengan pesat telah mencipta banyak
masuk peluang pekerjaan di bandar-bandar besar negeri Johor 1
dengan tawaran gaji yang tinggi.
 Pembangunan bandar yang pesat. Kemudahan
1
pembandaran yang menarik; prasarana lengkap,
perumahan, perkhidmatan sosial, pasar raya, dan
kemudahan hiburan dan rekreasi. Di samping 1
kewujudan bandar-bandar moden seperti di Nusa Jaya MAX 4
 Kemudahan pengangkutan yang baik yang
meningkatkan kadar ketersampaian antara satu tempat
dengan satu tempat yang lain yang memudahkan
pergerakan penduduk.
 Peluang untuk melanjutkan pelajaran yang lebih banyak
dengan kewujudan pusat-pusat pengajian tinggi (IPTA
dan IPTS) di negeri Johor.
Faktor pertumbuhan semula jadi penduduk bandar yang 1
B2. Faktor dikaitkan dengan kadar kelahiran yang tinggi dan kadar
pertumbuhan kematian yang rendah: 1
semula jadi  Kadar kelahiran yang tinggi penduduk bandar di negeri
penduduk. Johor disebabkan oleh perkahwinan di antara migran 1
yang berusia muda yang mempunyai aras kesuburan
yang tinggi.
1
 Kadar kematian rendah - Kadar ini dipengaruhi oleh
taraf kesihatan yang bertambah baik (ubat-ubatan, MAX 2
bilangan doktor, kewujudan lebih banyak hospital,
poliklinik, klinik swasta dll
 Pendapatan dan taraf hidup penduduk bandar yang
meningkat. Peningkatan pendapatan dan taraf hidup
membolehkan pasangan mampu memiliki saiz keluarga
yang lebih ramai.
Pemarkahan: Kenalpasti negeri = 1 Markah + Faktor Migrasi = 4 Markah + MAX 7
Faktor semulajadi = 2 markah. MAX 7 markah.

c) “Pertumbuhan penduduk bandar yang pesat telah menyebabkan kesan negatif terhadap
alam sekitar manusia di bandar”. Sejauhmanakah pernyataan ini benar. [13 ]

Skema Pemarkahan:

Judul Isi Jawapan Huraian dan contoh Markah


Kesan negatif ke atas alam sekitar manusia di bandar akibat pertumbuhan
penduduk yang pesat :
 Impak sosial seperti penyakit kerongkong, lelah/asma
C1. Menjejaskan akibat pencemaran udara dan jerebu di bandar. Di
kesihatan penduduk samping penyakit bawaan air seperti kencing tikus dan 2
taun di kawasan setinggan yang sumber airnya tercemar.
 Rebakan penyakit yang cepat seperti denggi, selsema
burung, SARS akibat kepadatan penduduk yang tinggi –
sukar di kawal.

 Persaingan guna tanah yang tinggi menyebabkan kos


C2. Fenomena hartanah di bandar menjadi sangat mahal. Nilai harga
setinggan. rumah kediaman terlalu tinggi. 2
 Hal ini menyebabkan golongan berpendapatan rendah
dan sederhana dalam bandar tidak mampu memiliki
rumah dan terpaksa mendiami kawasan setinggan.

 Daya saing ekonomi penduduk bandar yang lemah


meningkatkan kadar pengangguran yang seterusnya
C3. Kemiskinan mengakibatkan fenomena kemiskinan bandar.
bandar.  Permasalahan ini berlaku disebabkan kurangnya 2
kemahiran dan kelulusan yang rendah - tidak dapat
memenuhi sektor pekerjaan formal di bandar.
 Kebanyakan migran bandar hanya bekerja dalam sektor
tidak formal yang menghasilkan pendapatan yang kecil
relatif dengan kos hidup yang tinggi di bandar.
 Ini menyebabkan mereka tergolong dalam lingkungan
miskin bandar.
 Kepadatan penduduk yang tinggi menyebabkan
C4. Kesesakan bandar kesesakan di kawasan padat (slum area) seperti di
kawasan setinggan. 2
 Kesesakan lalu lintas juga berlaku terutama di pusat
bandar-bandar besar di sebabkan oleh pertambahan
kenderaan dan sikap penduduk yang sukar di kawal.

 Kadar pengangguran yang tinggi akan mengakibatkan


pelbagai isu sosial yang bersabit dengan kemiskinan,
C5. Masalah sosial. jenayah, dan kacau ganggu.
 Masalah ragut, jenayah – pembunuhan, rompakan dan 2
penyalahgunaan dadah berleluasa di bandar.
 Penyerapan budaya liar seperti – LGBT,seks bebas dan
Black Metal juga menyerap dengan cepat dalam kalangan
penduduk miskin dan padat di bandar.
 Kualiti hidup merosot disebabkan oleh peningkatan
kos hidup yang tinggi di bandar dan tidak mampu
C6. Kualiti hidup dimiliki oleh golongan miskin bandar seperti kos
merosot. kesihatan, pendidikan, pengangkutan dll. 2
 Wujudnya golongan gelandangan dalam bandar –
tiada rumah/hidup melarat sebagai pengemis.
 Kemerosotan kualiti hidup di sebabkan alam sekitar
tercemar seperti pencemaran udara, air, bunyi dan
bau.
1
Selain itu, pertumbuhan penduduk bandar yang pesat juga memberikan kesan
positif ke atas alam sekitar manusia di bandar. Di antaranya ialah:

C6. Aset tenaga kerja.  Penduduk yang ramai menyediakan tenaga kerja
yang mudah dan murah dalam sektor pembinaan,
perindustrian dan perkhidmatan. 2
 Kesannya sektor ekonomi bandar dan rantaiannya
berkembang dengan lebih cepat – kekurangan buruh
dapat di atasi.
C7. Perluasan  Pertambahan penduduk menyebabkan saiz pasaran
pasaran. domestik menjadi lebih luas – barangan dan
perkhidmatan dapat dijual dengan mudah di bandar. 2
 Pertambahan golongan menengah dalam bandar
meningkatkan kuasa beli pengguna – barangan
mewah dan berjenama boleh dijual dengan mudah.
Ekonomi perniagaan cepat berkembang.
 Pertambahan penduduk memerlukan
persempadanan semula kawasan pilihanraya supaya
C8. Pertambahan lebih seimbang.
kawasan pilihanraya.  Kawasan parlimen dan DUN akan bertambah untuk
mewakili penduduk. 2
 Kuasa dan suara politik menjadi semakin kuat untuk
membela penduduk secara adil mewakili semua
lapisan masyarakat.
 Perkhidmatan wakil rakyat menjadi lebih mudah,
fokus dan lebih berkesan apabila saiz DUN dan
parlimen yang diwakilinya menjadi lebih kecil
mengikut jumlah populasi.
Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = 12 Markah + 1 markah penilaian sejauhmana = 13
Markah. MAX 13
Pecahan isi : Kesan Negatif + Kesan Positif (3 + 3 atau 4 + 2)

SKEMA TAMAT

Anda mungkin juga menyukai